dania kerja kursus sains sukan 2015.docx

32
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PULAU NYIOR KERJA KURSUS SAINS SUKAN KOHORT 4 SESI 2015/2016 NAMA : NURSYAFIQA DANIA BINTI NIZZAN NO. IC : 971218-01-6008 TINGKATAN : 6 AVEROSE 1 ANGKA GILIRAN : NAMA GURU : PUAN ROHAYA BINTI LID @ KHALID AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKA T

Upload: nursyafiqa-dania

Post on 09-Nov-2015

89 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PULAU NYIOR

KERJA KURSUS SAINS SUKANKOHORT 4SESI 2015/2016AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT

NAMA : NURSYAFIQA DANIA BINTI NIZZANNO. IC : 971218-01-6008TINGKATAN : 6 AVEROSE 1ANGKA GILIRAN : NAMA GURU : PUAN ROHAYA BINTI LID @ KHALID

1) Program Khidmat Masyarakat 'Merealisasikan Bumi Hijau' anjuran pelajar Prauniversiti Unit Kokurikulum telah dilaksanakan dengan jayanya pada 23 JUN 2012, dari jam 6.30 pagi 1.30 petang di Taman Rekreasi depan pasaraya Servey, Batu 4 Sandakan. Seramai 126 orang pelajar prauniversiti telah menyertai nya. Program ini merupakan salah satu aktiviti kokurikulum yang dirancang pada setiap tahun bagi menyemai sifat kepimpinan dan semangat bekerja dalam pasukan di samping mewujudkan peluang untuk pelajar berhubung dengan komuniti setempat.Aktiviti ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada semua pelajar tentang pentingnya ekosistem dalam kehidupan mereka.Melalui aktiviti ini, pelajar-pelajar pra U diharap akan menjadi duta alam sekitar apabila keluar dari alam persekolahan dan melanjutkan pelajaran ke menara gading. Antara aktitivi yang dilaksanakan ialah bergotong-royong membersihkan longkang, memotong rumput, dan membakar sampah di taman rekreasi tersebut. Kemudian, diikuti dengan majlis perasmian oleh YB Au Kam Wah, JP ADUN N45 Elopura dan seterusnya penanaman pokok oleh Yang Berhormat, Timbalan YDP PIBG, En Abdul Hamid Sabal dan Pengetua sekolah. Pelajar-pelajar meneruskan program dengan mengasingkan sampah dan mengecat segala prasarana yang disediakan di taman rekreasi tersebut.

Akhir sekali, pelajar-pelajar telah meletakkan poster kesedaran menjaga kebersihan dan alam sekitar kita di sekitar pondok dan meletakkan papan-papan tanda bagi meningkatkan kesedaran masyarakat awam tentang pentingnya melindungi persekitaran kita daripada pencemaran sampah.Pelajar-pelajar pra u telah menggunakan pendekatanEco-Schoolyang menekankan peranan pelajar sebagai perancang, pengelola, pemantau, pelaksana dan penilai.Syabas kepada jawatankuasa pra U yang telah membuat inisiatif proaktif untuk membersihkan taman rekreasi awam bagi kesejahteraan semua.

2) Pada 28,29 dan 30 Mei 2010 yang lalu, program yang berbentuk khidmat masyarakat anjuran Sekreteriat Mahasiswa Fakulti telah berlangsung di Kampung Chopin Kanan, Parit, Perak. Program Bersamamu Warga Desa merupakan satu program yang diadakan bagi melatih ahli-ahli Sekretariat Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan juga pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal mengenai kemahiran bersosial dan komunikasi dengan masyarakat luar. Hal ini bagi mendedahkan kepada mahasiswa betapa pentingnya interaksi dengan masyarakat di luar Shah Alam khususnya dan Selangor amnya.

Program seperti ini juga telah memberi ruang kepada para pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal sendiri yang bernaung di bawah Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) untuk menguruskan program yang memerlukan interaksi dua hala dengan masyarakat luar. Dalam program ini, pelajar perlu berhubung dengan penduduk kampung melalui ketua kampung. Kejayaan perlaksanaan program ini menunjukkan bahawa pelajar Fakulti Mekanikal Kejuruteraan Mekanikal juga mampu mengendalikan aktiviti luar yang besar disamping mengendalikan program dalaman fakulti.

