bahan cemar udara

19
BAHAN CEMAR UDARA Udara yang kita sedut mungkin mengandungi bahan yang berbahaya yang boleh memberi kesan kepada sistem pernafasan kita. Bahan pencemar ini memberi kesan besar kepada kita jika tidak ambil langkah penjagaan yang baik. Antara bahan-bahan pencemar yang boleh membahayakan sistem respirasi kita adalah: Asap Rokok Asap rokok mengandungi banyak bahan yang membahayakan. Antaranya adalah nikotin, tar, karsinogen dan karbon monoksida.

Upload: ehh-rida-ruslan

Post on 07-Nov-2015

112 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

menceritakan bahan yang membawa padah kepada alam persekitaran

TRANSCRIPT

BAHAN CEMAR UDARA

Udara yang kita sedut mungkin mengandungi bahan yang berbahaya yang boleh memberi kesan kepada sistem pernafasan kita. Bahan pencemarinimemberi kesan besar kepada kita jika tidak ambil langkah penjagaan yang baik. Antara bahan-bahan pencemar yang boleh membahayakan sistem respirasi kita adalah:

Asap RokokAsaprokok mengandungi banyak bahan yang membahayakan. Antaranya adalah nikotin, tar, karsinogen dan karbon monoksida.

Nikotin- dadah beracun yang menyebabkan ketagihan dan merosakkan tisu otakTar- bahan lekit yang membunuh sel dan menyebabkan kanser peparuKarsinogen- agen penyebab kanserKarbon Monoksida- gas beracun tanpa bau dan warna yang menghalang hemoglobin daripada angkut oksigen ke seluruh tubuhPerengsa- bahan yang menyebabkan rasa tak selesa pada laluan pernafasan

Karbon MonoksidaGas ini biasanya diperolehi daripada asap kenderaan. Gas beracun ini tidak berwarna dan berbau. Kesan gas karbon monoksida akan menyebabkan hemoglobin gagal mengangkut oksigen ke seluruh badan

Sulfur DioksidaBiasanyagas sulfurdioksida ini datangnya daripada asap kilang. Gas ini juga beracun. Tidak mempunyai warna namun mempunyai bau yang menyesakkan! Gas sulfur dioksida menyebabkan rasa tak selesa pada laluan pernafasan, batuk, sukar bernafas, bronkitis dan kanser peparu.*Gassulfurdioksida juga adalah gas yang sama yang menyebabkan hujan asid

JerebuJerebu terhasil daripada wasap eksoz kenderaan, pembakaran terbuka dan juga kebakaran hutan. Jerebu terdiri daripada zarah pepejal yang sangat halus, seperti habuk dan asap.

ToksinToksin dibebaskan ke udara melalui asap rokok, wasap ekzos kenderaan dan juga pembakaran bahanapi. Contoh toksin yang membahayakan adalah sebatian plumbum dan juga oksidanitrogenyang ada dalam udara. Toksin ini menyebabkan keracunan yang boleh membunuh sel, merosakkan otak dan peparu, batuk dan juga penyakit peparu seperti emfisema.

Oleh kerana kandungan bahan tersebut yang sangat kecil, maka langkah sewajarnya perlu kita ambil bagi memastikan udara yang kita sedut adalah bersih dan tidak tercemar. Langkah berjaga-jaga ini juga boleh mencegah kita daripada mendapat penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan.

PELBAGAI PENYAKIT YANG BERKAITAN DENGAN SISTEM RESPIRASI

JENIS PENYAKIT

Pneumonia:-kesukaran bernafas, penghasilan mukus yang berlebihan-punca daripada sejenis jangkitan daripada alveolus yang disebabkan oleh bakteria atau virus.

