contoh kerja kursus sejarah tingkatan 6 penggal 2 2015 (stpm) ( jpam jasin, melaka )

15
Tema 2 Sejarah Ketenteraan Dan Keselamatan Tajuk Sejarah Dan Perkembangan Pentadbiran JPAM Jasin Serta Sumbangannya Kepada Masyarakat Setempat Dari Tahun 2008 Hingga 2014. PENGENALAN Di Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam dimulakan oleh pihak British pada tahun 1939, sebagai Passive Defence yang dibentuk di bawah Emergency Regulation Enactment Chapter 41 untuk mengadakan langkah-langkah bagi menghadapi Peperangan Dunia Kedua 1 . Maksud Akta Pertahanan Awam 1951 terbahagi kepada dua keadaan. Semasa peperangan, bermaksud apa-apa langkah yang tidak melibatkan pertempuran bagi menghadapi serangan permusuhan sama ada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas serangan musuh. Semasa aman pula bermaksud apa-apa langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda sama ada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana 2 . Pada tahun 1972, Akta Pertahanan Awam 1951 dipinda bagi melaksanakan tugas dan peranan semasa aman dengan menjalankan perkhidmatan bantuan bencana selain tugas hakiki menghadapi peperangan. Tragedi Highland Towers tumbang di Hulu Kelang pada tahun 1993 mula mengubah organisasi Pertahanan Awam di Malaysia 3 . Talian kecemasan 991 dilancarkan pada 20 Mei 1995 sebagai tanda komitmen Pertahanan Awam memberikan khidmat bantuan kecemasan secara 24 jam 4 . Rancangan Pembangunan Pertahanan Awam dirangka bagi memperlengkapkan sepenuhnya segala keperluan logistic dan prasarana dalam gerak kerja menyelamat.

Upload: thanushah-soniyasee

Post on 21-Jan-2018

272 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, Melaka )

Tema 2

Sejarah Ketenteraan Dan Keselamatan

Tajuk

Sejarah Dan Perkembangan Pentadbiran JPAM Jasin Serta Sumbangannya Kepada

Masyarakat Setempat Dari Tahun 2008 Hingga 2014.

PENGENALAN

Di Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam dimulakan oleh pihak British pada tahun 1939,

sebagai Passive Defence yang dibentuk di bawah Emergency Regulation Enactment Chapter

41 untuk mengadakan langkah-langkah bagi menghadapi Peperangan Dunia Kedua1. Maksud

Akta Pertahanan Awam 1951 terbahagi kepada dua keadaan. Semasa peperangan, bermaksud

apa-apa langkah yang tidak melibatkan pertempuran bagi menghadapi serangan permusuhan

sama ada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas serangan musuh. Semasa aman

pula bermaksud apa-apa langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda sama

ada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana2.

Pada tahun 1972, Akta Pertahanan Awam 1951 dipinda bagi melaksanakan tugas dan

peranan semasa aman dengan menjalankan perkhidmatan bantuan bencana selain tugas hakiki

menghadapi peperangan. Tragedi Highland Towers tumbang di Hulu Kelang pada tahun 1993

mula mengubah organisasi Pertahanan Awam di Malaysia3. Talian kecemasan 991

dilancarkan pada 20 Mei 1995 sebagai tanda komitmen Pertahanan Awam memberikan

khidmat bantuan kecemasan secara 24 jam4. Rancangan Pembangunan Pertahanan Awam

dirangka bagi memperlengkapkan sepenuhnya segala keperluan logistic dan prasarana dalam

gerak kerja menyelamat.

Page 2: Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, Melaka )

Pada 13 September 2009, Menteri Dalam Negeri telah melancarkan pakaian seragam baru

berwarna biru menggantikan pakaian seragam yang lama5. JPAM mempunyai ahli sehingga

36,000 anggota dengan 37 cawangan di seluruh negara. JPAM Jasin, Melaka merupakan

salah satu cawangan bagi agensi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. JPAM Jasin

ditubuhkan pada tahun 2008 di Jalan Pegawai,Jasin. JPAM Jasin banyak memberikan

sumbangan kepada masyarakat bandar ini. Leftenan (PA) Hamdan Bin Mohammad Saat

merupakan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jasin yang dilantik pada tahun 2014.

