dalam mahkamah rayuan malaysia di putrajaya …h)-87-022016_muamar_ghadaffi.pdf · memajukan suatu...

16
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: W-05(H)-87-02/2016 ANTARA PENDAKWA RAYA PERAYU DAN MUAMAR GADAFFI BIN MOHAMAD SHAFAWI RESPONDEN (Dalam Perbicaraan Jenayah di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur dalam Perbicaraan Jenayah No: 45(SO)-64-08/2014 Antara Pendakwa Raya Lawan Muamar Gadaffi bin Mohamad Shafawi) KORUM: MOHTARUDIN BAKI, HMR ZAKARIA SAM, HMR ABDUL KARIM ABDUL JALIL, HMR

Upload: hakhanh

Post on 04-Aug-2019

258 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …H)-87-022016_MUAMAR_GHADAFFI.pdf · memajukan suatu tujuan ideology dan perbuatan tersebut boleh semunasabahnya dianggap sebagai diniatkan

1

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA

(BIDANG KUASA RAYUAN)

RAYUAN JENAYAH NO: W-05(H)-87-02/2016

ANTARA

PENDAKWA RAYA … PERAYU

DAN

MUAMAR GADAFFI

BIN MOHAMAD SHAFAWI … RESPONDEN

(Dalam Perbicaraan Jenayah di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala

Lumpur dalam Perbicaraan Jenayah No: 45(SO)-64-08/2014

Antara

Pendakwa Raya

Lawan

Muamar Gadaffi bin Mohamad Shafawi)

KORUM:

MOHTARUDIN BAKI, HMR

ZAKARIA SAM, HMR

ABDUL KARIM ABDUL JALIL, HMR

Page 2: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …H)-87-022016_MUAMAR_GHADAFFI.pdf · memajukan suatu tujuan ideology dan perbuatan tersebut boleh semunasabahnya dianggap sebagai diniatkan

2

PENGHAKIMAN

Pengenalan

Ini ialah rayuan Pendakwa Raya terhadap hukuman.

[2] Muamar Gadaffi bin Mohamad Shafawi, tertuduh di Mahkamah

bicara dan responden di sini, telah didakwa dengan satu pertuduhan

yang melibatkan aktiviti menyokong pengganas di bawah seksyen 130F

(c) Kanun Keseksaan (Kanun). Butir-butir pertuduhan adalah seperti

yang berikut:

“Bahawa kamu dari 25 Disember 2013 hingga 27 Disember 2013 di

antara jam lebih kurang 2.00 petang hingga 4.00 petang, di bukit Ara

Para, Kampung Ketior Dalam, Mukim Senggang di dalam Daerah Kuala

Kangsar, dalam negeri Perak Darul Ridzuan, dengan pengetahuan telah

memberikan latihan ketenteraan kepada orang yang bersedia untuk

melibatkan diri dalam perbuatan pengganas dengan niat untuk

memajukan suatu tujuan ideology dan perbuatan tersebut boleh

semunasabahnya dianggap sebagai diniatkan untuk menggugut orang

awam di Syria, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu

kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 130F(c) Kanun

Keseksaan (Akta 574)”

[3] Setelah pertuduhan dibacakan dan diterangkan, responden, yang

diwakili peguam, telah mengaku bersalah tanpa syarat ke atas

dakwaan tersebut. Setelah menerima pengakuan bersalah responden,

hakim bicara telah mensabitkan responden dengan kesalahan yang

dituduh dan menjatuhi hukuman 5 tahun penjara bermula dari tarikh

tangkap. Terkilan dengan keputusan tersebut, pihak Pendakwa Raya

telah mengemukakan rayuan terhadap kekurangan hukuman itu.

Page 3: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …H)-87-022016_MUAMAR_GHADAFFI.pdf · memajukan suatu tujuan ideology dan perbuatan tersebut boleh semunasabahnya dianggap sebagai diniatkan

3

[4] Kami telah mendengar rayuan ini dan memutuskan untuk

mengetepikan hukuman yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi

dan menggantikannya dengan hukuman pemenjaraan selama 15 tahun

berkuat kuasa dari tarikh tangkap. Sekarang, kami perturunkan alasan-

alasan kami membenarkan rayuan ini.

