dalam pengurusan afpfl terdapat pandangan yang berbeza dalam

19
HSA 3043 : Asia Tenggara Abad ke 20 Tajuk : Soalan 6 : Analisakan pencapaian parti- parti politik Burma selepas Perang Dunia Kedua sehingga Kemerdekaannya. Kumpulan : C Nama No Matrik Muhammad Syaqroni Bin Md Sahimi D20111048559 Pensyarah : Ahmad Zainudin Bin Husin 1

Upload: muhammad-syaqroni-sahimi

Post on 19-Dec-2015

247 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Berkenaan Parti AFPFL

TRANSCRIPT

Page 1: Dalam Pengurusan AFPFL Terdapat Pandangan Yang Berbeza Dalam

HSA 3043 :

Asia Tenggara Abad ke 20

Tajuk :

Soalan 6 : Analisakan pencapaian parti-parti politik Burma selepas Perang Dunia Kedua

sehingga Kemerdekaannya.

Kumpulan : C

Nama No MatrikMuhammad Syaqroni Bin Md Sahimi D20111048559

Pensyarah :

Ahmad Zainudin Bin Husin

1

Page 2: Dalam Pengurusan AFPFL Terdapat Pandangan Yang Berbeza Dalam

1.0 Pengenalan

Kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua telah membawa kehadiran semula kuasa

Barat ke Burma. Kehadiran semula kuasa Barat ini telah merancakkan persaingan ideologi

yang berbeza di Burma. Sistem pemerintah yang diinginkan oleh rakyat di burma telah

menimbulkan pelbagai konflik antara satu sama lain bukan sahaja dari segi luaran, maka

aspek dalaman pun terdapat pelbagai masalah. Ideologi dapat didefinisikan sebagai sesuatu

aliran pemikiran seseorang berdasarkan nilai-nilai murni, satu doktrin falsafah kehidupan

manusia atau fahaman yang diterima umum oleh sekelompok kumpulan masyarakat. Ideologi

dan fahaman politik yang berbeza telah mencetuskan persaingan blok kuasa yang dikenali

sebagai Perang Dingin antara blok demokrasi yang diketuai Amerika Syarikat dan blok

komunis yang diketuai Soviet Union. Kedua-dua blok ini ingin membuktikan kekuatan

masing-masing.

Kejayaan pihak komunis di Rusia pada tahun 1917 dalam Revolusi Bolshevik telah

memperlihatkan berlaku senario baru dalam dunia politik antarabangsa. Ideologi komunis

yang meletus ketika Revolusi Bolshevik telah menyebabkan berlakunya proses penyebaran

pengaruh komunis ke negara Burma. Ideologi komunis yang dilahirkan oleh Karl Marx

merupakan fahaman yang merangkumi politik, ekonomi dan sosial sesebuah negara. Dalam

penyebaran ideologi Komunis ini, Soviet Union memainkan peranan yang amat penting.

Ideologi komunis yang mementingkan masyarakat yang tiada hierraki atau perbezaan lapisan

kelas masyarakat telah diterapkan di Burma dengan mudah.

Berbanding dengan Kesatuan Soviet, kuasa Barat yang lain seperti Amerika Syarikat

merupakan blok kuasa yang mementingkan kapitalis. Dalam bidang politik, sistem kapitalis

mengamalkan negara demokratik iaitu menjalankan pemilihan kerajaan melalui pilihan raya

dan kebebasan individu sepenuhnya. Di Burma, pengeseran berterusan dalam perang anti

kerajaan yang juga melibatkan kelompok minoriti. Ideologi yang berbeza ini telah

memperlihatkan keadaan di Burma yang menjadi tempat persaingan kuasa antara kedua-dua

pihak ini.

Melalui ideologi-ideologi ini lahirlah parti-parti politik yang memainkan peranan

penting untuk menuntut kemerdekaan di Burma dan memimpin negara mereka sendiri. Salah

satu parti politik yang memainkan peranan penting dalam pergerakan nasional di Burma

adalah Anti-Fascist People’s Freedom League ( AFPFL ) yang dibentuk ketika zaman

pendudukan Jepun di Burma. Pemimpin AFPFL mendokongi ideologi sosialis dan komunis.

