coretan sep/oct

12
CORETAN EDISI SEPTEMBER - OKTOBER 2014 A PUBLICATION BY NUS MALAY STUDIES SOCIETY From Cold War to Clash of Civilisation? “Compassion is the radicalism of our time’”

Upload: coretan

Post on 06-Apr-2016

286 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Coretan Sep/Oct

CORETANEDISI SEPTEMBER - OKTOBER 2014

A PUBLICATION BY NUS MALAY STUDIES SOCIETY

From Cold Warto Clash of Civilisation?

“Compassion is the radicalism of our time’”

Page 2: Coretan Sep/Oct

Mukaddimah

Mencerah Minda, MeMBanGKiT nUrani

“Kesadaran adalah matahari.Kesabaran adalah bumi.

Keberanian menjadi cakrawala.Dan perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata.”

W.S. Rendra, 2001, ‘Megatruh’

Edisi Coretan kali ini memuatkan karya-karya dan hasil pena yang bakal mencabar pembaca untuk meluaskan lensa pemikiran mereka den-gan menghayati isu-isu kemanusiaan dalam ke-hidupan seharian sama ada dari aspek politiknya, pembangunannya dan ideologinya.

Pembacaan tiap-tiap satu karya itu tidaklah boleh dilakukan secara harfiah sahaja tetapi memerlukan seseorang itu dengan kema-tangannya untuk dapat menganalisa permasa-lahan yang dibangkitkan demi menjana kepada pemberdayaan intelektual dan pencerahan minda masyarakat. Kepedulian dan kepekaan terhadap isu-isu yang berlaku di sekitar hidup masyarakat kita dan masyarakat sedunia perlu dijadikan teras bagi seseorang individu itu dalam pembacaannya tentang hal-hal yang serius.

Makalah pertama yang berjudul “Nurani dan Pembangunan: Pemikiran Usman Awang dan W.S Rendra terhadap Pembangunan Kema-nusiaan” merupakan sebuah analisa dan kritik tentang pembangunan masyarakat dalam kon-teks negara-negara yang sedang membangun, umpamanya Malaysia dan Indonesia. Analisa yang dilakukan bertunjangkan karya-karya puisi penulis dan penyair tersohor Usman Awang dan W.S. Rendra yang begitu kritis terhadap pemban-gunan masyarakat mereka.

Usman dan Rendra turut mengangkat dan membela nasib golongan yang tertindas lewat karya sastera mereka. Makalah ini juga mengajak pembaca untuk menyedari bahawa setiap indi-vidu yang terlibat dalam kerja-kerja sastera itu sememangnya menggalas tanggungjawab yang berat kerana sastera seharusnya menjadi nadi penggerak kemanusiaan dalam masyarakat dan bertindak untuk menjentik nurani insan. Sastera bukan sekadar wahana untuk bersuka-suka dan berkreatif-kreatifan tanpa ada hala tuju dalam pengkaryaan.

Tema politik dan pergelutan ideologi dibicarakan dalam makalah yang kedua. Ditulis dalam bahasa Inggeris, makalah ini diberi tajuk “From Cold War to Clash of Civilisations?”. Isu yang dikeutarakan dalam artikel ini merupakan sebuah isu berat yang sama sekali tidak boleh diperlekehkan. Mentelah lagi ianya bersang-kutan dengan isu keagamaan dan politik yang sememangnya berkait rapat dengan kehidupan kita. Artikel ini membawa kita untuk mere-nungkan tentang serangan 9/11 yang berlaku di Amerika Syarikat, yang membawa dampak yang besar terhadap ideologi masyarakat sedunia.

2 3

CC Image courtesy of Slagheap

Artikel ini merujuk kepada pemikiran Fukuyama sebelum insiden 9/11, berkenaan ‘The End of History’ yang bermaksud akhirnya sejarah. Fukuyama menyatakan bahawa perjuangan dan pergelutan ideologi politik dan ekonomi yang paling berdaya maju telah berakhir dan demokrasi liberal telah diangkat sebagai yang paling berjaya. Serangan 9/11 telah menimbulkan persoalan tentang kehebat-an demokrasi liberal barat dan Islam radikal sebagai antitesis kepada ideologi ini. Islam radikal yang berbaur terrorisme dilihat sebagai ancaman yang lebih besar kepada demokrasi liberal barat. Oleh itu, artikel ini membawa pembaca untuk memikir ulang tesis dan pemikiran Fukuyama dan juga seran-gan 9/11 itu atas dasar pergelutan kuasa ekonomi Amerika Syarikat di Timur Tengah, tantangan ideologi terhadap kehidupan barat berdasarkan sis-tem demokrasi dan kegagalan menubuhkan sebuah demokrasi di negara-negara Islam.

Makalah ketiga yang dimuatkan dalam edisi Coretan kali ini bertajuk “Sigh...” atau “Keluhan”. Makalah ini membawa kita untuk merenungkan soal idealisme dalam beragama. Renungan ini menekan-kan tentang kepentingan dan kesedaran terhadap kemanusiaan yang menyatupadukan manusia sejagat tidak kira apa jua agama yang dianuti.

Mereka menekankan bahawa dalam sesebuah proses pemban-gunan, yang harus dititikberatkan ialah kesamarataan dan kebeba-san rakyat.

Segmen terakhir dalam Coretan kali ini merupakan puisi-puisi yang bertema bebas. Puisi-puisi ini membuka peluang bagi anda sebagai pembaca untuk membuat interpretasi dan pengertian sendiri terhadap maksud yang tersurat dan tersirat dalam puisi-puisi tersebut. Diharapkan agar suatu pencerahan minda dapat dicetuskan lewat pembacaan puisi-puisi ini dan mendorong anda sebagai pembaca untuk turut sama berfikir dan berkarya.

Selamat membaca, berfikir dan men-cabar minda anda!

Nurain Mohd Zulkepli

04NURANI DAN

PEMBANGUNAN

07From cold war to

clash of civilisation?

15sigh...

