dalam mahkamah rayuan malaysia di putrajaya …lb)-8-07-2016.pdfrayuan jenayah no....

26
Rayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016 1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) MAHKAMAH RAYUAN RAYUAN JENAYAH NO: W-06A (LB)-8-07/2016 ANTARA PENDAKWA RAYA ... PERAYU DAN 1. HARE KRISHNAN A/L K. SUBRAMANIAM (I/14794) 2. JAFFRI BIN JAAFAR (RF/124039) 3. MOHD NAHAR BIN ABDUL RAHMAN (RF/122839) 4. MOHD HASWADI ZAMRI BIN SHAARI (RF/132728) RESPONDEN-RESPONDEN (Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya Di Kuala Lumpur, Perbicaraan Jenayah No: 46B-02-09/2013 & 46B-03-09/2013 Antara Pendakwa Raya Dan 1. Hare Krishnan A/L K. Subramaniam (1/14794) 2. Jaffri Bin Jaafar (RF/124039) 3. Mohd Nahar Bin Abdul Rahman (RF/122839) 4. Mohd Haswadi Zamri Bin Shaari (RF/132728)) KORAM: TENGKU MAIMUN TUAN MAT, HMR MOHD ZAWAWI SALLEH, HMR IDRUS HARUN, HMR

Upload: doanthuy

Post on 19-Aug-2019

255 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …LB)-8-07-2016.pdfRayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016 3 melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan

Rayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016

1

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA

(BIDANG KUASA RAYUAN)

MAHKAMAH RAYUAN RAYUAN JENAYAH NO: W-06A (LB)-8-07/2016

ANTARA

PENDAKWA RAYA ... PERAYU

DAN

1. HARE KRISHNAN A/L K. SUBRAMANIAM (I/14794) 2. JAFFRI BIN JAAFAR (RF/124039) 3. MOHD NAHAR BIN ABDUL RAHMAN (RF/122839) 4. MOHD HASWADI ZAMRI BIN SHAARI (RF/132728) … RESPONDEN-RESPONDEN

(Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya Di Kuala Lumpur, Perbicaraan Jenayah No: 46B-02-09/2013 & 46B-03-09/2013

Antara

Pendakwa Raya

Dan

1. Hare Krishnan A/L K. Subramaniam (1/14794) 2. Jaffri Bin Jaafar (RF/124039)

3. Mohd Nahar Bin Abdul Rahman (RF/122839) 4. Mohd Haswadi Zamri Bin Shaari (RF/132728))

KORAM:

TENGKU MAIMUN TUAN MAT, HMR MOHD ZAWAWI SALLEH, HMR

IDRUS HARUN, HMR

Page 2: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …LB)-8-07-2016.pdfRayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016 3 melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan

Rayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016

2

PENGHAKIMAN MAHKAMAH

Latar belakang

[1] Responden Hare Krishnan a/l K. Subramaniam (“responden

pertama”), seorang pegawai polis berpangkat Inspektor di Bahagian

Siasatan Jenayah Khas D9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur

telah dihadapkan dengan pertuduhan yang berikut:

“Bahawa kamu bersama-sama Jaffri bin Jaafar (RF/124039); Mohd Nahar bin

Abdul Rahman (RF/122839) dan Mohd Haswadi Zamri bin Shaari (RF132728)

pada 21.5.2013 jam lebih kurang 2.20 petang hingga 4.30 petang, di Pejabat

Siasatan Khas (D9), Tingkat 7 Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, Jalan

Hang Tuah, dalam daerah Dang Wangi, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Dhamendran

a/l Narayasamany (No. KP 811028-14-5551). Oleh yang demikian kamu telah

melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302

Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun yang sama.”.

[2] Responden-responden Jaffri bin Jaafar (“responden kedua”),

Mohd Nahar bin Abdul Rahman (“responden ketiga”) dan Mohd Haswadi

Zamri bin Shaari (“responden keempat”) pula menghadapi pertuduhan

yang berikut:

“Bahawa kamu bersama-sama Hare Krishnan a/l K. Subramaniam (I/14794)

pada 21.5.2013 jam lebih kurang 2.20 petang hingga 4.30 petang, di Pejabat

Siasatan Khas (D9), Tingkat 7 Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, Jalan

Hang Tuah, dalam daerah Dang Wangi, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Dhamendran

a/l Narayanasamy (No. KP 811028-14-5551). Oleh yang demikian kamu telah

Page 3: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …LB)-8-07-2016.pdfRayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016 3 melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan

Rayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016

3

melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302

Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun yang sama.”.

[3] Responden kedua ialah anggota polis berpangkat Sarjan

manakala responden ketiga dan keempat masing-masing berpangkat

Koperal. Mereka merupakan anggota-anggota bawahan responden

pertama.

[4] Kedua-dua kes telah dibicarakan bersama setelah responden-

responden mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan-pertuduhan di

atas. Di Mahkamah Tinggi, responden pertama, kedua, ketiga dan

keempat masing-masing dikenali sebagai tertuduh 1, 2, 3 dan 4.

[5] Di akhir kes pendakwaan, responden-responden telah dilepaskan

dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi. Tidak berpuashati dengan

keputusan tersebut, Pendakwa Raya merayu ke Mahkamah ini. Rayuan

Pendakwa Raya telah dibenarkan. Responden-responden telah

diperintahkan untuk membela diri atas pertuduhan yang dikemukakan

terhadapnya.

[6] Selepas mendengar kes pembelaan, Mahkamah Tinggi sekali lagi

melepaskan dan membebaskan responden-responden.

[7] Di hadapan kami ialah rayuan Pendakwa Raya terhadap perintah

pelepasan dan pembebasan di akhir kes pembelaan tersebut. Setelah

mendengar hujahan pihak-pihak dan meneliti rekod rayuan, kami

sebulat suara menolak rayuan Pendakwa Raya dan mengesahkan

perintah pelepasan dan pembebasan responden-responden. Berikut

adalah alasan kami.

Page 4: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …LB)-8-07-2016.pdfRayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016 3 melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan

Rayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016

4

Kes Pendakwaan

[8] Secara ringkas, kes pendakwaan ialah seperti berikut.

