contoh soalan tahun 4

18
Bahagian A Bahagian ini mengandungi 30 soalan objektif. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan A, B, C, dan D. Pilih jawapan yang betul. Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 45 minit. Sekiranya kamu tidak dapat menjawab sesuatu soalan, teruskan menjawab soalan berikutnya. Jawab semua soalan. 1. Apakah deria yang digunakan untuk mengenal pasti warna sesuatu objek. A Bau C Penglihatan B Sentuhan D Rasa 2. Apakah pemerhatian yang dapat dibuat berdasarkan maklumat pada Rajah 1? Rajah 1 A Terdapat dua buah bekas kaca B Terdapat dua ekor katak mati di dalam bekas kaca C Setiap bekas kaca mengandungi seekor katak D Katak di dalam bekas kaca mati selepas lima jam 3. Rajah 2 menunjukkan satu pengelasan haiwan.

Upload: nurhi-akin

Post on 21-Jul-2016

156 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Contoh Soalan Tahun 4

TRANSCRIPT

Bahagian A

Bahagian ini mengandungi 30 soalan objektif. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan A, B, C, dan D. Pilih jawapan yang betul. Masa yang

dicadangkan untuk bahagian ini ialah 45 minit. Sekiranya kamu tidak dapat menjawab sesuatu soalan, teruskan menjawab soalan berikutnya. Jawab

semua soalan.

1. Apakah deria yang digunakan untuk mengenal pasti warna sesuatu objek.

A Bau C Penglihatan B Sentuhan D Rasa

2. Apakah pemerhatian yang dapat dibuat berdasarkan maklumat pada Rajah 1?

Rajah 1

A Terdapat dua buah bekas kacaB Terdapat dua ekor katak mati di dalam bekas kacaC Setiap bekas kaca mengandungi seekor katakD Katak di dalam bekas kaca mati selepas lima jam

3. Rajah 2 menunjukkan satu pengelasan haiwan.

X Y

Rajah 2

Antara berikut yang manakah betul?

A

B

C

D

4. Antara berikut yang manakah unit untuk ukuran panjang?

A Meter C MinitB Saat D Kilogram

5. Rajah 3 menunjukkan panjang sebatang penyedut minuman yang diukur

menggunakan mancis.

Rajah 3

Berapakah jumlah panjang 2 batang penyedut minuman yang sama?

A 8 batang mancis C 15 batang mancisB 10 batang mancis D 20 batang mancis

6. Anak benih pada Rajah 4 tumbuh semakin tinggi setiap hari.

Rajah 4

Apakah inferens (sebab) yang dapat dibuat?

A Anak benih sudah bercambah

B Anak benih memerlukan air untuk hidup

C Anak benih mendapat keperluan asas yang mencukupi

X Y

Ayam Ular

Kucing Kura-kura

Buaya Gajah

Tikus Lembu

D Anak benih memerlukan cahaya matahari untuk bertumbuh

7. Siput dalam Rajah 5 mati selepas tiga hari.

Rajah 5Apakah inferens (sebab) yang boleh diberi bagi kematian siput itu?

A Siput kekurangan air

B Siput kekurangan udara

C Siput tidak mendapat makanan

D Siput kekurangan cahaya matahari

8. Ramalkan apakah yang akan berlaku kepada pokok bunga yang ditanam dalam pasu

jika pokok bunga tersebut tidak disiram selama seminggu.

A Pokok bunga akan tumbuh lebih tinggi

B Pokok bunga akan mula berbunga

C Pokok bunga akan menjadi layu

D Pokok bunga akan tumbuh dengan subur

9. Ikan dalam bekas manakah masih hidup selepas seminggu?

D C

A B

10. Jadual 1 menunjukkan ketinggian anak benih keembung mengikut hari.

Jadual 1

Ramalkan ketinggian anak benih keembung pada hari ke 10.

A 10 cm

B 20 cm

C 14 cm

D 16 cm

11. Jadual 2 menunjukkan suhu sebuah bandar dalam empat hari.

Hari 1 2 3 4

Suhu (C°) 27 28 29 30

Jadual 2

Apakah corak perubahan suhu dalam empat hari yang dikaji?

