cetak rompak

10
CETAK ROMPAK • Cetak rompak (atau pencabulan hakcipta) bermaksud penggunaan bahan yang dilindungi undang- undang hakcipta tanpa izin • Mencabuli salah satu hak eksklusif pemilik hakcipta asli seperti hak untuk mengeluarkan semula atau menjalankan karya yang dihakcipta

Upload: maiymp

Post on 17-Jan-2016

33 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PENDIDIKAN MORAL

TRANSCRIPT

Page 1: CETAK ROMPAK

CETAK ROMPAK

• Cetak rompak (atau pencabulan hakcipta) bermaksud penggunaan bahan yang dilindungi undang-undang hakcipta tanpa izin

• Mencabuli salah satu hak eksklusif pemilik hakcipta asli seperti hak untuk mengeluarkan semula atau menjalankan karya yang dihakcipta

Page 2: CETAK ROMPAK

CARA-CARA

1) Menerbitkan semula sebahagian atau ke semua hasil karya

2) Membuat salinan kepada pelbagai bentuk sama ada cara mengambil gambar, membuat salinan secara elektronik atau komputer dan fotostat

3) Rakaman video, rakaman suara, menaip semula atau diubah kepada PDF

4) Menyalin kandungan bahan dan dijual semula dengan tajuk yang berbeza

5) Mengeluarkan bahan atau perkakas yang menggunakan idea yang sama dimana idea tersebut telah dihakcipta.

Page 3: CETAK ROMPAK

Akta Hakcipta 1987

• Dari sudut undang-undang, cetak rompak bermaksud aktiviti penyalinan, pengedaran dan penggunaan produk harta intelek secara haram tanpa izin pemegang hak cipta bagi harta intelek tersebut

• Kegiatan cetak rompak merupakan satu kesalahan menurut Akta Hakcipta 1987

• Harta intelek bermaksud sebarang produk dan hasil karya yang didaftarkan hak ciptanya seperti buku, muzik, filem, siaran televisyen dan radio, perisian komputer serta rekabentuk industri

• Semua harta intelek adalah dilindungi oleh Akta Hakcipta 1987

Page 4: CETAK ROMPAK

FAKTOR-FAKTOR

• Kurangnya kesedaran di kalangan pengguna mengenai harta intelek.

• Harga produk cetak rompak yang jauh lebih murah daripada produk tulen.

• Salah guna teknologi seperti penulis CD dan penulis DVD pada komputer yang digunakan untuk tujuan cetak rompak.

• Kelonggaran dan penguatkuasaan undang-undang .• Masyarakat kurang menyedari kesan buruk yang

berlaku ekoran daripada perbuatan tersebut.

Page 5: CETAK ROMPAK

CETAK ROMPAK DALAM BIDANG PERFILEMAN

• Cetak rompak perisian (software) adalah merupakan salah satu jenis cetak rompak yang terdapat di Malaysia

• Salah satu punca utama yang menyebabkan masalah ini masih berleluasa di negara ini ialah harga produk atau barangan cetak rompak yang jauh lebih murah daripada barangan tulen

• Lazimnya barangan cetak rompak seperti VCD, CD, perisian komputer dan sebagainya dijual dengan harga yang lebih murah kerana mereka yang terlibat dalam pengeluaran barangan ini hanya memerlukan kos yang rendah dan tidak perlu membayar bayaran royalti kepada pengeluar asal barangan tersebut

Page 6: CETAK ROMPAK

AKTA-AKTA

• Antara akta-akta yang diperkenalkan ialah seperti Akta Hak Cipta 1987, Akta Perihal 1972 dan Akta Cakera Optik 2000

• Undang-undang siber yang diperkenalkan bagi mengatasi masalah cetak rompak industri komputer pula ialah seperti Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Tandatangan Digital 1997, Akta Teleperubatan 1997 dan Akta Hakcipta Pindaan 1997

• Salah satu badan kerajaan yang bertanggungjawab dalam bidang kuasa ini ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

Page 7: CETAK ROMPAK

KONSEP ASAS SOSIALISASI

• Sosialisasi adalah satu konsep umum yang dimaknakan sebagai sebuah proses di mana kita belajar melalui interaksi dengan orang lain, cara berfikir tentang sesuatu, merasai, dan bertindak kerananya

• Sosialisasi merupakan proses yang terus terjadi selama hidup kita. Pada dasarnya, sosialisasi memberikan dua asas pemikiran bagi kehidupan kita

Page 8: CETAK ROMPAK

1) Memberikan dasar kepada individu bagi terciptanya kebersamaan yang efektif dalam masyarakat

2) Memungkinkan penerusan suatu masyarakat kerana tanpa sosialisasi akan hanya ada satu generasi saja sehingga kelestarian masyarakat akan terganggu

• Dua perkara untuk terjadinya proses sosialisasi. Pertama adanya warisan biologikal dan kedua adanya warisan sosial

Page 9: CETAK ROMPAK

TUJUAN SOSIOLISASI MORAL INDIVIDU

• Proses sosialisasi bertujuan untuk mengajar asas-asas kehidupan dalam masyarakat

• Menanamkan aspirasi-aspirasi kehidupan dalam masyarakat

• Mengajar untuk memenuhi peranan-peranan sosial

Page 10: CETAK ROMPAK

• Demi menjayakan sosialisasi, seseorang mesti faham apa yang diharapkan daripada mereka, tahu tingkah laku, apa yang patut dipelajari sebagaimana yang diingini oleh masyarakat

• Seseorang mesti berusaha memenuhi kehendak-kehendak masyarakat, bertingkah laku sebagai mana yang dikehendaki

• Individu boleh mempelajari kemahiran-kemahiran intelektual, sosial, fizikal daripada ibu bapa, sekolah dan sumber-sumber lain daripada persekitaran