cikgupc.weebly.comcikgupc.weebly.com/.../2/6/6/9/26698954/_topik_1.docx  · web viewmemudahkan...

27
TOPIK 1.0 PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN Definisi Rangkaian Rangkaian komputer bermaksud sumbungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya. Rangkaian juga merupakan satu sistem perkongsian alat (pencetak dan CD-Rom), perisian, pertukaran maklumat dan komunikasi. Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio, pancar infra merah atau satelit. Kebaikan Menggunakan Rangkaian (Networking) i. Berkongsi Fail Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada palayan (server) atau komputer pusat. ii. Memindahkan Fail Memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer yang lain. iii. Berkongsi Perisian (Aplication) dan mengurangkan kos Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, Lotus, Access dll. Dengan ini ia dapat mengurangkan kos dan memudahkan instalasi perisian. iv. Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data

Upload: vuongkhanh

Post on 31-Jan-2018

235 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: cikgupc.weebly.comcikgupc.weebly.com/.../2/6/6/9/26698954/_topik_1.docx  · Web viewMemudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, ... (Wireless adapter) dan

TOPIK 1.0 PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN

Definisi Rangkaian

Rangkaian komputer bermaksud sumbungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya. Rangkaian juga merupakan satu sistem perkongsian alat (pencetak dan CD-Rom), perisian, pertukaran maklumat dan komunikasi. Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio, pancar infra merah atau satelit.

Kebaikan Menggunakan Rangkaian (Networking)

i. Berkongsi Fail Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada palayan (server) atau komputer

pusat.ii. Memindahkan Fail

Memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer yang lain.

iii. Berkongsi Perisian (Aplication) dan mengurangkan kos Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, Lotus, Access

dll. Dengan ini ia dapat mengurangkan kos dan memudahkan instalasi perisian.iv. Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data

Data-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna kedalam satu aplikasi. Pada masa yang sama juga pengguna yang lain dapat menggunakan data -data tersebut.

v. Berkongsi Pencetak, Pengimbas, CD-Rom dll Pencetak atau CD-Rom yang terdapat pada sesebuah komputer dapat digunakan oleh

semua pengguna yang mengunakan komputer lain.

Page 2: cikgupc.weebly.comcikgupc.weebly.com/.../2/6/6/9/26698954/_topik_1.docx  · Web viewMemudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, ... (Wireless adapter) dan

vi. Menggunakan Mel Elektronik (E-Mail) Pengguna dapat menghatar memo dari satu komputer ke komputer yang lain.

Komponen Rangkaian

1. Komputer pelayan (Server)

Biasanya terdiri daripada sistem jenis Pentium Celeron 333A. 64MB SDRAM, 4GB cakera keras, 15' monitor digital berwarna, 40X CD-ROM drive, Kad Antaramuka Rangkaian (Ethernet Network Card), Kad SVGA 8MB dan kad bunyi 16 bit 3D

2. Stesen kerja (Workstation)

Biasanya terdiri daripada sistem jenis 486 ke atas, 16MB RAM, 540MB cakera keras, 15' monitor digital berwarna, 40X CD-ROM drive, Kad Antaramuka Rangkaian (Ethernet Network Card), Kad SVGA 8MB dan kad bunyi 16 bit 3D.

3. Network Interface Card/ Kad Antaramuka Rangkaian (NIC)

NIC perlu diinstal di setiap komputer dan disambung ke rangkaian dengan kabel atau sinar infra merah. Berikut adalah beberapa jenis NIC.

Ethernet Card -Contoh :3Com (RM 350), D-Link (RM 220), 10Base (RM 120)

Token Ring Card

LocalTalk Connector

4. Kabel

Terdapat 4 jenis kabel yang biasa digunakan. Berikut adalah perbandingan antara kabel-kabel dari segi keserasian dan kemampuannya.