2

Page 3: Dalam Pengurusan AFPFL Terdapat Pandangan Yang Berbeza Dalam

2.0 Latar Belakang Anti Fascist People’s Freedom ( AFPFL )

AFPFL merupakan sebuah organisasi perlawanan anti-fasis yang dibentuk di pegu,

Burma pada tanggal 19 Ogos 1944. Anggota AFPFl terdiri dari Communist Party of Burma (

CPB ), Peoples Revolutionary party ( PRP ), Burma National Army ( BNA ) golongan

pongyis ( biksu Budha ). Pemimpin utama AFPFL ialah Aung san yang berasal dari

kolompok militer, manakala Than Tun pula sebagai setiausaha dalam parti AFPFl beraliran

komunis. Tujuan penubuhan AFPFL pada permulaannya hanyalah sebagai sebuah organisasi

yang seterusnya berkembang menjadi sebuah parti menuntut kemerdekaan di Burma.

Keanggotaan AFPFl tidak hanya tergolong oleh komunis dan sosialis sahaja namun turut

didokongi oleh etnik-etnik seperti Karen, Chin, Shan, dan Kachin. 1

Kesediaan mereka ini dikukuhkan lagi dengan satu perjanjian bersejarah iaitu

Perjanjian Panglong yang ditandatangani pada tanggal 12 Februari 1947. AFPFL merupakan

sebuah organisasi yang penting dan berperanan besar dalam sejarah perjuangan kemerdekaan

di Burma. Hal ini kerana kemampuan AFPFL yang berjaya menyatukan pelbagai etnik yang

ada di Burma supaya mendukung perjuangan kemerdekaan yang dituntut oleh AFPFL.

Pemimpin utama AFPFL menekankan kepentingan hubungan yang baik antara setiap etnik

yang berlainan kerana perkara ini merupakan nadi utama persatuan bangsa. Aung San

berjanji kepada etnik-etnik minoriti bahawa jika Burma mencapai kemerdekaan mereka akan

diberikan autonomi dan jaminan kesejahteraan dari kerajaan. 2

3.0 Perjuangan dan Pencapaian AFPFL dalam menuntut kemerdekaan Burma

AFPFL mula memperjuangkan kemerdekaan semasa zaman Jepun di Burma. Pada

ketika ini AFPFL merancang untuk mengusir Jepun dari Burma dengan bantuan Inggeris

yang mempunyai kepentingan sebagai musuh sekutu dalam Perang Dunia II. Pada bulan

Februari 1945, Inggeris berhasil mengirimkan 3000 alat persenjataan kepada AFPFL sebagai

usaha untuk mengalahkan Jepun. Akibat daripada serangan-serangan AFPFL dan anggota

Force 136, kedudukan Jepun di Burma semakin terancam. Hal ini kerana Jepun terpaksa

1 Josef Silverstein. ( 1992 ) The Political Legacy Of Aung San. Cornel Southeast : Asia Program. hlm 77.2 Shelby Tucker. ( 2001 ). Burma : Curse Of Independence. London. Pluto Press. hlm 123

3

Page 4: Dalam Pengurusan AFPFL Terdapat Pandangan Yang Berbeza Dalam

memberikan perhatian untuk menewaskan sekutu dalam Perang Dunia II berbanding

mempertahankan kedudukan di Burma. Keadaan bertambah buruk dengan pengeboman oleh

Amerika Syarikat terhadap Hiroshima dan Nagasaki di Jepun pada 6 Ogos dan 9 Ogos 1945.

Jepun menyerah kalah pada tanggal 14 Ogos 1945. Akibat daripada kekalahan Jepun, Burma

kembali berada di bawah penguasaan negara British. 3

Berdasarkan hasil perundingan di atas kapal Missouri, Inggeris melakukan

dekolonisasi di Burma. Latar belakang dekolonisasi Inggeris dipengaruhi oleh faktor dalaman

dan faktor luaran. Faktor dalamannya iaitu berkembangnya AFPFL sebagai sebuah organisasi

di bawah jajahan British. Manakala faktor luarannya ialah negara yang bebas dari jajahan

Jepun akan mendapat kemerdekaan. British khuatir sekiranya tidak diberi kemerdekaan

terhadap Burma, fahaman komunis akan semakin berkembang dan menguasai politik di

Burma.

