club - iium.edu.my · renungan 4 bersama ketua biro rehlah dan riadah 5 peranan saf dalam solat 6...

8
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..! Kejohanan Bolasepak LIGA 3K telah diadakan pada 16 Januari 2006. Kejo- hanan tersebut adalah anjuran Kelab Ke- bajikan Kakitangan dengan ker- jasama Pusat Matrkulasi UIAM. Seramai 12 pasukan telah men- yertai kejohanan tersebut yang akan berakhir pada 07 Mac 2006. Kejohanan ini terbuka kepada warga Pusat Matrikulasi UIAM dan tiada pemain luar dibenar- kan. Pasukan dari Kelab Kebajikan iaitu Matrix FC turut menyertai kejohanan tersebut. Kepu- tusan perlawanan boleh dida- pati melalui laman web ke- lab. Mesyuarat Agong Kelab Kebaji- kan kali ke 15 telah berlangsung pada 10 Februari 2006 (Jumaat), di Bilik Televisyen Mahallah Abu Bakar. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh semua ahli termasuklah Dekan Pusat Matrikulasi UIAM, Yang berba- hagia Tuan Haji Abbas Hasan, En Abdul Razak Abu Bakar dan En. Kamaruddin Samat. Mesyuarat tersebut telah di ras- mikan oleh Tuan Haji Abbas Hasan se- laku Penaung Kelab. Dalam ucapannya beliau, akan memberi sokongan penuh segala aktiviti yang dijalankan oleh Ke- lab. En. Nasir Ismail selaku pengerusi ke- lab dalam ucapan beliau telah mengariskan tentang amanah dan tanggung jawab ahli, pengu- rusan yang baik dan idea yang segar bagi membangunkan dan memperbaiki Kelab. Tanggung jawab terha- dap Kelab adalah tang- gung jawab semua ahli. SURVIVAL CAMP LUBUK TEDUNG KEMENSAH akan didakan pada 11 dan 12 Mac 2006. Program ini dianjuran oleh Biro Rehlah dan Riadah (Lelaki). Ianya akan diadakan di Lubuk Tedung, Kemensah, Ulu Kelang. Program ini adalah berbentuk expedisi memanjat Bukit Kemensah selama 2 hari. Peserta terbuka kepada semua ahli lelaki sahaja. Ianya bertujuan membentuk fizikal dan mental, hidup di dalam hutan, semangat persaudaraan, disiplin diri dan suasana didalam hutan. Sesiapa yang berminat berminat sila hubungi En. Wan Ismail atau En. Hishamuddin di Pejabat RMDD. TIP KESIHATAN 1. Lebih baik jika makan sedikit sedikit dalam kadar yang kerap dari- pada makan banyak sekali gus. Selain membuat tubuh anda menjadi langsing kerana tidak banyak makanan yang di- timbunkan menjadi lemak, peng- gunaan tenaga akan menjadi lebih berkesan dan stamina tubuh juga lebih terjaga. 2. Jangan sekali kali melewatkan atau meninggalkan sarapan pagi. Ini kerana dari situlah anda mendapat sumber tenaga anda untuk hari itu. Apabila anda kehabisan tenaga di waktu siang, rasa lemah dan penat akan berpanjang sehingga ke malam. Adan Mendengar Azan 2 Wasiat Nabi Mohammmad 2 Menghormati Orang Tua 3 Pokok Ghargad 3 Renungan 4 Bersama Ketua Biro Rehlah dan Riadah 5 Peranan Saf Dalam Solat 6 Kandungan AKTIVITI KELAB kEBAJIKAN Buletin Kelab FEB2006 KELUARAN 12/06 http://iiu.edu.my/matric/club

Upload: phungquynh

Post on 09-Mar-2019

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: club - iium.edu.my · Renungan 4 Bersama Ketua Biro Rehlah dan Riadah 5 Peranan Saf Dalam Solat 6 ... Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tan-da2nya: 1) Merahsiakan ibadahnya

