da'ie

15

Click here to load reader

Upload: mohd-yasir-pilus

Post on 23-Nov-2015

25 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

cabaran dakwah masa kini

TRANSCRIPT

DAKWAH kini berdepan pelbagai rintangan dan cabaran yang menyebabkan para daie terpaksa melakukan pelbagai cara dan menggunakan bermacam-macam kaedah demi memastikan apa disampaikan diterima masyarakat.DAKWAH kini berdepan pelbagai rintangan dan cabaran yang menyebabkan para daie terpaksa melakukan pelbagai cara dan menggunakan bermacam-macam kaedah demi memastikan apa disampaikan diterima masyarakat.Jika dahulu, dakwah dilakukan menerusi cara lisan, tetapi kaedah itu telah berubah pada masa kini dengan kewujudan pelbagai saluran atau medium.Kewujudan pelbagai saluran dakwah itu berlaku akibat capaian perkembangan teknologi seperti Internet, televisyen, telefon pintar dan sebagainya.Maka dengan asas berkenaan, para pendakwah seharusnya menggunakan perkembangan itu sebagai alat untuk menyampaikan maklumat positif kepada masyarakat agar dakwah tersebar serta sampai kepada golongan sasaran dengan mudah, sekali gus mencapai matlamatnya.Bagi Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Zaharuddin Abd. Rahman yang berpendapat penyampaian dakwah menerusi Internet sebenarnya lebih berkesan berbanding kaedah lain memandangkan teknologi itu semakin diminati serta mendapat tempat di hati semua golongan pada hari ini.Beliau yang pernah merangkul Anugerah Laman Berunsur Islam Individu Terbaik menerusi laman webnya, http://zaharuddin.net/ berkata, penggunaan Internet kini lebih meluas, apatah lagi kerajaan kini dalam bajet yang dibentangkan baru-baru ini merancang untuk meluaskan kemudahan itu di kawasan luar bandar.Namun demikian, ujar Zaharuddin antara perkara perlu diperhatikan terhadap perkembangan itu adalah pendakwah perlu berusaha mencari seluas mungkin saluran dakwah untuk menyampaikan dakwah kepada segenap lapisan masyarakat.Mungkin orang lain berpendapat televisyen lebih baik, tetapi kesimpulannya masing-masing mempunyai ciri-ciri dan keistimewaannya yang tersendiri untuk berkenaan tujuan dakwah kerana persoalan itu agar sukar dijawab secara umum.Soal demikian termasuklah kayu ukur keberkesanan dakwah itu kepada madu (orang didakwah), kita hanya boleh lihat daripada pandangan kita, tetapi semuanya terpulang kepada Allah SWT kerana limpahan taufik dan hidayah atas keizinan-Nya, kata Zaharuddin.Beliau berkata demikian dalam slot Bicara Selebriti Konvensyen Pendakwah Negara anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di ibu negara, baru-baru ini.Dalam pada itu, Zaharuddin menasihati masyarakat agar membaca sepenuhnya isi kandungan yang dikeluarkan dalam laman sesawang yang dilayar, selain tidak mudah memberikan kesimpulan dengan segera.Zaharuddin berkata, sebanyak 60 peratus pembaca hanya membaca tajuk lalu memberikan komen janggal dan negatif terhadap maklumat disampaikan, sedangkan dinyatakan sebaliknya.Jangan terlalu cepat memberikan pendapat, baca sepenuhnya apa yang tertulis dan adalah lebih bijak sekiranya kita membaca terlebiha dahulu keseluruhan rencana tersebut agar apa yang cuba disampaikan oleh penulis blog tersebut difahami dengan sebenar-benarnya. Maka tidak akan timbullah komen-komen berbaur negatif dek kerana kita tidak cuba memahami keseluruhan pokok perkara yang cuba disampaikan, ujar ahli akademik itu.

Artikel Penuh:http://ww3.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20131113/ba_02/Fenomena-tekno-daie#ixzz2on3sDXzq Utusan Melayu (M) Bhd

Seorang Mengesani Ribuan Orang

Ummah rindukan daie yang mampu mengusap lembut hati-hati semua golongan. Dakwahnya sampai ke jiwa para cendikiawan, orang awam, kaum terpelajar, orang kurang pelajaran, penduduk kota, penduduk desa, penghuni gedung-gedung mewah mahupun rumah biasa. Daie yang dengan dirinya seorang boleh mengesani ribuan orang.

