contoh kkg geografi 2012

Upload: arifah-yosri

Post on 05-Apr-2018

276 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 CONTOH KKG GEOGRAFI 2012

    1/26

    PADANG SERAI, SATU TINJAUAN GEOGRAFI

    Saya tinggal di 881 Lorong Kenari 1/2B, Taman Kenari, Kulim, Kedah.

    Pekan Kulim merupakan satu lokasi yang strategik dan sedang pesat membangun

    di kawasan Kedah Selatan Terletak 15 km dari Bukit Mertajam, 62 km dari Sungai

    Petani dan 26km dari Kepala Batas Seberang Perai. Pertumbuhan penduduk di sini

    telah meningkat secara mendadak, ekoran pertumbuhan pesat sektor perumahan di

    kawasan berkenaan. Sehingga kini, taman-taman perumahan di sini telah mencecah

    100,000 unit, manakala sektor perumahan desa turut berkembangan seiringan.

    Secara umumnya, bentuk muka bumi kawasan Bandar Kulim merupakan

    kawasan tanah pamah rendah beralun diselangselikan dengan bukit-bukit kecil yang

    banyak terdapat di sini. Kawasan tanah pamah di sini mempunyai ketinggian antara

    10 100 meter. Keadaan ini menunjukkan kawasan berkenaan merupakan tanah

    pamah yang rendah dan mempunyai beberapa kawasan berbukit rendah yang

    beralun.

    Hampir kebanyakan kawasan ini memperlihatkan bentuk muka bumi yang

    beralun. Kawasan bukit-bukit kecil yang rendah dan sederhana dapat dilihat di

    kawasan bahagian tenggara Bandar Kulim

    Dari segi tanah tanih pula, sebahagian besar daripada kawasan yang dikaji

    terdiri daripada tanih laterit, selebihnya tanah jenis gambut dan tanah berpasir.

    Tanah tanih tersebut sangat sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit.

    http://seraidamai.blogspot.com/2012/01/padang-serai-satu-tinjauan-geografi.htmlhttp://seraidamai.blogspot.com/2012/01/padang-serai-satu-tinjauan-geografi.html
  • 8/2/2019 CONTOH KKG GEOGRAFI 2012

    2/26

    KAEDAH KAJIAN.

    Terdapat beberapa kaedah kajian yang telah saya gunakan semasa membuat

    Kajian Geografi PMR ini, iaitu:

    1. Kajian Rujukan.

    Sebelum memulakan kajian, saya dan ahli kumpulan perlulah membaca dan

    merujuk beberapa bahan rujukan terlebih dahulu. Antara bahan rujukan yang sesuai

    termasuklah buku teks, buku rujukan di perpustakaan, majalah, surat khabar atau

    melayari internet. Saya dan ahli kumpulan juga membuat rujukan dengan membaca

    dan mentafsir peta topo kawasan Padang Serai.Data-data dan maklumat yang dapat

    kami kumpulkan itu sangat berguna dalam kajian saya ini. Tanpa data dan bukti-

    bukti kukuh, kajian ini akan dianggap lemah. Jika ada masalah, saya dan rakan-

    rakan sentiasa berbincang dengan guru geografi kami terlebih dahulu.

    2. Kajian Pemerhatian Tinjauan.

    Kajian Tinjauan Pemerhatian ini boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan.

    Ahli kumpulan saya tinggal di kawasan yang berasingan dan berjauhan; oleh itu,

    kami telah mengagih-agihkan supaya setiap ahli meninjau kawasan masing-masing

    bagi mendapat data dan maklumat. Setelah semua ahli dapat berkumpul semula,

    semua data dan maklumat tadi akan diproses dan ditapis oleh ahli-ahli

    kumpulan. Hanya maklumat yang paling sesuai yang akan dipilih oleh ahli

    kumpulan. Kami juga dapat merakamkan gambar kawasan yang ditinjau tersebut.

  • 8/2/2019 CONTOH KKG GEOGRAFI 2012

    3/26

    3. Kajian Temubual ( Temuramah ).

    Dalam menjalankan temubual tersebut, saya dan rakan kumpulan telah memilih

    beberapa orang respondent untuk temubual. Mereka telah diajukan beberapa soalan

    berhubung pelbagai perkara bagi mendapatkan pandangan mereka. Kesemua

    respondent memberi kerjasama yang baik dalam kajian ini.

    4. Kaedah Kaji Selidik

    A) MERANCANG SOAL SELIDIK.

    1. Soal selidik ini boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan.

    2. Seboleh-bolehnya setiap individu dapat mengumpulkan 20 responden.

    3. Para responden boleh terdiri daripada peniaga, pengunjung perniagaan atau

    pemimpin-pemimpin tempatan yang berpengaruh di lokasi berkenaan.

    4. Para responden mestilah seorang yang matang dan mampu memberi respons

    secara terbuka dan bersikap rasional. ( umur 25 tahun ke atas ).

    B) MENGUMPUL HASIL SOAL SELIDIK.

    5. Kumpulkan hasil dapatan soal selidik.6. Masukkan data yang terkumpul ke

    dalam satu jadual induk.