AFPFL menginginkan Burma mencapai kemerdekaan dan pembangunan di Burma

harus dilakukan oleh tangan-tangan pribumi bukan oleh pihak asing. Apabila Inggeris

kembali ke Burma, tugas utamanya ialah mengembalikan situasi yang tenang dan

mempersiapkan proses kemerdekaan di Burma. Inggeris menghantar Sir Reginald Doman

sebagai Gabenor jeneral pertama di Burma. Beliau mula bertugas pada 16 Oktober 1945.

Setelah menjawat jawatan sebagai Gabenor, Sir Reginald Dorman menyatakan bahawa tugas

utamanya ialah membantu Burma mencapai kemerdekaan. Beliau telah membentuk ahli

jawatankuasa yang beranggotakan perwakilan AFPFL dan pegawai pemerintahan Inggeris

yang akan merencanakan konsep ketatanegaraan Burma seperti bentuk negara, sistem

pemerintahan dan hal-hal lain yang berhubungan dengan pemerintahan. 4

Satu pertemuan telah diadakan antara Sir Reginald Dorman dengan pihak AFPFl

untuk membincangkan calon-calon yang sesuai untuk menganggotai ahli jawatankuasa

tersebut. AFPFL mengajukan 11 nama sebagai ahli jawatankuasa pentadbiran, namun hanya

dipersetujui sebanyak 5 orang sahaja oleh Sir Reginald Dorman. AFPFL membantah kerana

jawatankuasa tersebut memainkan peranan penting dalam pentadbiran negara, oleh itu

anggota AFPFL perlu diletakkan lebih ramai berbanding dengan pihak British. pertemuan

tersebut mengalami kebuntuan kerana masing-masing tidak mahu mengalah dan tetap dengan

3 Hugh Tinker & S.R. Ashton. ( 1983 ). Burma the Struggle for Independence 1944-1948 : From Military Occupation to civil government. 1 January 1944 to 31 August 1946. The University of Michigan : H.M.S.O. hlm 16.4 Alan Warren. ( 2011 ) Burma 1942 : The Road From Rangoon To Mandalay. London : Britsh Library. hlm 21.

4

Page 5: Dalam Pengurusan AFPFL Terdapat Pandangan Yang Berbeza Dalam

pendirian mereka. Akhirnya jawatankuasa terbentuk tanpa adanya perwakilan daripada pihak

AFPFL. perkara ini menyebabkan hubungan antara AFPFL dengan Sir Reginald Dorman

semakin tegang. AFPFL melihat perkara ini menyulitkan mereka dalam proses menuntut

kemerdekaan Burma. 5

Pada bulan Julai 1946, Sir Reginald Dorman telah selesai bertugas dan digantikan

dengan Si Henry F. Knight. Namun beliau hanya bertugas selama dua minggu dan digantikan

pula dengan Mayor jeneral Sir Hubert Rance yang tiba di Rangoon pada 30 Ogos 1946

Kedatangan Sir Rubert disambut dengan pemogokan yang dilakukan oleh pelbagai lapisan

masyarakat Burma yang diketuai oleh AFPFL. Pemogokan dimulai dari pagoda Shwedagon

menuju pusat kota Rangoon. Pemogokan ini tersebar meluas di Rangoon pada 23 September

1946. Mereka menuntut agar Burma mendapat kemerdekaan seperti yang dijanjikan.

Pemogokan ini menandakan AFPFL menerima pengaruh yang besar dari masyarakat Burma.