OBJEKTIF 1 : Sejarah Dan Perkembangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin

Dari Tahun 2008 Hingga 2014.

Sesetengah orang tidak banyak mengetahui tentang asal usul dan sejarah awal Jabatan

Pertahanan Awam Malaysia Jasin. Oleh hal yang demikian, pertukaran pengenalan akronim

„JPA3‟ kepada „JPAM‟ telah dilancarkan oleh Pesuruhjaya Pertahanan Awam Malaysia pada

bulan Mac semasa sambutan Pertahanan Awam Malaysia di Ipoh,Perak. Lalu, pada tahun

2008 itulah, JPAM ditubuhkan di kawasan Jasin dengan rasminya. JPAM Jasin memulakan

operasinya di kawasan Jalan Pegawai Jasin. Visi JPAM Jasin ialah, menjadi sebuah agensi

Pertahanan Awam yang unggul dalam pengurusan bencana. Misi JPAM Jasin pula,

memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara sebelum, semasa dan

selepas sesuatu bencana6.

Dalam pada itu, JPAM Jasin mula memberikan sumbangan kepada penduduk-

penduduk yang memerlukan di kawasan Bemban, Selandar, Merlimau, Batang Melaka,

Chohong, dan kawasan Simpang Bekoh bermula tahun 2008. JPAM Jasin mempunyai

Page 3: Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, Melaka )

pasukan-pasukan yang ditubuhkan khas untuk memberikan „First Aid‟ yang dipanggil „First

Responder‟. Pasukan sebegini ditubuhkan untuk memberikan pertolongan dan sumbangan

kepada masyarakat dari segi pemulihan, pembersihan, pembangunan semula dan kaunseling.

JPAM Jasin diberi tanggungjawab untuk memberi pertolongan kepada masyarakat dan

mengawasi kawasan-kawasan yang tertentu sahaja bermula tahun 2009. Pada mula-mula

JPAM Jasin ditubuhkan di kawasan Jasin, ianya hanya dilengkapi alat-alat dan peralatan-

peralatan pertolongan yang asas dan dalam kuantiti yang sedikit. Contohnya, peralatan

medik, peralatan masuk hutan, alat-alat melawan kebakaran dan alat-alat untuk menangkap

ular.

Selepas beberapa tahun pertubuhannya iaitu mulai tahun 2010, JPAM Jasin telah

mengalami banyak perubahan dan perkembangan dari segi kemudahan, dan kelengkapan

alat-alat bantuan. Beberapa kenderaan baharu yang penuh dengan alat-alat moden dan

canggih diperkenalkan di JPAM Jasin7. Kenderaan-kenderaan sebegini banyak membantu

ahli-ahli JPAM Jasin untuk bertindak cepat dalam melaksanakan tugas mereka dan

menyampaikan bantuan kepada mangsa yang memerlukan, dalam jangka masa yang segera.

Juga, kenderaan-kenderaan yang dilengkapi dengan alat-alat bantuan kecemasan

membolehkan para pekerja JPAM Jasin disegani dan disenangi dalam kalangan masyarakat

Bandar Jasin.

Seterusnya, dari segi pentadbiran pula banyak pembaharuan dan perubahan yang telah

dialami oleh JPAM Jasin. Sistem pentadbiran JPAM Jasin telah melalui pelbagai perubahan

dari segi pembahagiaan jawatan dan kuasa. Jawatan-jawatan dan tugas-tugas yang diberi

keutamaan ditambahkan bilangan pekerjanya pada tahun 2012 supaya lebih senang untuk

menguruskan kes-kes kecemasan.

Page 4: Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, Melaka )

Di samping itu, JPAM Jasin turut menambahkan bilangan kaki tangannya pada tahun

2013 supaya kerja-kerja memberi bantuan dapat dilaksanakan dengan lebih efisyen dan

berkesan. JPAM Jasin juga mula mempelbagaikan corak bantuannya kepada masyarakat

supaya dapat sentiasa memberi bantuan kepada masyarakat kawasan Jasin. Contohnya, JPAM

Jasin mula mengadakan pameran, aktiviti gotong-royong, dan bantuan kaunseling untuk

masyarakat kawasan sekeliling.