Bil

Jenis Kabel Keserasian

Ethernet Token Ring Arcnet FDDI

I Coaxial Ya Tidak Ya Tidak

II Shielded Twisted Pair (STP) Ya Ya Ya Tidak

III Unshielded Twisted Pair (UTP) Tidak Ya Ya Tidak

Page 3: cikgupc.weebly.comcikgupc.weebly.com/.../2/6/6/9/26698954/_topik_1.docx  · Web viewMemudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, ... (Wireless adapter) dan

IV Fiber Optic Tidak Ya Ya Ya

Jadual Keserasian Kabel dengan Protokol

Bil

Jenis Kabel Kecekapan

Kelajuan Ketahanan Harga

I Coaxial Cepat Lebih Baik Sedang

II Shieled Twisted Pair (STP)

Lebih cepat Baik Rendah

III Unshieled Twisted Pair (UTP)

Dapat diterima Terpengaruh oleh interferen elektromagnetik

Terendah

IV Fiber Optic

Paling laju Kebal terharap interferen elektromagnetik

Tertinggi

Jadual Kecekapan Kabel

Jenis Kabel Jenis Soket

I Coaxial BNC dan BNC T-Connector

II Shieled Twisted Pair (STP) RJ-45

III Unshieled Twisted Pair (UTP) RJ-45

IV Fiber Optic ST Connector, SC Connector

Soket (Connector)

Alat tambahan

a) Pengacip khas (Crimping)- RM50 : Untuk klip wayar dan masukkan wayar ke dalam soket.

Page 4: cikgupc.weebly.comcikgupc.weebly.com/.../2/6/6/9/26698954/_topik_1.docx  · Web viewMemudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, ... (Wireless adapter) dan

b) Penguji rangkaian (Network tester): Untuk menguji sambungan wayar.

5. Rangkaian Tanpa Wayar (Wireless network)

Rangkaian Tanpa Wayar berfungsi dengan menggunakan frekuensi gelombang radio atau pancar infra merah untuk berhubung di atnatara satu sama lain. Tujuan rangkaian ini adalah untuk kemudahan pengguna komputer buku(notebook), komputer tangan (palmtop) dan PDA (personal digital assistant) yang bergerak dalam sebuah bangunan. Terdapat tiga cara untuk menggunakan rangkaian tanpa wayar iaitu Secara tetap (stationary), Peer to peer dan bergerak (roaming).

Kelemahan rangkaian ini ialah kosnya tinggi (3 kali ganda lebih daripada rangkaian berwayar), mudah terganggu oleh gelombang radio dan golombang mikro, lambat dan terpaksa mencari titik capaian yang lain untuk meneruskan perkaitan dengan LAN jika isyarat menjadi lemah.

Perkakasan asasnya ialah penyesuai tanpa wayar (Wireless adapter) dan titik capaian (access point), perisian rangkaian( Novell Netware, LANtastic)

6. Sistem Operasi Rangkaian /Network Operating System(NOS)

Sistem Operasi Rangkaian bertanggungjawap ke atas:

o Mengarahkan lalu-lintas data pada rangkaian.

o Membenarkan dan menghalang pemindahan data antara workstation.

o Mengelolakan aliran data di antara berbagai workstation yang berbeza(tidak selasi)

o Mengelola permintaan layanan printer.

o Mengelola permintaan dan pesanan di antara pengguna rangkaian.

o Mengelolakan hubungan di antara jaringan dan lokasi-lokasi jarak jauh.

Contoh NOS ialah AppleShare dan Windos for Workgroups, Windows 95 dan Windows 98, Windows NT, Novell Netware dan UNIX

7. Hab(Hub)

Hab digunakan untuk menjadi pusat kepada rangkaian bintang (Star). Ia digunakan untuk mengawal trafik aliran data dan maklumat dalam rangkaian. Contoh Ethernet Hub 8ports (RM200), Ethernet Hub16ports (RM400),10Base8 ports (RM550), 10Base16ports (RM1200)

8. Bridge dan gateways

Page 5: cikgupc.weebly.comcikgupc.weebly.com/.../2/6/6/9/26698954/_topik_1.docx  · Web viewMemudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, ... (Wireless adapter) dan

Untuk menyambungkan dua atau lebih rangkaian satu bridge perlu disediakan untuk antaramuka (interface) yang serasi. Manakala satu gateway perlu digunakan untuk antaramuka yang berbeza dari segi pekakasan dan perisian.

9. Router

Router digunakan untuk meterjemahkan maklumat di antara rangkaian yang berasingan. Router tahu alamat bridge dan komputer bagi kedua-dua rangkaian yang berhubung. Kebaikan router ialah

o Menguruskan penghataran isyarat dengan berkesan.

o Menghanter maklumat di antara dua protocols atau rangkaian.

o Menghanter maklumat di antara topologi LAN yang berlainan.

o Menghanter maklumat di melalui jenis kabel yang berbeza.

