cjua

Upload: kelabk

Post on 06-Apr-2018

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 CJUA

    1/70

    Areila Sahimi

    1

    ARISSA berjalan menonong

    masuk ke dalam bank. Keadaan

    lengang sedikit. Mungkin sudah

    merapati waktu rehat, maka orang ramai lebih menumpukan

    perhatian pada gerai-gerai makan daripada berurusan di bank.

    Makan lebih penting, kan?

    Semua kakitangan di dalam pejabat ini memandang

    Arissa dengan pelik. Arissa buat tidak tahu. Janji dia masih

    ada sebatang hidung yang masih tegak di tengah muka dan

    bukannya sudah berganti dengan belalai gajah. Dia datang kesini semata-mata untuk berjumpa pegawai yang bernama

    Khairil Izlan itu. Ada perkara yang perlu dia buat perhitungan

    dengan lelaki itu. Yang pastinya bukan soal loan peribadi

    yang ingin dibincangkan dengan pegawai bank tersebut. Dia

    terus menghampiri kaunter nombor 1 yang kosong.

    Khairil Izlan ada? Dia bertanya.

    Juruwang yang sedang menambah satu lapis lagi

    ketebalan solekannya dengan bedak kompak Miyami

    memandang ke arah Arissa. Bedak kompaknya itu ditutup

    Bab 1

  • 8/2/2019 CJUA

    2/70

    Calon Jodoh Untuk Adik

    2

    dan diletak ke tepi. Wajahnya tersipu-sipu malu apabila Arissa

    menerjah kaunternya ketika dia sedang bersolek. Cik nak

    berjumpa dengan Encik Khairil untuk apa, ya? Berkenaan

    pinjaman atau

    Saya kawan lama Khairil Izlan. Kami satu sekolah.

    Saya nak berjumpa dengan dia. Arissa laju mencelah.

    Juruwang yang memakai tag nama Hazean itu

    mengangguk-angguk.

    Eh. Itu dia Encik Khairil Izlan. Juruwang itu

    menunjuk ke arah seorang lelaki yang kemas berkemeja

    lengan panjang dan dasi menjerut di leher.

    Juruwang tersebut pergi ke arah lelaki itu.

    Encik Izlan, kawan lama encik nak jumpa. Katanya

    satu sekolah. Telunjuknya dituding ke arah Arissa yang

    bertocang kuda dan agak serabai sedikit penampilannya.

    Arissa memandang sahaja lelaki itu dari jauh. Dan

    lelaki itu turut sama memandangnya. Arissa rasa sekarang

    lelaki itu sedang meneliti penampilan dirinya. Agaknyalah.

    Biasa kalau ada orang memandangnya dengan pandangan

    tidak berkelip adalah kerana mereka begitu kagum dengan

    matanya yang dihiasi kelilingnya dengan celak berwarna

    hitam. Ataupun lelaki itu sedang melihat kekusutan sang

    patah hati ini!

    Khairil Izlan merapati kawan lamanya itu. Ah,

    sejak bila pula di sekolahnya dahulu punya pelajar

    perempuan? Setahunya pelajar MCKK semuanya lelaki. Mak

    cik kantin adalah. Mungkin juga ada antara rakan sekolah

    yang mengalami krisis gender. Barangkali.

    Hai. Khairil Izlan menegur. Seperti biasa dia pasti

    akan bersikap mesra dengan sesiapa sahaja yang datang ke

    bank ini.

  • 8/2/2019 CJUA

    3/70

    Areila Sahimi

    3

    Arissa merenung tajam lelaki ini. Keningnya

    terangkat sebelah.

    Jadi ini Khairil Izlan. Bibirnya menutur nama

    lelaki yang sudah berdiri di hadapannya itu.

    Khairil Izlan sekadar mengangguk sebelum

    menjawab dengan mesra. Ya.And you?

    Sa

    Baru sahaja Arissa mahu membuka mulut KhairilIzlan lebih cepat mencelah.

    Lunch hour. Apa kata kita pergi makan bersama,

    pelawa Khairil Izlan seterusnya menunjukkan jam di

    pergelangan tangan kepada gadis tersebut. Sesungguhnya

    mendengar suara lunak itu membuatkannya yakin yang ini

    perempuan tulen. Bukan luaran sahaja nampak macam

    Madhuri Dixit tetapi bila bercakap keluar suara garau yangparau.

    Arissa menimbang. Dia lihat jam di tangan kirinya

    pula. Memang waktu makan tengah hari. Dahinya berkerut

    untuk menerima pelawaan lelaki ini. Akan tetapi masakan dia

    perlu membincangkan soal peribadi di tengah-tengah

    Maybank? Dia mengangguk jua. Mengikut lelaki itu pergi ke

    kedai mamak yang terletak sederet dengan Maybank ini.

    Gerai mamak yang terletak di hujung sekali. Hanya selang

    empat lot kedai sahaja.

    Saya ada perkara nak bercakap dengan awak.

    Arissa memulakan sebaik sahaja selesai membuat pesanan

    kepadamamat Indonesia yang mukanya sipi-sipi menyerupai

    aktor seberang yang bernama Dude Herlino. Oh. Dia rasapelik sekejap. Seorang warga Indonesia bekerja di kedai

    mamak. Pelik. Pertama kali dia berjumpa kes sebegini. Jika

    dia khabarkan pada teman serumahnya yang sangat anatik

  • 8/2/2019 CJUA

    4/70

    Calon Jodoh Untuk Adik

    4

    dengan pelakon itu, pasti hari-hari dia akan diajak makan ke

    sini. Percayalah. Kerana ianya benar.

    Berkenaan denganpersonalloan ke? Khairil Izlan

    bertanya. Tali leher yang menjerut di leher dilonggarkan.

    Lengan kemeja yang panjang disentengkan separuh agar

    kuah kari kepala ikan yang menjadi idamannya sejak pagi tadi

    tidak terkena baju.

    Arissa okus kembali tentang tujuan asalnya ke sini.

    Khairil Izlan dipandangnya. Arissa ke sini untukmembincangkan berkenaan hal dia, Khairil Izlan, Azizi dan

    dot-dot-dot (dia telah berjanji dengan dirinya yang dia tidak

    mahu menyebut nama yang terakhir itu). Bukannya mahu

    memancing Dude Herlino itu ataupun tentang pinjaman

    peribadi. Oh. Sungguh matanya tidak berkelip memandang

    sekali lagi ke muka jejaka Indonesia itu ketika dia

    menghantar teh tarik dan Nescae ais di meja sebelah.

    Arissa jakun! Sungguh tasteless!!!!

    Apa semua orang yang nak berjumpa dengan awak

    mahu membincangkan soal pinjaman ke? Arissa menyoal

    Khairil Izlan kembali. Tadi juruwang bertanya hal yang sama

    juga padanya.

    Secara kebetulan, bank kami sekarang membuat

    promosi untuk kakitangan kerajaan. Jika buat pinjaman

    peribadi RM10,000 dan ke atas, interestnya akan jadi rendah.

    Tapi kena buat minimum sepuluh tahun. Buat pengetahuan

    cik, bank kami menawarkan kadar interest paling rendah jika

    dibandingkan dengan bank-bank lain yang ada di Malaysia.

    Khairil Izlan memberi penerangan yang panjang lebar.

    Walaupun dia tidak akan mendapat sebarang

    komisen jika gadis ini bersetuju untuk membuat pinjaman

    dengan bank tempat dia bekerja, tetapi apa salahnya dia

  • 8/2/2019 CJUA

    5/70

    Areila Sahimi

    5

    membantu majikannya untuk menambah pelanggan baru.

    Paling tidak dia boleh tolakkan gadis ini kepada Azwan, yang

    bertugas sebagaisales person di bahagian pinjaman.

    Arissa menggaru tepi telinga apabila mendengar

    penerangan yang tidak dia pinta itu. Kenapa ya, sekarang

    sikit-sikit orang akan bercakap tentang pinjaman peribadi.

    Hendak besarkan rumah pun buat pinjaman peribadi. Hendak

    kahwin pun pakai pinjaman peribadi juga. Sampai masuk ke

    bank pun benda pertama yang mereka bertanya pun adalahtentang pinjaman peribadi.

    Minta maaah Encik Khairil Izlan. Sengaja Arissa

    menyebut nama penuh lelaki itu. Buat masa sekarang saya

    belum berminat untuk membuat sebarang bentuk pinjaman

    dengan bank tempat awak bekerja. Saya penganggur, bukan

    kakitangan kerajaan. Payslip pun takde, pasti sebelum apa-

    apa... borang saya itu akan dibuang ke dalam tong sampah.

    Saya nak bincangkan soal lain yang langsung tidak ada kena-

    mengena dengan urusan bank.

    Sekali lagi okusnya hilang apabila Dude Herlino

    itu menghantar pesanan mereka pula.

    Aduh! Benaran! Dia benar-benar mirip Dude

    Herlino. Suhaila tidak patut tahu daya penarik yang ada dikedai mamak ini. Arissa tidak lalu jika diajak makan kedai

    mamak hari-hari. Mulut, tolong jangan bukak cerita apabila

    pulang ke rumah nanti. Dia berpesan pada mulutnya sendiri

    yang kadang-kadang terlalu lancang untuk bercerita.

    Tambah-tambah dengan cerita sensasi yang membuatkan dia

    teruja untuk mengkhabarkan pada seluruh dunia.

    Soal lain? Soal apa? Khairil Izlan bertanya dengan

    ketawa kecil. Dia rasa si gadis yang tidak tahu apa namanya

    ini sedang cuba mengurat dia. Maklumlah, ada sahaja

  • 8/2/2019 CJUA

    6/70

    Calon Jodoh Untuk Adik

    6

    pelanggan di bank yang selalu bermain mata dengannya acap

    kali dia pergi memeriksa di kaunter hadapan.

    Arissa menaikkan kening apabila melihat Khairil

    Izlan sedang enak tertawa tanpa tahu apa sebab musababnya.

    Dia berasa sangat hairan dengan sikap lelaki itu. Dia ini

    manusia spesies apa? Datangnya dari planet mana? Benaknya

    menyoal. Arissa sendiri hidup tidak keruan, lelaki itu boleh

    pula bersenang-lenang makan nasi kandar bersama kari

    kepala ikan merah dan bendi rebus kunyit dengan lahapnya.Lantas dia keluarkan sekeping kad dari dalam beg

    sandangnya. Kad yang penuh dengan kesan renyuk

    sepertimana renyuknya hati dia saat membaca isi kandungan

    kad tersebut. Kad itu dia lempar di depan Khairil Izlan yang

    rakus pula meneguk teh tarik yang berasap. Okey. Arissa

    hairan lagi. Lidah lelaki ini spesies lidah biawak apa? Tahan

    panas. Tidak melecur meneguk teh tarik dengan cara

    sebegitu. Huh!

    Khairil Izlan merenung wajah Arissa. Mungkin agak

    terpanar dengan sikap kurang ajar Arissa yang melempar kad

    undangan perkahwinan berwarna merah jambu itu di

    hadapannya ketika dia sedang makan.

    What is this? soal Khairil Izlan yang masihbersahaja. Walaupun dia kurang senang dengan budak-

    ponteng-kelas-tatasusila ini, bercakap kasar dengan

    perempuan bukanlah caranya. Seorang lelaki perlu bersikap

    gentleman dan berbahasa manis di hadapan setiap perempuan

    jika mahu dilabel sebagai lelaki Melayu terakhir.

    Arissa ternganga. Lelaki ini sedang berlagak maco

    atau memang jenis manusia tidak punya hati dan perasaan?

    Ataupun lelaki ini memang sedang menanggung duka

    sengsara di atas suatu perpisahan tetapi terpaksa

  • 8/2/2019 CJUA

    7/70

    Areila Sahimi

    7

    membekukan hati agar boleh menikmati hidup ini dengan

    gembira. Sedangkan Arissa, masih lagi rust menonggeng!

    Terfkir-fkir dia sendiri.

    Encik Khairil, cuba baca siapa nama pengantin

    perempuan yang tertulis pada kad itu.

    Arissa meminta Khairil Izlan membaca nama yang

    dicetak dengan menggunakan warna keemasan di atas kad

    berwarna merah jambu itu.

    Arissa mendengar Khairil Izlan membaca perlahan.

    Tapi wajahnya tetap beriak selamba. Arissa tetap mengharap

    ekspresinya itu berubah. Arissa memberinya sedikit masa.

    Mungkin seorang lelaki perlu mengambil masa sedikit dan

    menarik naas dalam-dalam sebelum mengeluarkan ekspresi

    sebenarnya.

    Selang beberapa minit penantiannya hampa belaka.Arissa merenung tunak ke wajah Khairil Izlan. Dia langsung

    tidak menunjukkan sebarang tanda mahu mengamuk, atau

    paling kurang pun sekadar menumbuk meja apabila nama

    bakal pengantin perempuan itu ada kena-mengena dengan

    dirinya.

    Tetapi dia kembali meratah kepala ikan merah

    sehingga berterabur tulang-tulang ikan tersebut di dalam

    pinggan nasinya yang telah licin.

    Encik Khairil Izlan, inikan kekasih awak.

    Arissa cuba memberitahu kebenaran yang memang

    sudah jelas di depan mata kepadanya.

    Owh kami sudah putus lima bulan yang lepas.