22demi waktu

Nurain Mohd Zulkepli

Syafiq Saad

Imad Al Atas

Syafiqah Jaafar

Page 3: Coretan Sep/Oct

sasteraSastera

4 5

Nurani dan Pembangunan: Pemikiran Usman Awang dan W.S Rendra

terhadap Pembangunan Kemanusiaan“Kesusasteraan harus mencerminkan masyarakat zamannya! Dan masyarakat zaman kita yang harus dicerminkan itu tidak lain dari perjuangan rakyat, rakyat yang inginkan kebebasan dari segala be-

lenggu yang merantainya, dari penekanan dan dari penindasan yang menindasnya. Dan di samping itu pula isi puisi sekarang har-uslah memupuk kesedaran nasional, mengemukakan fikiran, peras-aan dan hasrat rakyat yang inginkan kebahagiaan dan kemakmuran

dalam suatu susunan masyarakat yang baik.” - Usman Awang

arya sastera yang terpisah dar-ipada lingkungan masyarakat-nya, yang lebih memberati soal teknik daripada kemantapan isi dan mesej yang ingin disampai-kan,menurut pandang saya

Kialah karya sastera yang dangkal dan agak sia-sia. Mungkin sahaja sesebuah karya sastera itu tinggi nilai estetikanya, dengan buaian bahasa yang indah-indah dan mempesonakan. Namun, jika pengi-siannya kosong dan tidak membawa apa-apa pengertian yang signifikan, kata-kata indah itu menjadi kata-kata yang ikut sama kosong juga, dan sudah tentu karya itu tidak dapat menjentik hati nurani pembaca, apatah lagi menjana kepada pencerahan dan pembangunan manusia serta masyarakatnya.

Mentelah lagi, secara kasar, masyarakat cenderung menganggap karya sastera sebagai sesuatu yang tidak penting dalam proses pembangunan jika dibandingkan dengan bidang-bidang yang lainnya seperti ilmu pengetahuan alam, bidang sains dan kesihatan serta bidang praktis yang lain-lain. Mungkin sahaja kerana tanggapan mereka baha-wa karya sastera tidak dapat menjanji-kan sebarang nilai ekonomi dan tidak menguntungkan. Pandangan serupa ini memberi implikasi akan rendahnya apresiasi dan penghargaan masyarakat terhadap sastera. Mungkin benar bahawa sastera tidak memiliki pengaruh secara langsung atau dampak secara fizik kepada manu-sia, tetapi pengaruhnya yang lebih ber-sifat spiritual dan emosional tidak boleh diperlekehkan kerana sastera berupaya mengubah pola pemikiran, cara pan-dang dan gaya hidup seseorang individu.

Besar kemungkinan, ren-dahnya apresiasi masyarakat terh-adap karya sastera berlaku oleh se-bab kurangnya pemahaman mereka terhadap peranan dan peri-penting-nya sastera dalam perubahan dan pembangunan sosial, dan kurang-nya pemahaman mereka terhadap nilai-nilai moral dan kritik sosial yang terkandung dalam sastera. Isu pembangunan dalam negara dan masyarakat yang ber-sangkutan dengan kebebasan, hak-hak, kebutuhan dan pertumbuhan manusia, sudah semestinya tidak dapat dipisahkan daripada kehidu-pan manusia, apatah lagi manusia yang hidup dalam dunia ketiga seperti Indonesia yang menghadapi pelbagai permasalahan di zaman pasca-merdeka. Tidak wajar bagi penulis menolak pembangunan ter-utama bagi mereka yang menetap di negara-negara yang baru merde-ka di Asia seperti kata Baha Zain, penulis dari Malaysia: “Jadi atas

Justeru, ingin saya tekankan bahawa sastera yang berpijak di bumi nyata, akan mencerminkan keadaan sosial dan masyarakatnya, serta bertindak untuk mencuba melawan autoritas yang menceng-kam dan melemahkan dasar-dasar integral bagi pembangunan. Sastera yang utuh akan membawa kepada pembangunan, pemberdayaan dan pencerahan minda masyarakat da-lam meniti arus pembangunan. Di sini, ingin saya terangkan bahawa yang dimaksudkan dengan sastera penjentik nurani insan itu memba-wa pengertian tentang karya-karya sastera yang membicarakan soal-soal kemasyarakatan dan kema-nusiaan yang dapat meninggalkan dampak yang utuh dalam sanubari masyarakat agar terpanggil untuk bangkit melawan anasir-anasir yang membantutkan pembangunan manusia atas dasar kemanusiaan, sama ada politik yang mencengkam hak asasi rakyat mahupun pemer-intah yang korup dan bergelumang dengan rentetan masalah.

Bertitik tolak dari ini, izin-kan saya untuk mengemukakan dua orang tokoh yang sudah tidak asing lagi dalam ranah sastera rantau ini yang semasa hayat mereka, begi-tu giat memperjuangkan hak-hak kemanusiaan dalam meniti arus pembangunan lewat kegiatan sas-tera mereka. Mereka ialah Usman Awang dan W.S. Rendra.

“Marhaenisme atau ke-berpihakan kepada kaum yang tersisih, senantiasa penting da-lam konteks masyarakat kapi-talistik yang eksploitatif. Setitik harapan bagi buruh dan tani perlu dinyalakan, agar mereka tidak senantiasa menjadi tum-bal-tumbal pembangunan.” - Soekarno, Bapa Marhaen

Kebanyakan puisi-puisi yang dihasilkan Usman menyentuh isu-isu yang dekat dengan hati masyarakat, terutamanya golongan Marhaen. Golongan Marhaen yang dimaksudkan dalam konteks ini merangkumi kaum petani, penjaja kecil-kecilan dan kakitangan kera-jaan yang seharusnya menjadi ke-utamaan dalam perjuangan nasion-alisme, sepertimana yang pernah dikemukakan Soekarno. Usman juga turut mengetengahkan isu-isu berkaitan golongan pekerja, teru-tamanya golongan pekerja bawa-han dan buruh yang paling mudah terdedah kepada penindasan dari-pada golongan berkuasa dan pihak majikan yang memperlakukan mereka dengan sewenang-wenang-nya. Meskipun golongan pekerja ini membentuk tenaga kerja yang pent-ing dalam pembangunan negara, mereka seringkali menjadi mangsa ketidakadilan dan penyisihan serta diladeni dengan tidak berperikema-nusiaan

Kemiskinan sudah sebati dalam darah daging Usman sejak dia dilahirkan. Melihat bagaimana ayahnya bertarung nyawa saban hari di laut untuk mencari tangka-pan buat menyara keluarganya, dan kesepian yang menghimpit hidupannya sejak kehilangan ibu tersayang sewaktu masih kanak-kanak telah menjadikannya

“Kalau menilik lagi kepada akar-akar keseni-an, memang kesenian haruslah bisa masuk ke dalam kehidupan. Kesenian haruslah memberi suatu arti pada kehidupan manusia. Kesenian bisa pula membangun hidup manusia.” - WS Rendra

“Jadi atas nama moden-isasi, pembangungan yang kita mimpikan bukanlah pembangu-nan yang miring dan senget yang mementingkan struktur-struktur yang megah, teknologi tinggi yang canggih, infrastruktur yang hebat berasaskan tujuan-tujuan material dan praktis sahaja. Ia harus diimbangi dalam waktu yang sama dengan pembangunan intelektual, pendidikan agama, moral dan etika, peningkatan kesenian tradisi serta moden dan literasi budaya.” Soedjatmoko, seorang inteli-gensia Indonesia, pula mempersoal-kan, “apakah dunia ketiga mam-pu atau tidak untuk berkembang menjadi masyarakat-masyarakat yang relatif bebas dan terbuka di mana kemiskinan dapat dihapus-kan, akan sangat menentukan kemungkinan suatu masa depan kebebasan dan keadilan bagi seluruh umat manusia.”

