contoh soalan peperiksaan kbk 3073[1]

Upload: mohdnasir-salim

Post on 03-Apr-2018

266 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Contoh Soalan Peperiksaan Kbk 3073[1]

    1/7

    CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN KBK 3073.

    1.Apakah maksud kanak-kanak ADHD?

    -masalah dari segi tingkah laku dan kognitif dalam aspek kehidupan mereka seperti

    dalam keluarga dan peribadi di sek.dan di tempat kerja. Desakan ini mungkin

    disebabkan desakan yang tidak terkawal, terlalu aktif dan tidak memberi perhatian.

    2.Apakah ciri-ciri kecacatan pendengaran dan penglihatan?

    a.penglihatan mata juling,tidak boleh focus kepada sesuatu perkara,sering

    mengerdipkan dan menggosok mata,mengelakkan mata dari terkena cahaya

    terang, selalu tersandung atau terlanggar objek apabila berjalan dll.

    b.pendengaran selalu berkhayal,kurang memberi perhatian di dalam kelas,butir

    percakapan yang tidak jelas, selalu bertanya, selalu terkejut apabila dihampiri daribelakang, lemah dalm pencapaianpelajaran khususnya yang berkaitan dengan

    bahasa dll.

    3.Apakah perbezaan disfasia dan afasia?

    a.afasia- gangguan pertuturan/ gangguan berbahasa

    b.disfasia gangguan perkembangan bahasa yang tidak sesuai dengan

    perkembangan kemampuan anak/otak

    4.Apakah definisi pendidikan khas mengikut pandangan Salvin?

    Pendidikan khas sebagai sebarang program yang diperuntukkan atau ditujukan

    kepada pelajar-pelajar yang bermasalah seperti kecacatan mental,emosi,dan tidak

    keupayaan fizikal atau penambahan kepada pembelajaran biasa dalam kelas.

    5.Apakah maksud kepelbagaian kecacatan?

    Ialah istilah di mana merangkumi pelbagai kombinasi kecacatan yang melibatkan

    pendidikan,pemulihan sokongan kerajaan dan kumpulan-kumpulan sukarela

    tertentu dan kombinaasi ini tidak termasuk dalam pendidikan khas.(mempunyai dua

    atau lebih kecacatan seperti mental,pendengaran,lumpuh dll)

  • 7/29/2019 Contoh Soalan Peperiksaan Kbk 3073[1]

    2/7

    6.Apakah falsafah pendidikan khas?

    Falsafah Pendidikan Khas mempunyai matlamat yang sama dengan Falsafah Pendidikan Negara.Ianya satu usaha yang berterusan bagi perkembangan optima seseorang individu yang

    berkemahiran,berdikari,berhaluan,boleh merancang dan mengurus kehidupan sendiri serta menyedaripotensi diri sendiri sebagai ahli masyarakat.

    7.Apakah maksud cerebral palsi/palsi serebrum

    Satu situasi pergerakan anggota badan yang tidak dapaat dikawal sepenuhnya oleh

    kerana terdapat banyak gangguan kecederaan atau kelumpuhan di dalam otak. Ia

    boleh dikelaskan mengikut jenis-jenis tertentu iaitu spastik,atetosis dan ataksia.

    8.Faktor-faktor kecacatan. Contohnya genetic. RH darah tidak sama. Apa sebabnya?Apakah kecacatan yang berlaku?

    - RH tidak sama dan darah tidak bersesuaian. Kewujudan protin dalam sel darah

    yang menghasilkan Rh+ atau Rh- . Jika Rh ibu dan janin berlainan darah ibu akan

    menghasilkan antibodi yang menyerang darah janin.

    - Contoh kecacatan ialah penyakit kuning,lahir tidak cukup bulan dan kecacatan

    otak/mental.

    9. Apakah alat-alat untuk kanak-kanak masalah pendengaran?

    a.post aural aid(alat bantu belakang telinga)

    b.body-worm aid(alat bantu dipakai pada badan)

    c.in the ear aid (alat bantu dalam telinga)

    d. bone conductor (konduktor tulang)

    10.Kepelbagaian kecacatan melibatkan kekejangan otot.

    -spastik

    11. Faktor darah jenis darah yang tidak sesuai yang menyebabkan kecacatan

    -kecatan mental,penyakit kuning dan lahir tidak cukup bulan.

  • 7/29/2019 Contoh Soalan Peperiksaan Kbk 3073[1]

    3/7

    12. Kanak-kanak masalah pendengaran

    - 40dB berapa meter(1 meter/3-5kaki)

    -65dB berapa meter?(tidak boleh mendengar/memerlukan bunyi yangkuat,perlukan amplifier)

    13.Apakah kecerdasan naturalistic?

