contoh surat makluman

4
CONTOH SURAT MAKLUMAN PERMOHONAN Ruj.Kami : Tarikh : Kepada Ibu bapa / Penjaga Murid SK Permatang Badak 25150 KUANTAN Tuan, PERMOHONAN KEMASUKAN KE KELAS PRASEKOLAH BAGI TAHUN 2015 Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa permohonan untuk kemasukan ke kelas prasekolah di sekolah ini bagi tahun 2015 telah pun dibuka . Kepada ibu bapa / penjaga murid yang berminat, sila dapatkan borang tersebut di pejabat sekolah ini pada waktu bekerja. 3. Permohonan ini terbuka kepada kanak-kanak yang lahir pada Tahun 2009 (6 tahun), Tahun 2010 (5 tahun) dan pada 1 hingga 15 Januari 2011 (4 tahun). Tawaran kemasukan adalah tertakluk kepada syarat- syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 4. Borang permohonan yang dihantar hendaklah disertakan dengan dokumen berikut : 4.1 Salinan surat beranak kanak-kanak / My Kid. 4.2 Salinan kad pengenalan ibu dan bapa. 4.3 Salinan slip gaji / Surat Akuan Pendapatan. 5. Tarikh tutup permohonan ini ialah pada 31 Julai 2014. Sekian, terima kasih “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “ Saya yang menurut perintah,

Upload: wanie-azizi

Post on 17-Dec-2015

572 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

contoh surat makluman

TRANSCRIPT

CONTOH SURAT MAKLUMAN PERMOHONAN

Ruj.Kami :Tarikh :

KepadaIbu bapa / Penjaga MuridSK Permatang Badak25150 KUANTAN

Tuan,

PERMOHONAN KEMASUKAN KE KELAS PRASEKOLAH BAGI TAHUN 2015

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.Dimaklumkan bahawa permohonan untuk kemasukan ke kelas prasekolah di sekolah ini bagi tahun 2015 telah pun dibuka . Kepada ibu bapa / penjaga murid yang berminat, sila dapatkan borang tersebut di pejabat sekolah ini pada waktu bekerja.

3.Permohonan ini terbuka kepada kanak-kanak yang lahir pada Tahun 2009 (6 tahun), Tahun 2010 (5 tahun) dan pada 1 hingga 15 Januari 2011 (4 tahun). Tawaran kemasukan adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

4.Borang permohonan yang dihantar hendaklah disertakan dengan dokumen berikut :

4.1Salinan surat beranak kanak-kanak / My Kid.4.2Salinan kad pengenalan ibu dan bapa.4.3Salinan slip gaji / Surat Akuan Pendapatan.

5.Tarikh tutup permohonan ini ialah pada 31 Julai 2014.

Sekian, terima kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

Nama dan Cap Jawatan

Sk.

.Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan.Fail

CONTOH SURAT KEPADA PERMOHONAN YANG BERJAYA

Ruj. Kami :Tarikh :Kepada

----------------------------------------------------

----------------------------------------------------

Tuan,

TAWARAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH SESI 2015

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pemilihan Murid telah bersetuju menawarkan tempat kepada anak/anak jagaan tuan bernama : _________________________________ di kelas prasekolah _____________________________________

3.Sehubungan itu tuan bersama anak/anak jagaan diminta hadir untuk mendaftar dan mengikuti sesi taklimat pemuafakatan seperti butiran berikut :

Tarikh:Tempat:Masa:

4.Tuan diminta membawa bersama-sama dokumen berikut semasa mendaftar :

i. Sijil Lahir/ Mykid/ Borang W atau Surat Pengakuan asal.ii. Kad Pengenalan ibu bapa/ penjagaiii. Rekod Kesihatan Perkembangan Kanak-Kanakiv. Borang butir diri murid yang telah lengkap diisi (disertakan)v. Gambar ukuran passport (4 keping). Sila tulis nana di belakang gambar.vi. Bil air/ elektrik atau Surat Pengesahan Ketua Kampung.

5.Kegagalan tuan mendaftarkan anak/anak jagaan adalah dianggap tidak berminat dan menolak tawaran ini. Kerjasama dan perhatian tuan amat dihargai.

Sekian terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah

Nama dan Cap JawatanCONTOH SURAT KEPADA PERMOHONAN YANG TIDAK BERJAYA

Ruj. Kami :Tarikh :

Kepada

----------------------------------------------------

----------------------------------------------------

Tuan,

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH TAHUN 2015

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.Jawatankuasa Pemilihan Prasekolah telah meneliti permohonan untuk menempatkan anak jagaan tuan/puan di kelas prasekolah di sekolah ini dan dukacita dimaklumkan keputusannya adalah TIDAK BERJAYA.

Nama Anak : _______________________________________________

3.Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan minat yang telah ditunjukkan oleh tuan/puan dalam menjayakan kelas prasekolah di sekolah ini.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah

Nama dan Cap Jawatan

Sk.

.Fail Prasekolah.