component compressor

15
Compressor IKML 1 BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN (KEMAHIRAN) MARA KERTAS PENERANGAN 4. COMPRESSOR AIR CONDITION

Upload: lekolekobp

Post on 22-Nov-2014

1.102 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: component compressor

Compressor

IKML 1

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN

(KEMAHIRAN) MARA

KERTAS PENERANGAN

4. COMPRESSOR

AIR CONDITION

Page 2: component compressor

Compressor

IKML 2

TAJUK: TYPE , CONSTRUCTION , FUNCTION , ALIGMENT ,

DISMANTLE AND ASSEMBLE THE COMPRESSORS.

PENERANGAN

Pemampat adalah bahagian yang terutama bagi peti sejukdan mesin hawa-dingin. Ini

adalah sama seperti jantung pesawat sistem penyejuk. Peti sejuk moden dan

hawadingin menggunakan motor pemanpat penyejuk bentuk tertutup rapat. Motor dan

pesawat pemanpat dipasang jadi satu yunit diletak dalam kotak buatan dari besi.

Bahagian gerakan pesawat pemanpat direndam minyak, bagi menjaminkan dapat

pelicin yang baik supaya dapat diguna lama dan tidakperlu membaiki atau mengganti

alat pengganti. Setengah pusingan pemanpat menggunakan bentuk pesawat putar

(rotary) adalah lebih senyap. Hawadingin buatan baru pun gunakan pemanpat putar.

Setengah peti sejuk model lama menggunakan pemanpat bentuk terbuka, ini

bermaknalah motor dan pemanpat adalah terbahagi kepada dua bahagian

menggunakan talisawat manarik pemanpat berpusing. Bab ini sengaja memperke-

nalkan cara membaiki bentuk pesawat terbuka memudahkan kenal bahagian yang

mustahak.

Sistem penyejukan (refrigeration system) terbahagi kepada bentuk pesawat dan

bentuk tak pesawat (mechanical and nonmechanical). Pasangan penyejukan bentuk

pesawat menggunakan pemanpat untuk jantung. Bagaimanapun kegunaan alat pe-

manpat adalah sama, ia membolehkan sistem penyejukan menghasilkan satu tekanan

beza supaya bahan penyejukan dapat mengalir dalam sistem penyejukan dari satu

bahagian ke lain satu bahagian. Tekanan beza dalam keletakan tekanan tinggi dan

tekanan rendah membolehkan cecair bahan penyejukan dapat melintas injap kawalan

(control valve) hanyut masuk ke bahagian pembeku sejuk, bahagian ini dinamakan

pencairwap (evaporator). Tekanan wap gas bahan penyejukan dalam pencairwap

mestilah lebih tinggi daripada tekanan tabung simpanan penyejukan bahagian

penyedut gas, bagi wap gas punca tekanan rendah mengalir dari pencariwap mengalir

masuk ke dalam tabung simpanan.

Jenis Pemanpat

Bentuk pemanpat pasangan peti sejuk keluarga atau pasangan penyejuk bentuk

kecil adalah terbahagi ke beberapa jenis:

Dari binaan dan kendalian terbahagi:

1. kebuk tunggal (single cylinder)

2. kebuk kembar (twin cylinder)

Dari cara tekanan terbahagi:

1. bentuk salingan (reciprocating)

2. bentuk putar (rotary)

Dari bentuk pusingan terbahagi:

1. bentuk memutar terus (direct drive)

2. bentuk memutar talisawat (belt drive)

Page 3: component compressor

Compressor

IKML 3

Dari pasangan sawat gerakan terbahagi:

1. bentuk putar talisawat terdiri (independent belt drive)

2. bentuk putar terus setengah rapat (semi-hermetic direct drive) motor dan

pemanpat dipasang dalam kotak terasing (motor and compressor in separate

housings)

3. bentuk putar terus sepenuh rapat (thermetic direct drive) motor dan pemanpat

dipasang dalam satu kotak yang sama (motor and compressor in same

housing).

Pemampat penyejuk kegunaan keluarga moden menggunakan bentuk pasangan

rapat salingan, bentuk peti sejuk lama dan bentuk pasangan penyejuk kecil

menggunakan bentuk terbuka (open type), pasangan ini mengasingkan motor dan

pemanpat dengan menggunakan talisawat memusingkannya.Bentuk pemanpat

salingan terbahagi kepada kebuk tunggal, atau kebuk kembar,keletakan susunan

dipasang melintang (horizontal) atau menengak (vertical).Ombol (piston), atau aci

engkol (cranshaft) digerak oleh lengan penyambung (rod tangkai — connecting rod),

bahagian lengan penyambung yang besar dipasang dengan aci engkol, dan sebelah

lag; dipasang dengan pin omboh (piston pin) sebab inilah dapat gerakan putaran

(rotating motion) aci engkol memutarkan gerakan salingan (reciprocating

motion)omboh.