    C) membina jadual berasaskan data terkumpul.7. Bina satu jadual yang

    mudah untuk data soal selidik yang telah dijalankan.8. Jadual boleh dibina

    menggunakan aplikasi microsoft excel.

    D) membina graf yang sesuai.9. Berdasar jadual yang telah dikumpul

  • 8/2/2019 CONTOH KKG GEOGRAFI 2012

    4/26

    tersebut, bina satu graf dengan menggunakan kemudahan yang disediakan

    dalam excel berkenaan.

    E) menulis laporan.10. Sila salin ( copy ) jadual dan graf yang telah dihasilkan

    di microsoft excel tersebut dan tampalkan ( paste ) ke dalam microsoft word, iaitu

    sambungan hasil dapatan kajian yang telah anda laksanakan.11. Tulislah

    laporan yang bersesuaian, berdasar data-data dan graf yang telah anda perolehi

    tersebut. Gunakan ayat yang ringkas, tepat dan bersesuaian dengan laporan

    kajian anda.

  • 8/2/2019 CONTOH KKG GEOGRAFI 2012

    5/26

    MENULIS HASIL DAPATAN KAJIAN:

    KONSEP PERNIAGAAN RUNCIT JENIS PASAR MALAM

    Saya memilih tajuk Perniagaan Runcit ( Perniagaan Pasar Malam ) di

    Kawasan .......... sebagai tema kerja kursus geografi PMR tahun ....... Hasil tinjauan

    yang saya dan rakan-rakan saya lakukan, aktiviti perniagaan runcit penjaja kecil

    memang terdapat di kawasan ...............

    Antara lokasi yang dikenalpasti termasuklah:

    a) Pasar Malam Taman Selasih setiap hari selasa malam rabu.

    b) Pasar Malam Kelang Lama setiap hari khamis malam jumaat.

    c) Pasar malam Taman Saga setiap hari isnin malam selasa.

    d) Pasar Tani di Pekan Kulim setiap pagi jam 7.00 hingga 11.00 pagi.

    PERNIAGAAN RUNCIT ( PERNIAGAAN PASAR MALAM )

    Perniagaan runcit kategori penjaja kecil adalah kumpulan peruncit yang menjalankan

    aktiviti perniagaan barangan tanpa kedai atau premis yang tetap. Bentuk perniagaan

    adalah berskala kecil, barangan keperluan harian pengguna, berharga rendah

    mampu milik dan bercorak setempat.

    Hasil tinjauan yang dijalankan, aktiviti perniagaan runcit penjaja kecil memang

    terdapat di kawasan Bandar Kulim. Antara lokasi yang dikenalpasti termasuklah:

    a) Pasar Malam Taman Selasih setiap hari selasa malam rabu.

    b) Pasar Malam Kelang Lama setiap hari khamis malam jumaat.

    c) Pasar malam Taman Saga setiap hari isnin malam selasa.

    d) Pasar Tani di Pekan Kulim setiap pagi jam 7.00 hingga 11.00 pagi.

  • 8/2/2019 CONTOH KKG GEOGRAFI 2012

    6/26

    PERNIAGAAN RUNCIT ( PENJAJA KECIL )

    Perniagaan runcit kategori penjaja kecil adalah kumpulan peruncit yang menjalankan

    aktiviti perniagaan barangan tanpa kedai atau premis yang tetap. Bentuk perniagaan

    adalah berskala kecil, barangan keperluan harian pengguna, berharga rendah

    mampu milik dan bercorak setempat.

    KONSEP AKTIVITI PERNIAGAAN RUNCIT KATEGORI PENJAJA KECIL:

    1. Menjalankan aktiviti perniagaan tanpa premis tetap ( kedai ).

    2. Mempunyai lesen bagi menjalankan perniagaan dari pihak berkuasa

    tempatan.

    3. Mendirikan gerai sementara atau menggunakan kenderaan beroda.

    4. Terdiri daripada penjaja menjalankan perniagaan kecil-kecilan.

    5. Bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

    6. Berbentuk milikan tunggal.

    7. Contoh aktiviti: jualan basah, jualan kering, makanan ringan, pakaian,

    buah-

    buahan dan barangan keperluan harian.

    CIRI CIRI PERNIAGAAN RUNCIT KATEGORI PENJAJA KECIL.

    1. MODAL YANG KECIL.

    a. Wang simpanan peruncit sendiri. Atau

    b. Wang pinjaman daripada ahli keluarga / sahabat handai / bank.

    c. Cagaran harta tetap / harta mudah alih.

    d. Menggunakan modal institusi Tabung TEKUN / Amanah Ikhtiar.

  • 8/2/2019 CONTOH KKG GEOGRAFI 2012

    7/26

    2. DIMILIKI SENDIRI ATAU BERKONGSI.

    a. Urusan perniagaan dikawal oleh pemilik sendiri.

    b. Memperoleh semua keuntungan selepas jualan.

    c. Cukai pendapatan yang dikenakan adalah rendah.

