contoh kertas kerja hari anugerah cemerlang
TRANSCRIPT
HARI ANUGERAH CEMERLANG
SAMTTAR 2014
Tarikh :11 Mei 2014/11 Rejab 1435H (Ahad)
Tema :PELAJAR CEMERLANG PENJANA PENDIDIKAN
GEMILANG
Tempat :Dewan Al-Ghazali SAMTTAR,
Sungai Manggis.
Anjuran:
Unit Kurikulum
SAMT Tengku Ampuan Rahimah
Sungai Manggis, 42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan
1
1.0 NAMA PROGRAM“HARI ANUGERAH CEMERLANG SAMTTAR 2014”
2.0 TEMAPELAJAR CEMERLANG PENJANA PENDIDIKAN GEMILANG
3.0 TUJUANKertas cadangan ini dikemukakan bertujuan untuk mendapat kebenaran
mengadakan program tersebut diatas dan mendapatkan sokongan daripada pengetua untuk memohon peruntukan kewangan daripada sekolah dan PIBG Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah, Sungai Manggis.
4.0 RASIONALHari Anugerah cemerlang adalah hari ucapan dan penyampaian hadiah
kepada pelajar-pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan awam serta peperiksaan dalaman sekolah, pelajar terbaik dalam aktiviti ko-kurikulum dan mempunyai sahsiah yang baik. Hari Anugerah Cemerlang juga adalah hari di mana pihak sekolah mengiktiraf sumbangan para pelajar, guru, kakitangan dan tokoh pendidik tempatan terhadap pencapaian cemerlang mereka di dalam bidang masing-masing di dalam menaikkan nama sekolah.
5.0 OBJEKTIF5.1. Memberi anugerah kepada para pelajar yang cemerlang dalam
peperiksaan awam dan peperiksaan dalaman sekolah.5.2. Memberi penghargaan kepada pelajar yang cemerlang dalam
aktiviti kokurikulum, guru, kakitangan dan tokoh pendidikan setempat terhadap sumbangan mereka dalam mencapai kecemelangan sekolah.
5.3. Mengiktiraf pelajar yang mempunyai sahsiah yang baik.5.4. Memberikan anugerah kepada tokoh pelajar.5.5. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru, ibubapa dan
masyarakat.
6.0 ANJURANUnit Kurikulum Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan
Rahimah, Sungai Manggis, Banting.
7.0 KUMPULAN SASARAN
2
7.1. Pelajar cemerlang peperiksaan PMR, SMA, SPM, STAM, STPM dan MUET tahun 2013.
7.2. Pelajar cemerlang setiap kelas Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2013.
7.3. Tokoh pelajar akademik, kokurikulum dan pelajar yang mempunyai sahsiah yang baik.
7.4. Ketua dan Penolong Ketua Umum serta Ketua dan Penolong Ketua Asrama.
7.5. Guru-guru, kakitangan dan bekas guru SAMTTAR, Sg Manggis yang cemerlang di dalam menyumbang usaha ke arah kecemerlangan sekolah.
8.0 TEMPATDewan al-Ghazali Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah, Sungai Manggis.
9.0 TARIKH11 Mei 2014/11 Rejab 1435H (Ahad)
10.0 JAWATANKUASA
JAWATANKUASA INDUKPengerusi : Pn Siti Romziah Bt MadongNaib Pengerusi 1 : Pn. Norafizah bt AhmadNaib Pengerusi 2 : Ustaz Ramli bin Rashid.Naib Pengerusi 3 : Tuan Haji Khairollah bin Haji Tahir.Naib Pengerusi 4 : Puan Norlina binti Shaharuddin.Pengarah : En Ahmad Zawawe bin HassanTimb. pengarah : Pn.Nor Azah Azan binti Mohamed.
: Pn.Sotnizan binti Sapare.: Pn.Ilya Romiza Binti Suri.: Pn.Norazna binti Kusni.: Pn.Norraha Binti Banuri.: Pn. Laiyinah Az-Zahra binti Mohamad Rabeh
Setiausaha : Pn.Raja Nurhidayah bt Raja AzamanBendahari : Pn.Umi Kalsom bt Ismail
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANALihat lampiran A
11.0 ATURCARA PROGRAM Lihat lampiran B
3
12.0 IMPLIKASI KEWANGAN
12.1 ANGGARAN PERBELANJAAN Lihat lampiran C
12.2 SUMBER KEWANGAN 12.2.1 Sekolah 12.2.2 PIBG SAMT TAR
13.0 PENUTUPAdalah diharapkan usaha murni ini dapat dilaksanakan dengan sebaik
mungkin dengan harapan ianya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi semua segi sama ada dari segi sahsiah, akademik mahupun ko-kurikulum. Melaluinya juga, diharapkan agar segala ilmu yang diperolehi nanti mampu melahirkan pelajar yang mampu memberi sumbangan yang terbaik untuk sekolah khususnya dan kepada agama, masyarakat dan negara umumnya.
Disediakan oleh , Disemak oleh ,
…………………………………… ………………………………………(RAJA NURHIDAYAH BT RAJA AZAMAN) Setiausaha HAC 2014
Disahkan oleh ,
……………………………………………..
4