Kalau daie itu jumlahnya ribuan orang, lagi bagus. Boleh mengesani setiap ceruk alam, insya-Allah.

Umat hajat untuk melihat Islam yang berjalan dalam diri, keluarga, dan dalam aktiviti para pendakwah. Melalui dakwah, akan berlakulah perbaikan umat secara integral, dan mengeluarkan manusia daripada kepekatan jahiliah menuju cahaya Islam.

Penyeru Kepada Allah

Siapa mempunyai cita-cita mahu menjadi doktor hati umat? Mengajak orang lain kepada kebaikan. Tidak kira apapun kerjaya yang kita ceburi akan datang, kita boleh memilih untuk menjadi daie.

Samada kita seorang jurutera, atau doktor, atau ustaz, atau tukang kebun, atau petani, atau penoreh getah, atau penjual nasi lemak, atau juruteknik atau apa sahaja. Selitkanlah di hujung cita-cita ini mahu menjadi daie.

Daie yang macam mana?Daie ini ada macam-macam sebenarnya. Ada:

1.Ad-daie ilayya- hanya mengajak orang kepada individu tertentu.2.Ad-daie ilaina- hanya mengajak orang kepada kumpulan tertentu.3.Ad-daie ilallah-mengajak orang kenal Allah dalam hidupnya. Secara tidak langsung dia kenal juga induvidu dan kumpulan yang harus dia bersama.

Sebaik-baik Perkataan

Sungguh hebat kedudukanad-daie ilallahini sehingga Allah SWT mengiktiraf perkataannya di dalam al-Quran.

Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan, dan berkata, Sungguh aku termasuk orang-orang Muslim yang berserah diri.(Surah Fussilat: 33).

Duhai hati yang hidup,

Mari bermonolog dengan AllahAku datang kepada-Mu, duhai Allah. Aku mahu menjadi pekerja-Mu, duhai Allah. Aku hidup sebab hendak penuhi agenda-Mu, duhai Allah. Aku hendak buat apa sahaja yang Kau sukai, duhai Allah. Aku tidak mahu membuat apa sahaja yang Kau tidak sukai, duhai Allah.

Semoga niat baik di hati akan membuatkan Allah SWT sudi memilih hati kita. Lalu, dicampakkan rasaizzah(mulia) bagi melantunkanahsanu qaulan,sebaik-baik perkataan. Hingga, tidak jemu melantunkan kalimah-kalimah daie yang mengajak orang kepada Allah SWT.

Biar orang bosan dengan kita. Jangan sesekali kita bosan dengan orang. Ajaklah siapa yang terdekat,

Jom, kita baca al-Quran sama-sama. Kita jadi hamba Allah yang baik.Mungkin ada hati yang berbisik,Erk! Macam poyo!

Ya. Memang ada yang malu hendak bercakap tentang Allah dalam perbualan seharian. Takut nanti orang kata,

Hek eleh, alim kucing konon.Hipokrit! Uweks..

Duhai hati,

Seronokkah kita membiarkan hidup kita tidak bebas? Bukan orang yang memenjarakan kita. Tapi, kita sengaja mengikat diri kita. Terkongkong dengan persepsi orang lain. Kita lalu tidak bebas hendak berbuat baik sebab orang. Sampai bila?

Terpulanglah kita mahu menjadi hamba kepada persepsi orang, atau hamba Allah. Kelak kita bertanggung jawab ke atas pilihan kita ni.

Pilihlah untuk menjadi daie. Tenang di hati. Dicintai Ilahi. Kasih makhluk bertaut sekali. Bahagia hidup hingga ke negeri abadi.

Cahaya Daie

Tanpa daie, masyarakat akan menderita penyakit bodoh. Mereka akan diperdaya syaitan, jin dan manusia bila-bila masa sahaja.

Daie ibarat lampu pendaflour di jalan yang gelap. Ia memberi cahaya kepada pengguna jalan raya.Daie juga bagaikan imam dan pemimpin. Mereka menjadi hujah Allah yang berjalan di atas muka bumi. Penyingkir kesesatan di fikiran manusia. Awan keraguan diarak pergi daripada hati dan jiwa mereka. Merekalah teladan dalam pembicaraan dan juga amalan.

