daerah taiping

Upload: asaripin

Post on 14-Apr-2018

230 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Daerah Taiping

    1/14

    1.0 PENDAHULUAN

    Pemberontakan Taiping ini bermula di kawasan Kwangsi dan Kwantung iaitu tempat

    kelahiran pengasas kepada kebangkitan ini iaitu Hong Xiu Quan. Sekitar tahun 1850 selepas

    beliau mengalami kekecewaan kerana gagal kali yang ketiga dalam peperiksaan awam cinamenyebabkan beliau menukar haluan dengan menenangkan fikiran. Keadaan ini telah membawa

    kepada Pemberontakan Taiping secara besarbesaran sehingga merekodkan lebih 20 juta orang

    yang terkorban.1

    Selain itu, kebangkitan ini juga tertumpu di kawasan yang mempunyai konflik

    kaum dan penuh dengan masalahnya. Keadaan ini seperti menyumbang kepada kebangkitan

    dengan kadar segera golongan petani. Penyebaran oleh Hong Xiu Quan iaitu agama kristian

    adalah tepat pada masanya sehingga dapat menarik ramai ramai menggunakan agama kristian

    untuk bangkit menentang.

    Tai Great, Ping Peace, Tian Heaven, Guo Country atau Kingdom ini adalah

    perkataan cina yang apabila digabungkan dalam bahasa English ialah The Heavenly Kingdom of

    Peace.2

    Berdasarkan nama sahaja dapat dilihat bahawa pemberontakan ini mempunyai unsur

    unsur keagamaan. Hong Xiu Quan iaitu pengasas kepada kebangkitan ini menyeru orang ramai

    dengan menyebarkan bahawa beliau mendapat mandat daripada tuhan untuk memulihkan semula

    keadaan negara yang berada dalam keadaan huru - hara.3

    Walaupun pada dasarnya banyak

    faktor yang menyumbang kepada pemberontakan ini tetapi dengan ajaran ajaran agama kristian

    seperti persamaan taraf di antara semua orang dan keadilan yang diamalkan menjadi faktor

    penarik kepada pemberontakan ini.

    Mengapakah Pemberontakan Taiping ini lebih berjaya berbanding dengan kebangkitan

    kebangkitan yang lain dan dapat menarik ramai anggota berbanding dengan pemberontakan

    sebelumnya ? Pengasasnya iaitu Hong Xiu Quan menggunakan ajaran agama kristian untuk

    menarik minat dan perhatian orang ramai. Beliau memanipulasikan agama kristian untuk

    melakukan pemberontakan. Walaupun keadaan pada masa itu juga mempengaruhi orang ramai

    untuk bangkit menentang, namun mereka diseru melalui ajaran agama kristian yang telah

    digabungkan dengan kepercayaan tradisional cina. Selain itu, dalam fahamannya juga terselit

    1Ebrey B. Patricia, 1996, China, Australia: Press Syndicate of the University of Cambridge, Hal 242.

    2Imannuel C.Y. Hsu, 1995, The Rise of Modern China, New York : Oxford University Press Inc, Hal 22.

    3Morton W. Scott & Lewis M. Charlton, 2005, Its History and Culture, United States:The Mc Graw Hill Companies,

    Hal 157 158.

  • 7/27/2019 Daerah Taiping

    2/14

    sikap anti Manchu yang mana Hong Xiu Quan kononnya diperintahkan oleh tuhan untuk

    menggulingkan pemerintahan dinasti Qing.4

    Walaupun agama kristian banyak memainkan

    peranan dalam pemberontakan ini, namun tidak dapat disangkal bahawa adanya faktorfaktor

    politik yang dapat dikesan dalam pemberontakan ini.

    2.0ISIISI

    2.1PENYEBARAN FAHAMAN KRISTIANHong Xiu Quan yang menyebarkan pemberontakan Taiping ini dilakukan telah

    menggunakan agama kristian sebagai ideologi kebangkitan tersebut. Dia juga menuntut

    bahawa dia telah diberikan mandat daripada Tuhan untuk menyelamatkan manusia.5

    Bai Shang

    Di Hui ataupun juga dikenali sebagai Worship God Society merupakan persatuan yang

    ditubuhkan oleh Hong Xiu Quan untuk mengumpulkan pengikut pengikutnya sendiri.6

    Melalui

    persatuan ini, mereka mula mengumpulkan orang ramai dengan tujuan untuk menjayakan

    pemberontakan mereka itu.

