dalam situasi manakah nota anekdot dapat memberi pentaksiran yang komprehensif

Upload: he-loveschalk

Post on 14-Apr-2018

267 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Dalam Situasi Manakah Nota Anekdot Dapat Memberi Pentaksiran Yang Komprehensif

    1/4

    Dalam situasi manakah nota anekdot dapat memberi pentaksiran yang

    komprehensif?

    Nota anekdot adalah satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau

    tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan secara positif atau

    negatif untuk direkod. Pemerhatian tingkah laku biasanya tidak dirancang, tetapi

    secara kebetulan tingkahlaku tersebut berlaku. Pemerhatian ini dilakukan terhadap

    murid secara individu, walaupun peristiwa berlaku dalam kumpulan. Tiada had masa

    ditentukan untuk pemerhatian tingkah laku ini. Catatan hendaklah ditulis secara

    objektif apa sebenarnya yang berlaku.

    Dalam nota anekdot mengandungi pemerhatian terhadap peristiwa yang

    berlaku. Catatan ini dibuat sebaik sahaja selepas peristiwa berlaku bagi

    memastikan peristiwa yang akan direkodkan tidak tercicir. Guru akan menulis apa

    yang dilihat secara objektif kemudian mengenal pasti Sama ada peristiwa itu

    penting dan signifikan kepada aspek perkembangan murid. Peristiwa dicatat

    mengikut urutan dan hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat.

    Selain itu, nota anekdot juga dimasukkan respon orang lain sekiranya ada kaitan

    dengan tingkah laku murid yang diperhatikan.

    Nota anekdot ini juga digunakan untuk mencatat hasil pentaksiran dan

    maklumat berkaitan secara sistematik. Maklumat yang direkod dalam nota anekdot

    adalah menyeluruh merangkumi tahap penguasaan, perkembangan, kemajuan,

    potensi, sikap dan nilai-nilai yang murid pamerkan. Antara ciri-ciri yang

    membolehkan nota anekdot menjadi sumber pentaksiran yang lengkap adalah

    seperti berikut :

    Dijalankan tidak secara langsung (not direct testing)

    Dijalankan dalam suasana semula jadi (naturalistic)

    Dijalankan dalam suasana tidak formal (informal)

    Dijalankan dalam keadaan yang tenang

    Tidak bertujuan membandingkan murid dengan murid

    Tidak melabelkan murid sebagai pandai, tidak pandai

    Dijalankan secara berterusan, bukan hanya di akhir pembelajaran

    Maklum balas segera diberi untuk tujuan penambahbaikan (formatif) Bersifat diagnostik: mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan keperluan.

  • 7/29/2019 Dalam Situasi Manakah Nota Anekdot Dapat Memberi Pentaksiran Yang Komprehensif

    2/4

    Pemerhatian dan perekodan yang teliti dan lengkap dalam nota anekdot akan

    memudahkan guru memberi maklum balas dan menghasilkan pelaporan murid

    kemudian. Hasil pentaksiran yang diperolehi kemudiannya membantu guru di

    sekolah untuk:

    Mengesan keberkesanan pengajaran

    Memberi maklum balas yang sesuai dan tepat kepada murid

    Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur

    Merancang tindakan susulan untuk tujuan pemulihan dan pengayaan

    Mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dikuasai murid

    Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan

    perkembangan dan pertumbuhan murid

    Mengenalpasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari

    semasa ke semasa

    Mengenalpasti pelbagai kecerdasan, kemahiran dan potensi murid yang boleh

    diperkukuhkan

    Akhir sekali, aspek penting yang memastikan keberkesanan pentaksiran ini

    ialah penggunaan maklumat dari nota anekdot oleh guru untuk memberi respon atau

    maklum balas yang sesuai dan berguna kepada murid. Maklum balas guru yang

    merujuk kepada pernyataan standard dan kriteria yang jelas boleh disampaikan

    dalam bentuk pujian, teguran dan nasihat. Selain pengakuan guru sama ada hasil

    kerja murid itu boleh dikatakan baik, perlu dibaiki, ada kemajuan atau sebagainya,

    murid perlu diberitahu kenapa kerja atau prestasi mereka dinilai sedemikian. Murid

    juga perlu diberitahu apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk

    menambah baik prestasi mereka.

  • 7/29/2019 Dalam Situasi Manakah Nota Anekdot Dapat Memberi Pentaksiran Yang Komprehensif

    3/4

    Bagaimanakah guru sains dapat menggunakan rekod anekdot?

    Seorang guru sains dapat menggunakan rekod anekdot yang berbentuk

    penulisan yang ringkas, tepat dan padat mengenai peristiwa dan perubahan yang

    signifikan yang berlaku pada seseorang murid. Guru boleh menerangkan peristiwa

    tingkah laku atau insiden dengan perkataan atau gambar.Sebagai contoh semasa

    amali sains.

    Guru perlu menyediakan buku kecil atau helaian kertas yang diletakkan

    ditempat yang mudah dicapai. Secara ringkasnya , maklumat yang perlu ada dalam

    rekod anekdot adalah nama murid, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku.

    Kemudian, guru permu memasukkan ulasan guru dan tindakan guru. Guru dapat

    mengambil tindakan susulan yang sesuai bagi membantu murid itu.

    Guru akan membuat catatan rekod anekdot semasa murid melaksanakan

    amali. Guru tidak memerlukan sebarang latihan bagi membuat rekod ini. Semasa

    membuat pemerhatian, guru melakukan pemerhatian terbuka. Guru akan

    mencatatkan apa sahaja yang beliau dapat saksikan dan tidak terhad kepada

    sejenis tingkah laku ataupun catatan. Guru boleh mencatat apa sahaja kejadianyang tidak diduga tidak kira dimana ia berlaku kerana hanya perlu mencatatkannya

    kemudian. Semasa berlangsungnya amali, guru hanya perlu mencatat tingkah laku

    yang diperlukan sahaja dan melupakan perkara atau tingkah laku lain. Berikut

    merupakan contoh rekod anekdot yang dibuat oleh guru :

    Nama : Auni Natasya

    Kelas : 5 Progresif

    Tarikh : 25 April 2013

    Matapelajaran : Sains

    Tajuk : Kekuatan dan Kestabilan (faktor-faktor yang

    mempengaruhi kekuatan struktur iaitu jenis bahan)

    Nama Guru : Puan Salwah binti Puteh

    Peristiwa yang diperhatikan: Aisyah memasukkan guli di dalam cawan plastik

    untuk menguji bilangan guli maksimum yang boleh ditampung oleh jambatan plastik

    Tetapi Auni hanya memerhatikan sahaja tanpa membantu apa-apa.

  • 7/29/2019 Dalam Situasi Manakah Nota Anekdot Dapat Memberi Pentaksiran Yang Komprehensif

    4/4

    Cadangan: Penerapan nilai murni seperti bekerjasama semasa melakukan amali

    sama ada secara langsung atau tidak langsung.

    Walaubagaimanapun, rekod ini tidak memberi gambaran yang lengkap

    kerana guru hanya merekodkankejadian yang diperlukan olehnya sahaja. Ketetapan

    rekod ini sangat bergantung pada ingatan guru kerana rekod ini dibuat selepas

    kejadian itu berlaku. Selalunya catatan atau rekod adalah kurang mendalam kerana

    kejadian mungkin berlaku diluar konteks dan ini menyebabkan interpretasi

    kurangtepat ataupun digunakan secara berat sebelah