contoh soalan keusahawanan

7
Contoh soalan keusahawanan 1. Encik Suhaimi telah menubuhkan perniagaan Industri Desa berasaskan ubi dan kentang sejak 5 tahun yang lalu. 2 tahun kebelakangan ini perniagaan beliau telah menghadapi kekurangan jualan dalam pasaran. Sebagai pegawai pemasaran anda diminta untuk membantu Encik Suhaimi supaya perniagaannya berkembang maju dalam pasaran tempatan dan Negara. Berikan cadangan-cadangan anda dari sudut unsur-unsur pemasaran. 2. Cik Rahimah telah menamatkan pengajian dari universiti tempatan. Beliau telah tidak dapat memperolehi sebarang pekerjaan selama 10 bulan. Cik Rahimah ingin membuka industri pengeluaran sabun mandi herba di Pontian Johor. Berdasarkan pengetahuan yang anda tahu terangkan: a. Ciri-ciri usahawan b. Langkah-langkah yang perlu beliau tahu sebelum membuka industri tersebut. 3. Firma Hashim mula ditubuhkan pada tahun 2000 lalu. Produk perniagaan beliau telah mendapat permintaan pelanggan secara mendadak di seluruh negara. Buat masa ini Firma Hashim hanya dikelolakan oleh 5 orang kakitangan sahaja. Sebagai penasihat usahawan tempatan, nasihatkan Firma Hashim supaya dapat memenuhi pasaran tersebut dari segi: a. Carta organisasi (Lakarkan carta organisasi) b. Cara mendapatkan modal firma. c. Promosi

Upload: saujanaworld

Post on 19-Jun-2015

1.203 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh soalan keusahawanan

Contoh soalan keusahawanan

1. Encik Suhaimi telah menubuhkan perniagaan Industri Desa berasaskan ubi dan kentang sejak 5 tahun yang lalu. 2 tahun kebelakangan ini perniagaan beliau telah menghadapi kekurangan jualan dalam pasaran. Sebagai pegawai pemasaran anda diminta untuk membantu Encik Suhaimi supaya perniagaannya berkembang maju dalam pasaran tempatan dan Negara.

Berikan cadangan-cadangan anda dari sudut unsur-unsur pemasaran.

2. Cik Rahimah telah menamatkan pengajian dari universiti tempatan. Beliau telah tidak dapat memperolehi sebarang pekerjaan selama 10 bulan. Cik Rahimah ingin membuka industri pengeluaran sabun mandi herba di Pontian Johor.Berdasarkan pengetahuan yang anda tahu terangkan:

a. Ciri-ciri usahawanb. Langkah-langkah yang perlu beliau tahu sebelum membuka industri tersebut.

3. Firma Hashim mula ditubuhkan pada tahun 2000 lalu. Produk perniagaan beliau telah mendapat permintaan pelanggan secara mendadak di seluruh negara. Buat masa ini Firma Hashim hanya dikelolakan oleh 5 orang kakitangan sahaja. Sebagai penasihat usahawan tempatan, nasihatkan Firma Hashim supaya dapat memenuhi pasaran tersebut dari segi:

a. Carta organisasi (Lakarkan carta organisasi)b. Cara mendapatkan modal firma.c. Promosi

4. Restoran Selesa Malaysia telah dibuka 5 tahun yang lalu di Bandar Taiping, Perak. Pada tahun 2008, pemilik telah mengenalpasti terdapat 3 pesaing terdapat di Bandar tersebut yang menyebabkan perniagaannya merosot. Antara faktor-faktor yang telah dikenalpasti menyebabkan kemerosotan perniagaannya ialah :

a. Kualiti makanan dan menu yang dihidangkanb. Susunan atur dalam restoranc. Kekurangan tenaga pekerja

Anda bagai penasihat peniagaan diminta membantu pemilik restoran ini untuk mengatasi masalah yang dialami.

Page 2: Contoh soalan keusahawanan

5. Puan Rahmah telah membuka Restoran Makanan Rahmat di Port Dickson, Negeri

Sembilan pada Mac 2009 yang lalu. Perniagaannya beliau mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutamanya pada malam minggu dan dihari-hari cuti persekolahan. Untuk menyebarkan dan mengembangkan perniagaannya, meminta bantuan daripada anda menyediakan kad perniagaan restorannya.

Anda dikehendaki melakarkan kad perniagaan tersebut.

6. Anda pemilik Restoran Melai yang telah beroperasi pada tahun 2004. Dua tahun pertama perniagaan memperolehi keuntungan yang mengalakkan, tetapi apabila ada pesaing di kawasan ini sejak pembangunan Bandar begitu pesat, hasil jualan merosot.

Dengan menggunakan kreativiti anda, rancangkan strategi yang sesuai untuk meningkatkan hasil jualan di masa-masa hadapan.

7. Encik Hamdan telah menamatkan pengajian dari Universiti Utara Malaysia dalam bidang ekonomi. Beliau ingin membuka industri pengeluaran yang mengeluarkan sabun mandi, sabun basuh dan pencuci pinggan mangkuk yang berasaskan minyak kelapa sawit di Sungai Buluh, Selangor.