    Kawasan yang paling jauh daripada pusat pemerintahan Qing juga didiami oleh

    kumpulan Hakka yang bermigrasi ke Kwangtung dan Kwangsi disebabkan masalah. Kumpulan

    ini mengamalkan cara hidup yang biasa dengan melakukan kerja kerja pertanian dan

    perlombongan sebagai mata pencarian. Mereka yang memang mengamalkan ajaran kristian

    menjadi bonus kepada Pemberontakan Taiping ini apabila teras kebangkitan ini yang berkisarkan

    kepada kebangkitan agama.7

    Apabila Hong Xiu Quan menyebarkan agama kristian di kawasan

    tersebut, dengan mudahnya beliau dapat mengumpulkan ahli kerana sememangnya kumpulan

    Hakka ini mengamalkan ajaran agama kristian. Tambahan lagi, beliau sendiri merupakan bangsa

    Hakka.8

    all men under heaven are brothers and all women are sisters.9

    4Ebrey B. Patricia, 1996, China, Australia: Press Syndicate of the University of Cambridge, Hal 242.

    5Yang Zhou et al, 2002,An Outline of China : Bai Shouyi, China: Foreign Languages Press, Hal 394.

    6Ibid.

    7Imannuel C.Y. Hsu, 1995, The Rise of Modern China, New York : Oxford University Press Inc, Hal 225 226.

    8Ibid., hal 226.

    9Yang Zhou et al, 2002,An Outline of China : Bai Shouyi, China: Foreign Languages Press, Hal 394.

  • 7/27/2019 Daerah Taiping

    3/14

    Dengan menggunakan ajaran yang diambilnya daripada agama Kristian, beliau menguar

    uarkan ideologi pemberontakannya ini dalam usaha untuk menarik orang. Tambahan lagi, pada

    masa itu keadaan rakyat adalah dalam keadaan yang sengsara. Ini kerana pelbagai masalah yang

    wujud pada masa itu. Selain itu, masyarakat China terutamanya di kawasan Kwangsi adalah

    merupakan masyarakat yang banyak menderita ditambah lagi dengan konflik yang wujud di

    kawasan tersebut.10

    Kawasan ini juga adalah kawasan yang lemah dari segi pemerintahan dan

    berada jauh daripada pusat pemerintahan iaitu Peking11

    lantaran menyebabkan senang untuk

    masyarakat di sana terpengaruh dengan ideologi kristian yang disebarkan oleh Hong Xiu Quan.

    Disebabkan masalah yang dialami oleh masyarakat di kawasan tersebut, memudahkan

    mereka untuk turut serta dalam pemberontakan ini. Hal ini kerana, mereka memerlukan sinar

    baru selepas kesengsaraan hidup yang dialami oleh mereka. Oleh itu, ajaran agama kristian ini

    menarik perhatian mereka dan memberikan mereka semangat baru untuk bangkit menentang

    selain daripada keistimewaan yang diperolehi daripada agama ini. Contohnya seperti hak sama

    rata dan saling tolong menolong antara satu dengan yang lain. Kumpulan Hakka yang hanya

    golongan imigran di kawasan tersebut menyokong usaha ini kerana mereka memerlukan

    pengiktirafan daripada masyarakat awal di daerah tersebut. Oleh itu, ajaran ini membantu mereka

    untuk menjadi satu bangsa di bawah satu agama.

