cont ohh

23
Prosa Melayu tradisional merupakan medium bagi masyarakat Melayu lama meluahkan perasaan dan menyatakan buah fikiran dalam kehidupan seharian mereka. Ini kerana idea dan perasaan mereka tidak disampaikan secara berterus-terang, sebaliknya menerusi bahasa kiasan, perumpamaan, perbandingan, tamsil. ibarat, dan lain-lain. Antara genre yang termasuk dalam puisi Melayu tradisional ialah pantun, syair, gurindam, seloka, teromba, peribahasa berangkap, talibun, mentera, nazam, rubai, qit’ah, masnawi, ghazal, zikir, berzanji, teka-teki, endoi, rejang, hadrah, dabus, perbilangan adat, dan terasul. Penggunaan pelbagai unsur puisi dapat menggambarkan kehidupan manusia dan hubungannya dengan manusia lain, alam, fikiran, perasaan dan perlakuan serta cita-cita mereka. Menerusi hasil seni tersebut, mereka dapat menyatakan perasaan mereka terhadap sesuatu keindahan, keajaiban, kegembiraan atau kesedihan yang dialami.

Upload: fairos

Post on 28-Sep-2015

61 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Cont Ohh

TRANSCRIPT

Prosa Melayu tradisional merupakan medium bagi masyarakat Melayu lama meluahkan perasaan dan menyatakan buah fikiran dalam kehidupan seharian mereka. Ini kerana idea dan perasaan mereka tidak disampaikan secara berterus-terang, sebaliknya menerusi bahasa kiasan, perumpamaan, perbandingan, tamsil. ibarat, dan lain-lain. Antara genre yang termasuk dalam puisi Melayu tradisional ialah pantun, syair, gurindam, seloka, teromba, peribahasa berangkap, talibun, mentera, nazam, rubai, qitah, masnawi, ghazal, zikir, berzanji, teka-teki, endoi, rejang, hadrah, dabus, perbilangan adat, dan terasul. Penggunaan pelbagai unsur puisi dapat menggambarkan kehidupan manusia dan hubungannya dengan manusia lain, alam, fikiran, perasaan dan perlakuan serta cita-cita mereka. Menerusi hasil seni tersebut, mereka dapat menyatakan perasaan mereka terhadap sesuatu keindahan, keajaiban, kegembiraan atau kesedihan yang dialami.

TEMA DAN PERINCIAN PUISI MELAYU TRADISIONALKeseluruhan puisi mengandungi tema pengajaran dan nasihat seperti yang di maksudkan di atas. Walaubagaimanapun maksud fras nasihat dan pengajaran itu sesungguhnya amat luas, meliputi pengertian membimbing, medidik, menberikan panduan, peringatan, iktibar, tauladan, kias ibarat dan sebagainya. Pendekatan dalam menyampaikan pengajarn juga tidak semestinya jelas, objektif atau secara langsung sebaliknya sesuai dengan adat dan resam masyarakat melayu, khususnya dalam konteks masyarkat dalam zaman tradisional, penyampaian mesej umumnya secara tidak langsung, melalui sindiran, kiasan, peribahasa, pepatah dan petitih atau ungkapan-ungkapan yang bererti 2 lapis, dengan maksud untuk mengelakkan diri dari menyinggung perasaan atau menghina, tetapi mempunyai kesan yang dalam.Sehubungan dengan keadaan tersebut, pembahagian tema mencukupi skop yang luas, jesteru itu memerlukan perincinan dan pemecahan kepada tema-tema kecil yang berhunbungan dengan tema induk seperti pembahagian yang diberikan dibawah ini:1. Pengajaran dan nasihat melalui alam dan kehidupan kanak-kanak.2. Pengajaran dan nasihat melalui jenaka dan sindiran.3. Pengajaran tentang adat dan etika.4. Pengajaran tentang budi dan budi bahasa.5. Pengajaran melalui pendidikan dan agama.6. Nasihat tentang ilmu dan kepentingan7. Nasihat melalui peribahasa, kias dan ibarat.8. Panduan dan nasihat dalam aspek ekonomi dan sosial.9. Panduan dan nasihat dalam berkasih sayang.