Dakwah perlukan Kaedah, Baru Berfaedah

Hendak menjadi daie, bila-bila masapun boleh. Siapapun boleh. Dengan hanya memaniskan wajah, dan berkata-kata baik, kita sudahpun melakukan dakwah. Bahkan dengan menggeleng-gelengkan kepala apabila diajak berbuat maksiat, itu juga dakwah.

Hendak menjadi daie sejati perlukan kaedah dakwah. Kaedah dakwah ni ialah pemahaman tentang seluk beluk dakwah. Tanpa kaedah, kita bimbang dakwah kita lebih membawa kerosakan daripada manfaat.

Daie dengan kaedah berdakwah bagaikan dua sisi wang siling. Tidak boleh dipisahkan. Sebelahnya bercorak bunga-bunga. Sebelah lagi pula, ada nilai mata wang. Kalau ada sebelah sahaja, hilang nilainya.

Moga dengan kaedah dakwah ini, musuh-musuh Islam tidak dapat lagi menuduh para pendakwah Islam sebagai pengganas, pemaksa atau kaki penyibuk. Kaedah dakwah memandu para pendakwah sentiasa berhikmah, berpanduan dalam tindakan, tenang dan waras.

Apa kaedahnya? Tidak cukup ruang hendak bincang. Insya Allah, akan datang.

Daie Terbaik

Daie terbaik ialah Nabi Muhammad SAW. Bila bergelar daie, itu tidak bermakna baginda menjadi manusia yang terpisah daripada rutin manusia biasa yang lain. Bukannya, berpuasa 24 jam. Baginda berpuasa dan berbuka. Baginda juga berjalan di pasar-pasar. Bukannya, menganggap pasar itu jijik dan tidak sesuai untuk orang-orang soleh.

Apabila kita mempelajari kehidupan Rasulullah, kita akan menemui contoh yang paling tepat untuk menjadi daie buat umat.

Berjiwa Daie

Sunnah berdakwah,sakit dan susahnamun,awalnya saja payah,akhirnya penuh barakah,Allah sudahpun memujuk,Akhir dakwahmu lebih baik dari awal dakwahmu,Akhiratmu lebih baik daripada duniamu.

Jika kita tidak mahu berpayah-payah,dalam berdakwah,Kita kan payah juga,Payah,didera dosa membuang masa,Bosannya merantai seluruh jiwa.

Wahai pendakwah,Sabarlah dengan cacian manusia,Jika ada 10 orang yang membenci,ada 1000 yang lain sudi menyayangi,Jika ada 10 yang mengata,Ada 1000 bangkit membela.

Namun,andai seluruh dunia menghinamu,Jangan pernah berputus asa,Kerana kau punya kekasih yang Esa,Dia tetap setia, selamanya,Selagi kau setia mencintai-Nya,

Dengan setulus-tulus cinta.

---"Berjuang memang pahit,Kerana syurga itu manis,Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar,Bukan sedikit pedih yang ditagih.

Berjuang ertinya terkorban,Rela terhina kerna kebenaran,Antara dua pasti terjadi,Tunggulah syahid......atau menang..."

"TEKNO-DAIE DAN KEPERLUANNYA PADA MASA KINI"