    Propaganda beliau yang berkisarkan kepada kebangkitan untuk melawan kejahatan dan

    sebagai satu keluarga yang aman dan harmoni12

    adalah berdasarkan dengan ajaran agama

    kristian. Namun, beliau telah memanipulasikan ajaran ini sebagai usaha untuk merealisasikan

    cita citanya iaitu menggulingkan kerajaan Manchu. Kejahatan yang dimaksudkan disini ialah

    pemerintahan kerajaan Manchu yang dianggap tidak mendapat berkat daripada tuhan. Hal ini

    dapat dilihat melalui kepercayaan cina yang mempercayai bahawa setiap pemerintah itu

    mendapat mandat daripada tuhan untuk menjaga sesebuah negara. Tambahan lagi, keadaan

    negara pada masa itu yang berada dalam peperangan seolah olah mengukuhkan lagi bahawa

    pemerintahan Qing itu tidak diberkati oleh tuhan seperti yang dipercayai oleh masyarakat cina.13

    10Ebrey B. Patricia, 1996, China, Australia: Press Syndicate of the University of Cambridge, Hal 242.

    11Imannuel C.Y. Hsu, 1995, The Rise of Modern China, New York : Oxford University Press Inc, Hal 225.

    12Yang Zhou et al, 2002,An Outline of China : Bai Shouyi, China: Foreign Languages Press, Hal 394.

    13Wang C.F James, 1999, Contemporary Chinese Politics: An Introduction, New Jersey: Prentice Hall Inc, Hal 6.

  • 7/27/2019 Daerah Taiping

    4/14

    Pemberontakan ini yang sebenarnya cuba mewujudkan unsur ketuhanan adalah

    menggunakan kepercayaan rakyat cina mengenai usaha untuk memulihkan semula kepercayaan

    shangdi iaitu kepercayaan tradisional masyarakat cina telah digabungkan dengan unsurunsur

    Kristian.14

    Dinasti Qing yang menggunakan gelaran Huangdi iaitu sama dengan Shangdi

    menyebabkan rakyat percaya bahawa Hong Xiu Quan diarahkan dan mendapat mandat daripada

    tuhan untuk melakukan pembaharuan dengan menggulingkan pemerintahan Qing.15

    PerkataanDi

    yang membawa maksudHigh dalam bahasa inggeris dapat dilihat pada hujung keduadua nama

    iaitu huangdi dan shangdi. Hal ini memberikan kaitan di antara pemerintahan Manchu dengan

    pemerintahan yang ingin dipulihkan oleh Hong Xiu Quan.

    what we wear and clothe all come from heaven, even drop a drop of water and food we eat

    are from Heavenly Shangdi. heaven is Shangdi. there are no others God except the

    heavenly Shangdi. God is the only true creation god.16

    Dapat dilihat bahawa pernyataan ini menunjukkan keagamaan yang mana individu yang

    mengikuti pemberontakan ini akan diberkati oleh tuhan dengan berkat berkat seperti

    mengerjakan tanah tanah sebagai sumber pendapatan. Pembaharuan pembaharuan yang

    dijanjikan oleh Hong Xiu Quan adalah berdasarkan agama Kristian. Antaranya ialah persamaan

    taraf di antara lelaki dan wanita dan kesamarataan pemegang hak milik tanah17

    . Janjijanji ini

    menarik perhatian ramai penduduk tempatan untuk turut serta. Namun, bagi menjayakan

    pemberontakan ini dan dapat melaksanakan pembaharuan yang dikatakan oleh Hong Xiu Quan,

    orang ramai perlulah bangkit menentang dan menjatuhkan pemerintahan Qing.

    14Reilly Thomas H,2004, the Taiping Heavenly Kingdom: Rebellion and The Blasphemy of Empire, United States:

    University of Washington Press, Hal 24215

    Ibid, hal 4.16

    Ibid., Hal 24217

    Ibid.

  • 7/27/2019 Daerah Taiping

    5/14

    All the land under Heaven should be cultivated by all the people under Heaven.18

    Kegiatan pertanian yang merupakan punca pendapatan rakyat kampung terutamanya

    menyebabkan mereka dengan senang menerima ajaran agama kristian yang dibawa oleh Hong

    Xiu Quan. Memusnahkan sistem hak milik tanah dan harta19

    yang mengawal rakyat daripada

    mengerjakan hasil tanah mereka memberikan lagi mereka semangat untuk turut serta dalam

    pemberontakan ini. Orang Manchu yang bukan orang asal negara tersebut membuat masyarakat

    China percaya bahawa orang Manchu tidak berhak ke atas hasil tanah negara China. Mereka

    yang mengikuti pemberontakan ini adalah mereka yang memeluk agama kristian dan seterusnya

    mereka percaya bahawa mereka mendapat berkat daripada tuhan ke atas hasil hasil tanah.

