contoh-soalan-bnk
DESCRIPTION
dtyTRANSCRIPT
Bahagian A
Jawab semua soalan
1. a. Senaraikan empat bidang orientasi perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling di sekolah
i. Kaunseling krisis
ii. Kaunseling Pemulihan
iii. Kaunseling Pencegahan
iv. Kaunseling Perkembangan
- Mengenalpasti keperluan pelajar dalam menguasai pembelajaran
b. Nyatakan tiga jenis perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang harus
disediakan di sekolah.
i. Perkhidmatan Inventori dan Rekod
ii. Memberi maklumat
iii. Perkhidmatan Konsultasi dengan Ibu Bapa
iv. Kaunseling individu
v. Kaunseling kelompok
vi. Penempatan
2. a. Dalam usaha untuk memantapkan lagi perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling di sekolah, kerjasama antara guru biasa dan guru bimbingan
adalah penting khususnya dalam perkhidmatan inventori dan rekod.
Terangkan secara ringkas lima kaedah yang boleh dilaksanakan oleh guru
biasa untuk membantu guru bimbingan & kaunseling dalam perkhidmatan
inventori dan rekod.
i. Mengendalikan fail bimbingan bagi setiap murid.
ii. Mengumpul dan merekodkan butir-butir berkaitan dengan
penilaian dan pentafsiran minat murid-murid.
iii. Mengawasi corak kehadiran murid-murid yang dirujuk untuk
tujuan bimbingan dan kaunseling
iv. Menyelaras, mengurus dan mengemaskini rekod murid-murid.
v. Memberi maklumat tentang pencapaian dan kemajuan murid-
murid bermasalah untuk tujuan pendidikan pemulihan.
b. Guru sentiasa menghadapi pelbagai karenah murid yang menimbulkan
masalah social dalam bilik darjah. Terangkan bagaimana seorang guru
dapat mengenal pasti masalah murid dengan menggunakan kaedah
sosiogram.
i. Membuat pemerhatian hubungan social dan psikologi Antara
individu di dalam sesuatu kumpulan.
ii. Murid-murid mengisi boring pemilihan yang diedar oleh guru
iii. Guru juga boleh menjalankan sesi temu bual dengan murid-
murid untuk mengetahui siapa Antara rakan-rakan sedarjah
yang paling digemari dan dijauhi.
iv. Menganalisis data dapatan hasil penelitian dalam bentuk
sosiogram
v.
3. a. Jelaskan 3 ciri terapi bercerita dalam bimbingan dan kaunseling kanak-
kanak.
i. Ahli terapi ini menggabungkan maklumat verbal dan non verbal
yang dibekalkan oleh klien semasa mereka menyampaikan cerita
yang akan membawa kepada hasil yang diharapkan.
ii. Menggunakan kaedah Kelembutan (Subtle). Pastikan cerita yang
digunakan adalah berkenaan situasi yang sama tetapi bukan yang
betul-betul sama.
iii. Kreativiti amat diperlukan dalam terapi bercerita supaya kanak-
kanak boleh melibatkan diri dalam cerita itu sendiri.
b. Seni dianggap sublimasi dan kreatif.Kanak-kanak mengilustrasikan emosi
mereka melalui lambing visual seperti lukisan. Sarankan 2 kebaikan terapi
seni yang diamalkan dalam sesi kaunseling dari aspek sahsiah diri dan
bukan komunikasi
i. Mendorong luahan perasaan melalui pelbagai bentuk seni seperti
lukisan.
ii. Cara yang mudah dan senang untuk menyampaikan maksud atau
maklumat tanpa verbal.
iii. Kebolehan seseorang untuk meluahkan perasaannya melalui
pelbagai bentuk seni.Terapi Seni Ekspresif yang dimaksudkan di
sini menggunakan bentuk seni yang lebih tradisional seperti
mewarna, melukis, seni foto, ukiran atau lain-lain jenis seni visual
ekspresif yang lain.
iv. Menambahbaikan keadaan emosi atau mental seseorang. Pada
masa yang sama, terapi ini juga boleh digunakan untuk
mengurang ketegangan dan stres.
4. a. Ahmad bekerja sebagai seorang pembantu perubatan di hospital kerajaan.
Beliau sentiasa komited dan berdedikasi dengan tugasnya itu.
Berpandukan kepada pemahaman anda mengenai kerjaya, berikan 5
Sebab kenapa Ahmad berkeadaan demikian.
i. Ahmad telah membuat perancangan yang rapi mengenai
pemilihan kerjaya semenjak dari bangku sekolah lagi.
ii. Beliau telah banyak mendapat maklumat kerjaya semasa di
bangku sekolah lagi.
iii. Beliau mungkin telah mendapat bimbingan kerjaya daripada
guru bimbingan dan kaunseling di sekolahnya.
iv. Pekerjaan yang sesuai dengan minat dan kebolehan diri akan
membawa kesan yang amat positif.
v. Beliau mungkin telah mengenali tentang minat dan nilai dirinya
dan seterusnya memilih bidang kerjaya yang bersesuaian
dengan minat dan nilai itu.
b. Kajian Suradi (1996) menunjukkan ramai pelajar di sekolah menengah
menghadapi masalah tidakbersedia untuk membuat perancangan kerjaya
secara sistematik akibat tidak mempunyai sumber maklumat yang
diperlukan sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang
perkembangan kerjaya, cadangkan 5 cara bagaimana maklumat
pendidikan dan kerjaya dapat disalurkan kepada murid-murid.
