contoh memo terbuka

3
Contoh Memo Terbuka Datuk Abd. Hakim Borhan Datuk Bandar Kuala Lumpur Menara DBKL, Jalan Raja Laut 50350 KUALA LUMPUR 25 JULAI 2008 Datuk, RAYUAN PEMBATALAN KONSERT INUL DARATISTA DI BUKIT JALIL Saya mewakili lebih 200 orang ahli Persatuan Pengunjung Tetap Kelab Dangdut atau ringkasnya, PEKEDUT, ingin melahirkan rasa kecewa di atas tindakan Datuk membatalkan permit konsert ratu dangdut Indonesia, Inul Daratista yang dijadual berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil di sini Ahad ini. 2. Mungkin bagi Datuk muzik dangdut mengundang maksiat dan mendatangkan dosa tetapi adakah Datuk terlupa yang pihak Datuk jugalah yang mengeluarkan lesen kelab dangdut di Kuala Lumpur sehingga kami ahli-ahli PEKEDUT sering dibaling penyapu oleh isteri kami kerana asyik balik lewat pasal pergi dangdut! 3. Mungkin bagi Datuk muzik dangdut ‘low class’ tetapi tidakkah Datuk sedar yang ramai wakil rakyat sering ke kelab dangdut tiap kali ada Perhimpunan Agung UMNO sehinggakan pemilik kelab dangdut terpaksa bayar overtime pada kakitangannya. Diulang, wakil rakyat tau! Jadi istilah ‘low class’ tidak timbul malah Datuk sebenarnya yang ‘low class’ kerana tak join diaorang, hehehe 4. Sedarkah Datuk yang disebabkan dangdutlah, ramai anak muda kita yang tak berpelajaran boleh mencari rezeki. Sebagai contoh anak jiran saya, Rozana, kalau ikutkan keputusan SPMnya, dia hanya dapat kepujian dalam subjek

Upload: nzrl-syqm

Post on 30-Jun-2015

169 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Memo Terbuka

Contoh Memo Terbuka

Datuk Abd. Hakim Borhan

Datuk Bandar Kuala Lumpur

Menara DBKL, Jalan Raja Laut

50350 KUALA LUMPUR                                                            25 JULAI 2008

 

Datuk,

RAYUAN PEMBATALAN KONSERT INUL DARATISTA DI BUKIT JALIL

Saya mewakili  lebih 200 orang ahli Persatuan Pengunjung Tetap Kelab Dangdut atau

ringkasnya, PEKEDUT, ingin melahirkan rasa kecewa di atas tindakan Datuk

membatalkan permit konsert ratu dangdut Indonesia, Inul Daratista yang dijadual

berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil di sini Ahad ini.

2. Mungkin bagi Datuk muzik dangdut mengundang maksiat dan mendatangkan dosa

tetapi adakah Datuk terlupa yang pihak Datuk jugalah yang mengeluarkan lesen kelab

dangdut di Kuala Lumpur sehingga kami ahli-ahli PEKEDUT sering dibaling penyapu oleh

isteri kami kerana asyik balik lewat pasal pergi dangdut!

3. Mungkin bagi Datuk muzik dangdut ‘low class’ tetapi tidakkah Datuk sedar yang

ramai wakil rakyat sering ke kelab dangdut tiap kali ada Perhimpunan Agung UMNO

sehinggakan pemilik kelab dangdut terpaksa bayar overtime pada kakitangannya.

Diulang, wakil rakyat tau! Jadi istilah ‘low class’ tidak timbul malah Datuk sebenarnya

yang ‘low class’ kerana tak join diaorang, hehehe

4. Sedarkah Datuk yang disebabkan dangdutlah, ramai anak muda kita yang tak

berpelajaran boleh mencari rezeki. Sebagai contoh anak jiran saya, Rozana, kalau

ikutkan keputusan SPMnya, dia hanya dapat kepujian dalam subjek Pendidikan Jasmani

(yang lain semua fail) namun kini Rozana mampu tinggal di kondominium Mont Kiara

setelah memegang jawatan GRO di Kelab Dangdut Seroja. Staf Datuk? Jangan kata

kerani, pegawai yang ada ijazah pun belum tentu dapat bayar sewa flat kat Jalan

Pekeliling tu.

