dalil-tahlil

3
"Segala puji bagi Allah s.w.t yang menghidup dan mematikan kita. yang memberi nikmat iman dan Islam. nikmat kedua sebagai umat nabi s.a.w. tidak lupa juga selawat dan salam keatas penghulu kita nabi Muhammad s.a.w, isteri-isteri baginda, keluarga baginda, para sahabat yang pemberani dan juga mereka-mereka yang mengikuti sahabt sehingga ke hari akhirat.Dengan ini dibawakan antara ibarah-ibarah daripada kitab-kitab yang tidak kurang besarnya pada menerangkan masalah hadiah pahala kepada si mati.. Siyarus Salikin, juzu’ 4, m/s 206, 17 baris daripada pihak bawah: Dan bersabda Nabi (Sollallahu’alaihiwassallam), (ertinya) dan tiada ada mayat di dalam kuburnya itu melainkan seperti orang yang karam di dalam air yang meminta tolong daripada seorang yang melepaskan akan dia pada hal ia meminta akan doa yang didatangkan ia daripada bapanya, atau daripada saudaranya, atau daripada kekasih baginya, maka apabila mendatang doa seorang itu akan mayat, maka adalah ia terlebih kasih daripada dunia, dan barang yang di dalamnya itu dan bahawasanya hadiah orang yang hidup bagi orang yang mati itu iaitu doa dan istighfar, Siyarus Salikin,juzu’ 4, m/s 207, 1 baris dari pihak atas: Kata Imam Ghazali (ertinya) Tiada mengapa dengan dibacakan Quran atas kubur itu iaini sunat dibacakan Quran di atas kubur itu seperti kata Muhamad bin Muhamad Al-Marwaz (ertinya) telah aku dengarkan Imam Ahmad bin Hanbal (Rodhiyallah’anhu) berkata, apabila kamu masuk akan tempat kubur itu, maka baca olehmu Fatihah Alkitab, dan Qula’udzubirabbilfalaq, dan Qula’udzubirabinnas. dan Qulahuwallahuahad dan jadikan olehmu akan pahalanya itu bagi segala ahlilqubur, maka bahawasanya adalah yang demikian itu sampai pahalanya kepada mereka itu Siyarus Salikin, juzu’ 4, m/s 207, 16 baris dari pihak atas: Kata Imam Nawawi (ertinya), kata beberapa ulama’ yang besar-besar, sunat membaca Quran pada kubur dan jinak hati mereka itu bagi yang demikian itu dengan dalil hadith dua pelepah kurma yang ditaruh Nabi S.A.W. di atas kubur di dalam hadith itu, dan adalah mereka berkata, apabila sampai manfaat kepada kepada yang di dalam kubur itu dengan tasbih dua pelepah kurma itu padahal ia basah keduanya itu, makan didapat manfaaat bagi mayat itu dengan sebab dibaca akan Quran pada kubur itu terlebih aula maka kerana membaca Quran daripada manusia itu terlebih besar dan terlebih manfaat bagi mayyit daripada manfaat tasbih pelepah kurma itu. Siyarus Salikin, juzu’ 4, m/s 207, 5 baris dari pihak bawah: Dan lagi berkata ‘Ali Al-Qotaani itu di dalam risalah itu (ertinya) dan kata kebanyakan ulama’ daripada madzhab Imam As-Syafi’I dan madzhab Imam Malik dan madzhab Imam Abi Hanifah, sampai kepada mayyit itu pahala membaca Quran dan dengan dia itu, mengata Imam Ahmad ibn Hanbal (Rodhiyallah’anhu) kemudian bahawa bermula membaca Quran di atas kubur itu bida’ah, tetapi dinaqal pula datipada Imam Ahmad ibn Hanbal itu, sampai pula kepada mayyit itu pahala tiap-

Upload: trex84

Post on 23-Oct-2015

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: dalil-tahlil

"Segala puji bagi Allah s.w.t yang menghidup dan mematikan kita. yang memberi nikmat iman dan Islam.

nikmat kedua sebagai umat nabi s.a.w. tidak lupa juga selawat dan salam keatas penghulu kita nabi

Muhammad s.a.w, isteri-isteri baginda, keluarga baginda, para sahabat yang pemberani dan juga mereka-

mereka yang mengikuti sahabt sehingga ke hari akhirat.Dengan ini dibawakan antara ibarah-ibarah

daripada kitab-kitab yang tidak kurang besarnya pada menerangkan masalah hadiah pahala kepada si

mati..

