contoh jawapan latihan edu3033

11
CONTOH JAWAPAN LATIHAN EDU3033 BAHAGIAN A ( 40 markah ) 1. a. Senaraikan dua aspek psikososial dalam persekitaran pembelajaran. i. Nada suara yang sesuai Nada suara guru mempunyai pengaruh dan kesan ke atas pembelajaran murid, suara guru hendaklah tegas tetapi bukannya nyaring. Guru perlu bersifat tenang dan sentiasa bersedia dalam menangani karenah murid di dalam kelas. ii. Berbudi bahasa Jika guru berbudi bahasa akan wujud sifat saling menghormati antara anda dan murid-murid. Sekolah dan bilik darjah seharusnya merupakan tempat di mana mereka belajar mengenai tingkah laku berbudi bahasa dan bersopan santun. iii. Norma tingkah laku yang diterima Guru hendaklah memastikan pada setiap masa untuk bertingkah laku positif dan menghindari tingkah laku negatif. Ini secara tidak langsung akan memudahkan penerimaan murid-murid terhadap pengajaran guru iv. Suasana yang kondusif Keprihatinan guru terhadap susunan fizikal kelas akan mewujudkan suasana belajar yang kondusif dalam kalangan murid-murid. [5 markah] b. Huraikan lima cara yang boleh diaplikasikan oleh guru dalam menyusun atur kerusi dan meja murid-murid dalam bilik darjah yang bersuaian dengan gaya pengajaran guru, saiz dan dimensi bilik darjah serta keselesaan murid. i. Susunan tradisional Meja dan kerusi disusun menghadap papan tulis dan guru yang berdiri di depan bilik darjah. ii. Susunan berkelompok/kluster 1

Upload: tieng-huang

Post on 02-Oct-2015

135 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

soalan

TRANSCRIPT

CONTOH JAWAPAN LATIHAN EDU3033

BAHAGIAN A( 40 markah )a. Senaraikan dua aspek psikososial dalam persekitaran pembelajaran.i. Nada suara yang sesuaiNada suara guru mempunyai pengaruh dan kesan ke atas pembelajaran murid, suara guru hendaklah tegas tetapi bukannya nyaring. Guru perlu bersifat tenang dan sentiasa bersedia dalam menangani karenah murid di dalam kelas. ii. Berbudi bahasaJika guru berbudi bahasa akan wujud sifat saling menghormati antara anda dan murid-murid. Sekolah dan bilik darjah seharusnya merupakan tempat di mana mereka belajar mengenai tingkah laku berbudi bahasa dan bersopan santun.iii. Norma tingkah laku yang diterimaGuru hendaklah memastikan pada setiap masa untuk bertingkah laku positif dan menghindari tingkah laku negatif. Ini secara tidak langsung akan memudahkan penerimaan murid-murid terhadap pengajaran guruiv. Suasana yang kondusifKeprihatinan guru terhadap susunan fizikal kelas akan mewujudkan suasana belajar yang kondusif dalam kalangan murid-murid.[5 markah]

b.Huraikan lima cara yang boleh diaplikasikan oleh guru dalam menyusun atur kerusi dan meja murid-murid dalam bilik darjah yang bersuaian dengan gaya pengajaran guru, saiz dan dimensi bilik darjah serta keselesaan murid.i. Susunan tradisionalMeja dan kerusi disusun menghadap papan tulis dan guru yang berdiri di depan bilik darjah.

ii. Susunan berkelompok/klusterMurid-murid disusun mengikut kumpulan yang terdiri daripada 2,4 atau 6 orang.

iii. Susunan ladam kudaMurid-murid duduk dalam dua barisan meja dan kerusi yang bertentangan dengan dua lagi barisan murid lain. Manakala ada satu lagi barisan murid yang duduk menghadap ke depan bilik darjah.

iv. Susunan huruf LDua barisan murid diletak pada sudut 90 darjah kepada meja dan kerusi yang lain. Memberi peluang kepada murid-murid untuk berkolaborasi dalam menyiapkan tugasan.v. Susunan huruf USusunan seperti ini membolehkan mereka bersemuka sesama mereka dan boleh dianggap sebagai serupa dengan susunan ladam kuda. Sangat sesuai apabila guru ingin mengendalikan perjumpaan kelas.

