cmpltng

19
TUGASAN KUMPULAN i) NAMA : MOKANA PIRIYA A/P CHANDRAN NO MATRIK : 05895 NO K/P : 900504055464 ii) NAMA : MOGANAVALLI A/P TAN KENG YU NO MATRIK : 05894 NO K/P : 900504086156 iii) NAMA : TAVASSELINI A/P SEGER NO MATRIK : 05903 NO K/P : 900315085066 KUMPULAN : IP8K KOD & SUBJEK : EDU 3109 (GURU DAN CABARAN SEMASA) NAMA PENSYARAH : HJ. ABU HASSAN BIN AB.MAJID TARIKH HANTAR : 29 OGOS 2013 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 1

Upload: johnny-wagner

Post on 24-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sains

TRANSCRIPT

Page 1: CMPLTNG

TUGASAN KUMPULAN

i) NAMA : MOKANA PIRIYA A/P CHANDRANNO MATRIK : 05895NO K/P : 900504055464

ii) NAMA : MOGANAVALLI A/P TAN KENG YUNO MATRIK : 05894NO K/P : 900504086156

iii) NAMA : TAVASSELINI A/P SEGERNO MATRIK : 05903NO K/P : 900315085066

KUMPULAN : IP8K

KOD & SUBJEK : EDU 3109

(GURU DAN CABARAN SEMASA)

NAMA PENSYARAH : HJ. ABU HASSAN BIN AB.MAJID

TARIKH HANTAR : 29 OGOS 2013

1

Page 2: CMPLTNG

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

Borang Rekod Kolaborasi Projek Kerja Kursus

Nama Pelajar : i) MOGANAVALLI A/P TAN KENG YU

ii) MOKANA PIRIYA A/P CHANDRAN

iii)TAVASSELINI A/P SEGER

No. Matrik : i) 05894

ii) 05895

iii)05903

Kumpulan : PISMP (SAINS / PT)

Mata Pelajaran : EDU 3109

Pensyarah Pembimbing : HJ. ABU HASSAN BIN AB.MAJID

BIL TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN

KOMEN T.T. PENSYARAH / G.PELATIH

1. 28 Julai 2013 Mendapat kerja kursus dan penerangan daripada pensyarah

Memahami kehendak soalan

2. 30 Julai hingga 2 Ogos 2013

Berbincang dengan ahli kumpulan tentang tugasan yang diberi

3. 15 Ogos 2013 hingga 25 Ogos 2013

Membuat tugasan kumpulan dan mencari maklumat tambahan

Dapat membuat dengan baik

4. 27 Ogos 2013 Menyemak tugasan kumpulan

Dapat membetulkan kesalahan yang terdapat

5. 29 Ogos 2013 Menghantar tugasan kepada pensyarah

2

Page 3: CMPLTNG

Tugasan kumpulan

Penulisan esei : Isu dan stres

Guru sekolah rendah di Malaysia menghadapi isu dan cabaran beban tugas

yang menimbulkan stes. Beri justifikasi sama ada anda setuju dengan

pernyataan di atas.

Dalam arus pembangunan negara yang semakin pesat, profesion keguruan di

Malaysia kini, semakin menjadi kompleks dan mencabar yang mana peranan guru

tidak lagi khusus kepada mengajar, mendidik dan membimbing sahaja malah telah

berkembang ke tahap mensosialisasikan, penggalakan, pengilhaman, penyaluran

nilai, penyemaian rasa hormat dan apresiasi kritikal dalam diri murid. Malah, para

guru juga memegang tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan mutu

pendidikan dan melahirkan anak murid yang lebih cemerlang, berilmu tinggi dan

bersedia menghadapi zaman teknologi maklumat. Tanggungjawab yang besar inilah

yang menyebabkan para guru mengalami stres yang berlebihan. Sebenarnya, stres

dalam kalangan guru merupakan satu halangan kepada produktiviti kerja yang baik

dan memberi kesan kepada fizikal dan psikologikal guru. Guru yang gagal mengawal

diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan murid

dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini seterusnya boleh

menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang seterusnya akan

membantukan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa

Malaysia ke tahap kecermerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya (Dr.