3) Aktiviti mingguan MPPU pada 7/9/2011 dan 8/9/2011 adalah perbincangan tentang khidmat masyarakat yang akan dijalankan. Keempat- empat platun MPPU dikehendaki memilih lokasi khidmat masyarakat sendiri. Jawatankuasa bagi program ini harus dilaksanakan oleh setiap kumpulan.Tempoh yang diberikan untuk menjalankan aktiviti khidmat masyarakat ini dijalankan sehingga akhir bulan Oktober 2011. Setiap Platun dikehendaki menyediakan kertas kerja sepanjang aktiviti ini dijalankan. MPPU 1 telah menjalankan program khidmat masyarakat pada 7 & 8 September 2011 sebaik sahaja tamat perbincangan. Lokasi tugasan MPPU 1 adalah di Bilik mesyuarat barisan guru SMK Benut.

Pada 21 & 22 September 2011, MPPU 2 telah memilih lokasi khidmat masyarakat ialah di Kantin SMK Benut atau kini dikenali sebagai Bilik Gerakan SMK Benut. MPPU 2 bergotong-royong membersihkan kawasan kantin bagi menceriakan kawasan tersebut. Lokasi makmal Komputer, Surau, dan Surau Tingkatan 6 SMK Benut dipilih sebagai lokasi program khidmat masyarakat bagi MPPU 3. Kumpulan MPPU 3 mendapat kerjasama daripada semua pihak. MPPU 4 memilih untuk menanam pokok bunga dibeberapa lokasi seperti di hadapan Bilik Gerakan SMK Benut, di hadapan bilik Seni dan di hadapan Makmal Komputer.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PULAU NYIOR

KERJA KURSUS SAINS SUKANKOHORT 4SESI 2015/2016AKTIVITI KEROHANIAN

NAMA : NURSYAFIQA DANIA BINTI NIZZANNO. IC : 971218-01-6008TINGKATAN : 6 AVEROSE 1ANGKA GILIRAN : NAMA GURU : PUAN ROHAYA BINTI LID @ KHALID

1) AKTIVITI KEROHANIAN PELAJAR BUKAN ISLAM SMK TUNKU SYED IDRUS 2014

2) Pada 4 Julai 2012 bersamaan 14 Syaaban 1433 H, Majlis Perwakilan Pelajar bersama pihak pengurusan asrama telah mengadakan Majlis Malam Nisfu Syaaban bertempat di ketiga-tiga buah Asrama Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar. Majlis berjalan secara serentak di ketiga-tiga buah asrama iaitu dari jam 7.15 hingga 9.00 malam.

Seramai tiga orang ustaz KPTMAS dijemput untuk menyempurnakan majlis. Ustaz Hj. Romli bin Saad di Asrama Taman Permodalan. Ustaz Khairul Anuar bin Ahmad di asrama Suka Menanti dan Ustaz Hafiz bin Saed di Asrama lelaki iaitu Al-Ligori. Antara pengisian majlis ialah, solat jemaah maghrib, solat sunat hajat, ceramah nisfu syaaban dan diteruskan dengan bacaan yaasin dan berakhir dengan solat isyak berjemaah.

Antara pihak yang terlibat untuk menjayakan majlis ialah Ahli Majlis Perwakilan Pelajar, ahli Jawatankuasa Asrama dan juga semua pelajar Kolej Poly-Tech MARA, AlorSetar yang menghuni asrama Taman Permodalan dan al-ligori. Ahli MPP dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk memantau dan memastikan majlis berjalan dengan lancar di ketiga-tiga buah asrama pada masa itu.

Berkat kerjasama semua pihak, Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan sempurna walaupun secara berasingan. InsyaAllah, aktiviti kerohanian seperti ini akan diperbanyakkan lagi pada masa akan datang. Diharap majlis yang dijalankan akan memberi impak yang besar dalam diri para pelajar justeru dapat meperbaiki sahsiah dan rohani mereka. Secara tidak langsung juga dapat menambah ilmu pengetahuan Islam para pelajar Kolej Poly-Tech MARA, Alor Setar..

3) Majlis Berbuka bersama Tuan Hj Md Kasim Md Diah, Timbalan Pengarah BPSBPSK

8 Ogos 2012, Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam. Bulan penuh keberkatan dan kemuliaan ini diwarnai dengan aktiviti-aktiviti kerohanian dan amal ibadah bagi menambah keimanan setiap individu muslim tanpa mengira darjat. Sempena kehadiran bulan Ramadhan tahun 1433H, SBPI Rawang begitu berbesar hati mengadakan majlis berbuka puasa bersama Tn Hj Md Kasim Md Diah, Timbalan Pengarah BPSBPSK. Beliau sempat memberi ucapan berbentuk motivasi dan pentingnya minda kreatif untuk dikongsi bersama warga SEPINTAR. Beliau turut mengunjungi ruangan dapur Dewan Makan SEPINTAR bagi melihat sendiri ruang penyediaan makanan warga SEPINTAR. Terima kasih diucapkan kepada Tuan yang telah sudi bertandang ke SEPINTAR.

4) Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Kecemerlangan UPSR SK Kebun Baharu telah mengadakan Kem Smart Insan pada 8 hingga 9 Ogos 2014 bertempat di SK Kebun Baharu. Sasaran utama program tersebut adalah 200 orang murid Tahun 6 SK Kebun Baharu. Kem ini telah dikendalikan oleh fasilitator dari SAFC Training and Consultancy dengan dipantau oleh guru-guru SK Kebun Baharu.

Pelbagai aktiviti yang bermatlamatkan meningkatkan motivasi dan kerohanian telah diadakan sepanjang kem itu berlangsung. Antara tajuk ceramah yang dipilih ialah "Ciri-ciri Mukmin Sejati", "Tanggungjawab Seorang Anak" dan "Anak Soleh dan Solehah". Selain itu, aktiviti lain yang diadakan seperti 'Ice Breaking', Qiamullail, Riadah Robik, Permainan Motivasi dan Khidmat Masyarakat.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PULAU NYIOR

KERJA KURSUS SAINS SUKANKOHORT 4 SESI 2015/2016AKTIVITI SUKAN DAN REKREASI

NAMA : NURSYAFIQA DANIA BINTI NIZZANNO. IC : 971218-01-6008TINGKATAN : 6 AVEROSE 1ANGKA GILIRAN : NAMA GURU : PUAN ROHAYA BINTI LID @ KHALID

1) 6 Dis 2014 (Sabtu), Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) telah mengadakan Ekspedisi Mendaki Bukit Kutu yang dianjurkan oleh Biro Reakreasi dari Kelab Sukan Kebajikan dan Rekreasi MDKS. Program yang berkonsepkan aktiviti lasak ini telah diadakan di Kuala Kubu Baharu di Daerah Hulu Selangor.

Sejajar dengan nama program, seramai 30 orang peserta telah menyertai program ini, antaranya Pegawai MDKS dari Team Pengurusan, Kakitangan MDKS, pelajar praktikal dan Puan YDP serta keluarga. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama serta mengamalkan gaya hidup sihat dan memberikan pengalaman kepada para peserta.

Acara dimulakan dengan ucapan dan taklimat Puan YDP, sesi memanaskan badan yang diketuai oleh En Azanol Izani bin Kamal Basihah dan bacaan doa oleh En Shah Rullnizam Bin Apandi. Jam 7.30 pagi para peserta memulakan pendakian ke puncak Bukit Kutu yang mempunyai ketinggian 3456 ribu kaki dari aras laut. Pendakian mengambil masa lebih kurang 4-5 jam dengan melalui jambatan gantung dan 3 anak sungai serta jalan yang berbukit.Tiba di puncak Bukit Kutu jam 12 tengahari dan sesi bergambar di puncak Bukit Kutu. Selesai solat dan makan tengahari mula bergerak turun pada jam 2 petang. Tiba di kaki Bukit Kutu pada jam 6 petang. Pihak MDKS merakamkan setinggi ucapan terima kasih di atas penyertaan yang penuh bersungguh-sungguh dari semua peserta dan berharap aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang. Ekspedisi ini berakhir jam 6.30 petang.