    Mereka akan hidup saling bekerjasama dalam kelompok dan mengerjakan pekerjaan mereka

    secara tolongmenolong.

    2.2KELEMAHAN PENTADBIRAN MANCHUKekalahan kerajaan Manchu dalam Perang China-Inggeris Pertama pada tahun 1839

    hingga 1842 menjadi bukti kelemahan pentadbiran Manchu dalam menangani dasar luar dengan

    pihak barat. Punca kekalahan Manchu dikenalpasti apabila mereka menolak penggunaan sains

    dan teknologi. Oleh yang demikian, maka termeterailah Perjanjian Nanking yang ditandatangani

    oleh China dan Inggeris yang sekaligus menjatuhkan martabat negara China sebagai middle

    kingdom.20 Middle Kingdom ini penting buat negara China kerana mereka merasakan bahawa

    mereka merupakan negara yang istimewa. Kehilangan status ini ekoran daripada Perjanjian

    Nanking telah menyebabkan negara China kehilangan keistimewaan mereka di Asia Timur.

    Kegagalan Manchu untuk mempertahankan negara dari ancaman asing menyemarakkan

    semangat nasionalisme yang tinggi dan sentimen anti Manchu yang kuat menjadikan rakyat cina

    tercari-cari satu cara untuk membangkitkan perasaan mereka ini. Demi menyelamatkan negara

    China dari terus mundur dan hilang mandat dari syurga, golongan ini akhirnya bertekad untuk

    menjalankan satu bentuk pemberontakan yang diketuai oleh Hong Xiu Quan yang bercita-cita

    untuk menggulingkan dinasti Manchu. Faktor ini juga turut menyumbang kepada Pemberontakan

    18Yang Zhou et al, 2002,An Outline of China : Bai Shouyi, China: Foreign Languages Press, Hal 395.

    19Immanuel C.Y Hsu, 1995, The Rise of the Modern China, New York: Oxford University Press Inc, Hal233.

    20James C.F Wang, 1999, Contemporary Chinese Politics: An Introduction, New Jersey: Prentice Hall Inc, Hal 6.

  • 7/27/2019 Daerah Taiping

    6/14

    Taiping yang merekodkan sejarah sebagai satu pemberontakan yang mencatatkan angka

    kematian yang ramai.

    Pemberontakan Taiping merupakan satu bentuk pemberontakan dalam negeri yang

    terbesar dalam sejarah negeri China.21

    Faktor anti-Manchu turut merujuk kepada kewujudan

    permusuhan yang berlaku antara orang Han terhadap Manchu yang merangkumi dasar-dasar

    diskriminasi dan juga kekejaman pentadbiran Manchu terhadap orang Han. Walaupun pada

    dasarnya orang - orang Cina cuba untuk mengikut bentuk pemerintahan yang dilaksanakan oleh

    Manchu, namun mereka gagal. Mereka menghadapi masalah dengan keadaan pentadbiran orang

    Manchu. Korupsi yang berlaku khususnya berkenaan pungutan cukai tanah menyukarkan hidup

    masyarakat.22

    Hal inilah yang telah mencetuskan kebencian yang mendalam terhadap

    pentadbiran Manchu pada era Dinasti Qing, lantas membangkitkan semangat penentangan

    terhadapnya.

    Pentadbiran Manchu telah mencetus kemarahan masyarakat Cina kerana telah

    menjalankan pemerintahan yang tidak telus dan diskriminasi.23

    Antara dasar diskriminasi yang

    mencabar dan menghina orang Han ialah tanah kepunyaan mereka dirampas, selain daripada

    orang Han tidak diberi kesempatan untuk mengisi jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran

    kerajaan.24

    Namun,sebaliknya pula orang-orang Manchu yang diberi keistimewaan dan pangkat

    dalam pentadbiran. Situasi ini amat jelas menunjukkan ketidak adilan dalam pemerintahan

    Manchu. Tindakan ini seolah-olah menidakkan hak orang Cina Han.