Apabila kita membicarakan tentang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kita sebenarnya tidak boleh lari daripada pendedahan dunia internet. Apa tidaknya, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah mencetuskan satu fenomena baru, seterusnya mewujudkan dunia tanpa sempadan. Sistem inilah yang membuatkan perhubungan menjadi semakin pantas, canggih dan mencabar. Sekali gus, memberi kesan yang besar kepada cara manusia berinteraksi dan berkomunikasi.Tekno-daei boleh dikatakan sebagai seorang muslim atau beragama Islam yang berdakwah menggunakan medium ICT. Menurut Sheikh Mohd. Saifuddeen (2003) tekno-daie bukan sahaja dikatakan seseorang yang mempunyai pengetahuan agama disamping pengetahuan tentang teknologi, malahan juga boleh berkemungkinan merupakan satu kumpulan individu atau jemaah yang mempunyai kepakaran mereka yang tersendiri. Dalam kumpulan tersebut boleh jadi ada yang pakar bidang agama dan ada juga yang mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi. Maka kedua-dua bidang ini digabungkan dan boleh membentuk satu bahan dakwah atau hasil dakwah yang inovatif, kreatif dan menarik untuk disampaikan kepada masyarakat menggunakan teknologi terkini. Boleh dikatakan jemaah tekno-daie ini adalah sekumpulan individu yang mempunyai latar berlakang berbeza tetapi dengan satu matlamat iaitu berdakwah dan menyebarkan syiar Islam. Maka dari situ wujudlah kerjasama pintar dan sinergi antara golongan agama dengan golongan teknologis.Umat islam seharusnya menggunakan dan memanfaat perkembangan teknologi maklumat dan seterusnya mengambil pakai kecanggihan teknologi bagi menonjolkan ciri-ciri umat Islam yang mampu memahami keupayaan dan kaedah penggunaan ICT demi memakmurkan bumi. Serta mampu menyumbang pandangan dan membangunkan teknologi, bukan sekadar menggunakan teknologi itu secara membuta-tuli. Hakikatnya pada hari ini, ramai umat Islam yang menyalah gunakan penggunaan teknologi tanpa sempadan dan amat mudah untuk meng?access' laman web yang tidak sepatutnya.Konsep tekno-daei ini tidak hanya digalas oleh golongan pendakwah profesional sahaja, malah seluruh umat Islam yang mempunyai kemahiran asas atau terperinci tentang Islam dan menyebarkan dengan menggunakan medium teknologi agar informasi tentang Islam dapat disebarkan. Peluang yang terbentang luas ini perlulah di ambil dan digalas oleh semua umat Islam. Walaubagaimanapun, suka diingatkan, tekno-daei bukanlah perlu bergerak bersendirian. Mereka juga boleh bergerak secara berkumpulan. Sebagai contohnya, alim ulama' menyediakan bahan kandungan, manakala pakar teknologis berperanan dalam menyediakan hasil menggunakan teknologi ICT terkini. Ini kerana umat Islam pada hari ini ketandusan dan kekurangan bahan-bahan berunsur Islam yang menggunakan ICT. Kerajaan, badan-badan NGO dan pihak-pihak yang bertanggung jawab perlu mengadakan kursus-kursus atau projek kemahiran untuk melahirkan lebih ramai pakar Islam dalam bidang teknologi sekaligus dapat melahirkan umat Islam yang dapat menguasai ilmu agama dan celik IT dan dapat bersama-sama berganding bahu untuk memperkasakan seruan Islam berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.Berdasarkan ayat al-Quran dalam surah al-Nahl ayat 125 berkaitan dengan perintah Allah kepada seruan dakwah dengan cara hikmah, mau'izah hasanah (memberi nasihat dan peringatan) dan mujadalah al-Husna (melibatkan aspek perdebatan, perbahasan, perbincangan) juga dapat diselaraskan dengan menggunakan ICT dan wajar digunakan di alam siber. Selagimana matlamat nya ke arah mentauhidkan Allah, mendapat kebahagiaan hakiki dan menyebarkan kesejahteraan di atas muka bumi. Biarlah manusia mengawal perkembangan ICT dan bukan teknologi (ICT) mengawal kehidupan manusia. Mana-mana masyarakat yang mengabaikan anugerah ICT akan ketinggalan. Begitu juga jika pembangunan ICT tidak menuju kepada sebuah peradaban, masyarakat tersebut juga tetap akan rugi.Disediakan dan susunan oleh:Ustaz Khairuddin b. HaiyonUnit Penerangan dan PenerbitanBahagian Dakwah JAIS