Responden-responden ialah pasukan yang bertanggungjawab untuk

menyoalsiasat Dhamendran a/l Narayanasamy (si mati) berikutan satu

kejadian tembakan yang dilepaskan akibat pergaduhan dua (2)

kumpulan kongsi gelap kaum India. Pergaduhan berlaku di kawasan

Cheras. Dalam kejadian tersebut, seorang bernama Saravanan a/l

Naguru (SP21) mengalami kecederaan parah dan dirawat di Hospital

HUKM, Bandar Tun Razak.

[9] Si mati telah ditangkap oleh Inspektor Mohd Fauzi bin Mohd Sharif

(SP4) pada 12.5.2013 jam 2.12 pagi. Mulai 13.5.2013 sehingga

21.5.2013, si mati ditahan di lokap D9, IPK Kuala Lumpur. Menurut SP4

dan Pegawai Turus D9, IPK Kuala Lumpur, Supt. Yahya bin Abdul

Rahman (SP17), si mati telah ditangkap dan ditahan untuk disiasat

berhubung dengan kes cubaan membunuh. Kes cubaan membunuh itu

disiasat oleh ASP Mohamed Sazif bin Mohamed Subri (SP46).

[10] Sebaik berlaku pergaduhan dan kejadian tembakan terhadap

SP21 dan sebelum si mati ditangkap oleh pihak polis, pada 11.5.2013

jam 9.35 malam, si mati ada membuat laporan polis (eksibit D15). Dalam

laporan polis itu, si mati menyatakan, antara lain, bahawa SP21 telah

memukul beliau dengan “menggunakan helmet, kayu besi dan parang

bertubi-tubi ke arah saya ... mereka berkata mahu membunuh saya ...

saya telah pengsan di sana ... saya mengalami sakit dan bengkak di

kepala, kedua-dua belah tangan, jari tangan kanan dan kedua-dua kaki

saya ...”.

Page 5: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …LB)-8-07-2016.pdfRayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016 3 melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan

Rayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016

5

[11] Pada 21.5.2013, si mati ditemui pengsan oleh responden kedua

dalam lokap. Si mati kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh

paramedik. Turut ditemui dalam lokap ialah satu alat inhaler bagi

penyakit asthma.

[12] Isteri si mati, Marry a/p Mariay Susay (SP15), mengesahkan

bahawa si mati mempunyai penyakit asthma. SP15 juga mengesahkan

bahawa beliau yang memberi inhaler kepada si mati ketika beliau

melawat si mati pada 19.5.2013. Selain itu, SP15 menyatakan bahawa

selain bertemu suaminya di lokap pada 19.5.2013, dia juga telah

berjumpa dengan responden ketiga yang membuka gari di tangan si

mati. SP15 juga berjumpa responden keempat di lokap tersebut.

Menurut SP15, ketika melawat si mati pada 19.5.2013, beliau ada

bertanyakan si mati sama ada dia dipukul. Si mati menjawab bahawa

beliau ‘kena pukul sikit saja’ dan ini berlaku sebelum 19.5.2013. SP15

tidak melihat sebarang kecederaan pada si mati. Si mati berbual-bual

dengan SP15 seperti biasa dan makan makanan yang dibawa oleh

SP15.

[13] Detektif Lance Koperal Mohamad Fairul bin Mohd Fauzi (SP41),

anggota dari Unit Komandan bertugas menjaga lokap pada 21.5.2013

mulai jam 3.00 petang hingga 7.00 petang. SP41 mengambil alih tugas

menjaga lokap daripada Lance Koperal Sokongan Mohd Fairus bin

Mohd Shaharuddin (SP45) yang menjalankan tugas pada hari yang

sama mulai jam 11.00 pagi. Menurut SP45, ketika beliau menerima

tugas pada jam 11.00 pagi hari tersebut, lokap D9 adalah kosong. Tiada

orang tahanan dalam lokap tersebut. Oleh sebab itu, SP45 telah diarah

turun untuk membantu tugas di pondok pengawal di pintu masuk ke IPK

Kuala Lumpur.

Page 6: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …LB)-8-07-2016.pdfRayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016 3 melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan

Rayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016

6

[14] SP41 yang tiba untuk memulakan tugas di lokap pada jam 2.45

petang telah bertemu SP45 dan penyelia Koperal Norazman bin

Mohamed (SP30) di pondok pengawal. SP41 telah dimaklumkan oleh

kedua-dua SP45 dan SP30 bahawa tiada orang tahanan dalam lokap.

SP41 terus berada di pondok pengawal membantu tugas-tugas

pengawal di pintu keluar masuk IPK Kuala Lumpur.

[15] Pada jam 4.30 petang, SP41 telah diarahkan untuk naik ke tingkat

7 untuk menjaga lokap D9. Arahan telah disampaikan oleh Lance

Koperal Jasmin bin Jasin (SP56). Setiba di pejabat pertanyaan D9,

SP41 dimaklumkan bahawa kunci lokap berada pada responden kedua

yang ketika itu berada di lokap. Apabila SP41 sampai di lokap, beliau

mendapati pintu lokap dan pintu sel dalam keadaan terbuka. Si mati

dilihat dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sel dan responden

kedua sedang mengejutkan si mati. Responden kedua memaklumkan

kepada SP41 bahawa beliau telah memanggil ambulan dan telah

melaporkan kepada pengawal 24 jam, ASP Tay Chew Thwa @ Rico Tay

(SP42), yang sampai ke tempat kejadian tidak berapa lama selepas itu.

[16] SP41 ingin membuat catatan dalam Buku Perharian Balai (eksibit

D37) tetapi telah dihalang oleh responden kedua. Responden kedua

telah mengambil D37 dan membawa pergi dari situ. SP41 kemudiannya

telah membuat laporan polis di Balai Tun HS Lee (eksibit P38).

[17] Koroner Erry Shariman bin Nor Aripin (SP20) melaporkan bahawa

beliau telah memeriksa keseluruhan badan si mati yang meliputi

bahagian kepala, leher, dada, perut, rusuk kiri, rusuk kanan, kedua-dua

tangan dan kaki serta bahagian kemaluan si mati. Kecuali sedikit luka

biasa tanpa lebam di bahagian kanan atas tubuh si mati, SP20

Page 7: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …LB)-8-07-2016.pdfRayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016 3 melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan

Rayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016

7

mendapati tubuh si mati dalam keadaan elok. Tiada sebarang kesan

luka atau lebam ditemui.