Sapora Sipon, 2007)

Peningkatan ketidakhadiran kerja, cuti ganti yang tinggi dan persaraan awal

merupakan antara pencungkil untuk menjalankan kajian dalam kalangan guru

berkaitan dengan tekanan emosi, stres dan “burnout”. Stres memberi kesan kepada

masalah kesihatan mental dan fizikal dan mempengaruhi keberkesanan hubungan

guru dengan murid dan mutu pendidikan. Petikan dari akhbar Berita Harian

menunjukkan peratusan kadar stres mengikut pekerjaan di Malaysia. Kadar

peratusan menunjukkan kerjaya guru di tangga keempat dengan catatannya 45.8%.

3

Page 4: CMPLTNG

Rajah 1: Petikan akhbar Berita Harian mengenai peratusan kadar stres mengikut pekerjaan di Malaysia (dari  http://nan-baikpunyer.blogspot.com/2011/09/kadar-

stress-mengikut-pekerjaan-di.html)

Setelah meninjau beberapa sumber kajian, didapati cabaran utama yang

dihadapi oleh guru adalah kerenah murid di dalam bilik darjah. Satu kajian dijalankan

oleh Azizi Yahya dan Norliza Othman (2008) mengenai punca sebenar berlakunya

masalah stres dalam kalangan guru Matematik di negeri Johor. Hasil kajian

mendapati bahawa faktor yang paling mempengaruhi stres adalah faktor masalah

disiplin murid yang mencatatkan nilai min keseluruhan tertinggi iaitu 3.83. Kajian ini

jelas membuktikan bahawa guru mengalami stres dengan menghadapi cabaran ini

sepanjang persekolahan. Antara contoh perlakuan murid yang membangkitkan

kemarahan guru termasuklah hadir lewat ke kelas, membuat bising ketika sesi

pengajaran dan pembelajarann bermula, hadir tanpa alasan yang munasabah dan

bersikap biadap dengan guru. Perkara ini menjuruskan guru untuk mengambil

keputusan yang agak drastik dan berasaskan emosi untuk menyelesaikan masalah

yang berkaitan dengan disiplin murid. Walaupun tindakan ini melanggar etika dan

tatatertib seorang pendidik, namun kadangkala emosi yang tidak stabil boleh

menguasai kekuatan akal fikiran yang waras. Salah satu kejadian yang telah berlaku

di negara ini telah mengesahkan bahawa guru sebenarnya menghadapi tekanan

emosi yang tinggi. Kejadian ini di mana 200 orang pelajar Sekolah Menengah

Kebangsaan Bawang Assan di Sarawak yang telah dihukum dengan cara berendam

4

Page 5: CMPLTNG

di dalam sebuah kolam yang kotor oleh warden asrama mereka disebabkan

masalah disiplin (Utusan 23 Julai 2007).

Maka, ia tidak dinafikan lagi dimana guru –guru kini kian menghadapi cabaran

akibat disiplin murid dan kami menyetujui sebulat hati bahawa masalah disiplin murid

adalah salah satu punca utama untuk menyebabkan guru mengalami tekanan stres

yang tinggi. Tambahan lagi, murid-murid bukan sahaja tidak dapat mengawal

dirinya, malah tidak mematuhi kepada pihak yang berkuasa seperti guru dan pihak

sekolah. Sekiranya guru memasuki kelas yang bermasalah, keadaannya akan

mencenderung guru untuk sentiasa menganggap sikap dan tingkah laku murid-murid

tidak boleh diubah dan mengkategorikan murid sebagai golongan yang tidak

berdisiplin. Guru akan berfikir secara negatif apabila berhadapan dengan murid yang

mempunyai masalah disiplin. Jika guru berhadapan dengan perkara yang sama

setiap kali sesi pengajaran bermula, maka mereka akan berasa tertekan dengan

keadaan tersebut. Ini menyebabkan guru mengambil langkah yang mudah untuk

menyelesaikan masalah tersebut dengan memarahi murid-murid itu. Golongan murid

yang sentiasa menimbulkan masalah disiplin ini akan mendatangkan tekanan emosi

yang berpanjangan di sekolah. Kajian yang dijalankan oleh Raja Maria Diana Bt

Raja Ali (2011) mengatakan bahawa kerenah pelajar adalah satu faktor yang

mendorong tekanan kerja (stress) dalam kalangan guru Sekolah Menengah Di

Daerah Pasir Puteh. Maka, ia jelas sekali membuktikan bahawa kerenah murid

pendorong untuk guru menghadapi stres. Dapatan kajian Mohamad Abdillah Royo

dan Woo Sew Fun (2010) juga menyokong isu ini iaitu guru mengalami stress

sebanyak 58% adalah disebabkan oleh kerenah murid.