Kita hidup pada zaman abad ke-21. Kita hidup bersama manusia yang berotak dan bersikap abad ke-21. Lantaran itu, kaedah dakwah juga perlu berubah dari peninggalan lama kepada minda abad ke 21.Di dalam ilmu fiqh, menjelaskan kepada kita tentang sebuah prinsip yang diguna pakai dalam fatwa , iaitu :Fatwa berubah dengan perubahan zaman, tempat, keadaan, dan adat.Apabila fiqh itu menerima perubahan, maka konsep dakwah lebih utama menerima perubahan tersebut. Dengan itu, setiap para pendakwah hendaklah berkomunikasi bersama masyarakat sesuai dengan zaman ini.Allah Taala berfirman : Dan Kami tidak mengutuskan seseorang rasul melainkan dengan bahasa/lidah kaumnya, supaya dia dapat menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka.[Ibrahim : 4]Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjelaskan ayat tersebut dengan katanya :Aku tidak hanya memahami ayat ini dengan kefahaman luaran sahaja, seperti kamu bercakap dengan bahasa inggeris, lalu berdakwah dengan bahasa inggeris, German dengan bahasa German, dan Rusia dengan bahasa Rusia, kemudian tamat. Tidak. Bahkan, (ia mencakupi juga) ucapan lidah orang yang bertaraf tinggi kepada dengan yang bertaraf tinggi, orang awam dengan lidah orang awam, orang kampung, dengan lidah orang kampung, orang bandar dengan lidah orang bandar..[1]Setiap kaum mempunyai bahasa mereka tersendiri, dan mereka merasa selesa dengan bahasa mereka. Dengan itu, menepikan urusan bahasa ini akan menjadikan para daie terpinggir dan sering di katakan kolot dan tidak bertamadun.

Sebahagian graduan dari timur tengah, pulang ke tanah air dengan membawa iklim timur tengah yang tidak mesra masyarakat Malaysia. Oleh itu, kita dapat melihat sebahagian ustaz atau ustazah yang bercakap keras, tidak memahami suasana dan sebagainya.Contohnya : Di tanah arab, mereka berkhutbah panjang dengan dalil dan syair arab yang sukar difahami majoriti masyarakat Malaysia, lalu syair ini dibawa pulang dan di dendangkan tanpa mengira masyarakat memahaminya atau tidak.Ini adalah bentuk dakwah yang tidak menepati zaman. Sepatutnya, setiap orang hidup pada zamannya, dan berkomunikasi dengan manusia seiring apa yang mampu mereka fahami.Zaman ini, teknologi semakin berkembang pesat, setiap orang tidak lagi buta IT, bahkan boleh dikatakan setiap rumah sudah memiliki kemudahan komunikasi seperti internet sendiri.Jika tidak pun, pastinya ada dari kalangan anak-anak mereka yang melanggan perkhidmatanbroadband.Lalu, perhubungan antara manusia menjadi tidak terbatas, perkongsian ilmu dan perkara lalai bergerak seiringan. Sungguh! Dunia hanya di hujung jari!Suasana ini tidak berlaku pada zaman Rasulullah saw, tidak juga pada zaman Khalifah yang empat. Tetapi berlaku pada zaman kita. Zaman abad ke 21.Justeru, kaedah dan wasilah dakwah perlu mengalami perubahan sesuai dengan perubahan mendadak ini. Seandainya para daie lalai akan urusan penting ini, pastinya urusan dakwah akan terbantut, menjadi sangat lambat dan tidak mencapai maksudnya.Agama ini, memerlukan para daie yang berminda semasa. Daie yang melihat Islam itu pada tunjang-tunjangnya, sandaran-sandarannya dengan jelas, kemudian melihat juga keadaan semasa yang berlaku, permasalahan-permasalah yang timbul. Lalu dia mengumpulkan kedua-duanya dalam perkara yang disebut Yang asal & yang baru, atau Al-Asalah wal Muasirah.Kata-kata menarik dari ulamak tentang hal ini:Allah merahmati siapa yang menjaga lidahnya, mengenali zamannya, dan membangunkan jalan dakwahnya (sesuai dengan zamannya).Jangan membenci anak-anakmu yang tidak mengikut jejak langkahmu, kerana mereka diciptakan pada zaman (lain) yang bukan zaman kamu.

Pendekatan Daie dalam menjayakan Dakwah FardhiahThursday, 23 July 2009 18:08

Baru-baru ini dalam halaqah mingguan penulis, para mahasiswa penggerak dakwah kampus bertanyakan kepada penulis apakah kaedah dan cara terbaik bagi seorang dai menjayakan misi dakwah, khususnya dakwah fardiah memandangkan terlalu banyakhambatan dan cabaran yang sedang melanda generasi muda hari ini. Cabaran semasa telah menyebabkan kualiti daie semakin terhakis dan semakin tidak bersungguh dalam berdakwah.Dalam penulisan ini penulis akan memberikan tumpuan kepada aspek persediaan, kefahaman dan kesungguhan kepada para dai dalam bagi melaksanakan tugas dan tanggujawab dakwah yang cukup berat ini. Dalam mentarbiyah manusia kita perlu menguasai kaedah yang bijak dan hikmah agar dakwahnya dapat diterima oleh sesiapa sahaja yang didekatinya. Ada beberapa pendekatan dan kaedah terbaik yang perlu kita adaptasikan dalam dakwah yang boleh kita pelajari dari baginda Rasulullah saw., antaranya :1. Ar-Rifq, iaitu kelemah lembutan,Sebagaimana firman Allah SWT dalam surat al-Imran : 159 yang bermaksud:Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu

Dan firman Allah swt lagi yang bermaksud:Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan mauidzoh hasanah (pelajaran yang baik) dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (QS. An-Nahl: 125)

Kelemah lembutan adalah asas dalam bermuamalah, seoarang dai tidak dapat mengambil hati madunya, kecuali bila ia mempergaulinya dengan penuh lemah lembut sehingga menjadi mudah untuk menguasai hatinya. Sabda Nabi saw. yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla menyukai kelemahlembutan dalam segala urusan. (HR. Bukhari Muslim).

Sesungguhnya tidaklah kelemah-lembutan itu ada pada sesuatu melainkan akan menghiasinya. Dan tidaklah kelemah-lembutan itu tercabut dari sesuatu kecuali akan membuatnya menjadi jelek. (HR. Muslim)

Bersikap lemah lembut dalam dakwah bukan bererti tidak punya pendirian, apalagi bersikap toleran terhadap keburukan. Lemah lembut hanya suatu cara untuk menyampaikan kebenaran dan mendidik orang lain agar tunduk kepada kebenaran. Lemah lembut di dalam berdakwah mempunyai banyak sekali kebaikannya. Salah satu di antaranya adalah dapat menyedarkan orang-orang yang telah terjerumus dalam perbuatan dosa dan maksiat. Allah berfirman yang ertinya,

Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan dia ada permusuhan, seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. (QS. Al-Fushshilat: 34)Rasulullah saw. adalah suri teladan bagi kita dalam hal akhlaq dan dakwah, apatah lagi dalam hal lemah lembut baginda dalam berdakwah. Alangkah indahnya kisah beliau ketika menasihati seseorang yang hendak berbuat kemaksiatan. Kisah ini dituturkan oleh sahabat beliau, Abu Umamah. Beliau bercerita, Sesungguhnya ada seorang pemuda datang kepada Rasulullah lalu berkata, Wahai Rasulullah, izinkanlah aku untuk berbuat zina. Lalu ada sekelompok orang yang mendatangi dan menegurnya, Diam Diam!! Lalu beliau bersabda (kepada para sahabat beliau), Dekatkan ia kepadaku. Lalu ia pun mendekati beliau. Setelah ia duduk, beliau bertanya, Apakah kamu senang apabila ada orang menzinai ibumu? Ia menjawab, Tidak, Demi Allah. Semoga Allah menjadikan aku tebusan bagimu. Beliau bersabda, Manusia pun tidak senang apabila ada orang menzinai ibunya. Beliau bertanya lagi, Apakah kamu senang apabila ada orang menzinai puterimu? Ia menjawab, Tidak, Demi Allah. Semoga Allah menjadikan aku tebusan bagimu. Beliau bersabda, Manusia pun tidak senang apabila ada orang menzinai puterinya. Beliau bertanya lagi, Apakah kamu senang apabila ada orang menzinai saudarimu? Ia menjawab, Tidak, Demi Allah. Semoga Allah menjadikan aku tebusan bagimu. Beliau bersabda, Manusia pun tidak senang apabila ada orang menzinai saudarinya Lalu beliau meletakkan tangannya kepada pemuda tadi sambil berdoa, Ya Allah, ampunilah dosanya, sucikanlah hatinya dan jagalah kemaluannya. Setelah peristiwa itu, pemuda tadi tidak berfikir untuk berbuat zina lagi. (HR. Ahmad)

2. Al-Ibtiadu anidzdzammi wattaaaatubi, iaitu menjauhkan sikap agresif yang cenderung mencela, memperlekeh dan mencemuh orang lain.Sesungguhnya dakwah tidak dibangun di atas celaan dan cemuhan, melainkan dengan Tanashuh (menjaga) dan Taghafur (memaafkan) serta Al-Irsyad bil husna (membimbing dengan cara cara yang baik. Sebagaimana Ibnussamak seorang Ulama yang zuhud Rahimahullah- ketika seseorang berkata kepaadanya : Kita bertemu lagi esok dalam rangka saling mencela, lalau jawab Ibnu Samak : Bal baini wa bainaka ghodan nataghafar (Tidak, akan tetapi kita bertemu esok untuk saling memaafkan).