JPAM Jasin telah banyak berkembang dan maju jika dibandingkan dengan tahun

penubuhannya. Banyak yang telah dilalui oleh JPAM Jasin sepanjang tempoh pertubuhannya.

JPAM Jasin masih berusaha melakukan pelbagai perubahan dan penambahbaikan untuk

memantapkan lagi sumbanganya kepada masyarakat kawasan Jasin.

Kesimpulannya, perkembangan dan kemajuan JPAM Jasin menunjukkan betapa

pentingnya agensi keselamatan ini kepada masyarakat sekeliling kawasan Jasin. JPAM Jasin

perlu diteruskan operasinya bagi membantu masyarakat setempat dan mengurangkan beban

pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia cawangan Jasin dalam menguruskan kes-kes

kecemasan pada masa akan datang.

OBJEKTIF 2 : Sumbangan Dan Peranan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin

Kepada Penduduk Setempat Dari Tahun 2008 Hingga 2014.

JPAM Jasin telah banyak memberi bantuan dan pertolongan kecemasan kepada

masyarakat kawasan Jasin sejak dari tahun penubuhannya. Terdapat pelbagai cara dan kaedah

yang digunakan oleh JPAM Jasin dalam menyalurkan bantuan kepada masyarakat yang

Page 5: Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, Melaka )

memerlukan. Bermula tahun 2008, JPAM Jasin hanya memberi bantuan kecemasan kepada

mangsa-mangsa kemalangan jalan raya dan mereka membantu pihak Polis Diraja Malaysia

dan Bomba dalam mengendalikan kes-kes kecemasan. Bermula dari tahun 2010 pula, JPAM

Jasin mula mempelbagaikan cara-cara pemberian bantuan. Sebagai contohnya, JPAM Jasin

mula mengadakan pameran tentang alat-alat medik, peralatan masuk hutan, alat-alat untuk

melawan kebakaran dan alat-alat yang digunakan untuk menangkap ular.

Mulai tahun 2011, JPAM Jasin diperrtanggungjawabkan untuk memberi latihan dan

pendidikan keselamatan kepada orang awam mengenai cara-cara memertahankan diri mereka

sewaktu mengalami keadaan-keadaan yang sukar dan bahaya. Aktiviti ini bertujuan untuk

memberi kefahaman dan pengetahuan kepada orang awam mengenai Pertahanan Awam.

Juga, ianya bertujuan untuk memberi ilmu kepada orang awam untuk bertindakbalas

membantu diri dan orang lain dalam situasi kecemasan dan bahaya. Orang awam akan

diberikan pengajaran tentang cara-cara menyelamatkan diri semasa kemalangan kebakaran,

banjir dan banyak lagi oleh kaki tangan JPAM Jasin.

Bermula dari tahun 2012, JPAM Jasin juga mula menganjurkan pameran di sekolah-

sekolah kawasan Jasin bagi membantu para pelajar mengenali alat-alat menangkap ular,

peralatan medik, peralatan masuk hutan dan alat-alat untuk melawan kebakaran. Pameran

sebegini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang langkah-langkah yang perlu diambil

oleh seseorang apabila berhadapan dengan situasi-situasi yang tidak terduga. Dalam pameran

yang dianjurkan sebegini, warga sekolah juga diberikan taklimat dan cara-cara untuk

menghadapi sesuatu situasi yang sukar dengan hati yang tenang dan tidak panik. Justeru,

pameran sebegini dijalankan kerana bertujuan bagi membantu pelajar-pelajar sekolah untuk

Page 6: Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, Melaka )

lebih berhati-hati semasa menghadapi sebarang kes kecemasan dalam apa jua keadaan sekali

pun.