[10 markah]

a.Nyatakan lima Hierarki Keperluan Maslow.i.Keperluan fisiologi (makan,minum,tempat tinggal)ii.Keperluan keselamatan (bebas dari ancaman fizikal dan emosionaliii.Keperluan kasih sayang (penerimaan dan kasih sayang daripada keluarga dan rakan-rakan)iv.Keperluan penghargaan (penghargaan, pengiktirafan)v.Keperluan pencapaian intelek ( pencapaian akademik)vi.Keperluan estetikavii.Penyempurnaan kendiri[5 markah]

b.Huraikan implikasi Pendekatan Humanisme terhadap pengajaran dan pembelajaran.

1.Guru memberikan fokus kepada murid, bukannya subjek yang diajar2.Guru melayani pelajar sebagai insan terlebih dahulu sebelum melayani mereka sebagai murid.3.Guru menerima setiap murid tanpa syarat, mengikut potensi dan keupayaan masing-masing.4.Guru memberi peluang kepada murid untuk memilih tugasan dan aktiviti pembelajaran apabila ada peluang berbuat demikian5.Guru melibatkan murid dalam gerak kerja kumpulan,terutama pembelajaran koperaftif.6.Guru bertindak sebagai fasilitator bagi perbincangan kumpulan.7.Guru menjadikan diri sebagai teladan dan role model kepada murid untuk memupuk sikap dan tabiat yang baik.8.Guru memberikan pujian dan gerak balas kepada perasaan murid.9.Guru menyesuaikan isi pelajaran dengan aras pemikiran, gaya pembelajaran dan keperluan murid.[10 markah]

aSenaraikan lima ciri pengajaran berpusatkan guru agar tujuan pembelajaran tersebut tercapai

1. Guru memainkan peranan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.2. Sifat-sifat sosial kurang dipupuk3. Menekankan ujian sumatif untuk penggredan4. Murid kurang berminat terhadap penerangan guru5. Komunikasi sehala6. Murid pasif dan mendengar sahaja7. Guru mengarah dan mengawal pembelajaran8. Murid kurang kreatif dan tidak berinisiatif9. Mementingkan pencapaian objektif pendidikan10. Guru berkuliah11. Kepimpinan bercorak autokratik[5 markah]

b.Kemukakan kaedah dan teknik yang bersesuaian dalam pengajaran berpusatkan guru yang sesuai dilaksanakan dalam sistem pendidikan masa kini. Berikan huraian anda dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai.i. Bercerita:Murid akan berupaya melibatkan diri dalam aktiviti pemetaan semantik yang membawa kepada penambahan kebolehan mendefinisi, mengkategori dan mengaitkan perkataan. Murid-murid akan berpeluang untuk meningkatkan kemahiran menggunakan kamus dengan cara mencari definisi perkataan, menjana satu senarai sinonim (sama erti) dan antonim (berlawanan erti). Ini akan memupuk dan meluaskan kosa kata. Setelah selesai bercerita yang dikongsi secara terbuka, murid-murid yang mempunyai kelemaahan semantik dan kemahiran meta-linguistik. Murid berpeluang untuk mengingat semula serta memerihalkan peristiwa-peristiwa lampau, bercerita semula yang bertujuan meluas serta mengurus kandungan maklumat tanpa mengira peranan mereka sama ada sebagai pendengar atau tukang cerita. Murid-murid juga berpeluang untuk masuk dalam dunia naratif dan belajar mengenai pelbagai watak, masalah, reaksi dan sebagainya.

