contoh kertas kerja majalah sekolah

3
ERTAS KERJA MAJALAH TUNAS BAHASA Tajuk Penerbitan Majalah "Tunas Bahasa" Pendahuluan / Latar belakang Membaca dan menulis adalah dua kemahiran yang saling berkait. Di sekolah, belum ada bahan bacaan yang ditulis secara khusus untuk murid-murid. Maksudnya, bahan bacaan yang berkaitan dengan diri dan persekitaran murid SK Changkat Jering, yang merangkumi rakan-rakan, guru-guru dan sekolah mereka. Juga, belum ada saluran untuk murid-murid berkarya (menulis) secara bermakna. Bahan-bahan yang akan dimuatkan di dalam majalah ini adalah seperti puisi, cerpen dan berita-berita semasa. Semua bahan-bahan ini akan dihasilkan oleh murid-murid sendiri. Matlamat Majalah "Tunas Bahasa" bertujuan untuk mengisi ruang bahan bacaan yang bermakna kepada murid-murid dan membuka saluran untuk mereka menulis. Objektif Untuk menyediakan bahan bacaan yang mudah yang berkaitan dengan murid dan sekolah; Untuk memupuk minat membaca di kalangan murid-murid melalui bahan bacaan yang berkaitan dengan rakan-rakan, guru-guru dan sekolahnya sendiri; Untuk menyediakan saluran untuk murid-murid dan hasil-hasil tulisan yang baik dapat dikongsi oleh pelajar-pelajar lain; Untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Rasional Minat membaca dan berkarya di kalangan murid-murid SK Changkat Jering masih di peringkat sederhana. Antara faktor yang menyebabkan keadaan demikian ialah kerana kurangnya aktiviti membaca dan menulis di kalangan murid-murid di luar bilik darjah. Jawatankuasa Penasihat Tn Hj Zamani b Abu Bakar, Guru Besar Pengerusi Tn Hj Ahmad Salleh b Hj Mohammad, Penolong Kanan Pentadbiran Pengurus Projek Pn Badarieh bt Said, (Ketua Pengarang) Ketua Panitia Setiausaha Pn Jemilah bt Jaafar Ahli Jawatankuasa Semua guru Bahasa Melayu Kumpulan Sasaran Semua murid SK Changkat Jering dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Strategi Pra-Penerbitan 1 Dikumpul karya murid-murid.

Upload: wan-nurul-ashikin-mansor

Post on 12-Apr-2016

306 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Kertas Kerja Majalah Sekolah

ERTAS KERJAMAJALAH TUNAS BAHASA 

Tajuk Penerbitan Majalah "Tunas Bahasa"

Pendahuluan / Latar belakang Membaca dan menulis adalah dua kemahiran yang saling berkait. Di sekolah, belum ada bahan bacaan yang ditulis secara khusus untuk murid-murid. Maksudnya, bahan bacaan yang berkaitan dengan diri dan persekitaran murid SK Changkat Jering, yang merangkumi rakan-rakan, guru-guru dan sekolah mereka. Juga, belum ada saluran untuk murid-murid berkarya (menulis) secara bermakna. Bahan-bahan yang akan dimuatkan di dalam majalah ini adalah seperti puisi, cerpen dan berita-berita semasa. Semua bahan-bahan ini akan dihasilkan oleh murid-murid sendiri.

Matlamat Majalah "Tunas Bahasa" bertujuan untuk mengisi ruang bahan bacaan yang bermakna kepada murid-murid dan membuka saluran untuk mereka menulis. 

Objektif

Untuk menyediakan bahan bacaan yang mudah yang berkaitan dengan murid dan sekolah; Untuk memupuk minat membaca di kalangan murid-murid melalui bahan bacaan yang berkaitan dengan

rakan-rakan, guru-guru dan sekolahnya sendiri; Untuk menyediakan saluran untuk murid-murid dan hasil-hasil tulisan yang baik dapat dikongsi oleh pelajar-

pelajar lain; Untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

RasionalMinat membaca dan berkarya di kalangan murid-murid SK Changkat Jering masih di peringkat sederhana. Antara faktor yang menyebabkan keadaan demikian ialah kerana kurangnya aktiviti membaca dan menulis di kalangan murid-murid di luar bilik darjah.

