chicken chop with butter rice

Upload: anonymous-zepru3p

Post on 02-Mar-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

resipi

TRANSCRIPT

Chicken Chop with Butter Rice

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

BAHAN-BAHAN UNTUK CHICKEN CHOP :

4 KETUL PEHA AYAM (DIBUANG TULANG DAN DIKETUK SUPAYA LEPER SEDIKIT)

2 SENDUK TEPUNG GANDUM

SEDIKIT SERBUK LADA SULAH

2 SUDU BESAR SOS TIRAM

SECUBIT GARAM

SEDIKIT SERBUK PATI AYAM

SEBIJI TELUR AYAM

BAHAN-BAHAN UNTUK BLACK PEPPER SAUCE :

2-3 SUDU BESAR BUTTER

1 BIJI BAWANG BESAR DIHIRIS

3 ULAS BAWANG PUTIH DITUMBUK HALUS

SEDIKIT SERBUK PATI AYAM

SEGENGGAM LADA HITAM DITUMBUK (TERPULANG NAK GUNAKAN LEBIH ATAU KURANG)

2 SUDU BESAR SOS CILI

1 BIJI LIMAU KASTURI

GARAM SECUKUP RASA

AIR SECUKUPNYA

1-1 1/2 SUDU BESAR TEPUNG GANDUM

BAHAN-BAHAN UNTUK BUTTER RICE :

3 CAWAN BERAS

3 CAWAN AIR

1 CAWAN SANTAN / SUSU CAIR

2 ULAS BAWANG PUTIH (DIHIRIS HALUS ATAU DITUMBUK)

1/2 BIJI BAWANG BESAR (DIHIRIS ATAU DITUMBUK)

1/2 INCI HALIA (DIHIRIS NIPIS ATAU DITUMBUK)

1-2 BATANG SERAI DIKETUK

2-3 HELAI DAUN PANDAN (DISIMPUL)

SERBUK PATI AYAM SECUKUP RASA

GARAM SECUKUP RASA

1 BIJI SUP BUNJUT

3-4 SUDU BESAR BUTTER

BAHAN-BAHAN UNTUK COLESLAW :

MIX VEGE (DIREBUS TERLEBIH DAHULU)

DAUN SALAD DIPOTONG SEDERHANA HALUS

BUAH TOMATO DIPOTONG DADU

SEDIKIT PERAHAN LIMAU KASTURI

SECUBIT GARAM

SECUBIT GULA

MAYONIS SECUKUPNYA

SEDIKIT SERBUK LADA SULAH

Cara-cara

1. Untuk menanak butter rice,seperti biasa basuh beras sehingga bersih dan toskan.Masukkan ke dalam periuk nasi.

2. Panaskan butter hingga cair dan masukkan bahan-bahan penumis seperti bawang besar,bawang putih,halia dan serai. Tumis hingga agak garing dan wangi. Masukkan sup bunjut dan kacau rata.

3. Masukkan air dan santan. Kacau rata bahan-bahan tersebut. Masukkan daun pandan dan juga bahan perasa seperti garam dan serbuk pati ayam secukup rasa. Bila sudah mendidih, tutup api dan masukkan campuran tersebut ke dalam periuk nasi yang berisi beras yang telah ditos tadi dan tanak nasi seperti biasa menggunakan periuk nasi elektrik.

4. Peha ayam diperap dengan sos tiram,garam,serbuk lada sulah dan serbuk pati ayam. Biarkan lebih kurang 10 minit.

5. Pukul telur. Celupkan peha ayam ke dalam telur dan golekkan ke atas tepung gandum. Pastikan tepung gandum dapat menutup rata daging ayam tersebut.

6. Gorengkan ayam sehingga garing dalam minyak yang penuh.

7. Untuk black pepper sauce, panaskan butter dan tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu.

8. Masukkan sos cili dan perah limau kasturi di dalamnya.

9. Tambahkan air secukupnya dan masukkan lada hitam yang telah ditumbuk halus.

10. Perasakan dengan serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.

11. Masukkan tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah. Masak seketika dan bolehlah dihidangkan bersama ayam yang telah digoreng tadi. Tunggu kuah sejuk terlebih dahulu supaya ayam tadi tidak kembang (hilang rasa crispy) bila terkena kuah.

12. Untuk coleslaw pula, masukkan mayonis,garam,gula,lada sulah dan air perahan limau kasturi. Kacau rata bahan-bahan tersebut. Masukkan sayur-sayuran dan kacau sebati semua bahan. Siap untuk dihidangkan.

KEK COKLAT LEMBAP

Bahan-bahan ( 10 org )

3 biji telur - saya guna telur gred A

1 cawan gula

1 cawan serbuk koko

1 cawan air panas

1 cawan minyak

1 cawan susu pekat manis

2 cawan tepung gandum

1 sudu besar soda bikarbonat

Cara-cara

1. pukul telur dgn gula

2. serbuk koko dibancuh dgn air panas

3. tepung gandum diayak dgn soda bikarbonat.

4. masukkan bahan-bahan lain ke dalam adunan telur dan masukkan tepung.

5. adunan kek boleh dibakar atau dikukus selama 40 minit dgn menggunakan suhu 180 darjah celcius.

6. sedia utk dihidangkan.

kuah rojak (petis)

Bahan-bahan ( 1 family.. )

lada kering - dikisar (dapatkan 1/2 blender)

1 botol kecil kicap pekat jalen (boleh juga jenama lain)

2 keping belacan besar (lagi banyak lagi sedap)

1 buku gula melaka

4 cawan gula pasir

2 cawan air

kacang tanah - digoreng tanpa minyak dan dikisar kasar jika mahu

Cara-cara

1. tumis lada kering yg telah dikisar sehingga betul-betul garing. masukkan air ke dalam blender utk bersihkan sisa lada dan ketepikan.

