ciri portfolio

Upload: zaki-mohammad

Post on 03-Jun-2018

365 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Ciri Portfolio

    1/1

    Ciri-Ciri Portfolio

    Portfolio yang baik perlulah mempunyai ciri-ciri seperti berikut. Antaranya ialah

    portfolio merupakan dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan

    penilaian yang teliti. Justeru, ia merupakan dokumen yang terhasil melalui kerja yang terancangdan tersusun.

    Selain itu proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk

    mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan

    maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir dan pembelajaran secara ini juga

    menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai

    pihak.

    i samping itu juga kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan

    mestilah logic serta bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan. !elalui kaedah ini

    dapat menggambarkan sejelas-jelasnya akti"iti pelajar iaitu rasional, matlamat, hala tuju,

    prosedur kerja, pengalaman dan harapan.

    !elalui kaedah portfolio juga, sesuatu hasilan yang dilaksanakan oleh pelajar adalah

    secara autentik. #ni adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja yang original

    melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja lapangan $field work%.

    &asil kerja didokumentasikan dalam pelbagai bentuk yang boleh menunjukkan keasliaannya.

    #anya juga dapat menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti

    ulasan, komen dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan

    pembelajaran. isamping dapat memuatkan catatan pembimbing yang membantu pelajar

    merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang sudah dibuat untuk menentukan tindakan

    susulan. 'riteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan pelajar

    sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif.