contoh_kertas_kerja_perkhemahan_ppg

15
SEKOLAH KEBANGSAAN SETIAWANGSA KUALA LUMPUR KERTAS KERJA PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM TAHUN 5 / 2011 TEMPAT: KEM WIRAJAYA HULU LANGAT SELANGOR DARUL EHSAN HARI/TARIKH: JUMAAT AHAD (1 3 JULAI 2011) ANJURAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA SK SETIAWANGSA (197) & UNIT KOKURIKULUM SK SETIAWANGSA

Upload: roiamah-basri

Post on 22-Feb-2016

234 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh_Kertas_Kerja_Perkhemahan_PPG

SEKOLAH KEBANGSAAN SETIAWANGSA KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM TAHUN 5 / 2011

TEMPAT:

KEM WIRAJAYA HULU LANGAT

SELANGOR DARUL EHSAN

HARI/TARIKH:

JUMAAT – AHAD (1 – 3 JULAI 2011)

ANJURAN

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA SK SETIAWANGSA (197)

& UNIT KOKURIKULUM SK SETIAWANGSA

Page 2: Contoh_Kertas_Kerja_Perkhemahan_PPG

Kertas Kerja Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform

Tahun 5/2011

- 1 -

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1. Pengenalan ......................................................................... 3

2. Nama program .................................................................... 3

3. Matlamat ............................................................................. 4

4. Objektif ................................................................................ 4

5. Jawatankuasa induk ........................................................... 5

6. Ahli jawatankuasa .............................................................. 6

7. Butiran perkhemahan ......................................................... 8

8. Sasaran penyertaan ........................................................... 8

9. Bayaran penyertaan ........................................................... 8

10. Senarai tugas ..................................................................... 9

11. Anggaran penerimaan & perbelanjaan .............................. 11

12. Menu makanan & minuman .............................................. 11

13. Tentatif program ................................................................ 13

14. Penutup ............................................................................. 15

Page 3: Contoh_Kertas_Kerja_Perkhemahan_PPG

Kertas Kerja Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform

Tahun 5/2011

- 2 -

1.0 PENGENALAN Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial. Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal. Pada tahun ini, Pengakap SKS sekali lagi diberi mandat untuk mengelolakan perkhemahan unit-unit beruniform yang melibatkan murid tahun 5. Dengan semangat dan kepercayaan, adalah diharapkan program ini akan mencapai objektifnya. Adalah sangat diharapkan agar perkhemahan ini akan dapat memberikan peluang kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri mereka. Disamping menimba pengalaman, perkhemahan ini nanti akan dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama murid dan juga guru-guru. 2.0 NAMA PROGRAM Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Tahun 5, 2011 SK Setiawangsa, KL

Page 4: Contoh_Kertas_Kerja_Perkhemahan_PPG

Kertas Kerja Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform

Tahun 5/2011

- 3 -

3.0 MATLAMAT

Antara matlamat program ini ialah seperti berikut:

i. Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman bersama-sama rakan dan jurulatih.

ii. Mengaplikasi teori-teori yang telah dipelajari disekolah bersama-sama unit masing-masing di didalam hutan.

iii. Membina keyakinan diri pelajar apabila berhadapan dengan situasi mencabar.

iv. Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktivti yang berfaedah.

v. Menerapkan sikap hormat-menghormati sesama insan.

vi. Menanam sifat ingin berdikari dalam kahidupan seharian dan berfikiran matang.

4.0 OBJEKTIF

Pada akhir program ini, para peserta akan dapat:

i. Meluahkan rasa syukur dengan alam kurniaan yang Maha Esa.

ii. Bermalam di dalam khemah bersama-sama rakan/kumpulan masing-masing.

iii. Membina sekurang-kurangnya satu jenis perangkap haiwan di dalam hutan.

iv. Berdikari melalui kerja individu seperti mencuci kasut sendiri dan

mengurus diri sendiri.

v. Menyatakan rasa seronok dengan aktiviti seperti jungle tracking, night walk dan merentas halangan.

