contoh soalan

6
Soalan objektif. 1. Kaedah pembelajaran kolaboratif bermaksud murid belajar menerusi interaksi dengan orang lain untuk menambah ilmu pengetahuan. Peranan guru dalam memastikan keberkesanan kaedah ini ialah a) Bertindak sebagai model atau penunjuk arah untuk membantu murid dalam membina pengetahuan. b) Membenarkan murid bertindak secara bersendirian. c) Tidak menggalakkan murid bekerjasama dalam satu kumpulan. d) Membiarkan murid melakukan aktiviti secara sendirian. 2. Kenalpasti perbezaan antara penggunaan teknik demostrasi dan teknik kinestesis. Teknik demostrasi Teknik kinestesis a) Guru memimpin setiap pergerakan dan kemahiran melalui perlakuan yang sebenar, sehingga murid dapat merasai pergerakan tersebut. Memberikan penerangan dalam membetulkan kesalahan. b) Murid akan berusaha untuk memperbaikinya berpandukan kepada deria kinestesis pergerakan yang sebenar. Murid memerhati dan mengenalpasti prosedur atau cara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut. c) Guru menunjukkan cara Guru memimpin setiap

Upload: orange-humaira

Post on 12-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

pjm 3110

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Soalan

Soalan objektif.

1. Kaedah pembelajaran kolaboratif bermaksud murid belajar menerusi interaksi

dengan orang lain untuk menambah ilmu pengetahuan. Peranan guru dalam

memastikan keberkesanan kaedah ini ialah

a) Bertindak sebagai model atau penunjuk arah untuk membantu murid

dalam membina pengetahuan.

b) Membenarkan murid bertindak secara bersendirian.

c) Tidak menggalakkan murid bekerjasama dalam satu kumpulan.

d) Membiarkan murid melakukan aktiviti secara sendirian.

2. Kenalpasti perbezaan antara penggunaan teknik demostrasi dan teknik

kinestesis.

Teknik demostrasi Teknik kinestesis

a) Guru memimpin setiap pergerakan

dan kemahiran melalui perlakuan

yang sebenar, sehingga murid

dapat merasai pergerakan tersebut.

Memberikan penerangan dalam

membetulkan kesalahan.

b) Murid akan berusaha untuk

memperbaikinya berpandukan

kepada deria kinestesis pergerakan

yang sebenar.

Murid memerhati dan

mengenalpasti prosedur atau cara

untuk melakukan sesuatu aktiviti

tersebut.

c) Guru menunjukkan cara

melakukan atau menghasilkan

sesuatu pergerakan di hadapan

murid semasa sesi pengajaran.

Guru memimpin setiap

pergerakan dan kemahiran

melalui perlakuan yang sebenar,

sehingga murid dapat merasai

pergerakan tersebut.

d) Memberikan penerangan dalam

membetulkan kesalahan.

Penggunaan alat pandang-dengar

seperti wayang gambar, filem, carta,

dan poster yang menunjukkan

Page 2: Contoh Soalan

bagaimana sesuatu kemahiran

dilakukan dengan teknik yang betul.

Soalan struktur

1. "Pergerakan fizikal merupakan aspek yang dititik beratkan dalam mata

pelajaran Pendidikan Jasmani. Perkembangan kecergasan terutama aktiviti yang

melibatkan kapasiti aerobik dan kekuatan adalah penting kerana dapat

mengekalkannya kesihatan yang baik sehingga dewasa. Oleh itu bagi membina

program Pendidikan Jasmani yang akan menjadi amalan sepanjang hayat,

program yang di rancang haruslah di lihat dapat memberi manaafat

sepenuhnya."

Analisis kepentingan Pendidikan Jasmani dari aspek fizikal. (10 markah)

i. Meningkatkan daya tahan otot (2 markah)

ii. Menguatkan sistem kardiovaskular (2 markah)

Iii. Mengelakan kecederaan (2 markah)

iv. Meningkatkan kekuatan badan (2 markah)

v. Memberi ketangkasan dan kecergasan tubuh badan (2 markah)

Soalan Esei

1. Kemudahan prasarana sangat penting dalam menjalankan aktiviti Pendidikan

Jasmani dan menjadi sebahagian daripada pemilihan kriteria penting aktiviti

jasmani. Kemudahan yang kurang lengkap akan mengganggu proses

pengajaran dan pembelajaran.

Bincangkan kriteria - kriteria pemilihan lain yang terlibat dalam menjalankan

aktiviti pendidikan jasmani. (20 markah)

Page 3: Contoh Soalan

1. Kepakaran guru

Salah satu kriteria penting yang perlu diambil berat semasa membuat

perancangan pengajaran Pendidikan Jasmani ialah kepakaran guru. Dengan

adanya perancangan yang baik tetapi tanpa tenaga pengajar yang

berkemahiran dan kebolehan objektif pengajaran dan pembelajaran tidak

dapat dicapai.Tenaga pengajar yang berpengetahuan dan berpengalaman

dapat memelaksanakan aktiviti pengajaran dengan baik dan dapat

menyelesaikan masalah dengan mudah jika timbulnya sebarang masalah

semasa pelaksanaan.Oleh itu adalah penting pihak pentadbir dan guru perlu

membuat pilihan aktiviti berdasarkan kepakaran yang ada di sekolah.

2. Prasarana

Prasarana disini bererti kemudahan seperti padang, gelanggang, dewan,

gimnasium dan lain-lain. Semasa membuat perancangan aktiviti Pendidikan

Jasmani faktor kemudahan perlu dititikberatkan sebab ia merupakan faktor

yang akan mempengaruhi perlaksanaan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.Sebarang kekurangan dari segi prasarana akan menjejaskan

perancangan guru.

3. Peralatan

Perkara yang sama penting semasa membuat perancangan aktiviti

Pendidikan Jasmani ialah aspek peralatan. Alatan-alatan yang dipilih

mestilah cukup untuk bilangan pelajar semasa melaksanakan aktiviti,

selamat untuk digunakan dan sesuai dengan tahap kebolehan dan umur

pelajar. Peralatan yang tidak sesuai adalah merbahaya kepada pelajar.

4. Kedudukkan kewangan sekolah

Faktor kewangan amat penting dan sangat mempengaruhi pemilihan

aktiviti Pendidikan jasmani.Sekolah yang mempunyai masalah kewangan

biasanya menghadapi masalah dari segi kemudahan dan peralatan juga.

Page 4: Contoh Soalan

Dengan ketiadaan atau kekurangan kemudahan dan peralatan ia akan

menjejaskan perancangan

5. Sosio budaya tempatan

Semasa membuat pilihan aktiviti Pendidikan Jasmani, guru-guru perlu

peka dengan sosio budaya tempatan. Aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu

mengikut atau bersesuaian dengan sosio budaya tempatan. Langkah ini

penting untuk menentukan pihak sekolah mendapat sokongan daripada

pihak masyarakat tempatan dan ibubapa.

6. Pihak pentadbiran

Seperti yang diketahui faktor kepakaran guru, kedudukan kewangan dan

prasarana memainkan peranan yang penting untuk menentukan pilihan

aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah.Tetapi tidak dapat dinafikan pihak

yang akan mempengaruhi keputusan yang di buat akhir sekali adalah pihak

pentadbir.