1. PENGAJARAN DAN NASIHAT MELALUI ALAM DAN KEHIDUPAN KANAK-KANAK.

Tema, pengajaran dan nasihat dapat disampaikan melalui puisi atau pantun yang berkaitan dengan alam dan kehidupan kanak-kanak. Dari segi teori prndidikan yang sosial, ia dikenali sebagai pendidikan formal atau sosialisasi. Segala bentuk pendidikan asas menjadi menusia yang baik telah mula ajar sejak anak itu dilahirkan, malah sesetengah pendapat ketika masih dalam kandungan.Dalam genre puisi kategori ini dikenali sebagai puisi kanak-kanak atau bagi pantun pantun kanak-kanak. Pantun-pantun ini tergolong kepada pantun yang mudah dari segi struktur dan tema serta pada cirri-ciri astetiksa yang lain. Kata-katanya lebih banyak berfungsi untuk mengadakan rima. Ia mudah diinggati dan digunakan oleh kanak-kanak dalam kehidupan sehari-hari. Unsur pengajaran yang disampaikan boleh merupakan nasihat ibubapa dan ahli keluarga yang lebih tua kepada anak-anak dan sanak saudara yang lebih muda, misalnya dalam pantun dibawah ini:Contoh: Balai goyang-goyangbalai tangah airRupa bagai wayanggulai mentah cair

Maksud pantun diatas menjelaskan, iaitu mengajar anak-anak supaya bukan sahaja pandai menghias dengan cantik, menawan dan bergaya hingga banyak orang yang terpikat dengannya. Nasihat juga terkandung dalam pantun diatas iaitu bentuk sindiran miaslnya, setiap gadis atau wanita perlu diberi pendidikan rumah tangga seperti pandai memasak iaitu memasak sayur-sayuran atau gulai pun tidak tahu mentah dan banyak air.

Satu lagi pantun yang cukup dikenali tentang anak yang malas belajar, tidak mahu belajar walaupun disuruh sebaliknya tentang makan dia tidak menolak.

Contoh: Seorang papan tarik papan,buah keranji dalam perahu,Suruh makan engkau makansuruh mengaji engkau tak mahu.

Nasihat juga terkandung dalam bentuk sindiran, misalnya jngan merajuk tidak mahu makan \, tidak mahu bercakap atau bermain atau bergurau kerana tidak puas hati atau marah sebab ditegur oleh ahli keluarga yang lebih tua seperti contoh pantun di bawah ini:

Beli rojak pergi pekan,ke pekan Labi beli seliparAda budak merajuk makan,nasi habis perutnya lapar.

2. PENGAJARAN DAN NASIHAT MELALUI JENAKA DAN SINDIRAN.

Dalam genre pantun, jenis ini terdapat agak banyak dan umum dikalangan masyarakat Melayu di Malaysia dan didaerah nusantara lainnya. Ini bersusuian dengan cerita-cerita yang berunsur jenaka atau farcial dalam tradisi kesusasteraan nusantara khususnya dalam bentuk lisan atau oral.

Dalam masyarakat melayu, selain pelbagai kisah lucu, dan jenaka, dikenali juga watak-watak seperti watak Pak Pandir, Lebai Malang, Pak Kadok, Di Luncai, Abu Nawas, Mat Jenin, dan lain-lain. Kisah-kiasah lucu ini sebenarnya merupakan sindiran terhadap gelagat sesetengah anggota masyarakat secara koleksif. Watak-watak ini diterima pula oleh khalayak yang lebih luas dalam konteks dan maksud yang tersendiri.

Penyampaian tema dalam kategori ini boleh juga secara langsung dan jelas sebagaimana contoh pantun dibawah:Apa gun berkain batik,kalau tidak memakai capal.Apatah guna beristeri cantik,kalau tak pandai menumbuk sambal.