2. selepas lada garing, masukkan 1 botol kicap pekat. kacau rata. air di dalam blender tadi di masukkan sedikit ke dalam botol kicap utk ambil semua sisa kicap pekat untuk elakkan pembaziran.

3. kemudian masukkan belacan yg dipatah2kan.. kacau sehingga belacan larut...

4. masukkan air yang ada dalam blender dan botol kicap tadi ke dalam kuali.. kacau rata..

5. masukkan gula melaka.. kacau dan biarkan gula cair.

6. akhir sekali masukkan gula pasir. kacau sehingga gula larut. sentiasa kacau petis ini jika tidak gula akan membuak dan boleh menyebabkan penuh dan keluar daripada kuali..

7. kacau dalam masa 30 minit lagi atau sehingga petis menjadi pekat dan bergetah apabila anda mengangkat sudip.

8. matikan api dan biarkan sejuk. kemudian boleh lah dihidangkan. buat rojak atau dicecahkan dgn buah pon sodapp~~ selamat mencuba =)

Yong Tau Fu

Bahan-bahan ( boleh mkn 1 family... )

4-5 liter air

2'' halia yg gemuk ckit di titik

6 ulas bawang putih di titik

170 gm ikan bilis (tumbuk kasar atau lepas gitu aje)

1 kiub stok ayam

garam & sedikit gula

secukup bahan isian nye :- sotong kembang, fish ball, jejari ketam, telur puyoh , kangkung, brokoli, dll...ikut suka memasing

secukup daun sop/bawang & bawang goreng

BAHAN SOS : tomato sos , gula , cili padi dan secukup air

Cara-cara

1. air, halia, b.putih, ikan bilis, stok ayam, garam & gula direbus hingga mendideh...

2. kemudian kecilkan api...biarkan merenih selama 1 1/2 jam...setelah itu tapis utk dptkan sop yg jernih...

3. celur bahan isian didlm sop tadi...bila dah habis..cukupkan rasa sop..tambah apa yg kurang..

4. utk menghidang:- potong kecil bahan isian yg dah dicelur tadi kedlm mangkuk..tuangkan sop tadi dan taburkan daun sop/bawang & bawang goreng..mkn bersama sos nye..

5. CARA MEMBUAT SOS:- kisar cili padi kemudian rebus sekejap utk keringkan airnye..ketepikan...masak tomato sos , gula dan air hingga sedang2 cair nye...bila nak mkn buboh sos tadi kedlm bekas dan buboh cili padi mengikut kepedasan yg disukai...gaul rata..dah boleh mkn..

6. **utk bahan sos tk de sukatan sbb respi nye akak mengendeng dgn satu mamat yg jual yong tau fu...dia tk lokek..tapi tu la..dia cuma kasi bahan nye saja..kena agak sendiri..masa buat akak lupa nk sukat..tapi sos dia manis ckit..bila boh gula tu agak2 la...selamat mencuba... :)

kek coklat kukus lapis cheese

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

1 cawan serbuk coklat

1 cawan gula pasir

1 cawan marjerin(dicairkan) @ 1 cawan minyak masak

1 cawan susu cair

1/2 cawan susu pekat

1 1/4 cawan tepung gandum,anggaran(1 cawan+2 sudu besar)

1 sudu kecil baking powder(sy guna sudu kfc je)

1 sudu kecil soda bikarbonat

3 biji telur (pukul ringan)

-->bahan2 untuk lapisan cheese:-

250 gram cream cheese(philadelphia)

100 gram coklat masakan putih

2 biji telur

30 gram tepung gandum

Cara-cara

1. 1.campurkan serbuk coklat,gula pasir,susu cair,dan marjerin.panaskan atas api sederhana,hingga gula larut(jgn sampai hangus,angkat dan sejukkan)

2. sementara itu,campurkan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat (di ayak)

3. Tuangkan susu pekat kedalam adunan coklat yg telah sejuk sedikit td..gaul rata..kemudian masukkan telur,gaul hingga sebati...

4. Akhir,masukkan seluruh adunan coklat kedalam campuran tepung yg diayak tadi..kacau hingga semuanya betul2 sebati.

5. untuk lapisan cheese pula: -cairkan coklat masakan dengan teknik double boil..bila dah cair angkat dan campurkan dengan cream cheese, telur dan tepung gandum.pukul hingga kembang dan gebu...

6. panaskan kukusan..sapu minyak sikit pada loyang yg sesuai,agar bila kek masak senang nak terbalikkan..dan kek tak melekat.

7. masukkan sebahagian adunan coklat kedalam loyang kemudian kukus selama 15 @ 20 minit.

8. bila dah masak,masukkan pula semua adunan cheese,kukus lagi selama 15 @ 20 minit...

9. dan akhir,masukkan sebahagian lagi adunan coklat tadi keatas lapisan cheese dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak....bila selesai masak,angkat dan biarkan sejuk seketika.

10. selamat mencuba resepi saya (nalisa man)....dan maaf atas kesilapan atur resepi tadi...

11. P/s:-untuk topping atas kek... bahan2: 250 gm coklat masakan,3 sudu besar susu cair,2 sudu besar susu pekat,1 sudu besar marjeri..... cairkan coklat(double boil),bila dh cair masukkan susu cair,susu pekat dan marjerin..tuang atas kek yg telah sejuk td...hiaslah ikut selera anda..