    3. MUDAH DITUBUHKAN.

    a. Tidak terdapat banyak peraturan dalam organisasi.

    b. Hanya memerlukan modal yang kecil.

    c. Perlu mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan.

    d. Mendapat lesen penjaja kecil daripada pihak berkuasa tempatan.

    e. Lulus pemeriksaan kesihatan dan kebersihan pegawai kesihatan.

    4. MUDAH DIURUS.

    a. Mudah diurus sendiri oleh pemilik perniagaan.

    b. Diuruskan / dikendalikan sendiri oleh pemilik dengan dibantu ahli keluarga.

    c. Bilangan pekerja bawahan adalah sedikit.

    5. PILIHAN LOKASI PERNIAGAAN YANG STRATEGIK / BERSESUAIAN.

    a. Menjalankan perniagaan di lokasi paling hampir dengan pelanggan.

    b. Pemilihan lokasi yang mempunyai banyak tarikan pelanggan.

    c. Pemilihan lokasi telah mengambil kira aspek kemudahan parkir, ciri-ciri

    keselamatan dan keselesaan pelanggan.

    6. KOS OVERHEAD YANG MURAH.

  • 8/2/2019 CONTOH KKG GEOGRAFI 2012

    8/26

    a. Bayaran sewa tapak perniagaan yang murah antara RM20 RM50 sahaja bagi

    satu-satu masa perniagaan.

    b. Tidak perlu menjelaskan cukai tanah atau premis perniagaan.

    c. Tidak memerlukan kos iklan yang tinggi.

    KONSEP AKTIVITI PERNIAGAAN RUNCIT KATEGORI PENJAJA KECIL PASAR

    MALAM:

    1. Menjalankan aktiviti perniagaan tanpa premis tetap ( kedai ).

    2. Mempunyai lesen bagi menjalankan perniagaan dari pihak berkuasa

    tempatan.

    3. Mendirikan gerai sementara atau menggunakan kenderaan beroda.

    4. Terdiri daripada penjaja menjalankan perniagaan kecil-kecilan.

    5. Bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

    6. Berbentuk milikan tunggal.

    7. Contoh aktiviti: jualan basah, jualan kering, makanan ringan, pakaian,

    buah-buahan

    dan barangan keperluan harian.

    CIRI CIRI PERNIAGAAN RUNCIT KATEGORI PENJAJA KECIL PASAR

    MALAM.

  • 8/2/2019 CONTOH KKG GEOGRAFI 2012

    9/26

    1. MODAL YANG KECIL.

    a. Wang simpanan peruncit sendiri. Atau

    b. Wang pinjaman daripada ahli keluarga / sahabat handai / bank.

    c. Cagaran harta tetap / harta mudah alih.

    d. Menggunakan modal institusi Tabung TEKUN / Amanah Ikhtiar.

    2. DIMILIKI SENDIRI ATAU BERKONGSI.

    a. Urusan perniagaan dikawal oleh pemilik sendiri.

    b. Memperoleh semua keuntungan selepas jualan.

    c. Cukai pendapatan yang dikenakan adalah rendah.

    3. MUDAH DITUBUHKAN.

    a. Tidak terdapat banyak peraturan dalam organisasi.

    b. Hanya memerlukan modal yang kecil.

    c. Perlu mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan.

    d. Mendapat lesen penjaja kecil daripada pihak berkuasa tempatan.

    e. Lulus pemeriksaan kesihatan dan kebersihan pegawai kesihatan.

    4. MUDAH DIURUS.

    a. Mudah diurus sendiri oleh pemilik perniagaan.

    b. Diuruskan / dikendalikan sendiri oleh pemilik dengan dibantu ahli keluarga.

    c. Bilangan pekerja bawahan adalah sedikit.

    5. PILIHAN LOKASI PERNIAGAAN YANG STRATEGIK / BERSESUAIAN.

  • 8/2/2019 CONTOH KKG GEOGRAFI 2012

    10/26

    a. Menjalankan perniagaan di lokasi paling hampir dengan pelanggan.

    b. Pemilihan lokasi yang mempunyai banyak tarikan pelanggan.

    c. Pemilihan lokasi telah mengambil kira aspek kemudahan

    parkir, ciri-ciri keselamatan dan keselesaan pelanggan.

    6. KOS OVERHEAD YANG MURAH.

    a. Bayaran sewa tapak perniagaan yang murah antara RM20 RM50 sahaja bagi

    satu-satu masa perniagaan.

    b. Tidak perlu menjelaskan cukai tanah atau premis perniagaan.

    c. Tidak memerlukan kos iklan yang tinggi.