Seterusnya, bermula dari tahun 2013, JPAM Jasin juga mengadakan pameran-pameran di

kawasan-kawasan perumahan Jasin bagi memberi kesedaran langkah-langkah keselamatan

kepada masyarakat warga Jasin. Program Perpustakaan Desa yang dianjurkan oleh JPAM

Jasin banyak memberikan info-info tentang langkah-langkah yang perlu diambil bagi

menghadapi situasi-situasi sukar kepada masyarakat. JPAM Jasin juga menunjukkan aksi-

aksi yang boleh dicontohi semasa keadaan sukar dan bahaya kepada masyarakat bagi

membantu mereka mengenali cara-cara mempertahankan diri. Di samping itu, JPAM Jasin

selalu menganjurkan aktiviti gotong-royong di kawasan-kawasan perumahan bagi memberi

kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan kebersihan alam sekeliling. Aktiviti ini

banyak membantu masyarakat untuk lebih mengambil berat akan kebersihan kawasan

sekeliling perumahan mereka dan mengurangkan risiko menghidapi penyakit-penyakit yang

disebabkan oleh serangga-serangga perosak seperti nyamuk Aedes yang menyebabkan

demam Denggi. Kaki tangan JPAM Jasin banyak mengemukakan cadangan tentang cara-cara

memelihara kebersihan kawasan perumahan kepada masyarakat Jasin. Taklimat sebegini

membantu masyarakat menghapuskan tempat pembiakan haiwan perosak sekaligus

mencegahnya daripada menyebarkan penyakit-penyakit yang merbahaya.

Selain itu, JPAM Jasin juga bertanggungjawab untuk menyalurkan bantuan kepada

mangsa-mangsa banjir di pusat-pusat perlindungan bermula dari tahun 2013. Pekerja-pekerja

JPAM Jasin turut membantu mangsa banjir dengan melakukan kerja-kerja pemulihan dan

pembersihan kawasan perumahan yang rosak teruk akibat banjir. Juga, JPAM Jasin turut

menyediakan bantuan kaunseling kapada mangsa-mangsa banjir supaya mereka dapat berasa

Page 7: Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, Melaka )

sedikit lega dan meneruskan kehidupan mereka. Bantuan ini banyak memberikan kesan-

kesan positif kepada mangsa-mangsa banjir untuk bersama-sama membantu melakukan

kerja-kerja pemulihan dan pembersihan kawasan perumahan mereka. Juga, ahli JPAM Jasin

akan dibawa ke kawasan-kawasan di luar negeri Melaka, iaitu kawasan yang mengalami

banjir bagi membantu mangsa-mangsa banjir di sana. Ternyata, sumbangan JPAM Jasin

sememangnya perlu diberikan penghargaan dan dihargai oleh penduduk di kawasan Jasin.

Selain itu, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin juga mengadakan latihan dan sesi

pengajaran di pusat-pusat PLKN. Tujuannya adalah, untuk mengajar cara-cara keselamatan

kepada warga PLKN supaya mereka dapat mengenali langkah-langkah mempertahankan diri

semasa menghadapi sebarang situasi kritikal dan berbahaya. Juga, JPAM Jasin mengalakkan

penyertaan warga Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dalam JPAM sebagai

sukarelawan Pasukan Pertahanan Awam Malaysia. Secara tidak langsung, kaedah ini

menyebabkan bilangan ahli JPAM Jasin bertambah dan membantu JPAM Jasin untuk

berfungsi sebagai sebuah agensi keselamatan yang lebih berdedikasi dan berkesan dalam misi

penyelamatannya.

Di samping itu, menjelang tahun 20148, JPAM Jasin mula mengadakan taklimat-taklimat

kecil mengenai cara-cara memertahankan diri di sekolah-sekolah kawasan Bandar Jasin.

Ahli-ahli JPAM Jasin memberikan motivasi dan mangadakan taklimat-taklimat sebegini

tanpa mengenakan sebarang bayaran. Hal ini sedikit sebanyak membantu pihak sekolah di

kawasan Jasin, untuk menyediakan lebih kemudahan keselamatan di kawasan sekeliling

sekolah dan memberi lebih sedikit perhatian terhadap keselamatan para pelajar yang

menuntut di sekolah mereka.

