chowchinkhoonsx001574awj10d03tt4

13
BAB 4 PERLAKSANAAN PROJEK 4.1 Pengenalan Dalam perlaksanaan projek ini, perisian ArcView digunakan. Prosedur dalam melaksanakan projek ini melibatkan pengumpulan data, kaedah penukaran data-data dalam bentuk AutoCAD (DWG) ke format DXF, kemasukan data ruang dan atribut, rekabentuk menu dan pengaturcaraan. 4.2 Kemasukan Data Ruang Langkah pertama pembangunan aplikasi SMG bermula dengan kemasukan semua jenis data iaitu data ruang dan data atribut ke dalam perisian ArcView. Perisian ArcView adalah satu perisian Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD) dan kelebihannya ialah ia boleh beroperasi dalam 36

Upload: scott-sheppard

Post on 03-Oct-2015

226 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ss

TRANSCRIPT

APLIKASI GEOGRAPHIC INFORMATION SYSTEM (GIS) UNTUK INVENTORI DATA JALAN KEPALA BATAS KE ALOR SETAR, KOTA SETAR, KEDAH DARUL A

PAGE 36

BAB 4

PERLAKSANAAN PROJEK

4.1Pengenalan

Dalam perlaksanaan projek ini, perisian ArcView digunakan. Prosedur dalam melaksanakan projek ini melibatkan pengumpulan data, kaedah penukaran data-data dalam bentuk AutoCAD (DWG) ke format DXF, kemasukan data ruang dan atribut, rekabentuk menu dan pengaturcaraan.

4.2Kemasukan Data Ruang

Langkah pertama pembangunan aplikasi SMG bermula dengan kemasukan semua jenis data iaitu data ruang dan data atribut ke dalam perisian ArcView. Perisian ArcView adalah satu perisian Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD) dan kelebihannya ialah ia boleh beroperasi dalam komputer peribadi. Dalam perisian ArcView data-data yang dimasukkan boleh disimpan dalam bentuk lapisan dan dengan ini penganalisaan dan persembahan grafik akan menjadi lebih menarik lagi. Data-data yang diperlukan boleh dimasukkan dalam bentuk format shapefile, ArcInfo dan AutoCAD (*. dwg atau *.dxf).Data-data ruang dalam bentuk *.dwg akan ditukar ke format *.dxf. Dengan penukaran format ini, data-data ini boleh dimasukkan kedalam dan diterima oleh perisian ArcView. Data tersebut perlu disunting supaya berada dalam bentuk lapisan. Ini adalah kerana lapisan yang diperlukan sahaja dalam peringkat analisis dimasukkan. Bagi kajian ini lapisan-lapisan yang digunapakai ditunjukkan dalam Jadual 4.1.

Jadual 4.1 Lapisan-lapisan data grafik dalam AutoCAD

Nama Lapisan

Keterangan

0

Merupakan lapisan default dan wajib dalam setiap

lukisan, menempatkan hasil daripada proses digitasi.

Paip air

Menempatkan lokasi paip air.

Jambatan

Menempatkan lokasi jambatan.

Pembentung

Menempatkan lokasi pembentung.

Parit

Menempatkan lokasi parit.

Pili bomba

Menempatkan lokasi pili bomba.

Keratan

Menempatkan lokasi keratan rentas jalan. Bahu jalan

Menempatkan lokasi keratan rentas bahu jalan.

Jalan

Menunjukkan lokasi keratan memanjang jalan.

Rajah 4.1 sehingga Rajah 4.3 menunjukkan proses aliran kemasukan data. Untuk memulakan projek baru klikan butang New dan satu paparan baru akan muncul dengan nama View 1. Sekiranya View 1 ingin ditukarkan ke nama yang baru, ini boleh dilakukan dengan mengklikan Project Rename pada menu utama dan satu paparan input untuk memasukkan nama baru akan muncul pada skrin (rajah 4.2)

Rajah 4.1: Klik butang New untuk paparan projek baru

Rajah 4.2 : Menukarkan nama paparan yang mewakili projek

Tindakan seterusnya ialah memasukkan data-data ruang yang diperlukan satu persatu dalam sistem program ini. Rajah 4.3 di bawah menunjukkan cara data-data ruang dimasukkan dengan mengklikkan butang Add Theme. Setelah butang ini diklik, paparan menu Add Theme akan muncul pada skrin. Klikkan butang ok selepas data dalam ruang format *.dxf yang perlu disimpan selesai dilakukan. Dengan penyelesaian memasukkan data-data ruang yang cadangkan dalam ArcView, proses seterusnya ialah menukarkan format data-data tersebut kepada shapefile. Proses ini dilakukan dengan menggunakan menu utama dengan klik butang Theme-Convert To Shapefile selepas theme diaktifkan.

