ciri dan prinsip bercerita

5
CIRI-CIRI Aktiviti bercerita adalah sesuai dilaksanakan semasa proses PdP untuk membantu meningkatkan lagi pengetahuan murid. Sebuah aktiviti yang baik adalah mampu mencerna daya kreatif dan imaginasi murid. Aktiviti bercerita sememangnya dapat membantu murid menjadi lebih kreatif dan membantu meningkatkan daya imaginasi mereka dengan adanya jalan cerita yang menarik serta watak-watak yang sesuai dengan cerita. Di samping itu, aktiviti ini juga dapat melatih murid dalam pelbagai jenis kemahiran dan kecekapan dalam bahasa. Semasa menjalankan aktiviti bercerita, kemahiran bahasa mereka terutama sekali kemahiran mendengar dan bertutur sebenarnya dilatih dengan lebih berkesan kerana murid sudah pasti akan mendengar cerita yang disampaikan lalu menjalani aktiviti soal jawab dengan guru selepas itu. Ciri yang seterusnya ialah aktiviti bercerita menggalakkan murid berinteraksi dengan lebih berkesan. Di sini, murid akan lebih terlatih untuk berinteraksi ataupun berkomunikasi dengan lebih berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan ekspresi muka. Ini kerana, tidak kiralah sama ada guru mahupun murid yang bercerita, murid akan belajar bahasa badan dan bahasa yang sesuai semasa penyampaian cerita berlangsung. Selain itu, aktiviti cerita juga mampu meluaskan pengalaman dan pengetahuan murid. Jalan cerita yang pelbagai dapat membantu meluaskan

Upload: jesse-owens

Post on 11-Dec-2015

433 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

hi

TRANSCRIPT

Page 1: Ciri Dan Prinsip Bercerita

CIRI-CIRI

Aktiviti bercerita adalah sesuai dilaksanakan semasa proses PdP untuk membantu

meningkatkan lagi pengetahuan murid.

Sebuah aktiviti yang baik adalah mampu mencerna daya kreatif dan imaginasi murid.

Aktiviti bercerita sememangnya dapat membantu murid menjadi lebih kreatif dan membantu

meningkatkan daya imaginasi mereka dengan adanya jalan cerita yang menarik serta watak-

watak yang sesuai dengan cerita.

Di samping itu, aktiviti ini juga dapat melatih murid dalam pelbagai jenis kemahiran dan

kecekapan dalam bahasa. Semasa menjalankan aktiviti bercerita, kemahiran bahasa mereka

terutama sekali kemahiran mendengar dan bertutur sebenarnya dilatih dengan lebih berkesan

kerana murid sudah pasti akan mendengar cerita yang disampaikan lalu menjalani aktiviti soal

jawab dengan guru selepas itu.

Ciri yang seterusnya ialah aktiviti bercerita menggalakkan murid berinteraksi dengan

lebih berkesan. Di sini, murid akan lebih terlatih untuk berinteraksi ataupun berkomunikasi

dengan lebih berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan ekspresi muka. Ini kerana, tidak

kiralah sama ada guru mahupun murid yang bercerita, murid akan belajar bahasa badan dan

bahasa yang sesuai semasa penyampaian cerita berlangsung.

Selain itu, aktiviti cerita juga mampu meluaskan pengalaman dan pengetahuan murid.

Jalan cerita yang pelbagai dapat membantu meluaskan lagi pengalaman murid yang berkaitan

dengan kehidupan seharian mereka. Ini kerana pengajaran menggunakan cerita adalah lebih

kepada pendekatan kontekstual dan banyak berkait rapat dengan kehidupan seharian kita.

Aktiviti cerita dapat menggalakkan murid mendengar dengan kritis. Ini kerana semasa

murid sedang mendengar cerita yang disampaikan, mereka banyak menggunakan pemikiran

kritis mereka untuk lebih berfikiran matang dan berketrampilan dengan adanya jalan cerita yang

menarik dan bukan setakat pengajaran guru biasa yang mendatar sahaja.

Page 2: Ciri Dan Prinsip Bercerita

PRINSIP PELAKSANAAN

Terdapat beberapa prinsip yang perlu difahami dan dipatuhi oleh guru dalam melaksanakan

sesuatu aktiviti bercerita supaya proses PdP yang menggunakan teknik ini dapat berjalan

dengan lancar.

Guru pertama sekali perlu memilih jalan cerita yang sesuai dengan minat, keupayaan,

tahap umur dan pengalaman murid serta objektif pelajaran. Ini kerana jalan cerita yang sesuai

serta memenuhi aspek-aspek tersebut akan dapat menarik perhatian dan minat murid terhadap

tajuk pelajaran. Sesuatu cerita perlu mengambil kira peredaran masa di mana ianya memenuhi

citarasa murid pada masa kini. Di samping itu, guru juga perlu peka di mana cerita yang dipilih

perlulah mempunyai nafas baharu dan bukannya cerita yang selalu didengar contohnya cerita

“Arnab yang sombong”. Oleh itu, guru perlu bijak dalam memilih cerita supaya murid tidak

berasa bosan dan akan lebih berminat untuk mengikuti pelajaran.