    P

    JENIS-JENIS BARANGAN YANG DIJUAL DI PASAR MALAM / PAGI / PETANG /

    PASAR TANI:

    Berdasar kajian yang dijalankan di 3 lokasi yang terpilih, data yang diperoleh adalah

    seperti berikut:

    JENIS BARANGAN BILANGAN GERAI PERNIAGAAN

    TERLIBATTaman Taman Saga Pekan Kulim

  • 8/2/2019 CONTOH KKG GEOGRAFI 2012

    11/26

    Semarak

    1Gerai barangan basah (ikan /

    daging / ayam / sayur-sayuran )

    12 4 8

    2Gerai buah-buahan tempatan dan

    buah-buahan import.6 3 8

    3Gerai makanan masak ( nasi/

    mee-bihun/laksa/ayam goreng)10 6 10

    4Gerai kueh-mueh. (apam balik /

    murtabak /putu mayung/ kueh dll)6 3 6

    5 Gerai pakaian / kain tudung /

    pakaian bunder.4 2 4

    6 Gerai barangan kering (ikan

    kering/bawang dll)6 2 5

    7 Gerai mainan kanak-kanak dan

    aksesori.3 2 4

    8 Gerai kasut / barangan plastik 4 1 4

    9 Gerai ubat tradisional & gerai

    serbaneka.2 - 1

    FAKTOR-FAKTOR MENCEBURI PERNIAGAAN PASAR MALAM / PAGI /

    PETANG / PASAR TANI. ( sila tulis huraian ringkas bagi setiap isi utama )

    1. Faktor desakan hidup dan keinginan untuk memperbaiki status ekonomi

    keluarga.

    2. Faktor merebut peluang dan dorongan kuat diri sendiri dan keluarga.

    3. Faktor sosio-ekonomi setempat yang menggalakkan aktiviti perniagaan ini

    dijalankan.

    4. Faktor kemudahan dan pemilihan lokasi perniagaan yang sesuai.

    5. Faktor bantuan kewangan dan bantuan politik yang diberikan.

  • 8/2/2019 CONTOH KKG GEOGRAFI 2012

    12/26

    ISU DAN MASALAH DALAM PERNIAGAAN PASAR MALAM / PAGI / PETANG /

    PASAR TANI.

    1. Para pengusaha gerai di Pasar Malam di sini diingatkan supaya lebih

    bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan di tapak perniagaan masing-masing

    serta tidak membuang atau melonggokkan sampah-sarap sesuka hati.

    2. Ketiadaan surau berdekatan kawasan pasar malam. Kebanyakan peniaga dan

    sebilangan pengunjung sukar menunaikan solat magrib kerana ketiadaan

    kemudahan itu di kawasan berkenaan. Kemungkinan juga sesetengah peniaga tidak

    sempat menunaikan solat magrib memandangkan pada waktu itulah pengunjung

    paling ramai.

    3. Masalah sampah dan pencemaran. Memandangkan aktiviti pasar yang kerap

    dalam seminggu, masalah pencemaran sampah sarap kerap berlaku. Sungguhpun

    pembersihan dilakukan setiap berakhirnya pasar, tetapi lebihan sampah itu sangat

    mengotorkan. Bau, terutama air ikan dan air kotoran dari sisa jualan tidak dapat

    dibersihkan sepenuhnya, menyebabkan tapak berkenaan hitam berminyak, berbau

    dan menjijikkan.

    4. Isu gangguan ahlong dan pemungut wang haram. Sesetengah peniaga

    menggunakan khidmat pinjaman Ahlong bagi membiayai perniagaan mereka.

  • 8/2/2019 CONTOH KKG GEOGRAFI 2012

    13/26

    Kerapkali wakil-wakil Ahlong telah bertindak samseng dan mengancam

    ketenteraman peniaga dan pengunjung.

    5. Isu laluan utama terhalang. Kawasan pasar malam di Taman Semarak / Taman

    Selasih telah mengganggu urusan perniagaan di beberapa kedai dan sebuah

    pasaraya di deretan berkenaan. Laluan kereta ke pasaraya berkenaan telah

    terhalang dan kenderaan tidak dapat masuk.

    6. Isu persaingan perniagaan dengan kedai-kedai runcit berdekatan. Kedai-kedai

    runcit mengadu bahawa aktiviti pasar malam telah mengganggu jualan mereka.

    Sesetengah barangan mereka tidak laris jualan dengan adanya alternative

    pembelian.

    7. Kesesakan lalu lintas dan mengganggu ketenteraman penduduk. Penduduk-

    penduduk taman perumahan setempat juga terganggu lalu lintas dan keluar masuk.

    Aduan dari mereka sering diterima.

    CONTOH BERITA RUJUKAN :

    (Bahan ini telah diubahsuai daripada sumber lain)

    KULIM : Para pengusaha gerai di Pasar Malam di sini diingatkan supaya lebih

    bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan di tapak perniagaan masing-masing

    serta tidak membuang atau melonggokkan sampah-sarap sesuka hati.

    Exco Majlis Perbandaran Kulim, En. Ariffin Othman berkata, masalah sampah di

    tapak Pasar Malam itu bukan merupakan masalah baru, namun telah wujud sejak

  • 8/2/2019 CONTOH KKG GEOGRAFI 2012

    14/26

    beberapa tahun lalu walaupun pihak berkuasa tempatan ada menyediakan beberapa

    tong sampah besar di kawasan tersebut.

    Kita sedar akan masalah ini. Namun yang menghairankan adalah sikap para

    peniaga yang seolah-olah tidak mengendahkan soal kebersihan dengan

    membiarkan sampah sarap bersepah di sekitar gerai mereka serta tidak

    menggunakan kemudahan tong sampah yang disediakan dengan sepenuhnya, ujar

    beliau.

