cerpen 1

4
Cerpen : Hanya DIA, Aku Mengadu 21 August 2015 Kategori: Cerpen Oleh: Dee Dian “Eh Zara, ayah benci..benci..kamu!!” “Kenapa ni ayah apa salah Zara?Zara buat apa?” “Ibu membalas , entah kenapa dengan awak ni?Cakap dengan anak macam tu?” Ayah hanya membalas dengan pandangan sinis dan tajam. Seperti biasa aku terus melarikan diri masuk ke bilik.Tak sanggup rasanya menahan pedih. Sungguh pedihnya hati aku mendengar.Sakit Ya Allah. Apa yang aku mengerti di saat itu yang pada ketika itu umur belasan tahun. Hatiku bermonolog sendirian, “Kenapa ayah cakap macam tu?Ayah memang dah benci Zara sangat ke?” Malamku ditemani air mata. Cacian.Makian.Makanan harian aku.Rasa takut terhadap ayah yang sentiasa menyelubungi diri. Hampir setiap hari ibu dan ayah bertengkar.Setiap malam mereka bertengkar.Aku kesian dengan ibu. Apa yang mampu aku lakukan.Hanya mendengar.Memendam rasa. Tiada tempat untuk aku meluahkan.Tiada.Aku belum cukup kenal Allah.Aku merasakan yang mati lebih baik pada saat itu. Aku jadi seorang pemberontak.Aku melawan cakap ibu dan ayah.Aku jadi kurang ajar. Aku dan adik-adik seolah beban untuk ayah.Semakin hari perasaan benci semakin menebal. Aku dibesarkan dalam keadaan yang kasar bahasanya.Jadi aku dah terbiasa.Cacian dan makian sudah lali ku dengar. Di sekolah. “Zara, aku tengok muka kau ni selalu je masam.Cuba senyum sikit.” “Hanya senyum tanpa perisa mampu ku lemparkan.” Aku sembunyikan segala derita aku dengan senyuman.Aku hanya rasa bahagia di sekolah. Tiada siapa yang tahu.Aku hilang kepercayaan manusia untuk aku luahkan segalanya. Ada kalanya hubungan aku dengan ayah baik.Tapi hanyalah sementara.

Upload: hanna-hj-ibrahim

Post on 09-Dec-2015

214 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

cerpen

TRANSCRIPT

Cerpen : Hanya DIA, Aku Mengadu

21 August 2015Kategori:CerpenOleh: Dee DianEh Zara, ayah benci..benci..kamu!!

Kenapa ni ayah apa salah Zara?Zara buat apa?

Ibu membalas , entah kenapa dengan awak ni?Cakap dengan anak macam tu?

Ayah hanya membalas dengan pandangan sinis dan tajam.Seperti biasa aku terus melarikan diri masuk ke bilik.Tak sanggup rasanya menahan pedih.Sungguh pedihnya hati aku mendengar.Sakit Ya Allah.Apa yang aku mengerti di saat itu yang pada ketika itu umur belasan tahun.

Hatiku bermonolog sendirian, Kenapa ayah cakap macam tu?Ayah memang dah benci Zara sangat ke?

Malamku ditemani air mata.

Cacian.Makian.Makanan harian aku.Rasa takut terhadap ayah yang sentiasa menyelubungi diri.

Hampir setiap hari ibu dan ayah bertengkar.Setiap malam mereka bertengkar.Aku kesian dengan ibu.

Apa yang mampu aku lakukan.Hanya mendengar.Memendam rasa.

Tiada tempat untuk aku meluahkan.Tiada.Aku belum cukup kenal Allah.Aku merasakan yang mati lebih baik pada saat itu.

Aku jadi seorang pemberontak.Aku melawan cakap ibu dan ayah.Aku jadi kurang ajar.

Aku dan adik-adik seolah beban untuk ayah.Semakin hari perasaan benci semakin menebal.

Aku dibesarkan dalam keadaan yang kasar bahasanya.Jadi aku dah terbiasa.Cacian dan makian sudah lali ku dengar.

Di sekolah.Zara, aku tengok muka kau ni selalu je masam.Cuba senyum sikit.Hanya senyum tanpa perisa mampu ku lemparkan.

Aku sembunyikan segala derita aku dengan senyuman.Aku hanya rasa bahagia di sekolah.

Tiada siapa yang tahu.Aku hilang kepercayaan manusia untuk aku luahkan segalanya.

Ada kalanya hubungan aku dengan ayah baik.Tapi hanyalah sementara.

Aku tak pernah luahkan masalah aku pada ayah mahupun ibu.

Aku takut.Mereka pun tak pernah tanya.Aku simpan sendiri.Telan walaupun pahit.

Aku tak mahu ibu kusut ditambah-tambah lagi masalah ibu dengan ayah yang tak pernah selesai.

Asyik mengungkit cerita lama.

Aku bukan dari keluarga yang ditarbiyah.Aku hanya belajar agama di sekolah dan juga sekolah agama rakyat.Di rumah, ditekan hanya soal solat.

Tarbiyah jiwa.Aku tak punya peluang seperti itu.