Demonstrasi- Penyoalan didaktik- Latih tubi- Pengajaran eksplisit- Kuliah masteri- Panduan dan bimbingan bacaan, mendengar dan pemerhatian- Gambaran keseluruhan berstruktur Penerangan Syarahan Pengajaran Berkumpulan/Berpasukan Pengajaran Mikro [10 markah]

a.Nyatakan lima jenis utama gaya murid belajar(i)Pelajar Visual(ii)Pelajar Auditori(iii)Pelajar Taktik/Kinestatik(iv)Aktivis(v)Teoris(vi)Atau Pragmatis[5 markah]

b.Anda berhadapan dengan murid yang mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah, tidak minat terhadap sesuatu subjek dan sukar memberi perhatian. Berdasarkan Teori Atribusi Weiner, bagaimanakah cara anda meningkatkan motivasi murid tersebut?

i. Guru perlu membantu murid dengan memastikan mereka percaya bahawa mereka adalah kompeten.ii. Galakkan mereka untuk berusaha dan jika berjaya, mereka akan melipatgandakan usaha mereka.iii. Pastikan murid berusaha dan beranggapan bahawa mereka boleh berjaya. Elakkan daripada situasi di mana pelajar berulang kali gagal kerana ini akan menyebabkan mereka beranggapan bahawa mereka tidak kompeten dan mereka akan berhenti mengatribusi kegagalan mereka kepada kurangnya usaha.iv. Guru membantu murid memahami bahawa tingkah laku mereka akan membawa mereka ke tahap kejayaan atau kegagalan. Hal ini dirujuk kepada lokus kawalan dalaman.v.Merangsang konsep kendiri murid dan sentiasa berfokus kepada usaha sebagai faktor ke arah kejayaan.Atau mana-mana kenyataan yang bersesuaian dengan Teori Atribusi Weiner.[10 markah]

9

BAHAGIAN B( 60 markah )

1.Berasaskan teori ini, huraikan bagaimana anda sebagai guru dapat mewujudkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah? Rujuk kepada Rubrik Pemarkahan yang dilampirkan. Perbincangan boleh merangkumi kandungan di bawah. Walau bagaimanapun kualiti perbincangan berdasarkan kriteria penilaian yang ditetapkan.

Contoh HujahUntuk mengaplikasikan teori ini dalam bilik darjah, pertamanya saya akan memilih hasil/kerja murid yang terbaik untuk dijadikan contoh. Setelah itu, saya akan menunjukkan contoh hasil/kerja murid yang terbaik untuk murid-murid lain melihat dengan penuh perhatian. Cara ini untuk murid-murid lain melihat dan meniru hasil/kerja murid tersebut dalam satu jangka masa yang tertentu. Apabila murid-murid lain sudah melihat dengan teliti, saya akan menyuruh murid-murid lain meniru cara murid tersebut menghasilkan kerja yang baik itu. Seterusnya, saya akan menyuruh murid-murid lain selalu membuat kerja rumah seperti cara murid tersebut menghasilkan kerja rumah yang baik itu. Saya akan memberi peneguhan positif kepada murid-murid yang menghasilkan kerja yang baik setelah murid-murid tersebut berjaya meniru hasil/kerja murid yang baik itu.

Hujah lain

Menunjukkan model sebenar yang baik/ model simbolik yang sesuai

Menunjukkan gambar atau menayangkan video yang sesuai

Penerangan guru jelas dan jitu

Memastikan setiap murid dapat melihat model dengan jelas

Ulang dan tegaskan langkah yang penting.

Paparkan hasil kerja murid-murid yang baik di papan kenyataan

Kukuhkan tingkah laku yang hendak dijadikan contoh seperti pujian kepada murid yang selalu berpakaian kemas.

[20 markah]

2. Cikgu Mira baru ditempatkan sebagai guru permulaan di sebuah sekolah rendah dikawasan pedalaman berhampiran negeri kelahirannya. Beliau berasa gementartetapi sangat bersemangat kerana diberikan kelas peperiksaan memandangkan sekolah berkenaan mengalami masalah kekurangan guru berpengalaman. Tanggungjawab itu diterimanya sebagai satu cabaran dan berjanji untuk berusaha sebaik mungkin bagi membawa kecemerlangan kepada anak-anak muridnya.