 

Siyarus Salikin, juzu’ 4, m/s 206, 17 baris daripada pihak bawah:

 

Dan bersabda Nabi (Sollallahu’alaihiwassallam), (ertinya) dan tiada ada mayat di dalam kuburnya itu

melainkan seperti orang yang karam di dalam air yang meminta tolong daripada seorang yang melepaskan

akan dia pada hal ia meminta akan doa yang didatangkan ia daripada bapanya, atau daripada saudaranya,

atau daripada kekasih baginya, maka apabila mendatang doa seorang itu akan mayat, maka adalah ia

terlebih kasih daripada dunia, dan barang yang di dalamnya itu dan bahawasanya hadiah orang yang

hidup bagi orang yang mati itu iaitu doa dan istighfar,

 

Siyarus Salikin,juzu’ 4, m/s 207, 1 baris dari pihak atas:

 

Kata Imam Ghazali (ertinya) Tiada mengapa dengan dibacakan Quran atas kubur itu iaini sunat dibacakan

Quran di atas kubur itu seperti kata Muhamad bin Muhamad Al-Marwaz (ertinya) telah aku dengarkan

Imam Ahmad bin Hanbal (Rodhiyallah’anhu) berkata, apabila kamu masuk akan tempat kubur itu, maka

baca olehmu Fatihah Alkitab, dan Qula’udzubirabbilfalaq, dan Qula’udzubirabinnas. dan

Qulahuwallahuahad dan jadikan olehmu akan pahalanya itu bagi segala ahlilqubur, maka bahawasanya

adalah yang demikian itu sampai pahalanya kepada mereka itu

 

Siyarus Salikin, juzu’ 4, m/s 207, 16 baris dari pihak atas:

 

Kata Imam Nawawi (ertinya), kata beberapa ulama’ yang besar-besar, sunat membaca Quran pada kubur

dan jinak hati mereka itu bagi yang demikian itu dengan dalil hadith dua pelepah kurma yang ditaruh Nabi

S.A.W. di atas kubur di dalam hadith itu, dan adalah mereka berkata, apabila sampai manfaat kepada

kepada yang di dalam kubur itu dengan tasbih dua pelepah kurma itu padahal ia basah keduanya itu,

makan didapat manfaaat bagi mayat itu dengan sebab dibaca akan Quran pada kubur itu terlebih aula

maka kerana membaca Quran daripada manusia itu terlebih besar dan terlebih manfaat bagi mayyit

daripada manfaat tasbih pelepah kurma itu.

 

Siyarus Salikin, juzu’ 4, m/s 207, 5 baris dari pihak bawah:

 

Dan lagi berkata ‘Ali Al-Qotaani itu di dalam risalah itu (ertinya) dan kata kebanyakan ulama’ daripada

madzhab Imam As-Syafi’I dan madzhab Imam Malik dan madzhab Imam Abi Hanifah, sampai kepada

mayyit itu pahala membaca Quran dan dengan dia itu, mengata Imam Ahmad ibn Hanbal

(Rodhiyallah’anhu) kemudian bahawa bermula membaca Quran di atas kubur itu bida’ah, tetapi dinaqal

pula datipada Imam Ahmad ibn Hanbal itu, sampai pula kepada mayyit itu pahala tiap-tiap suatu daripada

sedekah dan sembahyang dan puasa dan haji dan I’tikaf dan membaca Quran dan zikir dan segala ‘ibadah

yang lain daripada yang demikian itu.