    -melibatkan alam dan kepintaran yang berkaitan tentang keseluruhan alam.Individu

    ini sangat perihatin terhadap alam, mempunyai sikap penyayang yang sangat

    tinggi.

    14. Kelemahan kanak-kanak bermasalah pendengaran. Kenapa bermasalah dalam

    penulisan?

    - tidak dapat mendengar atau tidak mendengar dengan jelas.

    15.Masalah penglihatan rabun jauh dan rabun dekat.

    -refractive disorder

    16.Masalah penglihatan.

    amblyopia juling

    -hypotropia-juling tegak ke bawah

    -hypertropia-juling tegak ke atas

    -esotropia-juling divergen

    -exotropia atau eksotropia adalah mata juling di mana satu mata menyimpang keluar(menjauh dari hidung) sedangkan yang satunya normal.

    -astigmatisme -kerosakan pada kanta mata,sejenis penyakit mata yang

    menyebabkan pandangan tidak terang.

    -diplopia - adalah suatu kondisi di mana satu objek dianggap sebagai dua, juga disebut

    sebagai penglihatan ganda.

  • 7/29/2019 Contoh Soalan Peperiksaan Kbk 3073[1]

    4/7

    17.Kelayakan memasuki Sek. Pendidikan Khas.

    Pendengaran disahkan oleh doctor pakar

    Penglihatan - disahkan oleh doctor pakar

    18. Gartner 8 jenis kecerdasan interpersonal dan intra personal. Apakah bezanya?

    -Kecerdasan Interpersonal adalah berkait rapat dengan emosi. Kecerdasan ini

    adalahberkaitan dengan kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta

    hasrat orang lain. Seterusnya, kecerdasan ini juga adalah kemahiran bertindak

    secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal seperti menggalakan murid-

    murid terlibat dalam sesuatu aktiviti. Menurut Howard Gardner (1993), kecerdasan

    interpersonal membantu kita bersosial dengan orang lain.

    -Kecerdasan intra personal adalah kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang

    individu iaitu kebolehan seseorang mengenali diri sendiri secara mendalam dan

    mempunyai tanggapan terhadap diri sendiri, mempunyai kesedaran terhadap

    perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan serta kemampuan

    untuk mendisiplinkan diri dan jati diri.Kebolehan mengenali diri dari segi kekuatan,

    kelemahan, hasrat, kehendak termasuklah kemahiran yang menyebabkan

    seseorang itu mempunyai persamaan dan perbezaan dengan orang lain.

    Kecerdasan intrapersonal yang dimiliki oleh seseorang individu dapat membantuindividutersebut menangani perasaan beradab sopan serta mengawal kemarahan

    dan kesedihan yang dihadapi dengan sebaiknya.

    19.Masalah pendengaran darjah kepekakan (UNIT 6). 6.5 daripada..

    20.Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM)

    -kaedah bahasa isyarat

    21.Ciri-ciri motor kasar dan halus ADHD

    -tingkah laku yang aktif dan melampau terlalu aktif dalam aktiviti seharian. Tidak

    boleh duduk diam,bersikap agresif dan boleh mencederakan rakan-rakan.

  • 7/29/2019 Contoh Soalan Peperiksaan Kbk 3073[1]

    5/7

    -memanipulasikan bahan atau apa saja yang dipegang

    menghentak,memukul,membaling.Sasaran orang atau benda yang berhampiran.

    22.cerebral palsy/palsi serebrum masalah ciri-ciri fizikal

    spastik-ketegangan otot,mengakibatkan getaran dan ketidakseimbangan yang

    menghalang

    pergerakan dengan sempurna dan lancar

    Atetosis - pergerakan writhing yang perlahan dan tidak dapat dikawal.

    Bahu,muka,kaki, tangan

    dan lengan sasaran utama. Otot-otot tekak yang lemah menyebabkan pertuturan

    payah dan tidak jelas.Masalah pengawalan air liur.

    Aktasia -kesulitan mengawal imbangan badan yang yang boleh dikesan

    dari perawakan dan

    pergerakan seseorang spastik.Pergerakan yang kekok dan teragak-agak,pertuturan

    yang kurang jelas,sentiasa meliuk-liukkan badan.Pendengaran turut terjejas.

    Hemeplegia -tangan dan kaki di sebelah yang sama menjadi lumpuh dan

    lemah.