    Dinasti Qing yang bukan merupakan penduduk asal China menambahkan lagi rasa tidak

    puas rakyat. Ini ditambah lagi apabila kebanyakan penjawat penjawat kerajaan dalam sistem

    pentadbiran Manchu bukannya terdiri daripada orang Cina, sebaliknya mereka berasal daripada

    Manchuria. Orang Manchu berasal daripada puak Jurched (Nuzhen) yang mendiami kawasan di

    Manchuria.25

    Pemerintah Manchu yang berasal daripada Manchuria ini tidak disukai oleh orang-

    orang Cina tempatan, terutamanya di daerah Kwangtung dan Kwangsi.

    21Joginder Singh Jessy, 1978, Sejarah China dan Jepun,Kuala Lumpur : Anthonian Store Sdn Bhd, hlm 30

    22Immanuel C.Y Hsu, 1995, The Rise of the Modern China, New York: Oxford University Press Inc, Hal 124 125.

    23Suffian Mansor, 2009, Sejarah China Moden, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, hlm 41

    24Edwin E. Moise, Modern China,A History, Britain : Pearson Education Limited, hlm 31

    25Suffian Mansor, 2003, Tamadun China, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 148

  • 7/27/2019 Daerah Taiping

    7/14

    Selain itu, pemerintah Manchu juga telah menjalankan pentadbiran kuku besi dengan

    memperkenalkan dasar memaksa semua golongan lelaki Cina mencukur rambut di hadapan

    kepala masing-masing dan bertoncang toi chong, selain daripada pengharaman kepada

    perkahwinan antara orang China dengan orang Manchu.26

    Pengharaman perkhawinan campur ini

    menunjukkan bahawa orang Manchu ingin mengekalkan status suku kaum mereka. Masyarakat

    China mendapati bahawa orang Manchu ini tidak ingin tinggal bersama mereka sebaliknya ingin

    menguasai China.

    Pentadbiran Manchu juga telah bertindak dengan membunuh golongan - golongan intelek

    yang disyaki menyebarkan ideologi anti Manchu. Situasi ini berlaku semasa pemerintahan

    Maharaja Yung Cheng (1723-1736) dan Maharaja Chien Long (1736-1796). Penindasan dan

    diskriminasi ini bukan sahaja menyebabkan mereka tidak mendapat kepercayaan golongan Cina,

    malahan telah menyemarakkan lagi semangat penentangan untuk menggulingkan kerajaan

    Manchu. Golongan intelek ini adalah terdiri daripada orang Han dan pembunuhan ini menjadi

    faktor kebangkitan masyarakat kerana pembunuhan tersebut mengurangkan jumlah golongan

    intelek Han dalam sistem pentabiran kerajaan dan memberi peluang kepada orang Manchu untuk

    mengambil alih sepenuhnya pemerintahan kerajaan.

    Penentangan Taiping ini yang menerima sokongan majoriti masyarakat China dapat

    dilihat kaitannya dengan penentangan penentangan sebelumnya. Antara persatuan yang

    melakukan pemberontakan dan menonjol ialah Persatuan Syurga dan Bumi, Persatuan

    Persaudaraan Ko Lao ( Ko Lao Hui ) dan Persatuan Teratai Putih. Gerakan penentangan yang

    berlaku di wilayah Hupei, Szechwan dan Shensi yang dipelopori oleh Persatuan Teratai Putih27

    merupakan antara contoh kebangkitan orang Cina menentang kezaliman Manchu. Melalui

    pemberontakan pemberontakan sebelum Pemberontakan Taiping menunjukkan bahawa

    pemerintahan Qing sememangnya tidak mendapat persetujuan masyarakat China.

    Permasalahan yang berlaku ini menyebabkan majoriti dari kalangan masyarakat China

    mencari perkerjaan lain, bermigrasi, dan tidak kurang juga yang terjebak dalam jenayah 28.