 

Siyarus Salikin, juzu’ 4, m/s 207,11 baris dari pihak bawah:

 

Dan lagi kata Syaikh Muhammad bin Ali itu di dalam risalahnya, (ertinya) diriwayatkan daripada Saidina

Abdullah bin Umar (Rodhiyallah’anhu) bahawasanya menyuruh akan bahawa dibaca pada kuburnya itu

akan surah Al-Baqarah dan lagi ia berkata di dalam risalah itu (ertinya) dan mengeluarkan Al-Salami

Page 2: dalil-tahlil

(Rodhiyallah’anhu) dan lainnya daripada hadith Saidina Ali (Rodhiyallah’anhu), ia berkata, sabda Nabi

(Sollallahu’alaihiwassallam), barangsiapa lalu atas tempat beberapa kubur dan membaca ia akan

‘qulhuwallahuahad’ sebelas kali kemudian memberi ia akan pahalanya itu bagi bagi segala mayyit itu,

nescaya diberi Allah Ta’ala akan dia pada pahal itu sebilang-bilang segala mayyit itu dan lagi ia berkata di

dalam risalah itu, (ertinya) dan diriwayatkan daripada hadith Anas bin Malik (Rodhiyallah’anhu), khadam

Rasulullah (Sollallahu’alaihiwassallam) berkata, sabda Nabi Sollallahu’alaihiwassallam) apabila membaca

orang yang mu’min akan Aayatul kursi dan menjadikan pahalanya itu bagi ahlilkubur, nescaya

memasukkan Allah Ta’ala di dalam sekelian kubur itu daripada misyrak hingga ke maghrib empat puluh nur

dan meluaskan Allah Ta’ala atas mereka itu akan pahala enam puluh Nabi dan mengangkatkan Allah

Ta’ala baginya itu dengan tiap-tiap satu daripada mayyit itu akan satu darjat dan menyuratkan Allah Ta’ala

baginya itu dengan tiap-tiap satu daripada mayyit itu akan sepuluh kebajikan

Dan lagi, saya bawakan nas ibarah kitab yg membuktikan bahawa sampai pahala kepada si mati..ini bg

mejawab tuduhan suka2 hati oleh pemuka2 wahabi yg mengatakan sebaliknya..

 

Kasyful Lisam, Juzu' 1, m/s 83, 18 baris dari pihak atas:

 

(Furu') setengah daripada memberi manfaat akan mayyit itu sedekah daripadanya iaini diqasadkan pahala

sedekah itu daripadanya, dan setengah daripadanya waqaf mushaf baginya dan lainnya dan menggali

telaga dan menanam pohon kayu dan doa baginya daripada waris atau orang yang lain.

 

Kasyful Lisam, Juzu' 1, m/s 83, 16 baris dari pihak bawah:

 

(Furu') hasil pahala qiraat bagi mayyit itu dengan semata-mata qasad akan dia dengan qiraat itu dan iaitu

madzhab segala imam yang tida dan demikian lagi membaca dengan hadir di hadapan mayyit itu dengan

niat oleh orang yang membaca itu akan pahalan bacaannya itu bagi mayyit atau doa baginya mengiringi

qiraat.

 

Kasyful Lisam, Juzu' 1, m/s 83, 9 baris dari pihak bawah:

 

(Furu') telah berkata Ibn Qossim, padahal menaqal ia daripada (Syeikh) Ramli, bahawasanya apabila

berniat pahala qiraatnya itu bagi mayyit atau doa mengiringi qiraat itu, hasil pahalanya bagi mayyit atau

baca di sisi kuburnya, hasil pahala baginya seumpama pahala qiraatnya dan hasil pahalanya itu bagi orang

yang membaca pula maka jikalau gugur pahala orang yang membaca itu kerana yang menggugurkan

seperti ghalib membangkitkan dunia seperti bacaannya dengan menuntut akhirat. Maka sayugianya

bahawa tiada gugur seumpamanya itu dengan nisbah bagi mayyit dan jika diupah akan dia bagi qiraat bagi

mayyit dan pada hal tiada berniat ia akan mayyit dengan qiraat itu dan tiada doa baginya kemudian dan

tiada dibaca di sisi kuburnya, tiada dilepas daripada wajib mengambil upah dan adakah memadai bacaan

pada awalnya dan jika menyelangi padanya oleh diam sekalipun sayugianya bahkan iaini memada dari

kerana barang yang lain daripada yang pertama itu.