Latar Belakang kes

[5] Responden telah bersetuju dan mengakui sebagai betul fakta kes

(P4) sebagaimana yang berikut:

“2. Berdasarkan maklumat yang diterima, pada 13/6/2014 jam lebih

kurang 6.42 pagi di Lot B1414, Lorang 57 Blok 149 Jalan Utara,

Taman Indah Jaya Sandakan Sabah, OKT telah ditangkap kerana

terlibat dengan kesalahan keselamatan seperti Sandakan Repot:

8120/14.

3. Hasil siasatan menunjukkan OKT telah membuka satu akaun laman

social (Facebook) atas nama “Iskandar Dzulquranain IS” pada

16/5/2012 untuk menyebarkan fahaman militant IS (Islamic State)

kepada rakan-rakan di laman Social. OKT juga telah membuka

akaun facebook yang kedua atas nama “Ammar Rasuli Al-Jihadi”

bagi tujuan yang sama.

4. Hasil siasatan menunjukkan bahawa OKT telah secara aktif di

dalam kedua-dua akaun Facebook telah cuba menerapkan ideologi

militan IS kepada anak-anak muda tempatan dan memberi fahaman

yang mendalam berkaitan dengan fahaman militannya dengan

tujuan memperjuangkan ideologi tersebut secara ala-tentera.

5. Hasil siasatan mendapati pada tarikh 25hb Disember 2013 jam lebih

kurang 2.00 petang hingga 27hb Disember 2013 jam lebih kurang

4.00 petang di Bukit Ara Para, Kampung Ketior Dalam, Mukim

Page 4: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …H)-87-022016_MUAMAR_GHADAFFI.pdf · memajukan suatu tujuan ideology dan perbuatan tersebut boleh semunasabahnya dianggap sebagai diniatkan

4

Senggang, Kuala Kangsar Perak, OKT telah menerapkan ideologi

militannya kepada beberapa orang rakannya. Antara ideologi yang

diterapkan adalah:

i. Kita perlu mengangkat senjata bagi tujuan berjuang dan

membantu orang Islam yang tertindas di Syria.

ii. Selain dari berjihad di Syria OKT juga menyarankan kepada

rakan-rakannya untuk pergi ke negara Islam lain yang ditindas

seperti Rohingya, Myammar, Patani Thailand, Palestine dan

Selatan Filipina.

iii. Ganjaran berjihad ini membolehkan seseorang jika mati dalam

perjuangan, mereka boleh senyum bersama-sama dengan 70

bidadari di syurga.

iv. Sistem demokrasi dunia termasuk Malaysia tidak menepati

ajaran Islam kerana bahan-bahan binaan bangunan termasuk

masjid tidak boleh dipastikan daripada sumber yang halal atau

tidak.

6. Selain dari menerapkan ideology-ideologi di atas, OKT juga

memberi latihan ketenteraan kepada rakan-rakannya dengan

menggunakan senapang buatan sendiri dengan mengajar cara-

cara melepaskan tembakan ke arah sasaran.

7. OKT juga memastikan setiap rakan-rakannya diberi peluang untuk

menembak sasaran.

8. Oleh yang demikian OKT telah melakukan kesalahan yang boleh

dihukum di bawah Seksyen 130F (c) Kanun Keseksaan dengan

pengetahuan tertuduh memberikan latihan ketenteraan kepada

rakan-rakannya bagi tujuan untuk bersedia melibatkan diri dalam

perbuatan pengganas dengan niat memajukan ideologi-ideologi di

atas dan perbuatan tersebut boleh dengan semunasabahnya

dianggap diniatkan mengugut orang awam di Syria.”