A Semakin meningkat

B Meningkat kemudian menurun

C Semakin menurun

D Menurun kemudian meningkat

12. Rajah 6 menunjukkan satu penyiasatan ke atas dua pokok yang disiram setiap hari.

Rajah 6

Bilangan hari Ketinggian anak benih (cm)2 44 86 128 16

Apakah tujuan bagi penyiasatan ini?

A Untuk menyiasat sama ada tumbuhan memerlukan air untuk hidup

B Untuk menyiasat sama ada tumbuhan memerlukan udara untuk hidup

C Untuk menyiasat sama ada tumbuhan memerlukan tempat berlindung

untuk hidup

D Untuk menyiasat sama ada tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk

hidup

13. Rajah 7 menunjukkan satu penyiasatan.

Rajah 7

Apakah keperluan asas yang tidak terdapat dalam penyiasatan ini?

A Cahaya C Ruang

B Air D Udara

14. Gas X terdapat lebih banyak semasa menghembus nafas berbanding semasa menarik

nafas. Apakah gas X?

A Oksigen

B Karbon dioksida

C Nitrogen

D Karbon monoksida

15. Antara berikut yang manakah bukan peralatan perlindungan semasa menjalankan uji

kaji?

A Bikar C Sarung tanganB Kasut bertutup D Cermin mata keselamatan

16. Antara situasi berikut yang mana melanggar peraturan bilik sains?

A Jamal mengkaji ciri-ciri tikus dari luar sangkar tanpa membawanya keluar dari sangkar.

B Susan bertanya kepada gurunya tentang cara menggunakan mikroskop.

C Kirtana meletak kembali termometer dalam bekas setelah

menggunakannya.

D Ben menghalakan tabung uji yang sedang dipanaskan ke arah kawannya.

17. Antara yang berikut yang manakah berlaku apabila manusia menghembus nafas?

I. Gas karbon dioksida dibebaskan

II. Udara panas dibebaskan

III. Paru-paru mengembang

IV. Wap air dibebaskan

A I dan III

B I, II dan III

C II dan IV

D I dan IV

18. Rajah 8 menunjukkan organ-organ utama manusia yang terlibat semasa pernafasan.

Rajah 8Organ yang manakah akan menyedut oksigen semasa pernafasan?

A P

B R

C Q

D S

19. Antara berikut yang manakah benar mengenai organ perkumuhan dan bahan

buangannya?

Organ Perkumuhan Bahan Buangan

I Kulit Peluh

II Ginjal Wap air

III Peparu Karbon dioksida

IV Dubur Tinja

A I dan II

B II dan IV

C I dan III

D III dan IV

20. Antara berikut yang manakah SALAH tentang perkumuhan?

A Perkumuhan ialah proses penyingkiran hasil buangan daripada badan

B Organ perkumuhan ialah ginjal, kulit dan peparu

C Ginjal menghasilkan hasil buangan air kencing

D Peparu menghasilkan hasil buangan gas oksigen dan wap air

21. Antara berikut yang manakah hasil proses penyahtinjaan?

A Peluh

B Air kencing

C Tinja

D Gas karbon dioksida

22. Antara berikut, yang manakah merupakan tabiat buruk bagi manusia?

A Membaca majalah C Merokok

B Minum banyak air D Bersenam

23. Mengapakah manusia perlu menjalankan proses perkumuhan dan penyahtinjaan?

A Untuk mendapatkan tenaga

B Untuk mengekalkan suhu badan

C Untuk mengekalkan kesihatan badan

D Untuk bergerak balas terhadap rangsangan

24. Maklumat berikut menunjukkan organ-organ yang terlibat dalam pernafasan.

P: Trakea

Q: Peparu

R: Hidung

Antara berikut yang manakah menunjukkan laluan udara yang betul semasa menghembus

nafas?

