contoh bahan cemar udara

Upload: zukri-talib

Post on 09-Jan-2016

87 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ting 1

TRANSCRIPT

Contoh Bahan Cemar Udara Dan Kesan Ke Atas Sistem Respirasi. Udara yang kita sedut mungkin mengandungi bahan yang merbahaya yang boleh memberi kesan kepada sistem pernafasan kita. Bahan pencemar udara ini memberi kesan besar kepada kita jika tiada langkah penjagaan yang baik.

Antara bahan-bahan pencemar udara yang boleh membahayakan sistem respirasi kita adalah:

1. Asap RokokAsap rokok mengandungi banyak bahan yang membahayakan. Antaranya adalah nikotin, tar, karsinogen dan karbon monoksida. Nikotin - dadah beracun yang menyebabkan ketagihan dan merosakkan tisu otak Tar - bahan lekit yang membunuh sel dan menyebabkan kanser peparu Karsinogen - agen penyebab kanser Karbon Monoksida - gas beracun tanpa bau dan warna yang menghalang hemoglobin daripada angkut oksigen ke seluruh tubuh Perengsa - bahan yang menyebabkan rasa tak selesa pada laluan pernafasan.

2. Karbon MonoksidaGas ini biasanya diperolehi daripada asap kenderaan. Gas beracun ini tidak berwarna dan berbau. Kesan gas karbon monoksida akan menyebabkan hemoglobin gagal mengangkut oksigen ke seluruh badan

3. ToksinToksin dibebaskan ke udara melalui asap rokok, wasap ekzos kenderaan dan juga pembakaran bahan api. Contoh toksin yang membahayakan adalah sebatian plumbum dan juga oksida nitrogen yang ada dalam udara. Toksin ini menyebabkan keracunan yang boleh membunuh sel, merosakkan otak dan peparu, batuk dan juga penyakit peparu seperti emfisema.

4. JerebuJerebu terhasil daripada wasap ekzos kenderaan,pembakaran terbuka dan juga kebakaran hutan.Jerebu terdiri daripada zarah pepejal yang sangat halus,seperti habuk dan asap.

5. Sulfur DioksidaBiasanya gas sulfur dioksida ini datangnya daripada asap kilang. Gas ini juga beracun. Tidak mempunyai warna namun mempunyai bau yang menyesakkan! Gas sulfur dioksida menyebabkan rasa tak selesa pada laluan pernafasan, batuk, sukar bernafas, bronkitis dan kanser peparu.*Gas sulfur dioksida juga adalah gas yang sama yang menyebabkan hujan asidKesimpulanOleh kerana kandungan bahan tersebut yang sangat kecil, maka langkah sewajarnya perlu di ambil bagi memastikan udara yang kita sedut adalah bersih dan tidak tercemar. Langkah berjaga-jaga ini juga boleh mencegah kita daripada mendapat penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan.

RESPIRASIRESPIRASI membekalkan oksigen kepada badan dan menyingkirkan karbon dioksida. Ianya adalah proses di mana udara disedut dan dihembus keluar oleh organisma hidup. Respirasi berlaku melalui peparu dalam manusia.

Penyakit sistem respirasi berpunca daripada bahan-bahan berbahaya yang kita sedut daripada udara. Bahan-bahan cemar udara yang tidak kelihatan ini dengan mudah akan memasuki sistem respirasi kita jika kita tidak mengamalkan langkah dan gaya hidup yang sihat.

Berikut adalah 4 penyakit yang boleh memberi kesan kepada sistem respirasi manusia.

PENYAKIT YANG BERKAITAN DENGAN SISTEM RESPIRASI1. ASMAPenyakit asma berpunca daripada habuk, asap rokok dan juga asap industri. Simptom bagi asma adalah sesak nafas. Pernafasan yang berbunyi kuat dan juga batuk.2. BRONKITISBronkitis pula adalah radang pada bronkus yang disebabkan oleh tar dan bahan perengsa lain dalam asap rokok. Antara gejala bagi sakit ini adalah batuk yang berterusan, sering tercungap-cungap dan tidak dapat tidur.

3. EMFISEMAEmfisima adalah penyakit di mana alveoulus pesakit menjadi besar dan rosak. Keadaan ini disebabkan oleh bahan pencemar udara yang tercemar terutamanya asap rokok. Gejala bagi sakit emfisema adalah sesak nafas, sakit ketika bernafas dan keletihan walaupun selepas kerja ringan.

4. KANSER PARU-PARUKanser paru-paru disebabkan oleh karsinogen ataupun agen penyebab kanser pada asap rokok. Antara gejala kanser peparu adalah batuk yang berterusan, kahak berdarah dan rasa sakit ketika bernafas.