Page 5: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …H)-87-022016_MUAMAR_GHADAFFI.pdf · memajukan suatu tujuan ideology dan perbuatan tersebut boleh semunasabahnya dianggap sebagai diniatkan

5

[6] Sebelum hukuman dijatuhi, pihak-pihak telah dijemput untuk

berhujah berkenaan dengan bentuk hukuman yang harus diperintahkan

oleh Mahkamah. Dalam mitigasinya, responden telah merayu bahawa

dia:

berumur 32 tahun;

seorang pesalah muda;

seorang peladang kelapa sawit dengan pendapatan

RM2000.00 sebulan;

telah berkahwin, mempunyai seorang isteri dan dua orang

anak;

pencari nafkah tunggal (sole breadwinner) dan menanggung

keluarga dan ibu bapanya;

berpendidikan setakat tingkatan 4;

telah mengaku salah dan menjimatkan masa mahkamah dan

kos pendakwaan dan saksi-saksi;

pesalah pertama;

telah insaf dan telah mengikut pelajaran agama di penjara;

sentiasa mendapat sokongan keluarga;

memohon diberikan peluang kedua;

telah melalui tahanan reman yang lama dan harus diambil

kira.

[7] Di pihak pendakwaan pula ditekankan:

responden telah melakukan kesalahan yang serius di bawah

s. 130F (c) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum 30 tahun

penjara (maksimum);

Page 6: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …H)-87-022016_MUAMAR_GHADAFFI.pdf · memajukan suatu tujuan ideology dan perbuatan tersebut boleh semunasabahnya dianggap sebagai diniatkan

6

responden melibatkan diri dalam kegiatan militan dan daripada

fakta kes aktif dengan militan dengan senjata;

bantuan di Syria;

responden menggunakan facebook untuk mendapatkan

sambutan orang ramai dan menyebarkan ideologi;

latihan tentera tidak boleh dipandang ringan;

kepentingan awam mengatasi kepentingan individu;

hukuman sebagai pengajaran kepada masyarakat;

hukuman yang berat diperintahkan.

Rayuan Perayu

[8] Di hadapan kami, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) telah berhujah

bahawa hakim bicara telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang

apabila telah menjatuhi hukuman yang terlalu rendah dan tidak setimpal

dengan keseriusan kesalahan yang telah dilakukan seperti mana yang

dicerminkan melalui hukuman yang boleh dijatuhi di bawah s. 130F (c)

Kanun iaitu penjara tidak melebihi 30 tahun. TPR selanjutnya berhujah

bahawa hakim bicara telah terkhilaf apabila memberikan penekanan

yang lebih pada faktor peringanan sehingga mengabaikan faktor

kepentingan awam yang sepatutnya lebih diutamakan walaupun

mengakui kesalahan yang dituduh adalah serius, menjijikkan dan harus

dikutuk sekeras-kerasnya.

[9] TPR telah juga menegaskan hakim bicara telah khilaf apabila

telah gagal untuk mengambil kira bahawa responden telah memainkan

peranan yang aktif dan membahayakan keselamatan masyarakat

dalam:

Page 7: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …H)-87-022016_MUAMAR_GHADAFFI.pdf · memajukan suatu tujuan ideology dan perbuatan tersebut boleh semunasabahnya dianggap sebagai diniatkan

7

(a) cubaan untuk menerapkan ideologi militant “IS” kepada

anak muda tempatan melalui akaun Facebook;

(b) cubaan untuk memberikan fahaman yang mendalam dalam

memperjuangkan ideologi tersebut ala-tentera;

(c) memberikan latihan ketenteraan untuk mempersiapkan

“tentera” untuk berjuang di Syria, Rohingya Myanmar,

Patani Thailand, Palestin dan Selatan Filipina; dan

(d) memberikan latihan ketenteraan kepada anak muda dengan

menggunakan senapang buatan sendiri.

[10] Sebaliknya, di pihak responden, peguam terpelajar berhujah

bahawa hakim bicara tidak terkhilaf dalam membuat keputusan beliau.

Semua faktor yang harus diambil kira iaitu pengakuan salah, pesalah

pertama serta penjimatan masa perbicaraan kerana kesukaran

kesaksian telah dipertimbangkan dengan betul oleh hakim bicara.

Dihujahkan hakim bicara telah membuat keputusan yang adil dan tepat

dalam kes ini.