Selain itu, kami juga mengakui dimana cabaran ditempuhi iaitu bebanan kerja

yang terlampau banyak juga menyebabkan guru-guru mengalami masalah stres.

Satu kajian yang dijalankan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan

(NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan

sahaja kerana berhadapan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan pelajar tetapi

terpaksa berhadapan dengan beban tugas (Siti Nor Afzan Kasiman, Kosmo. 4 Ogos

2013). Guru merupakan pengurus pembelajaran yang bertanggungjawab untuk

merancang pengetahuan kemahiran dan nilai yang hendak diajar kepada murid

setiap hari. Ini menunjukkan tanggungjawab guru untuk menyediakan maklumat-

maklumat untuk diajar tidak semudah yang dijangkakan. Guru juga dibebankan

5

Page 6: CMPLTNG

dengan tugas-tugas lain seperti tugas pentadbiran sekolah contohnya merancang

dan menjalankan aktiviti sekolah, menjadi penasihat persatuan dan kelab, menjalani

kursus yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri

dan sebagainya. Kemungkinan perkara ini dilihat mudah oleh sesetengah pihak

namun, ia merupakan bebanan yang amat tinggi kepada para guru kerana mereka

terpaksa melakukan pelbagai jenis kerja yang berkaitan dengan akademik,

kokurikulum, dan pentadbiran sekaligus setiap hari. Ia menjadi satu masalah yang

besar dan dipandang serius oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga

wujudnya satu Jawatankuasa Khas bagi mengkaji bebanan tugas guru yang

terlampau banyak. Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi memberi maklumbalas

terhadap aduan yang dibuat oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan

(NUTP) terhadap bebanan tugas guru dalam satu sidang media yang diadakan pada

tarikh 30 Mac 2010 (Arkib Utusan online 1/4/2010). Ini membuktikan banyak pihak

menyedari bahawa bebanan tugas guru ini semakin mencabar. Dapatan kajian

Punithamalar (2012) membuktikannya lagi tekanan yang dihadapi menerusi faktor

bebanan tugas adalah mencatatkan skor min iaitu 2.64. Maka, tanpa keraguan

cabaran yang ditempuhi oleh guru dalam bentuk bebanan kerja juga meruncing

tekanan guru.

Dalam konteks sekolah, guru juga perlu memastikan komitmen terhadap

keluarga dan komitmen terhadap aktiviti sosial di luar supaya tidak terjejas dengan

keperluan memenuhi tuntutan tugasan di sekolah. Guru juga terpaksa berhadapan

dengan ibu bapa yang memberikan harapan yang amat tinggi kepada para guru

untuk menjadikan anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran. Hal ini dapat

dibuktikan menerusi kajian yang telah dijalankan oleh Unit Kaunseling Jabatan

Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada tahun 2006, mendapati bahawa

83% daripada guru telah mengalami tekanan. Harapan yang tinggi diletakkan oleh

ibu bapa terhadap para guru untuk menjadikan anak-anaknya sebagai murid yang

cemerlang dalam akademik juga mengakibatkan stres dalam kalangan guru. Kajian

yang sama juga menyatakan bahawa kebanyakkan ibu bapa melepaskan

sepenuhnya tanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka kepada guru

sekolah sambil mengharapkan anak mereka memperoleh keputusan yang

cemerlang dalam peperiksaan (Berita Harian 5 Ogos 2007).