    Jadi secara automatik dia adalah bekas kekasih saya, jawab

    Khairil Izlan mudah.

    Arissa mengerutkan dahi. Melihat sahaja Khairil

  • 8/2/2019 CJUA

    8/70

    Calon Jodoh Untuk Adik

    8

    Izlan yang ke singki untuk mencuci tangannya dan

    mengambil tisu di kaunter. Kemudian masih memandang

    lelaki itu yang kembali ke meja mereka.

    Setelah Khairil Izlan kembali duduk dan selesai

    menyedut teh tariknya Arissa menyambung semula. Okey.

    Lima bulan yang lepas dia kekasih Encik Khairil Izlan.

    Takkan Encik Khairil Izlan tak rasa apa-apa bila selepas lima

    bulan menjadi bekas kekasih encik, sekarang ini dia sudah

    mahu berkahwin dengan lelaki lain.Khairil Izlan mengerut dahi apabila gadis ini benar-

    benar menunjuk minat yang amat sangat tentang manusia

    yang tercatat namanya pada kad perkahwinan ini.

    Cik ni siapa? Sudahlah datang macam mahu

    menyerang saya, sekarang mahu soal selidik saya. Ejen FBI

    atau pasukan Gerak Khas ke cik ini? Dia menyoal sinis.Badannya disandar di belakang kerusi sambil tangan

    memeluk tubuh dan mata masih merenung ke wajah gadis

    genit ini.

    Arissa membulatkan mata. Jika niat lelaki ini untuk

    bercanda, minta maa banyak-banyak kerana sejak dia putus

    dengan Azizi dengan siapa-siapa pun dia sudah hilang mood

    mahu bergurau senda. Suhaila sendiri sudah merungutkerana sudah lama tidak mendengar lawak bodohnya yang

    bisa membuatkan rumah sewa mereka itu menjadi gamat. Ya,

    sebelum ini dia memang juara dalam bab bergurau senda dan

    menjadi mak cik lawak walaupun dia tidak dapat meneruskan

    uji bakat Raja Lawak musim kedua kerana sewaktu itu dia

    kelu tidak dapat berkata apa-apa apabila melihat Adlin

    Shauki yang besarnya berganda daripada dalam televisyen.

    Buat pengetahuan awak, saya adalah bekas kekasih

    bakal pengantin lelaki dalam kad tu.

  • 8/2/2019 CJUA

    9/70

    Areila Sahimi

    9

    Arissa berkata geram. Memberitahu siapa dia yang

    sebenarnya.

    Khairil Izlan ketawa kecil.

    Owh. Dia mengangguk-angguk.

    Azizi? Dia menyoal. Kad tadi dilempar lembut ke

    arah Arissa semula. So?

    Encik Khairil Izlan, sebab awak tak pandai menjaga

    kekasih awak dulu tu la kekasih awak tu boleh mencarasboyriendsaya.

    Kata-kata Arissa mula menjadi lebih kasar. Kad itu

    dia ambil dan memasukkannya ke dalam beg.

    Wajah Khairil Izlan berkerut. Cuba mentasir

    maksud gadis ini.

    Maksud awak tu apa? Dia mengajukan soalan.Arissa tepuk dahi.

    Awak nikan nak kata bengap tapi jawatan tinggi

    dekat dalam bank tu. Takkan awak tak aham? Kalau awak

    jagagirlriendawak dulu tu baik-baik pastilah dia tidak akan

    menggatal dengan boyriend saya. Jadi tak adalah dia nak

    mencantas jalan saya, mencaras boyriendsaya, kata Arissa

    keras tapi masih bernada terkawal. Sebagai seorang yang

    berpenampilan rock dan hati batu seperti dirinya ini dia

    harus bijak mengawal rasa marahnya. Dia tidak mahu kerana

    bercelak tebal atas bawah alis mata orang-orang di dalam

    kedai mamak ini menganggap ianya cukup sinonim dengan

    sikap panas baran selain dari berperangai setan.

    Excuse me cik adik. Awak nak menyalahkan sayapulak. Awak tu pandai ke menjaga bekas boyriendawak dulu

    tu? Kalau awak pandai jaga tak adalah dia tinggalkan awak.

    Kata Khairil Izlan cuba membalas kenyataan yang

  • 8/2/2019 CJUA

    10/70

  • 8/2/2019 CJUA

    11/70

    Areila Sahimi

    11

    ARISSA pulang ke rumah dengan

    hati yang sebal. Menyesal

    pula dia menjalankan akalnya

    untuk berjumpa dengan lelaki berhati batu yang langsung

    tidak berperasaan itu. Menyesal sangat-sangat. Masuk ke

    dalam rumah, dia lihat Suhaila sedang sibuk membantu

    perempuan kaberet itu menggubah hantaran untuk

    majlis perkahwinannya. Sengaja dia meletakkan ganti diri

    perempuan kaberet kepada Fazura. Itulah ganti diri yang

    paling sesuai untuk Fazura. Tidak kira siapa punya, semua

    mahu disapu.Boyriendteman baik sendiri pun dia sanggup

    sapu seperti di dalam dunia ini hanya Azizi sahajalah satu-

    satunya lelaki yang baik dan bertanggungjawab.

    Hai Ris. Kau baru balik? Aku ada belikan kuih

    cucur udang untuk kau. Ada atas meja. Silalah makan, tegur

    Fazura dengan berhemah. Tidak mahu ada kata-katanya terus

    menyinggung perasaan Arissa. Apatah lagi dia mahumenjernihkan hubungannya dengan Arissa setelah apa yang

    berlaku. Semua ini bukan pintanya. Jika begitulah cinta,

    bagaimana dia harus bertindak?

    Bab 2

  • 8/2/2019 CJUA

    12/70

    Calon Jodoh Untuk Adik

    12

    Arissa menghadiahkan sebuah jelingan yang maha

    tajam. Sudah kau rampas kekasih hatiku itu, sekarang mahu

    sogokkan aku dengan cucur udang pula. Ingat cucur udang

    warung Mak Tam tu boleh mengubat rasa sakit di hati? Desis

    hatinya. Dia terus berlalu tanpa menghiraukan Fazura dan

    Suhaila.

    Arissa menyampah melihat muka Fazura yang

    selalu berlagak seperti dia tidak bersalah. Macamlah cantik

    sangat mukanya itu. Owh terlupa suatu perkara yangmenjadi akta tentang Fazura. Fazura mempunyai alis mata

    yang cantik, hidung mancung dan kulit putih gebu. Dia juga

    mempunyai ketinggian yang boleh melayakkan dia untuk

    menjadi seorang model Muslimah kerana wajah persis

    keturunan Arab yang dimilikinya itu bisa membuatkan ramai

    yang tertarik. Pertama kali dia perkenalkan Azizi kepada

    Fazura (sewaktu itu mereka masih berteman baik), Aziziturut mengakui kecantikan yang ada pada Fazura. Ah! Dasar

    lelaki bermata keranjang, di hadapan Arissa sebagai

    kekasihnya waktu itu boleh pula dia memuji kecantikan

    wanita lain.

    Melihat muka Suhaila geram di hatinya menjadi

    berganda-ganda. Suhaila boleh sahaja bermuka sardin sepertitiada apa-apa yang berlaku. Ini pasti idea Suhaila mengajak

    Fazura untuk menginap semalam dua di rumah mereka

    untuk menyiapkan hantarannya.

    Pintu bilik dihempas kuat, menunjukkan protes.

    Beg sandang dihayunkan sahaja di atas tilam sebelum badan

    menghenyak tilam spring single yang sekadar dihamparkan

    di atas lantai bilik. Lengan diletak di atas dahi. Merenungsiling dengan rasa berbalam-balam. Argh!!! Bunyi suara

    Popeye dari teleon bimbit menandakan ada mesej masuk.

    Malas-malas dia mengambil beg sandangnya yang ada di

  • 8/2/2019 CJUA

    13/70

    Areila Sahimi

    13

    sebelah. Teleon bimbit dikeluarkan. Mesej yang masuk

    dibaca. Matanya membuntang. Sudah! Bala tiba. Dia buat

    tidak tahu pada mesej itu.

    Tidak berapa lama selepas itu bunyi pula irama lagu

    Kebahagiaan Dalam Perpisahan yang sememangnya cukup

    sinonim dengan jiwanya sekarang. Ini lagu tema untuk

    musim ini. Talian dijawab.

    Malaslah Kak Ina. Arissa berkata sebelum sempat

    Kak Inanya di hujung talian sana berkata apa-apa.

    Sebelum Kak Inanya menggunakan helahnya baik

    dia menolak awal-awal. Dia malas menemani Kak Inanya

    membeli-belah. Bukan dia tidak aham perangai Kak Inanya

    yang suka menyuruh dia menjaga anak-anaknya sementelah

    dia sibuk membeli-belah. Tambahan pula sekarang ini tengah

    mega sale. Dia perlu mengelakkan diri dari menjadi amahKak Inanya.

    Tolonglah Ris. Akak nak harapkan siapa tolong

    tengok-tengokkan budak-budak tu? Abang Shah belum balik

    dari Kuching lagi ni. Jomlah Ris. Pampers Gegirl dah habis,

    kata Arina penuh mengharap.

    Arissa mendengus. Itu sahajalah modal Kak Inanya.

    Menggunakan nama anak-anak saudaranya untuk

    melemahkannya.

    Akak kalau nak beli handbag Guess tu cakaplah

    nak beli handbag. Jangan cakap nak beli Pampers Gegirl

    pulak, katanya setelah menghidu taktik Kak Inanya.

    Menggunakan nama Gegirlpulak. Dia tahu, malam

    tadi telinganya sudah berbuih mendengar angan-angan KakInanya yang ingin membeli handbag Guess berwarna pink

    seperti jiran sebelah rumahnya. Kata Kak Ina, dia hanya

    menunggugreen light daripada Abang Shahrul sahaja. Pasti

  • 8/2/2019 CJUA

    14/70

    Calon Jodoh Untuk Adik

    14

    lampu sudah hijau. Sebab itu hari ini tak sempat-sempat Kak

    Inanya mahu pergi beli juga.

    Arissa mengetap bibir apabila mendengar suara Kak

    Inanya yang mengekek ketawa dari hujung talian. Kan dah

    kata dah.

    Bolehlah ya Ris. Alah duduk rumah pun bukan

    Ris buat apa. Bukan Ris ada kerja pun. Arina berkata dengan

    ketawa yang masih bersisa.

    Arissa gigit bibir bawah. Cuba menimbang-nimbang

    pelawaan Kak Inanya.

    Betul juga. Di rumah pun aku panas hati. Lebih

    baik aku ikut Kak Ina. Sekurang-kurangnya Kak Ina tidak

    lokek. Paling-paling tidak pun, aku nak suruh Kak Ina belikan

    T-shirt di Padini Authentic nanti sebagai kerelaan aku

    menjadi penjaga kepada anak-anak dia. Alah aku rasa elaun yang Abang Shahrul berikan pada Kak Ina setiap bulan tu

    masih berbaki lagi kalau setakat mahu belikan adik

    kesayangannya ini sehelai T-shirt Padini Authentic. Sehelai

    sahaja. Bukan banyak-banyak helai pun! Desis hatinya.

    Okeylah kak. Nanti Kak Ina ambil Ris okey,

    putusnya.

    Good girl. Macam inilah adik Kak Ina. Malam nanti

    tidur aje kat rumah akak. Banyak benda nak update dengan

    Ris, kata Arina.

    Okey, balas Arissa.

    Dia juga ada benda yang ingin dikemas kini dengan

    Kak Inanya. Kalau boleh dia nak abang turut sama ada.

    Senang untuk dia menceritakan kepada keduanya. Owh, ya.Mereka tidak tahu dia sudah menjanda. Menjanda tu

    maksudnya sudah putus cinta, ditinggal kekasih bukan

    ditinggal suami. Kerana itu diletakkan koma dua di atas.

  • 8/2/2019 CJUA

    15/70

    Areila Sahimi

    15

    Kalau bab shopping Kak Ina adalah manusia yang

    paling menepati waktu. Cepat sahaja Toyota Wish Abang

    Shahrul yang Kak Ina gunakan sudah berada di depan pagar

    rumah sewa Arissa. Dia bergegas turun. Di belakangnya

    sudah siap bergalas beg sandang. Dia bercadang untuk

    melepak di rumah kakaknya seminggu dua sementara Abang

    Shahrul tiada di rumah. Kalau abang iparnya yang terbaik itu

    ada di rumah, dia segan sedikit nak tidur di situ.

    Pergi mana Ris? tegur Suhaila.Keluar. Dalam rumah ni panas! Sindirnya pedas

    seraya menjeling tajam pada Fazura yang sedang terkemut-

    kemut memotong reben berwarna pink. Bencilah! Warna

    pink adalah warna impian yang ingin dia gunakan sebagai

    warna tema majlis kahwinnya dengan Azizi. Itulah yang dia

    selalu berangankan dulu. Huh.

    Suhaila menjongket bahu. Tidak mahu bercakap

    lebih panjang. Dia tahu, Arisa pasti ke rumah Kak Arina

    kerana di situlah tempat Arisa selalu melepak.