Menyedari keadaan ini Sir Hubert Rance mengemukakan bahawa kedatangannya ke Burma

dengan niat yang baik untuk menyelesaikan dekolonisasi di Burma. Beliau juga mengajak

masyarakat Burma untuk berdamai dan berjanji untuk membubarkan jawatankuasa yang lama

dan digantikan dengan yang baru melibatkan AFPFL. 6

Dalam struktur keanggotaan ahli jawatankuasa yang baru, Aung san telah dilantik

menjadi ketua yang menunjukkan perkembangan yang baru. Namun perkara ini tidak bererti

perjuangan kemerdekaan terhenti di situ sahaja. Perundingan kemerdekaan tetap diteruskan

sama ada dalam waktu yang singkat atau panjang. Aung san menekankan pentingnya

dukungan rakyat Burma bagi dirinya dan AFPFL. Namun begitu, terdapat tentangan dan

rintangan dalam pengurusan AFPFL. Hal ini kerana dalam pengurusan AFPFL terdapat

pandangan yang berbeza untuk mencapai kemerdekaan Burma dari puak komunis. 7

Thakin Soe yang beraliran komunis menolak keras segala bentuk perundingan dengan

Inggeris untuk mencapai kemerdekaan. Thakin Soe berpendapat bahawa kemerdekaan Burma

harus dikecapi melalui “people War Against Imperialism atau revolusi”. Manakala Aung San

sebagai pemimpin utama dalam AFPFL tidak bersetuju dengan perkara tersebut kerana

menganggap bahawa peperangan hanya menambahkan penderitaan rakyat Burma. Di

samping itu jika Burma mengalami kekalahan dalam perang maka ia akan semakin

5 Richard Butwell ( 1991 ). U Nu Of Burma. London : Oxford University Press. hlm 496 Ibid. hlm 50.

7 Ibid. hlm 51.

5

Page 6: Dalam Pengurusan AFPFL Terdapat Pandangan Yang Berbeza Dalam

menyulitkan posisi Burma untuk mencapai kemerdekaan. Aung San mengalami kesulitan

dalam menjaga disiplin keluruhan parti. 8

Melihat kepada perkara tersebut Thakin Soe bersama-sama dengan pengikutnya yang

setia memutuskan untuk keluar daripada keanggotaan AFPFl. Setelah Thakin Soe keluar dari

AFPFL beliau telah membentuk sebuah parti baru iaitu “Red Flag” yang beraliran komunis.

Parti komunis ini bergerak secara bawah tanah. 9

Walaupun Than Tun juga beraliran komunis namun beliau tidak mengikuti jejak

langkah Thakin Soe dan kekal keanggotaan bersama dengan AFPFL. Beliau menggunakan

AFPFL sebagai satu helah dengan harapan dapat mengatur pemberontakan secara besar-

besaran dengan sokongan dari kalangan organisasi pekerja dan petani untuk mengambil alih

parti menjadi sebuah parti komunis. Than Tun telah menyerang pemimpin-pemimpin AFPFL

yang beraliran sosialisme melalui surat khabar, majalah rakyat dan terus menimbulkan

keadaan yang huru-hara dengan menyerang polis dan kerajaan. Aung San dan U Nu yang

merupakan pemimpin tertinggi dalam AFPFL telah memberi amaran beberapa kali terhadap

Than Tun mengenai corak kepimpinan komunis yang dibawa oleh Than Tun tidak sesuai

dalam AFPFL. Akhirnya Thatun Than tidak lama bertahan dalam AFPFL kerana tersinggung

dengan keputusan Aung san yang memujuk Thakin Ba Sein untuk mendampingi beliau di

saat menghadiri perundingan dengan Inggeris. Atas alasan tersebut Than Tun keluar daripada

AFPFL. 10

Aung san mengangkat Kyaw Nyein yang beraliran sosialis sebagai pengganti Than

Tun. Setelah keluar daripada AFPFl Than Tun mengumumkan untuk melakukan demokrasi

menentang AFPFL. Melihat kepada keadaan tersebut, Aung San telah memutuskan untuk

mengeluarkan semua unsur komunis yang terdapat dalam Kepengerusan AFPFL pada

oktober 1946. Aung San mengkritik keras kaum komunis yang berusaha untuk merosakkan

kesatuan dalam negeri, menempatkan kepentingan di atas kemerdekaan Burma. Perkara ini

memudahkan Aung san dalam rombongan menuntut kemerdekaan dengan mengemukakan

bahawa parti AFPFL bebas dari komunis dan inginkan kemerdekaan secara perdamaian tanpa