    Situasi ini sedikit sebanyak menjadi punca mengapa mereka terpengaruh dengan pegangan

    Kristian, kerana paderi-paderi Kristian menawarkan bantuan kewangan kepada mereka untuk

    26Suffian Mansor,2003, Sejarah China Moden, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 41

    27Ibid., hlm 41

    28Ibid., hlm 43

  • 7/27/2019 Daerah Taiping

    8/14

    menyara kehidupan. Lantas, dalam masa yang sama dipujuk untuk menjadi pengikut menentang

    pentadbiran Manchu oleh gerakan penentangan Hong Xiu Quan.

    Kesempitan hidup yang dialami menyebabkan orang Han terpaksa melakukan aktiviti

    jenayah. Aktiviti jenayah yang mereka lakukan ialah perompak, pencuri dan penyamun.

    29

    Pemimpin tempatan hanya memandang sepi jenayah seperti ini. Jika penduduk tempatan

    melaporkan, pihak kerajaan hanya senyap sahaja terhadap laporan itu seperti tidak ada yang

    berlaku.30

    Menteri kerajaan selalu mengata bahawa tiada laporan yang mereka perolehi daripada

    rakyat walaupun rakyat sendiri melaporkan kepada pihak mereka. Hal ini kerana pihak menteri

    mahu menjaga kepentingan Maharaja supaya harta negara tidak digunakan untuk menyelesaikan

    masalah tersebut.31

    Pemimpin hanya memegang jawatan untuk mengaut keuntungan semata-

    mata bagi kepuasan mereka sendiri sehingga menindas rakyat dan tempoh mereka memegang

    sesuatu jawatan itu mengambil tempoh masa yang lama. Ini menunjukkan pemerintah Manchu

    yang hanya membiarkan sahaja keadaan masyarakat Cina.

    Keadaan pemerintahan negara pada masa itu terbukti berada dalam keadaan huru hara

    apabila banyak pemberontakan yang berlaku selain daripada perang candu yang menyebabkan

    pengaliran keluar wang negara. Kemasukan Barat pada masa itu yang berusaha untuk

    menembusi pasaran di China menunjukkan ketidakcekapan pentadbiran dinasti Qing. Banyak

    kilangkilang perindustrian yang terpaksa ditutup lantaran daripada kemasukan barangbarang

    daripada Barat.32

    Persaingan ekonomi menyebabkan masyarakat tempatan tunduk kepada Barat

    kerana modal Barat yang amat tinggi.

    2.3 FAKTOR SOSIOEKONOMI

    Ketidak adilan pemerintahan Manchu juga melibatkan pelaksanaan pembayaran cukai

    yang tidak munasabah, khususnya melibatkan golongan petani. Mereka telah dikenakan kadar

    cukai sebanyak dua kali lebih tinggi daripada biasa dalam erti kata untuk membantu negara

    menghadapi masalah ekonomi yang dialami. Tindakan tersebut mengundang rasa tidak puas hati

    masyarakat China kerana dianggap tidak masuk akal. Pemerintah Qing banyak menggunakan

    29Ibid.

    30Ssu-yu Teng, 1999, New Light on the History of the Taiping Rebellion, Amerika Syarikat: New York/ Russel &

    Russel, hlm. 4031

    Ibid.32

    Maswari Rosdi , 1983 , Sejarah China dan Jepun 1800 1955, Kuala Lumpur: Adabi Publishing Sdn Bhd, Hal 53.

  • 7/27/2019 Daerah Taiping

    9/14

    wang untuk membiayai ketenteraan tambahan lagi semasa pemerintahan Chien Lung yang

    banyak berlakunya kebangkitan kebangkitan persatuan di China.33

    Wang dibelanjakan untuk

    menyediakan kelengkapan kelengkapan senjata dan makanan kepada golongan tentera.

    Lantaran itu, apabila golongan petani tidak mampu untuk membayar cukai, mereka

    menggadaikan tanah mereka kepada tuan tuan tanah. Oleh itu, keadaan ini membebankan

    rakyat lantas mengambil keputusan untuk terlibat dalam pemberontakan ini.