[18] Mayat si mati dibedah siasat oleh Dr. Siew Sheue Feng (SP51),

Pakar Perubatan Sains Forensik HKL. Dalam laporan bedah siasat

(eksibit P45), SP51 menyatakan bahawa si mati mati pada 21.5.2013

jam 2.00 petang. SP51 mendapati sejumlah 52 kecederaan luaran pada

si mati, kebanyakannya lebam-lebam dan lebam dangkal di seluruh

badan. Terdapat juga kesan cucukan dipercayai dari besi kokot

(“stapler”) di bahagian kaki dan terdapat stapler yang masih tertanam di

bahagian telinga kiri dan kanan si mati. Terdapat juga kesan darah yang

masih baru di selaput kulit si mati.

[19] SP51 memberi pandangan bahawa kecederaan-kecederaan

lebam dan lebam dangkal yang dialami oleh si mati adalah sepadan dan

diakibatkan oleh benda tumpul dan keras atau hentakan kepada

permukaan yang tumpul dan keras. Kematian si mati adalah berpunca

daripada kehilangan darah dari urat-urat darah akibat trauma terhadap

seluruh badan si mati yang telah mengakibatkan bekalan oksigen ke

organ penting tidak mencukupi. Sebab-sebab kematian disimpulkan oleh

SP51 sebagai “Diffuse soft tissue injuries due to multiple blunt force

trauma.”.

Dapatan di akhir kes pendakwaan

[20] Pihak pendakwaan bergantung kepada peruntukan seksyen

300(c) Kanun Keseksaan dan kepada keterangan ikut keadaan untuk

mendapatkan sabitan terhadap responden-responden. Seksyen 300

Kanun Keseksaan menyebut:

Page 8: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …LB)-8-07-2016.pdfRayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016 3 melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan

Rayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016

8

“300. Murder.

Except in the cases hereinafter excepted, culpable homicide is murder –

(a) ...

(b) ...

(c) if it is done with the intention of causing bodily injury to any person, and

the bodily injury intended to be inflicted is sufficient in the ordinary course

of nature to cause death; or

(d) ...”.

[21] Dalam menimbangkan sama ada suatu kes prima facie telah

dibuktikan terhadap responden-responden, hakim bicara telah menilai

sama ada elemen-elemen berikut telah dibuktikan oleh pihak

pendakwaan:

(a) Berlaku kematian terhadap si mati;

(b) Kematian si mati berpunca daripada kecederaan atau

kecederaan-kecederaan yang dikenakan kepada si mati;

(c) Kecederaan atau kecederaan-kecederaan yang mengakibatkan

kepada kematian si mati telah didatangkan oleh responden-

responden;

(d) Perbuatan responden-responden yang mendatangkan

kecederaan atau kecederaan-kecederaan kepada si mati

sehingga mengakibatkan kematian kepada si mati telah dilakukan

dalam salah satu keadaan berikut, sama ada-

(i) Perbuatan responden-responden itu dilakukan dengan niat

untuk mendatangkan kematian kepada si mati; atau

(ii) Perbuatan responden-responden itu dilakukan dengan niat

untuk mendatangkan sesuatu bencana tubuh yang

responden-responden sendiri ketahui mungkin akan

menyebabkan kepada kematian si mati; atau

Page 9: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …LB)-8-07-2016.pdfRayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016 3 melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan

Rayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016

9

(iii) Perbuatan responden-responden itu dilakukan dengan niat

untuk menyebabkan sesuatu bencana tubuh kepada si mati

dan bencana tubuh yang diniatkan itu adalah cukup pada

lazimnya menyebabkan kepada kematian si mati; atau

(iv) Responden-responden melakukan perbuatan itu dengan

pengetahuan bahawa perbuatan itu adalah satu perbuatan

yang sangat berbahaya sehingga mungkin akan

menyebabkan kematian atau menyebabkan bencana tubuh

yang mungkin membawa kepada kematian si mati dan

responden-responden melakukan perbuatan itu dengan

tanpa apa-apa sebab bagi mendatangkan bahaya yang

menyebabkan kematian atau bencana tubuh sebagaimana

tersebut itu; dan

(e) Responden-responden telah melakukan perbuatan tersebut

dengan niat bersama untuk mematikan si mati.

[22] Hakim bicara mendapati bahawa elemen pertama telah dibuktikan

oleh pihak pendakwaan. Mengenai elemen kedua, setelah menilai

keterangan SP51, hakim bicara berpuashati bahawa kematian si mati

adalah disebabkan oleh kecederaan atau kecederaan-kecederaan yang

didatangkan terhadap tubuh badan si mati dan bukanlah dari sebab atau

punca yang lain. Dengan itu, hakim bicara memutuskan bahawa pihak

pendakwaan juga telah berjaya membuktikan elemen kedua.

[23] Elemen seterusnya yang dipertimbangkan oleh hakim bicara ialah

niat. Dinyatakan oleh hakim bicara bahawa (Rekod Rayuan Jld 1: ms

86-87):

Page 10: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …LB)-8-07-2016.pdfRayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016 3 melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan

Rayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016

10

“[25] Pembuktian elemen niat adalah satu persoalan fakta. Niat boleh

ditemui melalui inferen yang munasabah daripada fakta dan keadaan dalam

sesuatu kes. Niat juga dapat dilihat melalui kecederaan atau kecederaan-

kecederaan yang telah dialami oleh Simati. Dalam kes ini, tidak ada sebarang

saksi mata yang melihat bagaimanakah kecederaan-kecederaan yang telah

dikenakan terhadap tubuh badan Simati. Tidak ada juga walau seorang saksi

pun yang mendengar sebarang jeritan, teriakan atau sebarang bunyi semasa

kecederaan-kecederaan tersebut didatangkan terhadap tubuh badan Simati.

Tidak ada sebarang senjata tumpul ditemui dan dirampas semasa siasatan

pihak polis. Hanya ditemukan beberapa alat stapler di pejabat Bahagian D9

IPK Kuala Lumpur. Stapler adalah pada lazimnya boleh diperolehi di mana-

mana pejabat mahu pun di rumah. Lazimnya stapler bukanlah suatu senjata

maut (lethal weapon). Tidak ada juga keterangan menunjukkan di manakah

tempat atau tempat-tempat di mana Simati telah menerima kecederaan-

kecederaan tersebut.