    Tambahnya, walaupun pihak MPKK ada melantik kontraktor untuk memungut

    sampah di kawasan tersebut setiap kali waktu perniaga ditutup, namun mereka

    (peniaga) tidak harus menyerahkan tugas membersih kawasan perniagaan mereka

    bulat-bulat kepada kontraktor terbabit.

    Seharusnya mereka sendiri lebih bersikap bertanggungjawab dalam membersih

    kawasan perniagaan masing-masing dan bukannya mengharapkan sepenuhnya

    pihak kontraktor terbabit, tegas beliau ketika dihubungi semalam.

    Sehubungan itu, En. Ariffin meminta kerjasama para pengunjung Pasar Malam

    terbabit agar sama-sama menjaga kebersihan di tapak perniagaan tersebut dengan

    tidak membuat sampah sarap seperti bungkusan makanan dan minuman sesuka

    hati.

    Dalam pada itu, Presiden Persatuan Peniaga Melayu Daerah Kulim, En. Ku Rashidi

    Ku Shaari ketika diminta mengulas masalah sama berkata, beliau telah

    menasihatkan para peniaga di Pasar Malam terbabit yang sebahagiannya

  • 8/2/2019 CONTOH KKG GEOGRAFI 2012

    15/26

    merupakan ahli persatuan supaya membersihkan kawasan perniagaan mereka

    selepas tamat waktu operasi.

    Aspek kebersihan amat penting dan harus dititik-beratkan di semua premis

    perniagaan terutama yang berurusan dengan makanan dan minuman selain menjadi

    tumpuan orang awam yang datang untuk membeli-belah. Justeru, semua peniaga

    harus mengambil berat soal kebersihan di gerai mereka, ujarnya.

    Pun begitu, katanya, tidak semua peniaga di kawasan terbabit yang bersikap

    sedemikian kerana ada segelintir peniaga turut dilihat membersihkan kawasan gerai

    mereka selepas tamat waktu perniagaan pada lewat malam. Sehubungan itu, MPKK

    memberi jaminan akan terus memantau situasi tersebut dari semasa ke semasa.

    Pada hujung minggu yang lepas, saya dan rakan kumpulan berkesempatan

    meninjau ke tapak Pasar Malam tersebut selepas tamat waktu perniagaan, berasa

    amat terkilan dengan pemandangan yang begitu menjijikkan di tapak tersebut.

    Sepanjang tinjauan selama tiga jam di kawasan itu (selepas waktu perniagaan

    ditutup), tiada sebarang individu dilihat tampil membersihkan kawasan tersebut.

    Sampah sarap seperti bungkusan makanan dan minuman, sisa makanan dibiarkan

    berselerak tanpa dibersihkan terlebih dahulu oleh para pemilik gerai.

    Memburukkan keadaan tapak berkenaan terletak di tepi laluan utama yang sudah

    pasti boleh dilihat dengan jelas oleh orang yang lalu-lalang di jalan tersebut.

    Menurut seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Milah,

    pemandangan sebegini sudah menjadi kebiasaan sejak beberapa tahun lalu.

  • 8/2/2019 CONTOH KKG GEOGRAFI 2012

    16/26

    Sesetengah peniaga yang ada kesedaran sivik turut menyediakan tong sampah

    sendiri di kawasan gerai mereka, manakala yang lain lebih suka bersikap tak endah

    dan mencampak sampah sesuka hati, ujarnya.

    Sehubungan itu, beliau menggesa pihak MPKK melakukan se-suatu untuk mendidik

    peniaga yang tidak bertanggung-jawab demi menjaga tahap kebersihan dan imej

    keseluruhan peniaga di situ.

    alangkah seronoknya kalau begini?

    tetapi yang terjadi, begini...

    CATATAN:

    Laporan Hasil Dapatan Kajian hendaklah diperkukuhkan dengan satu laporan kaji

    selidik. Lazimnya pelajar akan mencari 20 orang responden. Sediakan 1 set soalan

    kaji selidik dan minta kerjasama 20 responden tadi memberi respons kepada soalan-

    soalan berbentuk Skala Likert. Responden memberi respons menggunakan kod

    yang ditetapkan.

    Selepas semua data dapat dikumpulkan, bina satu jadual mudah bagi menerangkan

    data yang diperolehi. Pelajar juga digalakkan membina 2 jenis graf ( bahan grafik )

    yang sesuai dengan jadual berkenaan.

  • 8/2/2019 CONTOH KKG GEOGRAFI 2012

    17/26

    KAJIAN SOAL SELIDIK

    PENTING : Pelajar dikehendaki menjalankan kajian soal selidik terhadap kumpulan

    responden ( sekurang-kurangnya 20 orang ) bagi mendapat beberapa maklumat

    berkaitan perniagaan runcit ( jenis pasar bergerak). Sebahagian responden mestilah

    daripada kumpulan peniaga runcit, selebihnya adalah orang awam.