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Kejohanan Bolasepak LIGA 3K telah diadakan pada 16 Januari 2006. Kejo-hanan tersebut adalah anjuran Kelab Ke-bajikan Kakitangan dengan ker-jasama Pusat Matrkulasi UIAM. Seramai 12 pasukan telah men-yertai kejohanan tersebut yang akan berakhir pada 07 Mac 2006. Kejohanan ini terbuka kepada warga Pusat Matrikulasi UIAM dan tiada pemain luar dibenar-kan. Pasukan dari Kelab Kebajikan iaitu Matrix FC turut menyertai kejohanan tersebut. Kepu-tusan perlawanan boleh dida-pati melalui laman web ke-lab. Mesyuarat Agong Kelab Kebaji-kan kali ke 15 telah berlangsung pada 10 Februari 2006 (Jumaat), di Bilik Televisyen Mahallah Abu Bakar. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh semua ahli termasuklah Dekan Pusat Matrikulasi UIAM, Yang berba-hagia Tuan Haji Abbas Hasan, En Abdul Razak Abu Bakar dan En. Kamaruddin Samat. Mesyuarat tersebut telah di ras-mikan oleh Tuan Haji Abbas Hasan se-laku Penaung Kelab. Dalam ucapannya

beliau, akan memberi sokongan penuh segala aktiviti yang dijalankan oleh Ke-lab. En. Nasir Ismail selaku pengerusi ke-

lab dalam ucapan beliau telah mengariskan tentang amanah dan tanggung jawab ahli, pengu-rusan yang baik dan idea yang segar bagi membangunkan dan

memperbaiki Kelab. Tanggung jawab terha-dap Kelab adalah tang-gung jawab semua ahli. SURVIVAL CAMP

LUBUK TEDUNG KEMENSAH akan didakan pada 11 dan 12 Mac 2006. Program ini dianjuran oleh Biro Rehlah dan Riadah (Lelaki). Ianya akan diadakan di Lubuk Tedung, Kemensah, Ulu Kelang. Program ini adalah berbentuk expedisi memanjat

Bukit Kemensah selama 2 hari. Peserta terbuka kepada semua ahli lelaki sahaja.Ianya bertujuan membentuk fizikal dan mental, hidup di dalam hutan, semangat persaudaraan, disiplin diri dan suasana didalam hutan. Sesiapa yang berminat berminat sila hubungi En. Wan Ismail atau En. Hishamuddin di Pejabat RMDD.

TIP KESIHATAN 1. Lebih baik jika makan sedikit sedikit dalam kadar yang kerap dari-pada makan banyak sekali gus. Selain membuat tubuh anda menjadi langsing kerana tidak banyak makanan yang di-timbunkan menjadi lemak, peng-gunaan tenaga akan menjadi lebih berkesan dan stamina tubuh juga lebih terjaga.

2. Jangan sekali kali melewatkan atau meninggalkan sarapan pagi. Ini kerana dari situlah anda mendapat sumber tenaga anda untuk hari itu. Apabila anda kehabisan tenaga di waktu siang, rasa lemah dan penat akan berpanjang sehingga ke malam.

Adan Mendengar Azan

2

Wasiat Nabi Mohammmad

2

Menghormati Orang Tua

3

Pokok Ghargad 3

Renungan 4

Bersama Ketua Biro Rehlah dan Riadah

5

Peranan Saf Dalam Solat

6

Kandungan

AKTIVITI KELAB kEBAJIKAN

Buletin Kelab FEB2006KELUARAN 12/06

http://iiu.edu.my/matric/club

Page 2: club - iium.edu.my · Renungan 4 Bersama Ketua Biro Rehlah dan Riadah 5 Peranan Saf Dalam Solat 6 ... Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tan-da2nya: 1) Merahsiakan ibadahnya

KELUARAN 12/06 Muka 2

ADAB MENDENGAR AZAN Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Men-gapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'. Diriwayatkan sebuah hadis yg bermak-sud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan li-dahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika ny-awanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan li-dah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin..