    SEPERTI yang sudah Arissa telah, inilah kerjanya apabilamengikut Kak Inanya membeli-belah. Dia akan menjaga

    anak-anak Kak Inanya yang dua orang ini. Dia tak tahu di

    kedai mana pula yang Kak Inanya nak pergi sukat. Disebabkan

    dia sudah tidak larat mengikut hala tuju Kak Inanya, dia lepak

    di dalam restoran McDonalds sahaja.

    Dia memerhati anak-anak Kak Inanya yang sedang

    bermain di dalamplaygroundyang disediakan di restoran ini.

    Mataku tidak lekang melihat kelibat mereka dari jauh.

    Memandangkan keadaan agak sesak dia perlu berhati-hati.

    Dulu pernah terjadi tragedi. Boboy hilang semasa dalam

  • 8/2/2019 CJUA

    16/70

    Calon Jodoh Untuk Adik

    16

    jagaannya di pusat membeli-belah Alamanda. Kak Inanya

    bukan main mengamuk sakan. Mujur ada insan yang

    terjumpa Boboy lalu membawa Boboy mendapatkan deejay

    yang bertugas untuk memaklumkan ada budak hilang

    melalui pembesar suara. Dan berlakulah peristiwa jejak

    kasihan di tepi kaunter deejay yang bertugas. Kak Inanya

    menangis bagai nak rak sedangkan Boboy relaks sahaja.

    Disebabkan peristiwa itu sebulan dia memboikot

    Kak Inanya, sehinggakan Abang Shahrul pula yang mainperanan sebagai tukang pujuk. Bukankah sudah dia katakan?

    Abang Shahrul adalah abang ipar yang terbaik. Sedikit pun

    dia tidak marahkan Arissa, sebaliknya isterinya yang kena

    bambu. Memang patut pun kerana jika Kak Inanya sudah

    membeli-belah, sampai terlupa anak-anak. Sibuk hendak beli

    handbag, handbagnya yang berdua ini boleh terlepas. Hari

    itu, salah dia juga kut. Kerana terpandangkan Azizi sedangberpegang tangan dengan Fazuralah membuatkan dia leka

    dalam mengawasi Boboy dan Gegirl. Hari itu jugalah, segala-

    galanya terbongkar yang selama ini mereka bermain di

    belakangnya.

    Boleh saya duduk di sini? sapa satu suara.

    Arissa mengalih pandang sebentar kepada si diayang bersuara itu. Dia lihat, seorang lelaki sedang menatang

    dulang berisi set Big Mac besar bersamanya. Dia sekadar

    mengangguk memandangkan semua meja telah penuh.

    Kotak Happy Meal Boboy dan Gegirl yang sudah kosong,

    dialihkan ke tepi. Memberi ruang untuk lelaki ini meletakkan

    dulangnya.

    Boboy! Arissa berteriak tiba-tiba apabila melihat

    ada bunga-bunga pergaduhan di antara Boboy dengan

    seorang budak lain yang berebut untuk bermain di papan

    gelongsor. Boboy yang salah. Dia nampak. Boboy yang

  • 8/2/2019 CJUA

    17/70

    Areila Sahimi

    17

    sengaja mahu menunjuk kuasa macamlah playground ini

    abah dia yang punya. Inilah sebab-musabab kenapa dia

    kureng sikit mahu menjaga anak-anak Kak Inanya. Anak-

    anak Kak Inanya jika di belakang ibu bapa mereka agak

    bertanduk juga. Itu yang dia tak tahan.

    Arissa mengalih pandang pada lelaki yang duduk di

    hadapannya. Hatinya tersenyum lucu melihat lelaki itu

    tersedak sambil mengurut dadanya. Mungkin dia tersedak

    akibat mendengar suaranya yang nyaring ketika memarahiBoboy. Berkerut-kerut muka lelaki ini.

    Anak? Lelaki itu bertanya.

    Arissa tidak terus menjawab. Kemudian dia

    mengangguk.

    Lelaki itu mengangguk-angguk. Tapi daripada

    pandangan matanya seakan tidak mempercayai kata-kataArissa tadi.

    Achu nak air, pinta Gegirl yang tercungap-

    cungap.

    Lelaki di hadapan Arissa itu mempamerkan senyum

    segaris. Gegirl telah mengkantoikannya. Arissa buat tidak

    tahu pada senyuman itu. Milo ais di dalam cawan kertas

    Gegirl yang masih berbaki disuakan kepada Gegirl.

    Lelaki itu masih lagi memerhatikan Arissa. Arissa

    berdecit. Tidak selesa. Bunyi Popeye menjerit lagi. Yes!

    Mummy budak berdua ini sudah selesai membeli-belah dan

    memintanya untuk terus keparking kereta. Tanpa berlengah

    dia terus menarik Boboy dan Gegirl yang sedang bermain

    keluar dari kawasan playground McDonalds itu. Ketika diamelalui meja lelaki itu, dilihatnya lelaki itu tersenyum lagi.

    Entah bagaimana, dia boleh pula membalas senyuman itu.

    Mungkin juga kerana senyuman itu terlalu menawan.

  • 8/2/2019 CJUA

    18/70

    Calon Jodoh Untuk Adik

    18

    Bunyi Popeye menjerit untuk kesekian kalinya.

    Cepatlah!

    Arissa mendengus geram dengan SMS Kak Inanya

    yang baru masuk. Kak Ina nikan. Mentang-mentang sudah

    dapat membeli apa yang dihajatinya, menyuruh dia cepat-

    cepat pula. Semakin laju dia menyeret dua-dua anak KakInanya menuju keparking kereta.

  • 8/2/2019 CJUA

    19/70

    Areila Sahimi

    19

    ARINA dan Azmer masih tekun

    mendengar cerita Arissa

    walaupun mereka nampaknya

    seperti kurang aham dengan apa yang dia katakan. Arissa

    bercerita sambil menangis teresak-esak. Dia bercakap dengan

    hingus penuh dalam hidung. Suaranya juga sudah bertukar

    nada. Dia menjadi sengau apabila bercakap dalam keadaan

    hidung tersumbat. Ala-ala Kak Nita gitu!

    Sesekali dia lihat Azmer dan Arina berpandangan

    sesama mereka.Boboy dan Gegirl yang tidak aham apa-apa hanya

    bermain dengan kotak tisu. Habis semua tisu mereka tarik

    keluar sehingga berselerak ke sekitar ruang tamu.

    Azmer menepuk lembut bahu Arissa.

    Tak apalah Ris. Bukan jodoh Ris dengan Zizi la tu.

    Azmer bersuara apabila yakin Arissa telah menemukannoktah pada cerita sedihnya itu. Ceritanya sangat sedih

    sehinggakan kini air mata Si Arissa masih belum lagi

    berhenti mengalir.

    Bab 3

  • 8/2/2019 CJUA

    20/70

    Calon Jodoh Untuk Adik

    20

    Arissa merengus geram. Abang kandungnya telah

    menyebelahi kaum sejenisnya. Lelaki semuanya sama sahaja.

    Dia kesat lagi air mata dengan belakang telapak tangan

    kerana tisu semuanya sudah habis berselerak angkara kerja

    Boboy dan Gegirl. Dia menjeling abangnya.

    Sudahlah Ris. Biasanya memang macam tu.

    Anggap sahaja Zizi tu bukansoulmate kau. Keadaan memang

    selalu macam ni. Sebelum kita belum jumpa lelaki yang

    betul-betul akan menjadi soulmate kita, kita pasti akandipertemukan dengan lelaki-lelakihampeh dulu. Percayalah.

    Arina mencelah seakan-akan dia pakar dalam merawat hati

    dan jiwa sang patah hati, yang kecundang dalam percintaan.

    Arissa mendengar dengan teliti kata-kata Arina.

    Kata-kata Arina dan Azmer tidak jauh beza, tetapi dia lebih

    suka pada kata-kata Arina. Sekurang-kurangnya Arina masih

    mahu menyebelahinya sebagai adik kandung. Bukan seperti

    kenyataan Azmer yang lebih bersiat gender dengan

    menyebelahi kaum sejenisnya.

    Bukanlah semua lelaki hampeh. Ris kenalah post

    mortem diri sendiri dulu. Baru boleh salahkan diri orang

    lain. Azmer berkata tegas. Dia tidak sependapat dengan

    Arina. Menegakkan kenyataannya kerana dia pasti, Arisa pastiada salah. Jika tidak masakan dia ditinggalkan oleh Azizi.

    Abang tu memanglah. Abang lelaki. Memanglah

    abang akan menangkan kaum abang, sampuk Arina.

    Bibirnya menjuih. Menunjukkan rasa geram pada Azmer

    yang tidak habis-habis membela kaum sejenis. Sepatutnya

    sokonglah adik sendiri dulu. Ini mencari kesalahan Arissa

    pula.

    Bukan abang menangkan. Tapi tengok Arissa.

    Keadaan dia macam mana? Hidup seperti apa?

  • 8/2/2019 CJUA

    21/70

    Areila Sahimi

    21

    Jari Azmer menuding ke arah Arissa.

    Arissa dan Arina saling berbalas pandang. Arina mengetap bibir. Mungkin dia merasakan apa

    yang Azmer katakan itu betul.

    Arissa mengeluh lemah. Faham sangat abangnya

    tu tengah menyindir, sengaja bercakap begitu agar dia cepat-

    cepat mengubah penampilannya dan menjadi lebih eminin

    seperti Kak Inanya. Dari dulu abangnya marah bila dia berani

    pakai jean dan baju ketat macam kain balut nangka tu.

    Abangnya marah bila dia suka sangat pakai gelang hitam kat

    tangan. Abangnya marah kalau dia pakai celak gayagothic tu.

    Abangnya kata tu semua macam esyen orang jahat, padahal

    dia rasa coolaje. Yalahkan.... Dia ajelah yang nampak jahat.

    Sebab tu tak ada orang nak dekat dia.

    Sudahlah Ris. Tak payahlah nak sedih-sedihmenangis macam ni. Buruk abang tengok. Abang ramai

    kawan lelaki. Nanti abang kenalkan sorang pada Ris. Mana

    tahu boleh jadi calon jodoh untuk Ris. Bijak Azmer

    memujuk adik bongsunya itu.

    Jika tiada jodoh mahu kata apa lagi? Cari sahaja

    calon yang baru.

    Mata Arina membuntang apabila mendengar usul

    Azmer. Setelah perkara yang menyakitkan hatinya itu terjadi,

    abangnya masih lagi mahu melakukan perkara yang sama.

    Dengan Arissa pula. Arina mendengus kuat.

    Kenalkan dengan kawan-kawan abang? Dia

    menyoal dengan nada sarkastik.

    Sape? Ee? sambungnya lagi, menyebut nama sikeparat itu dengan payah.

    Tak payah Ris. Kawan-kawan abang semua kategori

  • 8/2/2019 CJUA

    22/70

    Calon Jodoh Untuk Adik

    22

    hampeh. Lebih hampeh dari Azizi. Nanti biar Kak Ina aje

    carikan calon jodoh untuk Ris. Pasti terbaik. Sengaja Arina

    berkata sebegitu agar Arissa tidak terpengaruh dengan

    cadangan gila abangnya itu. Dia sememangnya ada masalah

    peribadi dengan teman abangnya yang bernama Ee tu.

    Mendengar kata-kata Arina membuatkan Azmer

    ketawa.

    Masih tak habis lagi marah Ina pada Ee, ya?

    Sudahlah Ina balas Azmer.

    Arissa abang minta ya. Jangan jadi macam Kak Ina.

    Emosi tak kena tempat, senda Azmer.

    Arina mencuka. Itulah satu-satunya kawan

    abangnya yang paling dia tidak boleh tengok mukanya sampai

    sekarang pun. Benci dan menyampah melihat muka Ee yang

    selalu bajet maco. Ee yang pernah buat dia malu satu masadahulu.

    Kalau dengan Ee pun tak ada salahnya. Ee tu

    bujang. Bukan suami orang, giat Azmer lagi Walaupun dia

    sebenarnya tidaklah berhajat mahu memadankan Ee dengan

    Arissa. Cuma dia sengaja suka mengusik Arina dengan

    membangkitkan soal Ee.

    Abang nikan sengaja, kan? marah Arina.

    Stop stop! Arissa mengambil langkah bijak.

    Sekarang ni siapa sebenarnya yang sedang beremosi?

    Sekarang ini siapa yang patah hati?

    Azmer dan Arina sama-sama berhenti bertekak.

    Boboy dan Gegirl yang sedang menyepahkan rumah

    juga senyap. Mereka berlari mendapatkanmummy mereka

    apabila ada singa mahu naik minyak.

    Sekarang Ris tak mahu siapa-siapa. Putus Arissa.

  • 8/2/2019 CJUA

    23/70

    Areila Sahimi

    23

    Dia bukan tahap perempuan sangap yang lahap sangat mahu

    terus menerus mencari pengganti. Sekurang-kurangnya

    biarlah dia habis edah terlebih dahulu sebelum ada mana-

    mana pihak yang ingin memadankan dirinya dengan mana-

    mana calon.

    Arissa terus naik ke atas meninggalkan abang dan

    kakaknya yang dirasakan ada gaya macam nak bersambung

    bertekak lagi. Dia malas mahu masuk campur. Si Ee yang

    menjadi punca pertengkaran mereka berdua itu pun dia takkenal.

