contoh rph pengajaran penulisan bm

19
CONTOH RPH PENGAJARAN PENULISAN BM TAHUN 5 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( BAHASA MALAYSIA TAHUN 5 Minggu ke 12 Tarikh : 02 April 2012 Hari : Isnin Masa : 6.50 – 7.50 (60 Minit) Kelas :Tahun 5 Arif Bil Murid : 40 Orang Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia

Upload: zakwan-abdul-rahim

Post on 13-Aug-2015

220 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

bahasa melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Rph Pengajaran Penulisan Bm

CONTOH RPH PENGAJARAN PENULISAN BM TAHUN 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( BAHASA MALAYSIA TAHUN 5

Minggu ke 12

Tarikh : 02 April 2012

Hari : Isnin

Masa : 6.50 – 7.50 (60 Minit)

Kelas :Tahun 5 Arif

Bil Murid : 40 Orang

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia

Page 2: Contoh Rph Pengajaran Penulisan Bm

Tema : Keselamatan jalan raya

Topik/ Tajuk : Kemalangan Jalan Raya Yang Pernah saya Saksikan

- Penulisan

Hasil Pembelajaran :1.2 Aras 2 (i) Mengemukakan soalan yang .relevan tentang topik yang berkaitan

8.1 Aras 1(i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.

8.2 Aras 3 (i) Menulis cerita berdasarkan sesuatu tajuk dengan menggunakan pelbagai jenis ayat.

9.3 Aras 1 (ii) Menyusun atur maklumat mengikut mengikut keutamaan.

Objektif : Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini murid dapat:

a. Menyenaraikan sekurang-kurangnya lima isi penting berdasarkan tajuk yang diberi

b. Menulis karangan dengan format yang betul

Page 3: Contoh Rph Pengajaran Penulisan Bm

c. Menghasilkan penulisan yang baik dari segi isi, struktur ayat, tatabahasa, ejaan, tanda baca dan penggunaan hurup besar ditempat yang sesuai.

Pengetahuan sedia ada: Murid biasa mendengar atau melihat tragedy kemalangan samada

melalui media cetak, elektronik atau pengalaman sendiri.

Sistem bahasa : Tatabahasa – kata nama, kata hubung,ayat majmuk,ayat penyata,tanda baca

Kosa kata - dahsyat, mengerikan, menyanyat hati, tragedi, lampu isyarat, kecuaian, kesabaran,

Pengisian Kurikulum : Ilmu –PKJR/ Pendidikan Sivk dan Kewarganegaraan/ Kajian Tempatan/ Pendidikan Moral/ Pendidikan Agama

Nilai –Berhati-hati, menurut peraturan, bertimbang rasa, hormat-menghormati, saling sayang-menyayangi.

KBT- Kontekstual – mengalipakasi, menghubungkait

Media Pengajaran : Media (kad situasi), Kad Manila, Pantel Pen, Video, Laptop dan LCD.

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran)

Page 4: Contoh Rph Pengajaran Penulisan Bm

Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan

Aktiviti Guru Aktiviti Murid

Set Induksi

5 Minit

1. Bacaan doa

2. Mencungkil pengetahuan sedia ada

Murid diminta bersedia untuk membaca doa penerang hati

Guru bersoaljawab dengan murid tentang cara mereka datang ke sekolah.

Guru bertanya kepada murid tentang pengalaman melihat kejadian ngeri (kemalangan jalan raya)

Murid membaca doa penerang hati secara serentak

Murid dijangka menjawab:

-berjalan kaki

-dihantar oleh ibu bapa/keluarga

-menaiki bas sekolah

(individu)

Murid bercerita tentang kejadian kemalangan yang pernah mereka lihat.(individu)

KBT-membuat gambaran mental

KBT- Menjana Idea

Page 5: Contoh Rph Pengajaran Penulisan Bm

Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid Catatan

Langkah 1

(10 Minit)

1. Tayangan klip video (kemalangan)

2. Mempelihatkan beberapa paparan/keeping gambar kemalangan jalan raya.

Guru menayangkan video klip yang mengesahkan kemalangan jalan raya.

Guru mengajukan soalan:

1. Apa sebenarnya yang berlaku dalam tayangan klip video yang dipertontonkan sebentar tadi?

2. Di mana kejadian itu berlaku?

3. Bila kejadian itu berlaku?

4. Siapa yang terlibat dalam kemalangan tersebut?

5. Yang terjadi akibat kemalangan tersebut?

6. Bagai manakah keadaan mangsa kemalangan tersebut?

Murid menonton klip video kemalangan jalan raya.

Murid-murid akan member reaksi keatas soalan-soalan yang diajukan.