Bronkitis kronik:-pesakit mengalami demam,sakit dada, kesukaran bernafas, penghasilan mukus yang berlebihan dan datuk kering-Punca: keradangan pada bronkus disebabkan oleh asap beracun yang mengandungi abu arang kayu, karbon dan sulfur dioksida

Emfisema:-kesukaran bernafas, batuk dan kelesuan akibat kekurangan oksigen di dalam badan-Punca: karbon dioksida terperangkap di dalam alveolus menyebabkannya membengkak dan pecah serta mengurangkan luas permukaan untuk pertukaran gas.

Kanser peparu:-batuk berkahak dan berdarah, kesukaran bernafas dan sakit mulut-punca: diakibatkan oleh tar di dalam asap rokok, asbestos, debu arang kayu dan besi oksida

Asma:-kesukaran bernafas, berdehit atau batuk-Punca: abu dan debu dari asap rokok, asap kilang dan asap kenderaan yang memasuki sistem respirasiPenyakit Sistem RespirasiPenyakit sistem respirasi manusia. Apabila sistem respirasi terdedah kepada bahan cemar udara dan jangkitan bakteria dan virus, sistem respirasi akan diserang dengan pelbagai jenis penyakit. Antara penyakit sistem respirasi ialah bronkitis, asma, emfisema, pneumonia, batuk kering, dan kanser paru-paru.

BAHAN CEMAR UDARAContoh-contoh bahan cemar udara adalah nikotin dan tar dari asap rokok. Karbon monoksida, sulfur dioksida dan jerebu dari asap kilang dan kenderaan.

PENYAKIT SISTEM RESPIRASIBronkitis

Punca:Jangkitan virus dan bakeria, debu dan asap rokokGejala:Batuk berkahak, sesak nafas, sakit kepalaKesan:Radangan pada bronkus (saluran udara ke paru-paru).Asma

Punca:Debu, bulu binatang, asap, udara dinginGejala:Nafas berbunyi, sakit dada, batuk, nafas pendekKesan:Saluran pernafasan mengalami penyempitanEmfisema

Punca:Asap rokok dan kekurangan enzim alfa-1-antitripsinGejala:Sesak nafas, penurunan selera makan, penurunan berat badanKesan: Alveolus rosak. Isipadu paru-paru lebih besar (paru-paru bengkak) kerana gas karbon dioksida yang seharusnya dikeluarkan dari paru-paru terperangkap di dalamnya.Pneumonia

Punca:Jangkitan virus dan bakteria seperti bakteria streptokokus dan bakteriaMycoplasma pneumoniae.)Gejala:Batuk berkahak kuning, sakit dada, sesak nafas dan demam.Kesan:terjadinya radang paru-paru.Batuk kering (Tuberkulosis, TB)

Punca:Jangkitan bakteriaMycobacterium tuberculosisGejala:Deman, penurunan selera makan, penurunan berat badan, batuk lebih tiga mingguKesan:Proses resapan oksigen terganggu kerana terdapat bintik-bintik kecil pada dinding alveolus.Kanser paru-paru

Punca:Asap rokok, radiasi radioaktif, bahan kimia beracun, stres atau faktor keturunan.Gejala:Batuk, sakit pada dada, sesak napas, batuk berdarah, mudah lelah dan berat badan menurun.Kesan:Sel sihat bertukar menjadi sel kanser.

AMALAN MENGEKALKAN UDARA BERSIH

Penyakit sistem respirasi ini boleh dielakkan jika kita berusaha untuk mengekalkan udara bersih seperti berkongsi kenderaan, menggunakan kenderaan awam, tidak membuat pembakaran terbuka, memasang penapis pada cerobong asap dan sebagainya. Amalam merokok harus dihindari sama sekali untuk menjamin udara bersih dan mengelakkan daripada penyakit sistem respirasi.

Bahan pencemar udaraMaksudBahan pencemar udara adalah berupa gas2 beracun (hamper 90%) dan partikel2 zat padat. Gas2 beracun ini berasal dari pembakaran bahan bakar kenderaan dari industry dan dari rumah tangga. Selain gas2 beracun di atas pembakaran bahan bakar kenderaan juga menghasilkan partikel2 karbon dan timah hitam yang berterbangan mencemari udara

. 01110810955