Rajah 4.3 : Memasukkan data-data ruang

Peringkat akhir ialah pengolahan terhadap ciri-cir persembahan theme seperti warna, label dan simbol mengikut kesesuaian masing-masing. Dengan cara ini pengasingan data-data ruang dapat dibezakan oleh pengguna. Legend editor merupakan pilihan menu untuk mengedit properties theme yang dikehendaki. Menu Legend editor dapat dipanggil keluar dengan menggunakan butang legend editor pada menu utama apabila pengaktifan pada theme yang perlu diedit atau theme tersebut diklik dua kali sehingga menu Legend editor dipaparkan. Menu Legend editor berbeza-beza dan ia berdasarkan jenis theme yang ingin diedit. Jenis theme yang digunakan dalam pembangunan perisian ArcView ini ialah single symbol dan pengeditan theme ini biasanya dilakukan dengan menggunakan menu pen palette (rujuk Rajah 4.4). Menu pen palette ini akan dipanggil keluar dengan mengklik dua kali pada symbol dalam menu Legend editor.

Rajah 4.4 : Legend editor

4.3Kemasukan Data Atribut

Prosedur seterusnya ialah mendirikan satu sistem data atribut yang berhubung terus dengan data ruang. Di dalam perisian ArcView, proses ini bermula dengan mengaktifkan theme yang sedia ada pada paparan skrin. Sebagai contoh untuk mendirikan data atribut untuk theme jambatan konkrit dalam projek ini, theme jambatan diaktifkan dan pada menu butang klikkan butang Open Theme Table (rujuk Rajah 4.5). Seterusnya satu paparan jadual data atribut akan terpapar.

Rajah 4.5 : Theme diaktifkan dan butang Open Theme Table

Untuk memasukkan data atribut yang menggambarkan keadaan sebenar di tapak, data-data sebenar dimasukkan dengan menggunakan menu utama dengan mengklikkan Table-Start Editing. Data-data tersebut dimasukkan dalam jalur-jalur yang telah diujudkan dengan tajuk-tajuk yang berikan. Jalur-jalur boleh di tambah atau di kurangkan dengan Edit-Add Field atau Delete Field seperti di tunjukkan dalam rajah 4.6. Selepas kesemua data-data selesai dimasukkan ke dalam jadual yang telah diujudkan, keputusan akhir yang diperolehi ialah jadual atribut tersebut dan seterusnya dihubung kepada data ruang dan paparan didalam rajah 4.7 menunjukkan hasil yang diperlukan.

Rajah 4.6 : Memasukan data atribut

Data ruang yang dihubungkan dengan data atribut akan digunakan untuk mempaparkan maklumat yang dikehendaki melalui fungsi identify.Hubungkait data ruang dan atribut dijalankan melalui pengubahsuaian terhadap jadual asal data ruang tersebut. Maklumat-maklumat terkumpul sebelum ini dapat dimasukkan ke dalam jadual yang dibangunkan bagi mewakili keadaan sebenar data ruang.

Rajah 4.7 : Paparan jadual data atribut

4.4Membina Hubungan Dengan Pangkalan Data

Dalam perisian ArcView beberapa jenis pangkalan data boleh digabungkan dengan ruang yang telah dibina, contohnya data dalam bentuk grafik, pengiraan rekabentuk dan sebagainya. Dalam kes kajian ini pangkalan data dalam grafik sahaja akan dibincangkan.

Terlebih dahulu bentuk-bentuk grafik yang akan dihubungkan ke pangkalan data perlu ditukarkan ke format *.bmp atau *.tif. Proses penggabungan data dimulakan dengan memasukkan alamat yang menyimpan fail maklumat tambahan tersebut. Seterusnya jadual tambahan untuk menyimpan data-data grafik diujudkan dan data-data dimasukkan ke dalam jadual ini. Contoh aliran proses memasukkan data-data ditunjuk dalam rajah 4.8.

Selepas proses kemasukkan data-data telah selesai, menu Themes Properties dipanggil keluar dengan menggunakan butang Themes Properties. Klikkan butang Hot Link dan seterusnya pilih Link to image file. Gambar rajah 4.9 menjukkan prosedur ini untuk mengaktifkan fungsi Hotlink. Hasilnya perincian grafik tersebut akan terpapar apabila butang Hotlink digunakan pada data ruang.

Rajah 4.8 : Memasukkan alamat pangkalan data

Rajah 4.9 : Mengaktifkan fungsi Hotlink

4.5Ringkasan Bab

Perlaksanaan projek ini bertujuan membina satu inventori sebahagian Jalan Kepala Batas ke Alor Setar untuk tujuan penyelenggaraan, pengurusan dan juga pembangunan di masa hadapan. Pembangunan aplikasi SMG dimulakan dengan menukar format data-data AutoCAD ke format .dxf yang boleh dibaca oleh perisian ArcView. Data-data ruang yang dimasukkan dalam format .dxf kemudiannya diimport masuk ke dalam perisian ArcView.

Seterusnya satu sistem data atribut yang boleh berhubung terus dengan data ruang dibangunkan. Data-data dimasukkan ke dalam pangkalan data dalam perisian ArcView dalam bentuk jadual. Hasilnya ialah pemaparan dalam bentuk grafik dan atribut yang telah disediakan dan diperlukan untuk projek ini.