Berdasarkan pengetahuan yang anda tahu terangkan:

a. Carta organisasi perniagaanb. Pelan operasi kilangc. Strategi produk setiap keluaran

8. Kilang Makanan Ringan Meru, telah dibuka sejak 3 tahun yang lalu di Kilang Perindustrian Meru, Klang. Pada tahun 2008, pemilik telah terdapat dua pesaing di Bandar tersebut yang menyebabkan barangannya merosot.

Anda sebagai penasihat perniagaan diminta membantu pemilik kilang ini untuk mengatasi masalah yang dialami dari sudut:

a. promosi produkb. saluran pemasaranc. penciptaan baru iklan perniagaan

9. Encik Zaihan ingin membuka Pusat Asuhan Kanak di Taman Meru Impian, Klang dengan modal permulaan RM100,000.

Dengan menggunakan kreativiti dan pengetahuan anda, bantu Encik Zaihan dari segi:a. Pelan lokasi Pusat Asuhan Kanak-kanakb. Carta organisasic. Logo perniagaand. Promosi perniagaan

Page 3: Contoh soalan keusahawanan

10. Sebuah syarikat perkhidmatan mencuci kenderaan mendapat tawaran mencuci 300 buah bas sebulan pada harga RM80.00 bagi seunit bas. Spesifikasi kerja yang dinyatakan adalah menyembur, membasuh dengan syampu keseluruhan badan dan mengilap dengan mengunakan bahan pengilap.

Kos operasi untuk sebulan adalah seperti berikut:

Bil. Perkara Harga (RM)1. Syampu 1140.002. Bahan pengilap 1725.003. Gaji penyelia 1500.004. Upah pekerja 11520.005. Sewa tapak 900.006. Bil air 1000.007. Bil elektrik 800.008. Span dan berus 750.009. Susutnilai mesin penyembur, mesin pengilap

dan peralatan lain1050.00

10. Belanja runcit 450.00

Berdasarkan maklumat di atas. Kirakan:a) Kos bahan perkhidmatan mencuci basb) Kos buruh langsungc) Kos Overhedd) Jumlah kos operasi sebulane) Kos seunit perkhidmatanf) Keuntungan seunit perkhidmatan

11. Sebuah syarikat menservis kenderaan telah mendapat tawaran untuk menservis 200 buah kereta sebulan pada haarga RM160.00 bagi sebuah kereta. Spesifikasi kerja yang dinyatakan dalam surat tawaran ialah menukar minyak pelincir, penapis minyak pelincir, palam pencucuh dan penalaan enjin.

Kos operasi untuk sebulan adalah seperti berikut:Bil. Perkara Harga (RM)1. Minyak pelincir 6400.002. Penapis minyak pelincir 3000.003. Palam pencucuh (Plug) 2400.004. Gaji penyelia 1500.005. Upah pekerja 12000.006. Sewa tapak 1200.007. Bil air 300.008. Bil elektrik 200.009. Susutnilai mesin penalaan 1200.00

Page 4: Contoh soalan keusahawanan

enjin dan peralatan lain10. Belanja runcit 1000.00

Berdasarkan maklumat di atas. Kirakan:g) Kos bahan perkhidmatan servish) Kos buruh langsungi) Kos Overhedj) Jumlah kos operasi sebulank) Kos seunit menservis sebuah keretal) Keuntungan seunit perkhidmatan servis

1. Perniagaan Elektrik Ramli akan memulakan perniagaan perkhidmatan penyediaan pendawaian elektrik pada 1 Januari 2009. Modal yang akan dibawa masuk ke dalam perniagaan ialah RM15,000. Pinjaman daripada keluarga sebanyak RM5,000.

Berikut merupakan anggaran yang telah dibuat untuk tiga bulan berakhir 31 Mac 2009.

(a) Hasil perkhidmatan yang diterima daripada perkhidmatan disediakan dijangka sebanyak RM15,000 pada bulan Januari. Pada bulan-bulan berikutnya hasil meningkat 20% daripada hasil bulan Januari. Semua yuran diterima secara tunai.

(b) Anggaran perbelanjaan setiap bulan: Belian RM 3000 Sewa Kedai RM 1400 Gaji pekerja RM 8000 Kadar bayaran (bulan pertama) RM 500

(c) Kadar bayaran dijangka meningkat sebanyak RM50 sebulan. (d) Perabot dibeli pada bulan pertama bernilai RM1000 dan dibayar tunai. (e) Peralatan dibeli pada bulan pertama bernilai RM1500 dan dibayar tunai

Anda dikehendaki menyediakan Belanjawan Tunai bagi 3 bulan berakhir 31 Mac 2009

(Skor: 10)

JAWAPAN

Page 5: Contoh soalan keusahawanan

KEDAI ELEKTRIK RAMLIBELANJAWAN TUNAI BAGI TIGA BULAN BERAKHIR 31 MAC 2009

BUTIRAN JANUARI FEBRUARI MACRM RM RM

Baki Awal 19600 24650Penerimaan: Modal Pinjaman Hasil perkhidmatan

15000 500015000 18000 18000

Jumlah Penerimaan 35000 18000 18000Pembayaran: Belian Sewa Kedai Gaji pekerja Kadarbayaran Peralatan Perabot

30001400800050015001000

300014008000550

--

300014008000600

--

Jumlah Pembayaran 15400 12950 13000Lebihan/(Kurangan) 19600 5050 5000Baki Akhir 19600 24650 29650

KRITERIA PERSKORAN SKOR

31-3427-3023-2619-2216-1813-1510-127-94-61-3

10987654321