contoh kbs explorace

3
PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PROGRAM KEM BESTARI SOLAT Disediakan oleh ; J-QAF UNIT 5 AMBILAN JANUARI 2009 FASA PERANCANGAN KEM BESTARI SOLAT Program KBS kali ini adalah berbentuk “Explorace”. Ianya dirancang untuk menarik minat murid supaya berminat untuk menghadirkan diri ke Kem Bestari Solat.Sasaran kali ini adalah semua murid yang beragama Islam. Dengan itu apa yang perlu dilakukan adalah seperti berikut :- 1. Menyediakan kertas kerja - Tarikh - Masa - Tempat - Objektif - Ahli Jawatankuasa - Peruntukkan kewangan - Tentative program 2. Tubuhkan jawatankuasa program - Adanya penglibatan semua guru - Mengeluarkan surat lantikan menjadi fasilitator dan urusetia program - Mengeluarkan surat pemberitahuan program kepada ibubapa. 3. Taklimat

Upload: siti-aisyah-hassan

Post on 29-Jul-2015

304 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh kbs explorace

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PROGRAM KEM BESTARI SOLAT

Disediakan oleh ;

J-QAF UNIT 5  AMBILAN JANUARI 2009

FASA PERANCANGAN KEM BESTARI SOLAT

Program KBS kali ini adalah berbentuk “Explorace”. Ianya dirancang untuk menarik minat murid supaya berminat untuk menghadirkan diri ke Kem Bestari Solat.Sasaran kali ini adalah semua murid yang beragama Islam. Dengan itu apa yang perlu dilakukan adalah seperti berikut :-

1. Menyediakan kertas kerja

-          Tarikh

-          Masa

-          Tempat

-          Objektif

-          Ahli Jawatankuasa

-          Peruntukkan kewangan

-          Tentative program

2. Tubuhkan jawatankuasa program

-          Adanya penglibatan semua guru

-          Mengeluarkan surat lantikan menjadi fasilitator dan urusetia program

-          Mengeluarkan surat pemberitahuan program kepada ibubapa.

3. Taklimat

-          Memberi taklimat kepada fasilitator dan urusetia yang telah dilantik.

-          Merancang aktiviti yang perlu dilakukan semasa program

-          Menyediakan soalan,klu,check point,tugasan.

-          Merancang format pembahagian kumpulan

Page 2: Contoh kbs explorace

4. Menyediakan peralatan yang diperlukan seperti fail,pensel dan sebagainya.

5. Menyediakan borang penilaian

6. Menyediakan hadiah bagi pemenang

 

  PELAKSANAAN PROGRAM

 

1. Murid akan di bahagikan kepada kumpulan selepas mereka mendaftar dengan urusetia.

 

2. Kemudian para peserta akan diberikan taklimat oleh Kem Komandan yang dilantik tentang perjalanan program pada hari tersebut.

 

 

3. Para peserta akan duduk didalam kumpulan sebelum dilepaskan untuk mengambil sampul surat yang akan membawa mereka ke tempat pertama yang akan mereka tuju untuk mendapatkan klu yang pertama.

 

4. Di setiap check point akan ada fasilitator yang menunggu untuk bertanyakan soalan kepada mereka.Mereka akan diuji secara individu dan soalan yang diberikan adalah berkisar tentang solat sama ada dari segi bacaan,amali solat atau pun wudhu’ sebelum memberikan mereka klu yang kedua. Di samping itu juga mereka perlu menyiapkan soalan tugasan bertulis yang disediakan di dalam sampul surat yang diberikan.

 

5. Begitulah seterusnya sehingga mereka dapat mengumpul 5 klu dan menjawab 5 helai soalan bertulis untuk diserahkan kepada urusetia yang bertugas

 

6. Markah dikira berdasarkan cepatnya mereka menyiapkan tugasan,kerjasama di dalam kumpulan,disiplin,melalui semua check point.

Page 3: Contoh kbs explorace

 

7. Urusetia akan mengira markah mereka dan kumpulan yang mendapat markah yang tertinggi di kira sebagai pemenang.