cikgu halijah mahmud

15
Cikgu Halijah Mahmud Belajar untuk memberi dan selalu pula bersedia menerima. Untuk kita hanya dipinjamkan sementara! Khamis, 24 November 2011 KOLEKSI PIDATO SPONTAN DAERAH Anak saya Fatin Naimah dan Farah Izzati sering terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan pidato ketika di sekolah rendah. Sebagai galakan, saya kerap pula diminta menyediakan teks pidato bagi tajuk-tajuk pidato spontan yang mereka mungkin akan terima pada hari pertandingan tersebut. Berikut merupakan beberapa teks pidato yang mungkin boleh menjadi panduan kepada para pelajar yang suka mengambil bahagian dalam pertandingan pidato. KEPENTINGAN KEBERSIHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN Kebersihan bermaksud terhidar daripada sebarang kekotoran sama ada kekotoran yang nampak seperti najis-najis dan juga kekotoran dalaman seperti perbuatan serta sikap negatif termasuk sombong, bongkak, iri hati dan sebagainya. Antara kepentingan kebersihan dalam kehidupan seharian ialah menjaga kebersihan fizikal termasuk kebersihan diri.Contohnya kebersihan kuku, rambut, pakaian dan sebagainya. Seseorang yang selalu tampil bersih pasti akan disenangi oleh rakan dan taulan. Orang yang mementingkan kebersihan akan tehindar daripada sebarang penyakit seperti wabak H1N1, denggi, chikukunya dan lain-lain. Selain kebersihan fizikal, kebersihan hati, minda dan rohani juga memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Contohnya seorang pelajar yang rajin, tekun, sering menunaikan perintah Allah, sentiasa bersedia belajar di dalam kelas serta menghormati ibu bapa, guru- guru dan rakan-rakan pasti akan mencapai kejayaan cemerlang dalam kehidupannya. Kesimpulannya, kebersihan itu amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan cabang iman.Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga kebersihan kerana kebersihan lambing ketamadunan seseorang. KESELAMATAN JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA Negara kita Malaysia mempunyai sistem perhubungan jalan raya yang sangat baik. Namun, kadar kemalangan jalan raya di negara kita tidak setanding dengan kemudahan infastruktur