i. Ceramah yang berorientasikan kerjaya dan latihan
ii. Menyediakan, mencetak dan mengedarkan pamplet, bahan-
bahan bercetak dan poster-poster kerjaya dan latihan
iii. Memberi maklumat latihan da pendidikan seperti Pendidikan
Jarak Jauh, program kembar dan latihan-latihan kerjaya yang
lain, teknik dan vokasional.
iv. Berhubung dan mengadakan perbincangan dengan ibu bapa
murid mengenai kemajuan kerjaya anak-anak mereka.
v. Mengadakan pameran dan bengkel kerjaya.
vi. Menganjurkan lawatan kerjaya ke agensi-agensi tertentu yang
sentiasa menawarkan pekerjaan kepada orang ramai.
vii. Sentiasa berhubung dengan pihak luar seperti MARA,
PETRONAS, Jabatan Tenaga Rakyat dan agensi-agensi lain
bagi membantu perkembangan kerjaya murid dengan cara
memanggil setiap agensi tersebut untuk mengadakan
bengkel/ceramah mengenai peluang-peluang pekerjaan di
tempat mereka.
viii. Mengadakan tayangan video atau slaid mengenai kerjaya.
Bahagian C
1. Idea terapi rasional emotif tingkah laku (REBT) oleh Albert Ellis mengambil
kesimpulan bahawa kebanyakan masalah emosi berpunca daripada pola
pemikiran murid yang tidak rasional. Masalah pada pemikiran yang tidak
rasional ini bermula seawall peringkat kanak-kanak dan diteguhkan oleh
orang-orang lain melalui budaya dan persekitaran. Bincangkan tindakan yang
boleh diambi dan implikasi apabila guru menggunakan pendekatan (REBT)
untuk membantu murid menghadapi masalah emosi.
i. Menganalisis pemikiran murid
ii. Menggalakkan murid mencari fakta
iii. Mencabar murid menguji situasi secara realistic
iv. Mengajar murid bagaimana mencari punca fikiran yang
mengganggu emosinya
v. Merancang langkah-langkah sebagai panduan kepada murid
untuk mengubah corak fikiran yang mengganggunya.
vi. Memberi tugasan (homework) kepada murid untuk mencuba
respons yang lebih rasional di luar sesi kaunseling.
2. Guru bimbingan dan kaunseling selalu berhadapan dengan pelbagai karena
tingkah laku bukan lisan murid di sekolah. Bincangkan tingkah laku bukan
lisan dan tindakan-tindakan yang boleh diambil bagi mentafsir tingkah laku
bukan lisan yang ditunjukkan oleh murid-murid di sekolah.
i. Gaya badan. Banyak maklumat yang berguna dapat dicungkil daripada
pemerhatian bagaimana seseorang duduk, bergerak danberjalan.
Contoh seseorang yang masuk kebilik kaunseling tanpa mengetuk
pintu dan duduk terus di kerusi sebelum dijemput, biasanya
menunjukkan masalah yang…
ii. Gerak isyarat. Terdapat lebih kurang 76 gerak isyarat yang biasa
digunakan dan difahami oleh kaunselor. Peranan kaunselor ialah
berusaha memahami
iii. Kontak Mata.
iv. Nada Suara. Nada suara lebih berupaya membongkar maklumat
daripada air muka kerana emosi kuat biasanya ditunjukkan melalui
tinggi rendah pada
v. Mimik Muka.
vi. Memerhati tindak balas semula jadi murid-murid akan mendampingi
seseorang atau objek yang digemari.
vii. Memerhati tindak balas semula jadi murid-murid menjauhkan diri
daripada orang atau objek yang mereka benci.
viii. Murid-murid meluahkan perasaan yang terangsang tetapi tidak
melibatkan perasaan seksual iaitu semangat yang ditunjukkan melalui
nada suara dan gerakan fizikal.
ix. Memerhati sifat dominan yang ditonjalkan olehmurid-murid yang
melibatkan konsepken diri.
3. Sekolah anda berhadapan dengan masalah ponteng sekolah. Semua guru
diminta untuk membantu menyelesaikan masalah dalam kalangan murid-
murid yang terlibat. Sebagai guru bimbingan, rancangkan satu sesi kelompok
untuk membantu menangani masalah tersebut.
Peringkat 1 (PERMULAAN)
Permulaan pembinaan hubungan
Kaunselor dan ahli-ahli berkenalan/memperkenalkan diri
Masih ada perasaan curiga mencurigai
Peringkat 2 (KONFLIK DAN PERTENTANGAN)
Terdapat unsure konflik dan pertentangan pada peringkat ini.
Terdapat ahli yang tidak berpuas hati dengan peranan kaunselor
Unsur kejelekitan belum wujud pada peringkat ini.
Peringkat 3 (PERKEMBANGAN DAN KESEPADUAN)
Peringkat perkembangan dan kesepaduan/jelekit
Kepercayaan ahli kelompok telah meningkat
Ahli berasa lebih selesa dan bersedia untuk berkongsi masalah. AHli
lebih berani dan jujur memberikan pendapat.
Peringkat 4 (HASIL)
Perhubungan antara ahli bertambah padu.
Peringkat 5 (PENAMATAN)
Penamatan boleh mewujudkan kesedihan kerana perhubungan mesra
yang telah terjalin.
Luahan perasaan ada yang positif dan ada yang negatif.
Matlamat kumpulan dicapai tetapi ada kemungkinan terdapat ahli yang
tidak mencapai matlamatnya.
Masalah baharu berkemungkinan akan dikemukakan.