Dasar Kendalian Pemampat

Bahan penyejukan dapat dimasukkan dan dikeluarkan daripada pemanpat

kerana dikawal oleh injap sedut (suction valve) dan injap buangcas (discharge valve)

yang dipasang atas papan injap (valve plate). Dua injap kawalan dipasang atas papan

itu membinajadi bahagian bawahtudung kebuk. Gerakan hentakan injap,

membolehkan bahan penyejukan cuma dapat melintas injap buangcas

mengeluarkannya, melalui injap sedut menyedut masuk. Oleh kerana ketika omboh

dalam perjalanan ke bawah adalah perjalanan menyedut, tekanan kebuk terkurang,

kerana tekanan gas dalam kebuk itu terendah daripada tekanan dalam tabung

penyedut. Gas penyedut yang disedut itu menolakkan injap sedut terbuka bagi gas

masuk ke dalamnya. Ketika omboh bergerak dengan hala sebalik adalah perjalanan

menekan, tekanan dalam kebuk akan meningkat, memaksakan injap sedut tertutup.

Oleh keranan tekanan kebuk bertambah, membolehkan injap buangcas terbuka, bagi

bahan penyejuk setelahditekan dapat masuk ke dalam pemeluwap. Ini menjadikan

tekanan tinggi bahan penyejuk. Sebab inilah perjalanan sedut gas ialah gas bahan

penyejuk dimasuk ke dalam kebuk, dan perjalanan menekan ialah menekan bahan

penyejuk dan dibuangcas keluar daripada kebuk. Dua injap bagi sedut dan keluar

dikawal oleh perubahan tekanan dalam kebuk itu.

Page 4: component compressor

Compressor

IKML 4

Page 5: component compressor

Compressor

IKML 5

Page 6: component compressor

Compressor

IKML 6

Reciprocating Type

i) Open Type

Pemampat terbuka

Pemampat terbuka dikemaskan dengan bol. Aci engkolnya terkeluar daripada blok

atau kotak engkol. Aci engkol digerakkan oleh takal dan tali-sawat atau terus

digerakkan oleh motor elektrik. Pemampat terbuka memerlukan adang aci engkol

supaya minyak dan bahan pendingin tidak terkeluar daripada pemampat dan udara

tidak masuk ke dalam pemampat. Gambarajah dibawah menunjukkan satu jenis

pemampat salingan terbuka yang digerakkan oleh takal dan talisawat. Pemampat ini

mempunyai satu silinder. Aci engkolnya jenis sipi. Rod rangkai dicagak pada sipi dan

disambung pada omboh. Aci engkol dilengkapkan dengan penimbal dan di-imbangi

dengan betui untuk memastikan pergerakan pemampat menjadi lancardan tidak

bergegar.

Pemampat jenis terbuka digerakkan oleh motor elektrik. Aci engkolnya yang terkeluar

daripada kotak engkol memerlukan adang aci engkol untuk mengelakkan minyak dan

bahan pendingin daripada terkeluar dari sistem, dan menghalang udara daripada

masuk ke dalam sistem. Adang aci engkol menggunakan dua permukaan yang

bergesel. Satu permukaan berpusing dengan aci engkol dan di-adang pada aci dengan

gelang-0 yang dibuat daripada bahan sintetik. Permukaan yang satu lagi dilekapkan

pada kotak engkol bersama gasket tahan bocor. Lihat Gambarajah kedua, iaitu

gambarajah yang menunjukkan keratan adang aci engkol.

Page 7: component compressor

Compressor

IKML 7

Page 8: component compressor

Compressor

IKML 8

Page 9: component compressor

Compressor

IKML 9

ii) Semi – Hermatic Type.

Kebanyakan unit – unit semi – Hermatik mengunakan Valted Assembly dan

dilengkapkan dengan servis valve. Pemampat dan motornya ditempatkan didalam satu

“ Housing “ . Jadi “ Crane Shaft – Seal dan Belting “ tidak perlu digunakan jika

berlaku kerosakan baik pulih pada pemampat dan motornya. Bahagian ini boleh

diservis dan alat dibahgian yang rosak boleh ditukar ganti.