Upload: norfaizah-abdullah

Post on 20-Nov-2015

81 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pidato

TRANSCRIPT

Cikgu Halijah MahmudBelajar untuk memberi dan selalu pula bersedia menerima. Untuk kita hanya dipinjamkan sementara!Khamis, 24 November 2011KOLEKSI PIDATO SPONTAN DAERAHAnak saya Fatin Naimah dan Farah Izzati sering terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan pidato ketika di sekolah rendah. Sebagai galakan, saya kerap pula diminta menyediakan teks pidato bagi tajuk-tajuk pidato spontan yang mereka mungkin akan terima pada hari pertandingan tersebut. Berikut merupakan beberapa teks pidato yang mungkin boleh menjadi panduan kepada para pelajar yang suka mengambil bahagian dalam pertandingan pidato.KEPENTINGAN KEBERSIHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIANKebersihan bermaksud terhidar daripada sebarang kekotoran sama ada kekotoran yang nampak seperti najis-najis dan juga kekotoran dalaman seperti perbuatan serta sikap negatif termasuk sombong, bongkak, iri hati dan sebagainya.Antara kepentingan kebersihan dalam kehidupan seharian ialah menjaga kebersihan fizikal termasuk kebersihan diri.Contohnya kebersihan kuku, rambut, pakaian dan sebagainya.Seseorang yang selalu tampil bersih pasti akan disenangi oleh rakan dan taulan.Orang yang mementingkan kebersihan akan tehindar daripada sebarang penyakit seperti wabak H1N1, denggi, chikukunya dan lain-lain.Selain kebersihan fizikal, kebersihan hati, minda dan rohani juga memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian.Contohnya seorang pelajar yang rajin, tekun, sering menunaikan perintah Allah, sentiasa bersedia belajar di dalam kelas serta menghormati ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan pasti akan mencapai kejayaan cemerlang dalam kehidupannya.Kesimpulannya, kebersihan itu amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan cabang iman.Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga kebersihan kerana kebersihan lambing ketamadunan seseorang.KESELAMATAN JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMANegara kita Malaysia mempunyai sistem perhubungan jalan raya yang sangat baik.Namun, kadar kemalangan jalan raya di negara kita tidak setanding dengan kemudahan infastruktur yang ada di negara kita.Mengapa ini terjadi?? Persoalannya bagaimana kita sebagai pengguna jalan raya bertanggungjawab untuk memastikan jalan raya selamat digunakan??Sebagai seorang pengguna, kita seharusnya sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.Antaranya memandu mengikut had laju yang ditetapkan, memakai tali pinggang keledar, mematuhi lampu isyarat, memandu di lorong yang betul dan banyak lagi.Jika semua pengguna mematuhi pertauran yang ditetapkan, maka keselamatan di jalan raya sudah pasti dapat ditingkatkan.Selain itu, para penggun jalan raya patut mengamalkan sikap bertolak-ansur, saling menghormati antara satu sama lain dan berhemah ketika memandu.Sikap ini akan sentiasa diaplikasikan pengguna ketika di jalan raya, pasti tahap keselamatan dapat dipelihara malahan nyawa dapat diselamatkan.Kesimpulannya, keselamatan di jalan raya adalah menjadi tanggungjawab bersama baik pejalan kaki, penunggang basikal mahupun pemandu kenderaan.Keselamatan semua pengguna bergantung kepada keperihatian dan komitmen tinggi para pengguna.Oleh itu, berhati-hati di jalan raya, nyawa pengguna di tangan kita.Sekian, terima kasih.FAEDAH MENABUNGBerapa ramai di antara kita yang suka menabung? Kenapa menabung penting kepada setiap orang?Orang-orang tua ada menyatakan, Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.Maksudnya jika hari ini kita berjimat cermat, hasilnya kita akan memperoleh kesenangan di hari kemudian.Menabung sangat penting.Melalui wang tabungan, kita dapat membeli barangan yang diperlukan tanpa mengharapkan pemberian orang lain terutama ibu bapa.Wang yang disimpan dapat digunakan ketika kita berada di dalam kesempitan selain membantu ibu bapa terutama untuk membeli keperluan persekolahan.Menabung juga mengajar kita berjimat-cermat ketika berbelanja.Wang yang disimpan secara berterusan boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan ketika melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana kos untuk menyambung pelajaran adalah tinggi.Ini membolehkan kita membantu ibu bapa daripada terlibat dengan pinjaman pelajaran dan seterusnya menanggung hutang yang sudah pasti membebankan.Kesimpulannya, amalan menabung memberi impak yang positif kepada kita.Oleh itu marilah kita mula menyimpan dan menabung agar dapat membantu kita di masa hadapan bak kata orang sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.Sekian, terima kasih.KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANGTahukah anda apa yang dikatakan makanan seimbang?Bagaimana untuk mendapatkan makanan seimbang?Dan apakah kepentingan makanan seimbang?Makanan seimbang adalah makanan yang mengandungi semua jenis zat makanan yang diperlukan oleh tubuh badan seperti karbohidrat, mineral, protein, zat besi dan juga vitamin.Makanan seimbang amat penting untuk semua orang.Kegagalan individu mengambil makanan seimbang akan mengundang kepada pelbagai gejala penyakit, menyebabkan pertumbuhan individu terbantut malahan turut menyebabkan organ badan gagalberfungsi dengan baik.Makanan seimbang penting terutama kepada para pelajar.Pengambilan makanan berkarbohidrat pada sebelah pagi akan menyebabkan seseorang pelajar mengantuk ketika di dalam kelas, pergerakan menjadi tidak cergas malahan daya ingatan kurang tajam.Malahan makanan seimbang penting untuk mengekalkan daya konsentrasi pelajar di dalam kelas.Secara keseluruhannya, makanan seimbang amat penting buat semua orang.Tanpa pemakanan yang seimbang, individu mengundang dirinya ke kancah pelbagai wabak dan penyakit yang memudaratkan diri sendiri.Oleh itu, pastikan anda mengamalkan pemakanan secara seimbang untuk kestabilan kesihatan.Terima kasih.KEPENTINGAN MENYERTAI KOKURIKULUMKegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang disertai oleh para pelajar di luar bilik darjah dan di luar waktu persekolahan.Antara aktiviti kokurikulum adalah aktiviti dalam sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta menyertai kegiatan unit beruniform.Kegiatan kokurikulum sangat penting kepada para pelajar.Antara manafaatnya adalah kegiatan kokurikulum dapat menanam nilai-nilai murni dalam diri pelajar termasuk saling bekerjasama, melahirkan rasa 1 Malaysia terutama bagi kegiatan berbilang kaum, belajar berdikari malahan memupuk keberanian melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan.Selain itu, para pelajar juga akan sentiasa berwawasan tinggi, berdaya saing malahan cergas dan cerdas sepanjang masa.Di samping itu, melalui kegiatan kokurikulum para pelajar dapat memanafaatkan masa senggangnya dengan melakukan kegiatan berfaedah termasuk bermain, berkhemah, berekspedisi, berkayak dan lain-lain.Ini membantu mereka daripada terjebak dalam kegiatan tidak bermoral dan bercampur dengan individu yang rendah akhlak.Kesimpulannya, kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang sangat baik terutama kepada para pelajar yang sentiasa berwawasan dan bercita-cita tinggi.Bak kata orang; kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.Kalau tidak sertai kokurikulum, manakan tahu nilai faedahnya!Sekian, terima kasih.CatatanHally Mudat9:24 PTGE-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook46 ulasan:1. ~Aina Falihah~26 Januari 2012 4:16 PTGAssalamualaikum, saya ingin meminta kebenaran untuk 'copy' dan menjadikannya panduan untuk pertandingan pidato saya nanti.. minta izinkan,Balas2. Cikgu Halijah27 Januari 2012 7:31 PGAina Falihah : silakan jika dapat memberi manafaat untuk anda.Balas3. cikgu lukman18 Mac 2012 8:46 PGsaya sukakan koleksi pidato cikgu Halijah...minta izin untuk disimpan bagi koleksi pidato...BalasBalasan1. Cikgu Halijah18 Mac 2012 7:30 PTGcikgu lukman, silakan ambiljika bermanafaat untuk cikgu dan anak2 didik di sekolah.2. Cikgu Halijah18 Mac 2012 7:32 PTGcikgu lukman, silakan ambiljika bermanafaat untuk cikgu dan anak2 didik di sekolah.3. Tanpa Nama29 Mac 2013 3:58 PTGSalam Cikgu Halijah, mohon copy teks pidato tersebut untuk dijadikan contoh pidato kepada anak saya.Balas4. cikgu shahrul26 Mac 2012 11:27 PTGSaya sebenarnya sedang mencari maklumat untuk bahas hari guru 2012 negeri johor, terjumpa pula blog cikgu halijah, jadi saya mohon jasa baik cikgu untuk menggunakan contoh pidato spontan ini untuk panduan anak murid saya nanti, terima kasihBalas5. Cikgu Halijah27 Mac 2012 8:30 PTGCikgu Shahrul, silakan. Untuk manafaat bersama.Balas6. Tanpa Nama16 April 2012 2:04 PGassalamualaikum..cikgu mohon untuk saya 'copy' koleksi syarahan ni.. terima kasih

