contoh borang kisb pibg

6
BIRO KURIKULUM Berfungsi menjadi pengantara antara PIBG dengan pihak sekolah merancang program yang berkaitan dengan kurikulum bertujuan membantu meningkatkan pencapaian akedemik pelajar ke tahap yang cemerlang. Di antara program penting ke arah peningkatan pencapaian akedemik pelajar ialah Kelas Tambahan yang diletakkan di bawah Jawatankuasa Unit Kecemerlangan Sekolah. Kelas ini diadakan khas untuk pelajar yang akan menghadapi peperiksaan PMR, SPM, dan STPM 2006. Namun demikian kedatangan pelajar untuk program ini kurang memberangsangkan dan kerjasama ibubapa sangat sangat diharapkan agar tujuan murni program ini dapat dicapai. BIRO KO-KURIKULUM Berfungsi membuat perancangan bagi membantu meningkatkan pencapaian pelajar khususnya dalam lapangan sukan dan lain- lain kegiatan luar sekolah. Melalui biro ini, PIBG telah menyalurkan sumbangan kewangan untuk membeli peralatan sukan serta membiayai pasukan sekolah kepertandingan sukan daerah (MSSD), dan negeri (MSSP). Larian Perdana dan Kejohanan Olahraga Tahunan 2006 adalah merupakan aktiviti yang menerima bantuan kewangan PIBG. BIRO DISIPLIN

Upload: nurul-izyanti

Post on 12-Nov-2015

158 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

BIRO KURIKULUM

Berfungsi menjadi pengantara antara PIBG dengan pihak sekolah merancang program yang berkaitan dengan kurikulum bertujuan membantu meningkatkan pencapaian akedemik pelajar ke tahap yang cemerlang. Di antara program penting ke arah peningkatan pencapaian akedemik pelajar ialah Kelas Tambahan yang diletakkan di bawah Jawatankuasa Unit Kecemerlangan Sekolah. Kelas ini diadakan khas untuk pelajar yang akan menghadapi peperiksaan PMR, SPM, dan STPM 2006. Namun demikian kedatangan pelajar untuk program ini kurang memberangsangkan dan kerjasama ibubapa sangat sangat diharapkan agar tujuan murni program ini dapat dicapai.

BIRO KO-KURIKULUM

Berfungsi membuat perancangan bagi membantu meningkatkan pencapaian pelajar khususnya dalam lapangan sukan dan lain-lain kegiatan luar sekolah. Melalui biro ini, PIBG telah menyalurkan sumbangan kewangan untuk membeli peralatan sukan serta membiayai pasukan sekolah kepertandingan sukan daerah (MSSD), dan negeri (MSSP). Larian Perdana dan Kejohanan Olahraga Tahunan 2006 adalah merupakan aktiviti yang menerima bantuan kewangan PIBG.

BIRO DISIPLIN

Merancang program berkaitan dengan usaha memantapkan disiplin di kalangan pelajar. Pelbagai program diadakan seperti Kem Kepimpinan Pelajar, Program Motivasi dan lain-lain. Usaha juga diadakan melalui penglibatan ibubapa dalam usaha memberi perhatian yang lebih kepada anak jagaan masing-masing. Program Dimerit adalah termasuk dalam program mengukuhkan disiplin pelajar. Biro sangat berharap kepada semua ibubapa agar bersama sama membantu menangani masalah disiplin pelajar.

BIRO EKONOMI

Berfungsi merancang aktiviti atau program berkaitan dengan aktiviti yang dapat menambah jumlah kewangan dalam tabungan PIBG. Namun demikian aktiviti yang berkaitan dengan usaha menambah tabung kewangan PIBG masih belum dilakasanakan kerana kekangan masa.

BIRO KEBAJIKAN DAN BINA INSAN

Berfungsi merancang program dan aktiviti kearah kebajikan pelajar serta membentuk keperibadian pelajar yang seimbang dari segi rohani, jasmani, dan intekel. Selain daripada itu usaha menyalurkan bantuan kewangan kepada pelajar yang terlibat dalam kemalangan serta bantuan kepada keluarga yang kematian pelajar juga telah dilaksanakan. Peruntukan untuk tujuan ini diambil daripada Wang Khairat Kematian dan Kebajikan yang berjumlah RM1.00 setiap pelajar.

BIRO KECERIAAN

Berfungsi merancang program keceriaan sekolah yang melibatkan aktiviti meningkatkan keceriaan sekolah serta kemudahan prasarana supaya dapat mewujudkan suasana yang harmoni, damai serta kondusif. Biro ini sebenarnya telah mendapat persetujuan AKJ PIBG untuk menerima peruntukan tahunan sebanyak RM500.00 untuk tujuan menjayakan Program Keceriaan di sekolah. Program ini dilaksanakna bersama JK Keceriaan Sekolah melalui Pertandingan Keceriaan Kelas yang telah diadakan.

BIRO-BIRO / KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (KSIB) 2014JAWATANKUASA INDUK SARANA IBU BAPA DAN SEKOLAHPENASIHAT : EN.NADZARUDDIN BIN KASIM

PENYELARAS : EN.MOHD SHUKRI BIN MUSTOPHA

PENGERUSI :

SETIAUSAHA :

BENDAHARI :BILJAWATANKUASANAMA IBU BAPASKOP/

BIDANG KERJA

1.Biro Akademik

1)

2)

3)

4)

menjadi pengantara antara PIBG dengan pihak sekolah merancang program yang berkaitan dengan kurikulum bertujuan membantu meningkatkan pencapaian akedemik pelajar.

2.

Biro Infrastruktur & Keceriaan1)

2)

3)

4) merancang program keceriaan sekolah yang melibatkan aktiviti meningkatkan keceriaan sekolah serta kemudahan prasarana supaya dapat mewujudkan suasana yang harmoni, damai serta kondusif.

3.

Biro Disiplin1)

2)

3)

4)

Merancang program berkaitan dengan usaha memantapkan disiplin di kalangan pelajar. Usaha juga diadakan melalui penglibatan ibubapa dalam usaha memberi perhatian yang lebih kepada anak jagaan masing-masing.

4.

Biro Sukan dan Rekreasi1)

2)

3)

4) membuat perancangan bagi membantu meningkatkan pencapaian pelajar khususnya dalam lapangan sukan dan lain-lain kegiatan luar sekolah.

5.

Biro Kebajikan & Bina Insan1)

2)

3)

4)

merancang program dan aktiviti kearah kebajikan pelajar serta membentuk keperibadian pelajar yang seimbang dari segi rohani, jasmani, dan intekel.