Page 10: component compressor

Compressor

IKML 10

Page 11: component compressor

Compressor

IKML 11

iii) Hermatic Type

Pemampat Kedap Udara

Pemampat kedap udara ialah pemampat yang disambung terus dengan motor dan

diletakkan di dalam kubah yang dikimpal. Adang aci engkol tidak

diperlukan.Gambarajah dibawah menunjukkan sebuah pemampat salingan kedap

udara. Pemutar dipasang pada aci engkol. Sesetengah pemampat jenisini menem-

patkan pemampat dan motor di sebelah atas. Ada juga yang menempatkan motor di

bawah, dan pemampat di sebelah atas.

Untuk mengelakkan pemampat daripada bergegar, pemampat diletakkan di atas

pendakap kekuda berpegas di dalam kubah. Saluran sedutan dan saluran nyahcasnya

mudah lentur. Sambungan wayar elektrik keluar daripada kubah dipateri dan ditebat

supaya arus tidak mengalir pada badan kubah pemampat. Sistem pelinciran pemampat

ini menggunakan tenaga empar. Pemampat disejukkan oleh wap bahan pendingin

daripada saluran sedutan.

Motor pemampat kedap udara biasanya menggunakan geganti penghidup.

Page 12: component compressor

Compressor

IKML 12

Page 13: component compressor

Compressor

IKML 13

Rotary Type

Pemampat Putar

Pemampat putar terbahagi kepada dua jenis. Jenis pertama mempunyai dua atau lebih

bilah yang ber-pusing bersama aci (bilah putar). Jenis kedua pula mempunyai satu

bilah yang menetap untuk adang saluran sedutan daripada saluran nyahcas (bilah

pegun). Pemampat putar digunakan pada peti sejuk domestik, sistem dingin-beku dan

alat penyaman udara. Pemampat ini juga digunakan pada pemam-pat penggalak di

dalam bahagian tekanan rendah pada sistem-sistem mampatan berbilang peringkat

yang besar.

(a) Pemampat putar jenis bilah pegun

Pemampat jenis ini mempunyai dua bahagian, iaitu bahagian bergerak dan bahagian

penetap. Bahagian bergerak mengandungi komponen gelang keluli, sesendal dan

sawar gelonsor. Bahagian penetap pula mengandungi motor dan silinder keluli. Lihat

Gambarajah a.

Untuk mengetahui bagaimana pemampat putar jenis bilah pegun berfungsi, lihat

Gambarajah b. Sebagai contoh, ditunjukkan pemampat yang mem-punyai satu bilah

gelonsor atau bilah pembahagi. Pada kedudukan A, kita dapat melihat bilah gelongsor

sentiasa menekan pada gelang keluli. Bahan pendingin akan masuk ke dalam ruang di

antara gelang dan dinding silinder.

Page 14: component compressor

Compressor

IKML 14

Gambarajah b : Gerakan pemampat jenis bilah pegun.

Pada waktu yang sama, bahan pendingin di hadapan gelang dimam-patkan kerana

ruang di antara gelang dan silinder kerapkali menjadi kecil. Apabila gelang berputar

seperti dalam keadaan B, lebih banyak wap bahan pendingin masuk ke dalam silinder

dan gas bahan pendingin yang dimampat akan dinyahcaskan ke pemeluwap. Pada

kedudukan C, semua wap bahan pendingin yang dimampat dinyahcaskan ke

pemeluwap melalui liang nyahcas. Wap bahan pendingin yang baru akan masuk

melalui liang sedutan. Proses sedutan dan nyahcas akan berulang.

(b) Pemampat putar jenis bilah putar

Pemampat putar jenis bilah putar mempunyai bebe-rapa bilah di dalam rotor. Bilah ini

akan sentiasa ditekan ke dinding silinder oleh tenaga empar semasa rotor berpusing.

Gambarajah 1 menunjukkan cara-cara pemampat ini bekerja. Wap bahan pendingin

yang bertekanan rendah akan masuk melalui liang sedutan A. Pada kedudukan B,

proses sedutan masih berlaku. Apabila rotor berpusing pada kedudukan C, proses

sedutan berakhir. Kedudukan D menunjukkan proses sedutan nyahcas yang baru

berlaku. Nyahcas beriaku kerana ruang di antara silinder dan rotor kerapkali

berkurangan. Isi-padu yang berkurangan membuattekanan dan suhu menjadi tinggi.

Semasa gas bahan pendingin dinyahcaskan, gas ini akan melalui liang nyahcas kerana

tidak ada ruang lagi untuk bahan pendingin lalu di hadapan-nya. Pada masa ini,

kelegaannya ialah 0.025 mm. Kelegaan yang terlalu kecil ini bercampur dengan

minyak pelincir bagi mengelakkan kebocoran dari-pada berlaku di antara tekanan

tinggi dan tekanan rendah.

Page 15: component compressor

Compressor

IKML 15