Keputusan Kami

[11] Sebagai titik permulaan pertimbangan, bertepatan di sini untuk

menyatakan prinsip mantap tentang peranan kami dalam mendengar

rayuan ini seperti mana yang digariskan dengan begitu jelas oleh YA

Azahar Mohamed JCA (ketika itu) dalam PP v Karthiselvam Vengatan

[2009] 4 CLJ 632:

“[17] Mengikut prinsip penghukuman yang sedia ada, setiap orang yang

bersalah akan menerima hukuman yang setimpal dengan bentuk

kesalahan yang dilakukan. Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman

Page 8: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …H)-87-022016_MUAMAR_GHADAFFI.pdf · memajukan suatu tujuan ideology dan perbuatan tersebut boleh semunasabahnya dianggap sebagai diniatkan

8

menurut undang-undang untuk menentukan supaya hukuman yang

dikenakan terhadap pesalah itu adil, bersesuaian dan setimpal dengan

apa-apa kesalahan yang dilakukannya itu. Adalah juga menjadi prinsip

undang-undang yang mantap bahawa mahkamah yang mendengar

rayuan tidak seharusnya campur tangan dengan hukuman yang

dikenakan oleh hakim perbicaraan dan selalunya tidak akan menukar

hukuman melainkan ianya berpuas hati bahawa hukuman yang

dijatuhkan oleh hakim berkenaan itu ternyata amat tidak memadai

atau mencukupi atau keterlaluan atau tidak sah atau pun tidak

merupakan hukuman yang wajar memandangkan semua fakta yang

didedahkan, atau bahawa mahkamah tersebut jelas tersalah di

dalam memakai prinsip yang betul dalam penilaian hukuman. Prinsip

undang-undang yang menentukan kawalan dan semakan keputusan

berkaitan dengan hukuman telah digariskan dengan jelas dalam kes

Bhandulananda Jayatilake v. PP [1981] 1 LNS 139 dan kes Dato' Seri

Anwar Ibrahim v. PP [2002] 3 CLJ 457.” (tekanan kami)

[12] S. 130F (c) Kanun memperuntukkan:

“130F. Whoever knowingly provides training or instruction, or agrees to

provide training or instruction-

(a) ...

(b) ...

(c) in the practice of military exercises or movements,

to a member of terrorist group or a person engaging in, or preparing to

engage in, the commission of a terrorist act shall be punished with

imprisonment for a term which may extend to thirty years, and shall also

be liable to fine.”

[13] Perlu diperhatikan s. 130F ini terletak dalam kategori perbuatan di

bawah tajuk “Supression of terrorist acts and support for terrorist acts”

dan dalam kelompok kesalahan yang boleh dihukum dengan

pemenjaraan yang tidak melebihi 30 tahun dan boleh juga dikenakan

denda. Kesalahan ini merupakan satu bentuk kesalahan yang setahap

lebih serius daripada kesalahan biasa kerana aktiviti keganasan

Page 9: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …H)-87-022016_MUAMAR_GHADAFFI.pdf · memajukan suatu tujuan ideology dan perbuatan tersebut boleh semunasabahnya dianggap sebagai diniatkan

9

(terrorism) menimbulkan tahap ketakutan (fear) yang secara mutlak

melebihi kebimbangan atau kecemasan yang bersangkutan dengan

kesalahan biasa. Selain itu, hukuman yang diperuntukkan itu bertujuan

untuk membendung perbuatan yang berbahaya ini daripada berulang.

Tujuan yang mendasari peruntukan kesalahan ini hendaklah diambil

kira dalam menjatuhi hukuman bagi pelanggaran kesalahan ini.

[14] Kami telah meneliti alasan penghakiman hakim bicara dan

mendapati hakim bicara telah melakukan beberapa kekhilafan yang

mewajarkan campur tangan kami. Kami mendapati hakim bicara telah

menyatakan dengan betul tentang tujuan hukuman yang mendasari s.