Page 8: Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, Melaka )

Kesimpulannya, JPAM Jasin merupakan salah satu agensi yang banyak memberi

pertolongan dan bantuan kepada masyarakat kawasan Jasin semasa mereka memerlukan.

Jadi, JPAM Jasin dianggap sebagai khazanah masyarakat kawasan Jasin kerana ianya sentiasa

memberikan jasa dan sumbangan dalam kehidupan mereka. Oleh itu, JPAM Jasin perlulah

sentiasa dimajukan dari semasa ke semasa agar agensi tersebut dapat sentiasa memenuhi

keperluan masyarakat kawasan sekeliling. Pihak kerajaan perlulah sentiasa melengkapkan

segala keperluan JPAM Jasin bagi membantu ahli-ahlinya menjalankan tugas dengan baik

dan tanpa sebarang gangguan.

OBJEKTIF 3 : Usaha-usaha Penambahbaikan Untuk Menjadikan JPAM Jasin Sebagai

Sebuah Agensi Keselamatan Yang Mantap.

Kerajaan Malaysia telah melakukan pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan pada

kesemua agensi keselamatan di seluruh Malaysia bermula tahun 2010. Akta Pertahanan

Awam 1951 (Disemak 1979) atau Akta 221 memperuntukkan tugas Pertahanan Awam untuk

mengelola, menubuh, melatih, menyenggara, melengkapi dan mendisiplin Angkatan dan

Perkhidmatan Pertahanan Awam mengikut Seksyen 3(2)a. Sehubungan dengan itu, Jabatan

Pertahanan Awam Malaysia telah berusaha melakukan penambahbaikan supaya JPAM dapat

berfungsi sebagai sebuah agensi yang mantap dan teratur. JPAM melakukan penambahbaikan

sebegini supaya ianya dapat melatih pihak kakitangan JPAM untuk menjadi lebih aktif dan

berkemahiran dalam menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan.

Latihan diberikan kepada kakitangan JPAM bertujuan untuk pendedahan anggota dalam

eksesais sebenar melalui perkhidmatan bantuan kecemasan dengan ilmu kemahiran tinggi

dalam gerak kerja menyelamat sama ada di darat dan di air. Bermula dari tahun 2009, ahli

Page 9: Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, Melaka )

JPAM Jasin turut menyertai latihan-latihan dan kem-kem kemahiran yang diadakan di

seluruh Malaysia bagi meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan mereka dalam

melaksanakan tugas mereka. Pekerja JPAM Jasin diberi peluang untuk mencuba dan

melibatkan diri dalam segala aktiviti-aktiviti yang diadakan dalam kem-kem latihan.

Antara aktiviti dan latihan Pertahanan Awam mengikut Akta 221 ialah, pengurusan

angkatan, latihan angkatan, eksesais/latihan bersama, latihan orang awam, latihan kadet

Pertahanan Awam, latihan pasukan Tindakbalas Kecemasan bagi organisasi, talian

kecemasan 999, khidmat kemanusiaan, operasi bencana serta penyelidikan dan

pembangunan.

Semasa melibatkan diri dalam latihan dan aktiviti Pertahanan Awam, kesemua ahli JPAM

Jasin perlu berada dalam keadaan yang sihat supaya mereka dapat memberi focus semasa

pengajaran tentang langkah-langkah keselamatan sedang diajar. Setiap anggota Angkatan

JPAM Jasin perlu melalui 3 peringkat latihan iaitu, latihan asas selama 48 jam, latihan

lanjutan selama 148 jam, dan latihan kemahiran selama 160 jam. Kesemua latihan dan

aktiviti-aktiviti ini telah meningkatkan daya tahan dan kemahiran setiap ahli JPAM Jasin

dalam misi memberi bantuan kepada masyarakat.