Jawatankuasa

Penasihat Tn Hj Zamani b Abu Bakar, Guru Besar

Pengerusi Tn Hj Ahmad Salleh b Hj Mohammad, Penolong Kanan Pentadbiran

Pengurus Projek Pn Badarieh bt Said, (Ketua Pengarang) Ketua Panitia

Setiausaha Pn Jemilah bt Jaafar

Ahli Jawatankuasa Semua guru Bahasa Melayu

Kumpulan Sasaran Semua murid SK Changkat Jering dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

Strategi

Pra-Penerbitan 1 Dikumpul karya murid-murid. 

2 Jawatankuasa menilai dan memilih karya-karya yang sesuai. 

3 Majalah ditaip menggunakan perisian MS Publisher.

4 Bacaan peruf untuk semakan dari segi ejaan dan susunletak. 

5 Majalah dicetak.

Page 2: Contoh Kertas Kerja Majalah Sekolah

Pasca-Penerbitan 1 Senaskah Majalah Tunas Bahasa diedarkan ke semua kelas - setiap keluaran - untuk dipamerkan di Papan Kenyataan Kelas. 

2 Senaskah juga dipamerkan di Papan Kenyataan Bahasa Melayu untuk tatapan umum. 

3 Murid-murid juga boleh memiliki naskah peribadi Majalah Tunas Bahasa dengan memesan kepada guru Bahasa Melayu kelas masing-masing. Murid cuma perlu membayar kos untuk fotostat bahan berkenaan. 

4 Murid-murid boleh membaca Majalah Tunas Bahasa pada masa-masa senggang mengikut kemampuan masing-masing.

Keterangan Projek Majalah enam halaman ini mempunyai ruangan-ruangan tetap seperti berikut:

Berita-berita semasa Cerpen Sajak Pantun Ruangan Info - Tahukan Anda Ruangan Tokoh Pelajar Bicara Buku - kelolaan Penyelaras Pusat Sumber Pesan Guru - kata-kata nasihat dari Guru Besar Kosa Kata Halaman Aktiviti - kuiz

Jadual Pelaksanaan Majalah "Tunas Bahasa" diterbitkan sebanyak tiga kali dalam setahun:

April Julai Oktober

Bahan / SumberBahan-bahan yang terbitkan di dalam majalah adalah hasil tulisan murid-murid dan guru-guru SK Changkat Jering. Bahan-bahan terpilih adalah tertakluk kepada suntingan dan pembetulan oleh Ketua Pengarang, Tunas Bahasa.

Kewangan Perbelanjaan untuk pelaksanaan projek bagi setahun adalah seperti berikut:

Kertas komputer RM10.00 x 1 rim Dakwat printer RM70.00 Fotostat menggunakan kertas berwarna 20 set Majalah Tunas Bahasa (6 muka surat) RM12.00 x 3 keluaran

=36.00 Jumlah: RM116.00 (Ringgit Malaysia: Seratus enam belas sahaja)

Instrumen Penilaian Satu soalselidik digunakan sebagai instrumen penilaian. Soalselidik berkenaan diberikan kepada 20 orang murid yang dipilih secara rawak. Soalselidik akan diberi selepas program dilaksanakan.

Penutup Kejayaan program majalah "Tunas Bahasa" ini bergantung sepenuhnya kepada sumbangan tulisan daripada murid-murid dan guru-guru. Diharapkan dengan adanya majalah "Tunas Bahasa" ini, dapatlah menyajikan bahan bacaan yang bermakna kepada murid-murid di samping membuka saluran untuk mereka menulis secara kreatif.