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tan-da2nya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tan-da2nya: 1) Merahsiakan ibadahnya. 2) Merahsiakan sedekahnya 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda2nya 1) Takut berlaku dusta dan keji 2) Menjauhi kejahatan 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tan-da2nya 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana memasukinya. Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Barangsiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jikalau ia telah mengingatinya, tiada tebu-san lain untuk solat itu kecuali solat yang dilupakannya saja sesuai dengan firman Allah yang ertinya : "Dan dirikan solat untuk mengingatiKu."

(H.R. Bukhari)

Dalam kerendahan hati ada ketinggian

budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan

jiwa. Dalam kesempitan

PETUA

ADAP & ETIKA

Page 3: club - iium.edu.my · Renungan 4 Bersama Ketua Biro Rehlah dan Riadah 5 Peranan Saf Dalam Solat 6 ... Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tan-da2nya: 1) Merahsiakan ibadahnya

KELUARAN 12/06

Menghormati Orang Lebih Tua

Bagi orang yang tidak menghormati kedua ibu bapanya maka hukumnya berdosa besar. Begitu juga jika tidak menghormati orang lebih tua daripada kita, baik tua dari segi usia mahupun tua atau matang dari segi ilmu pengetahuan. Di dalam Islam orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya termasuk ke dalam kategori dosa besar setelah mensyirikkan Allah, dan akan di masukkan ke dalam neraka. Firman Allah SWT maksudnya: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah (uff) dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia". (Al Isra' 23) Orang yang tidak menghormati ibu bapa akan dilaknat oleh Allah SWT. Sebagaimana dijelaskan oleh Rasu-lullah SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT iaitu: Seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, ke-mudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya". (Riwayat Ad Dailami dhrupad Umar

Pokok Gharqad' Pokok Yahudi Hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah umat Islam berperang dengan orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi dise-balik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi". Kini, kaum yahudi menubuhkan dana kebangsaan khas ( Jewish National Fund ) untuk penanaman pokok Gharqad tersebut.Didalam web www.jnf.com, dilaporkan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok dan projek-projek lain.JIka benar seperti dilaporkan,maka sahlah bahawasanya yahudi ini sememangnya mengakui kebenaran Islam tetapi tetap terus menentang Islam.

TAHUKAH ANDA

TAZKIRAH

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Is-lam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

Muka 3

Page 4: club - iium.edu.my · Renungan 4 Bersama Ketua Biro Rehlah dan Riadah 5 Peranan Saf Dalam Solat 6 ... Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tan-da2nya: 1) Merahsiakan ibadahnya

BACA SAMPAI HABIS BANYAK MANFAATNYA Umpamanya; 1) Dari bujang, kahwin No 1, no.2, No 3, dan lain-lain. 2) Dari pakai kapcai, kancil, Honda, BMWnye. 3) Badminton, Tennis, Golf. 4) Rumah sewa rumah murah teres bunglow 5) Supervisor, engineer, manager, GM 6) Tv 14', 21", 42", Home theatre 7) Port dickson Langkawi Bangkok New York.. 8) Mancing parit kolam bayar laut dalam (sewa bot mewah) Dalam semua segi kita mahu kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour TETAPI... KITA JUGA LUPA... SEMAKIN BANYAK KITA KE-CAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA.... DITAKUTI SE-MAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SE-MUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBE-RIAN TUHAN..."ON LOAN"... SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVI-SION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUK-KAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH "PERSEDIAN UNTUK MATI" Umpamanya 1) Tak sembahyang pastikan solat jadikan amalan. 2) Banyak maksiat tinggalkan/kurangkan hapuskan 3) New York madinah mekah 4) Sedekah RM1.00 RM10.00 RM100.00. 5) Solat sorang berjemaah solat di surau/masjid. 6) 5 jam sehari menonton TV, 3 jam TV & 2 jam

majlis ILMU. 7) 3 jam baca akhbar/majalah/internet 2 jam ma-

jalah/akhbar/internet & 1 jam membaca AL-QURAN /selawat , zikir.