Selain itu, bermula dari tahun 2010 dan seterusnya, sebagai usaha penambahbaikan

kemahiran JPAM, kerajaan Malaysia mewajibkan semua ahli JPAM dari seluruh cawangan

untuk menjalani latihan asas, latihan lanjutan, latihan kemahiran, teknik latihan. Dalam

mempelajari latihan asas, ahli JPAM Jasin bersama ahli JPAM dari kawasan-kawasan yang

lain akan diberikan pendedahan tentang bencana dan peperangan, penyelamat asas,

pertolongan cemas asas dan CPR, cara-cara melawan kebakaran dan cara menguruskan pusat

Page 10: Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, Melaka )

pemindahan serta menjaga kebajikan masyarakat. Juga, ahli JPAM Jasin diberi pengajaran

tentang latihan menyelamat di air dan skuba, cara menggunakan alat bantuan pernafasan,

langkah penyelenggaraan peralatan penyelamat, dan cara pengendalian bot penyelamat.

Seterusnya, JPAM Jasin turut menghantar kakitangannya untuk menghadiri setiap sesi

latihan dan akitiviti yang diadakan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia tiap-tiap tahun

bagi meningkatkan kemahiran dan kecekapan ahlinya dalam menyalurkan bantuan kepada

masyarakat yang memerlukan. Usaha yang dilakukan oleh Jabatan Pertahanan Awam

Malaysia Jasin ini, banyak memberikan ilmu dan pengetahuan baru kepada ahli-ahlinya

dalam menjalankan tugas mereka.

Selain itu, bermula dari tahun 2012, JPAM Jasin juga mendidik ahlinya untuk

memberikan latihan kepada orang awam bagi memberi kefahaman dan pengetahuan kepada

orang awam mengenai Pertahanan Awam. Ahli Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin

juga memberi ilmu kepada orang awam untuk bertindakbalas membantu diri dan orang lain

dalam situasi kecemasan dan bahaya. Juga, JPAM Jasin turut melakukan usaha promosi

untuk menarik orang awam menganggotai Pertahanan Awam Malaysia9.

Di samping itu, kerajaan Malaysia memperuntukkan sejumlah wang bagi

mempertingkatkan lagi kemudahan-kemudahan infrastruktur JPAM di seluruh Malaysia.

Perbelanjaan untuk membeli peralatan penyelamat, kenderaan operasi, peralatan perubatan,

peralatan kebombaan, peralatan logistic am dan membina menara penyelamat pantai

ditanggung oleh kerajaan Malaysia bagi memastikan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia di

seluruh Negara beroperasi dengan baik dan tanpa apa-apa kekurangan10

. Jentera operasi

utama meliputi ambulans, kenderaan penyelamat ringan dan berat, kenderaan pelbagai guna,

Page 11: Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, Melaka )

bot penyelamat, kenderaan pengangkut dan kenderaan perhubungan bergerak yang membantu

pihak JPAM Jasin untuk berfungsi secara menyeluruh dan sampai ke kawasan kes-kes

kecemasan dengan segera.

Selain itu, kerajaan Malaysia berbelanja jutaan ringgit untuk membelikan peralatan

perubatan seperti alat perubatan kecemasan dan trauma bagi rawatan prahospital untuk

kegunaan JPAM di seluruh Malaysia11

. Selain itu, kerajaan Malaysia juga menyediakan wang

untuk melengkapkan segala keperluan JPAM, contohnya alat bantuan dan sokongan operasi

seperti set komunikasi, alat kebajikan, pakaian operasi dan kelengkapan bantuan lain. Melalui

peruntukkan ini, JPAM Jasin juga mendapat pelbagai faedah dari segi mendapat alat-alat

bantuan yang diperlukan untuk menguruskan kes-kes kecemasan dan kemudahan

infrastruktur yang mencukupi lagi menyelesakan. Kesemua peruntukkan yang dibahagikan

oleh kerajaan Malaysia untuk pertubuhan Jabatan Pertahanan Awam di seluruh negara, telah

memberikan kesan positif secara tidak langsung.