Maksud pantun di atas menggambarkan tentang kalau mencari isteri janganlah menekankan pada wajah yang cantik, tetapi carilah yang pandai memasak dan menguruskan rumahtangga. Bagi calon isteri, hendaklah bersedia dengan kemahiran asas (pendidikan urusan rumahtangga) yang diperlukan dalam hidup sehari-hari.

Pengajaran juga dapat disampaikan melalui sindiran, misalnya sesuatu yang berlaku dengan cara yang istimewa iaitu sindiran terhadap sikap yang berpura-pura dengan tujuan mendapatkan faedah bagi sindiran sebagaimana contoh pantun dibawah ini:

Hingguk-hingguk goyang-goyang,nasi lemak gulai leb.Taruh janggut tidak sembahyang,buat semak bawah dagu.

Dimasukkan juga kisah merupakan kiasaan Pak Kadok dan Pak Pandir ialah watak-watak lucu dan bodoh yang menggalami kerugian, bencana dan kesuliatan disebabkan kebodohan sendiri. Anggota masyarakat dinasihati supaya tidak menjadi sebodoh mereka dan berhati-hati apabila menemui watak-watak seperti itu member malu merugikan masyarakat seluruhnya.

3. PENGAJARAN TENTANG ADAT DAN ETIKA.

Salah satu budaya masyarakat melayu ialah kepekaan terhadap peranan dan keutuhan adat dalam kehidupan mereka. Ungkapan yang biasa didengar sepert biar mati anak jangan mati adat, dimana bumi dijak disitu langit dijunjung dan berberrapa yang lain bukan sahaja sebagai kata-kata hiasan dalam ucapan dan karya sastera tetapi diamalkan dan dilaksanakan dalam kehidupan reality.

Dalam genre pantun terdapat ratusan yang merujuk kepada kepentingan adat, salasilah, asal-usul asat dan hubungan adat dengan agama dan kitab Allah, Al-Quran. Selain adat resam yang telah dijadikan panduan dalam hidup, terdapa juag peraturan yang telah dijadikan adat, adat yang diadakan dan adat istana. Dalam kehidupan masyarakat melayu, seluruh aktiviti masyarakat disesuaikan dengan kehendak dan peraturan adat yang dianggap sebagai undang-undang. Contih pantug adat sebagai tanda masyarakat atau bangsa yang bermaruah dibawah ini.

Apalah tanda batang putatbatang putat bersegi buahnya.Apalah tanda orang beradat,orang beradat tinggi maruahnya

Laksaman berbaju besi,masuk hutan melanda-landa.Hidup berdiri dengan sakti,adat berdiri dengan tanda.

Maksud pantun diatas menggambarkan tentang adat dikenali kandungan dan fungsinya merupakan kepercayaan, pegangan dan amalan yang lahir dan diabadikan dalam kehidupan masyarakat berkenaan.

Masa kini orang melayu sudah melupakan adat resam yang menjadi pustaka bangsanya. Dengan kehilangan adat itu, masyarakat melayu sudah tiada pegangan dalam menjaga budi dan akhlak seperti sewajarnya.

4. PENGAJARAN TENTANG ASPEK BUDI DAN BUDI BAHASA.

Bangsa Melayu diseluruh daerah dan dunia melayu sejak dahulu lagi dikenal sebagai bangsa Mewlayu berbudaya, berada dan berbudi bahasa. Mereka amat peka tentang pentingnya member budio dan membalas budi. Budi diberikan dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan, kerana budi yang mengharappkan balasan itu tidak dianggap sebagai budi.

Selain budi yang berupa pemberian, dalam bentuk harta atau barang berharga, budi juga terpancar daripada sifat-sifat mulia, hormat0menghormati, kasih sayang, taat setia dan bersedia berkorban untuk kepentingan orang yang dikasihi.

Beberapa rangkap pantun yang menjelaskan sikap manusia, tanggap dan amalan masyarakat melayu dalam konteks budi dan budi bahasa.

a. Budi yang menjadi kenangan yang abadi:

Ambikan saya buah deima,masak sebiji dibalik daun.Budi tuan saya terima,jadi kenangan bertaun-taun.

b. Budi yang baik akan dikenang hingga ke akhir hayat.