10. Perisian aplikasi

Perisian versi rangkaian perlu untuk penggunaan bersama dan memudahkan rangkian dikawal oleh perisian rangkaian. Contoh perisian aplikasi, Excel, Lotus 1-2-3, Word, WordPerfect dll.

Kelas-Kelas Rangkaian

Terdapat tiga sistem rangkaian seperti berikut:

Bil Sistem Rangkaian Komputer

Saiz Kawasan Contoh

1. Local Area Network (LAN)

Kawasan Kecil (10km) Sekolah, makmal, dalam sebuah bangunan.

2. Metropolitan Area Network (MAN)

Kawasan lebih besar (10-50km)

Bandar, negeri.

3 Wide Area Network (WAN)

Kawasan sangat besar (lebih daripada 50km)

Seluruh dunia, negara, Internet

LAN (Local Area Network)

Page 6: cikgupc.weebly.comcikgupc.weebly.com/.../2/6/6/9/26698954/_topik_1.docx  · Web viewMemudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, ... (Wireless adapter) dan

LAN ialah rangkaian setempat Beberapa PC boleh disambungkan bagi mendapat kemudahan yang terdapat dalam

rangkaian. Mempunyai station kerja yang disambungkan kepada server.

MAN (Metropolitan Area Network)

Satu jaringan yang meliputi satu kawasan yang luas tetapi masih terbatas kepada suatu tempat yang sama.

Contohnya campus universiti, sekolah bandar dan sebagainya.

Page 7: cikgupc.weebly.comcikgupc.weebly.com/.../2/6/6/9/26698954/_topik_1.docx  · Web viewMemudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, ... (Wireless adapter) dan

WAN (Wide Area Network)

WAN dalah satu rangkaian komputer yang dijalinkan ke seluruh pelusuk dunia tanpa mengira keadaan geografinya.

Contohnya pengguna di Malaysia mendapatkan maklumat dari satu tempat host yang terdapat di Singapura.

Jaringan ini dijalankan dengan menggunakan talian telefon dan satelit.

Jenis-jenis LAN

Terdapat dua jenis Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) iaitu:

1. Pengguna dan pelayan (Client-server)

Jenis LAN ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan (Server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan pusat(Centralized) untuk melayan pengguna-pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dll. Pelayan biasanya berkuasa tinggi. Jenis-jenis palayan:

o Pelayan fail (Fail server)- Menyimpan perisian dan data.

o Pelayan data (Database server)- Menyimpan data sahaja.

o Pelayan cetak (Print server)- Mengawal satu atau lebih pencetak.

o Pelayan fax (Fax server)- Menguruskan penghataran fax.

o Pelayan mel (Mail server)- Menguruskan e-mail.

Page 8: cikgupc.weebly.comcikgupc.weebly.com/.../2/6/6/9/26698954/_topik_1.docx  · Web viewMemudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, ... (Wireless adapter) dan

Biasanya pelayan ini tidak memproses atau mengubah data yang dikirim. Pelayan tidak perlu tahu jenis fail, sebaliknya ia sibuk menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpamnya. Contoh perisian Sistem Operasi Rangkaian /Network Operating Syatem(NOS) ialah Novell Netware, Windows NT, UNIX

Kelebihan Kelemahan

Keselamatan sumber dan data dikawal oleh pelayan.

Semua komponen( client/ network/ server) kerja serentak.

Perkongsian data dan perisian aplikasi boleh di lakukan.

Perbelanjaan yang lebih mahal untuk sebuah komputer pelayan.

Perlukan melakukan penyelenggaraan (maintenance) untuk menjamin keberkesanan sistem.

Rangkaian tidak berfunggi jika berlaku kerosakan pada pelayan.

2. Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)

Sistem ini tidak melibatkan komputer palayan. Ia membenarkan perkongsian alat dan fail. Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama. Contoh NOS ialah AppleShare dan Windos for Workgroups, Windows 95 dan Windows 98.

Kelebihan Kelemahan

Kosnya rendah, tidak perlu pelayan.

Guna Sistem Operasi yang sedia ada (Windows 95/98), hanya perlu configurasi untuk peer to peer.

Sesuai untuk organisasi yang kecil.