Page 5: Contoh_Kertas_Kerja_Perkhemahan_PPG

Kertas Kerja Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform

Tahun 5/2011

- 4 -

5.0 JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI Tuan Haji Ruslan bin Madon (Guru Besar) NAIB PENGERUSI En. Sukardi bin Abdul Ghafar (Guru Pen. Kanan Kokurikulum) KETUA PROJEK En. Fakhrurazi b. Dzulkarnain PENOLONG KETUA PROJEK En. Yusof bin Mohd SETIAUSAHA En. Riduan b. Ahmad BENDAHARI Pn. Wan Hasliza bt. Wan Hassan KETUA PERKHEMAHAN En. Jailani bin Mat Desa PEN. KETUA PERKHEMAHAN En. Fauzan bin Omar En. Azeze bin Mohd. Yasir En. Mohamad Nor Ehzam bin Ramlan

PENYELARAS KOKURIKULUM En. Rosli b. Juhari @ Zahari PENYELARAS UNIT BERUNIFORM En. Mohamad Nor Ehzam b. Ramlan En. Mohd. Nazri b. Arifin KETUA-KETUA UNIT (PAGI) PENGAKAP En. Fakhrurazi b. Dzulkarnain PBSM Pn. Che Hasmamizah

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH En. Ahmad Shauki b. Hj. Sepian PUTERI ISLAM Pn. Siti zauyah bt. Ayub TUNAS PUTERI Pn. Mastura bt. Omar

Page 6: Contoh_Kertas_Kerja_Perkhemahan_PPG

Kertas Kerja Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform

Tahun 5/2011

- 5 -

6.0 AHLI JAWATANKUASA

AKTIVITI 1. En. Jailani bin Mat Desa 2. En. Fauzan bin Omar

PERALATAN

1. En. Azeze bin Mohd. Yasir 2. En. Shahidan bin Ismail

KESELAMATAN

1. En. Mohd. Adam b. Mohd. Yusof 2. En. Mohd. Shahidin bin Mohd Shaari 3. Pn. Naziah bt. Yusof 4. Pn. Noor Bibi Maslina bt. Jusoh

MAKANAN DAN MINUMAN

1. Pn. Izyani bt. Othman 2. Pn. Suruanbi bt. Sulaiman 3. Pn. Nur Diana Baharuddin 4. Pn. Normah bt. Yatim

DOKUMENTASI

1. Pn. Wan Noriza bt. Wan Ismail 2. Pn. Norizam bt. Daud 3. Cik Nazihah bt. Yusuf 4. En. Mohamad Nor Ehzam bin Ramlan

IBADAH

1. En. Fakhrurrazi bin Dzulkarnain 2. En. Shauki bin Hj. Sepian 3. En. Kamarudin bin Hj. Said 4. Pn. Noraini bt. Ahmad

PENGANGKUTAN

1. En. Panang anak Nyarapong 2. En. Abdul Hisyam b. Abdullah

Page 7: Contoh_Kertas_Kerja_Perkhemahan_PPG

Kertas Kerja Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform

Tahun 5/2011

- 6 -

HADIAH DAN CENDERAMATA

1. Pn. Nik Maznah bt. Nik Man 2. Pn. Norazlin bt. Saharudin

DISIPLIN PESERTA

1. En. Muhd Muhsin bin Ahmad 2. En. Suhaimi bin Md. Rahim 3. En. Mohd. Azli Shahril bin Mohd. Supian

PENGESAHAN PENDAFTARAN

1. Pn. Noraini bt. Misnan 2. Pn. Theresa anak Justine Bueng 3. Pn. Nor Rafida bt. Shamsuddin 4. Pn. Norazian bt. Ibrahim 5. Pn. Sharifah Hartina bt. Syed M. Rasol

Page 8: Contoh_Kertas_Kerja_Perkhemahan_PPG

Kertas Kerja Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform

Tahun 5/2011

- 7 -

7.0 BUTIRAN PERKHEMAHAN Perkhemahan tersebut akan diadakan seperti butiran berikut: i. Hari : Jumaat hingga Ahad ii. Tarikh : 1, 2 dan 3 Julai 2011 iii. Tempat : Kem Wirajaya, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan iv. Jurulatih : Jurulatih daripada Kem Wirajaya Guru-guru dari SK Setiawangsa, KL 8.0 SASARAN PENYERTAAN

Program ini adalah mensasarkan kepada ahli unit beruniform Pengakap, PBSM, Tunas Puteri dan Puteri Islam tahun 5 seramai 120 peserta dengan pembahagian 30 peserta bagi setiap unit.

9.0 BAYARAN PENYERTAAN Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM 90 (sembilan Puluh Ringgit Sahaja) Bayaran ini adalah untuk menampung perbelanjaan seperti:

i. Aktiviti ii. Pengangkutan iii. Makan dan minuman iv. Sewa tapak perkhemahan v. Pengurusan perkhemahan

Page 9: Contoh_Kertas_Kerja_Perkhemahan_PPG

Kertas Kerja Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform

Tahun 5/2011

- 8 -

10.0 SENARAI TUGAS

1. KETUA PROJEK a. Membentuk jawatankuasa b. Mempengerusikan mesyuarat c. Merujuk kepada penasihat

2. PENOLONG KETUA PROJEK a. Membantu ketua menjalankan tugas-tugas ketua 3. SETIAUSAHA a. Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan b. Urusan surat menyurat dan borang.