8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT. Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL IMPROVEMENT banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan. Contohnye: Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi

beransur-ansur hilang waktu (kerja lagi penting....dari solat) Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE/DISCO sekarang.. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan kita dan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi sama-samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

9) Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun.. Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan... dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita bera-mal selama lebih kurang 40~50 tahun demi un-tuk mendapat balasan Syurga untuk selama-nya..lama.......lamanya.......infiniti... Semoga Allah terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat. 1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin. 2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus. 3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Sy-urga Illiyyina. 4. Roh para shuhada berterban-gan seperti burung disyurga mengikut kehen-dak mereka. 5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. 6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik (wangi). 7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat." Telah bersabda Rasullullah S.A.W: "Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tan-gannya oleh para malaikat pada hari mereka ke-luar dari kuburnya:- 1. Orang-orang yang mati syahid. 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bu-lan Ramadhan. 3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Renungan

KELUARAN 12/06 Page 4

Page 5: club - iium.edu.my · Renungan 4 Bersama Ketua Biro Rehlah dan Riadah 5 Peranan Saf Dalam Solat 6 ... Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tan-da2nya: 1) Merahsiakan ibadahnya

Biro Perhubungan dan Penerbitan

Kelab Kebajikan Kakitangan

9.Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau bi-natang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat. Insyallah.

1.Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap di-baca, Anda mendapatkan hasanah. 2.Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah. 3.Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang. 4.Bantu mendidik seorang anak. 5.Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah. 6.Berkongsi CD Quran atau Do'a. 7.Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid. 8.Tempatkan pendingin air di tempat umum.

Phone: 03-77803216 Fax: 03-79571006

Sedekah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir!

BERSAMA KETUA BIRO REHLAH & RIADAH (WANITA) Nama: Nor Rohaida Mohamed No staff: 2643 Jawatan di UIA: Pegawai Sistem Maklumat Jawatan di Kelab: Ketua Biro Rehlah &Riadah Wanita Alamat : No 32 Jalan Nova U5/75C Subang Bestari 40150 Shah Alam Selangor Berapa lama jadi ahli kelab: 4 tahun Tarikh Lahir : 31 May 1973 Tempat lahir : Kg Bukit Lada Temerloh Pahang Email : [email protected] Berapa cahaya mata: - 2 orang

1) Muhammad Aidan Shahril 2) Nur Adnin Sufiya Harapan terhadap kelab:

Kenangan manis bersama kelab : Kenangan pahit bersama kelab: Cadangan kepada Kelab:

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.

a.w.bersabda,

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Hubungi kami sekiranya perlu berkenaan Kelab

Kebajikan kakitangan Pusat Matrikulasi UIAM.

Kepada sesiapa yang ingin melihat gambar aktiviti kelab bolehlah melayari laman web

kelab di bahagian galeri

Page 5 KELUARAN 12/06

Page 6: club - iium.edu.my · Renungan 4 Bersama Ketua Biro Rehlah dan Riadah 5 Peranan Saf Dalam Solat 6 ... Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tan-da2nya: 1) Merahsiakan ibadahnya