    1. Faktor/ sebab yang mendorong mereka menjalankan perniagaan.

    2. Jenis-jenis barangan yang diniagakan.

    3. Masalah / isu berkaitan perniagaan yang ditanggung/ dihadapi.

    4. Harapan dan langkah penambahbaikan untuk masa hadapan.

    Pelajar perlu menyediakan 1 borang soal selidik. Sila dapatkan bimbingan daripada

    guru geografi anda bagi mendapat penerangan yang lebih jelas untuk membina

    borang soal selidik tersebut.

    Pelajar boleh merujuk artikel di bawah sebagai panduan umum.

    Instrumen Kajian ( Bahan ini telah diubahsuai daripada sumber lain )

    Sila rujuk sumber asal bagi mengetahui lebih terperinci.

    Instrumen kajian yang digunakan di dalam kajian ini ialah soal selidik. Soal selidik

    diedarkan kepada para responden untuk mendapatkan maklum balas yang boleh

  • 8/2/2019 CONTOH KKG GEOGRAFI 2012

    18/26

    memenuhi objektif kajian. Menurut Tuckman (1985), menerusi kaedah ini responden

    mudah memberikan kerjasama. Responden juga boleh memberi maklum balas yang

    baik kerana mereka dapat menyatakan pandangan dan penilaian mengikut

    kehendak soal selidik.

    Soal selidik yang dihasilkan mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan

    Bahagian B. Bahagian A mengandungi 5 item yang berkaitan dengan biodata

    peniaga di pasar malam. Manalaka Bahagian B pula mengandungi 4 skop seperti di

    bawah:

    1. Adakah pengaruh keluarga mendorong peniaga untuk berniaga di pasar

    malam?

    2. Adakah faktor pendapatan mendorong peniaga untuk berniaga di pasar

    malam?

    3. Adakah pengalaman di sekolah mendorong peniaga untuk berniaga di

    pasar malam?

    4. Adakah pengalaman dalam menyertai latihan mendorong peniaga untuk

    berniaga di pasar malam?

    Dalam Bahagian B, pengkaji telah menggunakan Skala Likert untuk mengukur

    maklum balas responden.

    Menurut Mohd Najid Ghafar (1999), soalan skala kadar menggunakan kaedah Likert

    membolehkan responden berpeluang memilih jawapan dari satu kontinum. Beliau

    turut menyatakan bahawa menggunakan Kaedah Likert adalah sesuai kerana

    a) Soal selidik lebih mudah ditadbir setelah dibina dengan baik.

  • 8/2/2019 CONTOH KKG GEOGRAFI 2012

    19/26

    b) Data yang banyak lebih mudah untuk didapatkan.

    c) Maklumat yang diperolehi daripada responden mudah dianalisis.

    d) Responden lebih mudah dan berani untuk memberikan tindak balas terhadap

    aspek dikaji.

    Mohd Zahari (1997), Skala Likert memberi peluang yang lebih luas kepada

    responden untuk memilih jawapan yang lebih tepat. Pemeringkatan Likert digunakan

    disebabkan skala ini mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi sehingga

    85%. Skala Likert mengandungi lima nilai skor yang perlu dijawab oleh responden

    bagi setiap item. Responden perlu menyatakan peringkat persetujuan atau peringkat

    tidak setuju terhadap pernyataan yang diberi, skor yang diberikan bagi setiap

    pernyataan.

    RUMUSAN DAPATAN ITEM KAJIAN

    Jadual 3 : Keputusan Keseluruhan Bagi Setiap Faktor Dalam Purata Peratusan

    Jadual 3 menunjukkan keputusan keseluruhan bagi setiap aspek kajian dalam

    peratusan.

    Daripada tiga aspek yang dikaji, faktor hasil pendapatan mencapai purata peratusan

    yang tertinggi, iaitu 87.89% (setuju) dan diikuti dengan pengaruh keluarga 80.73%

    (setuju). Manakala pengalaman di sekolah mencapai peratusan yang paling rendah,

    iaitu 15.51%.

  • 8/2/2019 CONTOH KKG GEOGRAFI 2012

    20/26

    Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor hasil pendapatan merupakan

    faktor yang agak penting di mana purata peratus yang diperolehi ialah 87.89%. Oleh

    itu, penyelidik berpendapat bahawa hasil pendapatan merupakan faktor yang agak

    penting dalam mendorong responden untuk berniaga di pasar malam.

    Bagi pengalaman latihan dan kursus pula, bilangan responden yang pernah

    menghadiri kursus atau latihan adalah seramai 18 orang. Daripada responden yang

    dikaji, dengan kata lain responden yang pernah menghadiri kursus atau latihan,

    82.41% setuju bahawa pengalaman dalam menyertai latihan dan kursus mendorong

    mereka berniaga di pasar malam.

    RUMUSAN KAJIAN

    Kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor yang mendorong peniaga pasar

    malam untuk berniaga di pasar malam Taman Semarak, Kulim, Kedah. Soal selidik

    diedarkan kepada para responden untuk mendapatkan maklum balas yang boleh

    memenuhi objektif kajian. Soal selidik dibahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian

    A yang mengenai biodata diri responden dan bahagian B mempunyai item-item

    soalan berdasarkan empat soalan kajian yang dikaji.