    23. Kepelbagaian kecacatan fizikal mascular dystrophy. Apakah masalahnya?

    Mereka yang mengalami masalah perkembangan otot sehingga menyebabkan

    pesakit menjadi lemah untuk bergerak dan pergerakan menjadi lambat apabila

    umur semakin meningkat.

    24. tugas fisioterapi jurupulih anggota. Apa tugasnya?

    -bertanggungjawab untuk menaksir fungsi-fungsi motor halus dan motor kasar kanak-kanak dan

    melatih kemahiran hidup serta kemahiran membantu diri.

    Jurupulih Perubatan (Anggota) adalah satu kerjaya yang memberi penekanan kepada aspekpenjagaan kesihatan yang berkaitan dengan penilaian, pengendalian dan pemulihan fungsi fizikal dan

    pergerakan tubuh manusia.

  • 7/29/2019 Contoh Soalan Peperiksaan Kbk 3073[1]

    6/7

    Deskripsi Tugas

    Seorang ahli fisioterapi bertanggungjawab membuat penilaian dan menentukan kesesuaian sesuatuskim rawatan terhadap seseorang pesakit. Ahli fisioterapi perlu:

    kefahaman terperinci berkenaan fungsi tubuh manusia ;

    pengetahuan berkaitan penyakit, kecederaan dan proses penyembuhan;

    kebolehan membezakan postur, imbangan dan pergerakan yang normal dan tidak normal;

    menggunakan kemahiran dalam rawatan seperti massage, acupressure dan manipulasi;

    membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik

    pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, ais, urut dankaran/elektrik.

    menggunakan alat bantuan berjalan, splints dan appliances untuk rawatan sertamelatih pesakit dan penjaga penggunaan alatan dengan betul

    memberi pendidikan kepada pesakit.

    25.Perkembangan pendidikan fasa ke dua 1948-1980. Apa yang berlaku di

    Malaysia?

    -telah mengalami anjakan paradigma kerajaan telah merangka satu dasar

    pendidikan nasional yang komprehensif dan menjadikan perkara mengenai

    pendidikan khas sebagai sebahagian daripada agenda penting dalam usaha

    kerajaan untuk meningkatkan taraf social dan ekonomi bagi golongan istimewa di

    Malaysia.

    -Latihan kepada guru-guru khas dimulakan pada 1962. Maktab perguruan Ilmu

    Khas di Kuala Lumpur memulakan latihan bagi guru-guru khas masalah penglihatan

    dan pendengaran 1963.

    -Unit Pendidikan Khas ditubuhkan.Kerajaan mengambil alih sepenuhnya

    tanggungjawab pendidikan daripada persatuan yang mengendalikan pendidikan

    kanak-kanak cacat.

    -Akta 1961 dasar pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dan memberi kuasa

    kepada menteri untuk menyediakan kemudahan pendidikan khas,menggubal

    kurikulum yang sesuai, pendidikan yang sesuai dengan jenis murid dll tindakan bagi

    memperkembangkan pendidikan khas.

  • 7/29/2019 Contoh Soalan Peperiksaan Kbk 3073[1]

    7/7

    26.Model Sosial. Apa maksudnya?

    -model sosial dapat diertikan sebagai suatu konsep yang berkaitan dengan

    hubungan sosial atau dengan kata lain, hubungan antara masyarakat dan komuniti

    yang sangat berkesan bagi menyelesaikan sesebuah permasalahan yang berlaku

    dalam kalangan masyarakat itu sendiri. Dengan adanya hubungan erat di antaramasyarakat, pertelingkahan akan dapat dielakkan dan keharmonian dalam

    masyrakat dapat dikekalkan. Ia mengutamakan kea rah masyarakat penyayang

    iaitu mengenalpasti masalah dalam komuniti dan kegagalan komuniti memastikan

    keperluan Oku diambil kira. Melibatkan ibubapa,sekolah ,masyarakatkepada

    program pendidikan khas.

    27. Down Syndrom apakah langkah pencegahannya?

    -elakkan hamil ketika berusia 35 tahun ke atas dan buat pemeriksaan kromosom.

    28. Soalan berbentuk situasi berumur 17 tahun, mengikuti pelajaran..

    .inklusif.

    30. Ujian pendengaran (unit 6)

    a.distraction test (ujian tarikan)

    -kanak-kanak akan didedahkan dengan bunyi-bunyian tanpa pengetahuan atau

    penglihatan mereka.Perhatikan samada ada atau tidak gerak balas terhadap

    bunyian tersebut.

    b. speech test (ujian pertuturan)

    -bertujuan memerhatikan kanak-kanak boleh memahami apa yang dituturkan

    seterusnya menunjukkan gerak balas terhadap apa yang disuruh.