Page 2: Contoh Memo Terbuka

5. Jangan pergi jauhlah, anak buah saya si Ucop tu, kalau bukan kerana bekerja

sebagai BOUNCER di Kelab Dangdut Mawar Biru, nak beli rantai basikal BMX pun kena

pinjam ceti tau!

6. Berbalik pada Inul, apa dosa dia? Yang berdosanya kita kerana kerana kitalah yang

bantai beli CD dan DVD Goyang Gerudinya hingga menyebabkan dia memilih untuk terus

menyanyi dan melakukan aksi geleknya, kalau ikutkan Inul dulu cita-citanya nak jadi

nurse je. Bak kata pepatah, bukan salah ibu mengandung, salah syarikat pembekal

kondom kerana meletakkan harga kondom yang agak tinggi di pasaran (err…ok tak

peribahasa ni)

7. Datuk, sayugia diingatkan. Takpayahlah Datuk hipokrit, silap haribulan Datuk sendiri

ada menyimpan koleksi DVD Konsert Inul Daratista dari volume 1 hingga 25, termasuk

konsert jelajah Pulau Jawanya tahun lepas, ye tak? ye tak? ye tak?

8. Kami ahli-ahli PEKEDUT juga meminta Datuk mempertimbangkan semula rancangan

untuk membatalkan kosert ini kerana kami difahamkan, lebih 20,000 buruh binaan dari

Indonesia merancang untuk mogok sekiranya Inul tidak dibenarkan nyanyi, Datuk kena

faham, ada di antara mereka sanggup menangguhkan hasrat untuk pulang ke kampung

Hari Raya akan datang semata-mata kerana nak beli tiket konsert Inul. Bagi mereka Inul

ibarat Ajinomoto, biar banyak MSG, janji Mee Bakso enak sekali.

9. Akhir kata, kami ahli-ahli PEKEDUT juga meminta Datuk melihat kembali laporan

kewangan DBKL tiap-tiap tahun. Mana mungkin DBKL boleh buat jalan, turap jalan, bina

lebih banyak rumah flat dan tanam lebih banyak pokok bunga kat Parlimen sekiranya

pemilik dangdut tak bayar cukai perniagaan kat u all. Kalau semua pemilik dangdut buat

petisyen hilang kepercayaan pada Datuk, nescaya kesannya lebih dahsyat daripada

petisyen hilang kepercayaan wakil rakyat Sabah kat Pak Lah.

10. Di atas alasan panjang lebar yang kami berikan tadi, diharap sangat agar Datuk

timbangkan balik keputusan melarang Inul menyanyi kat Bukit Jalil Ahad ni. Kalau nak

batalkan juga, kami cabar Datuk tutup semua kelab dangdut. Tukar je jadi kelab

menjahit atau kelab tarian pocho-pocho kat KL, baru orang putih kata ‘fair and square’.

Amacam, ada berani?

 

Yang benar,

Megat Kulop bin Yeop Gantang PJK, AMN, KMN, RTM, NTV, KTM

Page 3: Contoh Memo Terbuka

Setiausaha Kerja 1 PEKEDUT

c.c Pengerusi Pergerakan Pemuda Negeri-Negeri

     Pengerusi Belia 4B Semenanjung

     Ketua Rela Daerah

     Datin Rokiah Mat Lela (Ketua Penaja Rombongan Cik Kiah Kg. Chubadak)

     Pengerusi JKKKK Wilayah Utara

     En. Mat Seman Abu (Ketua Pasukan Kompang dan Rodat Kg. Bunut Payong)