8 Abu Talib Ahmad. ( 2000 ). Sejarah Myammar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 16.9 Bertil Lintner. ( 1990 ). The rise and Fall Of The Communist Party Of Burma ( CPB ). Cornel Southeast : Asia Program. hlm 10.10 Frank N. Trager. ( 1959 ) Marxism In Southeast Asia : A Study Of Four Countries, Volume 7. London : University Oxford. hlm 35

6

Page 7: Dalam Pengurusan AFPFL Terdapat Pandangan Yang Berbeza Dalam

ada revolusi dan pertumpahan darah. Melihat keadaan ini Thakin Thein Pei keluar dari

AFPFL dan menyatakan bahawa Aung San sebagai alat Imperialisme . 11

Pada ketika ini di British telah berlaku pertukaran perdana menteri. Clement Attlee

yang berasal dari Parti Buruh telah terpilih sebagai perdana menteri Inggeris yang baru

menggantikan Winston Curchill. Clement Attlee mempunyai sifat yang lebih humanis dan

berempati dalam membawa perubahan dan penyelesaian terhadap masalah kemerdekaan

Burma. Clement Attlee telah membawa kepada perundingan secara damai bersama dengan

AFPFL dalam membahaskan mengenai isu kemerdekaan Burma. Pada 20 Disember 1946,

Clement Attlee mengundang AFPFL ke London untuk membicarakan soal kemerdekaan

Burma. Undangan tersebut diterima dengan baik oleh AFPFl pada 26 Disember 1946. Wakil

AFPFL berangkat ke London pada 1 Januari 1947 untuk memenuhi permintaan tersebut.

Delegasi AFPFLterdiri daripada Aung San, Thakin Mya, ba Sein, U Tin, U Ba Pe dan U

Saw. 12

Sebelum tiba di London, rombongan AFPFL terlebih dahulu telah singgah ke India.

Dalam sebuah konferensi di Delhi. Aung san menyatakan bahawa delegasinya inginkan

kemerdekaan yang penuh dari British. Delegasi AFPFL tiba di London pada 9 Januari 1947.

Perundingan antara AFPFL dengan British berjalan dengan lancar. Akhirnya pada 27 Januari

1947 perundingan Attlee- Aung san telah tercapai. Namun tidak semua anggota delegasi

Burma menyetujui isi dari perjanjian Attlee-AungSan dan menolak untuk menandatangani

perjanjian tersebut. U Saw dan Ba Shein antara yang menolak perjanjian tersebut

beranggapan bahawa Burma perlu berada di bawah kerajaan Inggeris daripada berkerajaan

sendiri. U Saw dan Ba Shein kembali ke Burma dan bergabung dengan Dr Ba Maw dan Paw

Tun membentuk Demokratic Nationalist Opposition Front ( DNOF ). Pertubuhan tersebut

menjadi pesaing utama kepada AFPFL. DNOF juga telah menuduh Aung San hanya

mementingkan diri sendiri dan inginkan jawatan setelah Burma mencapai kemerdekaan dari

Inggeris. 13

Perjanjian Attlee-Aung san memperlihatkan perlunya perdamaian antara AFPFl

dengan etnik-etnik minoriti lain dalam usaha untuk memerdekakan Burma. Selain itu Attlee

juga menginginkan delegasi AFPFL melibatkan pelbagai golongan etnik yang lain seperti

11 Ibid. hlm 36.12 Abu Talib Ahmad. ( 2000 ). Sejarah Myammar. hlm 227.13 John F.Cady. ( 1960 ). A History of Modern Burma. New York : Comell University Press. hlm 461.

7

Page 8: Dalam Pengurusan AFPFL Terdapat Pandangan Yang Berbeza Dalam

Kachin, Chin, Shan dan lain-lain. Oleh kerana itu Attlee meminta Aung San supaya kembali

ke Burma berunding dengan pemimpin di kawasan sempadan.