4. BENDAHARI a. Mengutip, menyelaras dan menyediakan penyata kewangan berkaitan

program. b. Memastikan segala perbelanjaan berjalan dengan lancar seperti yang

sepatutnya.

5. PENOLONG DAN KETUA PERKHEMAHAN a. Merancang segala pengisian aktiviti. b. Memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar dan selamat.

6. PERALATAN a. Merancang dan menentukan peralatan yang diperlukan untuk program. b. Memastikan segala peralatan dibawa ke tapak perkhemahan dan dibawa

pulang ke sekolah dengan keadaan baik seperti asal. 7. KESELAMATAN a. Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap. b. Memastikan keselamatan para peserta terjamin disepanjang aktiviti. c. Mengambil tindakan awal dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan.

8. MAKANAN DAN MINUMAN a. Merancang dan menentukan menu makanan b. Merancang jadual makan dan minum peserta, guru dan jurulatih c. Memastikan urusan semasa makan berjalan dengan lancar.

9. DOKUMENTASI a. Mencatat segala aktiviti yang berjalan. b. mengambil foto untuk setiap aktiviti. c. Menyediakan laporan perkhemahan dan dokumentasikan. d. Berhubung dengan setiausaha untuk mendapatkan bahan-bahan untuk didokumentasikan.

Page 10: Contoh_Kertas_Kerja_Perkhemahan_PPG

Kertas Kerja Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform

Tahun 5/2011

- 9 -

10. IBADAH a. Memimpin para peserta solat berjemaah. b. Mengelolakan kuliah subuh dan maghrib. c. Menyelaras dan menjalankan program untuk slot keagamaan/kerohanian.

11. PENGANGKUTAN

a. Menguruskan pengangkutan pergi dan balik para peserta.

12. HADIAH DAN CENDERAMATA a. Menyediakan hadiah dan cenderamata program 13. DISIPLIN PESERTA

a. Mengawal disiplin para peserta sepanjang perkhemahan.

14. PENGESAHAN PENDAFTARAN a. Memastikan para peserta sudah berada di dewan Blok B sebelum bertolak. b. Semak kehadiran murid berdasarkan nama yang akan diberikan oleh setiausaha.

Page 11: Contoh_Kertas_Kerja_Perkhemahan_PPG

Kertas Kerja Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform

Tahun 5/2011

- 10 -

11.0 ANGGARAN PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN

PERKARA KUANTITI JUMLAH CATATAN

PENERIMAAN

1. bayaran peserta RM 90 × 120 peserta RM 10 800

2. Sumbangan unit kokurikulum

PEMBAYARAN

1. Pengangkutan RM 3200

2. Bayaran Aktiviti RM 3600

3. Makan & Minuman RM 5400

4. Sewa tapak perkhemahan RM 1200

5. Pengurusan perkhemahan RM 2600 RM 10 800

12.0 MENU MAKANAN DAN MINUMAN *(Untuk tiga hari dua malam sepanjang perkhemahan)

Jumaat 1 Julai 2011 MENU

Minum petang Air teh, biskut/roti & kuih

Makan malam Nasi putih, ayam goreng, sayur campur, air sirap

Sabtu 2 Julai 2011 MENU

Sarapan pagi Mi goreng, air teh

Minum pagi Air Milo, kuih

Makan tengahari Nasi putih, ayam masak kari, sayur goreng, air oren

Minum petang Air teh, roti bun

Makan malam Nasi putih, daging goreng, sayur, air sirap

Ahad 3 Julai 2011 MENU

Sarapan pagi Air nescafe, nasi goreng, telur dadar

Minum pagi Air teh, kuih

Makan tengahari Nasi putih, ayam masak merah, telur dadar, sayur

Page 12: Contoh_Kertas_Kerja_Perkhemahan_PPG

Kertas Kerja Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform

Tahun 5/2011

- 11 -

13.0 TENTATIF PROGRAM Jumaat 1 Julai 2011

MASA PERKARA

GURU BERTUGAS

1415 – 1500 hrs Pengesahan pendaftaran (dewan blok B)

AJK pengesahan pendaftaran

1500 – 1600 hrs Bertolak ke tapak perkhemahan

AJK Pengangkutan

1600 – 1730 hrs Dijangka tiba Taklimat oleh ketua perkhemahan Agihan kumpulan Kawad