USMAN AWANG: PEMBELA NASIB GOLONGAN MARHAEN

Imej: Wikimedia

Page 4: Coretan Sep/Oct

6 7

“Kesusasteraan yang ditujukan kepada segenap masyarakat[...]yang hidup menderita, adalah cerminan dari suatu zaman yang

tidak akan luput daripada sejarah kebangkitan bangsa kita, selain membela dan memperbaiki kehidupan mereka supaya menjadi lebih

kritis menghadapi realiti hidup.”

kanak telah menjadikannya seorang insan yang peka dan mudah terke-san oleh masalah kemiskinan yang merundung bangsanya. Usman juga telah menyaksikan pelbagai bentuk penindasan yang menceng-kam hidup rakyat miskin. Sewaktu melaksanakan tugas sebagai polis, dia telah melihat bagaimana pen-jaja-penjaja kecil dikenakan ber-macam-macam peraturan, sedan-gkan undang-undang sepatutnya berfungsi menjaga kepentingan semua lapisan masyarakat. Usman merasakan baha-wa keadaan ini merupakan ket-idakadilan yang menidakkan hak penjaja-penjaja itu sebagai rakyat dengan menyekat pencarian rezeki mereka. Pengalaman-pengalaman inilah yang telah mendorongnya untuk mengangkat tema kemiskinan dan penindasan dalam kebanyakan karyanya. Pada hemat saya, Usman boleh disifatkan sebagai pembela golongan marhaen dalam kepesa-tan arus pembangunan yang mer-upakan “mereka yang dieksploitasi oleh karena tidak menguasai faktor produksi” , menurut Soekarno yang juga pernah menyatakan bahawa “Marhaen adalah kemiskinan itu sendiri.”

Usman Awang mula men-empa nama dalam bidang kesusas-teraan Melayu Moden menerusi penulisan puisi pada tahun 1948. Beliau menjadi anggota Angka-tan Sasterawan 50 (ASAS 50) dan turut melaungkan slogan “Sastera untuk Masyarakat” yang merupa-kan teras pengkaryaan ASAS 50.

Slogan ini memaparkan ASAS 50 sebagai pembela nasib masyarakat dan karya-karya yang dihasilkan mereka bertindak se-bagai suatu saluran untuk memper-juangkan kepentingan masyarakat Melayu. Usman akur dan sedar bahawasanya objektif seorang penulis itu selari dengan harapan bangsa dan ini merupakan cita-cita bersama.

Kesusasteraan yang dituju-kan kepada segenap masyarakat, termasuk kaum buruh, kaum tani, penarik beca, para nelayan dan rakyat jelata yang hidup menderita, adalah cerminan dari suatu zaman yang tidak akan luput daripada sejarah kebangkitan bangsa kita, selain membela dan memperbaiki kehidupan mereka supaya menja-di lebih kritis menghadapi realiti hidup. Beliau menyedari bahawa-sanya kesusasteraan itu bukanlah sekadar suatu wadah hiburan, apatah lagi sekadar untuk berkhay-al-khayalan. Hal ini telah ditegas-kan oleh Usman Awang sendiri berserta A. Samad Said yang menekankan bahawasanya:

“Kesusasteraan bukanlah taman bunga tempat orang sesekali datang berehat-re-hat menghirup udara segar dalam masa lapangnya.

“Pengertian “Seni untuk Masyarakat” sebagai yang diertikan dan diterima oleh penulis-penulis Melayu ialah tidak lain un-tuk manusia juga. Sebab apa yang dikatakan masyarakat tidak-lah terdiri daripada batu-batu dan tiang-tiang lampu, tidaklah motokar-motokar dan kilang-kilang, tetapi adalah manusian-ya. Maka demikianlah “Seni untuk Masyarakat” itu tidak lain daripada “Seni untuk Manusia” juga.” - Usman Awang (Dewan Masyarakat, November 1964)

Kesusasteraan ialah rumah dan ke-hidupan manusia yang berombak dan bergelombang, dengan denyut nafas dan degup jantungnya….Tidak saja manusia mempunyai tujuan dalam hidupnya, kes-usasteraan pun mempunyai tujuan. Jika manusia hidup mempunyai tujuan yang diterimanya sebagai suatu tugas, maka kesusasteraan pun mempunyai tujuan dan kewajiban yang disebut sebagai tema dan tugas sastera. Sastera bukanlah

hanya sastera semata, tetapi sastera ialah alat untuk mencapai tujuan, iaitu mem-pertajam pandangan manusia terhadap hidupnya, mempertinggi kesedarannya dan memperkaya jiwa yang keseluruhannya mempertinggi tingkat peradaban manu-sia.”

Salah satu puisi Usman yang menonjolkan kepedulian dan keberpihakannya terhadap golon-gan Marhaen ialah puisi ‘Pak Utih’ (1954). Lewat puisi ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa Usman cuba membela nasib kaum tani yang sering tersisih daripada arus pemo-denan dan pembangunan negara.

Pak UtihIPunya satu isteri mau dakap sampai mati,Lima anak mau makan setiap hari,Teratak tua digayuti cerita pusaka,Sebidang tanah tandus untuk huma.Kulit tangan tegang berbelulang,Biasa keluarkan peluh berapa saja,O Pak Utih, petani yang berjasa.Tapi malaria senang menjenguk mereka,Meski dalam sembahyang doa berjuta,Dan Mak Utih bisa panggil dukun kam-pung,Lalu jampi matera serapah beru-lang-ulang.Betapa Pak Dukun dan bekalan pulang,Wang dan ayam dara diikat bersilang.

IIDi kota pemimpin berteriak-teriak,Pilihanraya dan kemerdekaan rakyat,Seribu kemakmuran dalam negara ber-daulat,Jambatan mas kemakmuran sampai ke akhirat.Ketika kemenangan bersinar gemilang,Pemimpin atas mobil maju ke depan, dadanya terbuka,Ah, rakyat tercinta melambaikan tangan mereka.Di mana-mana jamuan dan pesta makan,Ayam panggang yang enak di depan,Datang dari desa yang dijanjikan kemak-muran.Pak Utih masih menanti dengan doa,Bapak-bapak pergi ke mana di mobil be-sar?