2) Program kali ini merupakan program yang terakhir untuk penghujung tahun 2012. Pengurusan Kelab Kembara AR201 telah pun merancang untuk mengadakan program berkonsepkanAmazing Racekepada ahli-ahli Kelab Kembara. Program berlangsung selama tiga hari dua malam di sekitar Gopeng, Perak. Program yang dirancang lebih kurang macam rancangan Amazing Race kalauAmazing Racedua peserta tetapi pertandingan ini melibatkan lebih dari dua peserta untuk satu kumpulan, antara aktiviti yang dipertandingkan adalah menjelajah Gua Kandu, tubing,water abseilingdanteam building.

Entrytopicpada kali ini lebih banyak menceritakan tentang aktivitiwater abseiling.Apa ituabseiling? Abseilingadalah aktiviti menuruni kawasan tinggi dengan menggunakan tali. Kaedah ini kebiasaannya digunakan oleh para penyelamat seperti bomba dan juga tentera untuk menyelamatkan mangsa. Macam-macam teknik ada untuk turun dari kawasan tinggi ada teknik mengundur, teknik berjalan ke bawah dan kaedahspiderman. Kalau untukwater abseilingdisarankan menggunakan teknik mengundur. Tidak digalakkan melompat semasa menurun di kawasan air terjun disebabkan kawasan tersebut berbatu dan licin. Kelengkapan dan peralatan mestilah mencukupi dan masih boleh digunakan serta tidak rosak. Antara peralatan yang perlu untukabseilingadalah topi,harness, glove, kasut bertutup,figure of eight, karabiner, pulley, breaking device, sling, lanyard, webbing tapedan juga tali dinamik.

Sebelum mulanya aktiviti water abseiling, taklimat mengenai abseiling dan taklimat keselamatan perlu diberikan kepada ahli-ahli kelab oleh jurulatihoutdooryang bertauliah. Setiap pelajar merasai sendiri pengalaman yang cukup bermakna menuruni air terjun tinggi dengan menggunakan tali.Walaubagaimanapun aktivitiabseilingini telah menjadi minat ramai yang amat menggemari sukan lasak.Abseilingdijadikan sebagai sukan dan rekreasi seperti mendaki gunung dan memanjat tembok batu. Aktiviti ini menguji minda, menambahkan keyakinan diri pendaki dan menguji keberanian untuk turun dari tempat tinggi. Siapa yang meminati aktiviti ini semestinya mahir dalam ikatan tali. Keselamatan sepanjang aktiviti ini perlu dititikberatkan kerana jika tersilap langkah padah yang akan menimpa. Fikir dahulu sebelum bertindak

3) Kelab Sukan dan Rekreasi Khazanah Nasional Berhad held a Go-Karting event at Stadium Shah Alam on Sunday! Blessed with beautiful skies and sunny weather, these brainiacs went all out to beat one another on the track!

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PULAU NYIOR

KERJA KURSUS SAINS SUKANKOHORT 4 SESI 2015/2016AKTIVITI KEPIMPINAN ADAB SOSIAL

NAMA : NURSYAFIQA DANIA BINTI NIZZANNO. IC : 971218-01-6008TINGKATAN : 6 AVEROSE 1ANGKA GILIRAN : NAMA GURU : PUAN ROHAYA BINTI LID @ KHALID

1) Teori modern tentang kepemimpinan bukan lagi meninjau pemimpin secara psikolo-genesis, namun lebih menekankan pada peran-peran sosial. Diantaranya ada teorirole theory(teori peran), creative minority (minoritas kreatif), dan teori kepemimpinan perubahan (teori transformasional). Adapun gaya kepemimpinan dapat dikategorikan pada beberapa kelompok: militeristis (instructing), otokrasi (directing), pembinaan (coaching), demokrasi (supproting), dan kendali bebas (delegating), partisipatif (team working).

