contoh penghargaan

3
PENGHARGAAN Bagi memenuhi sukatan pelajaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 2, para guru pelatih yang menjalani kursus Gerko Permainan Tenis diminta melaksanakan satu tugasan iaitu menghasil dan menghuraikan salah satu sistem pertandingan bagi perlawanan tenis. Selain itu juga, kerja kursus ini mengkehendakkan guru pelatih untuk merangsang pemikiran mereka dalam menghasil sejurus melaksanakan satu sesi latihan kecergasan fizikal berasaskan kemahiran asas permainan tenis mengikut kreativiti sendiri. Tugasan ini amat penting bagi memantapkan cara kami merancang dan menyusun stategi pengajaran Bahasa Melayu dengan betul dalam banyak keadaan. Hal ini demikian kerana, bahasa merupakan satu alat komunikasi yang penting dalam kehidupan manusia. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat jua kami menyiapkan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu bagi Permainan Tenis pada tarikh yang telah ditetapkan dengan jayanya. Tugasan yang diberikan ini amat bernilai dan bermakna untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang aktiviti-aktiviti yang sesuai dilaksanakan kepada murid- murid mengikut tahap keupayaan mereka. Sekalung penghargaan yang tidak terhingga kepada …..di atas segala sokongan, komitmen serta tunjuk ajar dalam membantu kami

Upload: jessica-rose-mckell

Post on 19-Feb-2015

133 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

penghargaaan tugasan tenis

TRANSCRIPT

Page 1: contoh PENGHARGAAN

PENGHARGAAN

Bagi memenuhi sukatan pelajaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester

2, para guru pelatih yang menjalani kursus Gerko Permainan Tenis diminta

melaksanakan satu tugasan iaitu menghasil dan menghuraikan salah satu sistem

pertandingan bagi perlawanan tenis. Selain itu juga, kerja kursus ini mengkehendakkan

guru pelatih untuk merangsang pemikiran mereka dalam menghasil sejurus

melaksanakan satu sesi latihan kecergasan fizikal berasaskan kemahiran asas

permainan tenis mengikut kreativiti sendiri. Tugasan ini amat penting bagi

memantapkan cara kami merancang dan menyusun stategi pengajaran Bahasa Melayu

dengan betul dalam banyak keadaan. Hal ini demikian kerana, bahasa merupakan satu

alat komunikasi yang penting dalam kehidupan manusia.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat jua

kami menyiapkan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu bagi Permainan Tenis pada

tarikh yang telah ditetapkan dengan jayanya. Tugasan yang diberikan ini amat bernilai

dan bermakna untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang aktiviti-aktiviti yang

sesuai dilaksanakan kepada murid-murid mengikut tahap keupayaan mereka.

Sekalung penghargaan yang tidak terhingga kepada …..di atas segala

sokongan, komitmen serta tunjuk ajar dalam membantu kami menyiapkan tugasan ini

sehingga sempurna. Beliau banyak menyumbangkan idea dan membantu bagi

memudahkan kami untuk menyiapkan tugasan ini. Perkara ini, sedikit banyak telah

membantu kami untuk merancang kerja ini dengan lebih teratur serta bersistematik.

Jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu kami

tidak kira dari segi menyumbangkan idea mahupun tenaga. Idea yang dicurahkan

amatlah bernas dan komen daripada mereka amatlah membina dan merangsang

pemikiran sehingga membuahkan hasil kerja yang baik dan bermutu tinggi. Jasa baik

mereka semua tidak ternilai harganya.

Page 2: contoh PENGHARGAAN

Tidak lupa juga kepada kedua orang tua kami yang banyak memberi sokongan.

Segala nasihat dan sokongan moral banyak memberikan semangat kepada kami untuk

menjayakan tugasan ini. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat

dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung segala

bantuan yang telah dihulurkan amatlah kami hargai. Semoga tugasan ini memberikan

impak yang bagus kepada diri kami dan semua rakan yang lain untuk menambahkan

pengetahuan yang sedia ada di masa hadapan.

Sekian, terima kasih.