    Golongan petani terutamanya yang tinggal di kawasan utara China sentiasa mengalami

    kebuluran disebabkan kemarau yang berlaku. Tambahan lagi, aktiviti pertanian merupakan

    kegiatan utama dan masalah kemarau menyebabkan hasil pencarian dan sumber makanan

    mereka terbantut. Bencana alam yang berlaku seperti di Sungai Yangtze, Shantung dan kemarau

    panjang di wilayah Honan34

    menunjukkan kelemahan kerajaan dalam mengatasi masalah

    tersebut. Mereka dihimpit masalah kekurangan sumber makanan, tetapi di pihak pentadbiran

    Manchu pula tidak mempedulikan permasalahan yang dialami oleh masyarakat China. Ini

    menunjukkan ketidakcekapan pemerintah Manchu untuk menguruskan masalah ekoran daripada

    bencana alam ini. Rakyat tidak mendapat perlindungan dan bantuan daripada kerajaan

    menyebabkan rakyat semakin tidak percaya dengan pemerintahan Manchu.

    2.4KESAN PERANG CANDUApabila Kerajaan Qing kalah dalam Perjanjian Nanking, mereka tidak berani untuk

    menghalang kemasukan Barat ke dalam terutamanya baranganbarangan Barat yang dipasarkan

    di China. Keadaan ini telah menyebabkan kemasukan secara besar besaran candu ke dalam

    negara China.35

    Hal ini menyebabkan negara mengalami defisit kewangan lantaran menaikkan

    harga barangan sehingga menyusahkan rakyat tempatan. Keadaan ekonomi China yang berubah

    ekoran daripada perang Candu ini meletakkan China dalam keadaan huruhara dan tidak dapat

    mempertahankan perdagangan utamanya iaitu kain sehingga China sendiri mengimport kain

    daripada Barat.36

    33Immanuel C.Y Hsu, 1995, The Rise of the Modern China, New York: Oxford University Press Inc, Hal 126.

    34Ibid.

    35Immanuel C.Y Hsu, 1995, The Rise of the Modern China, New York: Oxford University Press Inc, Hal224.

    36Israel Epstein, 2004, From Opium War to Liberation, Beijing: Foreign Language Press, Hal18.

  • 7/27/2019 Daerah Taiping

    10/14

    Selain itu, ketagihan akibat daripada candu ini memberikan kesan kepada kesihatan

    masyarakat cina.37

    Banyak masyarakat Cina yang meninggal dalam usia yang muda kerana kesan

    candu kepada kesihatan mereka. Ketagihan terhadap candu ini membuatkan masyarakat

    membazirkan wang mereka untuk membeli candu dan bersukaria. Mereka banyak menghabiskan

    masa dengan menghayal kesan daripada pengambilan candu. Masalah yang berleluasa akibat

    daripada perang ini menyebabkan ramai orang yang tidak berpuas hati. Keadaan hidup mereka

    semakin susah dan ini menyebabkan mereka mengikuti kebangkitan melawan pemerintahan

    Qing ini. Tidak hanya kepada masyarakat tempatan tetapi kegiatan menghisap candu juga terjadi

    di kalangan pegawaipegawai kerajaan menyebabkan pentadbiran semakin tidak teratur kerana

    sikap tidak telus mereka.

    2.5KEBEBASAN MUBALIGH KRISTIANPerjanjian Peking yang ditandatangani oleh China telah memberikan peluang kepada

    Perancis untuk membawa masuk mubaligh mubaligh kristian dengan jumlah yang banyak.38

    Pertambahan ini menyebabkan penyebaran agama kristian berlaku dengan cepat. Tambahan lagi,

    golongan mubaligh ini membeli dan menyewa tanah tanah untuk dijadikan tapak bagi

    pembinaan gereja. Apabila banyak gereja dibina, ramai orang Cina yang menganut agama

    kristian dan menambah lagi bilangan ahli kebangkitan Taiping ini. Tambahan lagi, kemasukan

    mubaligh mubaligh kristian ini adalah tertumpu di kawasan pedalaman iaitu jauh daripada

    pemerintahan Manchu.39

    Keadaan ini membantu lagi dalam menyebarkan pengaruh

    Pemberontakan Taiping ini.