Beberapa orang murid secara individu diberi peluang untuk menyatakan menjawab atau menyatakan pendapat.

KBT

-menjana idea

- membuat kajian dan perhubungan

- menganalisa

-menyatakan sebab

-merumus

Page 6: Contoh Rph Pengajaran Penulisan Bm

7. Pernahkah murid-murid melihat kejadian ini ketika murid-murid sedang berjalan kaki atau berada dalam kenderaan?

Langkah 2

(15 Minit)

Gambar rangsangan

(Akibat Kemalangan)

Merangka karangan bertajuk: Kemalangan Jalan raya yang Pernah Saya saksikan.

Guru memperlihatkan beberapa keeping gambar /slide kemalangan ngeri

Guru Membahagikan murid kepada 6 kumpulan.

Kad Manila dan pantel pen diberi kepada setiap kumpulan

Murid diarah menyenaraikan isi/rangka karangan (Kumpulan)

1. Pendahuluan

-masa, tempat

2. Isi karangan

Murid memerhati dan memberi reaksi

Murid bersedia menurut arahan

Setiap kumpulan bersedia dan memulakan perbincangan dan menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang dinyatakan

KBT:

Menjana idea

KBT:

Pembelajaran Kontekstuan

Kemahiran belajar cara belajar

Pembelajaran Konstruktivisme

Perbincangan

Page 7: Contoh Rph Pengajaran Penulisan Bm

-punca,keadaan/akibat,perasaan

3. Penutup

-kesan/pengajaran

Langkah 4

(10 Minit)

Melapor hasil kerja kumpulan

Seorang wakil kumpulan yang dilantik dalam kumpulan akan melaporkan hasil kerja mereka.

Pujian diberikan

Wakil kumpulan dengan diiringi oleh ahlinya melaporkan hasil kerja masing-masing.

Rakan-rakan sekelas akan member komen dan tepukan atas usaha kerja sama dari kumpulan kerana Berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dengan baik.

KBT;

-mengenal pasti idea utama

-mencirikan

-mengumpul maklumat

-membuat analogi

Langkah 5

(15 Minit)

Menulis karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah

Murid diminta menulis karangan berdasarkan kerengka karangan yang telah dihasilkan oleh kumpulan masing-masing.

Murid menulis karangan. (Individu) Kemahiran Berfikir

-membuat

Page 8: Contoh Rph Pengajaran Penulisan Bm

perkataan.

Guru membimbing murid terutama yang berkaitan dengan kesalahan perenggan,tatabahasa, ejaan, struktur ayat, tanda baca dan penggunaan tanda baca.

Catatan:

Murid yang lambat diberi peluang untuk menyiapkan karangan di rumah.(Kerja rumah)

Murid membuat pembetulan akan kesilapan yang dilakukan.

Murid berhenti menulis. Murid yang telah selesai mengarang akan menghantar hasil kerja mereka untuk penilaian guru.

gambaran mental

-belajar cara belajar

Penutup

(5 Minit)

Menyanyi lagu Kesalamatan di Jalan Raya

Merumus isi pelajaran

Murid di minta berdiri dan menyanyi lagu Keselamatan di Jalan raya

Guru merumus isi pelajaran sebagai penutup.

Murid menyanyi dengan penuh bersemangat.

Murid member perhatian

Peneguhan

Page 9: Contoh Rph Pengajaran Penulisan Bm

Rancangan Pengajaran Harian ( BM Tahun 3 )

Matapelajaran              :           Bahasa MelayuKelas                           :           Tahun 3Bil Murid                    :           7 orangMasa                            :           9. 30 pagi- 10.00 pagi ( 30 minit )Bidang Pelajaran         :           Membina ayat ( penulisan )Objektif pelajaran       :           Pada akhir pelajaran ini murid-murid dapat :i ) Membina lima ayat tungal dan yat majmuk  berdasarkan gambar yang diberikan dengan bimbingan guruii) Memberi pendapat berdasarkan gambar rangsangan dengan menggunakan ayat yang sesuai.

               :           8.1       membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmukAras 3 ( i )       membina ayat tunggal dan ayat majmuk yang lengkap

Fokus Sampingan        :           4.2       Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh  pihak lain                                    Aras i ( i )        Memerihalkan sesuatu perkara berdasarkan pemerhatian.Kemahiran Bahasa      :           Bertutur, dan menulis.Sistem Bahasa             :           Penjodoh Bilangan, kata sendi nama

Page 10: Contoh Rph Pengajaran Penulisan Bm

Ilmu                             :           Pendidikan MoralNilai                            :           kasih sayang menghargai,

Kemahiran Bernilai Tambah   :Kemahiran berfikir      : menjana idea , menerangkan sebabKemahiran Belajar      : mengumpul dan memproses maklumatKecerdasan pelbagai   : kontekstual, verbal- linguistikAlat Bantu Mengajar :i)          Gambar Rangsanganii)         Buku latihanPengetahuan sedia ada murid : Murid –murid telah mempelajari ayat tunggal dan ayat majmuk serta pernah mempelajari kemahiran membina ayat berdasarkan gambar dalam pelajaran yang lepas.