-IPDArians-Balas7. Tanpa Nama20 April 2012 4:00 PTGasslamualaikum ..boleh x panjangkan lagi isi-isi pentingnya ?maaf kalau terkasar bahasaBalasBalasan1. Tanpa Nama5 Mei 2012 2:41 PTGAlhamdulillah, terima kasih puan atas ctoh teks tersebut. amat berguna untuk anak saya. mohon izin untuk dicetak2. Tanpa Nama14 Jun 2012 9:10 PTGalhamdulillahdapat jugak copy untuk pertandingan pidato nanti...terima kasih cikguBalas8. Cikgu Halijah5 Mei 2012 7:30 PTGSesiapa juga yang ingin menggunakan bahan di dalam blog ini, bolehlah berbuat demikian untuk kepentingan bersama. Semoga ilmu yang sedikit ini akan memberi manafaat untuk anak-anak kita semua.Balas9. Tanpa Nama12 Mei 2012 2:22 PTGassalamualaikum cikgu halijah, saya yang bernama nik muhammad sharul ikram, ingin meminta copy, untuk membuat bahan2 assgment saya di kolej , terima kasih ye cikgu .Balas10. Tanpa Nama3 Julai 2012 12:15 PTGassalamualaikum..cikgu mohon untuk saya 'copy' koleksi syarahan ni.. terima kasihBalasBalasan1. Cikgu Halijah3 Julai 2012 10:50 PTGSilakanBalas11. nadiah6 Julai 2012 1:47 PTGcikgu, kalau boleh, tolong tambahkan lagi tajuk-tajuk pidato ini. saya suka.Balas12. nadiah6 Julai 2012 1:48 PTGcikgu, tambah lagi tajuk-tajuk pidato ini. saya suka.Balas13. nadiah6 Julai 2012 1:51 PTGcikgu, tambah lagi tajuk. baet lah!!!Balas14. Tanpa Nama6 Julai 2012 1:52 PTGcikgu, tambah lagi tajuk-tajuk ni erk. bast sangat!!!!Balas15. Tanpa Nama5 September 2012 8:08 PTGAssalamualaikum cikgu. Terima kasih atas perkongsian ilmu. Pohon keizinan untuk jadikan panduan pelajar di sekolah saya. TQ.BalasBalasan1. Cikgu Halijah6 September 2012 6:52 PTGSilakan untuk dimanafaatkan bersama.2. hani4 Jun 2013 3:47 PTGas-salam saya mohon utk copy ni bolehBalas16. Tanpa Nama12 September 2012 12:34 PTGAssalamuaikum cikgu. Pidato spontan cikgu banyak manafaatnya bagi saya mencari bahan terutamanyan untuk pidato spontan ni... maklumlah kadang-kadang tak de masa nak dan mengarang-ngarang ni. tq banyak-banyakBalas17. Tanpa Nama3 Oktober 2012 3:36 PTGterima kasih atas pidato ini!!!!Balas18. Tanpa Nama20 Oktober 2012 8:37 PTGAssalamualaikum cikgu, izinkan saya copy pidato cikgu untuk anak saya bagi pertandingan daerah di johor....mohdBalas19. Harmi Mohammad Jamil24 Disember 2012 6:47 PTGBalas20. Tanpa Nama2 Januari 2013 9:13 PTGAssalamualaikum,, cikgu,, mohon izin utk print teks pidato cikgu utk prog pidato spontan di sekolah sy.. t.kasih atas perkongsian..-athirah-Balas21. PERMAI20 Januari 2013 5:46 PTGassalmualaikum.. mohon izin menggunakan teks untuk pertandingan pidato ank didik saya..tq.Balas22. hakimah ina20 Januari 2013 7:49 PTGsalam cikgu..ada x pidato b'kenaan sambutan maulidur rasul?Balas23. Tanpa Nama31 Januari 2013 6:52 PTGsalam cikgu...mohon izin menggunakan teks pidato untuk pertandingan pidato anak murid saya...Balas24. Tanpa Nama31 Januari 2013 9:07 PTGSalam cikgu,saya ada masalah...... Boleh cikgu tolong saya?BalasBalasan1. Hally Mud1 Februari 2013 9:43 PGSila nyatakan apa yang sedang membelenggu anda. Insya'allah pasti ada jalan penyelesaianBalas25. Tanpa Nama6 Februari 2013 10:32 PGMohon copy Cikgu, untuk anak belajar pidato di sekolahBalas26. cikgu ana6 Februari 2013 10:27 PTGsalam cikgu.. mohon untuk copy teks ini ye.. untuk latihan piato anak2 murid saya nanti. . terima kasihBalas27. Tanpa Nama9 Februari 2013 8:44 PTGterima kasih cikgucontoh pidato spontan amat membantu anak sayasemoga cikgu lebih berjaya