Menjelang tahun 2014, JPAM Jasin telah berkembang maju dengan adanya peruntukkan

kewangan dari kerajaan Malaysia. Segala kemudahan infrastruktur seperti kenderaan-

kenderaan moden dan peralatan-peralatan bantuan canggih yang disediakan oleh kerajaan

Malaysia bagi kegunaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, telah menyebabkan JPAM di

seluruh negara Malaysia untuk berfungsi dengan baik dan menghulurkan bantuan kepada

masyarakat negara tanpa ada apa-apa halangan atau gangguan. JPAM Jasin pun tidaklah

terkecuali daripada golongan tersebut. JPAM Jasin menjadi salah sebuah agensi keselamatan

yang mantap dan teratur di kawasan Jasin disebabkan oleh gaya pentadbirannya. Segala

bantuan yang dihulurkan oleh JPAM Jasin kepada masyarakat Jasin memuaskan hati

Page 12: Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, Melaka )

penduduk di kawasan itu kerana JPAM Jasin sentiasa berusaha untuk memberikan yang

terbaik kepada masyarakat yang memerlukan bantuan pertubuhan itu.

Secara tuntasnya, unsur-unsur penambahbaikan yang dilakukan oleh pihak kerajaan

Malaysia untuk perkembangan Jabatan Pertahanan Awam di seluruh Malaysia ternyata

memberikan kesan positif yang di luar jangka. Penambahbaikan tersebut bukan sahaja

memyebabkan kemajuan JPAM malah, ianya membantu agensi keselamatan itu, untuk

mendapat tempat dalam hati masyarakat. Masyarakat sudah mula mempercayai akan

kemampuan JPAM Jasin dalam menjaga kebajikan serta keselamatan penduduk tempatan dan

mereka berharap agar jasa dan sumbangan JPAM Jasin dapat diteruskan untuk kebaikan

semua. JPAM Jasin menjadi sebuah agensi keselamatan yang mantap dalam tempoh singkat

sejak pertubuhannya di kawasan Jasin. Walaupun JPAM Jasin merupakan agensi keselamatan

di bawah kementerian, ianya masih memerlukan sokongan masyarakat setempat untuk

berkembang maju pada masa hadapan. Masyarakat sekitar kawasan Jasin perlulah sentiasa

memberi sokongan kepada JPAM Jasin dengan melibatkan diri dalam segala aktiviti yang

diadakan untuk orang awam. Usaha-usaha yang dilakukan oleh JPAM Jasin dalam

meningkatkan prestasi mereka untuk menjadikan JPAM Jasin sebagai sebuah agensi

keselamatan yang mantap, ternyata memberikan kesan positif bukan sahaja kepada agensi itu

sendiri malah ianya juga memberikan kebaikan kepada masyarakat di kawasan Jasin.

Semua usaha-usaha ini telah mengubah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin

menjadi sebuah agensi keselamatan yang mantap di daerah Jasin.

KESIMPULAN

Page 13: Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, Melaka )

Kajian terhadap “Sejarah Dan Perkembangan Pentadbiran JPAM Jasin Serta

Sumbangannya Kepada Masyarakat” di Jasin, Melaka yang dilaksanakan sekitar 2 bulan

lebih ini, banyak sumber dan perkara baru atau bernilai yang pengkaji dapat dalam

pengkajian ini. Kajian yang dilakukan selama kira-kira 2 bulan ini memberikan pengkaji

pelbagai pengalaman baru dan menarik. Tugasan ini menggerakkan pengkaji untuk

mempelajari tentang cara-cara JPAM Jasin memberi bantuan kepada masyarakat, bagi

mendapatkan bahan untuk keperluan kerja kursus ini. Melalui kajian ini, pengkaji menyedari

bahawa kita haruslah berbangga sebagai seorang rakyat Malaysia, kerana negara ini memiliki

agensi keselamatan yang sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Secara tuntasnya, kajian kerja kursus ini telah menyedarkan pengkaji tentang pentingnya sifat

bertanggungjawab, prihatin, dan sifat kemanusiaan. Pada masa yang sama, pengkaji sedar

bahawa banyak bantuan JPAM Jasin menyumbang kepada masyarakat di kawasan Jasin.

Pengkaji juga mendapati bahawa banyak perubahan yang dialami oleh JPAM Jasin dari tahun

2008 hingga tahun 2014.