A Q P R C P Q R

B R P Q D R Q P

25. Antara berikut yang manakah tidak benar tentang proses menarik nafas?

A Dada mengembang C Dada bergerak ke atas

B Dada bergerak ke bawah D Udara disedut masuk ke dalam peparu

26. Maklumat berikut manunjukkan kesan sejenis tabiat buruk manusia.

Merosakkan struktur peparu

Menyebabkan nafas berbau dan gigi menjadi

kuning

Apakah tabiat buruk tersebut?

A Bernafas C Minum minuman beralkohol

B Merokok D Menagih dadah

27. Antara organ berikut, yang manakah mengumuhkan bahan buangan dari badan manusia?

I Otak

II Usus

III Ginjal

IV Peparu

A I dan II C II dan IV

B I dan III D III dan IV

28. Proses manakah yang terlibat dalam penyahtinjaan?

A Menarik dan menghembus nafas

B Menyingkirkan tinja

C Berpeluh dan kencing

D Pembiakan

29. Tinja dikeluarkan dari badan melalui ?

A Usus besar C Ginjal

B Dubur D Usus kecil

30. Organ perkumuhan kulit menghasilkan bahan buangan

A Air kencing

B Karbon dioksida

C Peluh

D Wap air

BAHAGIAN B

Bahagian ini mengandungi 4 soalan subjektif. Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 30 minit. Sekiranya kamu tidak dapat menjawab sesuatu soalan, teruskan menjawab soalan berikutnya. Jawab semua soalan. Tuliskan jawapan kamu dalam

ruang yang disediakan

1. (a) Lengkapkan peta alir di bawah dengan menyatakan bahagian badan yang dilalui oleh udara

dalam proses pernafasan semasa :

i. Menarik nafas

(1 markah) ii. Menghembus nafas

(1 markah)

(1 markah)

b) Lukiskan anak panah yang menunjukkan laluan udara yang betul.

(2 markah)

c) Gas apakah yang terhasil semasa menghembus nafas?

________________________________________________________________________________

(1 markah)

2. Ali telah melakukan penyiasatan untuk melihat bilangan pergerakan dalam bagi tiga aktiviti

yang berlainan. Keputusan penyiasatan direkodkan dalam Jadual 1.

Jenis Aktiviti Bilangan pergerakan dada

Duduk 19

Berjalan 30

Berenang 42

a) Apakah tujuan penyiasatan ini?

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

(1 markah)

b) Nyatakan pemboleh ubah berikut.

i. dimanipulasi : _______________________________________________________

ii. bergerakbalas : _______________________________________________________

iii. dimalarkan : _______________________________________________________

Menarik nafas Menghembus nafas

(3 markah)

c) Apakah corak perubahan bilangan pergerakan dada?

(1 markah)

3. Ahmad merekodkan jarak pergerakan guli mengikut masa dalam jadual di bawah.

Masa (saat) Jarak dilalui guli (cm)

2 80

4 90

6 100

8 120

a) Nyatakan tujuan penyiasatan di atas.

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

(1 markah)

b) Nyatakan pemboleh ubah berikut

i. dimanipulasi : _______________________________________________________

ii. bergerak balas : _______________________________________________________

(2 markah)

c) Apakah corak perubahan jarak yang dilalui guli.

__________________________________________________________________________

(1 markah)

d) Ramalkan jarak yang dilalui guli pada saat ke 10.

__________________________________________________________________________

(1 markah)

4. Satu penyiasatan untuk mengkaji hubungan antara bilangan hari dengan ketinggian anak benih (cm) telah dijalankan. Carta palang di bawah menunjukkan keputusan penyiasatan.

a) Nyatakan tujuan penyiasatan di atas.

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

(1 markah)

b) Nyatakan pemboleh ubah berikut

i. dimanipulasi : _______________________________________________________

ii. bergerakbalas : _______________________________________________________

(2 markah)

c) Apakah corak perubahan pertumbuhan anak benih.

__________________________________________________________________________

(1 markah)

d) Ramalkan ketinggian anak benih pada hari ke-5.

__________________________________________________________________________

(1 markah)