Aung San kembali ke Burma untuk mengadakan pertemuan dengan kelompok-

kelompok etnik di sempadan. Hal ini kerana beliau ingin memperoleh sokongan dari

pemimpin etnik lain mengenai rancangan kemerdekaan penuh Burma dari British. Sekiranya

etnik-etnik yang lain menyokong AFPFL, maka semakin kuat kedudukan AFPFL untuk

berunding dengan British. Pada bulan Februari 1947 Aung San hadir ke sebuah persidangan

bersama-sama dengan pemimpin etnik yang lain. Persidangan tersebut telah membawa

kepada satu perjanjian Panglong yang menjadi tonggak dalam pembentukan kesatuan negara

Burma. Hal ini kerana, etnik-etnik lain bersedia untuk bersama-sama dengan AFPFL untuk

bergabung menjadi kesatuan Burma. 14

Setelah terjadinya perjanjian Panglong, pada bulan April 1947 diadakan pilihan raya

untuk membentuk kabinet pemerintahan. Parti yang terlibat dalam pilihan raya ialah AFPFL,

Red Flag Communist, dan Independence First Alliance. Dalam pilihan raya tersebut, pihak

AFPFL telah memenangi 170 buah kerusi dari 180 kerusi yang dipertandingkan. Manakala

parti komunis hanya mendapat 10 kerusi sahaja. Pemimpin parti komunis memboikot

pemilihan dengan cara melakukan huru-hara namun berjaya dikawal oleh PVO. 15

Selepas pilihan raya tersebut, satu peristiwa hitam telah terjadi apabila Aung San dan

beberapa ahli kabinet daripada AFPFL telah dibunuh oleh musuhnya dari pihak komunis iaitu

U Saw yang berharap dapat mengambil alih kerajaan pada 19 Julai 194 . Alasan pembunuhan

Aung san ialah disebabkan oleh perbezaan pendapat mengenai kemerdekaan Burma. Aung

San menginginkan Burma tidak termasuk dalam wilayah Komanwel British. Namun U Saw

berpendapat bahawa perlunya Burma untuk menjadi salah sebuah negara komanwel untuk

membangunkan negara tersebut yang baru mencapai kemerdekaan.

Hal ini kerana, bagi sebuah negara yang merdeka perlunya modal dan tenaga kerja

yang banyak untuk membangunkan negara tersebut. Manakala Aung San pula khuatir

sekiranya Burma diletakkan di bawah negara Komanwel, beliau British akan masuk campur

semula dalam pentabiran negara Burma. Rancangan U Saw tersebut gagal apabila Gabenor

14 Shelby Tucker ( 2001 ). hlm 13815 Ibid. hlm 139.

8

Page 9: Dalam Pengurusan AFPFL Terdapat Pandangan Yang Berbeza Dalam

Rance berpaling daripada beliau sebaliknya menyokong U Nu. U Saw yang didapati bersalah

membunuh Aung San telah dihukum gantung pada 8 Mei 1948. 16

Seluruh negara telah berkabung atas kematian Thakin Aung San. Beliau bukan sahaja

telah menjadi pemimpin terkemuka, tetapi pada umur 32 tahun beliau dianggap sebagai

seorang yang tiada gantinya buat parti AFPFL mahupun negara Burma. Aung San diiktiraf

sebagai seorang wira yang telah membentuk gerakan nasionalis kepada satu organisasi dan

membawa Burma kepada jalan menuju kemerdekaan.

Perjuangan AFPFL tidak terhenti disitu sahaja berikutan kematian Aung San, namun

tempat beliau telah digantikan dengan U Nu yang pada waktu itu merupakan salah seorang

wakil dari AFPFL. Pencalonan U Nu diusulkan oleh Rance yang melihat bahawa U Nu

mampu mentadbir Burma kerana memiliki pemikiran yang sama dengan Aung San. Majoriti

anggota AFPFL menyetujui dengan pemilihan U Nu sebagai pengganti kepada Aung san

seterusnya memimpin AFPFL mendapatkan kemerdekaan. U Nu juga telah diletakkan

sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Burma mendapat kemerdekaan. 17

Setelah dilantik sebagai pemimpin AFPFL, U Nu meneruskan perundingan dengan

Inggeris dalam membahas soal kemerdekaan Burma. Pada pertengahan bulan September

1947, anggota kabinet Burma telah terbentuk di bawah kepimpinan U Nu. Anggota kabinet

telah mengadakan pertemuan untuk membincangkan bentuk kenegraan Burma setelah

merdeka. Pertemuan tersebut dihadiri oleh U Nu, Tin Tut, Sir Ba U, Justice E Maung, Justice

Kyaw Myint dan Chan Htoon. Langkah yang seterusnya ialah, mengadakan perundingan

semula dengan Inggeris untuk membincangkan mengenai waktu kemerdekaan Burma dan

status Burma setelah merdeka.