Anak merak di Kampong Cina,cari makan di kepala titi.Emas perak kebesaran dunia,budi yang baik dibawa mati.Diperlihatakan bagaimana budi dan budi bahasa itu sebagai satu sifat yang terpuji. Oleh itu hendaklah ditanamke dalam jiwa anggota masyarakat, terutamanya anak-anak dan remaja supaya mengamalkan sifat mulia dan budi luhur itu sepanjang hidup mereka dan kepada siapa sahaja.

5. PENGAJARAN MELALUI PENDIDIKAN DAN AGAMA

Sesuai dan konsep sastera sebagai wadah atau sastera dalam menyampaikan pengajaran, bimbingan dan panduan, hampersemua hasil sastera mengandungi mesej dan matlamat kea rah itu, bersifat didaktik, mengajar, malah berkhutbah untuk kebaikan khalayaknya.

Dalam genre pantun misalnya menyampaikan pengajaran dannasihat pelbagai bentuk dan pendekatan telah digunakan. Pengajaran tentang Islam, beribadat, menuntut ilmu agama, berdakwa, mendirikan yang hak dan menghapuskan yang batil, menyampaikan secara langsung, abjektif atau tersurat.

Sementara tentang akhlak, adab dan budi pekerti disampaikan serta tersirat dalam ungkapan yang kreatik atau bersahaja tetapi sarat dengan mesej untuk membimbing dan member panduan.

Pantun di bawah ini merupakan pengajaran dari segi keagamaan.

a. Daun tarap di atas dulang,anak udang mati dituba.Dalam kitab ada terlarang,perbuatan haram jangan dicuba.

b. Dua likur harinya Ahad,bulan mengambang atas angkasaAllah Yang Esa Maha Melihat,Tuhan Yang Adil Yang Maha Kuasa.

Pantun yang tidak jelas bermaksud mengajar, menyampaikan mesej yang sama melalui sindiran, kiasan, ibarat atau peribahasa. Contoh:

Kalau tuan mengail ikan,jangan mengail ikan sepet.Bukanlah dahulu saya berpesan,pohon berduri jangan dipanjat.

6. NASIHAT TENTANG ILMU DAN KEPENTINGAN.

Kebanyakan genre pantun puisi melayu tradisional, tema pengajaran tentang ilmu, kepentingan ilmu dan pesanan supaya menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh merupakan tema yang popular dan penting. Dalam genre pantun bukan saja bentuk biasa, (4 baris, 6 baris, dan pantun berkait) tetapi juga bentuk rejang yang menggabungkan pantun dan syair.

Anak ayam turun sepuluh,mati seekor tinggal sembilan.Ku tuntut ilmu bersungguh-sungguh,akan bekalan hari kemudian.

Pantun di atas bermaksud menasihati anggota masyarakat, khususnya para pelajar supaya menuntut ilmu secara bersungguh-sungguh, supaya tidak menyesal hari kemudian.

Kelebihan ilmu, jelas membawa mesej menuntut ilmu dan kepentingan ilmu merupakan pegangan dan panduan dalam hidup yang membawa kebajikan dunia dan akhirat.

7. NASIHAT MELALUI PERIBAHASA, KIAS DAN IBARAT.

Tema pengajaran juga dapat disampaikan melalui puisi yang merujuk kepada peribahasa seperti perumpamaan, pepatah, kiasan dan ibarat.

Dalam genre pantun, peribahasa yang digunakan lebih banyak berupa kiasan dan pepatah. Contoh pantun:

Air surut memungut bayam,sayur diisi di dalam kantung.Jangan diikut resmi ayam,bertelur sebigi riuh sekampung.

Maksud pantun diatas ialah memberi pengajaran supaya tidak menguar-uarkan sesuatu jasa yang dibuat.

Dang Vila memangku puan,berembang buah pedada.Adakah gila bagimu tuan,burung terbang dipipiskan lada.