Ketua & pen perkhemahan Jurulatih Wirajaya

1700 – 1730 hrs Minum petang Solat Asar

AJK Ibadah

1730 – 1900 hrs Game Station

Jurulatih Wirajaya

1900 – 2000 hrs Mandi, makan malam Solat Maghrib

AJK makanan AJK Ibadah

2000 – 2230 hrs LDK 1 i. Visi & misi persatuan ii. Kelebihan berpersatuan

Modul 1

i. Hubungan manusia dengan manusia di muka bumi

Jurulatih Wirajaya

2330 – 0000 hrs LDK 2 i. Bersatu teguh bercerai roboh

Jurulatih Wirajaya

0000 – 0530 hrs Tidur

Page 13: Contoh_Kertas_Kerja_Perkhemahan_PPG

Kertas Kerja Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform

Tahun 5/2011

- 12 -

Sabtu 2 Julai 2011

MASA PERKARA

GURU BERTUGAS

0530 – 0600 hrs Bangun tidur, kemas diri

0600 – 0700 hrs Solat

AJK Ibadah

0700 – 0800 hrs Senaman pagi

Jurulatih Wirajaya

0800 – 0830 hrs Sarapan pagi

AJK makanan

0830 – 1200 hrs Modul 2 i. Tatacara mendirikan khemah ii. Cara menghidupkan api iii. Cara membuat perangkap

binatang LDK 3

i. Masak nasi di dalam buluh

Jurulatih Wirajaya

1200 – 1330 hrs Makan tengahari

AJK makanan

1330 – 1430 hrs LDK 4 i. Cara bersolat di dalam hutan ii. Membuat sejadah daripada

daun iii. Aturan pakaian lelaki &

perempuan ketika solat

Jurulatih Wirajaya

1430 – 1630 hrs Asas pertolongan cemas Ciri-ciri pertolongan cemas LDK 5

i. Latihan kecemasan

Jurulatih Wirajaya

1630 – 1700 hrs Minum petang Solat

AJK Ibadah AJK makanan

1700 – 1900 hrs Simulasi kapal terbang terhempas

Jurulatih Wirajaya

1900 – 2000 hrs Mandi dan makan malam Solat Maghrib

AJK makanan AJK ibadah

Page 14: Contoh_Kertas_Kerja_Perkhemahan_PPG

Kertas Kerja Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform

Tahun 5/2011

- 13 -

2000 – 2230 hrs Komunikasi sebagai seorang pemimpin LDK 6

i. Radio rosak

Jurulatih Wirajaya

2230 – 2300 hrs Minum malam Solat Isyak

AJK makanan AJK ibadah

2300 – 00.30 hrs Night walk

Jurulatih Wirajaya

0030 – 0530 hrs Tidur

Ahad 3 Julai 2011

MASA PERKARA

GURU BERTUGAS

0530 – 0600 hrs Bangun tidur, kemas diri

0600 – 0700 hrs Solat dan kuliah Subuh

AJK Ibadah

0700 – 0730 hrs Senaman pagi

Jurulatih Wirajaya

0730 – 0800 hrs Sarapan pagi

AJK makanan

0800 – 1030 hrs Jungle tracking

Jurulatih Wirajaya

1030 – 1100 hrs Minum pagi

AJK ibadah

1100 – 1230 hrs Refleksi

Jurulatih Wirajaya Semua guru

1230 – 1300 hrs Makan tengahari Majlis penutup

AJK makanan Semua guru Jurulatih Wirajaya

1430 hrs Dijangka tiba di sekolah

Page 15: Contoh_Kertas_Kerja_Perkhemahan_PPG

Kertas Kerja Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform

Tahun 5/2011

- 14 -

14.0 PENUTUP Adalah sangat diharapkan melalui program yang dirancang ini bakal melahirkan insan yang kental jiwanya, bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat ingin berdikari. Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha untuk merealisasikannya. Apa yang paling penting adalah kesungguhan para peserta itu sendiri untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah disusun untuk mereka. Melalui program ini juga, adalah diharapkan ianya berjaya dilaksanakan tanpa berlaku sebarang kemalangan dan kecederaan. Dengan berakhirnya program ini juga nanti, segala bahan dan pengalaman serta segala bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau kumpulan seterusnya merancang dan mengelola program seumpama dengan lebih baik. DISEDIAKAN OLEH; ................................................ RIDUAN BIN AHMAD Setiausaha, Perkhemahan Unit Beruniform. DISEMAK OLEH; ................................................... FAKHRURAZI BIN DZULKARNAIN Ketua Projek, Perkhemahan Unit Beruniform. DISAHKAN OLEH; …………………………………….. MOHD. SUKARDI BIN ABD. GHAFAR GPK Kokurikulum, Merangkap Naib Pengerusi Perkhemahan