Kombinasi 3 ciri ini iaitu Tanashuh (menjaga) dan Taghafur (memaafkan) serta Al-Irsyad bil husna (membimbing dengan cara cara yang baik) dimiliki oleh Rasulullah Saw dan diajarkannya kepara sahabatnya. Dalam sebuah riwayat dikisahkan sebagai berikut: Pada suatu hari, datanglah seorang arab badwi kepada Rasulullah saw untuk meminta sesuatu. Beliau memberi apa yang dimintanya sambil bertanya: Bukankah aku telah berbuat baik kepadamu? Orang tersebut menjawab: Tidak! Engkau tidak berbuat baik. Mendengar jawaban tersebut,kaum muslimin yang hadir bangkit hendak memukulnya. Tetapi mereka segera ditegah oleh Rasulullah.

Beliau kemudian berdiri, dan masuk ke dalam rumahnya, lalu memberi tambahan kepada orang badwi tersebut seraya berkata: Bukankah aku telah berbuat baik kepadamu? Orang badwi itu menyahut: Ya, mudah-mudahan Allah membalas kebaikan anda sekeluarga. Kepada orang badwi tersebut Rasulullah berkata: Engkau tadi telah mengucapkan sesuatu yang membuat para sahabatku merasa tersinggung. Jika engkau mahu, ucapkanlah kembali apa yang engkau katakan kepadaku sekarang ini di hadapan mereka, agar kejengkelan mereka kepada dirimu lenyap dari dadanya.

Keesokan harinya badwi tersebut datang lagi. Kepada para sahabat baginda berkata, Orang Arab badwi ini kelmarin berkata sebagaimana yang telah kalian dengar,kemudian kuberikan kepadanya, dan sekarang ia merasa puas, bukankah demikian hai Arab badwi? Orang Arab badwi tersebut menyahut: Ya benar, mudah-mudahan Allah membalas kebaikan anda sekeluarga.

Setelah itu, Rasululah menambahkan: Aku dan dia ibarat seorang yang mempunyai seekor unta yang lepas dan lari bertebaran. Ramai orang mengejarnya, tetapi semakin dikejar, unta itu semakin jauh. Pemilik unta kemudian berteriak-teriak kepada orang-orang yang membantu mengejar untanya: Biarkan saja untaku itu! Aku dapat menjinakkan dia kerana aku lebih mengenalnya daripada kalian! Ia lalu mendekati untanya, diambilnya rumput dari tanah dan diagah-agahkannya kepada unta itu sehingga unta itu kembali. Unta itu disuruh berjongkok, lalu ia duduk di atas punggungnya.

Kemudian baginda berkata kepada para sahabatnya, Jika kelmarin kalian kubiarkan bertindak terhadap orang badwi itu kerana ia mengucapkan perkataan yang tidak enak didengar, lantas dia kalian bunuh, dia tentu masuk neraka3. At-tarbiyah Tamhid wattasywiq, Tarbiah itu harus dijalankan dengan perlahan bukan dengan paksaan dan tergesa-gesa,.Hal ini tentu saja memerlukan kesabaran kerana untuk dapat menikmati buahnya terkadang harus menunggu masa yang agak lama. Para dai jangan istijal (tergesa-gesa) Salah satu bahagian dari dakwah manhaj salafus soleh adalah tidak tergesa-gesa dalam berdakwah. Dalam berdakwah tidak boleh serta merta ingin memperoleh hasil dan segera memetik buah dari dakwahnya kerana ini adalah penyakit dalam dakwah.