izinkan saya berkongsi bahan bersama cikguBalas28. Tanpa Nama15 Februari 2013 5:32 PTGASSALAM, JUTAAN TERIMA KERANA MEMBENARKAN TEKS INI UNTUK DITONTON. MOHON IZIN UNTUK COPY SEBAGAI PERSEDIAAN MURID MENJELANG PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT ZON PD 18 APRIL INIBalas29. Tanpa Nama27 Februari 2013 11:14 PGSalam...minta izin untuk gunakan teks pidato ni...time kasihBalas30. Tanpa Nama11 Mac 2013 10:08 PGsalam mohan kebenaran untuk ambil teks sebagai latihan anak muridBalas31. Tanpa Nama18 Mac 2013 10:49 PGcikgu, sya mohon 'copy' teks ini, urgent... halalkan yaBalas32. Tanpa Nama20 Mac 2013 8:08 PTGminta izin gna isiBalas33. Aishah Idris21 Mac 2013 4:26 PTGassalamualaikum.. saya nk tanye ada x contoh teks pidato sekolah rendah tajuknya 'Bahasa Jiwa Bangsa'?Balas34. amirah22 Mac 2013 11:03 PTGsaya copy yee :)Balas35. ida rina mdshukor18 April 2013 10:20 PGsaya mohon kebenatan utuk menggunakan bahan yg ada sebagai panduan pertandingan pidato. terima kasih-sk bukit soga, batu pahat.Balas36. Tanpa Nama23 April 2013 7:45 PTGassalamualiakum. saya nak minta izin untuk copy...Balas37. Tanpa Nama20 Jun 2013 7:35 PTGAssalamualaikum cikgu entri ini sangat berfaedah untuk dijadikan panduan kepada pemidato cilik, mohon izin untuk saya copyBalasLinks to this postBuat PautanCatatan TerbaruCatatan LamaLaman utamaLanggan:Catat Ulasan (Atom)anda pengunjung ke