130F dan seriusnya kesalahan yang dituduh itu apabila menyatakan

(RR, m/s 19-24, Jilid 1):

“13. Mahkamah ini mengambil “judicial notice” bahawa kumpulan IS

telah mula wujud selepas kejatuhan Saddam Hussein di Iraq

dalam tahun 2003 dan bertambah besar dan berpengaruh

selepas tentera Amerika Syarikat keluar dari Negara Iraq dalam

tahun 2011. Malahan Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa

Bersatu turut menetapkan usul bahawa Kumpulan IS adalah

kumpulan pengganas, dan ini berlaku jauh lebih awal

daripada tarikh OKT ditangkap pada 13 Oktober 2014, jesteru itu

Mahkamah ini telah membuat keputusan bahawa kumpulan IS

adalah satu kumpulan pengganas bagi maksud Akta 613 dan

terjumlah kepada tafsiran kumpulan pengganas, pengganas,

entity pengganas dan harta benda pengganas di bawah

seksyen 130B Kanun Keseksaan.

14. Seksyen 130F (c) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman

bagi kesalahan yang telah dilakukan oleh tertuduh tidak

menetapkan hukuman pemenjaraan secara mandatori, namun

memandangkan keseriusan kesalahan berkaitan dengan unsur

keganasan, adalah wajar hukuman pemenjaraan dikenakan bagi

memberi tauladan kepada masyarakat umum supaya menjauhi

Page 10: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …H)-87-022016_MUAMAR_GHADAFFI.pdf · memajukan suatu tujuan ideology dan perbuatan tersebut boleh semunasabahnya dianggap sebagai diniatkan

10

kesalahan seumpama ini. Kepentingan awam hendaklah diberi

keutamaan dalam menghadapi kesalahan yang melibatkan

keganasan dengan tanpa mengira keganasan tersebut berlaku

di dalam Negara mahupun di luar Negara. Kepentingan awam

hendaklah dalam keadaan kes ini sentiasa mengatasi

kepentingan seseorang tertuduh.

15. Kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh amatlah menjijikkan dan

masyarakat mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan ini, lebih-

lebih lagi kejadian yang malang ini berlaku oleh anak bangsa

sendiri.”

Walau bagaimanapun, hakim bicara sekadar menjatuhi hukuman lima

tahun penjara bagi kesalahan yang beliau tegaskan sebagai serius dan

menjijikkan dan dikutuk masyarakat. Ini bukan saja terlalu ringan atau

terlampau tidak memadai tetapi satu kekhilafan “contradiction in term”

yang nyata.

[15] Kami juga mendapati hakim bicara telah mengambil kira faktor-

faktor yang tidak relevan atau yang harus dipandang sepi dalam

keadaan kes ini. Ini dapat dilihat dalam alasan penghakimannya di RR,

m/s 26-27, Jilid 1, sebagaimana yang berikut:

“17. Dalam menentukan tempoh pemenjaraan yang bersesuaian

terhadap tertuduh, Mahkamah ini telah mengambilkira fakta serta

keadaan yang berlaku dalam kes ini serta faktor-faktor mitigasi yang

memihak kepada tertuduh. Kesalahan yang telah dilakukan oleh

tertuduh adalah satu jenayah yang serius dan berat. Ianya melibatkan

satu perancangan yang rapi, ianya tidak sahaja dilakukan oleh

tertuduh sendiri tetapi telah diatur sedemikian rupa oleh pihak-pihak

yang lain. Tertuduh telah mengalami kegagalan dalam pelajaran di

peringkat sekolah dan terpesong dalam ajaran agama telah

menyebabkan tertuduh mula terpengaruh. Umur tertuduh yang masih

muda (32 tahun masa kejadian) menyebabkan tertuduh tidak begitu

matang serta berfikiran suntuk untuk memikirkan akibat daripada

Page 11: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …H)-87-022016_MUAMAR_GHADAFFI.pdf · memajukan suatu tujuan ideology dan perbuatan tersebut boleh semunasabahnya dianggap sebagai diniatkan

11

perbuatannya. Kedua-dua ibu bapa OKT telah tua dan OKT

menjaga mereka.