PERANAN SAF DALAM SOLAT KALIMAT yang sering kita dengar dari mulut imam sebelum memulakan solat adalah "Luruskan saf (barisan dalam solat berjemaah)" atau "Rapatkan saf". Namun berapa ramai yang benar-benar mengikuti arahan imam tersebut? Berapa ramai yang mengetahui apa maknanya meluruskan saf mengikut sunah Rasulullah s.a.w. yang sahih? Para ulama sepakat bahawa saf pertama adalah saf terbaik dan besar keutamaannya bagi jemaah lelaki dalam bersolat. Manakala bagi saf jemaah perem-puan, saf paling utama adalah saf paling akhir sekali. Ia sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah : Sebaik-baik saf barisan lelaki yang paling depan, dan yang terburuk ialah yang paling belakang, dan sebaik-baik barisan perempuan yang terakhir, dan yang terburuk ialah yang paling depan. (Riwayat Muslim) Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan Abu Hurairah: Andaikata manusia mengetahui apa yang ada di dalam panggilan azan dan memenuhi saf paling depan, kemudian mereka tidak berjaya mendapatkannya (saf paling depan itu) kecuali jika mereka berlumba untuk mendapatkannya, pasti mereka akan berlumba. (Riwayat Bukhari). Disebut juga di dalam hadis Rasulullah s.a.w. bahawa saf di sebelah kanan mempunyai lebih keutamaan berbanding saf di sebelah kiri. Daripada Aishah r.a. berkata bahawa Rasu-lullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat terhadap orang yang berada di saf sebelah kanan. (Riwayat Ibnu Majah) Di antara fadilat solat di saf pertama: 1) Menjaga kesempurnaan saf pertama sama seperti saf-nya para malaikat. Riwayat Jabir bin Samurah yang berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: ''Tidakkah kamu berbaris sebagaimana saf para malaikat di sisi Tuhan-Nya?'' Kami bertanya: "Ya Rasulullah, bagaimanakah saf mereka di depan Tu-han?" Jawab Nabi: "Menyempurnakan barisan pertama dan rapat benar dalam barisan." (Riwayat Muslim) Daripada hadis di atas dapat kita fahami bahawa mereka yang memenuhi saf paling depan ketika solat adalah sama dengan saf para malaikat yang sentiasa menjaga kesempurnaan saf mereka dan saf para malaikat ini hampir dengan Allah s.w.t. Dari sini boleh kita katakan bahawa mereka yang berada di saf paling hadapan adalah orang yang paling hampir dengan Allah dan lebih mudah memperoleh rahmat-Nya. 2) Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada mereka yang berada di saf-saf paling hadapan. Daripada Abu Umamah berkata bahawa Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama." Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, bagaimana dengan saf kedua." Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf per-tama." Para sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimana dengan saf kedua." Rasulullah menjawab: "Ya, juga saf kedua." (Riwayat Ahmad). Selawat Menurut Dr. Fadhal Ilahi, makna selawat Allah atas mereka (yang berada di saf per-tama) adalah seperti yang dikatakan oleh Imam ar-Raghib al-Asfahani, iaitu: "Tazkiyah (Penyucian daripada dosa-dosa) ter-hadap mereka." Selawatnya para malaikat pula: "Iaitu berbentuk doa dan permohonan keampunan." Alangkah beruntungnya sesiapa yang mendapat tazkiyah daripada Allah dan doa pengampunan daripada para malaikat. 