Maksud pantun diatas memberikan pengajaran supaya jangan berangan-angan sebelm mendapat sesuatu perkara yang belum pasti.

8. PANDUAN DAN NASIHAT DALAM ASPEK EKONOMI DAN SOSIAL.

Masyarakat melayu jangan peka terhadap kepentingan usaha dan berkerja kuat dalam kehidupan, termasuk aktiviti perniagaan dan sosial. Dalam usaha berniaga dinyatakan nilai-nilai baik dan wajah diamalkan. Contoh pantun:

Apa bunga tidak bertangkai,itu bernama bunga rampai.Kalau tak pandai ilmu berkedai,habis model untung tak sampai.

Demikian juga pentingkan memperlajari ilmu dan selok-bilok perniagaan mengurus dan menggunakan modal untuk mencapai kesan yang menguntungkan.

Ikan sepat mudik ke Hulu,anak haruan putih dada.Siapa cepat dia dahulu,siapa kemudian putih mata.

Maksud pantun di atas, jangan tamak untuk mendapatkan untung hingga menyusahkan orang lain atau seterusnya akan mengalami kerugian.

9. PANDUAN DAN NASIHAT DALAM BERKASIH SAYANG.

Pantun dalam kategori ini tidaklah semuanya pantun jenis yanha menyatakan pada perasaan kasih sayang, rindu, beci, terdapat juga pantun-pantun yang mengandungi mesej pengajaran, nasihat dan panduan dalam aspek kehidupan dan pengalaman berkasih sayang , khususnya antara pasangan yang sedang atau baru terlibat dalam alam percintaan.

Antara aspek yang diberi tekanan adalah tentang perlunya kesetiaan dan pengobanan antara pasangan yang bercinta. Ini termasuk mengotakan janji, menjaga kesucian dan keutuhan cinta, tidak terpikat atau berubah hati kepada yang lain. Pasangan kekasih hendaklah setia berkorban, mempertahankan kasihnya daripada sebarang ancaman, terutamanya dalam hal berlainan kufu, tidak setaraf atau status keturunan masing-masing. Contoh pantun:

a. Kesetiaan berkasih

Air serbat didalam cangkir,sampai ke jawa saya curahkan.Haram taubat saya tak mungkir,badan dan nyawa saya serahkan.

Angkut-angkut terbang kelangit,mati disambar anak merbah.Tertangkap bumi dan langit,setia tidak berubah.

b. Jangan berharap atau bermain dengan kekasih orang.

Apa diharap padi di sebelah,entah berderai entah tidak,entah dimakan pipit melayang.Apa diharap kekasih orang,entah bercerai entah tidak,entahkan makin bertambah sayang.

Kesimpulannya, dapat dikatakan skop pengajaran atau nasihat yang disampaikan melalui puisi khususnya pantun amat luas. Sastera tradisional yang mementingkan objektif pengajaran dan bimbingan kepada khalyak umum iaitu anggota masyarakat malah bangsa dan warganegara.

Bidang ilmu juga tidak terhad kepada ilmu akhirat, agama dan ibarat, tetapi meliputi ilmu dunia, kemahiran dan pekerjaan, perniagaan dan kepentingan. Kumpulan puisi ini merupakan sebahagian daripada bukti kearah matlamat tersebut iait untuk menyampaikan pengajaran, nasihat, panduan dan bimbingan semua lapisan masyarakat yang mewarisi puisi ini.

