contoh borang kertas kerja bagi sepak takraw

5
KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP KRT JALAN ABDUL RAHMAN 2015 BORANG PENDAFTARAN PASUKAN NAMA REGU : NAMA PENGURUS PASUKAN : ------------------------------------------------- NO/TELEFON : --------------------- (R)--------------------(P) -------------------------(H/P) YURAN : RM 5.00 (SEORANG) BIL NAMA NO. KAD PENGENALAN ALAMAT 1. 2. 3. TARIKH TUTUP PENYERTAAN 20 MAC 2015 (JUMAAT)

Upload: patrick-johnson

Post on 22-Dec-2015

781 views

Category:

Documents


78 download

DESCRIPTION

Contoh Borang Kertas Kerja Bagi Sepak Takraw

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Borang Kertas Kerja Bagi Sepak Takraw

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP KRT JALAN ABDUL RAHMAN 2015

BORANG PENDAFTARAN PASUKAN

NAMA REGU :

NAMA PENGURUS PASUKAN :-------------------------------------------------

NO/TELEFON : ---------------------(R)--------------------(P)

-------------------------(H/P)

YURAN : RM 5.00 (SEORANG)

BIL NAMA NO. KAD PENGENALAN

ALAMAT

1.

2.

3.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN20 MAC 2015

(JUMAAT)

Page 2: Contoh Borang Kertas Kerja Bagi Sepak Takraw

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP KRT JALAN ABDUL RAHMAN 2015

1.0 UNDANG-UNDANG

Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut Undang-undang Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan juga Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) yang sedang berkuatkuasa masa kini.

2.0 PERATURAN KEJOHANAN

2.1 Pengenalan

2.1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP KRT JALAN ABDUL RAHMAN dianjurkan oleh KRT JALAN ABDUL RAHMAN.

2.1.2 Setiap pemain yang akan bertanding pada kejohanan ini akan ditentukan melalui cabutan undi pemain bagi menentukan regu masing – masing.

2.2 Tarikh, Tempat dan Taklimat/Undian

2.2.1 Kejohanan ini akan diadakan pada 21 MAC 2015 (sabtu) dan undian pemain akan dilakukan pada 20 MAC 2015 (JUMAAT)bertempat di Dewan Terbuka KRT JALAN ABDUL RAHMAN.

2.2.2 Kejohanan akan dijalankan di gelanggang terbuka (OPEN COURT).

2.2.3 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak pemain sekiranya pemain tidak hadir semasa hari undian.

Page 3: Contoh Borang Kertas Kerja Bagi Sepak Takraw

2.3 Format Kejohanan

2.3.1 Sistem Kejohanan ini adalah dalam bentuk LIGA

2.4 Hadiah-hadiah

2.4.1 Hadiah-hadiah akan diberi kepada pasukan yang berjaya menyandang gelaran Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga.

2.4.2 Hadiah wang tunai yang disediakan adalah seperti berikut:

i) Johan - RM?????? ii) Naib Johan - RM??????iii) Ketiga - RM??????

2.5 Syarat-syarat Penyertaan

2.5.1 Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua warga KRT JALAN ABDUL RAHMAN .

2.5.2 Setiap regu hendaklah terdiri daripada 3 orang pemain.

2.5.3 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu regu sahaja.

2.5.4 Setiap pemain dikenakan yuran penyertaan RM5 seorang.

2.5.5 Hanya pasukan-pasukan yang MENDAFTAR DAN MEMBAYAR YURAN PENYERTAAN SEBELUM ATAU PADA TARIKH TUTUP PENYERTAAN PADA 20 MAC 2015 (JUMAAT) AKAN DITERIMA DAN LAYAK BERTANDING.

2.5.6 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana regu gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan, PIHAK PENGANJUR BERHAK MEMBATALKAN PENYERTAAN REGU BERKENAAN DARI MENYERTAI KEJOHANAN INI.

2.5.7 Keputusan pihak penganjur kejohanan adalah muktamad.

Page 4: Contoh Borang Kertas Kerja Bagi Sepak Takraw

3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat perlawanan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Kejohanan.

3.2 Semua regu dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat pertandingan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.

3.3 Tarikh, masa dan tempat pertandingan yang telah ditetapkan/dijadualkan sama sekali tidak boleh diminta tangguh atau diubahsuai oleh pasukan atau regu yang mengambil bahagian.

3.4 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada regu yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu.

3.5 Mana-mana regu yang menarik diri pada pusingan awal akan dianggap tidak mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

3.6 Pasukan yang gagal berada ditempat permainan selepas 5 minit daripada masa yang telah ditetapkan, akan dikira terbatal (walkover), dan pasukan tersebut akan terkeluar daripada pertandingan.

3.7 Borang susunan pemain hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengadil 15 minit sebelum pertandingan dan apabila telah disahkan, TIDAK BOLEH DIUBAH dalam keadaan apa sekali pun.

3.8 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini.

3.9 Setiap keputusan yang dibuat oleh pihak penganjur adalah muktamad