Tiada pengurusan pusat untuk fail dan perisian applikasi.

Keselamatan data tidak sebaik sistem client-server.

Lambat berbanding dengan sistem client-server.

Page 9: cikgupc.weebly.comcikgupc.weebly.com/.../2/6/6/9/26698954/_topik_1.docx  · Web viewMemudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, ... (Wireless adapter) dan

Topologi untuk rangkaian jenis LAN

Jenis-jenis Topologi Fizikal

i. Bas (Linear Bus)ii. Bintang (Star)

iii. Cincin (Star-wired Ring)iv. Tree

i. Bas (Linear Bus)

Semua nod (file server, workstations and peripherals) terhubung ke kabel tulang belakang (Backbone) secara bersiri. Maklumat yang dihantar akan bergerak secara dua hala melalui semua nod pada kabel tersebut.

Kelebihan Kelemahan

Senang untuk menambah atau mengurangkan komputer dan nod tanpa mengganggu operasi yang telah dijalankan.

Kurang kabel dan jarak LAN tidak terbatas.

Murah.

Sesuai untuk rangkaian yang kecil.

Jika kabel tulang belakang (Backbone) atau mana-mana nodnya bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi.

Memerlukan terminator untuk kedua- dua hujung kabel tulang belakang .

Sukar mengesan kerosakan.

Perlu pengulang (repeater) jika jarak LAN juah.

Perisian tambahan diperlukan untuk mengelakkan perlanggaran (collision) data

Jenis NIC : Ethernet Card, LocalTalkKabel: Coaxial, Twisted- pair, Fiber OpticTerminator: Terminater 50 ohmConnector: BNC, BNC T-Connector, RJ-45, ST Connector, SC ConnectorProtocol: Ethernet , LocalTalk

Page 10: cikgupc.weebly.comcikgupc.weebly.com/.../2/6/6/9/26698954/_topik_1.docx  · Web viewMemudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, ... (Wireless adapter) dan

ii. Bintang (Star)

Semua nodnya disambung terus ke hab di pusat rangkaian. Maklumat akan melalui hab sebelum sampai ke destinasinya. Hab akan mengawal semua fungsi dalam rangkaian dan bertindak sebagai pengulang (repeator) juga. Jika sebuah komputer pelayan (file server) digunakan maka data akan dihantar ke kepada komputer pelayan selepas melalui hab.

Kelebihan Kelemahan

Mudah dipasang dan dirangkaikan. Tidak mengganggu rangkaian semasa penyambungan atau mengalihkan peranti.

Tiada perlanggaran (collision) data.

Mudah untuk mengesan kerosakan .

Mudah dikembangkan.

Penggunaan banyak kabel.

Jika terdapat kerosakan pada hab atau sambungannya, nodnya tidak dapat berfungsi.

Lebih mahal berbanding dengan linear bus.

Jenis NIC : Ethernet Card, LocalTalkKabel: Twisted- pair, Fiber OpticConnector: RJ-45, ST Connector, SC ConnectorProtocol: Ethernet , LocalTalkHub: 10Base 8 ports , 10Base 16ports , Ethernet Hub 8 ports , Ethernet Hub 16 ports

iii. Cincin (Star-wired Ring)

Topologinya sama dengan topologi bintang. Sambungannya adalah secara bersiri dan kedua-dua hujungnya ditemukan untuk membentuk bulatan. Datanya dikawal oleh MAU (Multistation Access Unit). Data dihantar secara sehala jadi ia akan melalui setiap nod serta komputer sehingga sampai ke destinasinya.

Kelebihan Kelemahan

Page 11: cikgupc.weebly.comcikgupc.weebly.com/.../2/6/6/9/26698954/_topik_1.docx  · Web viewMemudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, ... (Wireless adapter) dan

Penghantaran data laju.

Dapat melayan lalu lintas data yang padat.

Masa untuk mengakses data optimal.

Komunikasi antara terminal mudah.Tiada perlanggaran (collision) data

Jika kabel utama bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi.

Penambahan atau pengurangan terminal sangat sukar.

Sukar mengesan punca kerosakan.