3) Rasulullah memohon keampunan buat mereka di saf pertama sebanyak tiga kali. Daripada 'Irbadh bin Sariyah bahawa Rasulullah memohon keampunan bagi mereka yang berada di saf pertama tiga kali dan untuk saf kedua hanya sekali. (Riwayat Ibnu Majah). Alangkah bahagia sekiranya orang yang paling mulia di atas muka bumi ini memohon keampunan untuk kita. Demikianlah beberapa keutamaan saf paling hadapan di dalam solat berjemaah. Yang amat dikesalkan terdapat ramai di antara kita yang tidak lagi memberi perhatian terhadap keutamaan-keutamaan ini. Umat Islam di Malaysia seakan-akan tidak ghairah mere-but saf pertama. Mereka lebih memilih untuk mendapatkan tempat yang membolehkan mereka bersandar dengan selesa seperti di tiang-tiang atau di dinding masjid, berdekatan dengan kipas dan pintu supaya dapat cepat keluar setelah selesai bersolat. Ada pula yang datang awal ke masjid tetapi berborak dahulu di luar masjid sambil menghisap rokok. Alangkah ruginya mereka ini. Sesungguhnya Rasulullah menyatakan bahawa sesiapa yang secara sengaja memenuhi saf belakang, maka Allah akan membelakangkan mereka. Daripada Abu Sa'id al-Khudri bahawa Rasulullah melihat ada sebahagian saha-batnya yang tidak mahu maju ke saf pertama, maka baginda bersabda: Majulah dan ikutilah saya, sedangkan orang-orang di belakang harus mengikutimu pula! Sesuatu kaum yang selalu suka di belakang, tentu akan dibelakangkan pula oleh Allah. (Riwayat Muslim). Adakah kerugian yang lebih besar daripada kerugian dibelakangkan oleh Allah? Oleh itu datanglah awal ke masjid untuk solat berjemaah dan rebutlah saf pertama. PERANAN IMAM Rasulullah sebelum memulakan solat, akan memastikan makmum di belakangnya meluruskan saf terlebih dahulu. Anas bin Malik berkata, ketika telah iqamah untuk solat, Rasulullah menghadap kepada kami dengan wajahnya seraya bersabda: Luruskan saf dan rapatkanlah kerana sesung-guhnya aku melihat kalian dari belakangku. (Riwayat Bukhari) Kebiasaan yang kita lihat di masjid-masjid, para imam hanya melaungkan "luruskan saf", "luruskan saf" tanpa melihat jemaah di belakang sama ada mereka mematuhi perintahnya atau tidak. Mereka seperti hanya melepaskan batuk di tangga. Sedangkan Rasulullah akan menghadap para makmum dan memastikan arahan meluruskan saf benar-benar dilaksanakan oleh para sahabat. Malah ada riwayat yang menyatakan Baginda pergi ke setiap barisan untuk melihat sama ada saf benar-benar telah lurus sebelum memulakan solat. Daripada Al-bara' bin 'Aazib berkata: Adalah Rasulullah memasuki celah-celah barisan (saf) sambil mengusap dada dan bahu kami. (Riwayat Abu Daud). Pada zaman Umar al-Khattab pula, beliau mewakilkan tugas meluruskan saf kepada seseorang. Beliau tidak akan bertakbir (memulakan solat) sehingga orang yang membantunya dalam meluruskan saf itu memberitahu bahawa saf telah benar-benar lurus. Begitu juga dengan Uthman al-Affan dan Ali bin Abu Talib, mereka berdua bersepakat melaku-kan apa yang telah dilakukan oleh Umar. Dulu, Ali selalu mengatakan: "Maju wahai si fulan! Mundur sedikit wahai si fu-lan!" Penulis menyarankan para imam masjid-masjid di Malaysia agar memerhatikan perkara ini dengan penuh teliti supaya amalan mereka selari dengan sunah Nabi dan Khulafa' ar-Rasyidin. CARA MELURUSKAN SAF Meluruskan saf dalam solat berjemaah merupakan sunah Nabi s.a.w. Malah ada ulama yang memandang penyempurnaan saf dalam solat adalah wajib. Menurut Syaikh Muhammad Nashiruddeen al-Albani: ''Mendirikan dan meluruskan saf hukumnya wajib kerana ter-