BIBLIOGRAFI

Cik Noraenn Binti Ahmad, PREBET

(ditemu bual pada 13 Februari 2015)

Encik Muhammad Nur Shaiful B.HJ Ibrahim, PBT (PA)

(ditemu bual pada 13 Februari 2015)

Cik Nur Hazwani Shahira Binti Abd Ghani, PBT (PA)

(ditemu bual pada 13 Februari 2015)

Pertahanan Awam, “Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,” Kementerian Dalam Negeri

Page 14: Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, Melaka )

Mejar (PA) Norza Iskandar Helmi Abdullah,”Jabatan Pertahanan Awam Malaysia iktiraf

SISPA UTHM”(Mejar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), 2009)

Dayang Manja Binti Awang Suhaili, “Kajian Perbandingan Antara Jabatan Bomba Dan

Penyelamat Dan Jabatan Pertahanan Awam Di Kuching,Sarawak”.(Ijazah Sarjana Muda

Kaunseling Dengan Kepujian., Universiti Sarawak Malaysia, 2005)

“SISWA-SISWI PERTAHANAN AWAM (SISPA),” Portal Rasmi Jabatan

Pertahanan Awam Malaysia, diakses April 13, 2013.

http://www.civildefence.gov.my/v3/index.php/perkhidmatan/siswa-siswi-pertahanan-awam-

sispa. (diakses pada 14 Februari 2015)

Roslan Bin Wahab, “ „Seminar Kebangsaan Keselamatan Kampus Malaysia‟: Sumbangan

Yang Boleh Diberikan Oleh Jabatan Pertahanan Awam Kepada Keselamatan Di Kampus. “

Seminar Yang Disampaikan Kepada Warga IPT Bagi Keselamatan Di Kampus, Hotel Sama

Sama, KLIA, Sepang, Disember 16, 2013.

Portal Rasmi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

http://www.civildefence.gov.my/v3/index.php/profil-jpam/maklumat-korporat/fungsi-dan-

peranan-jpam/119-artikel-lain (diakses pada 14 Februari 2015)

Utusan Online

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130325/dn_19/JPAM-main-peranan-

bantu-Operasi-Daulat (diakses pada 18 Februari 2015)

Portal Rasmi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

http://www.civildefence.gov.my/v3/index.php/sumber-dan-arkib/artikel-dan-berita-

semasa/1114-dari-perang-dunia-ke-mh370-jpam-tetap-komited (diakses pada 3 Mac 2015)

Laman Blog Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

http://jpamps.blogspot.com/2014/02/latihan-persiapan-banjir.html (diakses pada 4 Mac 2015)

Page 15: Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, Melaka )

NOTA HUJUNG

1 Pertahanan Awam, “Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,” Kementerian Dalam Negeri : 2.

2 Ibid.

3 Ibid., 3.

4 Ibid., 4.

5 Ibid., 5.

6 Ibid., 1.

7 ZEALOUS BULETIN PULAPA WILAYAH TIMUR, Mengapa Saya Sertai JPAM? (V 1.0,

BIL 2/2012), 3-4.

8 Kenyataan Akhbar Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

http://media.inform.gov.my/e-press/cetak-

np.asp?data_dtl_oid=31154&data_type=NE&state=WP+Kuala+Lumpur.

9 Laman Blog Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

http://jpamps.blogspot.com/2014/02/latihan-persiapan-banjir.html.

10 Portal Rasmi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

http://www.civildefence.gov.my/v3/index.php/sumber-dan-arkib/artikel-dan-berita-

semasa/1114-dari-perang-dunia-ke-mh370-jpam-tetap-komited.

11 Portal Rasmi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

http://www.civildefence.gov.my/v3/index.php/profil-jpam/maklumat-korporat/fungsi-dan-

peranan-jpam/119-artikel-lain.

12 Cik Cik Noraenn Binti Ahmad, PREBET

13 Encik Muhammad Nur Shaiful B.HJ Ibrahim, PBT (PA)

14 Cik Nur Hazwani Shahira Binti Abd Ghani, PBT (PA)