Nasihat Dan Pengajaran

Salah satu fungsi utama prosa melayu ialah sebagai sebagai nasihat dan pengajaran kepada generasi muda. Di mana nasihat dan pengajaran itu wujud dalam pelbagai bentuk puisi seperti pantun, syair, seloka, peribahasa berirama, nazam, talibun dan teromba. Di mana unsur-unsur nasihat dan pengajaran yang diselitkan dalam puisi itu biasanya bersifat lembut demi untuk menjaga hati individu dan pada masa yang sama memberi kesedaran serta mendatangkan kesan yang mendalam.Harun Mat Piah ( 2004 ) dalam penulisannya Puisi Melayu Tradisional : Nasihat dan Pengajaran telah mengemukakan kepelbagaian fungsi puisi Melayu tradisional dalam masyarakat tersebut. Antaranya ialah nasihat dan pengajaran untuk kanak-kanak, nasihat dan pengajaran menegenai adapt dan etika, nasihat dan pengajaran dalam aspek budi bahasa, nasihat dan pengajaran dalam aspek pendidikan agama dan akhlak serta nasihat dan panduan dalam aspek ekonomi dan sosial. Nasihat dan pengajaran itu ditujukan kepada semua golongan tanpa mengira usia dan status. Misalnya dalam nasihat dan pengajaran kanak-kanak, wujud pantun yang mengingatkan golongan kanak-kanak agar tidak bersikap tamak dan menghormati orang tua. Ia digambarkan seperti berikut: Burung kenek-kenek,Terbang dalam semak,Pesan datu nenek,Cari harta jangan tamak.

Burung kenek-kenek,Terbang dalam hutan,Pesan datuk nenek,Emak marah jangan lawan. Dalam mengingati masyarakat Melayu tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing, nazam yang lebih mengkhusus kepada pengajaran agama, ibadat, akidah dan akhlak sering digunakan untuk tujuan mewujudkan keinsafan. Eleman ini dapat dilihat dalam Nazam: Nasihat dan ingatan tentang mati dan balasan di akhirat:

Hai saudara ini satu nasihat akhir,Faham kamu baik-baik ambil fakir.Kita ini akan mati dudahnya,Tiada tahu bila datang ajalnya.Kalau sungguh kamu yakin pada mati,Jangan pula kamu lalai pada hati.

Kepelbagaian fungsi puisi tradisional dalam nasihat dan pengajaran turut dikesan dalam pantun dan syair yang menekankan kepentingan ilmu kepada setiap insan. Ia digambarkan dalam pantun Rejang Sindir Ilmu: Menuntut ilmu sebagai panduan dan pegangan hidup.

Kuda aman dari Pasai,Dipacu lalu ke bandar Selan, Akhir zaman muda dan bisai,Tuntutlah ilmu mengenal Tuhan.

Manakala dalam syair : Kelebihan ilmu pula. Ilmu digambarkan sebagai penerang jalan ke syurga dan ia merangkumi pelbagai aspek ilmu sehinggakan dibandingkan dikiaskan sebagai hamparan luas dan sempadannya adalah di tepi ajal. Lantaran itu, ilmu sering menjadi buruan golongan bijaksana kerana dikatakan mampu mendatangkan kepuasan kepada pemiliknya.

Unsur-unsur nasihat serta pengajaran turut dalam dikesan melalui penggunaan peribahasa, kiasan dan ibarat. Misalnya peribahasa buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Erti peribahasa ini ialah jika kita membuat sesuatu perkerjaan yang baik biarlah berbatas janganlah berlebih-lebihan pada yang bukan tempatnya, tetapi jika perbuatan jahat usahlah sekali-kali dibuat. Manakala peribahasa malang tidak dapat ditolak, mujur tak dapat diraih. Merupakan falsafah yang harus dijadikan pedoman oleh kita semua. Ia menjelaskan bahawa semua perkara yang menimpa kita merupakan takdir Tuhan yang tidak dapat dielakkan. Sebagai manusia beriman, kita haruslah sentiasa bersabar dan bersyukur.

Kewujudan pelbagai bentuk puisi yang berperanan dalam memberi nasihat dan pengajaran kepada masyarakat jelas menunjukkan betapa lengkapnya warisan puisi Melayu tradisional dan mendidik serta menasihati generasi muda agar berkelakuan baik dan berusaha untuk membentuk jati diri yang positif. Ia jelas bertepatan dengan budaya masyarakat Melayu yang gemar tegur-menegur demi kesejahteraan bersama.