  • 8/2/2019 CJUA

    24/70

    Calon Jodoh Untuk Adik

    24

    KEESOKAN harinya, Arissa

    telah pulang semula ke rumah

    sewanya. Hajat untuk berlama-

    lama terbantut apabila Kak Ina telah mula membebel-

    bebel di tepi telinganya dengan mengatakan hajatnya untuk

    memperkenalkan dia dengan orang itu dan orang ini. Oleh

    sebab itu dia mengambil langkah bijak untuk keluar dari

    rumah Kak Ina awal-awal lagi. Dia menarik naas lega apabila

    hanya Suhaila seorang sahaja duduk di ruang tamu. Mujur

    hari ini Fazura tiada di rumah mereka. Jika tidak, pasti dia

    akan duduk terkurung di bilik sendiri.

    Ris, sekejap. Aku nak cakap, tegur Suhaila

    meminta Arissa untuk berhenti sebentar kerana ada benda

    yang ingin dibicarakannya.

    Arissa menurut. Kakinya dihayun lemah.

    Punggungnya juga diletakkan lemah di atas soa. Apa dia?

    Kau marah aku ya Ris? Suhaila bertanya. Nadanya

    berbunyi serba salah.

    Arissa merenung ke dalam mata bundar Suhaila.

    Bab 4

  • 8/2/2019 CJUA

    25/70

    Areila Sahimi

    25

    Perlukah Suhaila bertanya lagi kepadanya jika dia sudah tahu

    apa jawapan untuk soalannya tadi? Dia mengeluh lemah.

    Aku malaslah nak cakap pasal benda ni.

    Ris kau kawan aku, Faz kawan aku. Aku tak

    boleh nak pilih salah sorang antara korang berdua. Dua-dua

    aku sayang, kata Suhaila perlahan. Sukar untuk dia memilih

    yang mana satu buat masa sekarang ini.

    Arissa melihat semula raut wajah Suhaila yang

    sugul. Tidak adil pula dia mengheret Suhaila sama-sama kedalam masalah ini.

    Aku aham. Kau tak payah risau okey. Aku okey

    dan tak ada apa-apa, katanya sekadar mahu menyedapkan

    hati Suhaila.

    Tapi semalam kau macam berangin aje dengan

    aku, balas Suhaila akan sikap Arissa semalam. Mendengarbunyi dentuman pintu bilik pun dia sudah agak yang marah

    Arissa masih memuncak. Api marah pun tidak ada tanda-

    tanda seperti mahu reda.

    Arissa mengetap bibir.

    Dah kau ajak perempuan tu ke sini tanpa bagitau

    aku. Memanglah aku berangin. Sekurang-kurangnya kau

    bagitaulah dulu. Senang aku standby cili padi untuk aku

    ganyang-ganyangkan ke muka perempuan yang merampas

    boyriendaku tu, hamburnya penuh amarah.

    Suhaila menelan air liur. Terkedu.

    Arissa ketawa kecil melihat muka cuak Suhaila.

    Lakonannya berkesan.

    Jokinglah. Kau ingat aku berani ke nak cederakan

    orang sampai macam tu sekali?

    Suhaila mengurut dada. Lega.

  • 8/2/2019 CJUA

    26/70

    Calon Jodoh Untuk Adik

    26

    Kau boleh terima kenyataan ke yang kawan kita tu

    nak kahwin dengan Azizi? duga Suhaila.

    Excuse me. Apa dia? Arissa merapatkan cuping

    telinganya kepada Suhaila. Dia bukan kawan kita. Kawan

    kau aje. Lantaklah dia nak kahwin dengan Zizi ke, dengan

    siapa pun. Aku tak mahu ambil tahu apa-apa hal yang

    berkaitan dengan dia dah.

    Suhaila mendengus. Geram dengan sikap Arissa

    yang tidak habis-habis mahu menyalahkan Fazura sepertilahdia itu tidak bersalah langsung. Dua-dua pun bersalah, tetapi

    sekurang-kurangnya Fazura ada juga inisiati mahu

    membetulkan perhubungan, sedangkan Arissa, asyik

    bertindak mengikut kepalanya sahaja.

    Tapi kau tak boleh nak marah-marah sampai

    macam ni tau Ris. Kau sendiri tahu, Zizi sebenarnya tak adaapa-apa perasaan pada kau. Tak pernah pun sukakan kau

    apatah lagi nak jatuh cinta dengan kau. Kau aje yang

    melebih-lebih. Dari dulu kau tahu kan, Zizi sebenarnya ada

    perasaan dekat Fazura? Tapi disebabkan Fazura pilih mamat

    yang kerja dekat Maybank tu, baru Zizi pilih kau. Zizi tu pilih

    kau pun sebab terpaksa. Masa dia bersama kau pun sekadar

    alasannya sahaja supaya dia mudah mendekati Fazura, luahSuhaila akan perkara yang sebenarnya.

    Arissa tiba-tiba terasa geram. Ya. Dia sedar dia telah

    diperbodohkan. Sayang punya pasal dia rela diperbodohkan

    oleh Azizi. Suhaila benar 180%! Tapi mamat Maybank itulah

    antara penyebabnya juga. Jika mamat Maybank tu tahu

    menjaga kekasihnya betul-betul, pasti lama-lama Azizi akan

    jatuh cinta pada dia juga. Dia yakin. Ini disebabkan mereka

    berdua putus cinta, Fazura telah menerima lamaran Azizi

    untuk menjadi kekasihnya. Patutkah dia marah pada Fazura

    kerana mencaras Azizi padahal Fazura langsung tidak tahu

  • 8/2/2019 CJUA

    27/70

    Areila Sahimi

    27

    dia dan Azizi sedang dalam proses menjalinkan hubungan

    percintaan kerana mereka selalu sahaja katakan pada semua

    orang yang mereka sekadar teman tapi mesra? Atau

    sebenarnya dia yang terlebih emosi, memanjang-manjangkan

    masalah ini? Arissa cuba muhasabah diri. Menimbang tara

    apa yang telah berlaku ini baik-baik.

    Semalam kau ke mana? tanya Suhaila apabila

    Arissa lama berdiam diri.

    Aku tidur kat rumah kakak akulah, jawabnya.

    Tak. Sebelum Kak Ina ambik kau. Kau ke mana?

    Kata nak cari kerja sama-sama. Suhaila bertanya kerana

    semalam jenuh dia mencari Arissa tetapi tidak berjumpa.

    Janjinya mahu mencari kerja bersama-sama.

    Owh aku pergi berjumpa dengan si mangkuk

    tingkat tu, kata Arissa bersama sengih di bibir.Suka pula dia meletakkan gelaran itu kepada Khairil

    Izlan. Mangkuk tingkat Wang Kelian!

    Siapapulak mangkuk tingkat tu? Kalau mangkuk

    hayun dan mangkuk tandas tu aku tahulah, tanya Suhaila

    polos.

    Arissa ketawa lagi. Dalam ramai-ramai kenalannyaSuhailalah yang paling polos dan selalu blur. Mangkuk hayun

    dan mangkuk tandas tu merujuk kepada kata ganti diri bagi

    Azizi dan Fazura yang kadangkala (atau kerap kali) Arissa

    guna.

    Mamat Maybank tu, jawabnya selamba dengan

    ketawa kecil meletus di bibir. Wah suka pula ya.

    Mulut Suhaila ternganga luas.

    Serius? Matanya berkelip-kelip. Dia cuba mencari

    kebenaran di sebalik kata-kata Arissa tadi.

  • 8/2/2019 CJUA

    28/70

    Calon Jodoh Untuk Adik

    28

    Arissa sekadar mengangguk.

    Ya ampun Ris. Senekad ni kau Ris. Ingatkan Fazdengan Zizi aje yang kau serang. Ini sampaikan bekas balak

    Faz pun kau pergi serang jugak, kata Suhaila seraya

    mengurut dada kerana dia sungguh tidak sangka yang Arissa

    akan pergi menyerang sehingga sejauh ini.

    Arissa sekadar bersahaja melihat reaksi Suhaila

    yang agak dramatik menunjukkan rasa terkejutnya.

    Tapi aku agak menyesal jugak pergi jumpa

    mangkuk tu, katanya tiba-tiba.

    Kenapa? Suhaila bertanya. Gayanya seperti ingin

    benar tahu.

    Aku rasa agak bagusjugak perempuan kaberet tu

    putus dengan mamat tu, balas Arissa seperti menyokong

    pula tindakan Fazura meninggalkansi mangkuk tingkat itu.Mangkuk tingkat itu jenis yang menjengkelkan. Kalau bagi

    ree pada dia pun, dia takhengen!

    Pulak dah.Apesal? soal Suhaila pelik kerana tiba-

    tiba sahaja Arissa berubah dengan menyokong tindakan

    Fazura meninggalkan bekas teman lelakinya itu.

    Si mangkuk tu lelaki yang menyakitkan hati, kautau. Batu. Tak berperasaan. Hampeh! hambur Arissa penuh

    emosi.

    Apabila terbayangkan wajah lelaki itu yang selamba

    itu terus kusyen kecil dihempuk-hempuk dengan

    penumbuknya.

    Okey. Okey. Okey. Suhaila mengangkat tangan.

    Dia tahu jika dia tidak menahan Arissa dari berkata-kata,

    habis semua gerabak KTM pun belum tentu ceritanya

    berkenaanmamat Maybank tu akan selesai.

  • 8/2/2019 CJUA

    29/70

    Areila Sahimi

    29

    Kau nak cakap mamat tu teruklah ya? sambung

    Suhaila apabila Arissa telah berhenti berkata.

    Arissa mengangguk.

    Haah.

    Okey. Kalau macam tu, mari kita sambung tengok

    Sponge Bob, kata Suhaila kembali memberi tumpuan pada

    kartun Sponge Bob di kaca televisyen.

    Arissa berdecit mendengar cadangan Suhaila untukmenonton Sponge Bob. Tapi dia turutkan juga.

    Tapimamat tuhensem tak? tanya Suhaila tiba-

    tiba. Dia tidak pernah melihat rupa mantan pacar Fazura itu.

    Selalu mendengar cerita sahaja. Dengar dari cerita, katanya

    boleh tahan juga.

    Macam rumah at kos rendah yang gagal

    mendapat CF, kata Arissa bersahaja. Matanya masih dihala

    pada skrin televisyen.

    Owh. Suhaila mengangguk-angguk.

    Maknanya takhensemlah tu, kata Suhaila dengan

    nada yang rendah aham benar tentang terma-terma yang

    biasa Arissa gunakan bagi menerangkan sesuatu siat yang

    tak kena pada pandangan matanya.

    Arissa mendengar baris akhir kata-kata Suhaila

    yang agak perlahan. Bibirku mengukir senyum segar.

    Penipuannya berhasil. Sebenarnya mamat tu boleh tahan

    orangnya. Tambah-tambah lagi melihat mamat tu

    mengenakan kemeja lengan panjang yang berwarna pink

    lembut itu. Sangat-sangat maskulin. Dia tak tipu. Cuma dia

    malas menunjukkan rasa terujanya kerana sebab mamat

    itulah punca dia dan Azizi putus.

    Tapikan aku ada jumpasomebody yang lagi best

  • 8/2/2019 CJUA

    30/70

    Calon Jodoh Untuk Adik

    30

    dari mamat tu. Percayalah! Arissa mula teruja membuka

    cerita.

    Siapa? soal Suhaila yang nampaknya lebih

    berminat terhadap Sponge Bob dan Patrick dari mendengar

    cerita Arissa.

    Arissa gigit bibir. Alamak! Kan dah cakap. Dia jenis

    pantang kalau dapat berita sensasi. Dia kan ala-ala Beautiul

    Nara. Mahu cepat sahaja mencanang satu rumah. Dia

    tersengih menghadap Suhaila.

    Tak ada apa-apa. Tak ada apa-apa, katanya seraya

    menggeleng kepala berkali-kali. Dia tak nak makan dimapley

    yang berjiran dengan Maybank tu lagi.

    Cakap cepat. Suhaila menunjuk gaya taikonya

    apabila dia perasaan intonasi nada Arissa telah berubah secara

    mendadak. Dia pasti sudah dapat menghidu sesuatu.Ngeee.

    Ada sorang mamat Indonesia persis Dude Herlino

    kerja dekatmapley sebelah Maybank tu, cerita Arissa dengan

    lemah. Terasa payah mulutnya ini mahu menuturkan nama

    hero sinetron seberang yang berwajah jambu itu.

    Esok kita breakast kat sana! Putus Suhaila terusmasuk ke biliknya meninggalkan Arissa seorang diri di ruang

    tamu.

    Arissa tepuk dahi. Tepuk mulut berkali-kali. Kan.

  • 8/2/2019 CJUA

    31/70

    Areila Sahimi

    31

    KERANA kelancangan mulutnya

    sendiri, akibatnya dia terpaksa

    datang ke sini kembali.

    Memenuhi hasrat Suhaila yang kepingin benar mahu melihat

    mamat Indonesia yang dikhabarkan persis Dude Herlino itu.

    Malang bagi Suhaila, bayang Si Dude Herlino cap ayam itu

    langsung tidak kelihatan. Yang ada hanyalah kembar Salman

    Khan yang sejak dari tadi asyik sangat bermain mata dengan

    Suhaila. Sorrylah ya bhai, kerana zaman demam Bollywood

    sudah lama berlalu.

    Kau nikan Ris, kencing aku, kan? Kau tahu tak,

    dari rumah kita nak ke sini tu berapa jauh. Sampainya hati

    kau Ris, hambur Suhaila menunjukkan rasa kecewanya

    kepada Arissa. Penuh drama dan penuh aksi.

    Pada Arissa, Suhaila adalah pelakon terbaik.

    Kalaulah Suhaila bergandingan dengan Dude Herlino dalam

    sebuah sinetron usaha sama antara negara Malaysia danIndonesia, dia pasti sinetron itu akan meletup boombastik.

    Manalah aku tahu hari ini hari o day mamat tu.

    Bab 5

  • 8/2/2019 CJUA

    32/70

    Calon Jodoh Untuk Adik

    32

    Lagi satu bukan aku yang ajak kau ke sini. Kau yang ajak aku

    ke sini. Kau pun satu Eila, apa taste entah. Takkanlah dengan

    mamat macam tu pun kau hadap beb, balas Arissa pula

    dengan mulut penuh dengan tosai sardin. Owh dia rasa

    mahu ketawa pula apabila mengenangkan gandingan dari dua

    negara tersebut. Bagai pinang diblenderhalus!

    Pap!

    Aduh! Arissa mengaduh. Tulang keringnya

    menjadi mangsa sepakan Suhaila. Sakit dowh!!!

    Kenapa kau gelak-gelak? omel Suhaila. Teh

    tariknya diteguk perlahan.

    Aku saja aje nak pastikan. Betul atau tak yang

    mamat itu ala-ala Dude Herlino. Kau tau, kan? Aku ni ala-ala

    boleh jadi nervous bila kau bercerita dengan gah kau jumpa

    mamat yang macam Dude Herlino tu, terang Suhaila akankedudukan sebenarnya.

    Tidak mungkinlah dia bakal jatuh cinta pada lelaki

    asing yang mempunyai kad pengenalan berwarna merah.

    Hatinya masih lagi menginginkan seorang lelaki Melayu

    warganegara Malaysia dan bekerja sebagai seorang jurutera.

    Eh jurutera? Ada-ada sahaja. Suhaila menarik senyum

    tanpa sedar.

    Kau tu memang menggatal! balas Arissa selamba

    aje.

    Auch!!! Sakitlah pinggan! Arissa mengerang lagi.

    Kali ini Suhaila menendang dengan sekuat hati.

    Hei awak. Datang sini lagi? tegur satu suara.

    Arissa yang sedang menunduk menggosok-gosok

    tulang keringnya segera mengangkat muka.Hish!!! Okey. Dia

    yang salah. Dia yang datang ke kawasan lelaki ini. Dia sekadar

  • 8/2/2019 CJUA

    33/70

    Areila Sahimi

    33

    menjeling Khairil Izlan yang sudah tersenyum sinis

    kepadanya.

    Hai saya Suhaila. Pantas Suhaila

    memperkenalkan diri tanpa perlu menunggu Arissa

    memperkenalkannya kepada Khairil Izlan.

    Arissa mengetap bibir melihat tingkah Suhaila.

    Suhaila gaya-gaya polos tetap juga ada gen-gen miang dalam

    DNAnya. Pada Arissa, seorang perempuan tidak perlulah

    menunjukkan gaya teruja yang maksimum apabila bertemudengan seorang lelaki yang kemas berkemeja lengan panjang

    berwarna biru lembut dengan tali leher menjerut di leher.

    Buat malu sahaja.

    Khairil Izlan, balas Khairil Izlan.

    Awak datang sini untuk menyerang saya lagi ke?

    Khairil Izlan bertanya dengan kening terangkat-angkat. Diatersenyum sinis menghadap Arissa yang sekadar buat tidak

    tahu sahaja dengan kehadirannya.

    Arissa menjeling sekilas. Keningnya naik sebelah.

    Kebiasaan. Dia sudah terbiasa menaikkan kening sebelah

    apabila terasa hendak marah pada seseorang. Itulah cara dia

    menenangkan diri sebelum ada kerusi meja melayang

    hinggap ke kepala Khairil Izlan.

    Pap!

    Sakitlah bodoh! Arissa mengetap bibir apabila

    buat kali ketiganya Suhaila menendang tulang keringnya

    tanpa belas.

    Gila kau macam at kos rendah tak dapat CF.

    Hensem dowh! Macam kondominium mewah dekat BukitAntarabangsa tu, bisik Suhaila. Matanya bercahaya seakan-

    akan terkena aura cahaya dari wajah Khairil Izlan.

  • 8/2/2019 CJUA

    34/70

    Calon Jodoh Untuk Adik

    34

    Arissa sudah dapat rasakan tahap keterujaan

    Suhaila naik mendadak apabila dia cekap menangkap lelaki

    inilah bekas pacarnya Fazura. Dia menjuling mata ke atas

    mendengar suara Suhaila. Dia juga dapat lihat dengan jelas

    Khairil Izlan tersenyum bangga kerana pasti dia juga

    mendengar kata-kata pujian daripada Suhaila. Orang lelaki,

    memang pantanglah bila ada seorang awek memuji

    ketampanan wajahnya.

    I you dont mind, boleh saya join awak berduamakan? Dia meminta kebenaran. Gayanya sangat budiman.

    Tapi sebelum sempat Arissa membuka mulut untuk

    memberi kebenaran, dia tanpa segan silu telah melabuhkan

    punggung di kerusi kosong di sebelah Arissa dan Suhaila. Dia

    suka diapit oleh dua orang perempuan kerana senyumannya

    yang meleret itu sampai sekarang tak mati-mati lagi.

    Arissa membuat konklusi, lelaki ini pasti kaki

    perempuan.

    Eila jom! Arissa segera mengajak Suhaila beredar

    dari restoran mamak ini. Lagipun Dude Herlino cap ayam

    itu tiada, jadi tak bersebab hendak berlama-lama di dalam

    restoran ini. Tosai sardin dan teh tarik pun sudah lama

    selamat jadi penghuni perut.

    Suhaila mempamerkan senyum sumbing kepada

    Khairil Izlan sebelum mereka beransur dari situ. Sampai di

    tempat parkir motor, Suhaila mencebik. Pasti tidak puas hati

    kerana Arissa cepat-cepat mengajak dia pergi sebelum sempat

    dia berkenalan lebih rapat dengan Khairil Izlan.

    Jika Arissa katakan citarasa Suhaila adalah gred Dnanti dia marah. Sebab itulah bila dia bercinta tak kekal lama.

    Semuanyahampeh.

    Macam akujugak! Desis hatinya.

  • 8/2/2019 CJUA

    35/70

    Areila Sahimi

    35

    SUDAH hampir empat bulan

    Arissa putus dengan Azizi. Jika

    diikutkan kiraan bulan dan hari,

    dia telah lepas tempoh edah. Satu tempoh yang sangat sakit.

    Tapi mahu buat macam mana, jodohnya bukan dengan Azizi.

    Hidup mesti diteruskan walaupun tanpa dia di sisi.Aiceh!!!

    Arissa memang suka mengingati benda-benda lama

    di samping melayan rasa jiwangnya itu jika terpaksa menanti

    seseorang dalam tempoh waktu yang lama. Jam tangan

    dilihat. Mana abang ni?Sorry Ris. Abang ada hal tadi, kata Azmer yang

    baru tiba. Naasnya tercungap-cungap.

    Arissa lihat abangnya yang kepenatan.

    Abang ni janji pukul berapa? Datang pukul

    berapa? bebelnya macam nenek-nenek.

    Sorrylah. Abang lambat. Azmer melihat jamtangannya. Kemudian bibirnya menarik sengih bersalah.

    Satu jam, sambungnya kemudian.

    Bab 6

  • 8/2/2019 CJUA

    36/70

    Calon Jodoh Untuk Adik

    36

    Right, balas Arissa sepatah seraya kepalanya

    mengangguk laju.

    Alah Ris ni. Hari ni cuti, kan? balas Azmer lalu

    melabuhkan punggung di sebelah Arissa.

    Arissa mencebik.

    Memanglah hari ni o day Ris, tapi abang tak

    patutlah datang lambat macam ni. Ris patut duduk rumah

    berehat tau. Abang tahu tak, penat kerja buat sales ni. Hari-

    hari tak pernah tak sibuk. Time-time cuti inilah kena berehat

    betul-betul, bebel Arissa seterusnya bercerita tentang kerja

    barunya sebagai jurujual sambilan di Courts Mammoth yang

    setiap hari sibuk memburu pelanggan. Inilah susahnya bila

    bekerja gaji berdasarkan komisen. Jika malas alamatnya tak

    dapatlah duit. Tapi jika rajin, gaji boleh mengalahkan pegawai

    gomen!Yalah. Ataupun bising-bising ni sebab memang tak

    mahu jumpa abang lepas loan peribadi tu tak lulus, duga

    Azmer.

    Sebelum ini Arissa pernah meminta wang lebih

    kurang RM3,000 untuk dijadikan modal perniagaanonlinenya

    tetapi dia tidak bagi. Bukan kerana dia kedekut dengan Arissa,

    tetapi Azmer masak benar dengan sikap Arissa yang suka buat

    kerja sekerat jalan. Semangat Arissa tu ikut musim. Sekarang

    musim orang sibuk mencari duit melalui perniagaan online

    dia pun sibuk-sibuklah nak join sekali. Kerana sudah aham

    dengan sikap Arissa, permintaan Arissa sekadar dibuat lalu di

    dalam lubang telinga sahaja. Kerjalah dengan Court

    Mammoth dahulu, biar pandai mencari duit sendiri.

    Arissa mencebik mendengar kata-kata abangnya.

    Sudah tahu lagi mahu tanya.

    Alah apalah sangat dengan loan dari abang yang

  • 8/2/2019 CJUA

    37/70

    Areila Sahimi

    37

    takapprove tu. Ris pun boleh kumpul duit sendiri. Silap hari

    bulan nanti terus bukak kedai sendiri tau tak, katanya

    menjawab penuh azam. Dia mahu buktikan kepada abangnya

    yang dia bukan jenis cakap main-main. Semangatnyajugak

    bukanon, omengikut musim.

    Abang ni kenapa nak jumpa Ris? tanyanya apabila

    melihat Azmer senyap sahaja. Cuma bibir Azmer sahaja

    mengukir senyuman melihat mulutnya yang dari tadi asyik

    tidak henti-henti membebel.Abang sengaja. Nak tengok adik abang, ucap

    Azmer lembut.

    Arissa memandang abangnya dengan pandangan

    pelik. Sambil ketawa dia bertanya, abang ni kenapa? Dah

    buang tebiat ke?

    Azmer turut sama ketawa. Dia melepaskan keluhanlemah sebelum berkata. Tak ada apalah. Saja. Hari ni nak

    makan tengah hari dengan Ris.

    Abang ni bukan makan tengah hari. Dah pukul

    empat petang. Tapau makan malam teruslah, balas Arissa

    seraya menunjuk jam tangan Swatch kepada abangnya. Jam

    tangan ini hadiah daripada abangnya sempena ulang tahun

    kelahirannya yang kedua puluh dua tahun. Untuk ulang

    tahun kedua puluh tiga tahun ini, dia sudah tahu apa hadiah

    yang ingin dia minta daripada abangnya. Down payment

    untuk sebuah kereta Viva kerana menunggang scooter di

    waktu tengah hari rembang telah membuatkan kulitnya

    menjadi semakin gelap. Dia tunggu detik itu. Tinggal lagi

    enam bulan sahaja.

    Apa-apa ajelah untuk adik abang. So, kita nak

    makan dekat mana? tanya Azmer.

    Ermmm JM Beriani nak? Dah lama tak makan

  • 8/2/2019 CJUA

    38/70

    Calon Jodoh Untuk Adik

    38

    beriani kat situ. Boleh tapaukan untuk Eila sekali. Pasti hati

    minah tu berbunga-bunga dapat makan beriani yang abang

    belanja, kata Arissa penuh ekspresi dari dalam jiwa. Sengaja

    dia mahu mengusik abangnya.

    Tapi Arissa tak tipu kerana sudah dapat dibayangkan

    sengih bahagia Suhaila jika abangnya membelikan Suhaila

    sesuatu walaupun hanya sekadar sebungkus nasi beriani

    berlaukkan ayam madu dan popadom. Walaupun Suhaila

    meminati Dude Herlino, tetapi rasa minat itu tidak mampumengatasi perasaan cintanya pada Azmer yang sudah

    tertanam sejak sekian lama. Tidak berubah walaupun Azmer

    tak pernah melayan Suhaila.

    Seraya itu tangan abangnya naik untuk meluku

    kepalanya tetapi dia sempat mengelak. Dia tertawa bila

    melihat abangnya berwajah kelat dengan gurauannya itu.

    Abangnya memang begitu setiap kali soal Suhaila cuba

    dibangkitkan.

    Cepatlah Ris. Arah Azmer yang sudah

    meninggalkan dia yang masih ketawa.

    Azmer nampak maco tapi dalam hati tetap ada

    taman. Kata tak suka Suhaila, tapi setiap kali dikenen-

    kenenkan muka tetap merah. Tetap juga malu-malu kucing.

    Alah! Arissa pasti dalam hati ada cintalah tu! Dia

    menuruti langkah abangnya yang sudah jauh ke depan

    dengan ketawa masih setia di bibir.