Jenis NIC : Token Ring CardKabel: Twisted- pairConnector: RJ-45,Protocol: Token RingAlat lain: MAU (Multistation Access Unit) untuk menghantar maklumat melalui cincin (Ring)

iv. Tree

Topologi tree merupakan gabungan topologi bas dan topologi bintang. Di mana topologi bintang disambung kepada kabel tulang belakang bas

Kelebihan Kelemahan

Penulisan titik ke titik (point-to-point writing) untuk bahagian idividu

Disokong oleh sebilangan pembekal perkakasan dan perisian.

Penjang keseluruhan terhad kepada jenis kabel yang digunakan.

Kerosakan pada kabel tulang belakang akan menggagalkan bahagian lain.

Sukar dalam configurasi dan pendawaian

Jenis NIC : Ethernet Card,Kabel: Twisted- pair, Fiber Optic, CoaxialConnector: RJ-45, ST Connector, SC ConnectorProtocol: Ethernet

Page 12: cikgupc.weebly.comcikgupc.weebly.com/.../2/6/6/9/26698954/_topik_1.docx  · Web viewMemudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, ... (Wireless adapter) dan

Hub: 10Base 8 ports , 10Base 16ports

Rangkaian Awan (Cloud Computing)

Pengkomputeran awan ialah pembangunan dan penggunaan teknologi komputer ("pengkomputeran") berasaskan internet ("awan"). Menerusi konsep ini, pengguna tidak lagi memerlukan pengetahuan dan kepakaran tinggi untuk mengawal infrastruktur teknologi "di dalam awan" yang mereka gunakan. Sumber-sumber (perkakasan dan perisian) yang digunakan oleh pengguna boleh diskalakan (ditambah atau dikecilkan) secara dinamik dan dikawal melalui aplikasi kawalan maya menggunakan talian internet.

Istilah awan digunakan sebagai satu perwakilan bagi Internet. Perkhidmatan pengkomputeran awan dicapai menggunakan aplikasi pelayar web (Web Browser), sementara perisian dan datanya tersimpan di komputer pelayan (Server).

Jenis-Jenis Pengkomputeran Awan

1) Awan AwamPerkhidmatan ini dijual kepada sesiapa sahaja melalui internet. Pada masa ini, Amazon web services adalah pembekal awan terbesar di dunia.

2) Awan persendirian Perkhidmatan ini merupakan satu rangkaian data pusat yang membekalkan perkhidmatan

Page 13: cikgupc.weebly.comcikgupc.weebly.com/.../2/6/6/9/26698954/_topik_1.docx  · Web viewMemudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, ... (Wireless adapter) dan

kepada beberapa orang dalam kuantiti terhad.

3) Virtual Private Cloud Perkhidmatan ini untuk kegunaan peribadi sahajaKategori Perkhidmatan Pengkomputeran Awan

1) Infrastruktur sebagai sebuah Perkhidmatan (Iaas)Iaas seperti Amazon web service ada menyediakan perkhidmatan viral server instance (API) untuk membolehkan capaian/konfigur virtual serverdan storan masing-masing. Pada masa ini, syarikat hanya perlu membayar apa yang mereka gunakan sahaja.

2) Pelantar sebagai sebuah Perkhidmatan (Paas)Paas bermaksud sebagai satu set alat pembangunan perisian / produk yang dihoskan oleh mana mana pembekal infrastuktur. Pembangunan perisian / aplikasi dilakukan di Internet. Contohnya ialah GoogleApps.

3) Perisian sebagai sebuah Perkhidmatan (Saas)Pada peringkat ini, pihak vendor akan membekalkan infrastruktur perkakasan, produk perisian dan akan berinteraksi dengan pengguna melalui Front End Portal. Pengguna bagi Saas adalah lebih ramai. Ini kerana pembekal bagi perkhidmatan ini menjadi hos kepada aplikasi dan data, maka pengguna bebas menggunakan perkhidmatan ini dimana mana sahaja. Perkhidmatan yang disediakan adalah sangat banyak - Web based email, kawalan inventori, pemprosesan pangkalan data.