[26] Oleh itu tidak terdapat cukup keterangan mengikut keadaan yang

dikemukakan oleh pihak pendakwaan yang memudahkan Mahkamah ini

untuk membuat inferen yang munasabah mengenai persoalan niat para

perlaku jenayah dalam kes ini. Apa yang jelas dari keterangan SP51 bahawa

perlaku yang mencederakan Simati tidak mempunyai niat untuk membunuh

Simati mahu pun untuk mendatangkan bencana tubuh yang secara lazimnya

boleh mendatangkan kematian kepada Simati. Kematian Simati

bagaimanapun berlaku akibat dari kombinasi kecederaan-kecederaan serius

terhadap saluran darah yang telah pecah dan mengalirkan keluar darah dari

pembuluh darah sehingga menyebabkan kekurangan bekalan oksigen

kepada badan Simati. Kecederaan-kecederaan tersebut akibat hentaman

oleh benda tumpul. Tiada keterangan kukuh dan jelas siapakah dan

bagaimanakah kecederaan-kecederaan tersebut telah dikenakan kepada

tubuh badan Simati.

[27] ...

[28] ... Selain ketiadaan keterangan kukuh terhadap bagaimana bencana

tubuh tersebut telah dikenakan terhadap Simati, sekiranya pun diterima

Page 11: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …LB)-8-07-2016.pdfRayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016 3 melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan

Rayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016

11

bahawa Tertuduh-Tertuduh adalah orang yang telah mendatangkan

kecederaan-kecederaan tersebut kepada Simati, kecederaaan-kecederaan

tersebut secara individunya tidak cukup untuk mematikan Simati. Apatah lagi

SP51 bersetuju perlaku tidak mempunyai niat untuk membunuh selain hanya

untuk mendatangkan kesakitan sahaja kepada Simati dan perbuatan itu tidak

secara lazimnya akan membawa kepada kematian Simati. Oleh itu saya

berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan

elemen niat dalam kes ini.”.

[24] Justeru, responden-responden telah dilepaskan dan dibebaskan

tanpa dipanggil membela diri. Bagaimanapun, atas rayuan Pendakwa

Raya, Mahkamah ini telah mengakaskan keputusan hakim bicara

apabila rayuan Pendakwa Raya dibenarkan dan responden-responden

diperintahkan untuk membela diri. Mahkamah ini juga telah

membenarkan permohonan Pendakwa Raya untuk meminda tarikh

pertuduhan dari “21.5.2013” kepada “di antara 18.5.2013 sehingga

21.5.2013.”.

Kes Pembelaan

[25] Kes pembelaan telah dinyatakan secara terperinci oleh hakim

bicara di ms 18-33 Rekod Rayuan Jld 1. Kami tidak berhasrat

mengulanginya secara terperinci di sini. Memadai dinyatakan bahawa

dalam keterangan yang diberikan secara bersumpah, intipati pembelaan

responden-responden ialah alibi di mana kesemua responden

menyatakan bahawa mereka tidak berada di tempat kejadian pada

tarikh dan masa dalam pertuduhan. Untuk menyokong pembelaan alibi

mereka, responden-responden juga masing-masing mengemukakan

saksi-saksi.

Page 12: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …LB)-8-07-2016.pdfRayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016 3 melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan

Rayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016

12

[26] Keterangan responden pertama antara lain, ialah bahawa:

(i) beliau tidak pernah pada bila-bila masa dilantik sebagai

pegawai soal siasat terhadap si mati;

(ii) beliau dilantik oleh SP17 sebagai pegawai projek bagi

siasatan kes terhadap si mati;

(iii) sebagai pegawai projek, tugas beliau hanya melibatkan

operasi risikan, serbuan, rampasan dan tangkapan hasil

maklumat yang diberikan oleh pegawai yang menjalankan

soal siasat terhadap si mati;

(iv) beliau tidak pernah memberikan sebarang arahan kepada

anggota pasukan beliau untuk menjalankan soal siasat

terhadap si mati tetapi mengakui memberi kebenaran

kepada SP15 untuk melawat si mati;

(v) beliau menyangkal entri yang dibuat oleh RF 163931 Mohd

Khairul Hafiz bin Mohammad Tarmizi (SP43) yang

mencatatkan bahawa pada 19.5.2015 jam 4.00 petang,

beliau telah memasukkan semula si mati dalam lokap D9;

(vi) pada 19.5.2013, jam 4.00 petang, beliau bersama beberapa

anggota pasukan beliau berada di Klang menjalankan

penyiasatan satu kes colek;

(vii) beliau menafikan ada memberi arahan kepada D/L/Kpl

144682 Mohamad Fairul bin Mohd Fauzi (SP41) untuk

membuat laporan polis THSL 018468/2013 (eksibit P38);

(viii) satu inkuiri telah dijalankan oleh Supt. Choo Lili (SD2) yang

mengesahkan bahawa pada 21.5.2013 antara jam 12.00

tengahari hingga 5.00 petang beliau tidak berada di pejabat;

(ix) keputusan inkuiri oleh SD2 disahkan melalui ‘phone

mapping’ yang telah dilakukan oleh ASP Koh Fei Cheow

Page 13: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …LB)-8-07-2016.pdfRayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016 3 melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan

Rayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016

13

(SD3) yang menunjukkan bahawa pada waktu yang material,

beliau berada di luar kawasan IPK, Kuala Lumpur;

(x) beliau tidak pernah memberi sebarang arahan untuk sentri

membuat entri palsu dalam station diary lokap D9; dan

(xi) keselamatan orang dalam tahanan lokap D9 bukan

tanggungjawab beliau tetapi adalah tanggungjawab Team

Inspector 24 jam.

[27] Intipati keterangan responden pertama seperti di atas disokong

oleh responden kedua, ketiga dan keempat. Dengan kata lain,

keterangan keempat-empat responden adalah konsisten mengenai

tugas dan peranan mereka sebagai anggota pasukan projek yang pada

waktu-waktu material berada di luar pejabat untuk menjalankan siasatan

kes terhadap simati dan kes-kes lain sebagaimana diarahkan dan

bahawa mereka tidak bertanggungjawab menyoalsiasat si mati.