    Jawapan responden mengikut Skala Likert iaitu dari amat tidak setuju hingga amat

    setuju. Data yang telah dikumpul kemudiannya dianalisis untuk mendapatkan

    keputusan terhadap kajian yang dijalankan. Penganalisaan maklumat adalah dibuat

    secara menggunakan Microsoft Excell bagi mendapatkan peratusan untuk setiap

    item. Semua item bagi setiap soalan kajian kemudiannya dikumpulkan dan dikirakan

  • 8/2/2019 CONTOH KKG GEOGRAFI 2012

    21/26

    purata peratusan keseluruhannya. Dari peratusan yang didapati, dapat dinyatakan

    pengaruh setiap faktor kepada peniaga yang dikaji.

    Dapatan kajian menunjukkan lebih daripada separuh responden adalah peniaga

    lelaki.

    Kebanyakan responden mempunyai ahli keluarga yang membantu mereka dalam

    menjalankan

    dan menguruskan perniagaan mereka. Hampir separuh daripada responden

    berumur antara 41

    hingga 45 tahun dan bertaraf pendidikan SRP atau PMR.

    Secara keseluruhannya, hasil dapatan soalan kajian 1 menunjukkan majoriti

    responden setuju bahawapengaruh keluarga mendorong mereka untuk berniaga di

    pasar malam. Item yang mempunyai peratusan yang tertinggi ialah item 6, iaitu

    kebanyakan responden setuju bahawa

    keluarga mereka mengambil berat tentang perniagaan mereka. Item 1 mempunyai

    peratusan yang terendah jika dibandingkan dengan item lain, iaitu hampir separuh

    daripada responden setuju bahawa pengalaman membantu keluarga dalam

    menjalankan perniagaan mereka mendorong mereka untuk berniaga.

    Hasil dapatan keseluruhan soalan kajian 2 menunjukkan majoriti responden setuju

    bahawa faktor pendapatan mendorong mereka untuk berniaga di pasar

    malam. Faktor ini mencapai peratusan yang paling tinggi berbanding dengan 3 faktor

    yang lain. Item yang mendapat peratusan yang tertinggi ialah item 11, iaitu majoriti

    responden setuju bahawa pendapatan yang boleh menjamin kehidupan peniaga

  • 8/2/2019 CONTOH KKG GEOGRAFI 2012

    22/26

    mendorong mereka untuk berniaga. Item 9 menunjukkan peratusan yang terendah,

    iaitu mereka berniaga apabila melihat orang lain mendapat pendapatan yang tinggi

    dalam perniagaan mereka.

    Secara keseluruhannya, soalan kajian 3 menunjukkan majoriti responden tidak

    setuju bahawa pengalaman di sekolah mendorong mereka untuk berniaga di pasar

    malam. Pengalaman di sekolah ini merupakan faktor yang paling lemah dalam

    mendorong peniaga untuk berniaga di pasar malam. Dengan kata lain, pengalaman

    di sekolah bukan faktor yang mendorong peniaga untuk berniaga di pasar malam.

    Item 16 mencapai peratusan yang tertinggi, majoriti responden yang dikaji tidak

    setuju bahawa penglibatan mereka dalam persatuan keusahawanan semasa di

    sekolah mendorong mereka untuk berniaga di pasar malam. Item 20 mencapai

    peratusan yang terendah, iaitu lebih daripada separuh responden tidak setuju

    bahawa mereka menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam

    perniagaan mereka.

    Responden yang pernah menghadiri kursus atau latihan adalah 19.6% daripada

    responden yang dikaji, iaitu 18 orang daripada 92 orang. Secara keseluruhan, hasil

    kajian soalan kajian 4 menunjukkan secara puratanya majoriti responden yang

    pernah menghadiri kursus setuju bahawa pengalaman dalam menyertai kursus atau

    latihan mendorong mereka berniaga di pasar malam.

    Semua responden setuju dengan item kursus yang dihadiri oleh mereka dapat

    membina keyakinan mereka, membantu mereka dalam menguruskan perniagaan

    dan meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang yang berkenaan. Manakala

  • 8/2/2019 CONTOH KKG GEOGRAFI 2012

    23/26

    item , merupakan item yang mendapat peratusan yang terendah, iaitu kurang

    daripada 30 % responden yang setuju bahawa setelah mereka menghadiri kursus,

    mereka mula berminat untuk menubuhkan perniagaan mereka.

    BIMBINGAN MENJALANKAN KAJIAN GEOGRAFI UNTUK KERJA KURSUS

    GEOGRAFI PMR

    BAGAIMANA MENJALANKAN KAEDAH KAJI SELIDIK GEOGRAFI?

    A) MERANCANG SOAL SELIDIK.1. Soal selidik ini boleh dijalankan secara

    individu atau berkumpulan.2. Seboleh-bolehnya setiap individu dapat

    mengumpulkan 20 responden.3. Para responden boleh terdiri daripada peniaga,

    pengunjung perniagaan atau pemimpin-pemimpin tempatan yang berpengaruh di

    lokasi berkenaan.4. Para responden mestilah seorang yang matang dan mampu

    memberi respons secara terbuka dan bersikap rasional. ( umur 25 tahun ke atas ).