Page KELUARAN 12/06

Page 7: club - iium.edu.my · Renungan 4 Bersama Ketua Biro Rehlah dan Riadah 5 Peranan Saf Dalam Solat 6 ... Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tan-da2nya: 1) Merahsiakan ibadahnya

dapat perintah yang berasal daripada Rasulullah. Kalimat perintah itu pada asalnya bererti wajib, kecuali ada qarinah (petunjuk lain) yang mengalihkan daripada pengertian wajib tersebut. Namun, terlalu sedikit di kalangan masyarakat kita yang mengamalkannya. Pada tanggapan mereka kesempurnaan saf hanyalah dengan mempastikan barisan solat itu lurus. Sebenarnya ada beberapa perkara lain yang juga telah diperintahkan oleh Rasulullah berkaitan kesempurnaan saf: 1. Mera-patkan bahu dengan bahu orang yang solat bersebelahan dengannya. 2. Merapatkan lutut dengan lutut orang yang solat bersebelahan dengannya. 3. Merapatkan buku lali dengan buku lali orang yang solat bersebelahan dengannya. Hanya den-gan mempraktikkan perkara-perkara di atas barulah tercapai kesempurnaan saf dalam solat berjemaah dalam erti kata se-benar. Hadis-hadis berkaitan dengan perkara di atas adalah seperti berikut: * Daripada Nu'man bin Bashir berkata: "Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut sauda-ranya dan melekatkan mata kakinya (buku lali) dengan mata kaki saudaranya." (Riwayat Abu Daud). * Daripada Anas bin Malik daripada Nabi s.a.w. bersabda: (Pada waktu solat) setiap kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan tela-pak kakinya (buku lali) dengan telapak kaki saudaranya. (Riwayat Bukhari). Sunah Nabi s.a.w. ini seakan-akan sudah len-yap dari masjid-masjid di Malaysia. Penulis pernah cuba mempraktikkan sunah ini dalam solat berjemaah di beberapa mas-jid, namun hasilnya amat mengecewakan. Ramai dari kalangan jemaah akan menjauhkan buku lali dan lutut masing-masing ketika penulis cuba merapatkan saf tersebut. Mereka seolah-olah tidak selesa merapatkan dan meluruskan saf dengan cara begini. Namun begitu kita sebenarnya tidak boleh menyalahkan mereka kerana sunah ini memang tidak disebarkan secara meluas di Malaysia, apalagi untuk dipraktikkan. Penulis yakin sekiranya sunah ini diajar secara meluas di dalam kelas-kelas atau kitab-kitab fardu ain nescaya ia akan diamalkan di seluruh masjid di Malaysia. HIKMAH MERAPATKAN SAF 1. Ia merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kesempurnaan solat. Sabda Rasulullah: Luruskan saf kamu, kerana me-luruskan saf merupakan sebahagian kesempurnaan solat. (Riwayat Muslim). 2. Ia adalah faktor yang boleh menyatukan hati umat Islam. Sabda Rasulullah: Luruskan saf solat kamu dan janganlah kamu bercerai-berai (dalam mendirikan saf), akan tercera-berai hati kamu. (Riwayat Muslim). Sabda Baginda lagi: Tegakkanlah saf-saf kamu sekalian sebanyak tiga kali, demi Allah (kamu diperintah agar) merapatkan/meluruskan saf-saf kamu, atau Allah akan mencerai-beraikan hati kamu. (Riwayat Abu Daud). Menurut Syaikh Abu Ubaidah Masyhur: ''Dalam perintah meluruskan dan merapatkan saf merupakan unsur pendekat jiwa yang akan menjalinkan hubungan persaudaraan dan keinginan saling menolong. Bagaimana tidak! Bu-kankah bahu si miskin berhimpitan dengan bahu si konglomerat, kaki si kuat melekat dengan kaki si lemah. Dan semuanya berada dalam satu saf, bagaikan bangunan yang tersusun sangat rapat. 3. Ia dapat menghindari gangguan syaitan ke atas orang yang bersolat. Sabda Rasulullah: Rapatkanlah saf kamu sekalian, dekatkanlah antara saf, tegakkanlah tengkuk kamu. Demi Zat yang jiwaku berada dalam genggaman Tangan-Nya, sesungguhnya aku melihat syaitan menyusup di celah-celah saf seperti anak kambing. (Riwayat Abu Daud). 4. Allah mencintai mereka yang menyempurnakan saf. Sabda Rasulullah: Tidak ada suatu langkah yang sangat dicintai oleh Allah daripada langkah seseorang hamba untuk menyambung (menyempurnakan) saf (dalam solat). (Riwayat Abu Daud). 5. Ganjaran pahala yang besar bagi mereka yang menyempurna-kan saf di dalam solatnya. Rasulullah bersabda: Orang yang paling baik di antara kalian adalah seseorang yang paling lem-but bahunya di dalam solat, tidak ada suatu langkah yang pahalanya lebih besar daripada langkah seseorang yang melang-kah untuk menutup celah dalam saf. (Riwayat Thabrani). 6. Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi segala pen-ghormatan dan kebaikan) kepada mereka yang menyempurnakan saf dalam solat. Sabda Rasulullah : Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama. Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, bagaimana dengan yang kedua." Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama. Para sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimana dengan yang kedua." Rasulullah menjawab: Ya, juga bagi saf kedua. (Riwayat Ahmad). Sayang sekali sunah-sunah berkaitan dengan saf ini telah dilalaikan dan diambil mudah oleh masyarakat Islam bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Apa yang ingin penulis sarankan di sini adalah agar sunah meluruskan dan merapatkan saf ini dihidupkan semula, terutamanya oleh para imam di masjid-masjid seluruh Malaysia. Para imam hendaklah bersungguh-sungguh mengerjakan sunah ini dan mengajak mereka yang bersolat di belakang melaksanakannya. Sabda Rasulullah s.a.w mengingatkan: Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat. (Riwayat Bukhari).