Page 5: Coretan Sep/Oct

Pak Utih yang digambarkan dalam puisi ini merupakan sebuah perlambangan kepada manusia ker-dil yakni kaum tani yang hidupnya amat sederhana, sedang mereka menjadi pemerhati kepada pem-bangunan dan pemodenan yang dikecapi penghuni kawasan bandar yang tidak sesekali dinikmatinya. Watak petani ini sangat sinonim dengan ayah Usman, dengan kemiskinan dan ketidakupayaann-ya. Usman sedar bahawa terdapat sangat banyak watak-watak seperti Pak Utih yang menetap di tepi dan-gau bocor, di seluruh tanah air pada waktu itu. Sajak ‘Pak Utih’ ini merupa-kan ironi yang mengandungi hirisan satira yang tajam menyindir pihak pemerintah dan ahli politik yang seringkali berjanji untuk membantu golongan miskin di kawasan luar bandar, tanpa benar-benar mengo-takan janji-janji mereka itu. Sama seperti kaum nelayan yang terbiar melarat, kaum petani juga dibiar terus bergelut dengan kemiskinan dan ranjau sepanjang jalan. Mereka terbiar terperangkap dalam kepom-pong kemiskinan tanpa sebarang peluang dan ruang untuk me-merdekakan diri mereka daripada kepompong itu. Golongan marhaen dalam negara tetap mundur dan terbantut dari segala segi pem-bangunan dan kemajuan sedang kawasan bandar semakin maju dan makmur.

Usman berasa sangat kesal dan sedih terhadap nasib golongan yang tidak terbela ini sedangkan pihak pemerintah dan golongan atasan mempunyai daya dan upaya untuk membantu memperbai-ki taraf kehidupan mereka ini.

8 9

Beliau ada menyuara-kan kekesalannya yang berbunyi, “Sungguh menyedihkan bahawa dalam sebuah negara yang kaya-raya hasil buminya, rakyatnya kaya dengan kemiskinan. Sungguh menyedihkan bahawa kawasan luar bandar masih mundur, sekolah-se-kolah serba kekurangan, murid-mu-rid serba ketiadaan dan perubatan serta doktor tidak berkecukupan.”

Sedang kawasan bandar terus dibangunkan dan dilengkapi dengan berbagai jenis fasilitas dan kemudahan, kemudahan-kemuda-han asas di kawasan luar bandar terutamanya di kampung-kampung tidak disediakan dengan sempurna. Penduduk kampung masih bergelut dengan ketiadaan bekalan elektrik dan bekalan air bersih. Apatah lagi kemudahan-kemudahan penting lain seperti klinik dan hospital serta sekolah-sekolah.

Akibatnya, mereka yang sak-it terbiar terlantar tanpa sebarang rawatan hingga ajal datang men-jemput mereka, dan pendidikan anak-anak terabai akibat ketiadaan akses dan jugak ketidakmampuan keluarga untuk menampung kos perbelanjaan demi mendapatkan akses kepada kemudahan-kemuda-han ini.

Sebuah lagi puisi Usman yang jelas mencerminkan kepekaan dan keprihatinannya terhadap nasib golongan pekerja atau golongan proletariat, merupakan puisi tulis-annya yang bertajuk ‘Buruh’ (1955).

(Lihat mukasurat 9)

Dalam puisi Buruh, Us-man telah memperlihatkan nasib kaum buruh yang sememangnya menyayat hati kepada masyarakat umum agar timbulnya kesedaran. Dalam sebuah ceramah yang dikendalikannya di Singapura pada tahun 1956, anjuran Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya, Singapura,

Usman mempersoalkan ket-idakadilan yang menekan golongan buruh yang hidupnya dan keluarg-anya menderita sedangkan tenaga-nya, kudratnya dan sumbangannya begitu mustahak dalam masyarakat dan dalam segala usaha masyar-akat. Usman menambah, “Adakah adil bagi seseorang yang telah men-gorbankan tulangnya yang empat kerat itu, dengan titik peluhnya, dengan seluruh tenaganya, sedan-gkan dia mendapat layanan yang tidak wajar?”.

Puisi ini dicipta diten-gah-tengah ketegangan dan keka-lutan situasi pemogokan kaum buruh yang berlaku pada ketika itu, dan tujuan Usman menulis sajak ini adalah untuk menzahir-kan hasrat kaum buruh yang mahu menuntut keadilan dan hak mere-ka yang telah diinjak-injak oleh golongan majikan dan golongan atasan yang tidak bertimbang rasa.

BURUHBuruh Kembali terasa duri untuk mula bertindak kesegaran merayap mencari darah dan bergerakmemberikan segala yang ada dengan relaberdiri dengan berani mencegah segala bisa

Akan tunduk menanti janji yang tiadahanyak penyerahan kepada seksa-seksa nerakaberani berdiri merembat segala bencanadengan sedar, dengan keinsafan yang sama

Barisan yang sudah kebal dengan keadaandengan kekuatan baja tiada terlumpuhkankeberanian yang padu pejal mendongak mukameminta timbang rasa yang tiada mereka terima

Sekali bergerak penuh berontak melepas cekik“berilah keadilan, tulang kami dan peluh bertitik”sekarang mereka penuh semangat sedang berjuangsekarang kita penuh hormat memberikan tunjangan!

Slum Apartment Complex by Zoriah (Creative Commons Licence)

Page 6: Coretan Sep/Oct

Pada masa kini, pemogokan seperti waktu itu jarang berlaku terutamanya di Singapura dek penguatkuasaan undang-undang yang ketat. Dahulu, rata-rata para pekerja tidak memiliki sebarang saluran untuk mengadu nasib mere-ka. Keadaan pada hari ini berbeza kerana mereka mempunyai hak yang lebih baik untuk bersuara dan hak perkerja juga dijamin oleh pe-runtukan undang-undang oleh pi-hak pemerintah. Walaupun begitu, penindasan terhadap golongan pek-erja oleh para majikan yang tidak bertanggungjawab seperti waktu dahulu masih lagi wujud walaupun pada bilangan yang lebih kecil dan tidak lagi begitu ketara. Penindasan ini acap kali dilakukan oleh pihak majikan terhadap pekerja bawahan.

Penindasan terhadap golon-gan pekerja ini termasuklah per-lakuan majikan yang lebih men-gutamakan pengambilan pekerja asing berbanding pekerja tempatan demi mengaup keuntungan yang lebih lumayan memandangkan gaji pekerja asing lebih kecil berband-ing pekerja temptatan. Selain itu, pembayaran gaji yang terlalu kecil, tidak kompetitif dan setimpal den-gan kerja-kerja yang memerlukan tenaga yang banyak, terutamanya oleh majikan-majikan kilang-kilang pembikinan makanan, juga mer-upakan suatu penindasan yang mungkin tidak begitu jelas kelihatan terutamanya di negara mewah sep-erti Singapura.