diblog saya!Tinggalkan Cuitan Anda Di SiniArkib Blog 2013(32) 2012(68) 2011(115) Disember(12) November(4) MURID MINAT; GURU MINAT MEMBACA : SKIMMING DAN SCANNING MARI BERTEKA-TEKI BERSAMA SAYA KOLEKSI PIDATO SPONTAN DAERAH Oktober(6) September(5) Ogos(6) Julai(22) Jun(12) Mei(8) April(14) Mac(10) Februari(8) Januari(8) 2010(26) 2009(30)PengikutBlog Dikunjungi Ibnu Daud al-Jalainikalam qodim Marhaban,Berzanji Burdah Sesi 2012 201323 minggu yang lalu Ustazah Siti Khadijah | Mendorong Pelajar Menjadi Pejaya!Iklan | 19 Mei 2013 : Bengkel Sehari Mendorong Pelajar@Anak Corot Gaya Nabi Muhammad : UTMKL, Jalan Semarak5 minggu yang lalu Info Cuti Belajar Guru Dan Lain-lain KPMPermohonan online Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran dan Sarjana Tahun 2014Sebulan yang lalu jersi + bloustudung bawal plain ^_^ (new arrival)Setahun yang laluJumlah Paparan Halaman104572Capaian Maya Azizi Abdullah PTS One Personaliti Warna Laman Web MARA Kementerian Pengajian Tinggi Guru Cemerlang Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka Cikgu Razak - Bahasa Malaysia PMR Kementerian Pelajaran Malaysia Utusan Malaysia Online Berita Harian Online resepi lagi pelbagai resepi untuk dicubaCatatan Popular Catatan Kerinduan Di Hari GuruHari Guru - 16 Mei 2013 Aktiviti Sukaneka dan Sebelum Perarakan Masuk ke D... KOLEKSI PIDATO SPONTAN DAERAHAnak saya Fatin Naimah dan Farah Izzati sering terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan pidato ketika di sekolah rendah. Sebagai gala... Teks Pengacara Majlis Penutup Kursus Kepimpinan AsramaIndah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Yang Berusaha ...Trafic Blog

HOME PENULIS

Templat Travel. Imej templat olehGelatoPlus. Dikuasakan olehBlogger.