contoh surat vle-frog kepada guru

3
SEKOLAH KEBANGSAAN NIBONG 21700 KUALA BERANG TERENGGANU Ruj. Kami : SKN/HT/06/03/004/01( 2 ) Tarikh : 25 SEPTEMBER 2013 Guru-guru yang dihormati, Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk membangunkan modal insan serta penggunaan Internet, kerajaan telah melancarkan Projek 1BestariNet, yang merupakan inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menerajui transformasi pendidikan dengan menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada semua sekolah di Malaysia. Pihak YTL Communications telah diberi amanah oleh pihak kerajaan untuk merealisasikan Visi 1BestariNet untuk menjana perubahan dalam platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara kawasan bandar dan luar bandar. Di bawah projek 1BestariNet, semua sekolah di Malaysia akan dilengkapi dengan perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar (wireless broadband) berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G, dan suatu Persekitaran Pembelajaran Maya iaitu Frog VLE (Virtual Learning Enviroment) untuk pengajaran dan pembelajaran tanpa batasan. Kebanyakkan generasi muda hari ini amat arif dalam penggunaan Internet dan banyak masa yang diluangkan dengan penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, My Space dan YouTube. Budaya dan cara mereka memproses maklumat sering berubah dan guru perlu mengambil langkah seiring dengan perubahan ini. Inilah masanya untuk kita sebagai guru membabitkan diri dalam dunia pelajar melalui Frog VLE. Melalui projek 1BestariNet ini, cara penyampaian pengajaran dan pembelajaran pasti akan berubah, dan akan meningkatkan minat belajar dalam kalangan generasi muda ini. Dalam dunia yang penuh dengan teknologi, pengajaran dan pembelajaran tidak lagi terhad kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Kehadiran Frog VLE dapat membantu guru-guru berkomunikasi dan berinteraksi dengan para pelajar dengan lebih berkesan bukan sahaja di dalam kelas, malah di mana sahaja mereka berada. Apa yang diperlukan hanyalah sebuah computer, pelayar (brower) dan sambungan Internet. Menerusi projek 1BestariNet ini, setiap guru akan diberi satu ID Yes yang unik yang mempunyai pelbagai fungsi. Para guru boleh menggunakannya untuk : Mengakses platrom Frog VLE Mengakses emel peribadi Mengakses semua enjin maya yang dijana oleh Google yang bertaraf antarabangsa seperti Khan Academy dan YouTube Pendidikan.

Upload: nofull

Post on 12-Sep-2015

41 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Contoh Surat VLE-FROG Kepada Guru

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN NIBONG

21700 KUALA BERANG

TERENGGANU

Ruj. Kami : SKN/HT/06/03/004/01( 2 )

Tarikh : 25 SEPTEMBER 2013Guru-guru yang dihormati,

Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk membangunkan modal insan serta penggunaan Internet, kerajaan telah melancarkan Projek 1BestariNet, yang merupakan inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menerajui transformasi pendidikan dengan menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada semua sekolah di Malaysia. Pihak YTL Communications telah diberi amanah oleh pihak kerajaan untuk merealisasikan Visi 1BestariNet untuk menjana perubahan dalam platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara kawasan bandar dan luar bandar.

Di bawah projek 1BestariNet, semua sekolah di Malaysia akan dilengkapi dengan perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar (wireless broadband) berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G, dan suatu Persekitaran Pembelajaran Maya iaitu Frog VLE (Virtual Learning Enviroment) untuk pengajaran dan pembelajaran tanpa batasan.

Kebanyakkan generasi muda hari ini amat arif dalam penggunaan Internet dan banyak masa yang diluangkan dengan penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, My Space dan YouTube. Budaya dan cara mereka memproses maklumat sering berubah dan guru perlu mengambil langkah seiring dengan perubahan ini. Inilah masanya untuk kita sebagai guru membabitkan diri dalam dunia pelajar melalui Frog VLE. Melalui projek 1BestariNet ini, cara penyampaian pengajaran dan pembelajaran pasti akan berubah, dan akan meningkatkan minat belajar dalam kalangan generasi muda ini.

Dalam dunia yang penuh dengan teknologi, pengajaran dan pembelajaran tidak lagi terhad kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Kehadiran Frog VLE dapat membantu guru-guru berkomunikasi dan berinteraksi dengan para pelajar dengan lebih berkesan bukan sahaja di dalam kelas, malah di mana sahaja mereka berada. Apa yang diperlukan hanyalah sebuah computer, pelayar (brower) dan sambungan Internet.

Menerusi projek 1BestariNet ini, setiap guru akan diberi satu ID Yes yang unik yang mempunyai pelbagai fungsi. Para guru boleh menggunakannya untuk :

Mengakses platrom Frog VLE

Mengakses emel peribadi

Mengakses semua enjin maya yang dijana oleh Google yang bertaraf antarabangsa seperti Khan Academy dan YouTube Pendidikan.

Dengan ini, setiap guru dan pelajar akan mempunyai akses kepada pendidikan bertaraf dunia yang boleh dicapai di dalam dan di luar sekolah : pada bila-bila masa, di mana jua. Di peringkat dalam pelaksanaan frog VLE di sekolah, guru-guru digalakkan meneroka alam maya Frog untuk mengenali fungsi dan menyesuaikan diri dengan penggunaanya. Pada minggu-minggu berikutnya, hasilkanlah sumber pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan interaktif.

Pasukan FrogAsia akan membantu guru-guru dari aspek latihan dan persediaan untuk pelaksanaan dengan menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk mengendalikan latihan frog VLE kepada semua guru, kakitangan dan pelajar di peringkat sekolah. Ini dapat diakses di portal Community Site menerusi frog VLE.

Berikut adalah maklumat yang diperlukan untuk memulakan penggunaan frog VLE anda :

Guru-guru boleh melayari laman web rasmi projek ini di www.1bestarinet.net serta di laman web rasmi FrogAsia www.frogasia.com untuk maklumat lanjut.

Komitmen serta minat guru-guru dalam merealisasikan transformasi pendidikan ini pasti mampu meningkatkan tahap pencapaian sekolah dan seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan sekolah dalam pelbagai bidang.

Sekian, terima kasih.

Bersama ke arah Transformasi Dalam Pendidikan.

Saya yang menurut perintah,

( MOHAMAD SABRI BIN ABU BAKAR)Guru Besar

SK. Nibong, 21700 Kuala Berang

Terengganu

Nama (Guru) ID Pengguna (Login ID) Kata Laluan (Password)

ROSILAWATI BINTI MOHAMAD

[email protected]

7909031153

URL VLE Sekolah : HYPERLINK "https://tba5023.1bestarinet.net/" \t "_blank" https://TBA5023.1bestarinet.net