Sistem kapitalisme merupa-kan salah satu faktor utama yang telah mendorong para majikan un-tuk bertindak sedemikian. Lain-lain bentuk penindasan terhadap golon-gan buruh termasuklah ganjaran upah lebih masa yang tidak dibayar mengikut kadar yang sewajarnya dan pekerja dipaksa bertugas pada cuti umum.

Oleh yang demikian, nyat-alah bahawa masih wujud kecend-erungan untuk menindas pekerja, terutamanya pekerja bawahan, hingga ke hari ini. Lantas, perjuan-gan Usman Awang membela nasib golongan buruh agar taraf kehidu-pan mereka dapat dipertingkat dan supaya hak mereka terjaga masih kekal relevan dalam zaman kon-temporari hari ini dan jelaslah juga bahawa penulisan Usman sejajar dengan visi “Sastera untuk Mas-yarakat” yang digendangkan oleh ASAS 50, yakni untuk membela na-sib masyarakat dan bukan sekadar “Seni untuk Seni” yang lebih cend-erung pada mutu dan nilai estetika sesebuah karya tanpa mementing-kan keberpijakan dan keberpihakan terhadap nasib bangsa.

Suara protes W.S. Rendra terhadap pembangunan yang berat sebelah, jelas bergendang dalam puisi-puisi yang ditulisnya, begitu juga dalam orasi-orasi budayanya dan esei-esei hasil pena tajamnya. Kritik Rendra dalam puisi-puisinya, tidak sepihak, tetapi turut ditujukan kepada rakan sesama penyair sep-erti dalam petikan sajak yang saya bacakan tadi. Redra tidak keber-atan pada karangan-karangan yang melukiskan dunia muram seperti kemelaratan, pelacuran, kejahatan dan kehidupan malam, dengan tujuan untuk menginsafkan orang-orang agar membangun keadaan itu.

Puisi-puisi Rendra se-memangnya keras dan memberi dampak yang kuat terhadap pembaca, dengan gaya penulisan-nya yang terang, tidak berselind-ung-selindung di balik estetikisme, tetapi sangat mengesankan dan menusuk ke sanubari dan benak pembaca. Beliau boleh kita sim-pulkan sebagai pejuang kedaulatan manusia dan pembela golongan ter-tindas Indonesia yang sangat besar keprihatinannya terhadap pemban-gunan masyarakat dan manusia. Beliau juga dikenali bukan sahaja sebagai penyair dan dramawan yang hanya terpaku pada soal kese-nian, tetapi juga bertindak sebagai seorang pejuang hak asasi dan demokrasi menerusi bidang drama dan lapangan puisi.

Rendra sesungguhnya men-itikberatkan soal kedaulatan rakyat dan berpihak kepada rakyat kecil yang tertindas. Kenyataan bahawa ramai rakyat yang ditindas, den-gan hak bersuara mereka disekat, terutamanya rakyat-rakyat kecil yang hidup di kawasan pendesaan yang dibiar terlantar dan terasing daripada pesatnya pembangunan di kota-kota besar, menunjukkan beta-pa daulat rakyat itu masih belum dapat dibangunkan. Ramai anak-anak yang masih terlantar, tidak bersekolah, tidak pandai menulis, tidak pandai membaca, seperti yang dilukiskan dalam puisinya yang berjudul “Sajak Sebatang Lisong” (1978). Kritik kerasnya terhadap kepincangan sistem negara yang merendahkan daulat rakyat kecil jelas terpancar dalam puisinya yang bertajuk “Maskumambong” (2006)

W.S RENDRA: MENGANGKAT DAULAT RAKYAT DAN PEMBELAAN RAKYAT KECIL LEWAT PUISI

Maskumambang Kabut fajar menyusup dengan perlahanbunga Bintaro berguguran di halaman perpustakaandi tepi kolam, di dekat rumpun keladiaku duduk diatas batu melelehkan airmataCucu-cucukuzaman macam apa,peradaban macam apayang akan kami wariskan kepada kalian. Jiwaku menyanyikan lagu maskumambangkami adalah angkatan pongahbesar pasak dari tiang.

Kami tidak mampu membuat rencana menghadapi masa depan,karena kami tidak menguasai ilmu untuk membaca tata buku masa laludan tidak menguasai ilmu untuk membaca tata buku masa kinimaka rencana masa depan hanyalah speku-lasi, keinginan, dan angan-angan.

Cucu-cucukunegara terlanda gelombang zaman edancita-cita kebajikan terhempas batulesu dipangku batutetapi aku keras bertahanmendekap akal sehat dan suara jiwabiarpun tercampak diselokan zamanBangsa kita kiniseperti dadu terperangkap dalam kaleng hutangyang dikocok-kocok oleh bangsa adi kuasatanpa kita bisa melawannyasemuanya terjadi atas nama pembangunanyang mencontoh tatanan pembangunan di zaman penjajahanTatanan kenegaraan dan tatanan hukumjuga mencontoh tatanan penjajahanmenyebabkan rakyat dan hukum hadir tanpa kedaulatanYang sah berdaulat hanya pemerintah dan partai politik

O comberan peradaban,o martabat bangsa yang kini com-pang-campingnegara gaduh, bangsa rapuhKekuasaan kekerasan meraja lelaPasar dibakar, kampung dibakar,gubuk-gubuk gelandangan dibongkartanpa ada gantinyasemua atas nama tahayul pembangunan.

Restoran dibakar, toko dibakar, gereja dibakar,atas nama semangat agama yang berkobarApabila agama menjadi lencana politikmaka erosi agama pasti terjadikarena politik tidak punya kepala,tidak punya telinga, tidak punya hati,politik hanya mengenal kalah dan menangkawan dan lawan, peradaban yang dangkal.

Meskipun hidup berbangsa perlu politik,tetapi politiktidak boleh menjamah kemerdekaan iman dan akaldi dalam daulat manusianamun daulat manusiadalam kewajaran hidup bersama di duniaharus menjaga daulat hukum alam,daulat hukum masyarakatdan daulat hukum akal sehat.

Matahari yang merayap naik dari ufuk timurtelah melampaui pohon dindingudara yang ramah menyapa tubuhkumenyebarkan bau bawang yang digoreng di dapurberdengung sepasang kumbang yang bersenggama

MASKUMAMBANG

10 11

Page 7: Coretan Sep/Oct

Sajak ini memaparkan Rendra selaku pemerhati keadaan negara Indonesia yang kucar-kacir dan nasib bangsa yang tidak berdaya mecorak peradabannya sendiri, yang masib terpasung oleh cetak penjajah dan yang ditekan oleh pihak pemer-intah yang bermasalah, defisien dan kurang kemanusiaan.