6

Page 7: CMPLTNG

Kebiasaannya, ibu bapa akan mengukur kejayaan mutlak seseorang murid

berdasarkan kecemerlangan akademik semata-mata tanpa mengira aspek-aspek

lain yang tidak kurang penting seperti kemahiran dalam bidang sosial. Akibat

daripada harapan yang terlampau tinggi, kebanyakkan guru terpaksa menghabiskan

banyak masa mereka di sekolah untuk mengadakan kelas-kelas tambahan di luar

waktu persekolahan bagi memenuhi harapan ibu bapa. Maka, kami berpendapat

walaupun seorang guru mempunyai kecekapan dan kecekalan yang tinggi dalam

menjalankan tugasnya, beban kerja yang melampaui batas kemampuannya akan

menyebabkan prestasi kerjanya menurun akibat kepenatan fizikal dan ini boleh

membawa kepada tekanan emosi yang tinggi. Lama-kelamaan, guru-guru ini akan

menghilang ketabahan dalam bidang keguruan dan akan bersara jawatan.

Dunia pendidikan kini berubah dengan penekanan diberikan kepada

penggunaan teknologi maklumat yang selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK). Peredaran ini juga menyebabkan pengurusan sekolah menjadi

semakin kompleks dan mengalami perubahan selari dengan zaman kepesatan

teknologi yang terkini. Perkara ini memberi cabaran yang besar kepada para guru

dalam mengikuti perkembangan terkini ini. Setiap guru perlu menyediakan dirinya

untuk memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu

membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi

memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi

pendidikan negara. Kajian Tajulashikin Jumahat, Fazura Mohd Noor dan Mohd

Burhan Ibrahim (2013) juga menyokong bahawa usaha-usaha yang terletak di bahu

guru bagi merealisasikan hasrat KPM mendorong mereka mengalami tekanan. Jadi,

guru kini terpaksa berlumba-lumba untuk melengkapkan diri dengan pelbagai

pengetahuan dan kemahiran di samping menunjukkan kesungguhan dan

mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha bagi meningkatkan

kualiti murid yang bakal dihasilkan. Lagipun, para guru juga terpaksa mengetahui

isu-isu semasa agar kelihatan seperti ikon yang berpengetahuan luas dan berilmu.

Hal ini kerana murid akan lebih mempercayai dan menghormati kata-kata guru

walaupun masih ada tempat untuk pertanyaan seperti sumber internet yang meluas.

Ini membuktikan zaman peredaran masa yang berubah-ubah membuatkan guru

mudah mengalami stress. Kami juga menyokong bahawa cabaran ini mengundang

guru mengalami stres dengan mudah. Hal ini sedemikian maklumat terkini seperti

7

Page 8: CMPLTNG

isu-isu semasa ataupun ilmu teknologi mesti terlebih dahulu dapat diketahui dan

dikuasai oleh para guru sebagai golongan yang akan menyebarluaskan kepada

murid. Di sini kami simpulkan, guru-guru semakin berasa tertekan dalam

menghadapi pelaksanaan pelbagai reformasi dalam pendidikan.

Dalam kajian Supian Bin Jolen (2001) menyatakan ramai guru pada masa kini

mengalami tekanan yang lebih serius jika dibandingkan dengan rakan-rakan mereka

terdahulu. Malahan, mengajar itu sendiri disifatkan sebagai pekerjaan yang sering

terdedah kepada tahap tekanan yang tinggi dan tekanan berhubung dengan kerja

(work-related-stress) dilaporkan sebagai merangkumi lebih dari separuh daripada

pelbagai tekanan yang dihadapi oleh guru (Cox dan Bronckley dalam Faridah dan

Zubaidah, 1998). Hal ini berlaku kerana sistem pendidikan kini lebih mengutamakan

prestasi pemarkahan peperiksaan dan pencapaian akademik murid-murid.

Tanggungjawab besar ini dipikul oleh para guru. Dapatan kajian Safiah Hj Shain

(2006) juga telah menunjukkan bahawa punca tekanan utama guru-guru berlaku

ialah dari segi aspek meningkatkan pencapaian prestasi sekolah dengan nilai min

3.60. Daripada tinjauan kajian ini, kami berpendapat bahawa para guru terpaksa

berkorban jiwa dan raga demi melahirkan murid yang berprestasi tinggi dalam

akademik. Sebenarnya, para guru bekerja keras untuk meningkatkan prestasi

pemarkahan murid-murid dalam ujian dengan mengadakan pelbagai jenis program

mahupun aktiviti seperti ‘Teknik Menjawab Soalan’, ‘Minggu UPSR’, ‘Kempen

Cemerlang UPSR’, ‘Kempen Motivasi’ dan sebagainya. Sehubungan itu, sejak

kebelakangan ini seringkali kedengaran isu-isu yang berkaitan tekanan kerja dalam

