dadahdanarak

11
Pengenalan: Dadah dan Arak Dadah adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana dadah mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan.Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan “ecstasy” diambil untuk mengubah perasaan fikiran. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai “dadah yang disalahguna”. Arak adalah alkohol dalam bentuk “ethyl alcohol “ dan sejenis dadah yang bertindak ke atas otak manusia dan seringkali menyebabkan ketagihan. Ia biasanya dihasilkan oleh sel-sel ragi atau “yeast cells” yang bertindak ke atas karbohidrat yang terdapat di dalam buah-buahan dan biji-bijian. Arak atau minuman keras ini selalu diminum ketika bersosial atau digunakan untuk meningkatkan mood Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu diminum. Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk bir, wain, brandi dan wiski.

Upload: nurul-natasha

Post on 06-Jul-2016

30 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

this assignment not very completed. I'm sorry.

TRANSCRIPT

Page 1: DADAHdanARAK

Pengenalan: Dadah dan Arak

Dadah adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana dadah mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan.Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan “ecstasy” diambil untuk mengubah perasaan fikiran. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai “dadah yang disalahguna”.

Arak adalah alkohol dalam bentuk “ethyl alcohol “ dan sejenis dadah yang bertindak ke atas otak manusia dan seringkali menyebabkan ketagihan. Ia biasanya dihasilkan oleh sel-sel ragi atau “yeast cells” yang bertindak ke atas karbohidrat yang terdapat di dalam buah-buahan dan biji-bijian. Arak atau minuman keras ini selalu diminum ketika bersosial atau digunakan untuk meningkatkan mood Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu diminum. Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk bir, wain, brandi dan wiski.

Page 2: DADAHdanARAK

Jenis-jenis dadah dan fungsi dadah

1. Opiat dan Opiat sintetik - Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin. Manakala opiat sinetetik adalah bahan-bahan seperti “methadone”, “pethidine”, “dipipanone” dan “dextropropoxyphene”. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan.

Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, menganjal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.

Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik.

Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.

CANDU MORFIN

HEROIN

Page 3: DADAHdanARAK

2. Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau “Amphetamine-type-stimulants (ATS)” dan kokain.

Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan pihak berkuasa kawalan dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin sepert “methamphetamine hydrochloride” (ice/syabu) dan “Methylenedioxy methamphetamine” adalah dadah yang sangat berbahaya.

Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Amerika Selatan. Bes kokain adalah bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain “Crack” adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk “granusles“. “Crack” mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.

MDMA adalah tablet yang mengandungi Pil Ecstasy“Methylenedioxy-methamphetamine” (MDMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin. MDMA dipanggil “feel good drug” dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase pengguna muda.

Serbuk Kokain Amfetamin

MDMA

Page 4: DADAHdanARAK

3. Ganja/Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok “cannabis sativa”. Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana “tetrahydrocannabinol” (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama.

Kanabis Herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok “genus kanabis” yang dikeringkan dalam bentuk ketulan. Ia menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih kehijauan

Hashish Resin getah kanabis. Kandungan THC : 4% – 12%

Minyak Hashish Minyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan menggunakan bahan pelarut. Dadah ini menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila terdedah kepada udara.

Pokok Ganja Hashiah

“Bong” – Alat untuk menghisap ganja

Page 5: DADAHdanARAK

4. Halusinogen Dadah adalah bahan yang dihasilkan dalam badan manusia untuk mengubah deria persepsi atau keadaan sedar seseorang. Dadah ini akan mengubah kualiti subjektif persepsi, fikiran dan emosi dengan membatalkan penghantaran neurotoksin ensefalus. Dalam takrifan asas, tiada perubahan kuantitatif dalam aktiviti atau kecergasan seseorang yang mengambil dadah halusinogen. Bagaimanapun dadah halusinogen mungkin memberi kesan sampingan selain khayal (hanya beberapa jenis dadah mempunyai kesan tunggal pada badan manusia). Seperti kebanyakan dadah, sifat kimia dan jumlah dos menentukan sama ada dadah halusinogen tersebut bersifat mengubat ( medicinal ), narkotik, atau beracun. Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan. LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan. Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan “hippies” pada tahun 1960-1970. Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di negara-negara baratKebanyakan dadah seperti ini turut dikenali sebagai psikedelik.

.

Page 6: DADAHdanARAK

5. Depresen1. Ubat “Depresen”

Barbiturates

Ubat “Depresen” termasuk juga ubat-ubat “sedative” dan “tranquilizer”. Ubat-ubat ini bertindak dalamsistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh.

Tranquilizer

Contoh ubat “sedative” ialah “barbiturates” manakala contoh “tranquilizer” ialah “erimin-5″,“rohypnol” dan “valium”.

Page 7: DADAHdanARAK

Pil Erimin-5 yg mudah didapati di dalam disko

“Erimin-5″ sejenis “sedative” yang kerap disalahgunakan oleh mereka yang menyalahguna “club drugs”untuk membantu mereka kembali ke kehidupan rutin.

Penagih heroin juga menganggap “erimin-5″ sebagai pengganti heroin apabila harga pasaran haram herointinggi.

“Rohypnol” sejenis “sedative” yang sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalahguna di kelab malambukan sahaja sebagai “club drugs”, bahkan juga sebagai “rape drugs” oleh perogol. “Rohypnol” boleh mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan bersama alkohol.

2. AlkoholAlkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung kelab-kelab malam.Alkohol juga bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan fungsi dan reaksinya.Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti hilangkeseimbangan badan dan tidak sedarkan diri.

Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya boleh membawa maut.

3. GHB

GHB

“Gamma-Hydroxybutyrate” (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk putih, pil dan kapsul.

Page 8: DADAHdanARAK

GHB atau “gamma-hydroxybutyric acid” tidak pernah diiktiraf sebagai ubat dan dikeluarkan dalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian.

GHB juga kerap disalahgunakan sebagai “rape drugs” kerana boleh memitamkan mangsa dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Cara Menggunakan : MenelanNama Jalanan : “G”, “Grieviuos bodily Harm”, “Liquid Ecstasy

4. Ketamin

Ketamin

Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamin yang digunakan dalam bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh menyebabkan pengguna tertidur dengan cepat.

Page 9: DADAHdanARAK

Menyedut Ketamin Melalui Hidung (Snorting)

Ketamin dalam bentuk tepung putih pula disalahgunakan dengan cara “smoked” atau “snorted” untuk mendatangkan khayalan seperti bius.

6.