[28] Jamaluddin bin Ali (SD13) adalah salah seorang saksi penting

bagi kes pembelaan. SD13 ditangkap pada tengah malam 19.5.2013

dan dimasukkan dalam lokap D9 pada jam lebih kurang 1.30 pagi

20.5.2013. SD13 berada dalam lokap yang sama dengan si mati.

Keterangan SD13 adalah bahawa pada 20.5.2013, antara jam 7.00

hingga 8.00 pagi, seorang sentri yang kemudiannya disahkan sebagai

L/Kpl Mohamad Adnan Masri bin Safril (SP53) telah memukul si mati

menggunakan getah paip dan telah mendenda kesemua tahanan dalam

lokap termasuk si mati. SD13 menyatakan bahawa beliau nampak si

mati dibawa keluar dari dalam lokap D9 dan ditampar serta dipukul oleh

SP53. Selain itu, si mati juga telah disepak, ditumbuk dan dipukul

dengan getah paip oleh SP53. SD13 juga menyatakan bahawa

sepanjang berada dalam lokap D9, beliau tidak pernah melihat keempat-

Page 14: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …LB)-8-07-2016.pdfRayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016 3 melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan

Rayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016

14

empat responden datang ke lokap tersebut. Walaupun dicabar oleh

pihak pendakwaan, hakim bicara mendapati kredibiliti SD13 tidak

tercalar sehingga pihak pembelaan menutup kes mereka.

[29] Saksi-saksi pendakwaan Sjn. Rahim bin Md Diah (SP19) dan Sjn

Mohd Saad bin Kimbok (SP40) telah dipanggil semula di peringkat kes

pembelaan. SP40 bertanggungjawab menyediakan Jadual Tugas Harian

Cawangan D9 IPK Kuala Lumpur bagi tarikh-tarikh 13.5.2013 (eksibit

D61), 18.5.2013 (eksibit D62), 19.5.2013 (D63), 20.5.2013 (D64) dan

21.5.2013 (D30). Berikut, antara lain, ialah keterangan SP40:

(i) pada 13.5.2013, kesemua responden bertugas ‘standby’

manakala dua (2) anggota iaitu Kpl. Khidir dan Kpl. Azlan

bertugas sebagai anggota soal siasat;

(ii) pada 18.5.2013 kesemua responden menjalankan tugas

escort dan standby dan tiada anggota atau pegawai

ditugaskan untuk soal siasat pada tarikh tersebut; dan

(iii) pada 19.5.2013 dan 20.5.2013, tidak ada anggota atau

pegawai ditugaskan menjalankan soal siasat.

[30] SP40 mengesahkan bahawa sepanjang 18.5.2013 sehingga

20.5.2013, kesemua responden tidak ada menjalankan tugas soal siasat

kerana mereka bertugas dalam Pasukan Projek yang menjalankan

serbuan, risikan, tangkapan dan rampasan. SP40 juga mengesahkan

bahawa pasukan dikenali sebagai “SS” (Siasatan Sulit) atau “Strike

Team” boleh menjalankan tugas soal siasat jika diarahkan oleh Pegawai

Turus D9. Sekiranya ada soal siasat maka proses soal siasat dan

kawalan lokap D9 berada di bawah tugas pegawai/anggota bertugas 24

Page 15: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …LB)-8-07-2016.pdfRayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016 3 melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan

Rayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016

15

jam. Pegawai “SS” terdiri daripada Kpl. Mohd Nazri bin Masrul (SD12)

dan Kpl. Ram Singh.

Dapatan hakim bicara di akhir kes pembelaan

[31] Di akhir kes pembelaan, hakim bicara mengarahkan mindanya

kepada peruntukan seksyen 182A Kanun Prosedur Jenayah dan kepada

prinsip undang-undang mengenai beban adalah terletak atas pihak

pendakwaan untuk membuktikan kes terhadap responden-responden

melampaui keraguan yang munasabah seperti dinyatakan dalam kes-

kes Balachandran v PP [2005] 2 MLJ 301; PP v Mohd Amin bin Mohd

Razali & Ors [2002] 5 MLJ 406 dan PP v Saimin & Ors [1971] 2 MLJ 16.

Selain itu, hakim bicara juga mengingatkan dirinya mengenai prinsip-

prinsip berkaitan keterangan mengikut keadaan (circumstantial

evidence) sebagaimana dijelaskan dalam kes-kes Sunny Ang v PP

[1966] 2 MLJ 195; Idris v PP [1960] 1 MLJ 296 dan Rajamorgan

Marimuthu v PP [2014] 6 CLJ 850.

[32] Setelah menilai keseluruhan keterangan yang ada, hakim bicara

memutuskan bahawa keterangan-keterangan mengikut keadaan yang

dikemukakan oleh pihak pendakwaan telah disangkal oleh pihak

pembelaan satu persatu. Kesimpulannya, hakim bicara mendapati

bahawa pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang

munasabah ke atas kes prima facie pihak pendakwaan dan bahawa

pihak pendakwaan gagal membuktikan pertuduhan pindaan terhadap

responden-responden melampaui keraguan yang munasabah. Berikutan

itu responden-responden telah dilepaskan dan dibebaskan, justeru

rayuan di hadapan kami.

Page 16: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …LB)-8-07-2016.pdfRayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016 3 melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan

Rayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016

16

Rayuan

[33] Timbalan Pendakwa Raya (TPR) yang terpelajar mengutarakan

satu isu sahaja iaitu bahawa kesemua responden hanya

mengemukakan pembelaan bersifat penafian semata (“bare denial”).

Berdasarkan keterangan saksi pendakwaan, TPR berhujah bahawa

dapat dirungkaikan kesemua responden mempunyai akses kepada

lokap tempat si mati ditahan. TPR bergantung khususnya kepada

keterangan SP17, SP41, SP45 dan SP24 yang menunjukkan bahawa

kesemua responden mempunyai akses dalam urusan soal siasat dan

siasatan terhadap si mati.

[34] Pihak pendakwaan berhujah bahawa kesemua responden

berpegang kepada pembelaan alibi dan menyatakan tidak berada di

tempat kejadian namun berdasarkan keterangan SP41 yang melihat

responden kedua berada di sisi si mati sewaktu kembali ke lokap

menunjukkan keberadaan responden kedua di kawasan kejadian.