Alat Berkomunikasi

Puisi berfungsi sebagai alat komunikasi bagi masyarakat Melayu dan ia ketara di kalangan rakyat jelata yang lebih cenderung kepada tradisi lisan. Mereka sering menggunakan pantun sebagai puisi yang diungkap untuk mengindahkan lagi ucapan secara berseloroh hinggalah majlis-majlis yang lebih formal seperti pertunangan dan perkahwinan. Ia dapat dilihat dalam pantun orang muda yang sering dikaitkan dengan pantun berkenalan dan pantun berkasih-kasihan. Ia berfungsi sebagai wadah dalam memulakan bicara bagi mengenali seseorang atau untuk menyatakan perasaan yang terpendam.Berikut diberi contoh-contoh pantun muda yang tergolong sebagai pantun berkenalan dan pantun berkasih-kasihan.Suji-suji daun delima,disuji anak Sultan Bantam.Kalau sudi minta terima, Diharap jangan tuan lupa.

Maksud: Rangkap pantun di atas membawa maksud salam persahabatan yang dihulurkan itu adalah secara ikhlas dan diharap ia diterima dan persahabatan itu kekal abadi.

Dari Jepang ke Bandar China,singgah berlabuh di Singapura. Bunga yang berkembang siapa bunya,Kami beringin memetiknya.

Maksud: Rangkap pantun di atas biasanya digunakan semasa merisik dan merupakan cara untuk mendapat maklumat tentang status gadis yang ingin dipinang. Ia dijadikan wadah oleh rombongan lelaki dalam merisik seseorang gadis yang diminati.

Di samping itu, pantun turut digunakan untuk memberi pendapat serta menjelaskan maklumat. Ia sangat berkesan apabila berhujah supaya pendapat itu menjadi lebih berasas. Misalnya dalam mempertahankan sesuatu pendapat, seseorang individu itu cuba untuk mendapatkan keyakinan audiens menyatakan :

Ditenun kain dengan kapas,bermacam-macam warna lagi.Perahu lilin layar kertas,berani kulanggar lautan api.

Dalam komunikasi harian, pantun juga sering digunakan untuk mencabar fikiran dan juga hiburan. Pantun teka-teki misalnya digunakan untuk menguji minda kanak-kanak manakala amalan berbalas pantun dan nyanyian rakyat yang berunsur jenaka pula digunakan untuk tujuan hiburan. Ia dapat dilihat dalam pantun jenaka yang bukan sahaja untuk bergurau senda tetapi turut menyelitkan unsur- unsur nasihat. Tindakan ini bertujuan untuk memelihara hati individu sasaran supaya tidak berkecil hati apabila dikritik. Berikut merupakan beberapa contoh pantun jenaka yang diselitkan dengan unsur-unsur nasihat.

Elok rupanya pohon belimbing,tumbuh di dekat limau tungga.Elok berbini orang sumbing,bila marah tertawa juga.

Bawa perahu ke Tanjung Badar,juru mudi duduk berkemas.Tak tahu akan untung badan,awak tembaga dikatakan emas.

Pantun sebagai cara berkomunikasi dilakukan secara tidak berterus terang tetapi berkias. Cara berkomunikasi ini dapat dilihat dalam amalan bertegur sapa yang dapat diertikan sebagai perhubungan sosial apabila dua anggota budaya bertemu. Komunikasi secara tidak langsung ini juga terdapat dalam budaya Melayu seperti kiasan, perumpamaan yang mempunyai ciri tersendiri dan lebih bersifat sindiran . Walaupun ia bertujuan untukmenyindir ataupun mengejek tetapi pemilihan perkataan yang sesuai dan tepat sering mewujudkan satu situasi yang humor dan dapat mengelakkan ketagangan hubungan.

Menyerlahkan Kreativiti Masyarakat Melayu Tradisional.

Masyarakat Melayu sememangnya kreatif dan telah dapat melahirkan beberapa jenis puisi. Ia termasuklah pantun, gurindam, seloka, talibun, teromba, mantera dan peribahasa. Menurut Zaba, pantun adalah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan Melayu betul. Ia digunakan oleh masyarakat kampung bagi menggambarkan fikiran-fikiran hiba sayu dan warna-warna perasaan yang indah-indah seperti hal-ehwal berkasih sayang dan pujuk raya yang lemah lembut antara pasangan kekasih.