18. Mitigasi utama tertuduh yang wajar diberi penekanan adalah

faktor bahawa tertuduh telah mengaku bersalah dan bahawa tertuduh

adalah pesalah pertama. Tertuduh adalah orang-orang yang terawal

telah mengaku salah terhadap pertuduhan di bawah kesalahan

berkaitan dengan keganasan. Dengan mengaku salah, tertuduh telah

dapat menyelamatkan masa dan perbelanjaan semua pihak. Saksi-

saksi tidak perlu dipanggil oleh pihak pendakwaan. Mahkamah ini

percaya bahawa pihak pendakwaan mempunyai tugas yang amat

berat untuk membuktikan pertuduhan sekiranya perbicaraan penuh

diadakan terutamanya untuk mendapatkan keterangan daripada pihak

Syria dan Istanbul. Selain kes terhadap tertuduh, sebilangan kes yang

seumpamanya yang masih tertunggak menunggu keterangan

daripada pihak yang sama, dengan hukuman penjara yang tidak

begitu lama adalah diharapkan lebih ramai tertuduh akan mengikuti

jejak langkah tertuduh untuk mengaku salah dan kes tertunggak dapat

diselesaikan segera.

19. Ini adalah kesalahan pertama tertuduh, faktor ini juga telah saya

ambil kira dalam menentukan tempoh hukuman pemenjaraan

terhadap tertuduh. Sebagai pesalah muda dan sebagai pesalah

pertama, hukuman pemenjaraan untuk tempoh yang panjang tidak

membawa sebarang kebaikan kepada masyarakat dan kepentingan

awam. Hukuman penjara yang lama juga tidak membawa kebaikan

kepada tertuduh dan keluarganya, malahan akan mendatangkan lebih

keburukan. Saya berpandangan bahawa kepentingan awam lebih

terjaga dan terpelihara sekiranya tertuduh tidak dipenjarakan untuk

suatu tempoh yang terlalu lama. Tempoh pemenjaraan yang singkat,

pada hemat saya telah mencapai matlamat memberi pengajaran serta

pemulihan kepada masyarakat umum dan juga tertuduh.

20. Atas alasan-alasan tersebut di atas, saya berpandangan

hukuman penjara lima tahun mulai dari tarikh tangkap terhadap

tertuduh adalah memadai dan setimpal dengan jenayah yang telah

dilakukan. Hukuman itu dirasakan adalah sesuai di dalam keadaan

dan situasi kes terhadap tertuduh dalam kes ini. Saya berterima kasih

kepada pihak TPR dan peguam kerana melupuskan kes ini dengan

segera.”

Page 12: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …H)-87-022016_MUAMAR_GHADAFFI.pdf · memajukan suatu tujuan ideology dan perbuatan tersebut boleh semunasabahnya dianggap sebagai diniatkan

12

Seperti mana telah kami nyatakan di atas, kesalahan ini merupakan

satu kesalahan yang serius dan membahayakan masyarakat, di luar

dan juga dalam negara ini. Dalam keadaan ini faktor peribadi tidak

mempunyai nilai dan bukan faktor mitigasi yang baik. Yang jelasnya,

responden bukanlah pesalah muda tetapi telah berumur 32 tahun,

sudah berkeluarga dan bekerja. Begitu juga dengan hujah berkenaan

tahap pendidikannya yang rendah serta dirinya yang terpesong dalam

agama. Inilah antara faktor yang dinasihatkan oleh hakim tersohor

Hashim Yeop Abdullah Sani H (pada ketika itu) dalam PP v Loo Choon

Fatt (1976) 2 MLJ 256 supaya jangan mudah terpengaruh.

[16] Mengenai faktor pengakuan salah, kami berpendapat faktor ini

tidak merupakan satu faktor utama atau mempunyai daya pengurangan

yang berkesan dalam keadaan kes ini. Dalam kes Kesavan Baskaran

v PP (2008) 6 CLJ 390, YA Gopal Sri Ram JCA (ketika itu)

memutuskan:

“Pada amnya, satu pengakuan salah akan bertindak sebagai halkeadaan

yang meringankan hukuman untuk manfaat seseorang tertuduh. Namun,

kes-kes mungkin wujud di mana kesalahan yang dilakukan adalah

sebegitu serius dan cara bagaimana jenayah dilakukan sebegitu hina

sehinggakan suatu pengakuan salah itu boleh saja dipandang sepi atau

langsung tidak diberikan apa-apa pertimbangan. Keperluan untuk

melindungi orang ramai adalah satu lagi faktor yang boleh mengatasi

satu pengakuan salah.”