[35] Begitu juga dengan keterangan SP45 dan SP41 yang menyatakan

mereka telah menerima arahan daripada pegawai atasan iaitu

responden pertama untuk mengisi station diary berdasarkan arahan dan

fakta oleh responden pertama dan menyatakan fakta itu merupakan

fakta yang tidak tepat.

[36] TPR juga menghujahkan bahawa hakim bicara tidak membuat

penilaian maksima kepada keterangan ini kerana responden pertama

tidak menyangkal dan memberikan penerangan lanjut tentang

keterangan SP45 dan SP41 tersebut. Oleh itu, keterangan tentang

maklumat yang tidak tepat yang diisi itu kekal dalam naratif pendakwaan

Page 17: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …LB)-8-07-2016.pdfRayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016 3 melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan

Rayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016

17

tanpa disangkal oleh kesemua responden. Dihujahkan seterusnya oleh

TPR terpelajar bahawa oleh kerana responden-responden gagal

menyangkal keterangan saksi pendakwaan tentang fakta maklumat

dalam station diary dan tentang keberadaan responden kedua di sisi si

mati, responden-responden telah gagal untuk menimbulkan keraguan

yang munasabah ke atas kes pendakwaan.

[37] TPR menjemput Mahkamah ini menilai semula keterangan saksi

pendakwaan SP24 di peringkat kes pendakwaan dengan melihat

keterangan SD13. Mengikut SD13, si mati dipukul oleh SP53 di luar

lokap, sedangkan tiada keterangan daripada SP24 yang menunjukkan si

mati dipukul oleh SP53. Apa yang dinyatakan oleh SP24 adalah bahawa

dia mengecam responden kedua, ketiga dan keempat yang membawa si

mati keluar masuk lokap bagi tujuan siasatan dan dinyatakan si mati

pernah memberitahu yang dia ada dipukul oleh pihak polis tetapi tidak

mendedahkan siapa pelakunya. Oleh itu TPR menghujahkan bahawa

perkara ini merupakan satu fakta yang perlu diperhalusi di mana hakim

bicara khilaf kerana tidak menilai dengan wajar keterangan SP24, SP41

dan SP45.

Dapatan/Keputusan kami

[38] Rayuan pihak pendakwaan hanya membangkitkan satu persoalan

untuk pertimbangan kami, iaitu sama ada hakim bicara khilaf kerana

gagal menilai keterangan SP24, SP41 dan SP45 dengan wajar.

Berkaitan keterangan SP24, aspek yang dikatakan gagal dinilai

secukupnya oleh hakim bicara ialah bahawa tiada keterangan daripada

SP24 yang menunjukkan si mati pernah dipukul oleh SP53 di luar lokap.

Page 18: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …LB)-8-07-2016.pdfRayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016 3 melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan

Rayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016

18

[39] Berhubung SP41 dan SP45 pula, hakim bicara dikatakan gagal

menilai keterangan mereka mengenai station diary dan mengenai akses

oleh responden-responden kepada si mati.

[40] Jelas bahawa dalam menggesa kami mengakas keputusan hakim

bicara, TPR yang terpelajar bergantung hanya kepada keterangan

bahawa kesemua responden dikatakan mempunyai akses kepada lokap

di mana si mati berada dan juga kepada fakta bahawa responden kedua

adalah orang yang terakhir dilihat bersama si mati.

[41] Pertamanya, kami dengan hormatnya tidak bersetuju dengan

hujahan TPR bahawa pembelaan responden-responden adalah

penafian semata (bare denial). Nas yang seringkali dirujuk berhubung

pembelaan “bare denial” ialah D.A. Duncan v PP [1980] 2 MLJ 195 di

mana Raja Azlan Shah C.J (Malaya) (Baginda ketika itu) memutuskan:

“The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the

appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying

that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution

evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this

denial did not cast a reasonable doubt on the prosecution case against the

appellant.”.

[42] Berbeza dengan kes D.A. Duncan (supra), pembelaan responden-

responden di sini bukan a “simple denial” sebaliknya responden-

responden telah memberi keterangan atau penjelasan yang mencukupi

dalam menafikan kes pendakwaan terhadap mereka. Kes ini juga

berbeza dengan kes Duis Akim & Ors v PP [2013] 9 CLJ 692 di mana

Mahkamah Persekutuan menggariskan prinsip bahawa pembelaan alibi

gagal jika tertuduh dikenalpasti sebagai orang yang terlibat dalam

Page 19: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …LB)-8-07-2016.pdfRayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016 3 melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan

Rayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016

19

jenayah yang dipertuduhkan. Bagi kes semasa, tiada sebarang

keterangan yang menunjukkan responden-responden atau salah

seorang daripada mereka dikenalpasti oleh mana-mana saksi

pendakwaan sebagai orang yang telah memukul atau melakukan

sesuatu kepada si mati yang mengakibatkan kematiannya.

[43] Selanjutnya, sebagaimana diakui oleh ASP Chang Chee Fong

(SP58) notis-notis alibi yang dikemukakan oleh responden-responden

tidak disiasat. Penghakiman Mahkamah Agung dalam kes Vasan Singh

v PP [1988] 3 MLJ 412 menyebut di ms 414:

“The primary purpose of an alibi notice is to alert the prosecution to the

fact that an alibi might be relied upon so that they may have the opportunity

before the trial of making such investigations as they think fit. It may well be

that the alibi is in fact true in which event the prosecution will either withdraw

the charge or offer no evidence in the case.

The defence of alibi is a legitimate defence and in fact is often the only

evidence of an innocent man.”.

[44] Dalam kes ini, bukan sahaja alibi gagal disiasat, malahan

keterangan responden-responden tentang keberadaan responden-

responden di tempat selain dari di tempat kejadian di lokap D9 pada

tarikh-tarikh yang dinyatakan dalam pertuduhan serta keterangan saksi-

saksi lain pihak pembelaan yang menyokong alibi responden-responden

tidak langsung dicabar oleh pihak pendakwaan. Perlu juga ditekankan

bahawa asas pembelaan responden-responden bahawa mereka tidak

terlibat dengan soalsiasat si mati dan hanya menjalankan tugas

serbuan, risikan, tangkapan dan rampasan disokong oleh saksi

pendakwaan sendiri, iaitu keterangan SP40 seperti dibentangkan di

perenggan [29-30] di atas.