Page 14: cikgupc.weebly.comcikgupc.weebly.com/.../2/6/6/9/26698954/_topik_1.docx  · Web viewMemudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, ... (Wireless adapter) dan

Contoh Aplikasi Cloud Computing

i. PIXLR

Alamat: www.pixlr.com

Kegunaan: Aplikasi suntingan imej

Kelebihan: Pengguna dapat menggunakan aplikasi ini secara optimum sepertimana aplikasi suntingan lain seperti Adobe Photoshop tanpa perlu memiliki sebuah komputer spesifikasi tinggi.

ii. GOOGLE APPS

Alamat: http://www.google.com

Kegunaan: Pengguna boleh menggunakan beberapa aplikasi termasuk pemprosesan kata, hamparan kerja (spreadsheet) dan persembahan (presentation) melalui Google Docs. Untuk menggunakan kemudahan Google Apps, pengguna perlu mempunyai akaun Google (Gmail).

Kelebihan: 1) pengguna boleh menghasilkan dokumen-dokumen tersebut melalui Internet tanpa install

Page 15: cikgupc.weebly.comcikgupc.weebly.com/.../2/6/6/9/26698954/_topik_1.docx  · Web viewMemudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, ... (Wireless adapter) dan

perisian dalam komputer2) Boleh dikongsi dengan pengguna lain melalui kaedah 'sharing'.

iii. WINDOWS LIVE-SKYDRIVE

Alamat: http://www.skydrive.com. Aplikasi ini untuk pengguna hotmail.

Kegunaan dan kelebihan: 1) Kemudahan aplikasi Microsoft Office secara dalam talian2) Ruang penyimpanan (cloud storage) yang agak besar di internet iaituSky Drive3) Boleh kongsi fail dengan pengguna lain melalui kaedah sharing

iv. LIVE DOCUMENTS

Alamat: www.live-documents.com

Kegunaan: 1) Kemudahan aplikasi Microsoft Office secara dalam talian2) Ruang penyimpanan (cloud storage) yang agak besar di internet iaitu 100MB3) Boleh kongsi fail dengan pengguna lain melalui kaedah 4sharing). Boleh import dokumen (Word, Excel, Powerpoint) dari komputer atau dari Google Docs

Page 16: cikgupc.weebly.comcikgupc.weebly.com/.../2/6/6/9/26698954/_topik_1.docx  · Web viewMemudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, ... (Wireless adapter) dan

v. EVERNOTE

Alamat: http://www.evernote.com

Kegunaan: Untuk nota atau catatan

Kelebihan: Ianya boleh diakses secara local (offline) atau secara online di mana-mana saja sama ada menggunakan komputer, iPhone, iPad, Android dan sebagainya.

vi. STORAN-DROPBOX

Alamat: http://www.dropbox.com

Kegunaan: Satu servis penyimpanan atau storan yang menggunakan teknologi pengkomputeran awan sebagai nadinya. Ruang storan yang disediakan adalah 2 GB.

Kelebihan:1) Ruang storan yang besar iaitu 2GB2) Menjimatkan wang kerana tidak perlu membeli peranti storan.3) Pengguna Dropbox ada fail backup (dua salinan fail) iaitu satu dalam komputer anda dan satu lagi di atas awan i

Page 17: cikgupc.weebly.comcikgupc.weebly.com/.../2/6/6/9/26698954/_topik_1.docx  · Web viewMemudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, ... (Wireless adapter) dan

4) Boleh kongsi fail dengan pengguna lain5) Boleh akses melalui peranti mudah alih seperti BlackBerry, iPhone, Android dan iPad. Ini membolehkan anda mengakses dokumen anda bila-bila masa dan di mana-mana.

Kelebihan Pengkomputeran Awan

1. Format dokumen yang sesuai (Compatible File Format)Aplikasi pemprosesan kata, hamparan kerja (spreadsheet) dan persembahan (presentation) juga boleh diperolehi melalui pengkomputeran awan. Contohnya Google Docs.

2. Meningkatkan prestasi dan kemampuan komputerPrestasi dan kemampuan komputer akan dapat dipertingkatkan apabila penggunaan pengkomputeran ini digunakan secara maksimum.

3. Kebolehcapaian fail yang meluas.Pengkomputeran awan membolehkan sistem dicapai tidak mengira masa, lokasi dan peranti selagi pengguna mempunyai capaian Internet.

4. Kebolehpercayaan data penyimpanan Data penyimpanan disimpan di ruang 'awan'. Boleh juga digunakan untuk mem'backup' data-data penting. Satu di komputer dan satu lagi di awan. Website menggunakan secured connection https.

5. Ruang storan yang tiada had Pengguna atau syarikat boleh menyimpan sebanyak mana data/maklumat di ruang storan yang tiada had.