Cikgu Mira sedar bahawa tahap kecerdasan murid-muridnya sangat rendah dan ini banyak dipengaruhi oleh suasana persekitaran tempat tinggal mereka. Sebagai guru permulaan, semangatnya berkobar-kobar untuk mengajar dengan mencuba kesemua teori dan strategi serta pendekatan pengajaran yang baru dipelajarinya. Selepas Tiga bulan pertama mengajar, Cikgu Mira berasa ada sesuatu yang tidak kena kepada kelas yang diajarnya. Beliau mendapati gaya pengajaran secara sehala yang digunakan tidak berupaya menarik minat murid-muridnya untuk memberi tumpuan dan seterusnya melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang.

Dengan mengambil kira masalah Cikgu Mira, jelaskan pendekatan-pendekatan lain yang boleh digunakan supaya murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Rujuk kepada Rubriks Pemarkahan yang dilampirkan.

Jawapan akan dinilai berdasarkan kriteria penilaian (rubrik) yang dikepilkan.

Contoh Hujah:

Jelas sekali bahawa strategi pemusatan guru yang digunakan oleh Cikgu Mira gagal menghidupkan suasana pembelajaran kerana melalui strategi ini murid-muridnya akan menjadi pasif. Malah strategi pemusatan guru juga akan membantutkan sifat-sifat sosial yang positif dalam kalangan murid-muridnya. Antara pendekatan yang boleh dicuba oleh Cikgu Mira adalah strategi pemusatan murid. Dalam strategi ini, murid-muridnya akan memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Ini kerana strategi pemusatan murid akan menggalakkan mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh Cikgu Mira.

Sebagai seorang guru seharusnya memainkan peranan sebagai seorang pemimpin yang membimbing murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara kumpulan atau pun secara individu. Cikgu Mira juga seharusnya mencuba kaedah kumpulan, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi, main peranan dan sumbangsaran yang menjadi pertimbangan asas semasa menggunakan strategi pemusatan murid.

Hujah lain:

1. Peranan guru sebagai fasilitator2. Gunakan teknik penyoalan untuk menggalakkan komunikasi dan interaksi.3. Melayan pandangan dan pendapat anak murid.4. Gunakan ujian formatif untuk mengetahui perkembangan anak murid dengan cepat.5. Gunakan pengajaran efektif supaya murid-murid senang faham isi pelajaran.6. Galakkan interaksi sesama murid, hidupkan suasana sosial yang positif dalam kelas.

Selain strategi pemusatan murid, Cikgu Mira juga boleh menggunakan strategi pemusatan bahan. Strategi ini akan menjadi satu alternatif yang menarik bagi murid-murid kelas Cikgu Mira. Beliau boleh menyediakan perancangan yang bertemakan bahan pengajaran atau pun perancangan yang bertemakan bahan pembelajaran. Kedua-dua perancangan ini akan menghidupkan kelas Cikgu Mira kerana kesemua aktiviti daripada kedua-dua perancangan ini akan membantu beliau menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, lebih menarik serta lebih berkesan. Murid-muridnya pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran secara sendiri atau secara kumpulan tanpa kehadiran guru.

Di antara kaedah yang boleh digunakan oleh Cikgu Mira ialah kaedah audio-visual dengan penggunaan televisyen, perakam pita, projektor dan video, komputer dan modul bercetak. Dengan berbantukan bahan-bahan ini, Cikgu Mira boleh menggabungkannya dengan strategi penggunaan kaedah inkuiri-penemuan, kaedah penyelesaian masalah dan kaedah projek. Dengan ini pastinya masalah yang dialami oleh Cikgu Mira dapat diatasi.