    2.6 RANCANGAN PEMBAHARUAN HONG XIU QUAN

    Sistem tanah yang dijanjikan oleh Hong Xiu Quan40

    juga menarik orang ramai untuk

    terlibat dalam kebangkitan penentangan ini. Pada masa itu, pemerintahan Manchu yang tidak

    telus dari segi hak milik tanah dan mengamalkan sistem feudal tentunya membebankan

    rakyat terutama golongan petani. Kebanyakan mereka hidup dengan hasil pendapatan

    daripada bercucuk tanam dan mereka perlu membayat cukai. Keadaan ini membebankan

    37James C.F Wang, 1999, Contemporary Chinese Politics: An Introduction, New Jersey: Prentice Hall Inc, Hal 6.

    38Wan Kok Seng, 1979, China: Imperialisme Barat dan Kesannya, Kuala Lumpur: Atlantic Printing, Hal 36.

    39Ibid., hal 36 37.

    40Immanuel C.Y Hsu, 1995, The Rise of the Modern China, New York: Oxford University Press Inc, Hal233.

  • 7/27/2019 Daerah Taiping

    11/14

  • 7/27/2019 Daerah Taiping

    12/14

    dokumen kristian. Jika sebelum ini, mereka yang ingin mengambil peperiksaan perlu

    menghafal banyak fakta fakta Konfusius dan memerlukan wang untuk membeli buku,

    namun pembaharuan yang dijanjikan Hong Xiu Quan ini adalah lebih mudah. Rakyat boleh

    mendengar mengenai ajaran Kristian daripada golongan misionari dan ketua ketua yang

    memeluk agama kristian sahaja. Justeru, hal ini mendorong dalam memotivasikan golongan

    masyarakat untuk terlibat sama dalam Pemberontakan Taiping ini.

    3.0 KESIMPULAN

    Secara keseluruhannya, banyak faktorfaktor yang menyumbang kepada pemberontakan

    Taiping ini. Namun, teras bagi kebangkitan ini dan persatuan yang ditubuhkan oleh Hong Xiu

    Quan adalah berasaskan ajaran agama Kristian. Beliau memanipulasikan ajaran agama Kristian

    untuk mengumpulkan pengikut pengikut bagi persatuannya. Mereka yang terlibat dengan

    pemberontakan ini akan masuk ke syurga kerana sanggup untuk bertarung nyawa.45

    Kebangkitan

    ini juga meliputi aspek sosial dan ekonomi yang pada masa itu menjadi penyumbang kepada

    Hong Xiu Quan untuk menggumpulkan anggotaanggota bagi persatuannya. Kegagalan beliau

    dalam peperiksaan awam Cina sebanyak 4 kali menunjukkan bahawa Hong Xiu Quan berasa

    kecewa dan mencari inisiatif lain untuk membalas dendam kepada pemerintahan Qing.

    Tambahan lagi, keadaan hidup pada masa itu yang memudahkannya untuk melakukan

    pemberontakan.

    Pemberontakan ini merekodkan sejarah yang penting dalam kerajaan China disebabkan

    kebangkitan secara besar besaran yang dilakukan oleh rakyat Cina terutamanya golongan

    petani. Sejarah pemberontakan ini yang berlainan dengan pemberontakan lain memperlihatkan

    betapa besarnya peranan setiap faktor faktor pendorong daripada menggunakan fahaman

    agama kristian sehingga ketaranya kepincangan dan huru hara yang berlaku dalam kerajaan

    China pada masa itu. Agama kristian yang ketika itu tersebar di China menjadi batu loncatan

    kepada Pemberontakan Taiping ini berlaku selama 15 tahun.

    45Immanuel C.Y Hsu, 1995, The Rise of the Modern China, New York: Oxford University Press Inc, Hal249 250.

  • 7/27/2019 Daerah Taiping

    13/14

  • 7/27/2019 Daerah Taiping

    14/14