AMALAN UNTUK MENGEKALKAN UDARA YANG BERSIHBagi memastikan kita sentiasa menggunakan udara yang sihat, kita perlu mengambil langkah bagi memperbaiki kualiti udara yang sedia ada. Antara langkah yang kita boleh ambil untuk memperbaiki kualiti udara adalah dengan:

1) Tidak melakukan pembakaran terbuka2) Tidak merokok di tempat terbuka3) Mengharamkan penggunaan bahan toksin dalam penyembur4) Mengurangkan penggunaan penghawa dingin5) Penguatkuasaan undang-undang yang berterusan

CARA MEMPERBAIKI KUALITI UDARAPerlakuan dan amalan kita yang betul dapat menjamin untuk mengamalkan udara yang sihat. Seperti yang kita sedia maklum, udara yang sihat dan tidak tercemar juga memberikan kesihatan kepada sistem respirasi kita. Antara beberapa amalan yang boleh mengekalkan udara yang sihat adalah dengan:-

1) Mewajibkan semua kilang menggunakan penapis asap2) Menganjurkan kempen kesedaran kepada masyarakat3) Gunakan kenderaan yang diselenggara dengan baik4) Gunakan petrol tanpa plumbum5) Berkongsi kenderaan6) Menggunakan pengangkutan awam7) Tanam lebih banyak pokok 8) Denda yang tinggi bagi yang melanggar undang-undang

Lapan Kesan Utama Pencemaran Udara

KESAN PENCEMARAN UDARA

KESIHATAN MANUSIAKesan utama kepada kesihatan manusia adalah system pernafasan.Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni system pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindakbalas manusia sehingga menyebabkan mengantuk,penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.

Bahan tercemar seperti nitrogen oksida akan menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary.Contoh bahan tersebut ialah gas ozon,ia boleh menimbulkan inflamasi pada paru-paru.

Manakala habuk,asap,kabus,wap ataubahan-bahan lain juga akan menjejaskan mata dan penglihatan manusia.Hasil kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO)menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara.Ini menunjukkan,ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan di jalan raya.

TUMBUHANSelain itu,kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nerosis iaitu keguguran daun,klorosis iaitu pertukaran warna dan pertumbuhan terbantut.kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian penduduk juga akan mengalami masalah.

HAIWANManakala kesan pada haiwan ialah,haiwan tersebut akan terancam atau mati akibat dari pencemaran udara.Hal ini terjadi disebabkan dari udara yang memasuki ke dalam paru-paru haiwan melalui pemakanan haiwan tersebut dari sumber tumbuhan yang tercemar akibat daripada pencemaran udara.

BAHANKesan kepada bahan juga adalah kerosakan yang berlaku akibat daripada pencemaran udara seperti kekotoran pada pakaian,pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya.Hal ini disebabkan akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus.Selain itu,hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur dioksida didalam udara.

PENYUSUTAN LAPISAN OZONPencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari.Pendedahan terus oleh cahaya matahari boleh menyebabkan penyakit kansere kulit.Selain itu,pancaran matahari yang terik juga boleh menyebabkan berlakunya pencairan ais yang terletak di bahagian kutub bumi sehihgga menyebabkan berlaku ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.

HUJAN ASIDPencemaran udara juga boleh menyebabkan berlakunya Hujan asid.Hal ini disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan kemudiannya menjadi asid sulfuric dan asid nitric.Asid tersebut akan terkumpul di dalam awan kemudiannya bergerak ke tempat-tempat lain.

Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan terus menimpa pada permukaan hidupan yang terdapat di dunia.Akibat daripada itu,ia akan membunuh tumbuhan dan juga hidupan air.Selain itu,ia boleh menghakis pakaian,kertas dan bahan binaan bangunan.Air hujan tersebut juga akan meresap ke dalam tanah sehingga menyebabkan kaliti tanah berkurangan dan menjadikan tanah tersebut tidak subur dan megalami kerosakan struktur tanah.

KESAN RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN GLOBALKesan yang paling ketara yang sedang hangat dibincangkan oleh masyarakat ialah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.

Pemanasan global berpunca daripada kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia.Kenaikan suhu bumi ini disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.

Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas.Kesan ini akan menyebabkan,permukaan bumi menjadi panas,ekosistem terganggu,banjir aksn berlaku secara kerap dan kejadian alam yang tidak normal akan berlaku

ATMOSFERAPencemaran udara juga dapat member kesan terhadap atmosfera.Hal ini menyebabkan jarak penglihatan manusia terjejas yang disebabkan oleh jerebu.Keadaan persekitaran yang berjerebu akan menyebabkan kemalangan mudah berlakuVIA Pencemaran