  • 8/2/2019 CJUA

    39/70

    Areila Sahimi

    39

    T

    AK keluar Ee? Azmer

    bertanya apabila melihat

    Khairil Izlan hanya

    terlentang di tengah ruang tamu rumah sambil menonton

    DVD.

    Minggu ni aku nak merehatkan minda dekat

    rumah ajelah Mer, jawab Khairil Izlan bersahaja.

    Pelikpulak aku bila kau tak keluar malam-malam

    minggu macam ni. Biasa kau kalau keluar malam-malam

    minggu macam ni memang pakat terus tak balik rumah,balas Azmer tentang sikap Khairil Izlan yang gemar beroya-

    oya bila tiba setiap malam minggu. Gelas berisi air suam

    diletakkan di atas meja kopi sebelum punggungnya dilabuh

    malas.

    Alahhh kau ni Mer, aku bayar sewa rumah ni

    jugaklah. Macam tak suka pulak aku duduk di rumah,

    ngomel Khairil Izlan.

    Aku bukan tak suka. Aku cuma pelik aje, kata

    Azmer lagi tidak mahu Khairil Izlan salah sangka.

    Bab 7

  • 8/2/2019 CJUA

    40/70

    Calon Jodoh Untuk Adik

    40

    Shah kata kau baru clash. Betul ke? Azmer

    bertanya berkenaan hubungan jadi-tak-jadi Khairil Izlan yang

    seringkali bertemu titik noktah sebelum ada happy ending

    yang menarik.

    Khairil Izlan ketawa. Biasalah Shahrul. Mulutnya

    seperti perempuan. Langsung tidak boleh menyimpan rahsia.

    Aku mana pernah kekal lama, kata Khairil Izlan

    bersahaja seperti dia sudah biasa dengan soalan yang diajukan

    oleh Azmer itu.

    Jadi, betullah ni? Tak jadijugaklah kau nak kahwin

    tahun ni? Azmer menyindir.

    Khairil Izlan berdecit. Azmer dijeling.

    Aku pun tak tahulah kau ni Ee. Nak kata skil tak

    mantap, aku rasa sejak dari zaman belajar lagi kaulah lelaki

    pujaan satu UiTM dulu. Mana awek yang tak pernah nakmenolak setiap kali kau ajak couple. Kau kena mandi bunga

    ni Ee. Biar boleh melekat seorang, usul Azmer.

    Aku tak jumpa yang sesuai lagi. Nanti aku dah

    jumpa yang sesuai nanti aku kahwinlah, balas Khairil Izlan

    acuh tidak acuh.

    Bosan apabila ada yang selalu mengajukan soalanberkaitan dengan teman hidup, soal kahwin-kahwin ini.

    Melihat Shahrul yang terlalu dikawal oleh isterinya itu pun

    sedikit sebanyak membuatkan dia agak seriau.

    Azmer mencebik.

    Banyaklah kau tak jumpa yang sesuai. Berapa

    banyak dah anak dara orang yang kau heret ke sana ke mari?

    Tak sesuai konon. Azmer mencemuh.

    Aku heret aje Mer. Tapi aku tak pernah buat apa-

    apa. Aku masih ada moral yang tinggi lagi Mer, balas Khairil

  • 8/2/2019 CJUA

    41/70

    Areila Sahimi

    41

    Izlan mengingatkan Azmer, senakal-nakal dia, tiada seorang

    pun anak dara orang yang pernah dia rosakkan. Jika keluar

    pun, dia tidak pernah membawa mereka semua itu ke kelab

    malam. Tempat yang selalu dia pergi pun kedai mamak,

    kerana itulah aktor utama kenapa orang perempuan tidak

    boleh melekat dengannya terlalu lama. Semuanya kerana

    kedai mamak! Ah! Orang perempuan zaman sekarang

    semuanya bercitarasa tinggi. Mahu ke tempat yang mewah-

    mewah sahaja.Ya. Tu aku tau. Kau memanglah sahabat aku yang

    paling tinggilah sangat moral tu. Main-mainkan hati

    perempuan lain kau kata kau bermoral tinggi. Azmer

    berceramah.

    Mer, aku duduk kat rumah hari-hari minggu ni

    untuk menenangkan fkiran aku. Bukan nak dengar kau

    membebel macam ni. Potonglah kau ni. Khairil Izlan

    menggumam. Konsentrasinya pada flem yang ditonton

    sedikit terganggu dengan bunyi suara daripada penceramah

    bebas yang tidak adapayment tu.

    Ee panggil Azmer.

    Apa dia? Potonglah kau ni. Tak senang betul aku

    nak tengok TV, gumam Khairil Izlan lagi.

    Aku nak tanya sesuatu.

    Apa dia?

    Kau bukan gay, kan?

    Choiii!!!! Tanpa sedar kotak DVD itu dibaling ke

    arah Azmer.

    Azmer meletuskan tawa.

    Bila aku tengok keadaan kau yang macam ni, aku

    teringatpulak pada adik aku.

  • 8/2/2019 CJUA

    42/70

    Calon Jodoh Untuk Adik

    42

    Tanpa sedar dia menutur rendah.

    Eh Ina apa khabar ya sekarang? Agak kalau akudatang kat depan dia ada tak harapan untuk aku kena baling

    dengan kasut ke, dengan pasu bunga ke, gurau Khairil Izlan.

    Aku rasa dia akan baling kau dengan parang,

    getus Azmer geram.

    Adik kau tu menakutkan aku sungguhlah. Tapi aku

    salute pada Shahrul sebab boleh tahan dengan dia.

    Aku tak cakap pasal Inalah.

    Wahhh maju setapak bro! Sejak bila kau ada

    adik angkat ni? Tak update dengan aku pun. Khairil Izlan

    sedikit teruja apabila teman baiknya itu sudah menunjukkan

    tahap peningkatan terhadap perhubungan dengan makhluk

    yang bernama perempuan. Dia duduk menghadap Azmer.

    Kau ingat aku macam kau? Aku tak ada masa nak

    mengangkat anak orang jadi adik aku. Cukuplah yang ada ni

    aje, balas Azmer.

    Khairil Izlan mengeluh.

    Laaa tapi tadi kau tak cakap pasal Ina. Habis,

    kau bercakap pasal adik kau yang mana pulak ni? Khairil

    Izlan keliru.

    Kau dah lupa ke? Aku kan ada dua orang adik.

    Yang seorang lagilah.

    Khairil Izlan menepuk dahi. Owh aku lupa.

    Yalah. Dah kau tak kenalkan dekat aku, kan? Mana aku nak

    tau. Aku tahu Ina ajelah. Apa kena dengan adik kau tu?

    Macam kau. Baru lepas putus cinta. Tapi dia takadalah macam kau yang masih bolehhappy happy menonton

    Adnan Sempit sambil makan kerepek ubi cap Cikgu Hendon

    dan Suami ni, balas Azmer. Plastik kerepek ubi cap Cikgu

  • 8/2/2019 CJUA

    43/70

    Areila Sahimi

    43

    Hendon dan Suami berperisa BBQ ditarik menghampirinya.

    Kerepek ubi tersebut dimasukkan ke dalam mulut satu per

    satu.

    Kau nak cakap, situasi adik kau dan aku tu

    berbezalah ya? Normallah. Perempuan. Penuh dengan emosi.

    Putus cinta menangis. Aku lemaslah dengan perempuan yang

    asyik sangat nak keluar air mata ni, kata Khairil Izlan,

    memperlekehkan kaum wanita.

    Kau tu tak bercinta sungguh-sungguh. Aku rasasatu hari nanti kalau kau bercinta dengan sepenuh hati baru

    kau tau macam mana sakitnya hati bila kena tinggal, selar

    Azmer pedas.

    Bro, kau cakap banyak. Kau tu jangankan bini,

    makwe pun aku tengok tak pernah ada, nak menasihatkan

    aku, bidas Khairil Izlan.Jika Shahrul yang sudah punya dua orang anak

    mahu menasihat bolehlahjugak dia ambil kira. Ini Azmer

    berlagak seperti punya pengalaman luas sedangkan bercinta

    pun tak pernah ada di dalam kamus hidupnya.

    Tapi betullah perempuan ni makhluk Tuhan yang

    paling complicated. Dua tiga bulan lepas, awek mana entah,

    serang aku dekat bank. Marah-marah aku. Katanya akulah

    punca dia break o dengan boyriend dia. Sebab aku putus

    dengan Fazuralah, Fazura tu caras boyriend dia, cerita

    Khairil Izlan sambil ketawa. Lucu setiap kali mengingatkan

    wajah berkerut gadis bercelak hitam atas bawah itu.

    Girlriendkau bukan Amelia ke? Azmer blur.

    Aku belum pernah menggunakan istilahgirlriend. Khairil Izlan membetulkan kenyataan Azmer itu.

    Padanya selagi dia tidak berjumpa dengan seorang

    perempuan yang tidak kisah untuk dating di kedai mamak

  • 8/2/2019 CJUA

    44/70

    Calon Jodoh Untuk Adik

    44

    hari-hari selagi itulah perempuan tersebut tidak melepasi

    tahap penilaian yang pertama.

    Tak. Fazura adik angkat aku sebelum aku

    mengangkat Si Amelia tupulak, balas Khairil Izlan lagi.

    Tengok! Sikap kau ni sudah mendatangkan kesan

    buruk pada perhubungan orang lain. Azmer tidak habis

    membebel.

    Sebenarnya orang perempuan ni memang macam

    tu. Pada aku senang aje. Kumbang bukan seekor. Bunga

    bukan sekuntum. Gah Khairil Izlan menuturkan.

    Aku ni berdoa sangat agar ada antara adik-adik

    angkat ko tu yang boleh buat kau tertunduk.

    Khairil Izlan ketawa besar mendengar doa Azmer

    itu. Doa seorang sahabat. Hebat!

    Ubat? Khairil Izlan menyoal apabila melihat

    Azmer mengambil dua tiga biji pil di dalam bekas ubat.

    Supplement, balas Azmer bersahaja.

    Sejak bila kau pandai makan benda-benda ni

    semua?

    Menjaga kesihatan. Apa salahnya?

    Khairil Izlan mengangkat bahu, malas mahu

    mengambil tahu supplement apa yang diambil oleh Azmer

    itu. Silap hari bulan kalau dia bertanya, mahu Azmer boleh

    bertukar menjadi pakar kesihatan pula selepas tadi jenuh

    juga dia mendengar ceramah percumanya. Dia mahu

    menonton dengan tenang. Matanya kembali menonton Adnan

    Sempit di kaca LCD. Azmer juga, walaupun sudah menontonflem ini banyak kali. Kemudian mereka sama-sama ketawa

    apabila mendengar dialog Shaheizy Sam yang berbunyi

    banana ruits two times.

  • 8/2/2019 CJUA

    45/70

    Areila Sahimi

    45

    ARISSA masih lagi tekun

    membantu Arina di dapur.

    Kacang botol dan timun yang

    telah dibersihkan dipotong kecil-kecil supaya mudah dimakan

    dengan nasi. Hari ini ada aktiviti makan-makan. Setiap bulan

    inilah aktiviti yang mereka biasa lakukan. Cuma bulan lepas

    sahaja tiada aktiviti makan-makan kerana Azmer ada kerja di

    luar. Arissa sudah berada di rumah Arina sejak semalam lagi.

    Maklumlah, bukankah dia bekerja part time sebagai orang

    gaji Arina?

    Di luar, Azmer dan Shahrul sedang sibuk

    memanggang ikan terubuk. Bau aroma rempah yang dilumur

    di sekeliling ikan terubuk itu benar-benar membangkitkan

    selera. Kelebihan Arina yang membuatkan Shahrul semakin

    hari semakin menyayangi Arina adalah kerana kebolehan

    Arina memasak segala jenis masakan. Arissa bangga dengan

    Kak Inanya kerana di awal perkahwinannya, Kak Ina bukanpandai masak pun. Masak nasi pun selalu sahaja hangit. Yang

    dia masterhanyalah Maggi-kari-telur-gegar sahaja. Kini, dia

    sangat hebat. Macam Che Diva!

    Bab 8

  • 8/2/2019 CJUA

    46/70

    Calon Jodoh Untuk Adik

    46

    Mummy, abah dah siap masak ikan, beritahu

    Boboy.

    Apesalmuka macam ni, Boy? tanya Arina seraya

    membersihkan muka Boboy yang sedikit hitam dengan kertas

    tisu.

    Ni main apa ni Boy? Mesti main dengan arang ni,

    bebel Arina tidak habis-habis.

    Sudahlah Kak Ina. Jom, kita bawa semua ni ke

    depan. Makan kat pondok depan tukan, kata Arissa tidak

    mahu mendengar lagi suara Kak Inanya membebel marahkan

    Boboy.

    Yalah. Ris bawak semua ni keluar dulu. Kakak nak

    tukarkan baju Boboy sekejap, kata Arina memberi arahan.

    Okey. Arissa akur.

    Sayur pucuk ubi masak lemak dia senduk ke dalam

    mangkuk. Begitujugak dengan daging masak kicap dan sayur

    campur. Bawang kecil, cili padi dan tomato yang telah siap

    dihiris-hiris diperahkan asam limau dan kicap cap Kipas

    Udang sebagai pencecah ikan bakar pun sudah siap sedia. Dia

    angkat satu per satu ke hadapan sementara kakaknya

    memandikan Boboy. Di bilik air tingkat atas, masih

    kedengaran suara Kak Inanya membebelkan Boboy. Kak Ina

    kalau sekali membebel memang payah nak berhenti.