Rancangan untuk memerdekakan Burma dan melepaskan Burma dari negara

Komanwel telah dilakukan dalam bentuk rundingan dengan kerajaan Inggeris. Rundingan

yang pertama terjadi pada 29 Ogos 1947 di Rangoon. Dalam perundingan tersebut, wakil

AFPFL terdiri daripada Bo Let Ya dan U Nu sedangkan wakil dari Inggeris iaitu John W.

Freeman. Dalam perundingan tersebut, Inggeris bersetuju untuk membiaya pemeliharaan

Bandar Akyab dan Mergui sebanyak $40.000 setahun. Di samping itu juga, Inggeris turut

menyetujui permintaan Burma untuk melatih tentera Burma, angkatan laut, dan angkatan

udara dalam waktu tiga tahun. 18

16 Shelby Tucker. ( 2001 ) hlm 138.17 Richard Butwell. ( 1963 ). U Nu Of Burma. hlm 53.18 Ibid. hlm 54.

9

Page 10: Dalam Pengurusan AFPFL Terdapat Pandangan Yang Berbeza Dalam

Perundingan yang paling penting terjadi antara Burma dan Inggeris terjadi pada 17

Oktober 1947. Perundingan tersebut dilakukan di London yang dihadiri oleh U Nu sebagai

wakil dari Burma sedangkan wakil dari Inggeris iaitu Clement Attlee. Dalam perundingan

tersebut, Inggeris akhirnya mengakui kemerdekaan Burma dan menyetujui draft kenegaraan

Burma. Perjanjian tersebut juga telah menetapkan bahawa pada bulan Januari 1948 Burma

akan diberi kemerdekaan yang sepenuhnya. Dengan adanya kemerdekaan Burma, maka

Burma akan menjadi sebuah negara yang berdaulat penuh atas segala keadaan dalam negara.

Walaupun Burma tidak lagi berada dalam negara Komanwel British namun kedua-dua negara

mencapai kata sepakat untuk menjaga hubungan yang baik sesame mereka. Perundingan

terakhir antara Burma dengan Inggeris dikenali sebagai Perjanjian Attlee-U Nu 1947. 19

U Nu mengucapkan terima kasih terhadap sikap Inggeris yang sangat baik dalam

setiap rundingan. Sikap kerjasama Inggeris ini akhirnya membawa kepada kemerdekaan

Burma tanpa melalui proses mengangkat senjata. Cita-cita AFPFL untuk mencapai

kemerdekaan tanpa adanya pertumpahan darah akhirnya tercapai.

Setelah melakukan kunjungan ke London, rombongan U NU kembali ke Burma untuk

melakukan persiapan kemerdekaan. Sekembalinya ke Burma, U Nu cuba untuk mendekati

pihak komunis agar bersatu dalam kesatuan Burma. Namun tindakan pujukan yang dilakukan

oleh U Nu tidak mendapat sambutan yang baik oleh komunis. Malah mereka telah membuat

kempen melawan hasil perundingan Attlee-U Nu. Mereka menyatakan bahawa U Nu telah

menjadi alat imperialis. Melihat keadaan ini U Nu akhirnya menghentikan percubaan untuk

mendekati komunis dan membawa masuk komunis kembali ke dalam AFPFL. U Nu

menyatakan bahawa walaupun tanpa sokongan komunis Burma tetap akan mencapai

kemerdekaan kerana mendapat sokongan dari segenap lapisan masyarakat. Dengan adanya

dukungan dari segenap masyarakat maka AFPFL semakin mantap dalam perjuangan

mencapai kemerdekaan. 20

Pada 4 Januari 1948, Burma mencapai kemerdekaan secara rasmi. Bendera AFPFL

menjadi bendera rasmi negara dan dikibarkan di Ibu Pejabat pemerintahan di Rangoon.