Hujah lain:

1. Memastikan perancangan Cikgu Mira sangat teliti dan murid-murid terikat penuh kepada bahan pelajaran berkenaan.2. Murid berkomunikasi dengan guru dan juga dengan bahan pembelajaran.3. Murid-murid cekap menggunakan bahan pembelajaran.4. Murid-murid berdikari dan berinteraksi dengan bahan pembelajaran.5. Bahan pembelajaran mengoptimumkan penggunakan kesemua deria murid-murid.6. Bahan pembelajaran membantu murid-murid memahami ilmu-ilmu abstrak dengan mengaitkannya dengan situasi yang konkrit.

[20 markah]3.Pada bulan Ogos Cikgu Zul diarahkan mengajar Bahasa Melayu kelas Pendidikan Pemulihan Khas tahun 6 di sekolah kebangsaan di pedalaman menggantikan guru yang melanjutkan pelajaran. Pada minggu pertama, Cikgu Zul telah mengenal pasti pelbagai perbezaan dalam kalangan murid dalam kelas tersebut. Ada murid yang menunjukkan ciri temperamen, ada ada yang menunjukkan tahap tenaga yang tinggi dan ada yang menunjukkan kemahiran sosial yang positif. Perbezaan yang paling nyata ialah dalam aspek personaliti dan gaya belajar. Namun, Cikgu Zul yakin bahawa semua murid berpotensi untuk mencapai tahap akademik yang baik.Berdasarkan perbezaan ciri yang dominan, huraikan faktor persekitaran yang mungkin menyebabkan murid mengalami masalah yang sedemikian. Hubung kaitkan faktor tersebut dengan situasi dan persekitaran di bilik darjah dan cadangkan tindakan yang efektif untuk meningkatkan motivasi murid di dalam kumpulan tersebut.Rujuk kepada Rubriks Pemarkahan yang dilampirkan.

Jawapan akan dinilai berdasarkan kriteria penilaian (rubrik) yang dilampirkan.

Contoh Hujah:Dalam aspek personaliti, persekitaran keluarga banyak mempengaruhi perkembangan personaliti murid termasuklah perapatan mereka dengan kedua ibu bapa, pengaruh adik-beradik, dan ahli keluarga lain. Murid Pendidikan Pemulihan Khas yang menunjukkan ciri personaliti yang negatif biasanya banyak mengadaptasi peristiwa yang berlaku di persekitaran sosial di dalam keluarga mereka. Tingkah laku ibu, bapa, adik beradik atau ahli keluarga terdekat yang selalu bersama mereka mudah diperhati dan ditiru. Pada peringkat akhir kanak-kanak seperti ini, mereka perlukan lebih banyak asuhan, interaksi positif dan perhatian daripada ahli keluarga. Sebagai seorang guru Bahasa Malaysia, Cikgu Zul sewajarnya memastikan persekitaran sosial dan fizikal dalam bilik darjah tersebut dapat membentuk ciri personaliti yang positif seperti menghormati rakan lain, saling membantu, menghargai dan menerima rakan yang lain serta boleh melakukan tugasan dalam kumpulan dalam kalangan murid. Bagi memastikan ciri perbezaan ini tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran, Cikgu Zul boleh melaksanakan strategi dan teknik pengajaran yang menerapkan unsur didik hibur yang melibatkan bahan audio-visual seperti nyanyian dan pergerakan kreatif supaya murid dapat berkongsi emosi, merapatkan hubungan dan melakukan aktiviti bersama-sama dengan lebih gembira. Strategi dan teknik ini dapat menarik minat murid yang berbeza personaliti dan cara belajar kerana secara fitrahnya murid suka kepada aktiviti yang melibatkan lagu, nyanyian, muzik dan pergerakan. Aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan ini akan meningkatkan motivasi mereka untuk terus hadir ke sekolah dan terlibat aktif dalam pembelajaran.Hujah-hujah Lain1. Faktor pengaruh kawan-kawan1. Faktor bahan-bahan media cetak1. Faktor media elektronik, bahan daripada komputer atau media sosial1. Faktor lokasi tempat tinggal murid1. Faktor masyarakat sekeliling[20 markah]