    Mereka semua sudah berkumpul di atas pondok

    kecil di laman rumah Kak Ina dan Abang Shahrul. Semua

    makanan sudah siap berhidang.

    Selang beberapa minit muncul Kak Ina dan Boboy.

    Kelihatannya mata Boboy bengkak sedikit. Masih kedengaran

    Boboy yang tersedu-sedan ketika mendapatkan abahnya.

    Shahrul cepat-cepat memujuk anak kecil itu.

  • 8/2/2019 CJUA

    47/70

    Areila Sahimi

    47

    Arissa fkir, pasti teruk Boboy kena marah dengan

    mummynya tadi. Entah-entah kepit ketam Kak Ina kena di

    badannya.

    Selesai membaca doa mereka semua makan dengan

    berseleranya ditambah lagi dengan angin yang sepoi-sepoi

    bahasa, semuanya makan bertambah dua tiga kali. Cuma

    Azmer sahaja yang kelihatan agak kurang berselera.

    Sikitnya makan abang. Selalu abanglah orang

    paling last sekali habis makan, kata Arissa apabila melihatAzmer sudah mencuci tangan pada paip di tepi pondok.

    Haahlah Abang Mer. Tambahlah lagi, kata Shahrul

    pula. Di hadapan ahli keluarga dia akan menggunakan kata

    ganti diri Abang Mer kepada Azmer sebagai tanda hormat.

    Tapi apabila lepak-lepak berdua dia dan Azmer lebih senang

    untuk menggunakan kau-aku sahaja.Azmer sekadar mempamerkan senyuman segaris.

    Dah kenyang. Tadi sebelum datang ke sini abang

    dah makan dengan Ee, beritahu Azmer.

    Arina mencebik.

    Tak habis-habis dengan Ee, ngomelnya ketika

    menyuap nasi ke mulut Gegirl.Ee ada dekat rumah ke hari ini? Kenapa tak ajak

    dia makan sekali? sahut Shahrul pula sengaja mahu

    menggiat isterinya.

    Mata Arina membuntang. Suami dan abangnya

    selalu begitu. Itulah perkara yang paling dia tidak suka

    kenapa perkara itu yang seringkali mereka persendakan.

    Serentak dengan itu Azmer dan Shahrul sama-sama

    meletus ketawa.

    Arissa menjadi pelik melihat mereka bertiga. Ini

  • 8/2/2019 CJUA

    48/70

    Calon Jodoh Untuk Adik

    48

    sudah kali keberapa dia mendengar nama Ee itu. Setiap kali

    nama Ee disebut, pasti Kak Inanya naik berang.

    Sape Ee tu abang? katanya ingin tahu.

    Kawan abang dengan Abang Shah, beritahu

    Azmer tanpa berselindung.

    Kenapa Kak Ina marah sangat setiap kali nama Ee

    naik? Arissa bertanya lagi. Tiba-tiba dia berminat pula untuk

    mengetahui gerangan nama Ee itu.

    Mana ada kakak marah. Meluat aje, sampuk Arina

    menyangkal kata-kata Arissa.

    Kata-kata Arina itu sekali lagi mengundang tawa

    kecil Azmer dan Shahrul.

    Ris nak berkenalan dengan Ee tak? Dia baik, kata

    Azmer tiba-tiba.

    Arissa merenung abangnya.

    Abang jangan pandai-pandai nak kenenkan Arisa

    dengan Ee tu. Ina tak setuju, sampuk Arina laju.

    You pun ya sambungnya lagi menuding

    telunjuk ke arah Shahrul yang tersengih-sengih menyokong

    usul Azmer itu.

    Ris pun ya. Banyak lagi lelaki lain kat luar sana.

    Tak payah nak hadap sangat Ee tu.

    Arissa memandang pelik ke arah kakaknya yang

    tidak berhenti membebel. Aku pun kena?

    Apa ni nak marah-marah orang pulak? Tak cakap

    apa pun, katanya tidak puas hati. Dia tidak tahu hujung

    pangkal jalan cerita pun apa sebenarnya sengketa merekadahulu.

    Apa salahnya dengan Ee? Sekurang-kurangnya

  • 8/2/2019 CJUA

    49/70

    Areila Sahimi

    49

    abang tahu yang Ee boleh jaga Ris dengan baik kalau mereka

    bersama, selar Azmer.

    Kadang-kadang dia rasakan Arina terlalu berlebihan

    memarahi Khairil Izlan seperti ini. Jika bukan kerana usaha

    Khairil Izlan yang murni itu, tidak mungkin jugaklah Arina

    akan menemui bahagia dengan Shahrul sehingga ada anak

    dua. Kenapa hal yang lama perlu dipanjang-panjangkan? Ada

    benarnya kata-kata Khairil Izlan. Kaum wanita biasanya

    dikuasai emosi.Jangan nak mengada! Ris jangan terima usul

    abang tu. Kalau betul Ris nak cari calon, kakak boleh

    kenalkan yang lebih baik, yang lebih ganteng, yang lebih

    hebat dari Ee, tukas Arina.

    Sudahlah. Abang Mer dengan Kak Ina ni dari

    hari tu bertekak bila sebut aje nama Ee. Ris tak perlukanmana-mana lelaki pun setakat ni okey. Come onlah. Kasi

    canlah Ris enjoy dulu. Lagipun terburu-buru buat apa,

    katanya mahu menamatkan perdebatan mulut antara Azmer

    dan Arina.

    Azmer mempamerkan senyumannya.

    Abang sengaja aje bergurau. Kita bukan selalu

    berkumpul ramai-ramai macam ni. Takut nanti dah tak ada

    peluang lagi nak berkumpul bergurau adik-beradik macam

    ni, ujar Azmer rendah.

    Arissa dan Arina berpaling melihat tepat ke wajah

    Azmer.

    Apalah Abang Mer ni. Bukan setiap bulan ke kita

    berkumpul macam ni? ujar Shahrul seraya menepuk bahuAzmer. Ada segaris senyuman payah terukir di bibirnya.

    Azmer tersenyum hambar.

  • 8/2/2019 CJUA

    50/70

    Calon Jodoh Untuk Adik

    50

    Yalah. Aku tahu. Tapi aku kan sejak dua menjak ni

    sibuk aje. Manalah tahu tak ada peluang nak berkumpul

    macam ni, tipu Azmer.

    Abang ni apalah! Kalau bulan depan abang sibuk,

    kita kan bolehpostpone bulan depan lagi. Kalau bulan depan

    lagi abang sibuk. Kita boleh postpone ke bulan bulan depan

    lagi. Kalau sibukjugak, kita bolehpostpone

    Bulan bulan bulan depan lagi. Sahut

    mereka semua.

    Mereka semua ketawa senang hati di dalam pondok.

    Senang hati kerana perut kenyang. Dan jugak ada yang

    senang hati bila cerita Ee mati di situ sahaja.

  • 8/2/2019 CJUA

    51/70

    Areila Sahimi

    51

    ARISSAtidak tahu apa yang ada di

    dalam ikiran kakaknya sehingga

    dia benar-benar melakukannya.

    Dia tak pernah jangka yang kakaknya akan mengambil

    kira soal abang yang ingin mengkenenkan Ee buatnya itu

    menjadi terlalu serius di dalam hidupnya. Dia ingat cerita

    itu habis setakat hari itu sahaja tetapi rupa-rupanya ada

    sambungan sampai ke hari ini. Tanpa menunggu masa yang

    lama kakaknya telah menetapkan janji temu Arissa dengan

    teman lamanya. Kak Ina memang pantas! Sepantas Soyuz

    yang membawa Dr. SMS naik ke ISS rasanya.

    Dengan tindakan drastik kakaknya itu tidak

    semena-mena dia lebih teruja untuk berjumpa dengan Ee

    daripada berjumpa dengan date yang kakaknya aturkan hari

    ini. Berpengaruh sungguh ya Ee itu. Aduhai Kak Ina.

    Melecetnya lebih!

    Arissa memang sayangkan kakaknya walaupunmulut kakaknya agak jahat dan selalu membuatkan tahi

    telinganya mencair setiap kali sesi membebel bermula. Akan

    tetapi Arissa akan lebih sayangkan kakaknya jika dia berusaha

    Bab 9

  • 8/2/2019 CJUA

    52/70

    Calon Jodoh Untuk Adik

    52

    menolong Arissa mencari kerja yang lebih baik dan bergaji

    lebih tinggi daripada bekerja sebagai jurujual di Courts

    Mammoth. Ini mahu membantu mencari lelaki yang boleh

    dijadikan bakal suami pula. Arissa masih muda. Sikit bulan

    lagi umurnya akan menginjak ke angka dua puluh tiga tahun.

    Dia belum mahu berkahwin kerana dia belumpass memasak

    pun lagi. Percayalah!!!

    Arissa seperti lembu dicucuk hidung. Tidak boleh

    nak menolak. Tidak boleh berkata tidak. Mentang-mentangselama ini hampir seluruh maintenance hidupnya ketika

    masih belajar dan menganggur dahulu ditanggung oleh

    kakaknya, sewenang-wenangnya dia memaksa Arissa

    melakukan benda-benda yang paling dia tidak suka. Konon-

    konon sebagai membalas jasa.

    Perlukah dia bertemu dengan lelaki yang ingin

    dikenalkan kepadanya yang masih single and available ini

    dengan memakai baju kurung kain cotton dan mekap

    melekat di muka? Arissa terasa dirinya seperti diperlakukan

    macam badut sarkas. Selalunya dia mengenakan celak mata

    berwarna hitam atas bawah alis mata sahaja. Tapi kerana

    mengikut telunjuk kakaknya, mata Arissa seperti mata

    burung nuri. Warna-warni! Kuning ada. Hijau ada. Macamdekat petrol pamjugak!

    Atas desakan kakaknya, Arissa berada di sini hari ini

    pada hari cutinya. Di tengah-tengah Secret Recipe menanti

    lelaki yang telah kakaknya tetapkan untuk bertemu janji

    dengannya hari ini. Hatinya sedikit gementar. Dia tidak tahu

    bagaimana rupanya lelaki yang ingin kakaknya perkenalkan

    kepadanya. Mujur juga kakaknya turut sama menemani.Kalau tidak, dia rasa dia dah lama lari dari sini. Tak kuasa eih

    nak bertemu janji buta-buta macam ni. Semua itu mana

    boleh pakai!

  • 8/2/2019 CJUA

    53/70

    Areila Sahimi

    53

    Argh Arissa sudah menanti hampir satu jam

    tetapi kelibat lelaki ini tidak juga muncul. Bengangnya Arissa

    kerana telah membuang waktu percuma sahaja.

    Kak, Ris paling pantang tau pada orang yang tak

    punctual. Arissa mula merungut. Bencinya dia pada orang

    yang tak pandai menepati waktu. Mintak maaah. Awal-awal

    lagi markah buat lelaki yang belum dia temui itu telah ditolak

    satu.

    Sabarlah. Mungkin jalanjammed. Kita mana tahumasalah orang. Kita order brownies pulak nak? Arina yang

    turut sama kelihatan gelisah cuba mengumpan Arissa dengan

    brownies sementara mahu menanti calon pilihannya itu tiba.

    Ngeee tak maulah! kata Arissa laju.

    Kak, lama-lama ni Abang Shahrul tak bising ke?

    soal Arissa. Sudah hampir dua jam dia dan kakaknya keluar.Dia risau pula abang iparnya itu akan bising nanti jika isteri

    kesayangannya itu pulang lewat.

    Tak apa. Dia pergi memancing dengan abang, kata

    Arina bersahaja.

    Arissa melopong. Boboy dengan Gegirl?

    Rumah opah diorang, kata Arina sambiltersengih.

    Arissa mengetap bibir. Senangnya kakak! Suka-suka

    hati sahaja meninggalkan anak di rumah mertua sedangkan

    dia boleh bersenang-lenang keluar.

    Ris, Ris dia dah datang, kata Arina seakan teruja

    melihat kehadiran teman lamanya itu. Dia meminta Arissa

    membetulkan kedudukannya dan memperkemaskan diri

    apabila lelaki itu semakin menghampiri.

    Arissa menoleh ke belakang selepas membetulkan

  • 8/2/2019 CJUA

    54/70

    Calon Jodoh Untuk Adik

    54

    baju kurungnya. Dia terpanar melihat susuk tubuh lelaki itu.

    Lelaki yang sama dia jumpa di McDonalds hari itu! Tidak

    seperti Arissa yang terkejut beruk, lelaki itu kelihatan biasa

    sahaja. Boleh tersenyum lagi. Okey. Satu markah buat

    senyuman yang manis itu.

    Hai Encik Fariz. Kenalkan. Inilah adik saya, Seri

    Arissa. Arina memperkenalkan Arissa kepada temannya yang

    bernama Fariz itu.

    Siti Nurhaliza? kata Fariz buat-buat tidak dengardengan kata-kata Arina tadi.

    Arina hanya ketawa mendengar jenaka lelaki itu.