2) Dalam rangka peningkatan dan penanaman kedisiplinan dalam berorganisasi di lingkungan sekolah maka perlu diadakan suatu jenis kegiatan yang sifatnya untuk memberikan pelajaran cara berorganisasi di lingkungan sekolah, adapun bentuk kegiatannya yaitu Latihan Dasar Kepemimpinan Siswa (LDKS). LDKS ini bermaksud memberikan suatu cara atau tehnik dalam kepemimpinan siswa sehingga pengurus OSIS dan Pengurus Kelas mampu memimpin organisasi dan kelasnya sehingga program-program kerja dapat dilaksanakan.

3) Program ini diadakan pada 5 hingga 7 Julai 2013 bertempat di Kem Street Smart Vision, Gelang Patah dan dihadiri oleh seramai 80 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 wilayah KEJORA. Program ini memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai persiapan dari segi mental dan fizikal serta motivasi hidup dalam melakukan aktiviti seharian dan juga semasa didalam pembelajaran bagi melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja daripada segi akademik tetapi rohani juga.

4) MRSM Baling, 1 April 2014 - Unit Homeroom telah berjaya menganjurkan program melawat Asrama Lelaki pada selasa, 1 April 2014. Semua Guru Penasihat dan ahli homeroom dikehendaki melawat Asrama lelaki selepas menjalankan aktiviti Modul Penilaian Adab. Justeru, Guru Penasihat berpelung untuk melihat sendiri almari pakaian dan katil setiap ahlinya (anak) dan memberikan teguran serta nasihat yang sewajarnya bagi menjadikan kehidupan di Asrama lebih sempurna dan selesa.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PULAU NYIOR

KERJA KURSUS SAINS SUKANKOHORT 4 SESI 2015/2016AKTIVITI KEBUDAYAAN

NAMA : NURSYAFIQA DANIA BINTI NIZZANNO. IC : 971218-01-6008TINGKATAN : 6 AVEROSE 1ANGKA GILIRAN : NAMA GURU : PUAN ROHAYA BINTI LID @ KHALID

1) Pusat Kebudayaan bertanggungjawab untuk mengendalikan dan merancang kegiatan kesenian pelajar dan warga kampus amnya. pusat ini juga bertanggungjawab untuk mengembang dan mewujudkan satu kebudayaan yang berasaskan kepada Dasar Kebudayaan rakyat rantau ini disamping menerapkan unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar. Islam merupakan teras dalam pembentukan Dasar Kebudayaan yang menjadi pegangan Pusat Kebudayaan. Ia terus berkembang dari segi bilangan kakitangan, pertambahan kelas kokurikulum kesenian sehinggalah kepada kepelbagaian bidang yang diceburi. Pada tahun 2000 peranan Unit Kebudayaan dilihat sangat penting dan telah dinaiktaraf menjadi Pusat Kebudayaan dan menjadi tunjang kepada program kokurikulum kesenian di UKM. Kini ia sudah menjadi sebuah pusat perkembangan dan kemajuan kebudayaan dan kesenian untuk pelajar-pelajar dan kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia.

2) Malam persembahan pementasan yang bertajuk "Lagu Merdu dari Gunung Tianshan" berlangsung di Wellington, ibu negara New Zealand pada 29 November lalu.

Kumpulan Kesenian Xinjiang telah menunjukkan persembahan tarian yang menarik pada malam tersebut. Ini merupakan salah satu aktiviti dalam "Minggu Kebudayaan Xinjiang" di bandar tersebut.

Tarian yang menarik diberi oleh Kumpulan Kesenian Xinjiang.

3) Aktiviti kesenian dan kebudayaan memainkan peranan penting di dalam membentuk sahsiah dan jati diri pelajar. Kepelbagaian budaya yang datang dari setiap pelosok negara mencorakkan lagi lanskap kebudayaan dan kesenian di UPM

4) PULAU PINANG, 11 Mei 2015 Malam Anekaragam yang diadakan untuk mengenengahkan bakat para pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan acara kemuncak aktiviti tahunan Persatuan Kebudayaan India (PKI) USM.