Hak rakyat kecil dirampas dan diinjak-injak atas nama tahyul pembangunan yang tidak mengun-tungkan apa-apa buat meraka yang terbiar terlantar. Agama dijadikan komoditi dan dipolitikkan sehingga erosi agama terjadi. Dengan jelas Rendra mengecam pembangunan dan pentadbiran negara yang berter-askan cetak dan corak yang sama dengan zaman penjajahan. Rendra cuba menentang gejala minda terta-wan dan menentang ketidakadilan yang berlangsung kerana penindasan hak bersuara rakyat dalam soal poli-tik kerana semuanya di tangan partai politik yang memegang kuasa ke atas rakyat jelata. Rendra juga menonjol-kan betapa rakyat Indonesia belum sepenuhnya merdeka daripada di-jajah mindanya dalam tatanan cara negara dibangun. Di sini, Rendra mahu mengangkat darjat dan daulat manusia yang menurutnya harus punya akal sihat dan kemerdekaan akal dan iman.

Rendra dengan lantang juga mempersoalkan kegenjotan dalam pembangunan yang tidak sama rata antara desa dan kota. Kawasan-ka-wasan desa dibiar terlantar tanpa pengurusan yang sewajarnya. Kemu-dahan dan fasilitas tidak disediakan untuk golongan wong cilik seperti petani demi memudahkan peker-jaan mereka, sedangkan keperluan pedagang besar-besar diberi ke-utamaan. Hal ini jelas menonjolkan sistem ekonomi yang berat sebelah.

Rendra turut menentang peniruan cara pentadbiran pihak penjajah yang menjerat Indonesia yang sepatutnya sudah merdeka daripada segala bentuk penjajahan, termasuk penjajahan minda. Pada akhir puisi ini, Rendra menyatakan bahawa anak watan sudah ibarat orang asing di negara sendiri, keterasingan kerana pembangunan yang genjot dan sistem ekonomi yang menindas.

Sebuah puisi karangan Rendra yang begitu jelas menonjolkan kepekaan dan pembelaannya terh-adap nasib rakyat kecil yang ter-sisih daripada pembangunan ialah puisi yang bertajuk “Orang-orang Miskin” (1978) (muka surat 12)

Rendra sememangnya terk-enal sebagai penyair yang konsisten memperjuangkan hak-hak orang miskin dan hal ini jelas terpan-car dalam sajak “Orang-Orang Miskin” ini. Kemelaratan hidup warga Indonesia yang terlantar tanpa pembelaan yang sewajarnya daripada pihak yang berautoritas dan yang berkuasa untuk membela nasib mereka, tetapi kurang rasa kemanusiaan dan kepeduliaan terhadap nasib wong cilik dalam negara dipaparkan dengan jelas dalam sajak ini. Hakikat bahawa tingginya angka kemiskinan diang-gap sebagai sesuatu yang tidak penting, dan sekadar dinilai dengan laporan-laporan tanpa usaha untuk menghapuskan kemiskinan itu.

Kata-kata, yang ditu-lis Rendra merupakan laporan tentang kondisi rakyat kecil di Indonesia yang diharapkan dapat menjentik hati nurani kita agar turut sama berpihak pada manusia yang terlantar.

Orang-orang miskin di jalan,yang tinggal di dalam selokan,yang kalah di dalam pergulatan,yang diledek oleh impian,janganlah mereka ditinggalkan.

Angin membawa bau baju mereka.Rambut mereka melekat di bulan purnama.Wanita-wanita bunting berbaris di cakrawala,mengandung buah jalan raya.

Orang-orang miskin. Orang-orang berdosa.Bayi gelap dalam batin. Rumput dan lumut jalan raya.Tak bisa kamu abaikan.

Bila kamu remehkan mereka,di jalan kamu akan diburu bayangan.Tidurmu akan penuh igauan,dan bahasa anak-anakmu sukar kamu terka.Jangan kamu bilang negara ini kayakarena orang-orang berkembang di kota dan di desa.Jangan kamu bilang dirimu kayabila tetanggamu memakan bangkai kucingnya.Lambang negara ini mestinya trompah dan blacu.Dan perlu diusulkanagar ketemu presiden tak perlu berdasi seperti Belanda.Dan tentara di jalan jangan bebas memukul mahasiswa.

Orang-orang miskin di jalanmasuk ke dalam tidur malammu.Perempuan-perempuan bunga rayamenyuapi putra-putramu.Tangan-tangan kotor dari jalananmeraba-raba kaca jendelamu.Mereka tak bisa kamu biarkan.

Jumlah mereka tak bisa kamu mistik menjadi nol.Mereka akan menjadi pertanyaanyang mencegat ideologimu.Gigi mereka yang kuningakan meringis di muka agamamu.Kuman-kuman sipilis dan tbc dari gang-gang gelapakan hinggap di gorden presidenandan buku programma gedung kesenian.

Orang-orang miskin berbaris sepanjang sejarah,bagai udara panas yang selalu ada, bagai gerimis yang selalu membayang.Orang-orang miskin mengangkat pisau-pisautertuju ke dada kita,atau ke dada mereka sendiri.O, kenangkanlah :orang-orang miskinjuga berasal dari kemah Ibrahim

Dalam negara Indonesia yang sedang membangun, sering kita jumpai gelandangan dan pengemis yang sepertinya tidak pernah berkurangan, malah terk-adang semakin bertambah. Da-lam kenyataan, gelandangan dan pengemis majoritas adalah wanita dan kondisi ini menyebar hampir di seluruh wilayah perkotaan. Orang miskin dipandang seperti tumbu-han yang tidak berguna yang ada di jalan-jalan.

Namun, Rendra tetap mengharapkan bahawa meraka tidak diabaikan serta tidak diherdik dan dikecam, kerana lazimnya keadaan dan sistem negaralah yang menjebak mereka ke dalam lembah yang hina seperti kancah pelacuran, demi untuk menerus-kan kehidupan. Lantas, kita tidak boleh menelantarkan mereka. Sajak ini juga menyentuh tentang isu birokrasi Indonesia yang ber-sifat sangat kaku, yang dibayangi birokrasi zaman Belanda yang bersifat feudal; seorang bawahan harus berpakaian rapi dan berdasi apabila hendak bertemu dengan presiden. Sedangkan pada kalimat terakhir mengisyaratkan baha-wa mahasiswa adalah manusia yang bisa dipukuli seenaknya oleh tentara bila mengadakan aksi di jalanan, memprotes ketidakaadilan, sekaligus memaparkan sistem demokrasi yang hipokrit. Secara tuntas, sajak “Orang-orang miskin” ini ingin menyedarkan kepada semua betapa kemiskinan telah wujud selama bertahun-tahun.

12 13

Page 8: Coretan Sep/Oct

RumusanSebagai rumusan, pemberdayaan dan pencerahan minda dan nura-ni harus bergerak seiring dengan pembaikan kondisi hidup masyar-akat. Walhal, pembaikan kondisi hidup boleh dikatakan lebih integral. Mana mungkin pencerahan minda bisa digarap sedangkan kemelaratan hidup terus menggelapkan pan-dangan hidup yang mencengkam di kalangan warga yang tertindas. Dalam sesebuah proses pembangu-nan, yang harus dititikberatkan ialah kesamarataan dan kebebasan rak-yat. Masalah-masalah kemiskinan memerlukan kebolehan pada pihak bangsa untuk membangun dari bawah. Kaum miskin harus turut terlibat dalam proses pembangunan dan turut serta dalam kehidupan nasional.

Demi membolehkan hal ini berlangsung, golongan elit dalam masyarakat seharusnya membantu mereka dengan menambah kesem-patan lapangan kerja, mengubah struktur sosial yang bersifat eksploi-tatif, yang mengikat dan menyebab-kan kaum miskin menjadi sangat bergantung, kepada suatu struktur yang lebih memberikan hasil pada pembangunan manusia dan sosial yang mampu memberdaya kaum miskin. Lalu kaum miskin haruslah diberi sepenuh dorongan dan sokon-gan supaya dapat bertindak mem-baiki keadaan hidup mereka dan memanfaatkan kesempatan-kesem-patan yang baru.

Akhir kalam, setiap indi-vidu yang terlibat dalam kerja-kerja sastera itu sememangnya menggalas tanggungjawab yang berat. Sastera seharusnya menjadi nadi penggerak kemanusiaan dalam masyarakat dan bertindak untuk menjentik nura-ni insan. Walau apa jua rintangan yang dihadapi dalam menegakkan kebenaran, pengkarya sastera harus teguh dengan pendirian dan keikhla-san demi berbakti pada nusa dan bangsa, seperti yang pernah diung-kapkan oleh Rendra:

isu

from cold warto

cLaSh OF ciViLiSaTiOnS?IMAD AL ATAS

14 15

“Bagaikan api di dalam sekam kebenaran itu bisa dikalahkan tetapi tidak bisa dipadamkan. Dan akhirnya akan selalu ada orang yang kekagumannya kepada kebenarannya itu semakin berkembang dan berkobar sehingga mendorong dirinya men-jadi pencinta kebenaran. Dan lalu kemudian para pencita ke-benaran itu, tanpa bisa dicegah lagi akan bangkit, berdiri, dan hadir! Ia akan menyuarakan protes, kritik, teguran, atau pun saran. Dan ia akan dilecehkan. Ia sudah siap. Ia akan dikutuk. Ia sudah siap. Ia akan dicekal. Ia sudah siap. Ia akan dipenjara. Ia sudah siap. Ia akan dipatahkan. Ia akan dihancurkan. Ia akan dikalahkan. Ia sudah siap. Ia ikhlas.”

Nurain Mohd Zulkepli

Ground Zero, New York City. October 26, 2001 by Bob Sheridan

Page 9: Coretan Sep/Oct

Prior to the September 11 attacks, many subscribed to Fukuyama’s thesis ‘The End of History’ which stated that the struggle for the most viable political and economic ideology has ended where liberal democracy has emerged victorious.

ISU

While he did not assert that conflict and strife would necessarily end, it was west-ern liberal democracy that would be victorious in the ideological sense. It must be noted that his thesis reflected the global political atmos-phere of 1989 with the down-fall of communism and thus the victory of democracy.

The 9/11 attacks brought into question the supremacy of western liberal democra-cy with radical Islam as an antithesis to this ideology. It seemed that radical Muslims posed a greater threat to western liberal democracy that communism with its ad-vocacy of physical violence. It is true that other instances of terrorism did occur before 9/11, although on a much smaller scale. Nevertheless, there are three reasons the attacks weaken Fukuyama’s thesis.

“It seemed that radical Muslims posed a greater threat to western liberal democ-racy that communism with its advocacy of physical violence.”

Firstly, the attacks repre-sent a response to a democrat-ic America seeking to establish economic control in the Mid-dle East. Secondly, the attacks should be interpreted as an ide-ological challenge to the west-ern way of life represented by a democracy. Thirdly, the attacks are a by-product of the failure to establish democracy due to

a miscalculated American for-eign policy in Muslim states.

The 9/11 attacks sought to counter America’s imperi-alist ambitions in the Middle East. America has frequently intervened in wars such as the Gulf War of 1990. The war ini-tially started as one between Iraq and Kuwait where Sadd-am Hussein accused Kuwait of dumping oil to reduce oil prices, thereby hurting Iraq’ economy.

Nevertheless, American in-terests took precedence when

16 17

An example would illustrate this opposition. Mohammed Atta, one of the hijackers in the attacks, resided in the West and received education there. Yet he was not attracted by the west and was sufficiently driven to kill thousands of innocent Americans as a show of his opposition. That he commit-ted this crime after being exposed to western culture just shows the virulent opposition radical Muslims like him had towards the western way of life in a democracy.

17

it intervened and invaded Iraq so as to stabilize the supply of oil in her favour. It was American avarice at the expense of innocent Iraqis that sparked the hatred of radical Mus-lims like Osama bin Laden who felt that “America had to be turned into a shadow of itself.” The mere five year gap between his quote in 1996 and the attacks does indeed create a strong case for American imperial-ism in the Middle East being a cause of the attacks.

However, one may argue that the American invasion of Iraq was simply a matter of humanitarian concern where the Americans sought to de-fend Kuwait against the aggressor Saddam Hussein. This would suggest that America was acting on the basis of promoting American values of freedom worldwide. modernity represented by liberal democracy such as inter-religious harmony were anathema to what the radicals un-derstood as Islam. Inter-religious har-mony was especially an alien con-cept to the radicals as they felt that Islam’s authencity as a religion and way of life would be compromised should it exist amongst a plurality of other religions.

Page 10: Coretan Sep/Oct

While considering that possibility, such American intentions pale in comparison to the interpretations radical Muslims had towards the American mission in Iraq. American economic hegemony in Iraq was enough to spark their hatred and demonstrate it towards America on the 11th of September 2001. Therefore, the perception of a hegemonic America was instrumental in shaping the grievanc-es of radical Muslims against American presence in the Middle East, challenging Fukuyama’s thesis.