    Arissa pula sekadar tersenyum tawar. Lawak lelaki

    bernama Fariz ini langsung tidak membuatkan dia rasa mahu

    ketawa. Kalau lawak sebegitu sudah basi untuk

    diperdengarkan kepada dia kerana ramai manusia telahmenggunakan lawak yang sebegitu kepadanya semenjak Siti

    Nurhaliza menang AJL pada tahun 1996 melalui lagu Jerat

    Percintaan. Tahun tu dia masih bodoh-bodohjugak sebab dia

    tak kenal pun Anuar Zain yang kena ikat tangan waktu Siti

    Nurhaliza bertanding!

    Melihat Arissa yang langsung tidak bereaksi dengan

    jenakanya membuatkan Fariz seperti malu sendiri.

    Seri Arissa, kata Arissa cuba membetulkan

    sebutan lelaki itu. Dia tidak mahu memalukan kakaknya di

    depan lelaki ini.

    Arina awal-awal lagi sudah bagi amaran kepadanya

    agar menjaga tingkah di depan temannya ini kerana Fariz

    bukan sembarangan orang. Fariz bekas bos Arina semasa diamenjalani latihan praktikal di Jabatan Perkhidmatan Awam

    dulu. Dulu Fariz hanyalah pegawai kerajaan skim PTD M41

    sahaja. Sekarang dia sudah menjawat gred yang lebih tinggi.

  • 8/2/2019 CJUA

    55/70

    Areila Sahimi

    55

    Gred M48. Arina kata gaji mencecah RM5,000 sebulan dan

    telah pun memilih opsyen pencen apabila bersara kelak. Ada

    rumah sendiri dan memandu Nissan Sentra berwarna hitam.

    Walaupun rumah dan kereta masih dalam pinjaman bank,

    tetapi menurut kiraan Arina, sebelum pencen pasti dua-dua

    hutang itu akan selesai. Silap hari bulan sempat membeli

    sebiji banglo sebagai rumah kedua pula.

    Kelebihan kakaknya yang paling dia kagumi. Kak

    Inanya kalau buat research pasal seseorang pasti dia akanbuat sungguh-sungguh. Semua benda dia akan korek dalam-

    dalam. Gayanya Encik Fariz ini calon yang paling sesuai

    untuknya pada mata Arina. Arissa? Entah. Tak ada eeling

    langsung.

    Sepanjang tempoh pertemuan itu, dia lebih banyak

    mendiamkan diri. Kak Ina tetap Kak Ina. Dia kata mahu

    perkenalkan Encik Fariz kepada Arissa. Tapi Arissa rasa

    kakaknya pula yang over. Rancaknya Arina dan Encik Fariz

    bercerita itu ini sampaikan Arissa rasa dia macam tunggul aje

    di tengah-tengah mereka berdua. Tahulah sudah lama tidak

    bertemu, tapi perlukah buat episod Jejak Kasih di sini? Di

    hadapan Arissa yang bagaikan telah disumpah menjadi

    tunggul kayu.Kak. Arissa mencelah di balik perbualan Arina

    dan Fariz yang masih lagi rancak berlangsung.

    Apa dia? soal Arina.

    Nak pergi tandas, kata si tunggul kayu ini

    perlahan sambil bermuka ketat.

    Ermmm. Arina membalas dengan gayabersahaja. Selepas itu dia menyambung semula perbualan

    yang terhenti akibat gangguan Arissa tadi.

    Sepanjang perjalanan ke tandas, tidak henti-henti

  • 8/2/2019 CJUA

    56/70

    Calon Jodoh Untuk Adik

    56

    mulut Arissa menggumam dengan sikap kakaknya yang

    bagaikan telah lupa dengan tujuan utamanya membawa dia

    ke sini. Dia terasa seperti membuang masa. Kalaulah cuti

    hari Sabtu ini dia duduk di rumah sambil menonton flem

    Shah Rukh Khan dalam slot Panggung Sabtu di TV3 pasti

    lebih menarik kut daripada duduk menjadi tunggul di

    tengah-tengah kakaknya dan Encik Fariz. Menyesal!

    Selesai urusan pelaburan di tandas Arissa kembali

    semula. Dia lihat hanya Encik Fariz sahaja yang berada dimeja. Kakaknya pula sudah ghaib. Ah, sudah!

    Kak Ina mana? soalnya ketika melabuhkan

    punggung.

    Ina dah balik. Boboy dan Gegirl dah meragam,

    jawab Fariz bersahaja.

    Mata Arissa membulat mendengar jawapan Fariz.Kak Ina kan sengaja!

    Kalau macam tu saya pun nak balik jugaklah,

    katanya seraya mengangkat punggung.

    Eh, Ina aturkan pertemuan ni untuk kenalkan

    awak dengan saya. Lagipun awak minta cuti hari ini pun

    memang untuk berjumpa dan berkenalan dengan saya, kan?

    Kita tak sempat nak berkenalan lagi. Takkan awak nak balik

    dah? Fariz cuba menahan Arissa dari pergi.

    Kaki Arissa terhenti melangkah.

    Benaran! Kelmarin atas usahanya menahan telinga

    mendengar ceramah daripadasupervisornya akhirnya hari ini

    dia dibenarkan untuk bercuti juga. Jarang supervisornya

    memberi cuti kepada kakitangannya pada hujung minggu.

    Lagipun mana ada seorang salesperson pun mahu bercuti

    time Sabtu atau Ahad pada waktu seluruh orang gomen

    mendapat gaji. Komisen yang boleh diperolehi pada hari

  • 8/2/2019 CJUA

    57/70

    Areila Sahimi

    57

    Sabtu dan Ahad adakala macam menang loteri. Dia sudah

    dapat membayangkan bagaimana menjunamnya gra

    jualannya pada bulan ini. Memang tidak akan mencapai

    target bulanan kerana bulan ini sahaja sudah dua kali

    berturut-turut dia mengubah cutinya ke hari Sabtu dan Ahad.

    Pasti Encik Razak, pengurus cawangan itu akan membebel

    kepadanya kala melihat hasil jualannya.Ngeee dia tak suka

    buatsale!

    Arissa lihat pandangan mata Fariz. Seperti mengertiapa yang lelaki itu harapkan, dia kembali duduk.

    Saya ingatkan Encik Fariz lebih berminat untuk

    bersembang dengan Kak Ina aje, katanya sinis ketika

    melabuhkan punggung kembali.

    Fariz ketawa kecil mendengar sindiran Arissa itu.

    Arisa nak makan apa-apa lagi ke? Dia bertanya.Arissa menggeleng.

    Tak apa. Saya dah terlebih makan pun semasa

    menunggu Encik Fariz datang tadi, jawabnya terus terang.

    Okey. Jadi kita nak mula dari mana? Fariz

    bertanya.

    Arissa lihat wajah Fariz yang beriak bersahaja.

    Mula apa? Dia bertanya kembali kerana kurang

    aham soalan Fariz.

    Kita nak berkenalan, jadi saya nak tau kita nak

    mula dari mana, terang Fariz.

    Owh. Mulut Arissa membulat. Dia tersengih.

    Nampaknya dia jenis lelaki yang straight orward. Menyoalpun tidak ada kias-kias dan bunga-bunga.

    Encik Farizlah cerita pasal Encik Fariz dulu.

    Arissa menyuruh Fariz memulakan dulu.

  • 8/2/2019 CJUA

    58/70

    Calon Jodoh Untuk Adik

    58

    Biasa ladies frst.

    Tak apa. Tu semua dah basi. Kita buatlah carakita, ujar Arissa.

    Nama saya Syed Mohd Fariz bin Syed Mohd Omar.

    Umur tiga puluh lima tahun. Anak kedua daripada empat

    beradik. Saya anak lelaki tunggal dalam keluarga. Bekerja

    sebagai kakitangan awam. Masih bujang.

    Arissa menelan air liur mendengar Fariz bercerita

    tentang dirinya. Tang umur ada masalah sikit. Tiga puluh

    lima tahun? Tu lebih tua daripada abang tau! Lupakah Kak

    Inanya pada kriteria laki-laki idamannya yang pernah dia

    nyatakan kepada kakaknya dahulu? Lelaki idamannya

    perlulah mempunyai perbezaan umur sekurang-kurangnya

    setahun dengan dia atau paling tidak tua lima atau enam

    tahun sahaja. Kak Ina ni ada ke patut mengadjust pak cik tuauntuk dirinya. Dia hampir mencecah dua puluh tiga tahun.

    Beza dua belas tahun tu!

    Saya Arissa. Umur nak dekat dua puluh tiga tahun.

    Anak bongsu. Saya kerja di Courts Mammoth.Sales person,

    kata Arissa senada sengaja mencipta suasana hambar kerana

    dia tidak berkenan mahu berkenalan dengan lelaki yang tua

    dua belas tahun daripada dirinya.

    Owhhh dua puluh tiga tahun, kata Fariz

    bersahaja.

    Arissa lihat Fariz mengangguk-anggukkan

    kepalanya. Dia fkir Fariz mengagak seorang perempuan yang

    berpakaian sepertinya pasti berada dalam lingkungan umur

    yang sebegitu. Sales person? Dia bertanya. Mengagak itulah

    jawatan paling sesuai untuk Arissa di Courts Mammonth.

    Arissa mengangguk lantas berkata dengan bangga.

  • 8/2/2019 CJUA

    59/70

    Areila Sahimi

    59

    Kalau nak beli TV LCD besar ke, plasma besar ke, home

    theatherbesar ke boleh datang jumpa saya.

    Fariz tertawa besar mendengar kata-kata Arissa itu.

    Ina cakap awak berminat menceburi bidang perniagaan.

    Arissa menelan air liur. Sehingga ke situ pun Kak

    Ina ceritakan kepada Fariz? Sekarang mungkin tidak. Tapi

    mungkin nanti-nanti saya bakal bergelar businesswoman

    yang berjaya.

    Fariz ketawa lagi setelah mendengar jawapan Arissa

    yang mungkin agak kreati.

    Single? Dia bertanya lagi.

    Kali ini Arissa hanya mengangguk kepala. Dia

    memang seorang perempuan yang baru kehilangan kekasih

    akibat dicaras oleh teman baik sendiri.

    Single and available? Fariz masih lagi menyoal

    Arissa.

    Lebih kurang, jawab Arissa malas.

    Bagus!

    Suara Fariz yang sedikit kuat untuk jawapan yang

    Arissa berikan pada soalan terakhirnya itu membuatkan

    Arissa sedikit terkejut. Mukanya berkerut. Cuba mentasir

    reaksi lelaki itu tadi.

    Bagus? soal Arissa. Keningnya terangkat.

    Bagus sebab tak ada siapa yang akan mengganggu

    kalau awak dan saya masih single dan available. Jadi kita

    boleh mulakan dengan langkah pertama. Sudi jadi kekasih

    saya?Arissa melopong mendengar kata-kata Fariz. Siapa

    nak jadi girlriend dia? Tak mahu aku! Desis hatinya. Baru

    pertama kali bertemu sudah mahu declare pakwe-makwe.

  • 8/2/2019 CJUA

    60/70

    Calon Jodoh Untuk Adik

    60

    Adakah ini tanda-tanda dia seorang lelaki yang terdesak

    untuk berumah tangga kala umur tiga puluh lima tahun

    masih belum punya calon isteri?

    Encik Fariz, awak dah tersilap okey. Saya setuju

    jumpa awak hari ini sebab Kak Ina yang suruh saya

    berkenalan dengan encik. Berkenalan aje. Bukan suruh terus

    jadi kekasih encik tau.

    Kata-kata Arissa yang kedengaran cukup jujur dan

    tidak pandai nak menipu membuatkan Fariz ketawa besar.

    Saya main-main sahajalah. Saya tahu awak baru

    putus cinta. Bukan senangkan nak bikin cinta baru, katanya

    bersahaja.

    Mata Arissa membuntang. Pasti kakaknya telah

    bercerita secara detailperihal dirinya. Pengalaman dia putus

    cinta pun Kak Inanya canangkanjugak.Macam-macamjugak Kak Ina dah ceritakan pada

    awak, kata Arissa.

    Sikit-sikit. Saya yang minta Ina ceritakan sedikit

    sebanyak tentang orang yang dia nak perkenalkan pada saya.

    Saya dah lama tak jumpa Ina. Saya pun tak tahu dia dah

    berkahwin. Saya dan Ina pun berjumpa semula dalam

    Facebook asalnya. Dari situlah dia mula promote pada saya

    yang dia ada seorang adik yang masihsingle. Bila saya lihat

    gambar Ina bersama awak baru saya tahu awak adik Ina. Saya

    masih ingat wajah awak semasa kita berjumpa di McD dulu,

    ujarnya.

    Laaa ya ke? Maknanya awak tahulah saya adik

    Kak Ina yang Kak Ina nak kenalkan tu?

    Fariz mengangguk. Awak agak manis bila pakai

    baju kurung.Nice.

  • 8/2/2019 CJUA

    61/70

    Areila Sahimi

    61

    Arissa tersenyum malu mendengar kata-kata Fariz.

    Dia bijak memuji.

    Ermmm jomlah kita balik. Dah lama kita kat

    sini, kata Arissa setelah agak lama dia dan Fariz bertukar

    cerita.

    Okey. Saya hantar Arissa.

    Eh, tak apalah. Saya boleh balik sendiri.

    Jangan macam tu. Ina amanahkan saya untukhantar awak selamat pulang ke rumah. Saya tak boleh

    mungkir janji. Kata Fariz jujur.

    Arissa tidak ada pilihan. Dia angguk sahajalah. Fariz