    B) MENGUMPUL HASIL SOAL SELIDIK.5. Kumpulkan hasil dapatan soal

    selidik.6. Masukkan data yang terkumpul ke dalam satu jadual induk.

    C) MEMBINA JADUAL BERASASKAN DATA TERKUMPUL.7. Bina satu jadual

    yang mudah untuk data soal selidik yang telah dijalankan.8. Jadual boleh dibina

    menggunakan aplikasi Microsoft Excel.

    http://seraidamai.blogspot.com/2012/04/soal-selidik-kajian-geografi-pmr.htmlhttp://seraidamai.blogspot.com/2012/04/soal-selidik-kajian-geografi-pmr.htmlhttp://seraidamai.blogspot.com/2012/04/soal-selidik-kajian-geografi-pmr.htmlhttp://seraidamai.blogspot.com/2012/04/soal-selidik-kajian-geografi-pmr.html
  • 8/2/2019 CONTOH KKG GEOGRAFI 2012

    24/26

    D) MEMBINA GRAF YANG SESUAI.9. Berdasar jadual yang telah dikumpul

    tersebut, bina satu graf dengan menggunakan kemudahan yang disediakan dalam

    Excel berkenaan.

    E) MENULIS LAPORAN.10. Sila salin ( copy ) jadual dan graf yang telah

    dihasilkan di Microsoft Excel tersebut dan tampalkan ( paste ) ke dalam Microsoft

    Word, iaitu sambungan Hasil Dapatan Kajian yang telah anda

    laksanakan.11. Tulislah laporan yang bersesuaian, berdasar data-data dan graf

    yang telah anda perolehi tersebut. Gunakan ayat yang ringkas, tepat dan

    bersesuaian dengan laporan kajian anda.

    CONTOH SOALAN KAJI SELIDIK

    SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

    nyatakan POSKOD DAN ALAMAT LENGKAP .

    No. tel Sekolah:

    Tarikh: 16 MAC, 2012

    Tuan / Puan / Saudara / Saudari,

    SOAL SELIDIK KAJIAN GEOGRAFI PMR

  • 8/2/2019 CONTOH KKG GEOGRAFI 2012

    25/26

    Sukacita dimaklumkan bahawa Tuan / Puan / Encik / Cik telah terpilih untuk satu

    projek Kajian Geografi. Adalah diharapkan agar pihak tuan / puan dapat memberi

    kerjasama sepenuhnya Terima kasih atas kesudian tuan / puan untuk menjawab

    soal selidik ini

    Maklumat am responden:

    Jantina : Bangsa/kaum: . Lingkungan umur:

    ......

    Tuan / Puan diminta memberi pandangan masing-masing berdasar

    soalan/penyataan yang disediakan. Sila tandakan [P] bagi mana-mana pilihan

    jawapan di bawah menggunakan Nilai Skala Likert 1,2,3,4,dan 5 seperti yang

    disediakan di bawah ini. Nilai Skala Likert: 1=sangat tidak bersetuju 2=tidak

    setuju 3=tidak pasti 4=bersetuju 5=sangat bersetuju.

    [ Soalan berikut adalah cadangan penulis sahaja. Pelajar boleh membina soalan lain

    yang bersesuaian dengan persekitaran tempat anda.]

    Bil PENYATAAN 1 2 3 4 5

    1 Lokasi perniagaan runcit di sini adalah sangat

    sesuai dan strategik.

    2 Pelbagai barangan keperluan harian pengguna

    memang terdapat di gerai-gerai jualan di sini.

    3 Kawasan perniagaan runcit ini adalah selamat

    daripada aliran lalu lintas di sini.

    4 Jumlah gerai yang disediakan adalah

    mencukupi bagi menampung permintaan para

    pembeli.

  • 8/2/2019 CONTOH KKG GEOGRAFI 2012

    26/26

    5 Barangan yang dijual di sini adalah berkualiti

    dan dijanjikan jaminan jika berlaku kerosakan.

    6 Para peniaga di sini sentiasa nengutamakan

    keselamatan dan kebersihan.7 Para peniaga di sini memberi layanan khidmat

    mesra kepada para pembeli.

    8 Peniaga-peniaga runcit di sini berpakaian

    sopan dan sentiasa memastikan etika jual-beli

    dipatuhi.

    9 Selepas menjalankan perniagaan, peniaga-

    peniaga di sini memperolehi keuntungan

    perniagaan yang memuaskan.

    10 Kawasan perniagaan runcit di sini bebas

    daripada pengaruh anasir luar, dadah,

    kumpulan samseng dan kegiatan ahlong.

    Terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan.

    SELAMAT MENCUBA.

    SERAIDAMAI.

    MENULIS HASIL DAPATAN KAJIAN

    TARIKH PENYERAHAN KERJA KURSUS

    http://seraidamai.blogspot.com/2012/03/bagaimana-menulis-hasil-dapatan-kajian.htmlhttp://seraidamai.blogspot.com/2012/03/bagaimana-menulis-hasil-dapatan-kajian.html