ciri penulisan sejarah

4
CIRI-CIRI DALAM PENULISAN SEJARAH 1. Penulisan sejarah adalah mengenai masyarakat yang telah lalu . 2. Tekanan diberikan kepada hal-hal mengenai masyarakat. 3. Sejarah individu hendaklah dikaitkan juga dengan masyarakat, kerana individu tidak terbentuk sahsiahnya atau keperibadiannya tanpa pengaruh masyarakat. 4. Faktor-faktor sosial (kemasyarakatan) yang mempengaruhi individu dan kelompok- kelompok manusia adalah kompleks dan memerlukan penelitian yang mendalam. 5. Penulisan sejarah meneliti perubahan- perubahan yang berlaku dalam masyarakat (dan individu) dalam sesuatu jangka masa tertentu yang agak panjang (dekad, kurun, darsawarsa, dll). 6. Sejarawan hendaklah mengenalpasti faktor-faktor yang sama atau berbeza yang menyebabkan perubahan berlaku, dan 1

Upload: melania-a-dingkim

Post on 17-Jan-2016

54 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: CIRI Penulisan Sejarah

CIRI-CIRI DALAM PENULISAN SEJARAH

1. Penulisan sejarah adalah mengenai masyarakat yang telah lalu.

2. Tekanan diberikan kepada hal-hal mengenai masyarakat.

3. Sejarah individu hendaklah dikaitkan juga dengan masyarakat, kerana individu tidak terbentuk sahsiahnya atau keperibadiannya tanpa pengaruh masyarakat.

4. Faktor-faktor sosial (kemasyarakatan) yang mempengaruhi individu dan kelompok-kelompok manusia adalah kompleks dan memerlukan penelitian yang mendalam.

5. Penulisan sejarah meneliti perubahan-perubahan yang berlaku dalam masyarakat (dan individu) dalam sesuatu jangka masa tertentu yang agak panjang (dekad, kurun, darsawarsa, dll).

6. Sejarawan hendaklah mengenalpasti faktor-faktor yang sama atau berbeza yang menyebabkan perubahan berlaku, dan pola-pola tertentu dalam aktiviti-aktiviti manusia dalam masyarakat.

7. Sejarawan menganalisa bagaimana masyarakat berbeza di antara satu dengan lain pada tempoh-tempoh masa tertentu, dan bagaimana ia membangun atau merosot

8. Sejarawan hendaklah bercerita tentang masyarakat (atau individu). Ia hendaklah mengandungi naratif (unsur-unsur penceritaan) yang merentasi tempoh masa.

1

Page 2: CIRI Penulisan Sejarah

9. Di dalam penceritaan itu, ia hendaklah ada juga unsur-unsur analisanya.

10. Ia juga memerlukan penjelasan.

11. Rentetan tarikh-tarikh sahaja tidak mencukupi. Ia bukan sejarah.

12. Penentuan tarikh-tarikh pun merupakan tanggungjawab sejarawan.

13. Tanpa analisa, sejarah tidak lengkap; tanpa pentarikhan ia tidak wujud.

14. Penulisan sejarah adalah mengenai yang khusus dan unik.

15. Pola-pola yang menunjukkan perhubungan-perhubungan dan struktur-struktur dalam masyarakat sangat penting. Demikan juga analisa dan penjelasannya.

KEMAHIRAN MENULIS SEJARAH

1. Sejarawan hendaklah berupaya mencari umber-sumber sejarah yang relevan. Justeru, sejarawan bukan sahaja telah mengetahui tentang masyarakat yang hendak dikajinya, tetapi juga meneliti kesahihan sumber-sumbernya.

2. Sejarawan hendaklah berupaya mentafsir sumber-sumber itu.

3. Sejarawan hendaklah berupaya menghubungkan pentafsirannya dalam bentuk tulisan sejarah.

2

Page 3: CIRI Penulisan Sejarah

4. Sejarawan perlu meneliti tempoh-tempoh masa tertentu yang membawa perubahan. Ia perlu mengenalpasti peristiwa-peristiwa yang khusus dan unik itu, dan pada masa yang sama dapat memberikan penjelasan yang meyakinkan serta dapat menghubungkaitkan faktor-faktor tertentu. Ia hendaklah dapat mengenalpasti bukti-bukti yang tidak lengkap dan bertaburan, dan mengetahui keperluan untuk menyusun elemen-elemen itu supaya menjadi satu struktur yang memuaskan.

5. Sejarawan perlu mengulang-ulang pentafsirannya, dan mungkin perlu membuat pindaan-pindaan semula setelah menulis sejarahnya. Ia hendaklah bersedia untuk menulis semula beberapa kali derafnya sehingga ia sendiri berpuashati bahawa tulisan sejarahnya adalah muktamad.

3