Langkah Isi kandungan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan/

Set induksi (3 minit )

Bersarapan bersama keluarga 1.Bersoaljawab dengan murid tentang aktiviti mereka sebelum pergi ke sekolah  .2.Murid menyatakan perkara yang dilakukan setiap pagi sebelum pergi ke sekolah..4. Guru bertanyakan jenis makanan dan minuman yang biasa di ambil sebagai sarapan pagi.3. Guru mengaitkan sesi soal-jawab  dengan tajuk pelajaran.

Gambar rangsangan

Kecerdasan pelbagai :kontekstual

Langkah 2( 13 minit ) Membina ayat tunggal dan ayat

majmuk berdasarkan gambar secara lisan

1. Guru mengedarkan gambar ransangan kepada murid sambil memberi penerangan tentang tugasan yang perlu dibuat oleh murid2. Beberapa orang murid dipilih untuk menyatakan pemerhatian mereka berdasarkan gambar.3. Guru memberi rangsangan dan bimbingan kepada murid untuk memberi pendapat berdasarkan gambar

Gambar rangsangan

Kecerdasan pelbagai:verbal- linguistik

Page 11: Contoh Rph Pengajaran Penulisan Bm

Kata kerja

4. Murid  diminta dan dibimbing untuk membina ayat berdasarkan pemerhatian mereka terhadap gambar rangsangan yang diberikan .5. Guru membetulkan dan memurnikan ayat yang dibina oleh murid6. Guru menerapkan aspek tatabahasa secara tidak langsung melalui penerangan dan soaljawab

Langkah 3( 12 minit ) Membina ayat berdasarkan

gambar secara bertulis

1. Murid diminta membina lima ayat berdasarkan  sesi soaljawab dan ayat yang dibina secara lisan.2. Murid membina ayat berpandukan gambar ransangan seperti yang telah dibincangkan3. Guru serta membimbing murid yang lemah untuk membina ayat

4. Murid menjalankan aktiviti dengan bimbingan dan pengawasan guru.

Buku latihan

Penutup(2 minit )

Rumusan pelajaran 1.Beberapa orang murid diminta untuk membacakan ayat yang telah dibuat atau ditulis.2. Guru memperbetulkan atau memurnikan ayat yang didapati kurang sesuai.3. Murid dibimbing untuk merumuskan pelajaran melalui sesi soaljawab secara ringkas

Page 12: Contoh Rph Pengajaran Penulisan Bm

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 6

before this aku letakkan RPH yang tak chantek.. k ini rph chantek lec dah semak.. cantik dah. dah leh wat rujukan.

Matapelajaran : Bahasa Melayu

Tarikh : 7 februari 2011

Masa : 9.15 am - 10.15 am (60minit)

Tahun : 6 Amanah

Bil Murid : 30 orang

Tema : Sejarah

Tajuk : Kembara Sejarah

Nilai Murni : i. Bekerjasama

ii. Hormat-menghormati

iii. Patriotisme

Objektif : Pada akhir pembelajaran ini murid dapat;

i. Murid dapat menyumbangkan dua isi daripada lima isi perwatakan laksamana Cheng Ho secara berkumpulan

ii. Murid dapat membina ayat dengan menggunakan lima daripada tujuh kata penguat di dalam buku teks .

iii. Murid dapat membina sekurang-kurangnya satu rangkap pantun bertemakan Pelayaran Laksamana Cheng Ho secara berkumpulan

Fokus Utama :

1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat dengan menggunakan kata, ungkapan dan ayat yang sesuai..

Aras 3

i. Menyatakan pengajaran yang terdapat dalam bahan secara analitis.

Page 13: Contoh Rph Pengajaran Penulisan Bm

Fokus Sampingan :

10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah menarik dan bermakna.

Aras 3

Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang,tertib dan kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat , indah dan menarik.

Kemahiran Bernilai Tambah : kemahiran Berfikir :-

i .Merumus

ii. Mengenal pasti idea utama

iii. Membanding beza

Kecerdasan Pelbagai

i. Interpersonal

ii. Verbal-linguistik

kaedah penggabungjalinan dan teknik perbincangan

Tatabahasa : Kata penguat belakang, kata penguat hadapan

BBM : Teks, Video,Lembaran Kerja

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah mendengar cerita tentang Sejarah Melaka dan Laksamana Cheng Ho

Murid tahu mencipta pantun dan murid tahu rima pantun.

Langkah Isi Pelajaran Kaedah Penyampaian Catatan

Set induksi

5 minit

1. Guru berbual-bual dengan murid tentang perlabuhan negeri Melaka sebagai perlabuhan interpot.

1.1 guru bertanya murid samaada mereka pernah mendengar sejarah Melaka ataupun tidak.

1.2 guru menceritakan tentaang keagungan dan kemasyuran Melaka pada suatu ketika dahulu.

Tayangan video menggunakan Notebook dan LCD

Page 14: Contoh Rph Pengajaran Penulisan Bm

2. Guru Mempertontonkan Video gambaran perlabuhan negeri Melaka.

1.3 guru menceritakan lambakan pedagang dari Negara asing dan bahasa melayu sebagai bahasa lingua franca

-china

-portugis

-Arab

1.4 Guru menceritakan tokoh pedagang yang terkenal turut datang

- Laksamana Cheng Ho

Nilai :

Patriotisme

Langkah 1

10 minit

1. guru menggunakan teks dalam buku teks Bahasa Melayu tahun 6 halaman 128

2. Murid menjawab secara lisan

1.1 guru meminta seorang demi seorang murid membaca kuat teks dan guru membetulkan kesalahan dalam pembacaan murid.

1.2 Guru meminta semua murid membaca teks secara bersama-sama.

1.3 guru meminta murid menjelaskan apa yang mereka fahami melalui teks yang dibaca.

1.4 guru menjelaskan bahawa kata penguat hadapan dan penguat belakang digunakan untuk menegaskan lagi maksud sesuatu ayat.

-sangat

-amat

-lah

1.5 guru meminta murid mnyenaraikan kata penguat belakang dan hadapan secara lisan.

Buku teks bahasa melayu tahun 6

Kertas mahjung

Kemahiran Ganerik: Kemahiran Berfikir

teknik perbincangan

Nilai : Hormat-menghormati

Langkah 2 1. Murid secara berkumpulan 1.1 guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan. Guru teknik perbincangan

Page 15: Contoh Rph Pengajaran Penulisan Bm

10 minit menyenaraikan perwatakan laksamana Cheng Ho dan menyatakan pengajaran yang terdapat dalam teks tersebut.

2.Secara berkumpulan murid membina ayat dengan menggunakan kata penguat yang terdapat didalam buku teks berkaitan dengan perwatakan laksamana Cheng Ho

memberi kertas mahjung kepada setiap kumpulan.

1.2 Setiap kumpulan hendaklah menyenaraikan perwatakan Laksamana Cheng Ho, nilai yang bersesuaian dengan teks dan menyatakan kesan perhubungan yang ingin dijalinkan oleh laksamana cheng ho dengan negeri Melaka dalam bentuk lakaran kerangka.

1.3 guru meminta murid-murid di dalam setiap kumpulan membina ayat dengan menggunakan kata penguat yang terdapat didalam teks

1.4 Guru meminta setiap kumpulan menyampaikan hasil perbincangan mereka di hadapan kelas

Nilai: bekerjasama

Langkah 3

20 minit

1. Membina 3 rangkap pantun bertemakan pelayaran laksaman Cheng Ho

1.1 Guru meminta pelajar dalam kumpulan yang sama menghasilkan 3 rangkap pantun bertemakan laksamana cheng ho di atas kertas warna yang disediakan.

1.2 Pantun hendaklah ditulis dengan menggunakan tulisan berangkai

1.3 Guru menyatakan kumpulan yang Berjaya menyiapkan pantun yang terbaik dan cantik akan diberikan token untuk setiap ahlinya.

BBM:

Kertas warna

Pensel warna

Nilai:

Kerjasama

Penutup

5 minit

1. ulasan guru 1.1 guru mengulas semula tajuk pejaran pada hari ini dan menyatakan nilai kerjasama dan persahabatan di antara dua buah Negara dapat memperkukuhkan lagi Negara tersebut dan rakyat akan hidup dalam keadaan selesa.

1.2 Guru menjelaskan bahawa Negara Malaysia mempunyai khazanah yang berharga dan murid-murid bertanggungjawab menjaga khazanah Negara dari di cerobohi.

Kaedah pengukuhan

Page 16: Contoh Rph Pengajaran Penulisan Bm

1.3 Guru menjelaskan bahawa murid-murid perlu menjalinkan hubungan baik sesame sendiri dan bekerjasama.

1.4 Guru memupuk semangat dalam diri muri-murid agar melawat Negara asing agar bertambah ilmu di dada.