ciri-ciri murid pemulihan

3
CIRI-CIRI MURID PEMULIHAN Murid-murid pemulihan selalunya kita boleh mengenal pasti ciri-ciri mereka melalui pelbagai aspek yang mana terbahagi kepada lima bahagian iaitu emosi dan tingkahlaku, aktiviti sosial, kesihatan, kesediaan belajar dan pengamatan. Sebagai guru pemulihan, kita hendaklah sentiasa berwaspada dan prihatin terhadap anak murid kita dengan mengenal pasti mereka samaada mereka perlu dipulihkan atau tidak. Selalunya murid-murid pemulihan akan mengalami masalah emosi dan tingkahlaku, dimana mereka akan selalu risau dan bimbang dan juga mempunyai perasaan sedih. Tambahan pula, mereka juga akan berasa cepat jemu dan bosan apabila belajar kerana mereka tidak boleh memberi perhatian yang sepenuhnya kepada guru yang sedang mengajar dan merasakan apa yang dipelajari tidak menarik perhatian dan minat mereka. Mereka juga sering bersikap degil dan tidak mematuhi peraturan sekolah. Contohnya mereka selalu mengacau murid-murid lain yang sedang belajar dan juga selalu melakukan masalah disiplin seperti membuang sampah merata-rata, membantah arahan guru dan sebagainya. Selain itu juga, murid-murid pemulihan selalunya akan takut untuk mencuba benda-benda yang baru dalam hidup mereka kerana bagi mereka mencuba benda yang baru membuatkan mereka rasa rendah diri dan takut seperti menunjukkan kebolehan mereka di hadapan orang ramai contohnya bermain bola, bernyanyi dan sebagainya. Dalam aspek sosial pula, murid-murid pemulihan selalunya mempunyai perangai pelik dan ganjil. Contohnya gemar berseorangan ke mana-mana dan sering menghisap atau mengigit kuku mereka. Selain itu juga, kadang-kadang mereka juga akan bersikap hyper aktif dimana mereka tidak boleh memberi perhatian atau fokus yang sepenuhnya kepada guru yang sedang mengajar. Bagi mereka susah untuk memberi perhatian kepada guru yang sedang mengajar apabila ada sesuatu yang menarik perhatian mereka daripada melihat guru mereka contohnya melihat orang yang berjalan di luar kelas dan sebagainya. Di

Upload: aiman-muhamad

Post on 10-Aug-2015

22 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ciri-ciri Murid Pemulihan

CIRI-CIRI MURID PEMULIHAN

Murid-murid pemulihan selalunya kita boleh mengenal pasti ciri-ciri mereka melalui pelbagai aspek yang mana terbahagi kepada lima bahagian iaitu emosi dan tingkahlaku, aktiviti sosial, kesihatan, kesediaan belajar dan pengamatan. Sebagai guru pemulihan, kita hendaklah sentiasa berwaspada dan prihatin terhadap anak murid kita dengan mengenal pasti mereka samaada mereka perlu dipulihkan atau tidak.

Selalunya murid-murid pemulihan akan mengalami masalah emosi dan tingkahlaku, dimana mereka akan selalu risau dan bimbang dan juga mempunyai perasaan sedih. Tambahan pula, mereka juga akan berasa cepat jemu dan bosan apabila belajar kerana mereka tidak boleh memberi perhatian yang sepenuhnya kepada guru yang sedang mengajar dan merasakan apa yang dipelajari tidak menarik perhatian dan minat mereka. Mereka juga sering bersikap degil dan tidak mematuhi peraturan sekolah. Contohnya mereka selalu mengacau murid-murid lain yang sedang belajar dan juga selalu melakukan masalah disiplin seperti membuang sampah merata-rata, membantah arahan guru dan sebagainya. Selain itu juga, murid-murid pemulihan selalunya akan takut untuk mencuba benda-benda yang baru dalam hidup mereka kerana bagi mereka mencuba benda yang baru membuatkan mereka rasa rendah diri dan takut seperti menunjukkan kebolehan mereka di hadapan orang ramai contohnya bermain bola, bernyanyi dan sebagainya.

Dalam aspek sosial pula, murid-murid pemulihan selalunya mempunyai perangai pelik dan ganjil. Contohnya gemar berseorangan ke mana-mana dan sering menghisap atau mengigit kuku mereka. Selain itu juga, kadang-kadang mereka juga akan bersikap hyper aktif dimana mereka tidak boleh memberi perhatian atau fokus yang sepenuhnya kepada guru yang sedang mengajar. Bagi mereka susah untuk memberi perhatian kepada guru yang sedang mengajar apabila ada sesuatu yang menarik perhatian mereka daripada melihat guru mereka contohnya melihat orang yang berjalan di luar kelas dan sebagainya. Di samping itu, mereka juga sering berbohong dan kadang-kadang melakukan kesalahan displin iaitu mencuri. Ini disebabkan oleh sikap mereka yang terlalu nakal dan degil sehinggakan mereka sanggup melakukan kesalahan displin.

Dari segi kesihatannya pula, selalunya murid-murid pemulihan akan kelihatan lesu dan murang akibat tidak bertenaga dan kurang zat makanan. Apabila kurangnya zat makanan, selalunya otak manusia agak sukar untuk memberi perhatian yang lebih kepada apa yang kita pelajari kerana neuron-neuron dalam otak tidak berhubung antara satu sama lain. Tambahan pula, mereka juga mempunyai masalah dalam memberi perhatian kerana selalunya murid pemulihan akan mengalami masalah penglihatan seperti rabun jauh dan sebagainya. Selain itu, mereka juga akan selalu mengalami sakit-sakit badan dan tempoh sakit juga amat lama dan panjang kerana system imun dalam badan mereka terlalu lemah akibat kekurangan zat dan vitamin. Murid-murid pemulihan juga tidak pandai mengurus dan menjaga kebersihan diri seperti memotong kuku yang panjang, membasuh tangan sebelum

Page 2: Ciri-ciri Murid Pemulihan

makan dan sebagainya. Faktor-faktor inilah yang menyebabkan mereka senang untuk dijangkiti penyakit yang berbahaya.

Murid-murid pemulihan juga selalunya tidak bersedia untuk belajar kerana mereka tidak minat untuk belajar. Apa yang mereka tahu ialah untuk bermain apabila dating ke sekolah. Tambahan pula, mereka juga amat lemah pemahaman dan perbendaharaan kata kerana mereka tidak pandai membaca untuk meningkat dan meluaskan lagi pemahaman dan perbendaharaan kata. Selain itu juga, murid-murid pemulihan selalunya kurang matang kerana tahap IQ tidak seimbang dengan umur hayat kerana disebabkan beberapa faktor seperti keturunan, persekitaran dan sebagainya.

Dari segi pengamatan pula, murid-murid pemulihan selalunya susah untuk mengenal bentuk, saiz dan warna kerana bagi mereka apabila melihat sesuatu benda seperti nombor, mereka akan tertukar dengan nombor yang lain kerana faktor bentuk dan warna. Selain itu, mereka juga lemah dalam pendengaran bunyi dan rentak apabila mereka mendengar sesuatu bunyi seperti lagu. Tambahan pula, mereka juga amat lemah dalam mengingati sesuatu. Contohnya apa yang sudah dipelajari oleh mereka seperti abjab huruf. Apabila guru bertanya keesokan hari tentang abjab huruf, mereka pasti melupainya.