kalangan guru yang mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Satu kajian telah

dibuat oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) pada tahun

2005 mengenai stres dalam kalangan 9328 orang kakitangan perguruan di seluruh

negara mendapati 69 peratus responden bersetuju bahawa, mereka bekerja dalam

keadaan stres bagi meningkatkan prestasi murid dalam peperiksaan (Utusan

Malaysia, 29 Mac 2006). Memandangkan peningkatan kualiti dan kecemerlangan

pendidikan amat bergantung kepada guru-guru, maka, pihak-pihak tertentu

sewajarnya peka dengan permasalahan stres guru.

Perubahan sistem pendidikan yang pesat, khasnya pelaksanaan reformasi

pendidikan dalam abad ke-21 iaitu pengenalan program Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR) memerlukan guru mereformasikan diri kearah pandangan,

8

Page 9: CMPLTNG

sikap dan daya usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran

mengajar yang canggih demi mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam

bidang kerja yang kian bercabar. Dimaklumkan KSSR digubal dengan pelbagai

pentaksiran sekolah seperti dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor

oleh guru di sekolah bagi setiap mata pelajaran. Cabaran yang timbul disini adalah

kebanyakkan guru yang mengajar KSSR ini masih lagi kabur dalam melaksanakan

pentaksiran ketika mengajar, memfailkan dan pemprosesan data Sistem Pentaksiran

Pendidikan Kebangsaan (SPPK). Walaupun, Kementerian Pendidikan Malaysia

menyediakan buku panduan, modal dan buku-buku latihan, namun kebanyakkan

dari mereka masih lagi kabur dengan cara pelaksanaanya.

Sebuah artikel yang ditulis oleh Shafizan Johari (2013) di dalam Awani

membicarakan mengenai penyemakan semula KSSR. Beliau menyatakan bahawa

“sekumpulan guru berpendapat proses memfailkan laporan KSSR memang

membebankan mereka”. Di sini, kami juga menyokong kenyataan beliau kerana

pada masa kini para guru KSSR lebih memberi tumpuan ke atas tugas memfailkan

dokumentasi dan mengemaskini data sahaja. Tugasan memfailkan data yang

membebankan ini menyebabkan stres dalam kalangan guru serta produktif mereka

juga kurang memuaskan. Walaupun KSSR mengurangkan tekanan dari segi

peperiksaan, tetapi ia memberi stres dari segi mengemaskini data SPPK melalui

laman web. Menurut Mu Di (2011), sekolah yang mempunyai kemudahan rangkaian

internet yang agak lemah dan adakalanya langsung tidak boleh mengakses internet

menyebabkan para guru KSSR menghadapi masalah dalam mengemaskini data

SPPK. Daripada perbincangan kami dengan guru-guru di sekolah praktikum, kami

mendapati ada sebahagian guru terpaksa mengorbankan masa sepanjang malam

untuk pemprosesan data murid-murid dan ada juga guru yang langsung tidak dapat

mengemaskini “Band” murid dari bulan Februari hingga July kerana tidak dapat

mengakses laman SPPK. Ini menunjukkan para guru bukan sahaja mengalami stres

di sekolah malah mereka turut menghadapi tekanan ini di rumah juga.

Cabaran selanjutnya yang menyumbang kepada tekanan emosi dalam

kalangan guru ialah tekanan daripada pihak atasan. Guru besar hendaklah memiliki

daya kepimpinan yang tinggi untuk mencorak suasana sekolah yang kondusif dan

hubungan antara guru juga dalam keadaan yang baik serta mempunyai rasa

kepunyaan yang tinggi terhadap sekolah. Guru akan berasa lebih tertekan sekiranya