Manakala gurindam pula dikatakan lahir pada era Hindu dan berasal dari bahasa Tamil iaitu Kirandan. Antara cirinya ialah bahasanya yang berirama dan dinyanyikan dengan menggunakan bahasa kiasan dan ibarat. Zaba mendefinisikan peribahasa sebagai segala susunan cekap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai sejak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataan, luas dan benar tujuannya. Beliau juga menggolongkan bidalan, perbilangan, pepatah dan perumpamaan ke dalam keluarga peribahasa kerana setiap itu mengandungi segala sifat-sifat peribahasa.

Seloka yang sarat dengan unsur-unsur humor dikatakan berasal daripada bahasa Sanskrit dan merujuk kepada perkataan menyindir atau mengejek yang diperkatakan dengan cakap yang berangkap. Ia juga merujuk kepada percakapan gurau senda dan jenaka semata-mata istimewa jika bercampur dengan rangkap atau pertentangan bunyi di mana-mana. Talibun pula, ia dikatakan mempunyai persamaan dengan gurindam, seloka dan teromba. Namun dari segi fungsi, ia lebih umum sebagai selipan, berupa pemerian puitis dalam cerita lipur lara yang berbentuk prosa. Talibun turut dikenali sebagai bahasa berirama dan terdiri daripada bentuk tidak terikat sama ada berangkap atau tidak.

Amalan Dalam Perubatan Tradisional.

Masyarakat Melayu tradisional merupakan masyarakat yang amat akrab dengan alam. Kehidupan mereka banyak dikaitkan dengan fenomena alam termasuklah aspek kelahiran, penyakit dan kematian. Warisan puisi berbentuk mantera biasanya digunakan dalam amalan perubatan tradisional. Mantera atau jampi merupakan ucapan untuk menimbulkan kuasa sakti dan ia dicipta oleh dukun atau pawang yang bertindak sebagai perantaraan antara manusia dengan makhluk ghaib. Mantera merupakan puji-pujian, harapan, permohonan atau kata-kata keras yang menyeramkan dan ia merujuk kepada puisi bebas dan tidak terikat kepada jumlah baris atau rima tertentu.

Terdapat pelbagai jenis mantera yang mempunyai kegunaan yang berbeza-beza. Misalnya mantera untuk menghalau hantu, semangat syaitan atau manusia halus, mantera menjaga diri untuk mengelakkan buatan orang dan mentera minyak pengasih yang digunakan untuk mendapatkan seseorang yang diminati. Berikuta adalah contoh mantera pengasih dengan menggunakan asap rokok;

Tembakau Si Raja Ali,Rendang kuali sudu,Aku pintal engkau seperti tali,Aku memakai kasihan rindu,Terindu-rindu aku,Terendang-rendangkan aku,Tidur siang terlihat-lihat aku,Tidur malam termimpi-mimpikan aku,Berkat akau memakai kasihan rindu.

Artifak Budaya

Puisi merupakan sumber warisan bukan artifak yang mempunyai fungsi yang penting dalam masyarakat Melayu tradisional. Ia merupakan pernyataan melalui bahasa indah dalam membentuk satu lingkaran pemikiran tentang kehidupan manusia, mengutarakan nasihat, menyatakan isi hati atau sekadar untuk menyerikan majlis. Ia menjadi pegangan hidup masyarakat tradisional malah merupakan satu kelaziman dalam kehidupan harian masayarakat Melayu.

Sesunguhnya warisan puisi tradisional memberi satu gambaran kasar tentang persoalan hidup masyarakat Melayu pada masa lampau. Misalnya Hikayat Raja-raja Pasai dapat menggambarkan keadaan ekonomi serta strategi orang Melayu menghadapi ancaman Majapahit. Malah ia turut menggambarkan masyarakat melayu pada ketika itu memilik minda yang canggih.