6. Mengurangkan kosBagi syarikat, kos pengurusan akan dapat dijimatkan dari segi perkongsian sumber yang boleh dibuat dikalangan staf atau pengguna - pengguna lain. Tidak perlu membeli perkakasan atau server, aplikasi dan melatih pekerja untuk menguruskan server dan aplikasi tersebut.Pengguna juga tidak perlu untuk membayar pembelian atau penyelenggaraan perisian. Kos bergantung kepada berapa banyak pemakaian dan perjanjian kontrak. Dapat menjimatkan kertas, masa dan tenaga. Kos juga dapat dijimatkan kerana tidak memerlukan kos penyelenggaraan perisian dan perkakasan.

7. Kolaberasi berkumpulan yang lebih mudahFail atau dokumen juga boleh dikongsi dengan tanpa had bilangan pengguna. Kemampuan sharing PC to PC audio dan video.

Page 18: cikgupc.weebly.comcikgupc.weebly.com/.../2/6/6/9/26698954/_topik_1.docx  · Web viewMemudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, ... (Wireless adapter) dan

8. Sistem pengurusan dan operasi yang lebih mudah Data maklumat peribadi atau syarikat dapat disimpan, dipantau dan diatur dengan lebih mudah.

Kelebihan pengkomputeran awan

Kekurangan Sistem Pengkomputeran Awan

1. Keperluan internetUntuk menggunakan sistem pengkomputeran awan, selain perkakasan pengguna juga memerlukan capaian Internet. Masalah akan timbul jika tiada capaian internet atau kurang stabil.Sekiranya sistem talian internet terganggu atau bermasalah, capaian data turut tergangu. Seterusnya menganggu aktiviti harian pengguna atau syarikat.

2. KeselamatanMasih tidak dapat dipastikan tahap keselamatan penggunaan pengkomputeran awan ini.Walaupun mempunyai katalaluan, ia boleh dipecahmasuk oleh pengodam yang berkemahiran.

3. Ketidakpastian keadaan server vendor. Oleh kerana server vendor di 'awan', masih terdapat ketidakpastian keadaan server pengkomputeran awan. Antara kemungkinan yang boleh terjadi ialah server down atau terlebih beban

Page 19: cikgupc.weebly.comcikgupc.weebly.com/.../2/6/6/9/26698954/_topik_1.docx  · Web viewMemudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, ... (Wireless adapter) dan

Teknologi Telekomunikasi

Definisi

Teknologi komunikasi adalah peralatan perkakasan (perkakasan) dalam sebuah struktur organisasi yang mengandung nilai-nilai sosial, yang membolehkan setiap individu mengumpul, memproses, dan saling tukar menukar maklumat dengan individu-individu lain.

Teknologi maklumat lebih menekankan pada hasil data yang diperoleh; Sedangkan teknologi komunikasi pula menekankan pada bagaimana suatu hasil data boleh disalurkan, disebarkan dan disampaikan ke tempat tujuan.

Teknologi maklumat berkembang cepat dengan meningkatnya perkembangan komputer dengan peranti pendukungnya serta perkembangan teknologi komunikasi yang ada. Teknologi komunikasi berkembang cepat dengan meningkatnya perkembangan teknologi elektronik, sistem penghantaran dan sistem modulasi, sehingga suatu maklumat dapat disampaikan dengan cepat dan tepat.

Faedah dan Kelebihan

Page 20: cikgupc.weebly.comcikgupc.weebly.com/.../2/6/6/9/26698954/_topik_1.docx  · Web viewMemudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, ... (Wireless adapter) dan

Jenis:

a. GSM b. GPRS c. EDGE d. 3G e. HSDPA f. 4G

Page 21: cikgupc.weebly.comcikgupc.weebly.com/.../2/6/6/9/26698954/_topik_1.docx  · Web viewMemudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, ... (Wireless adapter) dan

g. LTE.

Page 22: cikgupc.weebly.comcikgupc.weebly.com/.../2/6/6/9/26698954/_topik_1.docx  · Web viewMemudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, ... (Wireless adapter) dan

Rujukan:

http://foxtain.tripod.com/network.htmlhttp://faunik.wordpress.com/sistem-rangkaian-komputer-1/http://rangkaiankomputer.blogspot.com/2010/12/chapter-1.html