9

Page 10: CMPLTNG

terpaksa berhadapan dengan pemimpin yang tidak memainkan peranannya dan

mengamalkan birokrasi yang berlebihan di sekolah. Ini menyebabkan guru-guru

berasa tidak mendapat sokongan dan tidak dihargai oleh pemimpin sekolah apabila

melakukan sesuatu perkara. Habib Ismail & Zaimah Ramli (2012) mengatakan

sebab-sebab ketidakpuasan kerja berlaku disebabkan faktor diskriminasi, pilih kasih,

beban kerja, amalan tidak sihat, keadaan tempat kerja, tidak dapat menyesuaikan

diri dan ganjaran serta prospek. Salah satu isu yang sering dikemukakan oleh guru-

guru adalah pemimpin mengarahkan guru-guru untuk melaksanakan tugasan dan

menghadiri kursus atau perjumpaan luar daripada bidang tugasannya. Kajian Raja

Maria Diana Bt Raja Ali (2011) membuktikan bahawa 30 peratus daripada 280, 000

pendidik terpaksa memikul tugas luar, manakala 15 peratus guru tidak berada di

sekolah disebabkan oleh pengendalian kerja-kerja guru besar di luar kawasan

sekolah. Kami bersependapat dengan isu yang disebutkan, tekanan daripada guru

besar dalam menjalankan arahannya menyebabkan para guru mengalami

ketegangan.

Secara kesimpulannya, kerjaya sebagai seorang guru adalah satu kerjaya

yang penuh mencabar dan banyak pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seorang

guru untuk membentuk modal insan bagi merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Sesuatu yang tindakan positif perlu dilakukan dengan segera oleh

pihak pentadbir sekolah ataupun diri sendiri guru bagi mengelakkan faktor-faktor

tekanan ini sebelum ia membawa kesan yang lebih kritikal sekiranya dibiarkan

berterusan. Perubahan demi perubahan yang berlaku dalam persekitaran dunia

pendidikan pada hari ini, ternyata menyebabkan guru juga perlu berubah.

Sebaliknya, ramai guru tidak mampu mengikut perubahan secara drastik ini dalam

sistem pendidikan menyebabkan tekanan mula menguasai mereka dan akhirnya

membawa impak yang besar kepada dunia pendidikan. Keprihatinan terhadap

beban tugas guru perlu ditingkatkan oleh segenap lapisan masyarakat demi

memastikan kelangsungan sistem pendidikan di Malaysia di samping usaha

melahirkan generasi pewaris negara berterusan dan tidak terhenti. Oleh itu, guru

pandai membahagikan masa dalam menjalankan peranannya di sekolah. Namun

kalau diikutkan, sebagai orang yang diamanahkan menjadi seorang pendidik, segala

penat perit dan halangan perlulah dihadapi dengan cara bijaksana oleh guru yang

bertanggungjawab.

10

Page 11: CMPLTNG

Rujukan

Arkib Utusan online 1/4/2010. Tubuh Jawatankuasa Khas kaji Tugas Guru-Muyiddin.

Diperolehi pada 20 Ogos 2013 dari,

http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?

pr=UMNO2004&y=2010&dt=0401&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadap

an&pg=mh_04.htm

Azizi Yahya & Norliza Othman. (2008). PERMASALAHAN DALAM PENDIDIKAN

SAINS DAN MATEMATIK:Faktor-faktor yang menyebabkan stress dalam

Kalangan Guru Sains dan Matematik Di Sekolah Menengah Daerah Johor

Bahru. Dimuat turun pada 20 Ogos 2013 dari,

http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FP/bookchapter_fp19.pdf

Berita Harian 5 Ogos 2007. Ibu bapa Punca Guru Tertekan. Diperolehi pada 22

Ogos 2013 dari,

http://ppdkerian.edu.my/portal/modules.php?

name=News&file=article&sid=842

Berita Harian.(2011). KSSR Kurang Tekanan Peperiksaan, Bina Modal Insan

Berkesan. Dimuat turun pada 18 Ogos 2013 dari,

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/

KSSRkurangkantekananpeperiksaan_binamodalinsanberkesan/Article/

index_html

BPK. (2012). Guru Berpeluang Hasilkan Formula KSSR Mulai Tahun Ini. Dimuat

turun pada Ogos 17, 2013 dari,

http://www.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/berita/

guru_berpeluang_hasilkan_formula_kssr_mulai_tahun_ini

Dr. Sapora sipon. (2007). Pendidik Mesti Bijak Kawal emosi. Dimuat turun pada 20

Ogos 2013 dari,

http://ddms.usim.edu.my/bitstream/handle/123456789/1510/23%20Julai

%202007%20-%2034%20Rencana%20(9).pdf?sequence=1

11

Page 12: CMPLTNG

Habib Ismail & Zaimah Ramli. (2012). Amalan Kepimpinan Transformasi Pengetua

dan Hubungannya Dengan Kepuasan Kerja Guru. Universiti Kebangsaan

Malaysia. Muat turun pada Ogos 19, 2013 dari,

http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVII/PKEM2012_5C5.pdf

Mohd Abdillah Royo & Woo Sew Fun. (2010). Faktor-Faktor yang Mendorong

Tekanan Kerja (Stress) di Kalangan Guru-Guru SJK(C) : Satu Kajian.

Universiti Teknologi Mara. Selangor

http://eprints.utm.my/10873/1/Faktor-

Faktor_Yang_Mendorong_Tekanan_Kerja__Stres__Di_Kalangan_Guru-

Guru_Sjk_C_.pdf

Mu Di. (2011). Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) Untuk

KSSR Tahun 1. Muat turn pada Ogos 18, 2013 dari

http://mindapendidik.blogspot.com/2011/06/sistem-pengurusan-

pentaksiran.html

Punithamalar Krishnan. (2012). Tekanan Kerja dalam Kalangan Guru: Keratan

Akhbar. Diperolehi pada 15 Ogos 2013 dari,

http://krisnitha.blogspot.com/2012/01/ker-kursus-cabaran-tekanan-kerja-

dalam.html

Raja Maria Diana bt Raja Ali. (2011). Faktor –faktor yang Mendorong Tekanan Kerja

(Stres) di kalangan guru-guru Sekolah Menengah di daerah Pasir Puteh .

Open University Malaysia. Dimuat turun pada 15 Ogos 2013 dari,

http://eprints.oum.edu.my/666/1/faktor_raja_maria.pdf

Safiah Hj Shain (2006). Tahap Punca Tekanan dan Strategi Menangani Tekanan di

Kalangan Guru-guru Sekolah Rendah Di Daerah Kota Samarahan, Sarawak.

Jurnal Akademik 2006. IPTAR. Dimuat turun pada 20 Ogos 2013 dari,

http://www.scribd.com/doc/132261634/Punca-Tekanan-Kerja-Guru

12

Page 13: CMPLTNG

Sharifan Johari. (2013). Guru minta kerajaan semak semula KSSR. Dimuat turun

pada Ogos 18, 2013 dari,

http://www.astroawani.com/news/show/guru-minta-kerajaan-semak-semula-

kssr-7948

Sayed Hesham Idris . Arkib Utusan Online ( 23/7/2007). Warden Pertahan Rendam

200 Pelajar Dalam kolam. Dimuat turun pada 20 Ogos 2013 dari,

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2007&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Siti Nor Afzan Kasiman. (4 Ogos 2013). Profesion perguruan terdedah kepada risiko

tinggi untuk mengalami tekanan mental. Dimuat turun pada 20 Ogos 2013

dari,

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?

y=2009&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

Supian Bin Jolen. (2001). Tekanan (Stress) Dan Burnout Dalam Kalangan

Pensyarah Politeknik. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn. Dimuat

turun pada 18 Ogos 2013 dari,

http://eprints.uthm.edu.my/

774/1/24_Pages_from_TEKANAN_(STRESS)_DAN_BURNOUT_DIKALANG

AN_PENSYARAH_POLITEKNIK.pdf

Tajulashikin Jumahat., Fazura Mohd Noor., & Mohd Burhan Ibrahim. (2013). Faktor-

faktor Penentu Stres Dalam Kalangan Guru : Sekolah Rendah Mubaligh Di

Kuala Lumpur. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. Dimuat turun

pada 18 Ogos 2013 dari,

http://e-journal.um.edu.my/filebank/published_article/4557/Bil1_2_Artikel1.pdf

Utusan Malaysia. (2006, Mac 29). Ramai Guru Berpenyakit Akibat Stres, 10. Dimuat

turun pada 20 Ogos 2013 dari,

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2006&dt=0329&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm

13

Page 14: CMPLTNG

14