Aku tak tahu apa itu bahagia.Aku masih tercari-cari bahagia.Aku tak pernah rasa bahagia.Tak pernah.

Kalau adapun hanyalah sementara.

Marah dan tengkingan adalah cara teguran kepadaku.Semakin terasa kebencian ayah padaku.

Aku luahkan semua rasaku pada kertas.Aku renyuk dan lemparkan satu persatu kertas.

Bilik yang sentiasa menjadi saksi segala kesedihanku.

Aku tahu ayah sayangkan aku.Cuma caranya aku kurang mengerti.Apalah yang aku faham di usia belasan tahun itu.

Dengan masuk asrama, adalah cara untuk aku larikan diri dari semua kesedihan ini.

Entah bila hubungan dingin ini akan berakhir.

Dahlah ayah cukuplah.Berhentilah buat semua tu.Tak berkat.Melawan ye kau??Ayah sumpah kau takkan berjaya dengan hidup kau

Sampainya hati ayah sumpah macam tu sekali.Salah ke apa aku cakap.Aku cakap apa yang betul.Mungkin kasar caraku.Aku dididik dengan cara kasar.Aku dah terbiasa.

Tak kira masa ibu dan ayah bertengkar.Masa aku exam ke nak tidur.They dont even care.Ibu yang kekadang memahami aku.Ibu peluk aku.Ibu mintak maaf.Ya Allah aku rasa hilang semua pedih aku.

Itulah kali pertama aku merasakan pelukan erat ibu.Hilang seketika pedih aku.

Hubungan aku dengan ayah ada kala baik ada kala dingin.

Bukan aku tak ingat jasa dia.Aku ingat.Aku cuma sedih.Aku belum puas rasa kasih ayah.Ayah pergi.

Benciku hanya di mulut.Hati aku sayang sangat.Sayang sangat!

Segala nasihat ayah aku simpan.Suruh aku senyum dikatanya nanti aku cepat tua kalau masam selalu.

Selalu bagi komen tentang apa sahaja keputusan yang aku lakukan.Marah ayah aku rindu.

Aku cuma tak mengerti kenapa aku dididik dengan cara kasar.Benci.Kenapa??

Tak boleh ke ayah jadi macam ayah orang lain tu?Tak boleh ke ayah jadi ayah masa Zara kecik dulu?Dulu ayah sayang Zara

Hanya terluah di hati.

Terlalu banyak rasa yang aku pendam.Terlalu banyak.Jiwa aku sakit.Teramat sakit.Jiwa aku kosong.Tak mampu merasai apa-apa.

Aku penat jadi penyedih.

Aku penat jadi pemarah.

Aku penat jadi pembenci.

Aku penat jadi pendendam.

Segala rasa yang tak pernah buat aku rasa bahagia.

Kehilangan ayah buat aku dekat dengan Allah.Buat aku kenal siapa Allah.Aku terkilan dengan pemergian ayah sebab hubungan kami yang dingin.Aku tak mampu jernihkan.

Hanya doaku setiap hari untuk ayah.Aku hanya nak ingat memori manis bersama ayah walaupun sedikit.

Aku nak buang segala memori pahit yang aku rasa.Masih mencuba.

Ya.Aku cemburu dengan keluarga yang bahagia.Keluarga yang ditarbiyah.Aku tak.

Aku punya abang.Aku berharap dia dapat jadi kawan aku.Pelindung aku.

Tapi hubungan ini hambar.Kami tak rapat.Malah semakin jauh.

Ukhuwah cinta adik-beradikku yang kian hambar.Hambar.Kecewa.Ukhuwah dengan orang lain yang aku sayang-sayangkan sangat.

Dengan adik-beradik sendiri.Ukhuwah rapuh.Allah bantu aku yang lemah ini.

Masing-masing pun kekok.Tak pernah bicara hati ke hati pun.Yang ada hanyalah kegembiraan palsu.

Sedangkan jiwa sakit.Kerana tak ada ukhuwah cinta antara kami.Tak ada hubungan jiwa yang kuat.

Salah akukah??Bagaimana cara??Tunjukkan aku Ya Allah..Aku sayang mereka..Aku mahu ke syurga bersama mereka.

Aku lemah Ya Allah.

Sungguh aku lemah.

Ibu..Zara tak reti nak luahkan ibu.Zara tak tahu.Zara nak peluk ibu kuat-kuat.Ah, aku yang ego sebenarnya.Aku tak tahu macam mana.Tolonglah aku.

Pernah secara spontan air mata ku mengalir ketika aku dengar lagu Keluarga Bahagia yang berkumandang di sekolah dimainkan ketika kelas.Aku cuba tahan air mata.

Aku tak diajar untuk luahkan rasa.Aku takut.Hingga kini aku tak tahu bagaimana untuk ku luahkan rasa perit pada orang lain.Aku luahkan hanya pada Allah.Hanya Allah tempat mengadu.

Segala perit yang aku rasa.Dia tempat aku mengadu.

Allah peluklah qalbuku dalam cintaMU.

Dalam pilu aku datang sujud padaMU..maafkan aku.