Selain itu, guru juga perlulah menghafaz isi-isi penting dalam sesebuah cerita sebelum

menjalankan aktiviti bercerita. Penting bagi guru untuk menghafaz isi cerita supaya sesi

bercerita tidak mendatar dan bosan. Guru juga perlu memahami jalan cerita dan kenal pasti

watak yang terdapat dalam cerita supaya guru tidak membuat rujukan semasa melakukan

penceritaan kerana apabila guru melakukan rujukan semasa bercerita, ini dapat menunjukkan

guru tidak bersedia dan boleh menyebabkan perhatian murid terganggu. Guru perlu faham di

mana sesi penceritaan adalah melibatkan penyampaian isi-isi penting sahaja untuk

memudahkan murid memahami cerita yang ingin disampaikan oleh guru.

Memilih cerita yang sesuai

Guru menghafaz isi penting

Menyediakan ABM

Kesediaan murid

Interaksi mata dan suara yang jelas dan berintonasi

Soal jawab

Page 3: Ciri Dan Prinsip Bercerita

Guru boleh menghasilkan alat bantu mengajar (ABM) seperti kad gambar, kad

perkataan, topeng atau patung untuk membantu dalam penceritaan guru dan seterusnya

menarik perhatian dan minat murid. ABM seperti ini dapat membantu penceritaan guru lebih

berkesan serta pemahaman murid terhadap cerita yang disampaikan. Ini kerana penting untuk

menarik minat murid terlebih dahulu sebelum ingin menyampaikan mesej dan isi pelajaran yang

ingin disampaikan melalui cerita tersebut.

Seterusnya, sebelum memulakan aktiviti bercerita, guru perlu pastikan murid-muridnya

bersedia untuk mendengar cerita. Perkara ini penting kerana apabila murid menumpukan

perhatian yang sepenuhnya semasa sesi penceritaan, murid akan faham akan isi-isi penting

yang ingin disampaikan. Elakkan terdapat gangguan di dalam bilik darjah seperti murid yang

membuat bising ataupun bunyi-bunyi bising yang boleh menggangu sesi bercerita. Ini kerana

pemahaman murid terhadap isi-isi yang ingin disampaikan melalui cerita penting supaya aktiviti

yang seterusnya juga dapat dilaksanakan dengan lancar.

Di samping itu, guru juga perlu melihat murid-muridnya dengan melakukan pandangan

terus ke muka semasa penceritaan berlangsung. Interaksi mata penting supaya hubungan

dapat diwujudkan di antara guru dengan murid. Semasa aktiviti bercerita, suara juga

memainkan peranan penting di mana suara guru perlu jelas dan kuat. Kepelbagaian dari segi

nada suara dan intonasi mengikut watak dalam cerita akan dapat mewujudkan suasana yang

lebih menarik. Selain itu, guru juga perlu menyampaikan isi cerita dengan lebih spontan melalui

gerak-geri yang semulajadi dan bukannya melalui lakonan. Dari situ, murid akan lebih selesa

dan akan mengikuti sepanjang cerita yang disampaikan oleh guru lalu meningkatkan

pemahaman terhadap cerita tersebut.

Semasa penceritaan berlangsung, guru perlu memastikan perkataan dan ayat yang

digunakan adalah sesuai dengan tahap murid. Ini kerana objektif aktiviti bercerita bukanlah

untuk mengajar perkataan yang sukar tetapi untuk menyampaikan isi. Apabila guru

menggunakan bahasa yang tinggi dan sukar, maka sukar untuk murid faham dan ini akan

menghilangkan tumpuan mereka terhadap cerita tersebut. Oleh itu, penggunaan bahasa yang

mudah difahami oleh murid akan membantu mereka memahami isi-isi penting yang ingin

disampaikan.

Page 4: Ciri Dan Prinsip Bercerita

Akhir sekali, apabila aktiviti bercerita selesai, guru perlu mengadakan aktiviti susulan

daripada cerita tersebut. Guru boleh mengadakan aktiviti seperti soal jawab berkaitan dengan

tema ataupun nilai murni yang terdapat dalam cerita tersebut. Selain itu, guru juga boleh

menyediakan beberapa ABM seperti topeng kepada murid untuk menjalankan aktiviti lakonan.

Dari situ, pembelajaran akan menjadi lebih berkesan kerana murid berasa seronok dan akan

membantu dalam pemahaman mereka serta objektif pelajaran juga akan tercapai.