Page 20: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …LB)-8-07-2016.pdfRayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016 3 melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan

Rayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016

20

[45] Keduanya, setelah menimbang dengan cermat hujahan pihak-

pihak dan meneliti rekod rayuan, kami tidak bersetuju dengan TPR yang

terpelajar bahawa hakim bicara gagal menilai keterangan SP24, SP41

dan SP45 dengan wajar. Bertentangan dengan hujahan TPR, kami

mendapati bahawa hakim bicara telah memberi penilaian sewajarnya

kepada keterangan saksi-saksi SP24, SP41 dan SP45 dalam

mempertimbangkan sama ada pembelaan responden-responden

berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes

pendakwaan. Memadai untuk kami petik alasan penghakiman hakim

bicara yang relevan seperti berikut (Rekod Rayuan Jld 1: ms 52-55):

“[47] Tuan TPR yang bijaksana juga berhujah bahawa semua Tertuduh

telah memukul simati. Namun sehingga diakhir kes, tidak ada walau secebis

keterangan dibawa untuk menunjukkan fakta ini. Sebaliknya pihak pembelaan

telah mengemukakan keterangan melalui saksi SD13 bahawa pada awal pagi

20.5.2013, SP53 adalah orang yang telah memukul simati menggunakan

getah paip dan seterusnya mengenakan denda yang cukup berat terhadap

semua tahanan termasuk simati kerana kesalahan simati menghisap rokok di

dalam cell dan menghembus asap rokok kepada SP53. Saksi SP53 mengakui

akan kejadian tersebut sebagai benar berlaku tetapi menafikan ada memukul

simati dan sebaliknya menyatakan hanya mengacah-acah sahaja. SP53 tidak

dapat menjelaskan tentang tindakannya membawa keluar simati dari dalam

cell sekiranya hanya setakat untuk memberi amaran keras kepada simati.

SP53 akhirnya mengakui ada “physical contact” berlaku kepada simati.

Keterangan berkaitan insiden ini turut disebut dalam keterangan saksi

pendakwaan sendiri. SP24 yang turut berada di dalam cell bersama simati

dan SD13 pada masa kejadian itu berlaku mengesahkan kejadian yang

berlaku. Kejadian SP53 memukul simati menggunakan getah kabel ini pada

pagi 20.5.2013 adalah selari dengan keterangan SP51 yang menyatakan

kecederaan yang membawa kepada kematian simati telah berlaku dalam

tempoh 3-4 hari sebelum bedah siasat yang saksi lakukan terhadap jasad

simati (22.5.2013) dan senjata yang telah digunakan menurut SP51 besar

Page 21: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …LB)-8-07-2016.pdfRayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016 3 melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan

Rayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016

21

kemungkinan adalah getah paip, alat yang sama yang telah digunakan oleh

SP53 dalam memukul simati.

[48] Pihak pembelaan juga membawa keterangan bahawa sebagai Ketua

Projek atau Pegawai Projek, tugas dan tanggungjawab Tertuduh 1 dan

anggota pasukannya adalah untuk menjalankan aktiviti risikan, serbuan,

tangkapan dan rampasan. Pihak pembelaan menafikan soal-siasat sebagai

sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab yang dijalankan oleh

Tertuduh-Tertuduh. Keterangan pihak pembelaan ini tidak disangkal oleh

pihak pendakwaan. Tiada saksi “rebuttal” dipanggil terutamanya SP17 untuk

menyangkal keterangan saksi-saksi pembelaan terhadap penyataan ini.

[49] Keterangan saksi pendakwaan SP24 bahawa salah seorang daripada

Tertuduh telah memasukkan simati ke dalam lokap D9 pada satu malam

setelah pulang dari serbuan di Cheras. Dalam keterangan SP24 yang

dihujahkan oleh Tuan TPR adalah bahawa SP24 mendengar anggota D9

tersebut telah mengeluarkan kata-kata amaran terhadap simati dan telah turut

meludah kearah muka simati kerana simati telah memberi maklumat palsu

tentang rakan jenayah bersembunyi disebuah rumah flat. Keterangan ini telah

disangkal oleh pihak pembelaan. Sekiranya benar perbuatan ugutan ada

dikeluarkan, tidak ada keterangan menunjukkan apa yang telah dilakukan

terhadap simati hasil dari ugutan tersebut.

[50] Kes pihak pendakwaan juga diasaskan kepada catitan yang terdapat

dalam Station Diary (D30). Saksi pembelaan dan saksi-saksi pendakwaan

sendiri mengakui bahawa catitan dalam D30 tidak boleh diterima bulat-bulat.

Daripada keterangan saksi-saksi menunjukkan terdapat banyak keraguan dan

kesilapan terhadap catitan di dalam D30 tersebut. Semua catitan dalam D30

telah dilakukan oleh sentri seperti SP53, SP41 dan SP45. Saksi-saksi

tersebut mengakui bahawa catitan dibuat lewat atau kemudian setelah orang

tahanan dibawa masuk atau dibawa keluar. Saksi-saksi juga mengakui setiap

ruangan dalam D30 hendaklah dipenuhkan dan tidak dibiarkan kosong. Oleh

yang demikian mereka akan menulis perkataan-perkataan seperti “dibawa

keluar untuk soal-siasat” sedangkan mereka sendiri tidak tahu apakah tujuan

sebenar orang tahanan itu dibawa keluar. Hatta pada malam haripun jika

Page 22: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …LB)-8-07-2016.pdfRayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016 3 melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan

Rayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016

22

seorang orang tahanan dibawa keluar, mereka akan buat catitan “untuk

tujuan soal-siasat walhal di bawah Peraturan Lokap tidak membenarkan

orang tahanan dibawa keluar pada waktu malam untuk apa tujuan sekalipun.

Begitu juga dengan tulisan mengenai orang tahanan dan keadaan lokap

ditulis sebagai “dalam keadaan baik dan terkawal” ditulis hanya untuk

memenuhi ruangan dalam Station Diary sedangkan saksi-saksi akui tidak

tahu keadaan sebenar orang tahanan di dalam lokap dalam masa tersebut.”.

[46] Kami bersetuju sepenuhnya dengan dapatan hakim bicara di atas

yang tidak mengandungi sebarang kekhilafan dari segi fakta dan/atau

undang-undang. Berkenaan station dairy, hakim bicara telah menilai dan

memberi alasan kenapa catitan di dalamnya tidak boleh diterima bulat-

bulat. Tidak ada alasan untuk kami campur tangan dalam penilaian

tersebut. Kami juga tidak mempunyai sebarang alasan untuk campur

tangan dalam keputusan hakim bicara yang memutuskan bahawa SD13

adalah saksi yang “credible” dan dalam menerima keterangan SD13

bahawa SP53 telah memukul si mati. Adalah prinsip undang-undang

yang mantap bahawa soal kebolehpercayaan saksi-saksi adalah terletak

pada hakim bicara (lihat Lee Ah Seng & Anor v PP [2007] 6 MLJ 1; Wan

Marzuki Wan Abdullah v PP [2008] 4 CLJ 631; Dato’ Seri Anwar bin

Ibrahim v PP and another appeal [2015] 2 MLJ 293). Dalam hubungan

ini, penting diingatkan bahawa walaupun SP53 menafikan memukul si

mati, SP53 mengakui ada membawa keluar si mati daripada lokap dan

‘mengacah-acah’ si mati dan mengakui ada “physical contact” antaranya

dengan si mati.

[47] Dari segi keberadaan responden kedua di tempat kejadian di

mana pihak pendakwaan bergantung kepada fakta bahawa responden

kedua dilihat bersama si mati, kami mengulangi pendirian Mahkamah ini

dalam kes Rajamorgan Marimuthu (supra), di mana merujuk kepada kes

Page 23: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …LB)-8-07-2016.pdfRayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016 3 melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan

Rayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016

23

Rishi Pal v State of Uttarakhand 2013 (2) ACR 147, Mahkamah ini

menyatakan di ms 860:

“[26] Learned DPP submitted that the fact the appellant and the deceased

being last seen will complete the chain of circumstances for the court to make

a finding that it is consistent only with the hypothesis of the guilt of the

appellant.

[27] With respect, we disagree with the submission. The fact that the

appellant was last seen with the deceased may have created suspicions of his

guilt, but not enough to prove the case against him beyond reasonable doubt.

It is trite that last seen evidence does not by itself necessarily leads to an

irresistible inference that the appellant committed the crime unless the same

is duly supported by other links in the chain of circumstances (sic) evidence

unerringly pointing out the guilt of the appellant. It should also be noted that

the last seen evidence is only relevant evidence to complete the chain of

circumstantial evidence; however the conviction cannot be solely based on

this piece of evidence.”.

[48] Kami juga menerimapakai penghakiman Thakker J dalam kes

Chandrappa & Ors v State of Kamataka [2007] 4 SCC 415 berhubung

kuasa Mahkamah yang mendengar rayuan terhadap perintah

pembebasan dan pelepasan di mana di ms 432 dinyatakan:

“42. ...

(4) An appellate court, however, must bear in mind that in case of

acquittal, there is double presumption in favour of the accused.

Firstly, the presumption of innocence available to him under the

fundamental principle of criminal jurisprudence that every

person shall be presumed to be innocent unless he is proved

guilty by a competent court of law. Secondly, the accused

Page 24: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …LB)-8-07-2016.pdfRayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016 3 melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan

Rayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016

24

having secured his acquittal, the presumption of his innocence is

further reinforced, reaffirmed and strengthened by the trial court.

(5) If two reasonable conclusions are possible on the basis of the

evidence on record, the appellate court should not disturb the

finding of acquittal recorded by the trial court.

Kesimpulan

[49] Kami bersetuju dengan hakim bicara bahawa keterangan ikut

keadaan yang ada tidak mencukupi untuk mensabitkan responden-

responden dengan tuduhan membunuh. Begitu banyak nas yang

menegaskan beban yang perlu digalas oleh pihak pendakwaan dalam

menuntut sabitan bersandarkan keterangan ikut keadaan. Salah satunya

adalah penghakiman Mahkamah ini dalam kes Pathmanthan a/l

Nalliappen & Ors v PP [2016] 1 CLJ 377 yang menyatakan di ms 397-

398:

“[73] ... we keep in mind the following golden principles of the standard of

proof required for recording a conviction on the basis of circumstantial

evidence as laid down in Sharad Birdhichand Sarda v State of Maharashtra

[1984] 4 SCC 116:

(i) The circumstances from which the conclusion of guilt is to be

drawn must be fully established;

(ii) The facts so established should be consistent only with the

hypothesis of the guilt of the accused, that is to say they should

not be explainable on any other hypothesis except that the

accused is guilty;

(iii) The circumstances should be of a conclusive nature and

tendency;

(iv) They should exclude every possible hypothesis except the one

to be proved; and

Page 25: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …LB)-8-07-2016.pdfRayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016 3 melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan

Rayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016

25

(v) There must be a chain of evidence so complete as not to leave

a reasonable ground for the conclusion consistent with the

innocence of the accused and must show in all human

probability the act must be done by the accused.”.

[50] Kami mendapati bahawa prinsip-prinsip yang dinyatakan di atas

gagal dipenuhi oleh pihak pendakwaan. Lebih-lebih lagi keterangan

pihak pendakwaan sendiri menunjukkan dua versi yang berbeza iaitu

keterangan SP24 bahawa salah seorang responden membawa si mati

keluar/masuk lokap dan keterangan SP40 yang mengesahkan

responden-responden tidak langsung terlibat dalam menyoal siasat si

mati. Oleh itu kami sebulat suara menolak rayuan Pendakwa Raya dan

mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan dan

membebaskan responden-responden.

Bertarikh: 17hb Julai 2017

signed

(TENGKU MAIMUN BINTI TUAN MAT) Hakim Mahkamah Rayuan Peguamcara:

Bagi pihak Perayu: Muhammad Azmi bin Mashud bersama Nurshafini binti Musthafa Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara.

Bagi pihak Responden Pertama: M. Athimulan Tetuan Athimulan & Co. dan

Page 26: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …LB)-8-07-2016.pdfRayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016 3 melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan

Rayuan Jenayah No. W-06A(LB)-8-07/2016

26

Bagi pihak Responden Kedua: Hisyam Teh Poh Teik Tetuan Teh Poh Teik & Co. Bagi pihak Responden Ketiga & Kemepat: Datuk Baljit Singh Sidhu bersama Mahendren Naidu Tetuan Shukor Baljit & Partners