(Rujuk juga kes: Bachik Abdul Rahman v PP (2004) 2 CLJ

572)

Page 13: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …H)-87-022016_MUAMAR_GHADAFFI.pdf · memajukan suatu tujuan ideology dan perbuatan tersebut boleh semunasabahnya dianggap sebagai diniatkan

13

Pada hemat kami, keseriusan dan tingkatan bahaya daripada

perbuatan responden dalam memberikan latihan menembak dan

penggunaan senjata api buatan sendiri, yang menurut hakim bicara

sendiri sebagai sesuatu yang menjijikkan, mengatasi faktor pengakuan

salah responden. Motivasi utama responden dalam melibatkan dirinya

dalam aktiviti pengganas ini, iaitu untuk menerapkan ideologi militan

“IS”, menenggelamkan faktor pengakuan salah ini daripada diberikan

pertimbangan. Hakim bicara terkhilaf di sini dengan jelas.

[17] Tambahan lagi, pandangan hakim bicara bahawa pengakuan

salah itu merupakan faktor utama untuk diambil kira kerana dapat

menjimatkan masa perbicaraan disebabkan kesukaran mendapatkan

bukti dan kesaksian dari Syria dan Istanbul amat tersasar. Dalam hal

perkara ini kami bersetuju dengan pandangan YA Zamani A. Rahim

HMR dalam PP v Muhammad Kasyfullah Kassim (2017) 1 CLJ 63:

[23] The trial judge also erred when His Lordship was of the view that

the prosecution will face a very difficult task to collect the evidence from

Syria and Istanbul to prove the charge against the respondent in the

event of a full trial (p. 36 at para. 29 of rekod rayuan, jilid 1). A similar

view was adopted by the trial judge in the Court of Appeal case of PP v.

Mohd Fazelan Md Khuzesh [2015] 9 CLJ 221 (B-5(S)-77-03-2015). This

court said that such proposition by the High Court Judge was "a pure

conjecture and unwarranted."

[18] Kami juga mendapati bahawa walaupun hakim bicara telah

menyatakan faktor kepentingan awam sebagai faktor penting dalam

mempertimbangkan tempoh hukuman yang hendak diperintahkan,

namun, sepertimana dinyatakan di atas, hukuman penjara lima tahun

yang diperintah itu tidak langsung mencerminkan keseriusan itu.

Page 14: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …H)-87-022016_MUAMAR_GHADAFFI.pdf · memajukan suatu tujuan ideology dan perbuatan tersebut boleh semunasabahnya dianggap sebagai diniatkan

14

Berbahayanya perbuatan responden dalam melatih bakal-bakal

pengganas untuk melancarkan dan menyokong keganasan gerakan IS

di dalam dan di luar negara, merupakan faktor utama dan yang

membezakannya dengan jenayah biasa. Hukuman yang dijatuhi

semestinya mempunyai kesan jitu agar negara ini tidak lagi boleh

dijadikan sumber pembekal penyokong aktiviti pengganas IS ini dan

tidak juga boleh menjadikan negara ini sasaran keganasan mereka.

Hukuman yang dijatuhi, dengan itu tidak boleh sekadar melepaskan

batuk di tangga. Dalam konteks ini, motivasi utama responden itu

dalam mengambil tindakan tersebut hendaklah dijadikan faktor

pemberat yang tinggi tahapnya dalam menentukan tempoh

pemenjaraan yang hendak diberikan. Ini tidak dilakukan di sini. Lima

tahun penjara tidak mempunyai kesan tersebut. Dalam hal ini, sekali

lagi kami bersetuju dengan pandangan YA Zamani HMR dalam PP v

Muhammad Kasyfullah Kassim (supra) apabila mengatakan:

“[26] It has been accepted that the sentence passed must take into

account the public interest factor. All the more so when the crime

involved violence and horrific acts of cruelty by IS militant. This must be

the number one factor to be placed in the mind of the sentencing court.

