contoh karangan berdasarkan bahan rangsangan.docx

5
Contoh Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan SOALAN PMR 2009; Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang cara mengatasi kesesakan jalan raya. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Dalam era pemodenan dan kecanggihan teknologi ini, masalah kesesakan jalan raya menjadi topik perbincangan orang ramai. Masalah ini harus dibendung dengan segera untuk mengekalkan kemakmuran negara. Jabatan Pengangkutan Jalan Raya [JPJ] telah memainkan peranan yang sangat unggul untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kerajaan harus meningkatkan mutu pengangkutan awam supaya kepentingan pengguna terpelihara. Sehubungan itu, Jabatan Kerja Raya harus membaiki sistem lalu lintas dan menambah bilangan jalan raya. Hal ini merupakan langkah yang drastik untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas.

Upload: nor-rozitaaini-yaacob

Post on 22-Dec-2015

361 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan.docx

Contoh Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

SOALAN PMR 2009; Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang cara mengatasi kesesakan jalan raya. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Dalam era pemodenan dan kecanggihan teknologi ini, masalah kesesakan jalan raya

menjadi topik perbincangan orang ramai. Masalah ini harus dibendung dengan segera

untuk mengekalkan kemakmuran negara. 

Jabatan Pengangkutan Jalan Raya [JPJ] telah memainkan peranan yang sangat

unggul untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kerajaan harus meningkatkan mutu

pengangkutan awam supaya kepentingan pengguna terpelihara.

Sehubungan itu, Jabatan Kerja Raya harus membaiki sistem lalu lintas dan

menambah bilangan jalan raya. Hal ini merupakan langkah yang drastik untuk

menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas. 

Pihak media massa harus memainkan peranannya untuk menggalakkan rakyat

menggunakan pengangkutan awam dan mengamalkan amalan berkongsi kereta supaya

dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya.

Tuntasnya, semua pihak tidak harus menunding jari kepada mana-mana pihak,

sebaliknya semua pihak harus berganding bahu menggembleng seluruh tenaga untuk

memerangi masalah tersebut supaya Malaysia kekal cemerlang, gemilang dan terbilang.

[120 patah perkataan]

Page 2: Contoh Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan.docx

KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN (TINGKATAN 2)

Langkah untuk menghasilkan karangan bahan rangsangan

  Jumlah Perkataan- Tidak melebihi 120 patah perkataan . (tulis di bahagian bawah sebelah kanan). 

  Jumlah Perenggan- 5 atau 6 perenggan.- 1 Perenggan:- Pendahuluan. - 3 atau 4 Perenggan:- Isi/huraian - 1 Perenggan:- Penutup. 

  Jumlah isi- 3 atau 4 isi sahaja.   Sintaksis- ringkas dan  padat.   Mesti ada 3 penanda wacana atau lebih

( Selain itu, Sehubungan itu, Seterusnya, Kemudian dan lain-lain.)   Pemarkahan – pemeriksaan keseluruhan dan markah karangan akan ditentukan

berdasarkan gred markah yang telah ditetapkan.   Kesalahan tatabahasa akan menyebabkan markah pelajar akan ditolak.

Pembinaan karangan bahan rangsangan

  Cara membuat pendahuluan. (2 atau 3 ayat sahaja).- Tema soalan- Kehendak soalan

  Cara menulis isi karangan.- Isi Utama + Huraian + Contoh- Penanda wacana

  Cara penulisan penutup.- Rumusan berserta cadangan, pandangan, bagi keseluruhan isi yang terkandung        dalam dalam tajuk bahan rangsangan.- Ungkapan menarik

Page 3: Contoh Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan.docx

 Ciri-ciri karangan yang cemerlang (Peringkat Cemerlang iaitu 16- 20 markah).- Ayat yang gramatis.- Kosa kata yang luas dan tepat.- Tiada kesalahan ejaan dan tanda baca.- Hanya kesalahan minimum pengunaan kata.- Isi menepati kehendak soalan.- Huraian isi matang dan berkembang.- Pengolahannya yang menarik dan berkesan.

Page 4: Contoh Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan.docx