Page 7 KELUARAN 12/06

Page 8: club - iium.edu.my · Renungan 4 Bersama Ketua Biro Rehlah dan Riadah 5 Peranan Saf Dalam Solat 6 ... Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tan-da2nya: 1) Merahsiakan ibadahnya

10 Muharam digalak raikan keluarga, anak yatim APABILA tiba 10 Muharam, kita seharusnya sudah bersiap untuk melakukan beberapa amalan yang sangat dituntut. Amalan ini akan diberi ganjaran besar oleh Allah. Rasulullah saw sendiri, apabila tiba tarikh 10 Muharam, memperbanyakkan bersyukur kepada Allah dan tidak lupa untuk berpuasa sunat kerana Baginda menyedari kebesaran 10 Muharam itu. Antara amalan yang digalak pada tarikh itu ialah: 1. Melapangkan masa dan berbelanja untuk anak dan isteri. Fadilatnya ialah Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun berkenaan. 2. Memuliakan fakir miskin. Allah akan melapangkan diri ketika dalam kubur nanti. 3. Menahan marah. Pada akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang diredai-Nya. 4. Menunjukkan orang sesat. Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya. 5. Menyapu dan mengusap kepala anak yatim. Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut yang disapu. 6. Bersedekah. Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti daripada kecil hingga mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia. 7. Memelihara kehormatan diri. Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan. 8. Mandi sunat as-Syura. Lafaz niat: “Saja aku mandi sunat hari as-Syura kerana Allah.” 9 Membaca surah al-Ikhlas seribu kali. Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat pada akhirat nanti. 10 Sembahyang sunat empat rakaat. Allah akan mengampunkan dosanya walau berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Niatnya: “Saja aku sembahyang sunat hari as-Syura empat rakaat kerana Allah.” Pada rakaat pertama dan kedua, selepas membaca surah al-Fatihah, dibaca surah al-Ikhlas sebanyak 11 kali. Disudahi dengan doa as-Syura yang bermaksud: “Maha Suci Allah sepenuh timbangan, sejauh ilmu sebanyak keredaan, setimbang arasy, tidak ada tempat berlepas dan bersandar selain Allah, kecuali kepada-Nya. “Maha Suci Allah, sebanyak yang tunggal dan yang sejodoh, sebanyak kalimah yang sempurna semuanya. Aku mohon keselamatan pada-Mu dengan rahmat-Mu, wahai (Allah) yang Maha Penyayang. “Tidak ada yang kuat dan yang berkuasa kecuali Allah yang Maha Tinggi Lagi Besar. Cukuplah Engkau tempatku berpegang. Engkau sebaik-baik tempatku, dan tempatku memohon pertolongan.” l Berpuasa. Niatnya: “Saja aku berpuasa esok hari sunat hari as-Syura kerana Allah.” Rasulullah, ketika ditanya mengenai hikmah berpuasa as-Syura, menjawab: “Ia (puasa as-Syura) menebus dosa tahun yang lalu.” Dosa yang dimaksudkan di sini ialah dosa kecil. Sekiranya seseorang itu tidak berdosa kecil, dosa besarnya akan diringankan. Kalau dia tidak berdosa besar, darjatnya akan ditingkatkan. Pada hari as-Syura, seseorang itu digalak memperbanyakkan amalan kebajikan dan sedekah untuk kaum keluarga, anak yatim dan fakir miskin, tanpa memberatkan diri. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Barang siapa memperbanyakkan pemberian terhadap keluarganya (mereka yang wajib ditanggung nafkahnya), juga ahlinya pada hari as-Syura, nescaya Allah akan memperbanyakkan pemberiannya untuk sepanjang tahun.” 2. Menjamu orang berbuka puasa. Diberi pahala seperti memberi orang Islam lain berbuka puasa. wallahualam.....

KELUARAN 12/06 Page 8