Mengapa dakwah Rasulullah saw. di Mekah tidak ditempuh dua tahun atau lima tahun saja? Beliau berdakwah di Mekah selama 13 tahun, dan hanya menperoleh pengikut 45 orang sahabat sahaja, namun beliau tetap bersabar dan terus mendidik dan mentarbiyah sahabatnya, walaupun dalam keadaan tertindas dan terasing ditengah-tengah masyarakat Mekah saat itu. Setelah 13 tahun kemudian, beliaupun berhijrah ke Madinah. Beberapa tahun setelah hijrah baru terjadi Fathul-Mekah? Peristiwa ini terjadi pada tahun 8 H. Mengapa tidak dilaksanakan pada tahun 5 H atau jauh sebelumnya? Dan tidak ada pembukaan daerah kekuasaan kaum muslimin secara luas kecuali setelah baginda wafat. Hal ini menunjukkan bahawasanya dakwah dan perjuangan Islam ini dilakukan tidak dengan tergesa-gesa. Ini adalah buah kesabaran Rasulullah saw. dalam mentarbiyah para sahabat yang jumlahnya kurang lebih hanya empat puluh lima orang yang kemudian melahirkan orang-orang yang membuka penjuru-penjuru dakwah yang lebih luas bahkan sampai sepertiga belahan dunia, sungguh sangat menakjubkan!.

Oleh kerana itu sebagai seorang dai, hendaknya tidak tergesa-gesa dalam berdakwah kerana sesungguhnya ia adalah dari syaitan. Sebahagian dai yang tidak sabar untuk segera melihat hasil dari perjuanganya, ingin cepat mendapatkan pengikut yang ramai sedangkan Nabi dan Rasul dahulu yang berdakwah sekian tahun hanya memiliki beberapa pengikut bahkan ada yang tidak memiliki pengikut seorangpun sebagaimana yang digambarkan dalam hadith Rasulullah saw. bahawa pada hari kiamat nanti ada seorang rasul yang datang dengan seorang pengikut bahkan ada yang tanpa pengikut, apakah mereka dikatakan gagal berdakwah? Mereka adalah manusia pilihan yang diutus oleh Allah Subhaanahu Wa Ta'ala dengan membawa risalah yang bertujuan memperbaiki manusia. Kerana tujuan kita adalah memperbaiki manusia maka hendaknya kita bersabar jangan tergesa-gesa, tergesa-gesa merupakan penyakit yang dapat merosakan bangunan dakwah, oleh itu harus senantiasa bersabar. Demikianlah manhaj Rasulullah saw.Perhatikan sejarah silam ketika para pemerintah negara Islam menguasai para ulama, seperti Imam Ahmad, dipenjara selama dua tahun empat bulan dan disiksa namun tetap bersabar. Demikian pula dengan Imam Malik, Imam Syafii mereka juga mengalami tentangan seperti itu. Syaikul Islam Ibnu Taimiyah dipenjara selama 26 tahun hingga akhirnya meninggal dalam penjara tetapi tidak sampai mengkafirkan penguasa yang memenjarakannya.4. At-Tasyji, iaitu motivasi sang dai Murabbi terhadap madunya.Ianya berupa reward, inspirasi dan penghargaan, untuk menambah semangat dan mendorongnya untuk beramal, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah saw. kepada sahabat Suhaib bin Sinan Ar-Rumy, yang hijrah ke Madinah dengan meninggalkan seluruh hartanya setelah diambil seluruhnya oleh orang-orang musyrikin, dan dia hanya mampu menyelamatkan agamanya, Rasulullah menyambut kedatangannya seraya berkata : Rabiha Suhaib (beruntunglah Suhaib).Disebutkan juga oleh al-Banna dengan pengertian yang cukup mendalam dan mendasar akan peranan murabbi. Murabbi / dai adalah umpama seorang ayah yang menjaga anak-anaknya, seorang guru yang mengajarkan murid dan bagaikan seorang sheikh yang mengasuh muridnya. Oleh kerana itu, penting bagi para murabbi / dai untuk berusaha semaksima mungkin menjadi peribadi murabbi teladan agar keteladanannya memberi keberkahan bagi perkembangan dakwah dan peningkatan kualiti mahupun kuantiti para mutarabbi yang mereka bina. Justeru itu para murabbi perlu berinteraksi dengan tokoh-tokoh yang tercatat sejarah sebagai murabbi teladan, setidaknya melalui suratun hayawiyyah (gambaran kehidupan mereka), khusunya dalam melakukan aktiviti pentarbiyahan (mendidik mutarabbi).Oleh : Abu Rihduan Husaini (Kolej Teknologi Darulnaim)