congkak

3
CONGKAK ASAL USUL Permainan congkak wujud sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka yang dipercayai berasal daripada dunia Arab. Bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini ASAL USUL Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah

Upload: nazatul-firdaus-zainon

Post on 13-Sep-2015

233 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

permainan tradisional

TRANSCRIPT

CONGKAKASAL USULPermainan congkak wujud sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka yang dipercayai berasal daripada dunia Arab. Bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.

ASAL USULPermainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh.Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

CARA - CARA BERMAINDua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak dan kedua dua akan mula dengan serentak.Pemain akan memasukkan buah satu demi satu ke dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan ke dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan. Pemain boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya dengan mengaut kesemua buah.Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Pemenang ditentukan berdasarkan jumlah bilangan buah yang terbanyak yang berjaya di pungut oleh pemain.

PERALATAN PERMAINANAlatan yang digunakan adalah papan congkak serta buah congkak. Papan congkak lazimnya diperbuat daripada kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Manakala buah congkak pula ialah guli, buah getah, biji saga dan batu-batu kecil. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil 'kampung'. Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak yang dipanggil 'rumah'.

CARA BERMAINPermainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.SEPAK RAGA