The 9/11 attacks also demonstrated radical Muslims’ dissatisfaction with West-ern values of modernity. Fukuyama noted in his thesis that the Western ideas of free-dom and equality would be embraced globally after the fall of communism. This fall elucidated the fact that the commu-nist way of life had alienated many. Thus democracy would fill the ensuing ideo-logical vacuum with its appeal of religious tolerance and freedom of speech. It was September 11 that presented yet another challenge to western values of modernity from a group of radical Muslims. The West-ern values of of modernity represented by liberal democracy such as inter-religious harmony were anathema to what the radicals understood as Islam. Inter-reli-gious harmony was especially an alien concept to the radicals as they felt that Is-lam’s authencity as a religion and way of life would be compromised should it exist amongst a plurality of other religions. An example would illustrate this opposition. Mohammed Atta, one of the hijackers in the attacks, resided in the West and re-

Conventional wisdom says these radical Muslims represent only an insignificant proportion of the global Muslim population. How much anti-western sentiment can they whip up ideologically chal-lenge western modernity? One only needs to pay attention to the consequences of the attacks. Osa-ma bin Laden, a Muslim extremist who praised the attacks, was able to garner support from people in countries from Pakistan to Brit-ain for standing up to the United States. In fact, Middle East expert Daniel Pipes approximates this sup-port to be around 10 to 15 percent of the Muslim world. This strong support only shows that western values of modernity in the name of democracy may not have been embraced universally in the realm of ideas.

Finally, the attacks could also be seen as a consequence of the US’ failure to establish democratic institutions due to a miscalculated American foreign policy during the Cold War. America sought to get rid of the communist pres-ence in Afghanistan by creating a bulwark of Islamic opposition to Soviets. The most vivid example would be Al-Qaeda. Unfortunate-ly, the Americans left Afghanistan in a power vacuum after the So-viets were defeated. This enabled Islamic fundamentalists to gain a political foothold amidst a civil war and hence the opportunity to lash out at the global representatives of democracy on that fateful Sep-tember 11.

In fact we see parallels of the Af-ghanistan situation in the Levant today where the Islamic State of Iraq and Syria, a group of Muslim extremists now known as IS, have been able to gain the political foothold mentioned above as a result of the American invasion of Iraq just over a decade ago. Just like what the Americans did in Afghanistan, their decision to pull troops out of Iraq led to the country being mired in politi-cal turmoil. The turmoil is what has ena-bled groups like IS to fester. IS is a blunt reminder of how poor American foreign policy allows for the expression of an-ti-American sentiments among Muslim extremist groups, be it during the Cold War or today.

The 9/11 attacks clearly in-dicated a failure to reconcile western liberal democracy with the grievances of radical Muslims.

18 18

This should come as no shock given that they are radical Mus-lims who refuse to compromise on any issue. What is more wor-rying is anti-western sentiments spreading among non-radical Muslims. Some of the grievances of the radicals are also shared by the general Muslim popula-tion; there is the danger of rad-icalisation among the general Muslim population. Therefore, the governments and people of the western countries and Muslim world should engage in exten-sive cooperation in areas such as culture and governance in order to address the grievances. Hope-fully this will prevent Huntington’s thesis, ‘ The Clash of Civilisation’, from being fulfilled.

Page 11: Coretan Sep/Oct

ISU

About a year ago, I would have dismissed Mys-ticism in any religion as fanaticism. Now, hav-ing gone through months (which seemed to me like years) of exposure to different faiths, I begin to realise not the Hidden Game itself, but rather the hidden message from just learning about mysticism. Much of what I read comes from what many of my friends have claimed to be “idealistic” writers. But this is what is need-ed today.

Setting Things RightThe term idealistic, in todays’s context, prom-ises an ‘impossible’. It destroys the value of which many seek, and it negates the will to summon intrinsic motivation. The word ide-alistic reduces the man to thinking what he hopes, aims and strives, to be a chase for obliv-ion. I stand by my idealistic views, and I wish my readers could open up to the idea of being optimistic for at least one day.

The Road Less TraveledBeing brought up in the Singaporean Muslim environment, I have been exposed to Islam as I know it, here. See, this is important. HERE. It is the geography of place that defines a cul-ture, a set of thinking. And I have found thus far the concept of obedience and submission. But what do I submit to, why do I submit, and when should I submit comes naturally to a boy

he required his emotions be detached.”Much of my religious lessons focused on Rules, Regulations, Dos, Don’ts, Credits, Sin, Heaven and Hell. These are terms that clogs the human mind to fear and submission. These are terms used by us to spread the (perhaps an unintended) message of fear AND marginalisation between peoples. ‘For this act is a Sin, and he has sinned, and he belongs in Hell’. This is distorted Exoterism, where one focuses too much on ‘knowledge’.”

We are blinded by self-righteous-ness, a constant sense of religious superi-ority either by intellect or action that we forget; Nihil sapientiae odiosius acumine nimio. It is possible, through religious Esoterism, the extinction of Status that distinguishes a man from the other;

Esoterism is essential and the core concept of a Religion of Love and Sacrifice called Christianity.

The Unity of ManWe constantly forget that regardless of our beliefs, the faith that binds everyone togeth-er is called Humanity. The study of Mysti-cism taught me the Esoteric sense of faith. I have never dwelled deep into practising any form Mysticism, but the concept of Love, and the purification of the heart tempts me to know more. We are tied together by our hearts, and through our hearts alone we can unite. This is part of Sufism. The belief that faith functions from the inside and grows outwards to reach others. He has to remove anger, hatred, jealousy, revenge, these poi-sons from his heart to find an understanding of the Pure; and in doing so, he touches oth-

ers with Love. In this, even for an a”theist, is Ideal.”

Compassion is the radicalism of our time’What to me now was Religions is now Reli-gion, and the presence of violence, and even extremism in any religion stems from op-pression. If we worked backwards, perhaps there would not be oppression — through understanding — and therefore the death, or the null, of such diversions. My views are Idealistic, and the above-mentioned logic can never be applied. What is left is the person-al faith, and hopefully, what goodness that I have in me reaches out to all that is around me.

“We are blinded by self-righteousness, a constant sense of religious superiority either by intellect or ac-tion that we forget; Nihil sapientiae odiosius acumine

nimio.”

Sigh

20 21

Syafiq Saad

Page 12: Coretan Sep/Oct

puisi

22

kau dan akusaling menghadaptiada sehela dalam berkatatapi berjela dalam f ikiran. cukup waktu kau akujalan bertentangmengheret pergi longgokan rasayang tiada sedikit rintik luahnyasementara bayang malas bersua.

bila bisu pada titik mula dan akhirapa masih kita duduk di tampuk bicara? atau kita sama pilih berpagar sepimestinya bercerai tanpa berita.

DEMI WAKTU

Syafiqah Jaafar