The sentence imposed must not only serve as a deterrence to the

respondent but also to deter others from joining or supporting the IS

terrorist acts or suicide bombings and terrorism. An often cited case of

public interest factor was the decision of Hilbery J in R v. Ball 35 Cr

App R 164 where His Lordship had expressed his views as follows:

The first and foremost is the public interest. The criminal law is

publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but

also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in

public serves the public interest in two ways. It may deter others

who might be tempted to try crime as seeming to offer easy

money on the supposition, that if the offender is caught and

brought to justice, the punishment will be negligible. Such a

Page 15: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …H)-87-022016_MUAMAR_GHADAFFI.pdf · memajukan suatu tujuan ideology dan perbuatan tersebut boleh semunasabahnya dianggap sebagai diniatkan

15

sentence may also deter the particular criminal from committing a

crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life.

The public interest is indeed served, and best served, if the

offender is induced to turn from criminal ways to honest living.”

[19] Akhir sekali, kami sedar bahawa terdapat beberapa kes yang

melibatkan aktiviti keganasan dan pengganas di bawah Bab VIA,

Kanun, yang dirayu ke Mahkamah ini, dan yang telah dinaikkan atau

disahkan hukuman pemenjaraan dalam lingkungan 15 tahun dan 25

sewajarnya (rujuk PP v Rohaimi Abd Rahim & Satu Lagi (Court of

Appeal Criminal Appeal No: W-05(H)-83-02-2016), PP v Mohd Anwar

Azmi & Yang Lain (Court of Appeal Criminal Appeal No: 45-50-46-16-

2015)). Walaupun keputusan-keputusan tersebut boleh dirujuk sebagai

menunjukkan aliran penghukuman, namun kami berpandangan kes-kes

sebegini lebih merupakan fact sensitive dan akan bergantung pada

fakta dan keadaannya tersendiri. Seperti mana yang telah kami

tunjukkan, motivasi utama perbuatan responden tersebut dan tahap

berbahayanya tindakan itu mewajarkan hukuman pemenjaraan yang

lebih lama.

Kesimpulan

[20] Berdasarkan alasan-alasan di atas, kami mendapati adanya merit

dalam penghujahan TPR yang terpelajar. Keganasan pengganas dan

aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya masa kini telah menjadi masalah

sejagat. Pelbagai perundangan telah diadakan oleh kebanyakan negara

untuk menangani perbuatan atau aktiviti yang berbahaya dan dibenci

masyarakat sejagat yang mencintai keamanan dan keharmonian. Dasar

sejagat ini telah juga dinyatakan dalam beberapa keputusan mahkamah

Page 16: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …H)-87-022016_MUAMAR_GHADAFFI.pdf · memajukan suatu tujuan ideology dan perbuatan tersebut boleh semunasabahnya dianggap sebagai diniatkan

16

yang mencerminkan kebencian tersebut: rujuk antaranya- Attorney

General’s Reference (No 323/2016); R v Abdallah and another; R v

Khan and another; R v Shautkat and another (2016) All ER (D) 75,

(2016) EWCA Crim 1868. Begitu juga dengan rayuan dihadapan kami

ini, mahkamah ini hendaklah menunjukkan keseriusan kesalahan yang

dilakukan itu melalui hukuman yang dijatuhi supaya berkesan, setimpal

dan selaras dengan prinsip penghukuman ke atas kes-kes sebegini.

Kami mendapati ini gagal dihayati oleh hakim bicara dan mewajarkan

campur tangan kami. Dengan itu, kami membenarkan rayuan

Pendakwa Raya, sekali gus mengetepikan hukuman 5 tahun penjara

tersebut dan menggantikannya dengan pemenjaraan selama tempoh

15 tahun bermula dari tarikh tangkap.

t.t

ABDUL KARIM ABDUL JALIL

Hakim Mahkamah Rayuan

Tarikh: 25 April 2017

Bagi pihak Perayu:

Muhammad Azmi bin Mashud Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Bagi pihak Responden:

Mohd Amirul bin Ramli Tetuan Amirul Ramli & Co.