contoh format laporan pbs : temu bual bersama guru besar

3
3.3 TEMU BUAL 3.3.1 TEMU BUAL BERSAMA GURU BESAR, EN. GABRIEL SUNDANG 1. Berapa lamakah cikgu menjadi Guru Besar di S.K Pamol? Saya memulakan tugas saya sebagai Guru Besar di sini pada bulan Jun 2011, dan ini bermakna saya hanya menjadi Guru Besar di sini hampir dua tahun. 2. Berapakah bilangan guru di sekolah ini? Sekolah ini mempunyai seramai 22 orang guru. 3. Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh sekolah ini? Seperti biasa, sekolah ini mengalami masalah kekurangan guru terutamanya dalam subjek Bahasa Inggeris, kerana hanya ada seorang guru yang mempunyai opsyen TESL di sekolah ini. Selain itu, kami juga mengalami masalah staf-staf sokongan yang kurang mahir terutamanya dalam menguruskan hal-hal pejabat. Kekurangan peruntukan kewangan daripada Pejabat Pelajaran Daerah juga turut menghalang kami untuk melancarkan aktiviti di sekolah. Misalnya, pasukan hoki yang telah dihantar oleh sekolah baru-baru ini adalah atas dana kewangan persendirian yang disumbangkan oleh guru-guru sekolah ini. Memandangkan sekolah ini terletak di kawasan pedalaman, kami sering menghadapi masalah bekalan eletrik dan bekalan air kerana kemudahan enjin yang disediakan selalu sahaja rosak.

Upload: vun93

Post on 17-Jan-2016

940 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

pbs, ipg,

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Format Laporan PBS : Temu Bual Bersama Guru Besar

3.3 TEMU BUAL

3.3.1 TEMU BUAL BERSAMA GURU BESAR, EN. GABRIEL SUNDANG

1. Berapa lamakah cikgu menjadi Guru Besar di S.K Pamol?

Saya memulakan tugas saya sebagai Guru Besar di sini pada bulan Jun 2011,

dan ini bermakna saya hanya menjadi Guru Besar di sini hampir dua tahun.

2. Berapakah bilangan guru di sekolah ini?

Sekolah ini mempunyai seramai 22 orang guru.

3. Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh sekolah ini?

Seperti biasa, sekolah ini mengalami masalah kekurangan guru terutamanya

dalam subjek Bahasa Inggeris, kerana hanya ada seorang guru yang

mempunyai opsyen TESL di sekolah ini. Selain itu, kami juga mengalami

masalah staf-staf sokongan yang kurang mahir terutamanya dalam menguruskan

hal-hal pejabat. Kekurangan peruntukan kewangan daripada Pejabat Pelajaran

Daerah juga turut menghalang kami untuk melancarkan aktiviti di sekolah.

Misalnya, pasukan hoki yang telah dihantar oleh sekolah baru-baru ini adalah

atas dana kewangan persendirian yang disumbangkan oleh guru-guru sekolah

ini. Memandangkan sekolah ini terletak di kawasan pedalaman, kami sering

menghadapi masalah bekalan eletrik dan bekalan air kerana kemudahan enjin

yang disediakan selalu sahaja rosak.

4. Bagaimanakah cara cikgu mentadbir sekolah ini?

Pembahagian tugasan kepada guru-guru telah saya lakukan berdasarkan

kemahiran, saluran dan unit-unit mereka masing-masing. Segala tugasan rasmi

yang dipikul oleh setiap guru akan direkodkan di dalam SKT iaitu Sasaran Kerja

Tahunan. Dokumen ini akan melampirkan tugas-tugas tahunan guru. Pada

pertengahan tahun, pengubahsuaian akan dilakukan sekiranya perlu dan pada

akhir tahun pula, penilaian terhadap guru-guru akan dilakukan.

Page 2: Contoh Format Laporan PBS : Temu Bual Bersama Guru Besar

5. Apakah pendapat cikgu mengenai pemansuhan UPSR dan sistem baru iaitu

PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah) yang digunakan sekarang ini?

Setiap perkara ada kebaikan dan keburukan. Pertama sekali yang ingin saya

sentuh mengenai pemansuhan UPSR ini ialah pemansuhan UPSR akan

membuatkan minat murid untuk belajar menurun atau berkurangan. Ini adalah

kerana mereka tidak akan merasakan lagi bahawa mereka perlu belajar

bersungguh-sungguh untuk mencapai target dalam peperiksaan biasa. Namun

begitu, sistem baru iaitu PBS sekiranya dilancarkan dengan berkesan akan

dapat melupuskan sistem pendidikan di sekolah yang hanyalah ‘exam-oriented’

selama ini. Sistem PBS ini sesuai dengan kurikulum standard sekolah dan

merupakan sistem pendidikan negara maju. Ini bermakna sistem pendidikan ini

akan membuka peluang kepada pelajar untuk lebih berdikari. Selain itu, ia juga

adalah berasaskan latihan amali dan lebih realiti berbanding dengan sistem

pendidikan kita selama ini yang hanya berlandaskan kepada peperiksaan besar

seperti UPSR, PMR dan SPM sahaja.