congkak

6
CONGKAK Pengenalan Permainan congkak merupakan salah satu permainan tradisional atau permainan rakyat yang sudah lama bertapak di bumi Malaysia ini.Terdapat pelbagai bentuk congkak yang dibuat berasaskan kesenian sesuatu kaum itu. Mengikut laman web melayu on line.com pada asasnya papan congkak mempunyai 14 lubang yang setiap sisinya terdiri daripada 7 lubang dan di hujung dan pangkal papan congkak masing-masing ada sebuah lubang. Lubang yang ada di sisi kanan dan kiri di sebut lubang kampong, sementara lubang yang ada di hujung dan pangkal dikenali sebagai lubang rumah atau lubang induk.

Upload: zeeyan

Post on 25-Nov-2015

25 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

permainan tradisional, congkak

TRANSCRIPT

CONGKAKPengenalanPermainan congkak merupakan salah satu permainan tradisional atau permainan rakyat yang sudah lama bertapak di bumi Malaysia ini.Terdapat pelbagai bentuk congkak yang dibuat berasaskan kesenian sesuatu kaum itu. Mengikut laman web melayu on line.com pada asasnya papan congkak mempunyai 14 lubang yang setiap sisinya terdiri daripada 7 lubang dan di hujung dan pangkal papan congkak masing-masing ada sebuah lubang. Lubang yang ada di sisi kanan dan kiri di sebut lubang kampong, sementara lubang yang ada di hujung dan pangkal dikenali sebagai lubang rumah atau lubang induk.Permainan ini bukan sahaja dimainkan di Malaysia malah di kebanyakan Negara di Asia Tenggara, sehingga ke beberapa buah Negara di Asia, Cuma sebutannya yang berbeza-beza. Menurut laman web en.wikipedia.com, di Malaysia, Kepulauan Borneo, Kepulauan Riau dan Singapura ia dikenali dengan nama congkak. Di Filipina disebut sungka, di Sri Lanka dikenali dengan nama cangka, di Thailand sebagai tungkayon. Di beberapa daerah lain di Indonesia seperti di Sulawesi disebut mokaotan, maggaleceng, aggalacang dan nogarata. Di daerah di Pulau Jawa ianya disebut congklak.Asal-UsulMenurut laman web melayu online.com congkak dipercayai berasal dari perkataan congak yang bermaksud kira dalam bahasa Melayu. Ini kerana permainan ini memerlukan pemainnya pandai mengira dan mereka yang pandai ilmu matematik ada kelebihan dalam permainan ini.Permainan ini dikatakan bermula sejak zaman keagungan Kerajaan Melaka dan telah tersebar ke seluruh pelusuk Tanah Melayu dan di kebanyakan negara di Asia Tenggara. Ini berlaku kerana pada masa tersebut Kerajaan Melaka merupakan pusat utama atau kemuncak perniagaan pada masa tersebut. Pada awalnya permainan ini dimainkan oleh keluarga diraja dan penghuni istana sahaja, bagaimanapun selepas itu, ianya tersebar kepada rakyat jelata ke seluruh pelusuk di bawah jajahan Kerajaan Melaka. Walaubagaimanapun tiada bukti yang nyata dan jelas bagaimana ia tersebar ke seluruh Asia.Mengikut laman web traditional-game.com, jika diperhatikan kepada papan congkak yang diperbuat daripada kayu, ia menyamai sebuah sampan, dan dipercayai bahawa permainan ini dimulakan oleh seorang nelayan. Berdasarkan lagenda ini semasa musim tengkujuh di mana nelayan ini tidak dapat keluar ke laut untuk menangkap ikan, dia telah mencipta permainan ini yang menyerupai sampannya dan untuk mengelakkan dari rasa bosan akibat tidak dapat menangkap ikan dan hilang punca pendapatan. Di Kepulauan Jawa menurut laman web en.wikipedia.org, papan congkak ini mempunyai kepala berbentuk naga dan diukir menyerupai kulit reptilia.Menurut laman web melayu online.com pula congkak berasal dari Timur Tengah yang kemudiannya tersebar di Asia Tenggara terutamanya di kerajaan Melaka melalui dunia perdagangan. Permainan ini berkembang ketika kesultanan Melaka pada abad ke 15, yang dimainkan oleh keluarga istana seperti puteri-puteri raja. Dalam perkembangannya congkak sudah mulai dikenali di daerah Tanjung Pinang pada awal abad ke 17 hingga 18 Masihi. Pada masa tersebut congkak hanya dimainkan oleh keluarga istana, terutama puteri-puteri raja dan bangsawan di sekitar Istana Penyengat. Selain daripada kerabat diraja congkak dimainkan juga oleh rakyat biasa tetapi terbatas pada kelompok sosial tertentu sahaja, seperti kelompok nelayan atau petani. Jelas sekali pada masa tersebut permainan congkak dimainkan oleh orang-orang yang mempunyai status sosial yang sama sahaja.Setelah kekuasaan Kesultanan Riau runtuh dan diganti dengan penjajahan Belanda suasana mulai berubah, semakin kurang jurang status sosial antara keluarga istana dan rakyat biasa, mereka mulai bermain di antara satu sama lain. Salah satu permainan yang dimainkan pada ketika itu ialah congkak, sehingga permainan ini bukan lagi milik keluarga istana atau rakyat biasa malah ia merupakan milik masyarakat Melayu, dan kemudiannya menjadi salah satu permainan rakyat Melayu.PenutupPermainan congkak ini merupakan permainan rakyat yang sepatutnya terus dikekalkan. Langkah-langkah harus diambil agar permainan ini terus kekal dalam masyarakat melayu di seluruh nusantara. Dalam konteks Malaysia pula, permainan ini harus diajar pada generasi muda agar permainan ini tidak hilang begitu sahaja, atau hanya papan congkak sahaja yang dipamerkan di muzium-muzium. Kementerian Pelajaran, khasnya boleh mengambil inisiatif untuk menghidupkan atau menggalakan permainan congkak dan lain-lain permainan tradisional di kalangan pelajar-pelajar sekolah dengan mengadakan pertandingan-pertandingan sehingga ke peringkat kebangsaan, seperti mana olahraga dan lain-lain yang dianjurkan melalui Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia agar permainan rakyat ini terus kekal di bumi Melayu ini. Dalam permainan congkak nilai-nilai murni tertentu sememangnya wujud seperti ketelitian, kecerdasan, kejujuran dan bersemangat kesukanan atau sportifRujukan :1. http://melayuonline.com2.http://www.traditional-game.com/congkak/congkak-history-malaysia.php3.http://www.traditional-game.com/congkak/Congkak-History-in-Asian.php4.http://en.wikipedia.org/wiki/Congkak