AFPFL telah berkembang menjadi sebuah parti politik yang mempunyai pengaruh yang besar

di Burma sehingga tahun 1962. Hal ini kerana pergolakan dalaman yang berlaku dalam

19 Matthew Foley. The Cold War and National Assertion in southeast Asia : Britain, The United. hlm 10.20 Abu Talib Ahmad. ( 2000 ). Sejarah Myammar. hlm 315

10

Page 11: Dalam Pengurusan AFPFL Terdapat Pandangan Yang Berbeza Dalam

AFPFL telah menyebabkan tentera mengambil alih. Ne Win telah merampas kuasa dan

menerapkan sistem satu parti yang tunggal di Burma. Pada ketika ini AFPFL turut

diharamkan, namun perjuangan AFPFL dalam mengecapi kemerdekaan Burma mempunyai

catatan sejarahnya yang tersendiri dan sentiasa menjadi organisasi yang penting dalam

sejarah perjuangan kemerdekaan Burma. 21

4.0 Kesimpulan

Pada permulaannya penubuhan AFPFL dimulai dengan rancangan untuk

mengalahkan dan mengusir Jepun dari Wilayah Burma. AFPFL telah bekerjasama dengan

21 Ibid. hlm 315.

11

Page 12: Dalam Pengurusan AFPFL Terdapat Pandangan Yang Berbeza Dalam

British dalam usaha untuk mengusir keluar Jepun dari Burma. Inggeris memberikan bantuan

ketenteraan terhadap AFPFL dan membantu AFPFL mengalahkan Jepun. Akhirnya setelah

Jepun kalah dalam Perang Dunia II, Jepun telah menyerahkan semula pentadbiran Burma

tehadap Inggeris. Selepas kekalahan Jepun, perjuangan AFPFL tidak terhenti disitu sahaja,

namun AFPFL terus berjuang untuk menuntut kemerdekaan dari Inggeris. Namun dalam

perjuangan menuntut kemerdekaan Burma pelbagai halangan dan rintangan yang terpaksa

dihadapi oleh AFPFL seperti peristiwa pembunuhan Aung san yang merupakan tokoh

penting dalam memperjuangkan oleh AFPFL oleh pihak komunis. Di samping menghadapi

kesulitan dari British pihak AFPFL turut menerima cabaran dari puak komunis yang terdapat

di Burma yang tidak menyokong kemerdekaan Burma melalui rundingan sebaliknya melalui

cara revolusi. Namun begitu, akhirnya, melalui proses rundingan yang dilakukan secara

damai antara AFPFL dengan Inggeris Burma telah memperoleh kemerdekaan secara rasmi

pada tanggal 4 Januari 1948 dan U Nu terpilih sebagai Perdana Menteri kesatuan Burma.

Bibliografi

Abu Talib Ahmad. (2000). Sejarah Mynmar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

12

Page 13: Dalam Pengurusan AFPFL Terdapat Pandangan Yang Berbeza Dalam

Alan Warren. ( 2011 ) Burma 1942 : The Road From Rangoon To Mandalay. London : Britsh

Library.

Bertil Lintner. ( 1990 ). The rise and Fall Of The Communist Party Of Burma ( CPB ). Cornel

Southeast : Asia Program.

Frank N. Trager. ( 1959 ) Marxism In Southeast Asia : A Study Of Four Countries, Volume 7.

London : University Oxford.

Hugh Tinker & S. R. Ashton. (1983). Burma, the Struggle for Independence, 1944-1948:

From military occupation to civil government, 1 January 1944 to 31 August 1946.

The University of Michigan : H.M.S.O.

John F. Cady. (1960). A History of Modern Burma. New York : Cornell University Press.

Josef Silverstein. ( 1992 ) The Political Legacy Of Aung San. Cornel Southeast : Asia

Program.

Richard Butwell. (1963). U Nu of Burma. California : Standford University Press.

Shelby Tucker. (2001). Burma The Curse of Indepence. England : Pluto Press.

13